Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 January 2016

UMNO Kedah tolak Mukhriz_ Muka yang ada dalam gambar ni pun bukan calon boleh menang...

Hilang kepercayaan kepada MB, Rayu PM campur tangan selesai kemelut parti

JAMLIAH ABDULLAH | 21 Januari 2016 1:33 AM


AHMAD BASHAH MD HANIPAH (duduk, dua dari kiri) bersama pemimpin UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Kedah bercakap dalam sidang akhbar tergempar menolak kepemimpinan Mukhriz Mahathir di Alor Setar, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

ALOR SETAR 20 Jan. - Seluruh kepemimpinan UMNO Kedah dan wakil rakyat negeri ini hari ini menyuarakan pendirian hilang kepercayaan ter­hadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri dan Menteri Besar.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau yang mewakili semua pemimpin berkenaan merayu agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO segera campur tangan dalam menyelesaikan kemelut berkenaan.

Katanya, seluruh kepemimpinan negeri kini hilang kepercayaan kepada Menteri Besar ekoran beberapa kelemahan serta ketidakupayaan beliau memimpin parti dan mentadbir negeri ini.

“Antaranya, kegagalan beliau (Mukhriz) dalam menyatupadukan pimpinan UMNO dan jentera parti di semua peringkat negeri. Kedua, kita dapati tiada sebarang perancangan strategik parti bagi parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang semakin hari semakin dekat. Tidak ada perancangan dari segi itu bagaimana hendak hadapi PRU.

“Ketiga, beliau juga gagal mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepemimpinan parti di negeri ini. Ini dirasai dan diluahkan di semua peringkat bahagian.

“Sebagai Menteri Besar beliau juga gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan, itu turut memberi kesan kepada parti. Kami merasakan banyak kelemahan di peringkat parti dan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya dalam satu sidang akhbar tergempar di sini hari ini.

Sidang akhbar berkenaan yang diadakan kira-kira pukul 3.30 petang itu dihadiri 14 daripada 15 pemimpin bahagian negeri ini. Hadir sama, ketua sayap Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO negeri serta Ahli Parlimen UMNO negeri ini.

Turut serta dalam sidang akhbar yang berlangsung 15 minit itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Pertahanan selaku Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mengulas lanjut kata Ahmad Bashah, UMNO Kedah merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas pimpinan tertinggi parti negeri dan Menteri Besar.

“Sebab itu, kami berhimpun untuk merayu dan membuat permohonan kepada Perdana Menteri untuk menukar Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah.

“Itu harapan kami dan keputusan ini dicapai secara bersama oleh semua kepimpinan parti ne­geri. Inilah suara kami dan rayu keprihatinan Perdana Menteri untuk buat segera keputusan demi masa depan rakyat dan parti untuk hadapi pilihan raya. Kami memohon agar Perdana Menteri lakukan sesuatu yang terbaik untuk negeri kita.

“Kami menyerah kepada budi bicara Perdana Menteri dan menyokong apa juga yang dilakukan oleh beliau," katanya.

Tambah beliau, tindakan segera itu perlu diambil demi menjaga parti dan rakyat negeri ini.

Sementara itu Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, keputusan secara bersama oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen UMNO Kedah tersebut dilakukan tanpa sebarang agenda peribadi.

“Kita berharap Perdana Menteri segera menyelesaikan kemelut parti ini dan apa yang dilakukan semata-mata demi kelangsungan UMNO Kedah dan rakyat," katanya yang kini berada di London kerana urusan kerja.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-kedah-tolak-mukhriz-1.181833#sthash.wmnqrXeB.dpuf


Perubahan kepemimpinan 
tidak jejas sokongan rakyat

21 Januari 2016 1:05 AM

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Sebarang perubahan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin berkata, perubahan itu mesti dilakukan segera memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) semakin hampir.

“Kita merayu kepada Perdana Menteri untuk melakukan perubahan terhadap kepemimpinan tertinggi parti (di Kedah) dan jawatan Menteri Besar Kedah, kalau boleh kita mahu secepat mungkin.

“Kalau seseorang tidak lagi mampu nak bawa kapal serta tidak serasi dengan kapten, orang itu kena berhenti, kena lantik orang lain kemudi kapal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar yang diadakan di Alor Setar hari ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mengumumkan bahawa pe­mimpin UMNO Kedah telah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dan mahu Najib membuat perubahan segera terhadap kepemimpinan tertinggi parti di peringkat negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah.

Seramai 11 ketua bahagian hadir pada sidang akhbar itu manakala Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu diwakili Timbalan Ketua Bahagian masing-masing

Menurut Ahmad, antara sebab utama yang membuatkan kesemua pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan kepada Mukhriz ialah kegagalan beliau untuk membentuk hubungan baik dengan kerajaan Pusat.

“Sekarang tidak ada apa yang dia (Mukhriz) buat, bantuan kepada rakyat juga lambat disalurkan.

“Keputusan ini dibuat secara bersama dan maklumat mengenai kegagalan Mukhriz selaku Menteri Besar telah dikumpulkan sejak setahun lalu,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai siapa yang layak menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah, Ahmad memberitahu, sehingga kini terdapat dua nama yang disebut-sebut layak menjawat jawatan itu.

“Siapa orang itu, saya tidak boleh dedahkan kerana semua keputusan terletak pada Perdana Menteri. Walau siapa orang itu kita mesti akur,” katanya

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perubahan-kepemimpinan-8232-tidak-jejas-sokongan-rakyat-1.181831#sthash.mvtPFt4t.dpuf


No comments: