Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 8 May 2012

Waspada komplot pembangkang



ALOR SETAR 7 Mei - Rakyat perlu hati-hati dengan komplot pemimpin pembangkang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan kerana ia hanya memperjudikan masa depan rakyat termasuk menyebabkan Malaysia kembali dijajah oleh negara asing.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pemimpin pembangkang yang mendalangi demonstrasi itu mempunyai hubungan baik dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan sudah lama dijadikan alat untuk menghancurkan negara ini.

"Sejak dahulu lagi semua orang tahu bahawa pemimpin pembangkang seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pilihan AS dan hubungannya sangat baik dengan pemimpin negara itu.

"Suatu ketika dahulu Anwar pernah membawa Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore ke sini untuk menyokong gerakan reformasi beliau. Jadi rakyat kena berhati-hati kalau kita tersilap memilih pemimpin kita akan dijajah semula," katanya ketika berucap pada Majlis Wacana Bersama Tokoh Negarawan di Anak Bukit, di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir lagi, kerjasama Anwar dan pihak asing sudah tidak dapat dipisahkan dan ia hanya menjerumuskan negara ini ke kancah penjajahan semula jika pembangkang berkuasa.
"Badan tertentu daripada negara asing ini sanggup membiayai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mengadakan demonstrasi terbabit.

"NGO ini memerlukan wang untuk menjayakan agenda mereka tanpa mengetahui bahawa mereka sudah diperalatkan. Begitu juga dengan parti politik pembangkang kerana kemasukan dana dari luar sudah lama berlaku sejak saya menjadi Perdana Menteri lagi," katanya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Dr. Mahathir berkata, pembangkang melakukan rusuhan jalanan dalam perhimpunan Bersih 3.0 kerana kurang berkeyakinan bahawa mereka akan menang menerusi proses demokrasi.

"Sudah banyak kali mereka mencuba tetapi tidak pernah menang, jadi mereka sudah bersedia kali ini kalau kalah lagi mereka akan cetuskan huru-hara. Mereka memburukkan imej kerajaan dengan harapan mereka mudah menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat kelak.

"Namun, saya percaya sebagai rakyat yang sangat bersyukur dan tahu menilai bahawa kesejahteraan yang dicapai hasil perjuangan kerajaan mentadbir dengan baik, jadi tidak perlu kita marah sangat hanya kerana ada pihak cucuk (hasut) kita untuk marahkan kerajaan," katanya.

Menyentuh tentang usaha pembangkang dan perusuh Bersih 3.0 cuba menjatuhkan imej pihak berkuasa, kata beliau, ia merupakan langkah terdesak pembangkang untuk menghalalkan perbuatan mereka mengadakan rusuhan dan merosakkan keamanan negara.

"Mereka (perusuh) sebarkan berita kononnya polis ganas dan kejam dengan harapan rakyat akan memberontak sedangkan semua tahu apa yang berlaku adalah polis cuba melakukan tugas mereka mengelak rusuhan dan ada di antaranya cuba mempertahankan diri," katanya.

KOMEN : ORANG BUTA HATI DAN BODOH AJE YANG PERCAYA SEGALA DAKYAH JAHAT PUAK PEMBANGKANG NI... JOM KATAKAN TIDAK KEPADA PUAK PEMBANGKANG...

Monday, 7 May 2012

Haram umat Islam merusuh di jalanan


DARI UTUSAN MALAYSIA
7/5/2012

ABDUL Shukor Husin (dua kanan) sambil diperhatikan Othman Mustapha (kanan) bercakap pada sidang akhbar Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia di Sepang, semalam.

SEPANG 6 Mei - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu kerana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lalu.

"Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah, niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.
"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak boleh bersetuju ke arah usaha mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di sini.
Panel jawatankuasa tersebut yang dianggotai 24 ahli termasuk 14 mufti yang mewakili setiap negeri menegaskan, tindakan tersebut adalah haram dan bertentangan dengan pandangan majoriti ahli sunah wal jamaah yang menjadi panduan umat Islam di negara ini.

Abdul Shukor berkata, semua perhimpunan yang bertujuan tidak baik termasuk perhimpunan haram, Bersih 3.0 baru-baru ini tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat sebaliknya hanya mencetuskan huru-hara dan menyusahkan orang lain.

"Kita mengikut pandangan ahli sunah, perhimpunan itu haram dan tidak boleh. Bukan saja Bersih 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa," katanya.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.
Menurut Abdul Shukor, umat Islam juga dilarang sama sekali menyertai perhimpunan jika ia bertujuan menjatuhkan kerajaan yang sah selagi ia tidak membawa kepada kemusnahan, kemurkaan atau maksiat kepada Allah.

Sebaliknya, katanya, Islam menganjurkan umatnya supaya menggunakan saluran yang betul dan berhemah seperti perbincangan tanpa perlu menggadai keamanan dan kesejahteraan umat.

"Mereka yang terlibat perlu sedar dan insaf bahawa tindakan yang dilakukan bukannya ajaran Islam sebab Islam tidak pernah menyuruh umatnya mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara untuk mencapai sesuatu agenda.

"Lebih-lebih lagi sekiranya terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintah yang sah, ia ditegah sama sekali oleh Islam, termasuk seperti menderhaka kepada ulul amri," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, muzakarah tersebut turut membincangkan mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menurut Abdul Shukor, isu tersebut jelas haram dan umat Islam dilarang sama sekali untuk menyokong atau menunjukkan simpati kepada golongan tersebut.

"Isu itu sudah ditegaskan dalam Islam yang ia haram, oleh itu, tidak perlu ada sebarang fatwa macam sembahyang yang diwajibkan kerana ia sudah jelas,'' katanya.

Ditanya mengenai sokongan kepada pemimpin yang secara terang-terangan berpihak kepada LGBT, beliau berkata, umat Islam wajib menolak pemimpin tersebut kerana ia tidak menepati kehendak agama.

"Dalam Islam, apabila mahu memilih dan mengikut pemimpin ada kriteria yang perlu diikuti seperti pemimpin itu mestilah seorang yang berpengetahuan, amanah, bermoral dan mempunyai kredibiliti tinggi serta berpegang teguh pada agama yang dianuti,'' katanya.

KOMEN : JAUH TERSASAR FATWA NIK AZIZ... HARAM DAN BERDOSA TU... LANGSUNG TAK DAPAT PAHALA... NASIB BAIK TAK ADA YANG MATI KATAK....

Anwar, Hitler, Stalin...



SELEPAS menghadapi tekanan daripada rakyat dan pelbagai pihak ekoran keganasan perhimpunan haram Bersih 3.0, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menjadi tak keruan. Kerana tiada lagi hujah dan alasan konkrit yang boleh beliau beri, Anwar pada satu sidang akhbar mendakwa kerajaan telah bertindak seperti diktator Adolf Hitler dan Joseph Stalin dalam menangani Bersih 3.0.

Awang hanya senyum. Anwar seperti biasa cuba mengalihkan isu kemarahan rakyat terhadap beliau, dengan menyalahkan pula kerajaan dan polis.

Perhimpunan tersebut menyerlahkan lagi agenda jahat Anwar. Daripada keengganan beliau untuk berhimpun di kawasan lebih sesuai seperti di stadium hinggalah kepada menghasut, boleh dinilai oleh rakyat.

Paparan video bagaimana beliau memberikan isyarat agar peserta Bersih merempuh Dataran Merdeka, membuktikan lagi hakikat itu.

Anwar boleh asyik berbohong tetapi bukan semua pembohongan beliau akan bertahan lama. Kebenaran akan tetap muncul akhirnya.

Apabila beliau menyebut soal Hitler dan Stalin, ia hanya membuka pekung diri sendiri. Pada Awang, sebenarnya Anwar mempunyai sebahagian ciri-ciri pada kedua-dua tokoh tersebut. Beliau diketahui suka mendesak dan memanipulasi pihak lain untuk kepentingan sendiri. Nafsu untuk berkuasa begitu luar biasa, sama sifatnya dengan Hitler dan Stalin. Anwar tidak boleh ditegur dan dikritik dan sebab itu sudah puluhan pemimpin PKR meninggalkan beliau. Wajah Anwar yang makin keruh sekarang, pernah hampir sama keruhnya dengan wajah Hitler ketika detik-detik kejatuhan diktator itu.

Tetapi ada sifat Anwar yang tiada pada Hitler dan Stalin. Kedua-dua pemimpin silam itu tidak pernah terpalit dengan isu gay atau biseksual.

Jika dibuat perbandingan, Anwar walaupun lahir di negara sebelah Timur dikatakan lebih ‘hebat’ kehidupan seksnya daripada Hitler dan Stalin.

Ketika Anwar ghairah menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi sehinggakan dilihat sanggup mengorbankan agama dan kedaulatan negara, Hitler dan Stalin adalah nasionalis tulen. Sebab itu, kedua-duanya tidak tunduk kepada pihak lain apatah lagi anasir luar berbanding Anwar yang menggunakan pengaruh luar untuk berada di tampuk kuasa. Dalam politik tanah air pula, Anwar mengaku beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP.

Hitler dan Stalin juga tidak mengheret rakyat dengan isu moral dan peribadi sedangkan Anwar tanpa malu mempergunakan rakyat untuk menyelamatkan diri.

Dari segi integriti, Hitler dan Stalin sedikit sebanyak boleh dipuji. Hitler misalnya walaupun dianggap diktator hanya memiliki wang 180,000 reichsmark sahaja di dalam tabungnya. Itu semua diperolehi daripada penjualan buku dan gajinya selama 12 tahun. Dia tidak pernah mengambil wang negara dan mengagihkannya kepada kroni-kroni.

Di Malaysia, Anwar dianggap pemimpin nombor satu dalam membina empayar kroni ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Banyak lagi perkara yang tidak terdedah atau mungkin orang ramai sudah lupa tentang beliau. Salah satunya pendedahan yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Abdul Murad Khalid pada 1999. Menurut Murad, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk (master accounts) yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 billion (ketika itu).

Anwar juga pernah mendesak BNM supaya menyerahkan pengurusan rizab BNM sebanyak RM50 bilion kepada sebuah kumpulan pemikir Barat yang berpusat di Washington.

‘‘Saya hanya patuh kepada Anwar kerana pada ketika itu dia berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,’’ demikian petikan sidang akhbar Murad yang pernah disiarkan oleh media. Ditanya apa akan terjadi jika arahan Anwar tidak dituruti, beliau menjawab ‘‘saya akan dicincang.’’ Awang geleng kepala.

Dari semasa ke semasa, banyak laman blog menyiarkan kekayaan Anwar dan para kroninya yang melimpah sehingga ke hari ini. Ada lagi tentang sejarah Hitler dan Stalin. Mereka berdua tidak pernah memburuk-burukkan negara sendiri tetapi ia merupakan perkara biasa bagi Anwar.

Kedua-dua tokoh itu juga mendokong institusi keselamatan termasuk polis. Berbeza dengan Anwar, sentiasa cuba menghasut rakyat mempersoalkan kewibawaan polis demi kepentingan politik dan peribadinya.

Hitler dan Stalin juga dikenali sebagai individu yang susah bercakap bohong tetapi reputasi Anwar dalam hal itu diketahui umum. Belum lagi berkuasa di Malaysia, Anwar Ibrahim sudah menjangkaui rekod Hitler dan Stalin.

KOMEN : FIKIRLAH SENDIRI?

Polis tahan Khalid Ismath


KHALID Mohd. Ismath ketika tiba di Pejabat Detektif (CID) Jabatan Siasatan Jenayah, Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur, semalam. Gambar kiri: Khalid Mohd. Ismath menendang anggota polis trafik sewaktu perhimpunan Bersih 3.0.

KUALA LUMPUR 5 Mei - Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI), Khalid Mohd. Ismath ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada perhimpunan haram Bersih 3.0, ketika dia hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Khalid dikehendaki setelah gambarnya yang sedang menendang seorang anggota polis trafik yang terjatuh ketika bertugas pada perhimpunan itu, 28 April lalu disiarkan di akhbar-akhbar kelmarin. Dia yang ditahan kira-kira pukul 10 pagi bagaimanapun sebelum ini dipanggil polis untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya di dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini bahawa dia bersetuju semua anggota polis dibunuh.

Khalid dilihat memasuki pekarangan IPK Kuala Lumpur bersama seorang peguam dan disertai bapanya, Mohd. Ismath Habib Mohamad, yang juga bekas calon Pas semasa Pilihan Raya Umum 1995; ibunya, Junaidah Mohamad; kakak sulungnya, Anissa serta sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan-rakannya.

Khalid yang juga pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah antara 91 individu yang boleh membantu siasatan berhubung kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 di ibu negara.

Mohd. Ismath berkata, anak bongsunya itu hadir ke IPK Kuala Lumpur selepas mereka didatangi empat pegawai polis baru-baru ini untuk memberi kerjasama berhubung laporan dibuat pihak tertentu.

Katanya, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa namun terkejut apabila anaknya itu ditahan pihak polis.

“Saya terkejut apabila Khalid ditahan ketika hadir untuk membantu siasatan ini. Oleh itu saya gesa polis membebaskan segera anak saya kerana dia bukan penjenayah," katanya.

Ditanya tentang tindakan tatatertib yang mungkin diambil oleh UiTM terhadap Khalid, Junaidah menegaskan, mereka sekeluarga tidak kisah jika universiti terbabit membuang anaknya itu. Anissa pula mendakwa, Khalid tidak pernah mengeluarkan kenyataan hasutan sedemikian sebaliknya mendakwa laman sosial Facebook adiknya itu telah digodam sehingga menyebabkan dia menerima pelbagai tuduhan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan Khalid ditahan berhubung gambar seorang individu yang menendang seorang anggota polis trafik semasa Bersih 3.0.

Katanya, polis menahannya untuk disiasat di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dalam kekacauan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan sengaja.

Tambah beliau, selain itu seorang lagi lelaki berusia 32 tahun ditahan setelah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, petang semalam dan seorang lagi lelaki berusia dalam lingkungan 30-an ditahan di sekitar Puchong, malam tadi.

Jumlah itu menjadikan bilangan mereka yang ditahan setakat ini ialah empat orang termasuk seorang telah didakwa di mahkamah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang gambar mereka disiarkan dinasihat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPKKL di talian 03-2115 9999 atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-260 2344 atau 019-387 2344 untuk tindakan lanjut.

Khalid Ismath dibebaskan dengan jaminan polis

KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara, pada 28 April lalu hari ini dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini. Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana "ingin membunuh polis" di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.

Sementara itu, Khairy berkata sehingga semalam 91 individu yang gambar mereka disiarkan di media kerana didakwa terbabit dalam insiden kekacauan semasa perhimpunan masih belum menyerah diri atau ditahan.

"Setakat ini masih kekal dua individu yang ditahan sejak Khamis lalu," katanya. Beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung individu yang sedang dikesan supaya menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung dengan Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz ditalian 019-2602344 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

KOMEN : TENDANG AJE DARI UiTM... MAK/BAPAK DIA MAMPU SARA HIDUP DIA SAMPAI KE TUA....

Arab Saudi buru dalang Bersih 3.0


SEBAHAGIAN rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan Bersih di Restoran D’ Saji, Mekah pada 28 April lalu.

KUALA LUMPUR 5 Mei - Pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negara itu, agensi risikan Arab Saudi juga sedang memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D’ Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

‘‘Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana mereka dipercayai menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang ‘Arab Spring’ dan bangkit menentang pemerintah.

‘‘Segala tindak-tanduk ahli-ahli kumpulan yang memakai baju berwarna kuning sambil memegang kain rentang menyokong Bersih 3.0 diketahui pihak berkuasa Arab Saudi menerusi rakaman kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi perhimpunan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Penasihat dan Koordinator Kerajaan Negeri Terengganu untuk penerbangan terus dari Terengganu ke Mekah dan Madinah, Abu Backer Sidek, memberitahu, beliau yang berada di Mekah pada 28 April lalu sempat menyaksikan gelagat memalukan peserta perhimpunan Bersih 3.0 terbabit.
Beliau yang juga seorang peguam berkata, mereka dilihat berhimpun selama sejam bagi menyatakan sokongan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 selepas menunaikan solat zuhur.

Menurutnya, perbuatan mereka itu boleh menjejaskan hubungan diplomatik dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin erat antara Malaysia dan Arab Saudi.

‘‘Saya diberitahu kerajaan Arab Saudi mungkin akan memperketatkan prosedur kemasukan jemaah haji dan umrah dari Malaysia susulan insiden tersebut.

‘‘Sekiranya perkara itu berlaku, pihak berkuasa Arab Saudi akan menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap jemaah kita termasuk menyelongkar bagasi yang dibawa," ujarnya.

Tambah beliau, kesan-kesan negatif lain yang mungkin berlaku termasuk kesukaran untuk menambah kuota jemaah haji, pelajar-pelajar Malaysia sukar mendapat tajaan daripada kerajaan Arab Saudi dan peluang rakyat Malaysia untuk bekerja di negara berkenaan tertutup.

‘‘Sikap peserta perhimpunan Bersih 3.0 di Masjidilharam itu bukan sahaja memalukan nama negara malah menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang Arab Saudi yang melarang mana-mana pihak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa," katanya.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan pihak berkuasa Arab Saudi sedang menjalankan siasatan terhadap penganjuran Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah oleh aktivis-aktivis perhimpunan haram tersebut pada 28 April lalu.

Perkara itu didedahkan sebuah laman blog iaitu sel13.com yang mendakwa agensi risikan Arab Saudi telah mendapat maklumat penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa yang ‘berkiblatkan’ Yahudi dalam penganjuran Bersih 3.0 di lokasi berkenaan.

Dalam pada itu, difahamkan Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sedang mengumpulkan maklumat berhubung rakyat Malaysia yang terlibat dalam perhimpunan haram yang diadakan di Mekah dan Madinah tersebut.

KOMEN : KATA BODOH KARANG MARAH.... PADAN MUKA KAU ORANG NAK LARI MANA?... CUKUP-CUKUPLAH NEGARA KAFIR AJE YANG SOKONG KAU ORANG... HAMBAT SAMPAI LUBANG CACING... MENYUSAHKAN ORANG AJE...

Saturday, 5 May 2012

Kerajaan tidak akan berkompromi


DARI UTUSAN MALAYSIA
5/5/2012


GUA MUSANG 4 Mei - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang berniat menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat seperti dalam perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pihak terbabit jelas tidak menghormati keputusan rakyat dan undang-undang negara sehingga tercetusnya ketegangan serta mengganggu-gugat keamanan yang dikecapi selama ini.

Menurutnya, apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 itu menunjukkan niat pihak pembangkang hanyalah untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan.

"Kita dapat tahu dia ada dua kumpuan iaitu satu menganggap perhimpunan aman tidak ada tujuan lain manakala satu lagi kumpulan hendak rampas perhimpunan itu untuk dijadikan perhimpunan politik, mereka cuba menawan Dataran Merdeka (selama) beberapa hari mungkin sehingga Hari Buruh.

"Niat mereka untuk menawan Dataran Merdeka bagi dijadikan seperti Dataran Tahrir di Mesir serta hendak jadikan peristiwa hitam dan sebagai satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi pilihan raya.

"Disebabkan itu kita tidak akan berkompromi dengan orang yang ada niat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat," katanya ketika merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat Kelantan di padang Pusat Sivik di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar pembangkang agar bersaing melalui saluran pilihan raya.

"Kalau anak jantan bersainglah di peti undi. Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis tetapi ia boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang.

"Kita tidak pernah ganggu biarpun suatu ketika kerajaan Pas Kelantan hidup atas satu kerusi dan dua undi sahaja," katanya.

Mengulas dakwaan pembangkang bahawa perhimpunan Bersih 3.0 akan menyebabkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada masa terdekat, beliau berkata, ia tidak ada kena mengena kerana perhimpunan tersebut hanya menunjukkan budaya samseng pembangkang yang terdesak.

Katanya, pembangkang sentiasa mencari helah untuk menawan Putrajaya kerana mereka sedar tidak mampu untuk melakukannya dengan cara yang terbaik.

KOMEN : TEGAKAN UNDANG-UNDANG YANG ADA, PENJENAYAH WAJID DIHUKUM, TERMASUK PEMIMPIN YANG MENJADI PENCETUS RUSUHAN DAN PENGANJUR RUSUHAN TERSEBUT...

Malaysia boleh jadi seperti negara Arab - Dr. M


DARI UTUSAN MALAYSIA
5/5/2012



KUALA LUMPUR 4 Mei - Rakyat Malaysia mungkin boleh mengucapkan selamat tinggal kepada keamanan, kestabilan negara serta pertumbuhan ekonomi yang baik sekiranya negara ini dipimpin oleh mereka yang menyokong demonstrasi serta keganasan jalanan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu menunjukkan tidak mustahil perkara itu boleh berlaku di negara ini seperti yang terjadi di beberapa negara Arab.

"Melihat bagaimana banyak demonstrasi antikerajaan telah menjatuhkan beberapa negara Arab sebelum ini, Nik Aziz (Musyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat) juga telah mengisytiharkan bahawa menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi adalah 'halal'.

"Ia jelas bahawa Pas sudah menerima cara Bersih iaitu demonstrasi ganas sebagai langkah untuk mengambil alih kuasa sekiranya ia kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Akibatnya negara akan menderita kerana kerap berlaku demonstrasi ganas.

"Ini sudah pasti akan memberi kesan kepada perniagaan dan pertumbuhan ekonomi. Nik Aziz sendiri sudah menganggap kerajaan sedia ada sebagai menindas dan diktator dan rakyat berhak menggulingkannya," katanya dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.co.cc hari ini.

Dr. Mahathir berkata, Bersih 3.0 tidak dinafikan adalah perhimpunan terbesar dan terganas dalam siri perhimpunan itu yang diadakan sebelum ini dan tidak mustahil pada masa depan, ia akan menjadi lebih besar dan lebih ganas.

Katanya, walaupun matlamat perhimpunan itu diadakan adalah bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, namun objektif itu sebenarnya boleh diragui.

Dr. Mahathir berkata, mungkin agak sukar bagi kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula negeri-negeri yang telah kalah di tangan pembangkang, malah mungkin pembangkang boleh menang lebih banyak kerusi.

"Jadi mengapa adakan demonstrasi bagi mendesak supaya pilihan raya di negara ini lebih bersih dan adil?," kata beliau.

Mungkin jika pembangkang kalah di negeri-negeri atau peringkat persekutuan, maka barulah boleh dikatakan bahawa pembangkang akan menuduh kerajaan tidak menjalankan pilihan raya yang adil dan bahawa kerajaan sebenarnya telah menipu," katanya.

Pertahan Islam, Perlembagaan



NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan selepas menunaikan sembahyang Jumaat di Masjid Razaleigh, Gua Musang, semalam. - utusan/Aizzul A.Majid

GUA MUSANG 4 Mei - Barisan Nasional (BN) tidak akan meminda Perlembagaan Persekutuan dan akan terus mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bagi memastikan usaha untuk menegak serta mengembangkan agama suci itu dapat diteruskan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa pakatan pembangkang akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk meletakkan Islam sebagai addin atau cara hidup, hanyalah cakap politik. Beliau berkata, Pas kini sudah hilang arah perjuangannya kerana desakan yang dibuat oleh sekutu rapatnya, DAP.

"Perlembagaan sudah ada, ketinggian Perlembagaan tetap kita pertahankan, itu pendirian BN, mana boleh Perlembagaan dipinda sewenang-sewenangnya. "Dia (Pas) sudah buat macam-macam perubahan daripada segi dasar mereka, mula-mula hendak negara Islam, atas desakan DAP tukar kepada kerajaan kebajikan, lepas itu timbul balik hukum hudud.

"Kini timbul pula nak pinda Perlembagaan nak jadikan addin. Ini dah dapat tentangan DAP sekarang... nampaknya satu kenyataan politik sahaja," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia peringkat negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan amat penting bagi memastikan dasar dapat digubal untuk membangunkan Islam.

"Dia (Abdul Hadi) kata hendak jadikan Islam sebagai satu cara hidup tetapi hakikatnya cara hidup sahaja tidak boleh menjadi undang-undang.

"Yang penting Islam agama Persekutuan. Dari situ kita boleh bangunkan Islam melalui dasar dan institusi yang kita wujudkan supaya Islam jadi addin atau sebagai cara hidup. Jadi tak perlu pinda Perlembagaan," katanya.

KOMEN : HADI TERSILAP CAKAP... SEBENARNYA DIA NAK CAKAP SOKONG NEGARA KOMUNIS MALAYSIA BILA MEREKA MENANG PRU 13... KERANA MENURUT KEHENDAKI DAN AGENDA DAP RASIS... KALAU DAH KELDAI TETAP KELDAI JUGA...

WANTED : LAGI ORANG HILANG 2

Polis edar 42 lagi gambar bantu siasatan perhimpunan Bersih 3.0
DARI UTUSAN MALAYSIA
5/5/2012


KUALA LUMPUR 4 Mei - Polis mengedarkan 42 keping lagi gambar individu bagi membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, gambar tersebut merupakan siri kedua yang disiarkan selepas hasil daripada penelitian gambar yang dirakam oleh media dan Polis Diraja Malaysia semasa perhimpunan itu berlangsung.

Katanya, gambar-gambar itu turut boleh dilihat di dalam laman sosial Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai hari ini. “Polis juga siarkan rakaman gambar anggota polis yang didakwa telah mengasari orang awam serta wartawan yang membuat liputan. “Justeru, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil memberi kerjasama dengan mengemukakan bukti yang ada bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Berhubung individu yang diminta menyerah diri setelah gambar mereka disiarkan di akhbar hari ini, Mohmad memberitahu, hanya seorang sahaja yang tampil bagi membantu siasatan. “Lelaki berumur 39 tahun itu telah datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira pukul 3 petang tadi. “Selain itu, seorang lagi mahasiswa berumur 22 tahun telah memaklumkan kepada pihak polis akan menyerahkan diri esok pagi bersama peguamnya," ujarnya.

Sementara itu, beliau berharap lebih ramai individu tampil bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan tersebut.

KOMEN : KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG CINTAKAN KEAMANAN... JIKA TERJUMPA MEREKA INI SILA HUBUNGI BALAI POLIS YANG TERDEKAT DENGAN ANDA...  TERIMA KASIH.






Friday, 4 May 2012

Kerajaan tidak pernah takut


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan hadiah galakan kecemerlangan dalam peperiksaan kepada salah seorang pelajar pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Jalan Junid, Muar, Johor, semalam.

MUAR 3 Mei - Kerajaan tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga yang bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan haram Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, Kabinet yang bermesyuarat semalam mengarahkan pihak polis dan Peguam Negara menjalankan siasatan segera sebelum pertuduhan dibuat terhadap pihak yang terlibat.

"Setakat ini seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung atau tidak.

"Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang," katanya mengulas dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan kerajaan takut dan terlalu lambat mengambil tindakan terhadap penganjur Bersih 3.0.

Muhyiddin ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation Bhd., 7-Eleven dan Cosway Bhd. kepada Kementerian Pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Junid di sini hari ini.

Menurutnya, masyarakat perlu memahami bahawa dalam proses undang-undang, pihak berkenaan perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

Beliau berkata, kerajaan sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden tersebut tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan ia boleh berulang lagi.

Muhyiddin turut menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 sebagai insiden yang amat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan kepada anggota polis dan petugas media.

"Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara. Walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat, terbukti mereka gagal menunaikan janji.

"Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama," katanya.

KOMEN : YANG PENTING JANJI DIKOTAKAN... RAKYAT MENANTI KETEGASAN KERAJAAN DALAM MENANGANI PENJENAYAH RUSUHAN BERSIH3... TIDAK LUPA PENGANJUR DAN PEMIMPIN POLITIK YANG MENJADI PENCETUS RUSUHAN....?

WANTED : ORANG HILANG

Senarai 49 perusuh yang dikehendaki polis

Berikut adalah gambar 49 individu yang dipercayai boleh membantu siasatan insiden kekecohan dan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu. Pihak polis berharap individu yang gambarnya didedahkan ini menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. 





KALAU NAMPAK MEREKA DIMANA-MANA  TOLONG HUBUNGI PIHAK POLIS

Thursday, 3 May 2012

APRC - MOTOR RALLY: Proton miss out on podium


FROM NST
30/4/2012
PROTON concluded a challenging round 2 in the Asia Pacific Rally Championship (APRC) with a series of misfortunes denying the team a strong podium finish.
 
Motor Rally
Proton driver Alister McRae won three of the day’s six special stages.
Despite starting Rally New Caledonia strongly, Proton were not only forced to concede the lead going into the second day but also suffered one early retirement.

Defending APRC champion Alister McRae retired in the second special stage but continued on the final day under Super Rally format, winning three of the day's six special stages to secure seven valuable championship points.

McRae finished day 3 ahead of Skoda's Gaurav Gill and Chris Atkinson but was not eligible for a podium finish. Gill won the rally ahead of teammate Atkinson with Brian Greene in third.

Having led the rally on the opening day and setting fastest times in three of the four special stages, Proton's PG Andersson was also forced to relinquish his lead on the second day of rallying.

Andersson's Satria Neo S2000 experienced an abrupt loss of power as a result of a water crossing, a predicament that would later cost him to lose more than 14 minutes and dropping the Swedish driver to fourth in the APRC category.

With a large deficit to make up, Andersson however, was denied the chance of a roaring comeback on the third and final day by a second mechanical failure.

Rally New Caledonia was contested over a competitive distance of 252.82km covering 19 special stages.

"We had hoped for a repeat of last year's double podium results in New Caledonia but the reality of rallying is such that all the hardwork and preparation is never a guarantee of a strong finish," said Datuk Abdul Razak Dawood, the head of Proton Motorsports.

"Having said this, we take back some consolation in the fact that the Satria Neo S2000 is at its most competitive form in the hands of both McRae and Andersson having set a blistering pace at the head of the competition."

Proton's Director of Group Marketing, Branding and Motorsport John D. Chacko said the Satria Neo S2000's performance in New Caledonia earned the team renewed admiration and respect.

"The fighting spirit of the two drivers clearly outweighed the misfortunes we endured in New Caledonia and this only goes towards strengthening our resolve as we focus on the remaining rounds in the championship.

"This shows Proton's continued perseverance and commitment to be better."

DAH KALAU KELDAI CAKAP APA PUN TETAP KELDAI


Anwar rela jadi kuda DAP
DARI BERITA HARIAN
2012/05/03

 

 Ketua Pembangkang akui lebih mempercayai Kit Siang, tak kisah dipergunakan

IPOH: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau rela menjadi kuda tunggangan DAP jika tindakan itu membolehkan pakatan pembangkang menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Katanya, beliau lebih mempercayai pemimpin DAP dan mendengar nasihat mereka berbanding mana-mana pemimpin dalam UMNO.

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina.

“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).

“You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok,” katanya merujuk kepada pemberita yang hadir pada ceramah perdana sempena Konvensyen Pakatan Pembangkang Perak di sini, malam kelmarin.

Turut menyampaikan ceramah adalah Kit Siang, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming serta Setiausaha pakatan pembangkang Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik.

Kira-kira 3,000 penyokong pembangkang menghadiri majlis ceramah itu yang diadakan di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Perak dengan majoritinya terdiri daripada ahli PAS dan DAP.
Konvensyen sehari itu turut mengemukakan lima resolusi dan empat ketetapan yang antara lain menyatakan komitmen untuk merampas kembali Perak pada PRU-13.

Anwar juga mendakwa UMNO kini sudah tidak lagi memainkan sebarang isu, sebaliknya menggunakan taktik bagi menimbulkan kebencian rakyat terhadap pembangkang.

Katanya, beliau lebih banyak menumpukan serangan terhadap UMNO kerana mendakwa hanya parti itu yang masih ada kuasa dan sokongan berbanding parti komponen Barisan Nasional (BN) lain.

“Orang tanya kenapa tidak sebut MCA? Saya tidak menyebut MCA, MIC, GERAKAN, sebab parti itu sudah tidak relevan lagi,” katanya.

Beliau juga memuji golongan muda yang terbabit dalam perhimpunan BERSIH 3.0 kerana tidak lagi takut terhadap pihak berkuasa, sebaliknya berani tampil untuk menuntut kebebasan dan hak bersuara.

“Kalau dulu bila ada orang ambil gambar peserta perhimpunan, masing-masing tunduk dan cepat-cepat tutup muka... tetapi anak muda sekarang lebih berani bila ada helikopter dan paraglider polis ambil gambar mereka... mereka tidak kisah pun,” katanya. 

KOMEN : SUKA HATI KAU LAH ANWAR... APA KECOH-KECOH, TUNGGU AJELAH PRU 13... 

Penganjur dapat sokongan AS


Oleh Meor Hisham Zulkifli
DARI BERITA HARIAN
2012/05/03


KUALA LUMPUR: Hubungan penganjur perhimpunan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan Kongres Amerika Syarikat (AS), mencetuskan persoalan kemungkinan ada usaha menggunakan pihak asing untuk menumbangkan kerajaan.

Seorang penulis bebas, Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal, Kanada, berkata walaupun penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga menegaskan tidak terikat dengan mana-mana parti politik, mereka disokong penuh oleh Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai pertubuhan di Amerika.

Katanya, ada pertubuhan yang berpangkalan di AS membiayai kumpulan propembangkang di Russia serta Asia Barat dan Ambiga sendiri pernah mengakui menerima dana daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diketuai George Soros.

“Memetik rencana New York Times bertajuk Kumpulan AS memupuk benih kebangkitan Asia Barat, NDI mendapat dana daripada National Endowment for Democrasy (NED), sebuah pertubuhan yang mendapat dana daripada Kongres AS,” katanya dalam entri terbaru blognya.

NDI adalah NGO yang aktif memupuk pembaharuan demokrasi dan dipengerusikan bekas setiausaha negara AS, Madeline Albright.

Nile berkata, penganjur perhimpunan itu turut mendapat sokongan sebuah lagi pertubuhan yang berpangkalan di AS, Freedom House yang mendapat dana langsung daripada Kongres dan pada awal tahun ini mengeluarkan kenyataan mendesak Malaysia membenarkan perhimpunan aman.

“Meskipun desakan untuk mengatasi kelemahan sistem pilihan raya dan tuntutan lain oleh BERSIH mungkin ada justifikasi, kerjasama kumpulan itu dengan parti politik pembangkang serta kumpulan yang dibiayai AS menggambarkan ada maksud tersirat,” katanya.
 
Beliau turut memetik amaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran disebabkan pendirian keras kerajaan terhadap Israel dan kritikan terhadap dasar Amerika.

“Dr Mahathir turut mengecam Anwar yang mempunyai hubungan akrab dengan Paul Wolfowitz (bekas ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa IMF), serta pemimpin lain daripada pertubuhan Project for the New American Ventury (PNAC),” katanya.

Dalam blognya itu, Nile turut memetik Dr William Robinson berhubung gerakan demokrasi menumbangkan kerajaan menerusi buku Promoting Polyarchy yang menyatakan AS membentuk pelbagai pertubuhan berbeza di seluruh dunia untuk menyusup ke dalam sistem politik negara lain bagi memenuhi agenda Washington.

“Ketika penganjur kelihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, kerjasama pemimpinnya dengan pembangkang jelas bertujuan mengerah peserta demonstrasi di bawah payung besar gerakan pilihan raya bebas dan adil,” katanya. 

KOMEN : BUKAN AJE KITA YANG KATA, ORANG LUAR PUN KATA PUAK PEMBANGKANG NI MEMBAWA AGENDA ZIONIS UNTUK MENUMBANGKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT... KENAPA KERAJAAN MASIH BERLEMBUT????

Memoir Tun M versi bahasa Melayu dilancar


DARI UTUSAN MALAYSIA
1/5/2012
Seorang peminat cilik mendapatkan tandatangan buku Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad versi bahasa Melayu daripada Mahathir Mohamad di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MPH, Datuk Ng Tieh Chuan dan Abdul Kadir Jasin (kanan).

PUTRAJAYA 30 April - Buku Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad dilancarkan hari ini selepas hampir setahun dua bulan versi bahasa Inggeris dipasarkan.

Buku terjemahan daripada A Doctor In The House: Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad tulisan bekas Perdana Menteri itu dijual dengan harga RM59.90 senaskhah.

Memoir yang mengandungi cacatan cukup terperinci dan menyeluruh bekas Perdana Menteri itu akan dijual di semua kedai buku MPH serta kedai buku utama seluruh negara.

Berucap melancarkan memoir tersebut, Dr. Mahathir berkata, penghasilan versi bahasa Melayu itu bagi membolehkan orang ramai berkongsi pemikiran dan perspektif mengenai pembinaan negara dari kaca mata beliau sendiri.

"Saya tidak begitu mengharap apa-apa daripada penghasilan buku ini. Harganya juga tidak begitu mahal jika dibandingkan buku yang setebal ini yang berada dipasaran.

"Memoir ini semestinya bertumpu kepada peranan saya, tetapi intipatinya adalah mengenai Malaysiaku yang tercinta, negara yang telah memberi saya dan seluruh rakyat jelata kehidupan yang baik," katanya pada sidang akhbar majlis pelancaran buku berkenaan.

Hadir sama, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan penterjemah buku versi asal iaitu Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn. Bhd., Datuk Abdul Kadir Jasin

Buku A Doctor In The House: Memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad dilancarkan pada 8 Mac tahun lepas dan sebanyak 25,000 naskhah terjual pada minggu pertama pelancaran.
Sepanjang tahun lepas sebanyak lebih 100,000 naskhah telah terjual.

Sementara itu, Abdul Kadir berkata, bukan mudah untuk beliau menterjemahkan buku itu, selain berusaha mengekalkan gaya penulisan Dr. Mahathir.

''Dalam proses menterjemahkan buku tersebut, saya mendapatkan pandangan Dr. Mahathir bagi memelihara keasliannya,'' katanya.

Menurut Abdul Kadir, karya terjemahan merupakan satu usaha berbaloi bagi mendekati dan meresapi jiwa rakyat Melayu untuk menyuntik semangat dan berkongsi kekayaan pengetahuan pemimpin ulung tersebut.

Segera dakwa perusuh 28 April


Ribuan penyokong perhimpunan Bersih 3.0 merempuh sekatan ke kawasan larangan di Dataran Merdeka, Sabtu lalu. - UTUSAN/ Hafiz Johari

UMUM mengetahui perhimpunan Bersih 3.0 adalah yang paling kotor, ganas dan boleh menghuru-harakan negara. Jadi penulis mencadangkan semua pihak supaya tidak lagi menggunakan nama 'Bersih' tetapi menukarnya dengan nama 'Kotor'.

Ini secara psikologi boleh membuatkan pemimpin, pendukung, peserta dan perusuh Kotor 3.0 berada dalam tekanan kerana rakyat mulai bangkit menentang apa yang telah mereka jahanamkan pada negara ini.

Penulis percaya jika mana-mana demonstrasi berjalan secara aman, sebenarnya tiada masalah buat kerajaan dan polis membenarkannya, tetapi sejarah Kotor 1.0 dan Kotor 2.0 telah membuktikan negara mengalami huru-hara.

Tetapi Kotor 3.0 benar-benar telah mengejutkan negara dengan tindakan yang cukup agresif seperti rusuhan di London baru- baru ini.

Kerajaan dan polis khususnya perlu melihat dan mengkaji secara serius apakah langkah-langkah yang lebih tegas patut dilakukan kerana perusuh Kotor 3.0 amat berbeza dengan Kotor 1.0 dan 2.0 sebelum ini.

Parti pembangkang telah mula mengugut kerajaan untuk melancarkan Kotor 4.0, di mana mereka telah melihat kerajaan dan polis mula berada di bawah tekanan mereka.

Sebenarnya selepas Kotor 2.0, kerajaan melalui pengumuman Perdana Menteri telah menubuhkan jawatankuasa terpilih di peringkat Parlimen bagi mengkaji kaedah terbaik sistem pilihan raya atau dengan kata lain mahu pilihan raya negara betul-betul dilihat adil dan bersih.

Jawatankuasa ini terdiri daripada Ahli Parlimen pembangkang. Jadi mereka ini boleh memberi apa-apa input atau bantahan secara terus. Ada beberapa syor akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam PRU-13 nanti. Malangnya tuduhan kepada SPR terus menerus seperti yang popular ialah 'pengundi hantu'.

Ada pemimpin pembangkang dengan angkuh mengatakan mereka mempunyai bukti. Kenapa sampai sekarang mereka tidak bawa kes ini ke mahkamah dan kenapa sampai hari ini tiada penghakiman terbukti SPR 'menyimpan' pengundi hantu.
Ramai pemimpin pembangkang berpegang kepada prinsip seseorang tidak dianggap bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Mereka dengan 100 peratus (%) berpegang dengan prinsip ini dalam kes Anwar Ibrahim walaupun beberapa bukti dikemukakan termasuk oleh pengesahan oleh pakar luar.

Penulis pun bersetuju dengan prinsip ini supaya tiada penganiayaan kepada seseorang. Jadi dalam kes SPR mereka juga wajar berpegang dengan prinsip ini.

Terbaru tuduhan mengatakan beribu-ribu SPR mendaftar orang asing sebagai pengundi setelah diberi kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Mereka menuduh SPR dan JPN berpakat dalam kes ini.

Bagi penulis tuduhan ini amat berat kerana melibatkan soal ketulusan dan keselamatan negara. Maka wajar mereka ini mengemukakan bukti dan membawa kes ini ke mahkamah. Jadi jika hanya cakap-cakap kedai kopi maka ini boleh ditakrif sebagai fitnah.

SPR dan JPN diminta menjawab tuduhan ini kerana ia telah menjadi isu untuk kempen pilihan raya akan datang.

Sebelum perhimpunan Kotor 3.0, S.Ambiga telah meminta kerajaan menangguhkan pilihan raya selagi kesemua tuntutan kotor tidak dipenuhi oleh kerajaan. Sebenarnya yang tersirat ialah parti pembangkang tidak yakin akan mencapai kemenangan untuk menawan Putrajaya jika PRU-13 diadakan dalam waktu terdekat.

Jadi meraka mahu mencipta isu pilihan raya melalui insiden kotor Kotor 3.0, sebab itu mereka mahu membuat demonstrasi ini di tempat terbuka bukan di tempat tertutup seperti stadium, supaya pihak polis gagal mengawal keadaan atau dengan kata lain supaya pihak polis akan melakukan keganasan selepas diprovokasi dengan menggila oleh perusuh Kotor 3.0.

Jadi video dan gambar keganasan polis akan disebar dan menjadi kempen pembangkang. Mereka mahu meraih undi simpati rakyat kepada mereka. Perkara ini jelas dapat dilihat apabila ibu bapa membawa anak-anak kecil dan kanak-kanak.

Apakah satu bentuk pendidikan yang berguna untuk kanak-kanak melihat mereka merusuh, melawan pihak polis. Tidak mustahil kanak-kanak ini akan belajar dan merusuh di rumah. Tetapi usaha pembangkang ini gagal kerana rakyat mulai buka mata, mulai memahami perkara yang sebenar.

Kerajaan dan polis juga jangan hanya asyik menumpukan kepada penayangan video yang sebenar semata-mata sebagai menangkis dakyah pembangkang, tetapi apa yang lebih penting yang dimahukan oleh majoriti rakyat ialah menyiasat dengan segera dan mengheret mereka ini ke muka keadilan.

Jika kita lihat negara England yang dipuja oleh pembangkang sebagai negara lebih demokratik daripada Malaysia, apakah yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa mereka apabila berlaku rusuhan, termasuk seorang pelajar negara kita dibelasah oleh perusuh. Polis mereka telah menyiasat, menahan dan pihak mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman.

Jadi penulis mencadangkan kepada PDRM supaya menubuhkan pasukan khas di Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. Siasat dengan segera dengan membuat tangkapan mereka yang merusuh membelasah anggota polis sehingga cedera dan pengsan, merosakkan kereta peronda polis, menendang anggota polis trafik sehingga terjatuh, merosakkan harta awam dan kerajaan.

Siasat juga siapakah yang telah merampas pistol anggota polis trafik yang telah terjatuh walaupun pistol ini dijumpai semula tetapi perkara ini cukup serius. Jika terjadi apa-apa, pihak polis yang akan dipertanggungjawab. Jadi rakyat sedang menunggu tindakan tegas dan adil daripada pihak berkuasa. Penulis percaya pihak polis mempunyai penunjuk dan boleh menjejaki kesemua perusuh terbabit. Selain itu, punca provokasi sehingga tercetus tindakan ganas perusuh juga hendaklah disiasat dengan rapi dan mendakwa pemimpin pembangkang yang hadir yang terbukti telah menghasut.

Jika video yang dipaparkan arahan Anwar Ibrahim kepada Azmin Ali untuk peserta merempuh dan memasuki Dataran Merdeka dengan laungan peserta "masuk! masuk!" hendaklah segera disiasat pihak polis.

Jika pemimpin ini melakukan kesalahan menghasut dan boleh menimbulkan kekecohan pada Kotor 3.0, hendaklah mereka ini juga didakwa di mahkamah. Sebab kita tidak mahu pengulangan yang lebih dahsyat dan ganas jika berlaku lagi Kotor 4.0.

Kerajaan dan pihak polis janganlah gentar, rakyat akan berada di belakang pihak berkuasa jika kes ini dibawa ke mahkamah kerana keutamaan orang ramai lebih penting daripada kepentingan individu. Penulis percaya kerajaan dan pihak polis tidak boleh dituduh mereka-reka kes dan bukti kerana jelas apa yang dilakukan oleh pemimpin ini telah menyebabkan peserta Kotor 3.0 seperti hilang akal.

Adakah mereka mahu menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir. Ada laporan yang mendakwa, mereka mahu berkampung di Dataran Merdeka jika berjaya menawannya, mereka mahu mencetuskan dan membakar semangat revolusi di Malaysia.

Pembangkang membakar semangat peserta dengan ucapan berapi-api bahawa Dataran Merdeka adalah dataran rakyat bukan milik DBKL ataupun kerajaan. DBKL hanya pengurus sahaja, bayangkan jika tiada pihak yang menguruskan dataran ini, apakah secantik seindah dan sebaik ini Dataran Merdeka.

Tetapi oleh kerana akal telah mandul, telah fanatik, telah menjual jiwa kepada pemimpin pembangkang, apa sahaja ucapan ditelan bulat-bulat.

Sebenarnya demonstrasi adalah baik bagi sebuah negara demokrasi. Demonstrasi adalah satu cara untuk rakyat meluahkan perasaan dan ketidakpuashatian terhadap sesuatu perkara. Ia juga saluran terakhir jika pelbagai usaha sebelum ini gagal.

Tetapi hendaklah dibuat secara aman, janganlah merusuh dan membuat kerosakan pada nyawa dan harta benda awam. Adakah dengan merusuh dinamakan akhlak Islam. Apakah ada tokoh-tokoh pembangkang telah menasihati perusuh supaya bertaubat dan menyerah diri kepada pihak polis.

Ulama yang ikhlas ialah yang mendidik masyarakat kearah kebaikan. Membantu mereka membuang sifat-sifat mazmumah yang bersarang dalam dada bukan terus membakar semangat amarah mereka ini.

Ajarlah mereka dengan akhlak Islam kerana itu adalah cerminan wajah batin. Alangkah baiknya jika kita berserban, berkopiah, berjubah, bertudung labuh dan berpurdah menunjukkan akhlak Islam ketika berdemonstrasi. Maka indahnya dilihat oleh orang bukan Islam.

Tetapi jika kita menunjukkan amarah yang melampau, maka itulah wajah kita yang sebenar di sebalik pakaian zahir yang kita pakai. Maka saya menyeru para ulama yang mempunyai sifat rahim supaya membantu memperbetulkan masyarakat. Janganlah takut untuk mengatakan sesuatu yang baik walaupun bercanggah dengan tokoh pembangkang yang berpengaruh walaupun bergelar tok guru.

KOMEN : MEREKA DISESATKAN OLEH PEMIMPIN POLITIK PUAK PEMBANGKANG...  SATU AJE PERKATAAN YANG LAYAK UNTUK MEREKA... BODOH....

BLOG PEMBANGKANG MANA ADA CERITA INI...

Bersih: NGO sumbang makanan hargai jasa polis
DARI UTUSAN MALAYSIA
2/5/2012
DARI kiri; Tan Kian Soon, Ezaruddin Abd. Rahman dan Reghu Deva Lopez menyerahkan bunga sebagai tanda sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di atas tindakan terhadap perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, semalam.

KUALA LUMPUR 1 Mei - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyampaikan sumbangan berupa bungkusan makanan tengah hari sebagai menghargai jasa pasukan Polis Diraja Malaysia yang bertugas semasa perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada Sabtu lalu. Sumbangan itu disampaikan oleh Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Kelab Belia Graduan 1Malaysia (KBG1M) dan Majlis Belia India Malaysia kepada anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pukul 1 petang ini.

Menurut Naib Presiden GPMS, Ezaruddin Abd. Rahman, pihaknya memberi sokongan padu terhadap pasukan polis yang telah bertungkus-lumus menangani peserta yang bertindak ganas dalam perhimpunan tersebut.

Katanya, sebagai sebuah NGO, pihaknya kesal dengan pemikiran sempit di kalangan peserta perhimpunan yang sanggup menyerang pegawai keselamatan yang bertugas ketika itu.

"Sebagai rakyat Malaysia, mereka tidak sepatutnya memukul polis dan wartawan yang bertugas serta merosakkan harta benda semata-mata ingin melakukan bantahan terhadap pemerintah.

"Justeru, kita meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta perhimpunan Bersih kerana telah bertindak melampaui batas dan mencemarkan imej negara di mata dunia," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Katanya, pihaknya juga meminta supaya kerajaan jangan bertolak ansur dengan memberi kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bersuara dan memberi pandangan terhadap sesuatu isu melalui perhimpunan sebegitu.

Sementara itu, Presiden KBG1M, Tan Kian Soon berkata, pihaknya meminta penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan orang ramai yang mengalami kerugian akibat kerosakan harta benda semasa perhimpunan haram Bersih 3.0 menyaman pihak penganjur.

"Kerosakan yang ditimbulkan ke atas harta benda awam merupakan satu kesalahan yang turut melanggar undang-undang negara dan hak asasi manusia.

"Keganasan yang ditimbulkan oleh peserta semasa perhimpunan haram itu diadakan turut menggugat keyakinan pelabur untuk menjalankan perniagaan sekali gus menjejaskan ekonomi negara," ujarnya. 

Katanya, pihaknya juga meminta penganjur perhimpunan haram Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga belajar semula undang-undang negara agar memahami apa itu hak asasi manusia yang sebenar.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden Majlis Belia India Malaysia, Reghu Devan Lopez berkata, sebagai sebuah NGO yang mewakili kaum India, pihaknya merasakan kebebasan untuk berhimpun telah disalahgunakan untuk kepentingan parti pembangkang.

"Malaysia telah mengecapi keamanan untuk sekian lama, justeru, mereka sengaja menimbulkan kekacauan di dalam negara bagi memberikan imej tidak baik kepada kerajaan.

"Keganasan yang berlaku dalam perhimpunan haram itu bukanlah budaya Malaysia dan sepatutnya mereka menyuarakan rasa tidak puas hati melalui cara yang betul dan bukan menyusahkan orang lain," katanya yang turut terkilan dengan sikap ibu bapa yang membawa anak-anak semasa berhimpun.

Wednesday, 2 May 2012

SAMBUTAN JUBLI PERAK PAS SHAH ALAM


LIHATLAH YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT ????











KOMEN : MASIH ADAKAH SOKONGAN PENDUDUK SHAH ALAM KEPADA PARTI PAS NI... KAWAN TERDENGAR JUGA SALAH SEORANG  USTAZ YANG BERCERAMAH BERKATA  PELIK BILA ORANG MELAYU/ISLAM TIDAK HADIR KE PROGRAM CERAMAH MEREKA HARI INI... KAWAN JUGA DAPATI RAMAI PENGUNJUNG PADA HARI ITU HANYA LALULALANG MENJALANKAN URUSAN PERIBADI MEREKA... YANG HADIR HANYALAH PENYOKONG MEREKA SAHAJA... ITU PUN BOLEH DIBILANG DENGAN JARI DAN KAWAN TERTANYA JUGA AGAKNYA BERAPA BANYAK T'SHIRT YANG DAPAT MEREKA JUAL....?