Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 11 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Hakimi raih emas pecah rekod lompat kijang

10 Jun 2015 2:00 AM


Muhammad Hakimi Ismail bergambar di hadapan papan skor yang menunjukkan rekod baharu lompat kijang setelah dia memenangi acara itu dalam Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Selepas 18 tahun hilang daripada genggaman, pingat emas lompat kijang Sukan SEA akhirnya dikembalikan ke pangkuan kontinjen negara menerusi Muhammad Hakimi Ismail, malah melakukannya dengan penuh bergaya apabila mencipta rekod baharu temasya dan kebangsaan semalam.

Atlet berusia 24 tahun itu menang dengan catatan 16.76 meter untuk memadam rekod lama 16.67m milik Nguyen Van Hung dari Vietnam yang dilakukan di Myanmar hanya dua tahun lalu. Catatan tersebut juga memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri, 16.44m.

Hakimi muncul atlet Malaysia pertama meraih emas lompat kijang lelaki Sukan SEA sejak kali terakhir Zaki Sadri melakukannya di Jakarta pada 1997.

“Berjaya menjadi pemenang pingat emas pertama sejak Zaki Sadri adalah satu penghormatan. Zaki seorang legenda dan saya sangat menghormatinya.

“Saya amat bangga berjaya memenangi pingat emas selepas apa yang berlaku di Myanmar, dua tahun lalu,” kata Hakimi, merujuk kepada kegagalannya meraih kejuaraan selepas dipintas oleh Van Hung.

Pingat perak acara tersebut menjadi milik atlet Thailand, Kongnil Varunyoo dengan lompatan 16.20m, manakala Van Hung sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 15.92m.

“Syukur saya dapat meraih emas bersama rekod baharu, ini satu pencapaian besar dalam karier olahraga saya.

“Saya sebenarnya tidak berjaya melepasi had kelayakan Sukan SEA, namun diberi kepercayaan untuk beraksi atas tiket pemenang pingat perak Sukan SEA 2013. Hari ini, saya berjaya membalas kepercayaan tersebut,” katanya lagi.

Olahraga turut menghadiahkan tiga pingat gangsa semalam, dua menerusi baling tukul besi manakala satu daripada skandar Alwi dalam lompat bergalah lelaki.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam kedudukan pingat apabila sekadar berada di tempat keempat dengan masa yang buruk, 11.93 saat pada final 100m. Catatan itu jauh lebih buruk daripada yang dilakukan di peringkat saringan, 11.69s.

Iskandar pula melakukan lompatan 5.05m dan gagal mengatasi pencapaian perak yang dibuat di Myanmar, dua tahun lalu.

Emas milik atlet Thailand, Porranot Purahong dengan catatan 5.30m, manakala perak diraih John Obeina Ernest dari Filipina (5.25m).

Terdahulu dalam saingan baling tukul besi, atlet remaja berusia 15 tahun, Grace Wong meraih pingat dalam penampilan pertama Sukan SEA dengan mencatat balingan terbaik 53.80m, manakala Jackie Wong mencatat 61.18m dalam acara lelaki. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hakimi-raih-emas-pecah-rekod-lompat-kijang-1.101077#sthash.72lZdQEw.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Sharmini pastikan skuad ekuestrian pulang dengan emas

11 Jun 2015 12:56 AM


R. Sharmini beraksi dalam rutin jumping dalam acara ekuestrian Sukan SEA 2015 di Kelab Turf Singapura semalam. BERNAMA

SINGAPURA - Sebaik sahaja disahkan muncul pemenang acara jumping individu, air mata ke­gembiraan mengalir di wajah R. Sharmini yang akhirnya memastikan skuad ekuestrian negara pulang dengan satu emas.

Terpaksa bertarung sehingga persembahan penentuan dengan penunggang Singapura, Catherine Chew selepas kedua-duanya mempamer tunggangan bersih, kekuatan mental Sharmini ternyata menjadi pemisah antara mereka.

Mengambil giliran terlebih dahulu melakukan tunggangan bersama kuda kesayangannya Arcado L, dia menunggang tenang untuk tidak melakukan sebarang kesilapan selain mencatat masa 35.90 saat.

Sebaik sahaja Catherine melintas garisan penamat, sorakan penyokong Malaysia menggamatkan suasana apatah lagi apabila penunggang Singapura itu pula hanya mampu mencatat masa 36.69 saat.

Pingat gangsa menjadi milik penunggang Thailand, Sailub Lertratanachai yang mengecewakan seorang lagi penunggang tuan rumah Predrag Marjanovic dalam penentuan show off.

Ketika ditemui pihak media, Sharmini tidak mampu menahan air mata gembiranya dan tidak percaya mampu mengalahkan Catherine yang lebih berpengalaman.

Kejayaannya itu menamatkan penantian Malaysia selama lapan tahun untuk meraih emas dalam acara berkenaan.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas acara jumping individu ialah pada 2007 di Korat, Thailand me­lalui Qabil Ambak.

“Sebenarnya saya bukanlah yang terbaik dalam situasi jump-off, namun segala-galanya menjadi dalam akhir perlumbaan, saya terkejut mampu memenanginya.

“Catherine sebenarnya seorang yang berpengalaman dan rentak kudanya jauh lebih baik tetapi mungkin hari ini ialah hari saya.

“Terima kasih kepada jurulatih peribadi Lars Bak Andersen, ibu bapa, adik saya yang menjadi penyokong nombor satu saya selama ini serta semua pengurusan ekues­trian,” katanya sambil menangis.

Dalam Sukan SEA 2011 di Indonesia, Sharmini menjadi sebahagian daripada pasukan jumping untuk meraih pingat gangsa tetapi pada kali ini dia boleh tersenyum dengan membawa pulang satu emas dan satu perak.

Mula berjinak-jinak dengan dunia ekuestrian sejak berumur enam tahun dan kini berkelana di bumi Eropah bagi mendapatkan pendedahan, Sharmini berharap satu hari nanti dia mampu melayak­kan diri ke Sukan Olimpik.

“Kelayakan untuk Sukan Olimpik Rio mungkin sudah tertutup, saya kini meletakkan sasaran mampu beraksi di Tokyo pada 2020 nanti,” katanya.

Secara keseluruhan, acara ekuestrian yang menutup tirai hari ini menyaksikan skuad negara memperbaiki pencapaian dua tahun lalu di Myanmar, tanpa mengambil kira acara endurance yang tidak dipertandingkan kali ini.

Mereka membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa dari Singapura berbanding hanya mendapat satu emas di Myanmar. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/sharmini-pastikan-skuad-ekuestrian-pulang-dengan-emas-1.101400#sthash.OgHEMRKu.dpuf


Tuesday, 9 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Hari paling cemerlang

Malaysia raih 7 emas menerusi terjun, wusyu, renang, snuker, petanque

09 Jun 2015 1:13 AM

Chuan Leong Thor

Phee Jing En

Wendy Ng (kiri) dan Nur Dhabitah Sabri.

Loh Jack Chang

Ooi Tze Liang

Muhd. Hafizuddin Mat Daud

TRIO wusyu negara, Chan Audrey Yee Jo, Chan Lu Yi dan Cheah Aggie Ruey Shin menghadiahkan emas dalam acara duilian barehand berpasukan wanita. - See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hari-paling-cemerlang-1.100705#sthash.A4AEEhQ1.dpuf

SINGAPURA - Wusyu akhirnya menggegarkan Singapura, manakala terjun terus menjadi lubuk emas Malaysia pada hari ketiga Sukan SEA 2015 yang menyaksikan kontinjen negara melakar keputusan paling cemerlang dengan merangkul tujuh emas keseluruhan.

Petanque, renang dan snuker turut menjadi penyumbang emas Malaysia semalam, sekali gus menyaksikan kontinjen negara memperbaiki kedudukan pingat keseluruhan daripada tangga kelima ke tangga keempat dengan mengumpul 15 emas, 19 perak dan 23 gangsa.

Selepas berdepan risiko pulang tangan kosong, skuad wusyu akhirnya menutup kempen dengan merangkul dua emas menerusi Loh Jack Chang dalam acara wajib taijiquan lelaki serta trio Chan Audrey Yee Jo, Chan Lu Yi dan Cheah Aggie Ruey Shin dalam duilian barehand berpasukan wanita.

Wusyu sememangnya sering menjadi sandaran emas Malaysia, malah mereka melakar pencapaian yang lebih baik di Myanmar, dua tahun lalu apabila meraih tiga emas, lima perak dan enam gangsa.

Sementara itu, terjun terus menjadi lubuk emas Malaysia dengan meraih enam daripada lapan emas yang ditawarkan di Singapura.

Dua lagi emas berjaya ditokok semalam menerusi juara Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang dalam 10 meter platform lelaki dan gandingan 3m papan anjal seirama wanita, Wendy Ng-Nur Dhabitah Sabri.

Di Arena OCBC, Thor Chuan Leong terpaksa bertarung hampir tiga jam sebelum menghadiahkan emas dalam snuker individu lelaki dengan menewaskan jaguh Myanmar, Htet Ko 4-2.

Memulakan saingan pada pukul 7 malam, Chuan Leong bagaimanapun menamatkan permainan ketika jam dinding menunjukkan 15 minit lagi hendak memasuki pukul 10 malam.

“Saya tidak sangka akan menerima tekanan seperti ini, saya perlu bermain dengan perlahan untuk menyekat tempo permainan lawan,” kata Chuan Leong.

Selain menjadi lubuk emas Malaysia dalam acara terjun, Pusat Akuatik OCBC turut membawa tuah kepada perenang remaja berusia 17 tahun, Phee Jing En apabila meraih emas pertamanya dalam Sukan SEA menerusi 100 meter kuak dada wanita.

Jing En turut mencatat masa peribadi terbaik, 1 minit 10.47 saat untuk mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Christina Loh. Christina beraksi buruk apabila menduduki tempat kelima.

“Sasaran saya hari ini hanya cuba melakukan yang terbaik. Sebaik saja melihat papan markah memang rasa terkejut.

“Saya sebenarnya bersemangat hendak mengekalkan gelaran ini kerana kita adalah penyandang juara(Christina),” katanya.

Gelanggang petanque turut memahat sejarah apabila Muhd. Hafizuddin Mat Daud muncul atlet Malaysia pertama meraih emas acara tersebut selepas menjuarai saingan perseorangan lelaki.

Hari ini, buruan emas Malaysia akan diteruskan dengan terjun menawarkan dua emas terakhir dalam 3m papan anjal lelaki dan 10m platform individu wanita, yang menampilkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong.

Turut menjadi tumpuan pastinya olahraga, di mana Malaysia memasang misi merampas kembali gelaran Raja Pecut dalam 100m lelaki.

Boling, gimnastik artistik, pelayaran dan menembak turut menawarkan emas yang mampu diraih atlet negara.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hari-paling-cemerlang-1.100705#sthash.A4AEEhQ1.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Hafizuddin pahat sejarah petanque

Semangat juang tinggi bantu raih emas sulung

09 Jun 2015 12:56 AM


Muhd Hafizuddin Mat Daud puas selepas akhirnya meraih pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA selepas menewaskan pemain pilihan, Chhoeun Thong dari Kemboja di Singapura, semalam.

SINGAPURA - Tidak kenal erti putus asa, ak­hirnya membawa Muhd. Hafizuddin Mat Daud melakar sejarah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara petanque Sukan SEA selepas muncul juara perseorangan lelaki di The Padang, semalam.

Malah, Hafizuddin turut membuktikan tempoh persiapan yang singkat bukan penghalang buatnya untuk mempamer aksi cemerlang apabila mengetepikan lawan dari Kemboja, Chhoeun Thong 13-6.

Atlet kelahiran Kelantan berusia 22 tahun itu menjangkakan peluangnya sudah berakhir apabila ketinggalan 0-5.

Begitupun, semangat juang yang tinggi membantunya mencatat kebangkitan hebat sebelum melakar kemenangan tidak diduga.

“Dalam perlawanan akhir, saya dapati diri saya tiba-tiba tertekan dan sangat emosional, biarpun menunjukkan ketenangan di awal permainan.

“Bagaimanapun saya enggan berputus asa begitu saja...ini adalah peluang terbaik saya untuk menang emas.

“Semangat saya sedikit menurun selepas ketinggalan tetapi jurulatih dan rakan-rakan tidak henti-henti memberi sokongan. Mereka memberi semangat kepada saya dan mengembalikan keyakinan saya.

“Selepas itu, saya mula berfikir...saya boleh melakukannya untuk Malaysia.

“Saya sangat gembira dan agak emosional ketika ini... ini adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sukan petanque,” kata Hafizuddin, yang membuat persiapan kurang enam bulan untuk acara perseorangan kerana dia sebelum beraksi dalam saingan beregu dan trio.

Hafizuddin, yang mula beraksi dalam sukan petanque sejak lapan tahun lalu berharap, kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada rakan-rakannya untuk memburu emas dalam saingan berpasangan dan trio.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara petanque Sukan SEA sebelum ini adalah meraih dua pe­rak dan satu gangsa di Temasya Laos 2009.

“Saya hanya bermain untuk acara individu sejak Januari lalu sewaktu menyertai kejohanan Piala Dunia 2015 di Perancis.

“Sejak itu, jurulatih membe­ritahu bahawa saya mampu cemerlang dalam acara individu kerana itu saya cuba mencabar diri beraksi dalam acara yang baharu bagi saya.

“Semasa saingan menentang lawan dari Kemboja tadi (semalam) saya dicabar hebat, namun berkat kesabaran membolehkan saya mendahului dengan baik sekali gus meraih kemenangan,” katanya lagi yang meraih gangsa di Temasya Palembang 2011 dan Myanmar 2013.

Sementara itu, pingat gangsa petanque individu lelaki dikongsi bersama atlet Vietnam, Ron Ngo dan atlet Laos, Phoudthala Keokannika yang tersingkir dalam saingan separuh akhir.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hafizuddin-pahat-sejarah-petanque-1.100681#sthash.Xvunyu6i.dpuf


dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyata...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyata...: Ramai yang meminta saya terjemahkan artikel Matthias Chang ( KLiK ) yang mengulas kenyataan Arul mengenai ke mana perginya hutang RM42 bil ...

Friday, 5 June 2015

SUKAN SEA 2015 : 8 tahun tidak beraksi, Sock Khim raih perak

05 Jun 2015 12:44 AM


NG SOCK KHIM melepaskan pukulan kencang ketika menentang Suthasini Sawaettabut dalam perlawanan akhir acara pingpong persorangan wanita Sukan SEA Singapura 2015 di Stadium Tertutup Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Pemain perseorangan wanita negara Ng Sock Khim membuktikan dirinya masih lagi berbisa pada usia­nya 31 tahun apabila berupaya menghadiahkan pingat perak dalam acara pingpong Sukan SEA 2015 semalam selepas hampir lapan tahun tidak beraksi di temasya dwitahunan itu.

Sock Khim meraih pingat perak selepas bersaing sengit sebelum tewas dalam saingan akhir kepada lawan dari Thailand, Suthasini Sawettabut de­ngan keputusan 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 6-11, 11-9, 4-11.

Pingat gangsa dikongsi oleh dua pemain dari Vietnam, Hoang My Trang Mai dan Thi Nga Nguyen yang kecundang dalam separuh akhir.

Sock Khim jelas begitu kecewa kerana gagal meraih pingat emas setelah hampir melakukannya semalam apabila berjaya mengheret lawan sehingga ke set ketujuh.

“Saya banyak melakukan kesilapan hingga menyebabkan lawan mudah mendapatkan mata dalam perlawanan yang cukup mencabar itu.

“Thailand mempunyai ke­lebihan dalam perlawanan itu kerana mempunyai pemain muda yang hebat,” kata Sock Khim.

Kali terakhir Sock Khim menyertai Sukan SEA ialah pada 2007 di Korat, Thailand dan selepas itu tidak dapat menyertai temasya tersebut kerana kece­deraan lutut.

Di Korat, Sock Khim berjaya menamatkan kemarau 14 tahun tanpa pingat buat negara selepas menghadiahkan pingat perak menerusi acara yang sama.

Perak yang diraih semalam merupakan pingat kedua dimenangi skuad pingpong negara dalam edisi kali ini setelah meraih gangsa menerusi beregu wanita Ho Ying-Lee Rou You. 
– UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/8-tahun-tidak-beraksi-sock-khim-raih-perak-1.99214#sthash.WQfqtMBC.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Emas bola jaring makin hampir

05 Jun 2015 12:44 AM

SINGAPURA – Skuad bola jaring negara kekal di landasan untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2015 apabila menempah slot separuh akhir selepas menewaskan Thailand 71-34 dalam perlawanan terakhir peringkat awal di OCBC Arena semalam.

PEMAIN Malaysia, Norashikin Kamalzaman (kanan) cuba membuat jaringan walaupun diganggu oleh dua pemain Brunei dalam perlawanan terakhir pusingan awal acara bola jaring Sukan SEA Singapura 2015 di Arena OCBC, Singapura semalam. UTUSAN

Mengikut format perlawanan empat pasukan terbaik daripada enam peserta, yang bersaing di peringkat awal yang dilangsungkan secara liga satu pusingan, mara ke separuh akhir Sabtu ini.

Malaysia yang ketika ini berada di kedudukan teratas liga selepas menamatkan lima perlawanan tanpa kalah dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Brunei pada aksi separuh akhir.

Jurulatih Malaysia, Aminah Asaari berkata, pemainnya berjaya merealisasikan misi menewaskan Thailand tanpa sebarang masalah selain percaya mampu beraksi lebih baik dalam separuh akhir.

“Syukur atas kemenangan ini dan pemain juga telah mempamerkan peningkatan yang positif sepanjang persaingan dalam peringkat kumpulan.

“Secara keseluruhannya sepanjang lima perlawanan kami telah berjaya menjaringkan 384 gol manakala bolos 124 sahaja, sekali gus membuktikan pasukan ini berupaya melangkah ke saingan akhir,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Thailand.

Dalam perlawanan tersebut peledak gol utama skuad kebangsaan Norashikin Kamalzaman beraksi cemerlang apabila menjaringkan 41 gol daripada 50 percubaan.

Dua penjaring berbisa, An Najwa Azizan dan Izyan Syazana Mohd. Wazir pula masing-masing berjaya menyumbat 17 gol dan 13 gol untuk melengkapkan pesta gol Malaysia meskipun Thailand cuba melawan pada suku masa ketiga serta keempat perlawanan.

Malaysia sebelum ini menecuwaskan Myanmar 84-22, menundukkan Filipina 112-11, seri dengan juara Asia, Singapura 35-35 dan menang 82-24 ke atas Brunei. 
– UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/emas-bola-jaring-makin-hampir-1.99204#sthash.S2afm3DZ.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Gangsa jadi penawar duka

04 Jun 2015 12:51 AM


YU PENG KEAN sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa dalam acara lawan pedang sabre individu lelaki semalam selepas tewas kepada pemain Vietnam, Vu Thanh An pada separuh akhir di OCBC Arena, Singapura semalam.

SINGAPURA – Harapan skuad lawan pedang negara untuk menghadiahkan pingat emas pertama Sukan SEA 2015 tidak kesampaian apabila sekadar meraih satu gangsa menerusi Yu Peng Kean dalam acara sabre individu lelaki di OCBC Arena, semalam.

Peng Kean, antara atlet yang disandarkan emas oleh kem lawan pedang negara tewas pada aksi separuh akhir kepada lawan dari ­Vietnam, Vu Thanh An dengan keputusan 4-15.

Kekalahan tersebut membolehkan Peng Kean berkongsi pingat gangsa bersama dengan atlet Thailand, Kothny Wiradech yang tewas dalam aksi sama kepada wakil tuan rumah, Singapura, Choy Yu Yong dengan keputusan 12-15.

Kata Peng Kean, keghairahan untuk mendapatkan kemenangan menjadi punca dirinya seolah hilang fokus menentang Thanh An.

“Semuanya menjadi serba tidak kena dan saya seolah tidak tahu untuk berbuat apa di atas gelanggang, tambahan pula apabila saya menjadi harapan terakhir untuk melangkah ke saingan akhir selepas dua lagi sandaran gagal meraih pingat.

“Kekalahan ini amat mengecewakan saya kerana sasaran peribadi saya paling kurang adalah untuk memperbaiki pencapaian gangsa pada Sukan SEA 2011 tetapi tidak berjaya,” katanya selepas tamat aksi separuh akhir di sini, semalam.

Dalam saingan hari pertama lawan pedang semalam, dua lagi sandaran Malaysia, Joshua Koh I Jie dan Natasha Ezzra Abu Bakar kandas di suku akhir.

Joshua, pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia, empat tahun lalu tewas dalam acara epee individu lelaki kepada lawan dari Thailand, Chamcharern Panthawit dengan keputusan 11-5.

Natasha, yang turut mengintai emas pertamanya kecundang di tangan Wang Wengying dari Singapura dalam saingan foil individu dengan keputusan tipis 14-15.

Peluang skuad lawan pedang negara untuk mendapatkan pingat emas kini bergantung kepada acara berpasukan melibatkan sai­ngan epee lelaki, sabre lelaki dan foil wanita yang dijadul berlangsung Sabtu ini.

Pada Sukan SEA 2011, lawan pedang menghadiahkan dua pingat emas dan lima gangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/gangsa-jadi-penawar-duka-1.98885#sthash.MP2vXSZW.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Bola jaring gah ke separuh akhir

04 Jun 2015 12:51 AM


PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (kanan) berjaya melepasi pemain Brunei, Nurrafiqah Afifi Abdullah dalam perlawanan pusingan awal acara bola jaring Sukan SEA Singapura di di OCBC Arena, semalam. Malaysia berjaya menewaskan Brunei 82-24.

SINGAPURA – Seperti diramalkan, skuad bola jaring meneruskan momentum bergaya mereka pada aksi keempat pusingan awal apabila menewaskan Brunei 82-24 di OCBC Arena bagi menempah tempat ke separuh akhir, Sabtu ini.

Keunggulan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditan­dingi oleh Brunei yang ketinggalan 3-21 di suku masa pertama sebelum cuba menghadirkan sedikit tentangan pada suku masa kedua untuk menjadikan kedudukan 9-38.

Percaturan jurulatih, Aminah Asaari, yang menggunakan Norashikin Kamalzaman sepenuh masa jelas menjadi apabila pemain ini mengganas di suku akhir ketiga bagi terus mengukuhkan Malaysia di hadapan 60-19 sebelum mengakhiri perlawanan dengan keputusan 82-24.

Angka jaringan kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan negara jelas membuatkan Aminah berasa cukup gembira kerana melebihi apa yang dilakukan oleh Si­ngapura ke atas Brunei sebelum ini iaitu 72-21.

Tambahnya, fokus mereka ialah mahu meraih seberapa banyak ja­ringan bagi mengatasi Singapura sebagai juara kumpulan untuk memudahkan laluan mereka di pe­ringkat separuh akhir.

“Jumlah jaringan pada hari ini melebihi apa yang dibuat oleh Singapura dan menjelang perlawanan terakhir dengan Thailand, saya harap kami dapat terus meraih kemenangan yang besar bagi mempertahankan kedudukan kami di tangga teratas.

“Saya gembira kerana pemain dapat mengekalkan prestasi yang baik dan walaupun ada sedikit kesalahan dilakukan mereka, sekurang-kurangnya tahap permainan yang sebelum ini berjaya dikekalkan.

“Berdepan Thailand, kami tidak pernah kalah kepada mereka setakat ini dan kali terakhir berjumpa mereka di kejohanan Asia, kami berjaya meraih kemenangan dan harap langkahan cemerlang ini diteruskan sehingga perlawanan akhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, semalam.

Norashikin sekali lagi menjadi watak penting kepada kejayaan Malaysia apabila menyempurnakan 69 jaringan daripada 78 percubaan sementara Izyan Syazana Mohd. Wazir mencipta sembilan jaringan daripada 11 percubaan.

Pasukan bola jaring Malaysia bakal bertemu Thailand pada 3.30 petang ini bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dengan aksi separuh akhir dijadualkan pada hari Sabtu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-jaring-gah-ke-separuh-akhir-1.98877#sthash.Uhygl2xc.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Katrina-Zylane raih emas pertama kontinjen negara

05 Jun 2015 12:44 AM


KATRINA ANN ABDUL HADI (kanan) dan Zylane Lee menunjukkan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan SEA 2015 yang mereka menangi menerusi acara renang seirama duet di Pusat Akuatik OCBC, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Negaraku akhirnya berkumandang di bumi Singapura semalam apabila Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee memenangi pingat emas pertama kontinjen negara dalam Sukan SEA 2015 menerusi acara renang seirama semalam.

Mendahului sejak hari pertama acara itu bermula Selasa lalu, Katrina-Zylane memastikan pingat emas dalam acara duet di Pusat Akuatik OCBC selepas mengumpul 75.3436 mata dalam rutin teknikal yang merupakan disiplin terakhir.

Selepas mengutip 75.5667 mata dalam rutin bebas Selasa lalu, mereka mengumpul 75.5667 mata dalam rutin bebas semalam untuk jumlah keseluruhan 150.9103 mata.

Mereka mengetepikan saingan sengit oleh pemenang perak Chen Mei Qi-Crystal Yap, yang mendapat sokongan kuat penyokong tuan rumah, dengan perbezaan 1.073 mata manakala gangsa menjadi milik Indonesia menerusi Anisa Feritrianti-Claudia Suyanto yang mengumpul 139.0880 mata.

Emas pertama Malaysia itu dikalungkan sendiri oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ke leher Katrina dan Zylane.

Pingat yang diraih dalam edisi Sukan SEA ke-28 ini, menurut Katrina, cukup bernilai kepadanya berbanding di Palembang empat tahun lalu kerana banyak kerja keras terpaksa dilakukan sebelum hadir ke Singapura, selain menjadi atlet negara pertama yang meraih emas.

“Emas kali ini mungkin paling besar maknanya untuk saya kerana terlalu banyak usaha kami berikan sebelum ke sini.

“Kami terpaksa berlatih sekurang-kurangnya lapan jam sehari selama dua bulan sebelum Sukan SEA bermula dan perlu membantu prestasi atlet-atlet muda kerana kami merupakan senior dalam pasukan.

“Memang rasa sedikit tertekan tetapi kami cukup gembira kerana ini emas pertama untuk negara dan saya rasakan persembahan kami jauh lebih baik daripada semalam,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, Zylane Lee yang pertama kali bergandingan dengan Katrina dalam Sukan SEA berasa bangga kerana berjaya menuai pingat emas dalam acara duet.

“Sebelum ini saya pernah dapat emas dalam acara berpasukan (Palembang 2011) tetapi ini pertama kali menerusi acara duet.

“Memang ada rasa sedikit gugup kerana persaingan sengit yang diberikan oleh atlet Singapura tetapi kami hanya fikirkan persembahan sendiri,” katanya.

Katrina dan Zylane kemudian berganding bersama Foong Yan Nie, Gan Wei Gan, Gan Zhen Yu, Kwong Zhi Kei, Lee Yiat Lum, Lee Yiat Xin dan Tasha Jane Taher Ali dalam kategori kombinasi berpasukan di sebelah malam dikecewakan oleh pasukan Singapura untuk meraih perak.

Mencatatkan 73.7333 mata, mereka jauh ketinggalan di belakang pasukan Singapura yang mengumpul 77.0667 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Indonesia yang memungut 71.6667 mata. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/katrina-zylane-raih-emas-pertama-kontinjen-negara-1.99202#sthash.Ug2WoemA.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Boleh ucap selamat tinggal

05 Jun 2015 12:44 AM


PEMAIN Bawah 23 negara, Amer Saidin (tengah) melepaskan rasa kecewanya dengan menyepak botol minuman di tepi padang selepas Malaysia kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Semenjak 2009, skuad Bawah 23 tahun negara tidak pernah tercicir dari persaingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA, namun rekod cemerlang itu hanya menunggu masa untuk tercalar dalam edisi di Singapura apabila Malaysia hampir pasti tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Thailand di Stadium Bishan semalam.

Jaringan tunggal ketua pasukan Sarach Yooyen pada minit ke-81 sudah cukup untuk pasukan Gajah Putih itu meletakkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee di ambang pintu keluar walaupun mempunyai baki dua perlawanan, berdepan Brunei (8 Jun) dan Laos (11 Jun), dan hanya keajaiban membolehkan mereka terus mara.

Satu hakikat yang sememang­nya cukup pahit untuk ditelan namun hanya itu sahaja mampu dilakukan oleh jurulatih Kim Swee dan pemain-pemain di Singapura serta gagal mengulangi sekurang-kurangnya pencapaian yang dilakukan edisi lalu di Myanmar iaitu mara ke separuh akhir.

Kegagalan di Singapura mengulangi apa yang berlaku di Korat pada 2007 ketika skuad negara dibimbing oleh B. Sathianathan.

Terlalu banyak kepincangan ditunjukkan oleh skuad Bawah 23 negara pada temasya ini. Ekoran persiapan yang kurang sempurna kerana Kim Swee hanya diberi masa tiga minggu untuk menyediakan pa­sukannya di samping kebanyakan pemain utama bergelut dengan masalah kecergasan sehinggakan sukar mendapat tempat dalam pasukan negeri atau kelab masing-masing dalam Liga Malaysia.

Ditambah dengan isu pemain tengah prolifik Mohd. Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan, situasi itu memberi bebanan tambahan kepada pasukan negara.

Memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang selepas dibelasah 1-5 oleh Vietnam, Kim Swee membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama de­ngan menurunkan Syahrul Azwari, Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Mohd. Saad sementara Gary Steven Robbat menjadi ketua pasukan menggantikan Mohd. Fandi Othman yang turut direhatkan.

Thailand unggul sejak awal apabila mengawal bola dengan baik selain bijak mencari ruang ketika melancarkan gerakan dari tengah yang direncanakan oleh Messi Thailand, Chanathip Songkrasin.

Pada minit ke-10, penyerang berbahaya Chananan Pombubpha mengejutkan pertahanan negara apabila menanduk bola hantaran Rungrat Phumichantuk dari kiri tetapi tersasar.

Gary sepatutnya meletakkan Malaysia di hadapan tiga minit kemudian melalui serangan balas dan dalam situasi satu lawan satu de­ngan penjaga gol, dia lambat me­lakukan keputusan sebelum diberi tekanan oleh pertahanan Thailand sehingga menyepak keluar.

Pada minit ke-17, Thitiphan Puangjan sekadar menyepak tinggi di hadapan gawang skuad negara yang terbuka sebelum sekali lagi melepaskan peluang apabila tandukannya meliar pada minit ke-28.

Dua minit kemudian, sekali lagi saat keemasan dilepaskan oleh Thailand apabila Nurul Sriyankem melakukan tandukan tepat ke dakapan penjaga gol, Mohd. Farhan Abu Bakar setelah diumpan oleh Phumichantuk.

Pada separuh masa kedua, anak-anak buah Kim Swee mengimbangi rentak Thailand yang hanya me­ngancam pada minit ke-49 menerusi gerakan solo Songkrasin dengan Syahrul Azwari hampir menjaringkan gol pada minit ke-59 selepas rembatan kencangnya dari luar kota penalti ditepis keluar oleh penjaga gol Chanin Sae-Ear.

Bagaimanapun, segala-galanya musnah ketika permainan berbaki 10 minit untuk ditamatkan apabila tanpa diduga Yooyen melepaskan rembatan jarak jauh yang tepat ke penjuru gawang yang dikawal Farhan sekali gus melengkapkan episod pedih pasukan negara. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/boleh-ucap-selamat-tinggal-1.99208#sthash.Ncpril1f.dpuf


‘Nothing To Hide’

Dr. Mahathir diberi peluang bertanya

05 Jun 2015 12:49 AM


KUALA LUMPUR 4 Jun – Sesi dialog bersama Perdana Menteri bertemakan ‘Nothing To Hide’ anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) esok, bakal memberi peluang kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengajukan soalan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, perkara itu selaras dengan kesediaan Perdana Menteri dalam menjawab sebarang persoalan mengenai isu-isu semasa pada sesi dialog di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Jelas Khairul Anwar, beliau selaku moderator pada sesi berkenaan akan memberi peluang kepada hadirin termasuk Dr. Mahathir untuk mengajukan soalan menggunakan mikrofon yang disediakan dalam dewan tersebut.

“Mungkin Dr. Mahathir ingin mengajukan soalan-soalannya, kita akan beri peluang kepada beliau untuk bertanya. Dengan syarat, beliau perlu mengangkat tangan untuk gilirannya.

“Namun begitu, kita harap sesi dialog ini berjalan dalam suasana boleh dikawal, ia bukan medan untuk mencari siapa benar atau salah tetapi platform bagi meleraikan ikatan yang telah lama tersimpul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media-media sosial hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir dikatakan telah mengesahkan kehadirannya pada sesi dialog berkenaan esok.

Penganjuran program dialog ini bertujuan untuk menjelaskan segala kemusykilan mengenai pelbagai isu yang timbul seperti kepimpinan kerajaan, ekonomi dan semasa kepada aktivis dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, kehadiran Dr. Mahathir pastinya akan menyerikan sesi dialog berkenaan dan melihat kehadiran negarawan itu sebagai langkah pertama untuk meleraikan isu-isu berbangkit.

“Sebab namanya pun Nothing To Hide (Tiada Apa Untuk Diselin­dungkan), ini mencerminkan Perdana Menteri sudah cukup bersedia menjawab sebarang persoalan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-mahathir-diberi-peluang-bertanya-1.99283#sthash.6nDwO1eu.dpuf

POLITIK : Proulama kuasai pemilihan

05 Jun 2015 1:22 AM


KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi.

Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi.

Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.

Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi)

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kemenangan proulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sokongan padu kepada golongan proulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan proulama dan profesional.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/proulama-kuasai-pemilihan-1.99302#sthash.7mywyr66.dpuf


POLITIK : ‘Tidak patah semangat’?????

05 Jun 2015 12:48 AM


PENYOKONG Barisan Nasional mendengar amanat daripada Najib Tun Razak dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Petrajaya, Kuching, semalam. utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 4 Jun - “Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya.

“Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui beliau.

“Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,” katanya.

Menurutnya, beliau adalah Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak dan kehadirannya tidak pernah dengan tangan kosong kerana dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta-merta’ untuk Sarawak.

Berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau yakin di bawah kepimpinan Adenan, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: “Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun”.

Najib berkata, Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan Perdana Menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun.

“Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (Semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’. Saya nak tanya orang Sarawak ...nak lagi saya jadi PM ke tidak?” kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh “nak”.

“Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya, BN mahukan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

“Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu,” katanya. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-tidak-patah-semangat-8217-1.99274#sthash.yBPMvDeK.dpuf


Wednesday, 3 June 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib 'Nothing To Hide' Razak - Segala Persoalan 1...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib 'Nothing To Hide' Razak - Segala Persoalan 1...: Mulanya saya skeptikal dengan artikel Mkini yang kononnya mendakwa Najib sanggup berdepan dengan rakyat dan menjawab sendiri apasaja pers...

SUKAN SEA 2015 : Katrina, Zylane di landasan emas

03 Jun 2015 12:42 AM


KATRINA ANN ABDUL HADI (kanan) dan Lee Hying Huey mempamer aksi baik dalam saingan renang berirama duet teknikal semalam untuk mendahului peserta lain.

SINGAPURA – Hasrat Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee Ying Huey untuk menghadiahkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan SEA Singapura berada di landasan terbaik apabila mendahului saingan renang berirama duet teknikal di Pusat Akuatik OCBC, semalam.

Persembahan menarik Katrina dan Zylane bukan saja memukau penonton, malah mencuri perhatian juri yang menghadiahkan 75.3436 mata kepada pasangan negara itu untuk membolehkan mereka me­ngatasi dua pasangan tuan rumah.

Peluang untuk Katrina dan Zylane dikalungkan emas cerah kerana 50 peratus daripada markah yang diraih dalam di­si­p­lin duet teknikal semalam akan dicampur dengan markah yang bakal diperoleh dalam rutin bebas hari ini, sebelum mereka bersaing pada peringkat akhir esok.

“Saya puas hati dengan persembahan hari ini kerana peluang untuk memenangi pi­ngat emas ada, namun kami kena kekal fokus apabila turun dalam rutin bebas esok (hari ini). Tunggu dan lihat apa akan berlaku,” kata Katrina.

Pasangan Singapura, Chen Mei Qi dan Crystal Yap Yu Hui mengekori di tangga kedua de­ngan 73.9705 mata, manakala rakan senegara mereka, Chen Mei Qing dan Soh Li Fei di tempat ketiga menerusi 70.4160 mata.

Hari ini, semua lapan pasa­ngan yang bertanding akan turun sekali lagi untuk memperagakan kehebatan masing-masing dalam rutin bebas dan hanya enam terbaik akan melayakkan diri ke final esok.

Sementara itu, Zylane berkata, mereka akan berusaha untuk mempamerkan aksi konsisten agar tidak tersasar daripada landasan mendapatkan pingat emas.

“Sasaran kami adalah cuba mengekalkan kedudukan teratas dalam rutin bebas esok.

“Kami tidak boleh cepat berpuas hati dengan keputusan hari ini, sebaliknya kami perlu kekal konsisten sehinggalah saingan akhir,” ujar Zylane.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/katrina-zylane-di-landasan-emas-1.98525#sthash.VNdknqTk.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Malaysia ikat Singapura 35-35

03 Jun 2015 12:42 AM


SINGAPURA – Turun sebagai dua pasukan terbaik dalam Sukan SEA 2015, juara Asia, Singapura dan juara bertahan Sukan SEA, Malaysia nyata sama handal apabila terikat 35-35 pada perlawanan ketiga acara bola jaring di OCBC Arena, semalam.

Pemain Malaysia, Nurul Adha Abu Bakar (tengah) dihalang dua pemain Singapura dalam perlawanan pusingan awal bola jaring Sukan SEA di OCBC Arena, Singapura semalam. Kedua-dua pasukan terikat 35-35.

Selepas melakar kemenangan besar dalam dua perlawanan pertama masing-masing, kedua-dua pasukan yang merupakan musuh tradisi bola jaring di peringkat Asia Tenggara nyata sukar untuk menumpaskan satu sama lain.

Keputusan seri dianggap penamat terbaik buat mereka, malah bagi Malaysia kejayaan mengikat Singapura boleh dianggap satu kejutan.

Acara bola jaring yang disertai enam pasukan berlangsung secara liga, di mana empat pasukan terbaik akan melayakkan diri ke separuh akhir.

Selepas tamat tiga perlawanan, Malaysia kini mengungguli tangga teratas, diikuti Singapura, Thailand dan Brunei.

Dalam dua perlawanan terdahulu, Malaysia melakar kemenangan besar 84-22 ke atas Myanmar, diikuti membelasah Filipina 112-11. Singapura pula menumpaskan Brunei 72-21 dan Thailand 65-24.

Jurulatih negara, Aminah Asaari berkata, keputusan seri amat memuaskan buat Malaysia kerana Singapura merupakan pa­sukan terbaik di Asia Tenggara.

“Saya gembira dengan keputusan yang dicatat hari ini dan pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Kami memang menjangkakan perlawanan ini akan berlangsung sengit, biarpun ia hanya pusingan awal. Walaupun beraksi di depan ribuan penyokong mereka (Singapura), namun kami berjaya menghadapi situasi itu dengan baik,” ujar Aminah.

Dalam perlawanan tumpuan yang turut dihadiri oleh Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria itu, Malaysia bermula dengan baik, selain berjaya menguasai suku kedua.

Begitupun, kelebihan ketinggian yang dimiliki oleh penjaga gol Singapura, Chen Li Li telah menyukarkan anak-anak buah Aminah untuk menambah jaringan.

Aksi penuh dramatik dapat di­lihat pada suku keempat perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan saling kejar mengejar bagi mendapatkan jaringan, sebelum keputusan muktamad 35-35.

Hari ini, skuad bola jaring negara dijadual bertemu Brunei sebelum menentang Thailand esok.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/malaysia-ikat-singapura-35-35-1.98527#sthash.uAUnUSWn.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Pingat pertama negara

03 Jun 2015 12:43 AM


HO YING (empat dari kiri) dan Lee Rou You bergambar bersama pasangan Thailand yang berkongi pingat gangsa dan dua pasangan Singapura yang memenangi pingat emas dan perak semalam. REUTERS

SINGAPURA – Pasangan Ho Ying dan Lee Rou You menepati jang­kaan apabila meng­hadiahkan pingat pertama untuk kontinjen negara setelah berkongsi tempat ketiga apabila tewas dalam separuh akhir beregu wanita individu acara pingpong Sukan SEA 2015 semalam.

Ho Ying-Rou You ternyata bukan lawan kepada beregu tuan rumah Feng Tianwei-Yu Mengyu apabila tumpas 9-11, 7-11, 8-11, 4-11 kepada pilihan pertama itu.

Pasangan yang kalah dalam dua perlawanan separuh akhir berkongsi pingat gangsa.

Singapura sudah pasti meraih emas dan perak setelah satu lagi pasangannya Lin Ye-Zhou Yihan turut ke perlawanan akhir setelah mengalahkan Nanthana Komwong-Suthasini Sawettabut dari Thailand dalam satu lagi separuh akhir.

Rou You berkata, walaupun gem­bira kerana menghadiahkan pingat pertama untuk kontinjen negara, namun dia kesal kerana sering me­lakukan kesilapan sehinggakan ga­gal memberikan saingan sengit kepada pemenang gangsa Olimpik London tiga tahun lalu itu.

“Antara kesilapan yang dilakukan adalah ketika melakukan ser­vis. Saya sedikit kecewa kerana jika kami bermain dengan baik sudah tentu kami mampu untuk memberikan tentangan sengit kepada mereka.

“Bagi saya semua ini akan menjadi pengalaman paling bermakna buat kami berdua. Dalam masa sama kami gembira kerana dapat menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara,” katanya selepas tamat perlawanan.

Ho Ying-Rou You hanya mempa­merkan aksi meyakinkan dalam set awal sahaja sebelum pasangan Singapura berasal dari China itu menguasai sepenuhnya pertembungan semalam.

Dalam Sukan SEA kali ini skuad pingpong negara meletakkan sasaran untuk membawa pulang tiga gangsa, menyamai pencapaian dua tahun lalu di Myanmar. – utusan

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/pingat-pertama-negara-1.98534#sthash.7zOZeCdH.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Malaysia lunyai dikerjakan Vietnam

03 Jun 2015 12:43 AM


Pemain-pemain Malaysia kelihatan berjalan keluar padang dengan wajah kecewa selepas kalah 1-5 kepada Vietnam dalam perlawanan Kumpulan B bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - BERITA Mohd. Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan seakan-akan memberi petanda buruk kepada skuad bola sepak Bawah 23 negara apabila dibelasah 5-1 oleh Vietnam yang mendapat dua penalti kontroversi dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Sukan SEA di Stadium Bi­shan semalam.

Walaupun kekalahan besar itu menyaksikan Malaysia kekal di anak tangga ketiga carta kumpulan, namun anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee itu tiada pilihan lain kecuali menewaskan Thailand dalam perlawanan esok jika mahu mengetuk pintu separuh akhir.

Keputusan semalam juga me­nyaksikan Vietnam memintas kedudukan Thailand untuk berada di anak tangga teratas berdasarkan kelebihan jaringan setelah kedua-duanya mengutip enam mata.

Malam malang skuad negara bermula dengan jaringan penalti Mac Hong Quan pada minit ke-14 dan Nguyen Cong Phuong pada minit ke-45 untuk Vietnam mendahului 2-0 ketika rehat.

Vietnam memberikan igauan ngeri buat pasukan negara dengan menambah dua lagi gol pada minit ke-47, sekali lagi melalui sepakan penalti yang disempurnakan Vo Huy Tuan dan jaringan kedua peribadi oleh Cong Phuong pada minit ke-53.

Jaringan saguhati skuad Bawah 23 tahun disumbangkan oleh Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-78 namun pantas dibalas oleh Nguyen Van Toan, seminit kemudian.

Kehadiran Saiful Ridzuwan Selamat untuk menampung ketia­daan Nazmi ternyata tidak dapat membantu apabila dia gagal menjalankan peranan dengan berkesan selaku perancang di bahagian tengah dan terpaksa digantikan de­ngan Syahrul Azwari Ibrahim sebaik sahaja babak kedua bermula.

Segala-galanya serba tidak menjadi buat skuad negara di setiap bahagian dengan Vietnam membuktikan mereka cukup ampuh melalui serangan balas dan hantaran yang pantas dan tepat.

Kim Swee mengakui kekalahan 1-5 itu antara yang terburuk dalam kariernya selaku jurulatih.

“Ini adalah keputusan paling mengecewakan dan tidak pernah berlaku dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

“Kami tidak bermain dengan baik dan melakukan dua kesilapan yang menjadi punca kekalahan kami serta dua penalti yang diberikan terlalu melampau.

“Walaupun saya kurang pasti sama ada itu penalti atau tidak (tetapi) sememangnya kami bermain dengan buruk.

“Sekarang ini kami tiada pilihan lain kecuali melakukan segala-galanya apabila bertemu Thailand walaupun kepenatan. Seri atau kalah kami bakal terkeluar,” kata­nya selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Vietnam, Toshiya Miura mengakui kesilapan individu membuka ruang kepada pasukannya merakamkan kemenangan besar ke atas Malaysia.

“Secara taktikalnya, tiada apa yang salah terhadap taktikal pasukan Malaysia cuma kesalahan individu beberapa pemain menjadi punca kemenangan kami,” kata­nya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-lunyai-dikerjakan-vietnam-1.98536#sthash.turU0I3t.dpuf


Tuesday, 2 June 2015

The Sense, Credibility and Accountability: 3 CARA bagaimana PM KETURUNAN Bugis ini ambil penD...

The Sense, Credibility and Accountability: 3 CARA bagaimana PM KETURUNAN Bugis ini ambil penD...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. TAHUkah anda 3 CARA kerajaan KUTIP DUIT daripada RAKYAT macam kita ini? KUTIP DUIT MENERUSI ...

SUKAN SEA 2015 : Skuad Kim Swee menang dalam gundah

MUHAMMAD DAYNE AZMIN DAN ZAZALI JAMIAN | 31 Mei 2015 12:16 AM


Pemain Malaysia, Mohd. Syafiq Ahmad (tengah) cuba merebut bola dari kawalan pemain Timor Leste, Rosa Ribeiro Paulo Helber dalam perlawanan Kumpulan B, Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. MINGGUAN/Abdul Razak Latif

SINGAPURA - Perlawanan yang sepatutnya mudah dihadapi skuad Bawah 23 negara hampir menjadi mimpi ngeri apabila bermain dengan sepuluh orang hampir 60 minit ketika menang 1-0 ke atas Timor Leste dalam saingan sulung Kumpulan B Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan semalam.

Garang sepanjang setengah jam permainan, anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dikejutkan dengan pemberian kad merah kepada tonggak tengah Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-32 yang didakwa menumbuk dan cuba meludah Fi­lipe Oliveira.

Walaupun pada awalnya pengadil Foo Chuan Hui dari Si­ngapura tidak memberikan sebarang hukuman kepada Nazmi, namun mengubah tindakannya setelah dimaklumkan oleh pegawai keempat perlawanan Yousef Al-Marzouq yang mengesan insiden itu.

Ketiadaan Nazmi jelas mengganggu mental rakan-rakannya yang sebelum itu memecah kebuntuan pada pada minit ke-11 menerusi percubaan jarak dekat D. Saarvindran.

Nazmi akan digantung dua perlawanan dan tidak akan beraksi dalam perlawanan penting, berdepan Vietnam dan Thailand selepas ini.

Jaringan tunggal negara tercipta hasil kerja keras Muhd. Nurridzuan Abu Hassan yang membawa bola dari sebelah kiri dan Mohd. Syafiq Ahmad berjaya mengumpan kepada Saarvindran yang melakukan sepakan leret menewaskan penjaga gol Ramos Maxanches.

Pada minit ke-15, Syafiq sepatutnya boleh menggandakan kelebihan skuad negara ekoran kecuaian pertahanan Timor Leste namun percubaan penye­rang Kedah itu ditepis biarpun hanya berdepan penjaga gol.

Ketandusan jaringan memaksa Kim Swee melakukan rombakan, memasukkan S. Kumaahran dan Nazirul Naim Che Hashim 10 minit selepas babak ke­dua bermula.

Bagaimanapun, situasi itu tidak merubah corak permainan skuad negara yang kelihatan hilang punca pada penghujung permainan.

Malah, skuad negara bernasib baik apabila penjaga gol Mohd. Farhan Abu Bakar menyelamatkan dua percubaan berbahaya melalui sepakan jarak jauh.

“Saya percaya kita boleh bermain dengan baik jika beraksi de­ngan 11 pemain.

“Jika insiden melibatkan Nazmi Faiz berlaku seperti didakwa, sudah tentu saya amat kecewa. Buat masa ini saya masih belum melihat rakaman insiden tersebut.

“Jika dia boleh dikenakan penggantungan tambahan, saya akan arahkan dia balik kerana tiada sesiapa pemain bintang di dalam pa­sukan ini.

“(Namun) bagi saya kemenangan ini amat penting kepada pasukan biarpun menang tipis,” kata Kim Swee.

Sementara itu, jurulatih Timor Leste, Fabio Da Silva tetap berpuas hati dengan komitmen barisan pemainnya meskipun tewas kepada Malaysia.

“Walaupun kalah tetapi saya puas hati dengan komitmen pemain saya.

“Saya juga amat kecewa dengan insiden meludah dalam perlawanan ini kerana dalam bola sepak pemain tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian,” katanya. – MINGGUAN- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/skuad-kim-swee-menang-dalam-gundah-1.97416#sthash.zXOi14xf.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Bola jaring berpesta, benam Myanmar

ZAZALI JAMIAN | 01 Jun 2015 1:15 AM

SINGAPURA – Bagaikan merindui pentas Sukan SEA selepas 14 tahun acara bola jaring tidak dipertandingkan, pasukan negara memulakan kempen mempertahankan kejua­raan dengan langkah agresif apabila membelasah Myanmar 84-22 dalam aksi pembukaan di OCBC Arena, semalam.

Pemain Malaysia, Yap Suo Kuen (kiri) mencabar pemain Myanmar

Malaysia yang merupakan juara bola jaring Sukan SEA ketika kali terakhir acara tersebut dipertan­dingkan dalam temasya Kuala Lumpur 2001 nyata bukan tandingan Myanmar apabila menguasai sebahagian besar permainan.

Kemenangan besar itu nyata melonjakkan semangat pemain negara untuk memburu pingat emas di Singapura, malah mereka sekali lagi dilihat sebagai pilihan untuk mencatat kemenangan kedua apabila berdepan Filipina hari ini.

Kapten skuad kebangsaan, Yap Suo Kuen berkata, pasukannya telah memanfaatkan kelebihan ketinggian pemain untuk mendapatkan jaringan dengan sebaiknya.

“Menggunakan pemain yang tinggi dalam perlawanan ini adalah antara taktikal utama kita ketika menentang Myanmar. Kita akan kekalkan corak permainan sebegini apabila menentang pasukan lain, namun kami tetap mempunyai taktikal lain yang boleh dipelbagaikan.

“Kemenangan ini membuatkan kami lebih bersemangat dan tidak sabar untuk meneruskan aksi seterusnya selepas ini,” kata Suo Kuen.

Sementara itu, Suo Kuen turut menjangkakan pasukan negara berupaya untuk meraih kemenangan besar dalam aksi kedua menentang Filipina hari ini.

“Kami belum pernah menentang Filipina dan saya yakin pemain sudah pasti mahu mengekalkan kemenangan pada aksi kedua nanti.

“Dalam masa sama kami juga tidak mahu terlalu yakin kerana kebanyakan pemain lawan (Filipina) ramai yang tinggi-tinggi,” kata Suo Kuen.

Tuan rumah, Singapura yang dianggap pilihan utama untuk merampas pingat emas daripada Malaysia turut memulakan kempen dengan langkah kanan apabila membelasah Brunei 72-21.

Filipina pula nyata belum mampu menjadi pesaing utama acara bola jaring peringkat Asia Tenggara apabila dibelasah Thailand 22-62.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-jaring-berpesta-benam-myanmar-1.97848#sthash.BN4RHzOu.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Kuda sendiri cerahkan peluang raih emas

01 Jun 2015 1:15 AM


KAJANG – Berpeluang membawa kuda sendiri, Ketua Kontinjen Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berharap skuad equestrian negara dapat memanfaatkan kelebihan itu, sekali gus menjelmakan pingat emas di Sukan SEA Singapura kali ini.

Jelasnya, ini kerana pada temasya di Myanmar dua tahun lalu, skuad negara berdepan masalah kerana terpaksa meminjam kuda yang disediakan tuan rumah bagi acara berpasukan.

“Saya harap mereka mampu manfaatkan peluang ini kerana kuda merupakan faktor penting dalam acara ekuestrian. Kuda-kuda ini telah diperiksa oleh doktor dan melalui proses kuarantin. Saya harap kuda-kuda ini tidak mengalami sebarang masalah dalam perjalanan ke sana (Singapura).

“Bila kuda dalam keadaan baik, penunggang juga dapat beraksi dengan baik. Semuanya tentang kombinasi dan keserasian antara kuda dan penunggang. InsyaAllah mereka mampu melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada pasukan ekuestrian ke Sukan SEA 2015 Singapura di Kelab Ekuestrian Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, semalam.

Skuad ekuestrian negara pernah meraih tiga pingat emas dalam acara endurance individu, berpasukan dan dressage pada Sukan SEA 2013 Myanmar.

Bagaimanapun pada temasya kali ini, mereka hanya mensasarkan dua emas memandangkan acara endurance tidak dipertandingkan.

Sementara itu, peserta acara dressage, Muhammad Shaiful Azwan Mohamad Din berkata, pasukannya tampak lebih yakin untuk menggalas cabaran negara ke temasya kali ini memandangkan segala persiapan telah berjalan dengan lancar.

“Dari segi kuda kita terapkan pemakanan dan latihan, saya harap keadaan fizikal dan mental kuda berada dalam keadaan baik.

“Kuda kita juga antara yang terbaik kali ini berikutan kita telah menerapkan latihan secara konsisten, malah jurulatih turut memberi maklum balas yang baik. Saya harap perkara ini akan kekal di sana nanti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/kuda-sendiri-cerahkan-peluang-raih-emas-1.97851#sthash.sAr2face.dpuf