Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 January 2016

Tiada pemain JDT 
yang selamat – TMJ

28 Januari 2016 12:37 AM

JOHOR BAHRU – Tiada sesiapa pun dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh berasakan kedudukan mereka dalam pasukan penyandang gelaran Liga Super itu adalah selamat sehinggalah senarai muktamad pemain ditetapkan, kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

KEDUDUKAN bekas penyerang Harimau Muda, Mohd. Rozaimi Abd. Rahman juga masih belum ditentukan sama ada akan tersenarai dalam skuad JDT atau JDT 2.

Tunku Mahkota Johor juga berkata, penilaian yang dilakukan terhadap para pemain sepanjang tiga perlawanan persahabatan yang telah dijalankan masih belum memuaskan hatinya kerana juara Liga Super dua musim berturut-turut itu bukan sahaja akan ber­usaha mempertahankan gelaran liga, tetapi juga memburu tempat ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL).

“Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan prestasi pemain, apa yang boleh saya katakan adalah kedudukan semua pemain masih belum selamat.

“Saya memberi kebebasan sepenuhnya kepada ketua jurulatih Mario Gomez untuk melakukan apa yang dirasakannya terbaik menjelang pembukaan saingan Liga Malaysia musim ini,” katanya dalam sidang akhbar di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Menurut Tunku Ismail, skuad Harimau Selatan masih mempunyai banyak ruang untuk penambahbaikan walaupun berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC musim lalu.

“Saya bersyukur dengan kejayaan yang berjaya dicatat musim lalu, tetapi secara realitinya kami masih di belakang jika hendak dibandingkan dengan kelab lain yang turut bersaing dalam ACL.

“Walaupun begitu, peluang untuk kami melepasi pusingan kelayakan ACL masih terbuka,” katanya.

Tunku Ismail turut menegaskan bahawa kedudukan penyerang muda negara Mohd. Rozaimi Abd. Rahman sama ada bakal membarisi skuad utama atau JDT 2 masih belum ditentukan.

“Walaupun dia baharu pulih daripada kecederaan, namun saya yakin dia mempunyai masa depan yang cerah dalam sukan ini dan saya yakin dia mampu pergi jauh.

“Keputusan sama ada dia bakal menyarung jersi JDT atau JDT 2 masih belum ditetapkan, semuanya bergantung sama ada Mario Gomez mahukan dia dalam skuadnya atau tidak,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tiada-pemain-jdt-8232-yang-selamat-8211-tmj-1.184110#sthash.YO39BsCe.dpuf


No comments: