Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 January 2016

Stadium RM200j venue baharu JDT

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 28 Januari 2016 12:37 AM


JOHOR BAHRU - Stadium baharu pasukan juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim Larkin bakal diba­ngunkan tidak lama lagi di Iskandar Puteri dengan kos keseluruhan dianggarkan antara RM180 juta hingga RM200 juta.

TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberitahu, stadium itu akan dibangunkan di kawasan seluas 14 hektar oleh penaja utama JDT musim ini iaitu Forest City.

Menurutnya, stadium tersebut bakal menjadi mercu tanda utama JDT Sports City yang akan turut menempatkan pelbagai prasarana lain termasuk pusat beli belah, kawasan kediaman, serta kemudahan untuk pelbagai sukan lain.

“Saya berhasrat untuk mengekalkan penggunaan nama Larkin kerana rasa sayang de­ngan nama tersebut. Stadium itu juga mampu memuatkan kira-kira 45,000 penonton dalam satu masa.

“Stadium itu nanti akan menjadi gelanggang kepada skuad JDT, manakala pasukan JDT 2 akan beraksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Mohd. Fahmy Yahya.

Tunku Mahkota Johor turut memberitahu, stadium baharu tersebut akan menyediakan lebih banyak kemudahan khususnya untuk penyokong setia pasukan Harimau Selatan.

“Stadium baharu ini bukan sahaja lebih strategik, tetapi akan dibangunkan dengan mengambil kira akses dan prasarana yang diperlukan penyokong setia kami.

“Kekurangan yang terdapat di Larkin (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) tidak akan berlaku di stadium baharu nanti,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/stadium-rm200j-venue-baharu-jdt-1.184107#sthash.vtxhTgaE.dpuf


No comments: