KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global
sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling
mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di
dalam kitab dan penerbitan mereka! Apakah kesan yang akan terjadi kelak
jika kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara kita?
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan "La ila ha illalah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian - Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus!
Inilah yang perlu kita fahami. Itulah kesan secara langsung yang akan berlaku jika pihak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara ini. Dalam satu insiden perkahwinan artis terkenal di sebuah negara jiran, pengantin lelakinya beragama Islam manakala wanitanya beragama kristian. Lalu si wanita ditanya apakah dia akan memeluk agama Islam menuruti bakal suaminya. Jawapan wanita pelakon terkenal lagi jelita ini wajar menjadi iktibar dan pengajaran buat kita: Apa perlu saya menukar agama! Bukankah tuhan saya dan tuhan dia sama - Allah! Na'uzubillah minzalik!
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan "La ila ha illalah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian - Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus!
Inilah yang perlu kita fahami. Itulah kesan secara langsung yang akan berlaku jika pihak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara ini. Dalam satu insiden perkahwinan artis terkenal di sebuah negara jiran, pengantin lelakinya beragama Islam manakala wanitanya beragama kristian. Lalu si wanita ditanya apakah dia akan memeluk agama Islam menuruti bakal suaminya. Jawapan wanita pelakon terkenal lagi jelita ini wajar menjadi iktibar dan pengajaran buat kita: Apa perlu saya menukar agama! Bukankah tuhan saya dan tuhan dia sama - Allah! Na'uzubillah minzalik!
FIRMAN Allah SWT, "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya
tidak akan sekali-sekali reda dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam)
selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah,
sesungguhnya petunjuk Allah (yakni al-Quran) adalah benar dan cukup bagi
kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah
sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni al-Quran), maka tidak akan ada
bagimu pelindung dan pertolongan daripada Allah" (Al-Baqarah: 120)
TUNTUTAN TITULAR ARCHBISHOP KUALA LUMPUR
Kemelut isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Titular Archbishop
Kuala Lumpur (Gereja) masih berterusan. Kementerian Dalam Negeri (KDN)
telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan
pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja menggunakan kalimah
Allah dalam penerbitan mereka bernama The Herald.
Asas kepada keputusan itu antara lain adalah kerana kalimah Allah
sudah diguna pakai oleh kristian di Sabah dan Sarawak buat sekian lama.
Maka berdasarkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan,
pihak gereja, kata Mahkamah, sewajarnya dibenarkan dan dijamin kebebasan
menggunakan kalimah Allah dalam menjalankan amalan agama mereka.
Saya tidak bercadang mengupas kes ini kerana ia masih di peringkat
rayuan yang akan didengar pada 22 September ini. Kita akan memberi ruang
dan peluang supaya Mahkamah Rayuan dan sistem kehakiman Malaysia
dibenarkan mendengar rayuan ini menurut lunas undang-undang sedia ada.
BIBLE AL-KITAB
Bagaimanapun, saya berpeluang membaca secara sepintas lalu sebuah
terjemahan Bible dalam bahasa Melayu yang dipanggil Al-Kitab.
Memandangkan ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka saya berhak
untuk mengulas dan membuat komen yang sepatutnya tanpa bermaksud
menghina atau memperlekeh agama kristian.
Satu perkara fundamental yang saya dapati setelah membaca Bible
Al-Kitab versi Melayu ini ialah sebenarnya ia bukan Kitab Injil seperti
yang umat Islam fahami. Ia sebenarnya adalah terjemahan kitab yang
dipanggil Bible daripada versi bahasa Inggeris.
Selain al-Quran, kita umat Islam dituntut mempercayai kitab Taurah
(Nabi Musa a.s), Injil (Nabi Isa a.s) dan Zabur (Nabi Daud a.s). Malah
mempercayainya adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Kita percaya
sebagaimana al-Quran, kitab Taurah, Injil dan Zabur adalah wahyu
daripada Allah. Sebab itu kita memanggil mereka yang beriman dengan
kitab-kitab itu sebagai ahli kitab, dan kepercayaan mereka disebut
sebagai agama wahyu.
Bagaimanapun, kita umat Islam mempercayai Kitab Taurah dan Injil yang
asal sudah tidak ada, malah apa yang ada hari ini kita percaya telah
diselewengkan. Saya tidak bercadang untuk membahaskan isu ini kerana
menumpukan kepada isu kalimah Allah. Mungkin kita akan bahaskannya di
forum yang lebih bersesuaian.
Yang kita tahu, apa yang dipanggil Bible oleh penganut Kristian
sebenarnya adalah gabungan dua buah buku yang dipercayai kitab suci oleh
umat kristian iaitu Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) dan New
Testament (Kitab Perjanjian Baru).
Kitab Perjanjian Lama dijadikan kitab suci bagi penganut agama Yahudi
(selain Tsalmud dan lain-lain). Kitab Perjanjian Lama ini adalah kitab
bagi penganut Yahudi dan masih kekal digunakan oleh mereka dalam bahasa
Hebrew atau Ibrani.
Kitab Perjanjian Baru pula adalah buku yang dikatakan ditulis oleh
seorang pendeta Kristian berbangsa Roman bernama Saul (nama beliau
dipopularkan sebagai Paul sekarang ini). Buku asal yang dipanggil Kitab
Perjanjian Baru tulisan Saul ini adalah dalam bahasa Greek.
Pihak gereja Kristian kemudiannya telah menggabungkan kedua-dua Kitab
Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ini dan diberi label sebagai
Bible. Kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama
daripada teks asal bahasa Ibrani, manakala Kitab Perjanjian Baru
diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada bahasa asal Greek.
Maknanya Bible versi bahasa Inggeris yang ada pada masa ini adalah
terjemahan ke bahasa Inggeris daripada bahasa Hebrew (bagi Perjanjian
Lama) dan bahasa Greek (bagi Perjanjian Baru). Gabungan kedua-dua kitab
ini dipanggil Bible.
Kitab Bible versi bahasa Inggeris inilah yang menjadi sumber kepada
penterjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia yang dipanggil Bible Al-Kitab.
Saya tidak bercadang mengupas tentang kewujudan begitu banyak Bible yang
berlainan versi. Ini telah dikupas dengan begitu baik oleh Allahyarham
Sheikh Ahmad Deedat dan rujukan boleh dibuat kepada kupasan beliau.
BIBLE ASAL
Apa pun, kita perlu sedar bahawa Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s
adalah berbangsa Yahudi. Oleh itu kitab asal yang diturunkan kepada
mereka sudah tentu dalam bahasa Yahudi; iaitu bahasa Hebrew Aramaic atau
Ibrani.
Bermakna yang boleh dan layak dipanggil kitab suci ialah teks dalam
bahasa Ibrani, iaitu bahasa yang diguna pakai oleh Nabi Musa a.s dan
Nabi Isa a.s. Itulah kitab yang sepatutnya menjadi autoriti. Sebagaimana
al-Quran dalam bahasa Arab bagi umat Islam.
Maka dalam membahas persoalan kalimah ketuhanan dalam fahaman dan
kepercayaan agama Kristian, kita wajib merujuk semula kepada kitab-kitab
asal ini.
Bermakna apabila terjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia dibuat, ia
sudah melalui tiga terjemahan - Ibrani - Greek - Inggeris lama -
Inggeris baru - Melayu-Indonesia!
Ini bermakna Bible Al-Kitab versi bahasa Melayu-Indonesia tidak layak
dipanggil kitab suci asal, sebaliknya ia hanyalah sebuah terjemahan.
Sebagaimana terjemahan teks asli al-Quran dalam bahasa Arab ke dalam
bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali, atau ke dalam bahasa Melayu oleh Sheikh
Abdullah Basmeih atau Buya Hamka.
Kita umat Islam tidak boleh memanggil terjemahan Yusuf Ali,
terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih atau terjemahan Buya Hamka sebagai
al- Quran. Ia hanya terjemahan al-Quran, sebab itu memegangnya tidak
perlu berwuduk; malah jika dalam keadaan hadas besar pun masih boleh
memegang dan membaca terjemahannya.
Sekurang-kurangnya terjemahan al-Quran dibuat berdasarkan dan
bersumberkan terus daripada teks asal al-Quran berbahasa Arab, dengan
teks asal Arab sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW
tetap ditulis dalam terjemahan tersebut. Sebaliknya terjemahan Bible
Al-Kitab versi Melayu-Indonesia langsung tidak disertai dengan teks asal
bahasa Ibrani.
Jadi dakwaan menyatakan Bible atau Al-Kitab terjemahan bahasa
Melayu-Indonesia sebagai kitab suci asal dan asli adalah tidak berasas
sama sekali. Ia hanyalah satu terjemahan!
No comments:
Post a Comment