Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 3 July 2012

Kakitangan awam mesti cepat dan tepat


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/7/2012
NAJIB Tun Razak menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (kanan), Tan Sri Koh Tsu Koon (dua dari kiri), Datuk Seri G. Palanivel (dua dari kanan) dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa. - BERNAMA

PUTRAJAYA 2 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu kakitangan awam bertindak secara terancang, mengambil sikap bergerak dengan cepat, tepat dan berintegriti (CTI) supaya rakyat dapat merasai perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata, sikap itu perlu disokong dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) agar kepuasan rakyat terus meningkat terhadap perkhidmatan kerajaan.

''Kalau kita ingat pada dua akronim ini, ia mencerminkan proses pembaharuan yang perlu dilakukan dalam perkhidmatan kerajaan iaitu mencari idea-idea baru lebih bernas dan tidak begitu konvensional kerana yang penting ialah keberhasilan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini.

Menurutnya Najib, dalam pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, beliau mahu perkhidmatan awam diterapkan dengan akronim-akronim yang dapat menggambarkan proses pembaharuan dalam kerajaan.

Beliau menarik perhatian tentang analogi Euro 2012 di mana Sepanyol menang tanpa ada penyerang namun enam pemain tengahnya masing-masing boleh menjaringkan gol.

Perdana Menteri menyifatkan kejayaan Sepanyol itu satu formasi yang tidak biasa dilakukan dan belum dicuba tetapi akhirnya menjadikan negara itu juara Eropah.

''Justeru sebagai sebuah kerajaan kita juga sentiasa mencari idea-idea yang ada kelainan.

''Salah satu daripada kejayaan mutakhir ini yang menepati CPI dan PCI ialah apabila kita mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Melaka yang menempatkan agensi-agensi kerajaan di bawah satu bumbung," katanya.

Perkhidmatan di bawah satu bumbung di UTC Melaka bermula pukul 8.30 pagi hingga 10 malam merupakan satu pembaharuan yang mungkin tidak ada negara lain di dunia berbuat demikian untuk memberi keselesaan kepada rakyat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) kerana hasil usaha membangunkan projek e-Kasih untuk membasmi kemiskinan telah berjaya membantu kerajaan mendapat tempat pertama Anugerah Perkhidmatan Awam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi kategori Meningkatkan Pengurusan Ilmu Dalam Kerajaan.

'Walaupun ada pihak cuba menidakkan apa yang kita hendak lakukan dengan tujuan dan motif politik tetapi kita kena sentiasa yakin bahawa usaha dan niat yang baik boleh mencapai kejayaan demi kejayaan.

''Kita akan teruskan usaha walaupun ada rintangan dan usaha untuk menggagalkan tetapi kalau kita gigih, lambat laun kebenaran akan timbul jua," katanya.

Perdana Menteri turut menyimpulkan lonjakan saham Felda Global Venture (FGV) hampir 20 peratus adalah bukti usaha pihak tertentu yang cuba mengeksploitasikan penyenaraian saham FGV bermotif politik semata-mata untuk merampas Putrajaya.

Katanya, Barisan Nasional (BN) akan tetap mempertahankan Putrajaya kerana yakin dan percaya bahawa hasrat untuk memajukan negara akan mendapat rahmat Allah.

Beliau turut meminta kakitangan awam memberi sokongan kepada KSN baru dan bergerak sebagai satu pasukan berdasarkan kepada perkhidmatan yang cepat, tepat berintegriti selain memberi tumpuan kepada produktiviti, kredibiliti dan inovasi.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKNAG NI MESTI SAKIT HATI SEBAB MEREKA APA PUN TAK BOLEH BUAT... CAKAP AJE BANYAK KERJA TAK TAHU...

No comments: