Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 January 2016

TMJ pula beri JDT RM50 juta

15 Januari 2016 12:40 AM

KUALA LUMPUR - Kelab terkaya Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan sebanyak RM50 juta lagi, kali ini daripada pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers semalam.

“Satu lagi berita baik adalah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk me­ngukuhkan lagi kewangan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan tersebut,” kata­nya dalam entri tersebut.

Sebelum ini, JDT telah pun menerima sumbangan RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang di­umumkan pada 10 Januari lalu.

JDT juga telah menjalinkan kerjasama dari segi penajaan dengan beberapa syarikat besar antaranya Johor Corporation, Berjaya Group, Vantage Bay dan pengeluar peralatan sukan terkemuka Adidas.

Ismail berkata, JDT sangat bertuah kerana mendapat penaja-penaja besar yang merupakan penjana ekonomi di negeri Johor.

Mengenai desas-desus terdapat pihak yang ingin bekerjasama dari segi penajaan dengan JDT, Ismail menolak­nya dan menganggap mereka sekadar ingin mencari pu­blisiti.

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin terdapat penaja individu yang ingin memberi tajaan kepada kelab bolasepak JDT adalah tidak benar ke­rana polisi kelab yang mahukan kerjasama penaja jangka masa panjang untuk pembangunan sukan bola sepak dan bukannya penaja yang mahukan publisiti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-pula-beri-jdt-rm50-juta-1.179746#sthash.DJ3l8tg9.dpuf

No comments: