Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 January 2016

JDT minta maaf

FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Januari 2016 12:35 AM



Mohd. Azrif Nasrulhaq (kanan) terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan telah menyertai JDT walaupun dia baharu sahaja mengikat kontrak baharu dengan Selangor.

KUALA LUMPUR - Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meminta maaf kepada Selangor dan telah membatalkan hasratnya untuk menandatangani pemain pertahanan Mohd. Azrif Nasrulhaq, yang menurut mereka telah ditawarkan kontrak atas kesilapan pencari bakat.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya berkata, tawaran yang diberikan kepada pertahanan kanan Selangor itu adalah atas kesilapan pencari bakat yang gagal memberikan maklumat tepat mengenai status pemain itu.

Sehubungan itu, katanya, pencari bakat tersebut telah dipecat kerana kecuaiannya.

“Pencari bakat kami diberitahu bahawa kelab memerlukan pemain di posisi tersebut. Pencari bakat ini telah mengenal pasti pemain dan memaklumkan kepada kelab bahawa pemain tersebut tidak terikat dengan mana-mana kontrak.

“Jadi kelab agak terkejut apabila mendapati bahawa pemain ini masih terikat dengan pasukan Selangor dan pencari bakat tidak menyelidik dengan tepat status pemain tersebut.

“Setelah mendapat tahu perkara ini, JDT tidak berhasrat lagi untuk menandatangani pemain tersebut.

“Sehubungan itu, pencari bakat tersebut telah pun diberhentikan serta merta kerana gagal mendapatkan maklumat yang tepat mengenai pemain ini. Kepada pihak pengurusan Selangor, kami menghormati anda sebagai kelab besar dan profesional. Maaf atas salah faham yang berlaku,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers malam tadi.

Sementara itu Azrif menjelaskan dia belum menandatangani kontrak dengan JDT tetapi mengakui hatinya sudah terpaut untuk menyertai juara Piala AFC itu.

“Saya belum tandatangan kontrak bersama JDT (Johor Darul Ta’zim),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Azrif memberitahu dia ada menerima panggilan telefon daripada pihak JDT untuk menawarkannya kontrak dan tanpa berselindung pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan hatinya sudah pun ke arah pasukan tersebut.

“Belum pasti lagi (menyertai JDT). Itu semua cakap-cakap orang. Saya tidak tahu bagaimana gambar saya tersebar di laman sosial (dengan kenyataan telah menyertai JDT) sedangkan saya dalam perjalanan ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk menentang Sarawak pada malam ini (semalam). Saya tidak ke Johor langsung.

“Buat masa sekarang saya masih bersama Selangor. Bagaimanapun saya tidak nafikan memang ada pihak dari JDT menghubungi saya pada minggu lalu untuk menawarkan menyertai skuad mereka. Malah tidak dapat disangkal lagi hati saya sudah terpaut kepada JDT. Sudah menjadi impian setiap pemain untuk menyertai pasukan tersebut,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-minta-maaf-1.181335#sthash.aRqkRYmi.dpuf

No comments: