Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 January 2016

Enggan terima jawatan Pusat? - MUKHRIZ TUN MAHATHIR

MOHD. RAFIE AZIMI | 28 Januari 2016 1:43 AM


MUKHRIZ TUN MAHATHIR beramah mesra dengan guru-guru agama pondok selepas Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Memohon Keamanan dan Kemakmuran Kedah di Kampung Sanglang, Ayer Hitam, Kedah. malam semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

JERLUN 27 Jan. - Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir memberi gambaran seolah-olah tidak akan me­nerima sebarang jawatan terma­suk di peringkat Pusat jika kedudukannya sebagai Menteri Besar ditukar dengan alasan tidak mahu mengkhianati rakyat negeri ini.

“Walaupun ditawar macam-macam, mungkin juga jawatan tinggi di peringkat kebangsaan sekali pun, saya memilih untuk tidak mengkhianati rakyat Kedah.

“Selagi rakyat negeri ini percaya kepada saya dan rakan-rakan, selagi anda semua optimis mempunyai harapan terhadap nasib negeri ini, selagi itu saya bersama tuan-tuan dan puan-puan untuk merealisasikan cita-cita tersebut,” katanya.

Beliau berucap kepada hampir 1,000 penyokongnya dalam perhimpunan ‘Selamatkan Kedah’ di Kampung Sanglang, Ayer Hitam di sini malam tadi.

Terdahulu, beliau yang diiringi isterinya, Tok Puan Norzieta Zakaria serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Aminuddin Omar turut menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat yang dipimpin Imam Besar Masjid Zahir, Syeikh Roslan Abdul Halim di Masjid al-Abrar.

Sementara itu, Mukhriz menegaskan, beliau tidak gentar untuk berdepan dengan apa jua tindakan yang akan dikenakan kepadanya hanya kerana mengamalkan prinsip untuk sentiasa bercakap benar.

“Saya tak faham bagaimana sikap tidak suka ditegur ini boleh menjadikan kita kuat walaupun kebenaran ada di depan mata. Yang di atas sepatutnya tidak memperlekehkan akar umbi, macamlah mereka ini tak tahu semua dan mudah sangat diperdaya.

“Semua ini berlaku disebabkan kelantangan saya bercakap perkara yang benar. Tetapi saya tidak gentar kerana sangat percaya, di sebalik kejadian buruk yang berlaku, sentiasa ada hikmah,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau menganggap apa yang berlaku kepada dirinya adalah ‘tembakan amaran’ kepada Menteri Besar, Ketua Menteri serta ketua-ketua bahagian dan cawangan UMNO agar sentiasa mengikut telunjuk.

“Ini menyusahkan kerja kerana kita berhasrat untuk melakukan yang terbaik bagi rakyat tanpa campur tangan berlebihan pihak lain.

“Tetapi saya harap semua bertenang dan bersabar kerana demonstrasi jalanan dan rusuhan bukan cara kita. Cukuplah kita berhimpun melakukan solat hajat, bermunajat dan meminta tolong kepada Allah sambil menggunakan hak masing-masing iaitu bercakap benar secara hikmah selain menolak berita-berita palsu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/enggan-terima-jawatan-pusat-1.184307#sthash.ZSQ9aTBP.dpuf


No comments: