Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 27 September 2012

UiTM kekal gelaran 'Raja Libas IPT' 2012


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012
Johan setiap kategori Karnival Sepaktakraw Kebangsaan KPT- UiTM 2012 bersama trofi dan hadiah iringan di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, kelmarin.

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara dan naib juara Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UiTM Ke-6 2012, kelmarin.

UiTM D (Mohd. Noorhakimi Marzukhi dan pelibas kebangsaan, Al Alhamidi Ayob serta bekas pemain negara, Kamarudin Mat Arshad) berentap sengit dalam tempoh 45 minit untuk menewaskan UiTM B (Mohd. Md. Rashid, Badri Abdul Rahman, Fakarudin Mohamad Zain) 2-1 (17-15, 15-11, 15-13).

Mereka membawa pulang ganjaran kemenangan RM2,300, piala dan pingat selepas perlawanan akhir di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, Selangor itu yang turut disaksikan Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Inilah gelaran keempat kategori IPT karnival yang berjaya dikuasai tuan rumah dengan mengatasi 23 regu lain, selepas 2008, 2009 dan tahun lalu sementara Universiti Raja Mongkut dan Majlis Sukan Politeknik meraihnya pada 2007 dan 2010.

Staf UiTM yang dibarisi bekas pemain negara bagaimanapun terlepas peluang untuk meneruskan rentak cemerlang tuan rumah apabila disekat dalam perlawanan akhir kategori Terbuka oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) B 0-2.

Kejayaan regu Yussyairil Amir, Mohamad Arif Busu dan Mohd. Najib Iman itu membolehkan mereka meraih RM1,500 selain piala dan pingat sementara lawan, Syazwan Husin, Hamikhairi Roslan dan Zulhafizazudin Rosslan memenangi RM1,000.

MPSJ memerlukan 50 minit untuk memastikan kejuaraan acara kemuncak itu setelah menang 15-7, 15-10 manakala seperti diduga, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pula membuktikan keunggulannya sebagai jaguh peringkat sekolah dengan status sekolah projek sepaktakraw nasionalnya.

SSTMI yang dibimbing bekas pemain negara, Ismail Atan menjuarai kategori Bawah 15 dan 18 Tahun setelah masing-masing menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 'C' dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) 2-0 (15-11, 15-10) dan (15-10, 16-14).

Sebanyak 104 regu menyertai karnival selama tiga hari melibatkan tujuh kategori ini iaitu 15 bagi Terbuka, 24 IPT, 14 Kampus UiTM, 16 Bawah 15, 15 Bawah 18, sembilan Wanita dan sembilan Media yang menawarkan ganjaran kemenangan hampir RM20,000.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

BUDGET AIR LIOR BASI PEMBANGKANG

Pembangkang didakwa tidak hormati Parlimen
DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas tindakan pembangkang yang tidak menghormati institusi Parlimen kerana mahu mengumumkan bajet mereka sebelum pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Beliau yang juga wakil rakyat Bebas berkata, walaupun tindakan pakatan pembangkang itu tidak menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan tetapi dari segi moralnya, ia adalah perbuatan mengenepikan hak kerajaan memerintah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat.

Sambil menyifatkan ia perbuatan terdesak pembangkang untuk mendapat publisiti politik murahan, Ibrahim berkata, sejak pakatan itu diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim pelbagai perkara mengarut telah dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.

"Mengumumkan bajet rekaan sendiri sebelum bajet rasmi kerajaan dibentangkan jelas menunjukkan tindakan terdesak pembangkang yang mahu mencari publisiti murahan. Ini kerana mereka menyedari sokongan rakyat semakin kukuh terhadap Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rancangan pakatan pembangkang untuk membentangkan bajet mereka di Parlimen esok.

Ibrahim berkata, pembangkang bertindak demikian kerana bimbang Bajet 2013 yang akan diumumkan nanti mesra rakyat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sebab itu, pembangkang akan membentangkan bajet mereka terlebih dahulu supaya sekiranya ada persamaan dengan Bajet 2013 nanti, sudah pasti Anwar akan mendakwa kerajaan meniru dan mencedok idea mereka.

"Sebab itu, saya tegaskan rakyat jangan mudah terpengaruh dengan gimik politik murahan pembangkang kerana segala dilakukan itu sebenarnya memberi kesan buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi turut menjejaskan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia dalam Bajet Alternatif mereka yang diumumkan dua hari sebelum Barisan Nasional (BN) membentangkan Bajet 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.

Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.

“Kami akan memastikan polisi kerajaan PR lebih telus untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan pembaziran kerana gejala rasuah,” katanya sewaktu pembentangan Bajet Alternatif 2012 di sini.

“Kami juga akan memastikan proses pemberian kontrak kerajaan akan lebih telus melalui tender terbuka,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga menegaskan PR akan membentangkan situasi ekonomi Malaysia yang lebih “realistik” tahun hadapan, dengan saiz ekonomi Malaysia RM1,064 bilion dengan perkembangan ekonomi pada 5.2 peratus, kadar inflasi tiga peratus dan bajet defisit pada kadar 3.5 peratus.

“BN tidak pernah memenuhi ramalan ekonomi mereka. Mereka tidak jujur tentang angka,” katanya

“PR akan lebih jujur tentang angka dan akan menunjukkan cadangan ekonomi yang lebih realistik,” tambahnya.

Dalam Bajet Alternatif yang diumumkan hari ini, Anwar juga turut mengumumkan akan memastikan Khazanah Nasional Berhad membayar RM2 bilion kepada kerajaannya sekiranya mereka memerintah kerana syarikat milik kerajaan itu tidak membayar sebarang dividen sejak ditubuhkan.

“1MDB akan dihapuskan supaya tidak bertindih dengan fungsi Khazanah. Khazanah juga akan mula membayar RM2 bilion kepada kerajaan mulai tahun depan sekiranya kami memerintah,” kata Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi.

Perdana Menteri (PM) juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan Jumaat ini berkemungkinan  menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.

Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah yang bertarung dengan kenaikan harga barang.

Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan drastik.

KOMEN : FIKIRLAH SENDIRI...

Taman tema air tarikan baru di i-City


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012
Monica Ong (kiri) menunjukkan lakaran pelan pembangunan WaterWorld@i-City kepada Pengarah Eksekutif I-Bhd, Tey Siew Thuan pada sidang akhbar mengenai taman tema air terbaru i-City itu di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 25 Sept. - i-Berhad, pemaju bandar pintar i-City dijangka memperoleh pulangan pelaburan bagi taman tema airnya dalam tempoh tiga tahun akan datang, selepas beroperasi mulai November ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, syarikat telah melabur sebanyak RM25 juta bagi membina taman tema air, WaterWorld@i-City di atas tanah berkeluasan 4 hektar.

"Kami sentiasa menawarkan pembaharuan bagi perniagaan liburan yang merangkumi segmen api iaitu pameran lampu digital dan taman tema luar, segmen ais (taman tema salji Snowalk) dan taman tema air, WaterWorld bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung tarikan terbaru di i-City di sini hari ini.

WaterWorld@i-City merupakan satu-satunya taman tema air di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air terkenal, Tornado Ride yang dipelopori di Kanada sejak sembilan tahun lalu.

Tornado setinggi tujuh tingkat itu kini sudah lebih 80 peratus siap.

Menurut Monica, WaterWorld yang boleh menampung kira-kira 5,000 pengunjung pada satu-satu masa itu turut menawarkan jakuzi gergasi dan pantai buatan dan skrin LCD bagi penganjuran konsert ataupun majlis.

WaterWorld dijangka beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahnya, dengan pelancaran taman tema terbaru itu, Ong menjangkakan bilangan pengunjung meningkat 30 peratus terutama pada waktu siang.

Ketika ini i-City berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.


Proaspirasi kuasai pemilihan MPP


Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut di Sintok, Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.

Dalam keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam ini, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Berdasarkan kedudukan itu, ia bermakna kumpulan proaspirasi menerajui 11 dari 20 IPTA di seluruh negara. Sebelum ini kumpulan tersebut menguasai empat IPTA berikutan kemenangan calon-calonnya termasuk tanpa bertanding pada Khamis lalu.

Empat IPTA tersebut ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan memenangi 26 daripada 27 kerusi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 30 kerusi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (28 kerusi) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) (226 kerusi).

Terdapat empat universiti yang sudah selesai melakukan pengundian menggunakan calon individu tanpa kecenderungan mana-mana kumpulan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Di Universiti Malaya (UM), daripada 43 kerusi yang dipertandingkan kumpulan proaspirasi menguasai 19 kerusi, promahasiswa (20 kerusi), bebas (dua kerusi) dan dua kerusi lagi mencatatkan jumlah undi yang sama antara calon proaspirasi dan promahasiswa.

Bagaimanapun keputusan di tiga lagi IPTA masih belum diketahui iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pemilihan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula terpaksa dilakukan semula dalam tempoh seminggu dari hari ini selepas berlaku masalah teknikal.

Di UMK, kumpulan proaspirasi menguasai pemilihan apabila memenangi 10 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan manakala di UTM kumpulan itu menang majoriti dengan 32 kerusi dan promahasiswa hanya 4 kerusi.

Kejayaan kumpulan proaspirasi berterusan di UPNM, apabila memenangi 11 kerusi lagi setelah tiga kerusi menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon Jumaat lalu.

Kumpulan proaspirasi turut mencapai kejayaan di UMP apabila memenangi 18 kerusi berbanding promahasiswa enam kerusi.

Di UUM, calon proaspirasi mencapai kejayaan cemerlang membolot 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan pengundian tidak rasmi di UPM pula menyaksikan kumpulan cenderung proaspirasi memenangi 40 kerusi daripada 47 yang dipertandingkan dengan 80.37 peratus daripada 14,706 pelajar keluar mengundi.

Di UPSI, kumpulan proaspirasi mencatat peningkatan apabila memenangi 25 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 21 kerusi pada tahun lalu.

Dalam pada itu, di UMS menunjukkan jumlah peratusan tertinggi warga kampus keluar mengundi iaitu 72.3 peratus atau hampir 11,000 orang, berbanding sebanyak 62 peratus sebelum ini.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

Misi bantuan bukti komitmen rakyat Malaysia - Muhyiddin


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012

Muhyiddin Yassin bersama Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kapal membawa bantuan kemanusiaan ke rakhine, myanmar 2012 di pelabuhan klang, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

PELABUHAN KLANG 25 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin inisiatif Malaysia menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar akan menjadi isyarat kepada dunia mengenai komitmen berterusan rakyat negara ini dalam isu kemanusiaan sejagat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penglibatan Malaysia dalam misi kemanusiaan di negara bergolak telah lama dilakukan termasuk misi-misi yang dilaksanakan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Beliau berkata, KP1M sehingga kini telah melaksanakan 26 misi bantuan kemanusiaan di negara-negara luar antaranya di Gaza, Palestin dan Somalia.

“Usaha sebegini bukan hanya mendapat sokongan penuh kerajaan, malah, melibatkan pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta yang mana masing-masing mengumpulkan dana untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Myanmar di Pelabuhan Barat, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Duta Myanmar ke Malaysia, U Tin Latt.

Misi bantuan itu merupakan usaha kelab tersebut membantu masyarakat pelbagai etnik dan agama termasuk masyarakat Rohingya di Rakhine, Myanmar yang kini berhadapan kemelut penindasan etnik.

Bantuan berupa makanan, ubat-ubatan serta peralatan penjagaan diri membabitkan 40 kontena itu dihantar menerusi laluan laut dari Pelabuhan Klang, di sini menggunakan kapal kontena, Sinar Bima dan dijangka tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar pada 29 September ini sebelum ditunda ke Pelabuhan Sittwi di Rakhine.

Seramai 50 sukarelawan KP1M dijangka berlepas pada 1 Oktober ini bagi melaksanakan misi kemanusiaan tersebut di Rakhine yang turut terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan dan petugas media.

Pada masa sama, Muhyiddin berharap, bantuan kemanusiaan itu dapat meringankan penderitaan yang dihadapi masyarakat pelbagai etnik serta latar belakang yang terlibat dalam kancah pergolakan selaras dengan prinsip serta semangat negara-negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun beliau berkata, misi bantuan kemanusiaan itu hanya bersifat sementara, namun ia tidak akan terhenti sekiranya rakyat Malaysia terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

Kita yakin kerajaan Myanmar dapat mencari jalan penyelesaian dan mengekalkan kestabilan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Ketika masalah itu masih berlaku, masyarakat di kawasan berkenaan terus memerlukan bantuan termasuk pelajaran," katanya.


Etika berpakaian


Sentiasalah menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai kemuncak kecintaan yang paling tinggi, dan tiada yang boleh mengatasi kecintaan tersebut. - Gambar hiasan

APABILA Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga akan mengharamkan apa sahaja yang akan membawa kepada terjadinya perkara haram tersebut.

Dengan maksud yang lain, Islam turut mengharamkan punca dan penyebab kepada berlakunya sesuatu yang haram, walaupun punca dan penyebab tersebut tidak dinyatakan secara jelas dalam al-Quran dan sunnah.

Sebagai orang yang beriman, kita perlu menutup ruang-ruang berlakunya perkara haram dengan meninggalkannya dan memastikan masyarakat di sekeliling juga dapat menjauhinya.

Demikian yang boleh kita perhatikan kepada hukum pengharaman arak yang bukan sahaja peminum arak sahaja yang berdosa, bahkan terdapat 10 golongan yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga berdosa sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW.

Perkara yang sama juga berlaku ke atas pengharaman riba. Bukan sahaja orang yang memakan riba tersebut terkena dengan laknat Allah SWT, bahkan mereka yang menjayakan atau membantu pengamalan riba seperti pemberi makan, saksi dan penulis juga terpalit dengan laknat tersebut.

Demikian juga yang berlaku kepada hukum pengharaman zina. (rujuk al-Israa': 32)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT melarang kita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan diri terjebak ke kancah penzinaan. Ini bermaksud, Allah SWT bukan sahaja mengharamkan zina, Dia juga mengharamkan setiap perkara yang boleh membuka ruang kepada penzinaan.

Justeru, Allah SWT menurunkan hukum-hakam untuk mengawal manusia, menetapkan laluan yang betul dan benar agar mereka terhindar daripada penzinaan. Antaranya ialah etika berpakaian dalam Islam.

Orang yang benar-benar beriman akan suka kepada apa yang disukai oleh Allah SWT. Mereka juga akan benci kepada apa yang dibenci oleh Allah SWT. Ini adalah kerana, orang yang telah mempunyai kemanisan iman (halawatul iman) akan menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai kemuncak kecintaan yang paling tinggi, dan tiada yang boleh mengatasi kecintaan tersebut. Demikian juga dalam berpakaian. Mereka yang beriman hanya akan suka kepada pakaian yang disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Secara asasnya, Islam membenarkan kita untuk berpakaian sebagaimana yang kita kehendaki. Namun, Islam menetapkan beberapa garis panduan dalam berpakaian. Antaranya;

1. Menutup aurat.
Pakaian yang ingin dipakai hendaklah dipastikan menutup aurat. Aurat bagi kaum lelaki ialah dari pusat ke lutut dalam keadaan apa sekalipun. Namun, untuk golongan wanita, mereka mempunyai aurat yang berbeza mengikut keadaan dan situasi. Aurat ketika solat dan ketika berada bersama orang yang bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (rujuk an-Nur: 31)
Daripada ayat ini, Allah SWT memerintahkan untuk menutup seluruh tubuh wanita, kecuali muka dan dua tapak tangan. Inilah pandangan yang dikeluarkan oleh Saidina Umar ra dan Aisyah ra.

2. Longgar dan tidak terlalu ketat atau sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Ramai wanita Muslimah yang terlepas pandang garis panduan ini. Mereka telah memakai pakaian yang menutup aurat-aurat mereka, namun tetap menampakkan bentuk badan kerana terlalu ketat. Elakkan juga memakai kain yang terlalu lembut sehingga menampakkan susuk tubuh.

3. Pakaian tersebut tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh.
Sekiranya kita memakai pakaian yang agak nipis sehingga memungkinkan orang lain nampak bayangan melalui kain yang dipakai, maka perlulah dilapik atau dialas dengan pakaian yang lain. Ini telah diajar oleh Nabi SAW kepada Usamah bin Zaid ra.

Rasulullah SAW pernah menghadiahkan kain jenis Qibtiah yang kurang tebal kepada Usamah bin Zaid. Namun Usamah memberikan pula kain tersebut kepada isterinya untuk dipakai. Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya."

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)."

4. Tidak memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.
Kita perlu pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu menarik perhatian sehingga boleh mendatangkan fitnah pada diri. Dalam hal ini, kadang-kadang kita perlu berhati-hati dalam memilih pakaian dari segi warna dan corak yang terdapat padanya.

Begitu juga perhiasan lain yang dipakai contohnya; anting-anting seperti rantai, gelang dan cincin yang mungkin boleh menyebabkan hati kita merasa riak, boleh menarik perhatian orang lain, sekali gus ini boleh membahayakan keselamatan diri.

5. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian berlainan jantina.
Sekiranya dia seorang lelaki, janganlah dia memakai pakaian yang menyerupai pakaian perempuan. Begitu juga sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Bukan daripada golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (riwayat Ahmad).

6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian orang-orang musyrik.
Ini juga penting untuk kita jaga dan pelihara. Pastikan pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian yang dikhususkan untuk agama-agama lain. Pastikan juga pakaian kita tidak mengandungi perkataan lucah atau kalimah yang berunsurkan syirik.

Demikianlah beberapa panduan yang perlu dipelihara dalam memastikan pakaian yang kita pakai tidak membawa kesan yang buruk kepada diri dan masyarakat. Apa yang kita mahukan ialah pakaian yang dipakai melambangkan nilai diri yang terpelihara, sekali gus mendapat keredaan daripada Allah SWT.


Tuesday 18 September 2012

Tingkatkan kekuatan parti


Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim. - bernama

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ketiga-tiga sayap parti itu, Wanita, Pemuda dan Puteri agar bersama-sama meningkatkan kekuatan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, selain jentera, kekuatan parti boleh dimaksimumkan melalui usaha ketiga-tiga sayap berkenaan mendekati golongan masyarakat yang diwakili serta mencadang dan melakukan penyelesaian terbaik buat kelompok berkenaan.

Katanya, peranan sayap berkenaan dalam menterjemahkan hasrat dan cita rasa kelompok rakyat tertentu amat penting bagi memastikan UMNO serta BN mengetahui perubahan diinginkan masyarakat seterusnya kekal sebagai parti berwibawa dalam negara.

"Jika setiap daripada kita memainkan peranan, saya yakin kita akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih inklusif dan kesannya akan meliputi semua kelompok masyarakat.

"Kita mesti faham apa cita rasa wanita dan kita mesti faham apa pengharapan generasi muda kepada kita dan jika kita selam lubuk hati mereka, itu akan menjadikan kita sebagai sebuah parti yang dekat di hati mereka," katanya.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, ketiga-tiga Naib Presiden dan ketua sayap UMNO.

Kira-kira 10,000 hadirin memeriahkan rumah terbuka berkenaan bermula pukul 2 hingga 4 petang yang turut diselang-seli persembahan artis-artis popular tanah air.

Najib berkata, perjuangan UMNO dan BN sejak kemerdekaan yang tidak teragak-agak membawa perubahan ketika melalui peredaran zaman membuktikan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan stabil dan ia berbeza dengan perubahan yang dilakukan di sesetengah negara Afrika Utara, Asia Barat serta Eropah.

Menurutnya, dasar baru kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Politik (PTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan terbaru, Pelan Pembangunan Pendidikan Negara adalah bukti kukuh pentadbiran negara memandang serius kemahuan rakyat.

Beliau menegaskan, kesemua usaha itu merupakan jawapan terbaik kepada janji-janji bersifat populis yang ditabur pembangkang tanpa melaksanakan kesemua perkara yang dijanjikan tersebut.

"Kita sudah buktikan perubahan tidak semestinya menuntut kita menolak parti yang sudah memerintah atau struktur yang ada hari ini, kalau perubahan yang dituntut rakyat mampu dibawa parti kita, maka, kita mampu mendapat sokongan padu daripada rakyat," katanya.


CUKUP-CUKUP SUDAH - TAKAN WANITA NAK TERTIPU LAGI...

Pembangkang cuba raih undi - Shahrizat
MUHYIDDIN Yassin diiringi Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan rakyat Kluang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Kluang, Johor, semalam. - BERNAMA

KLUANG 16 Sept. - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu kononnya untuk membela hak dan kepentingan wanita, sebagai ketinggalan zaman dan hanya mahu memancing undi golongan wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, semua yang ingin diperjuangkan pembangkang sudah dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lagi dan agenda itu dilancarkan kerana mereka takut serta sedar pengundi wanita kini sudah mencecah 50 peratus.

"Baru sekarang pembangkang membuat pengumuman mengenai agenda untuk wanita Malaysia. Yang menariknya pengumuman itu dibuat Anwar sebagai Ketua Wanita Pakatan Rakyat. Beliau tidak lepas jawatan itu kepada orang lain kerana tahu betapa mustahak dan kritikalnya pengundi wanita.

"Ini berbeza dengan pemimpin UMNO dan BN yang sudah lama ambil berat agenda wanita, isu yang dibawakan dalam agenda mereka adalah isu kuno," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Padang Sekolah Kampung Melayu, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah dan Ahli Parlimen Kluang, Datuk Dr. Hou Kok Chung yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Shahrizat berkata, gimik politik pembangkang itu dilancarkan bagi mengaburi mata golongan wanita sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara terus turun padang bertemu rakyat dari pintu ke pintu untuk mengetahui masalah dan pilihan parti mereka.

Beliau berkata, pergerakan tersebut perlu memperbanyakkan aktiviti berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan dalam usaha membela nasib rakyat tanpa ada seorang pun dipinggirkan.

"Kita akan bela nasib rakyat habis-habisan. Pembangkang tidak ada agenda besar dan undi akan diberikan kepada BN," katanya.

KOMEN : HARAP KAUM WANITA DAN IBU-IBU TIDAK TERPESONA DENGAN JANJI ANWAR....

MEREKA PEDULI APA JANJI BN TUMBANG...

Pengkhianat negara
17/9/2012


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Tindakan menerima dana daripada Yahudi disifatkan pengkhianatan kepada bangsa, agama dan negara.
 
Ini kerana menurut Pengasas Pergerakan Islam Palestin 1948, Sheikh Raed Solah, penerima sumbangan dana itu akan terikat dengan kehendak dan agenda jahat Yahudi.

Tegas beliau, sejarah telah membuktikan kejatuhan Empayar Turki Uthmaniah adalah disebabkan perancangan jahat kaum itu melalui penyaluran dana tertentu.

"Jika wujud sebarang perselisihan pendapat dan pandangan melibatkan urusan dalam negara, ia seharusnya diselesaikan melalui perpaduan serta bersatu.

"Saya menyeru kepada mana-mana umat Islam yang telah menerima bantuan atau dana daripada Yahudi agar segera bertaubat kepada Allah SWT kerana sumbangan tersebut adalah satu rasuah bagi menghancurkan agama Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perbuatan beberapa pihak termasuk umat Islam yang sanggup menerima bantuan Yahudi untuk tujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Sheikh Raed ditemui selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Aman Palestin dengan Yayasan Isra' Palestin 1948 di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Sheikh Raed merupakan individu pertama menjumpai terowong yang digali di bawah Masjid al-Aqsa oleh Yahudi Israel bagi merosakkan struktur masjid itu dan seterusnya merealisasikan cita-cita mereka mendirikan The Solomon Temple di atas runtuhan rumah ibadat tersebut.

Sementara itu, beliau juga menegaskan adalah tidak munasabah sekiranya mahu menjatuhkan Malaysia melalui rusuhan jalanan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab (Arab Spring). Jelasnya, realiti di Malaysia dengan negara-negara terlibat tersebut amat berbeza.

"Pemerintahan Kerajaan Malaysia yang dijalankan secara begitu demokrasi amat berbeza dengan pemerintahan kuku besi seperti yang diamalkan di Mesir dan Libya.

"Tidak masuk akal sekiranya ada pihak yang cuba mengadakan demonstrasi jalanan dengan tujuan menjatuhkan kerajaan sedia ada di sini," ujarnya.

Sehubungan itu, Sheikh Raed menggesa semua pihak agar bersatu padu dan menolak sebarang usaha memecah-belahkan umat Islam.

"Jika umat Islam kuat di seluruh dunia dan bersatu padu, sudah pasti Masjid al-Aqsa serta Palestin akan dapat dibebaskan daripada penjajahan Israel," jelasnya.

KOMEN : SELAGI KERAJAAN YANG MEMERINTAH TAKUT UNTUK MENGGUNAKAN PERUNDANGAN YANG ADA, MEREKA PEDULI APA... JANJI KERAJAAN SEMASA PERLU DITUMBANGKAN WALAU APA CARA SEKALI PUN... JANJI ADA BANTUAN DARI ANASIR LUAR....

Jangan persoal autonomi, perjanjian Sarawak


DARI UTUSAN MALAYSIA
17/9/2012



SIBU 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak lagi mempersoalkan isu-isu seperti kuasa autonomi Sarawak dan perjanjian sewaktu penubuhan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, ia memandangkan Kerajaan Pusat dan negeri mempunyai persefahaman yang jitu dalam membangunkan negeri ini sehingga mampu melakar pelbagai kejayaan seperti menarik pelaburan bernilai RM30 bilion di wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Jelasnya, Kerajaan Pusat juga memenuhi hasrat negeri ini supaya SCORE diberi keutamaan sehingga bekalan elektrik yang dijana Empangan Hidro Elektrik Bakun dikhaskan kepada wilayah pembangunan itu dan rakyat negeri ini walaupun perancangan awalnya dibekalkan ke Semenanjung.

"Apabila kerajaan negeri Sarawak kata mesti beri keutamaan kepada pembangunan SCORE dan Sarawak, saya bersetuju serta-merta bahawa itu mesti diterima dan dihormati oleh kita.

"Sebab itu tidak perlulah kita persoalkan soal autonomi, soal Sarawak merdeka mengikut perjanjian kerana kita sudah ada persefahaman yang amat jitu.

"Jika tidak, tidak mungkin Sarawak boleh berjaya, tidak mungkin boleh tarik pelaburan RM30 bilion, tidak mungkin lancar Universiti Kolej Teknologi Sarawak dan pelbagai lagi yang kita telah dan akan laksanakan," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri di pekarangan Masjid An-Nur, di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Raghad Kurdi Taib dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Pada majlis dihadiri kira-kira 10,000 tetamu itu, Najib turut menyerahkan geran pemulihan Masjid An-Nur sebanyak RM1 juta.

Sementara itu, tambah beliau, rakyat negeri ini tidak memerlukan pihak yang hanya 'sehari dua' ini membuat bermacam-macam pengisytiharan mengenai masa depan Sarawak.

Katanya, perkongsian kuasa sedia ada melalui kerajaan Barisan Nasional (BN) telah terbukti membawa pembangunan dan pembaharuan di negeri itu.

"Kemakmuran negara dikongsi bersama dan kita juga memberi perhatian kepada Sabah dan Sarawak supaya pembangunannya adalah saksama dengan Semenanjung.

"Sebab itulah bila kita berjanji, kita hanya menjanjikan sesuatu yang boleh ditunaikan, kita janji secara bertanggungjawab dan realistik dan sebab itulah bila Sarawak merdeka dalam Malaysia, Sarawak telah menjalani perubahan yang amat besar dan akan terus dibantu untuk berkembang pesat lagi," katanya.


Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia sama penting


DARI UTUSAN MALAYSIA
17/9/2012
NAJIB Tun Razak bersama pemimpin Persekutuan dan negeri serta rakyat jelata berbilang kaum mengibarkan Jalur Gemilang meraikan sambutan Hari Malaysia Ke-49 di Bintulu, Sarawak, malam tadi. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

BINTULU 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak tidak membandingkan status Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia memandangkan dua hari kebesaran negara itu merupakan tarikh keramat yang sama penting dan amat signifikan kepada seluruh warga Malaysia.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, tarikh 31 Ogos dan 16 September perlu dirai dan dihayati sepenuhnya setiap rakyat di negara ini tanpa mengira latar belakang.

Apa yang penting tambah beliau, rakyat perlu menerima pembaharuan dengan mengorak langkah ke hadapan bersama-sama kerajaan merealisasikan hasrat mencapai status sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

“Tidak perlulah mempertikaikan mana yang lebih besar, sama ada 31 Ogos atau 16 September lebih bermakna kerana kedua-dua adalah tarikh keramat untuk negara dan paling penting, Sarawak sudah merdeka dalam Malaysia.

“Orang Barat kata, ‘no use looking back but let us looking forward’ (tidak ada guna bergerak ke belakang sebaliknya marilah bersama-sama menuju ke hadapan), dan ‘looking forward’ (menuju ke hadapan) itu menjadi negara Malaysia yang maju sepenuhnya dan berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Malaysia 2012 di Kampung Assyakirin, di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib serta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Pada majlis yang dihadiri lebih 10,000 pengunjung itu, Najib turut merasmikan Padang Futsal Kampung Assyakirin serta menyampaikan sumbangan berupa wang tunai RM10,000 kepada empat buah kampung terpilih.

Dalam pada itu, kesanggupan orang ramai berbaris sepanjang kira-kira satu kilometer seawal 4 petang untuk menyambut ketibaan dan bersalaman dengan beliau turut menarik perhatian Najib.

“Kami mengambil masa 35 minit untuk sampai ke pentas kerana ramainya orang mahu bersalam dan perkara ini tidak ada dalam program.
Kalau bersalam di sebelah kanan, yang kiri pula bertempik PM...PM. Malah, ada yang menjerit ‘I love u PM’, itu tidak mengapa jangan I ‘love u Najib’ takut jadi lain," seloroh beliau.


APRC - Proton R3 Motorsports cemerlang


DARI UTUSAN MALAYSIA
18/9/2012
PELUMBA dan krew Pasukan Rali Proton R3 meraikan kejayaan pada perlumbaan APRC Rali Hokkaido, Jepun kelmarin.

KUALA LUMPUR - Proton R3 Motorsports meraikan hujung minggu yang cukup gemilang dengan kejayaan para pelumbanya mencatat penyudah podium dalam perlumbaan di tiga buah negara.

Pasukan itu yang mempertaruhkan jentera Proton Satria Neo menggegar dalam Kejuaraan Rali Dunia (SWRC) di Britain, Kejuaraan Rali Asia-Pacific (APRC) di Hokkaido, Jepun dan Siri Super Malaysia (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dalam perlumbaan SWRC di Britain, pelumba muda Wales, Tom Cave menduduki tempat kedua bersama Pasukan Rali Proton R3 Motorsports pada Kejuaraan Rali Dunia Super 2000 bersama jentera Proton Satria Neo S2000.

Dalam saingan APRC Rali Hokkaido, ia merupakan pencapaian hebat buat Pasukan Rali Proton R3 Cusco apabila pasukan itu menguasai kedudukan pertama, kedua dan ketiga dalam kategori 2WD.

Pelumba rali handalan negara yang pernah muncul juara keseluruhan APRC sebanyak tiga kali, Karamjit Singh meneruskan dominasi dalam kategori 2WD, walaupun dia kehilangan masa satu setengah minit.

Rakan sepasukan Karamjit dari Jepun, Akira Bamba juga berpesta dengan kejayaan muncul juara kali kedua berturut-turut dalam kelas Kejuaraan Junior APRC selepas menduduki tempat pertama dalam kelas tersebut dan kedudukan kedua dalam kelas 2WD.

Pelumba muda negara, Kenneth Koh melengkapkan minggu sempurna buat pasukannya selepas menamatkan saingan pada tempat kedua dalam Kategori Junior dan kedudukan ketiga dalam kelas 2WD.

Secara keseluruhan, ia merupakan hujung minggu yang cemerlang buat Proton walaupun dua jentera Proton Satria Neo S2000 yang dipandu Alister McRae dan Juha Salo gagal menamatkan perlumbaan di Hokkaido.

Dalam saingan di litar tempatan, MSS di Litar Antarabangsa Sepang, gandingan pelumba Pasukan Lumba Proton R3, Syafiq Ali dan James Veerapen merangkul kejuaraan MSS, ketika baki satu perlumbaan dengan menggunakan jentera Proton R3 Satria.

KOMEN : TAHNIAH

Wednesday 12 September 2012

Peniaga kecil nekad berusaha tukar kerajaan pada PRU-13


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/9/2012

Mohd. Ridzuan Abdullah bersama para peniaga kecil Padang Kota pada sidang akhbar berhubung isu dihalang berniaga di Georgetown, semalam.

PULAU PINANG 10 Sept. - Seramai 30 peniaga kecil di Padang Kota bertekad berusaha menukar kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya kerajaan negeri pimpinan DAP enggan membenarkan mereka berniaga di kawasan itu.

Tekad itu berikutan cara pemerintahan DAP yang didakwa menindas mereka selepas mendapat mandat pada pilihan raya umum lalu untuk mentadbir negeri ini.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya akan turut berkempen menjatuhkan kerajaan DAP jika mereka gagal menyelesaikan isu peniaga di kawasan itu dalam tempoh seminggu.

Tambahnya, kerajaan negeri harus mencari jalan membenarkan peniaga kecil berniaga di kawasan tersebut dan bukannya menjadi penghalang mereka menambah pendapatan.

"Kenapa baru sekarang kerajaan negeri mahu menghalang peniaga kecil berniaga sedangkan mereka sudah berniaga di sana lebih 10 tahun.

"Jika dulu sebelum PRU-12 mereka datang kepada peniaga minta undi dengan menggunakan alasan akan mengubah nasib peniaga kecil, tetapi apabila sudah berkuasa lain pula jadinya," katanya pada sidang akhbar di Padang Kota, di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ridzuan, semua peniaga telah menghantar borang memohon lesen perniagaan namun tiada yang diluluskan kerajaan negeri dengan dakwaan kawasan itu tidak dibenarkan berniaga.

"Cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan jangan hanya sekadar beri alasan yang tidak masuk akal.

"Kita akan berhimpun di depan pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng minggu hadapan dengan semua peniaga untuk mendapatkan penyelesaian," katanya.

Sementara itu, peniaga urutan refleksologi, M. Gobalakrishnan, 57, mempersoalkan sikap berdiam diri kerajaan DAP dalam menangani isu peniaga di kawasan tersebut.

"Mengapa di Gurney mereka boleh berniaga sedangkan perkara yang sama juga kami buat di sini.

"Peniaga-peniaga di sini dihalau Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang berlagak seperti samseng sedangkan kawasan berkenaan merupakan tumpuan utama pelancong," ujarnya.

KOMEN : BILA NASI DAH JADI BUBUR... TANGGUNG AJELAH SAMPAI BOLEH TUKAR KERAJAAN LAIN... LAIN KALI KALAU MARAHKAN NYAMUK JANGAN KELAMBU DI BAKAR... KAN SENDIRI YANG SUSAH... TAK ADA CUBA-CUBAAN  DALAM MEMILIH KERAJAAN... PUAK PEMBANGKANG NI APA PUN MEREKA TAK BOLEH BUAT... MENYUSAHKAN RAKYAT ADALAH...

Kalah tetapi tak perlu panik


Norshahrul Idlan Talaha cuba melepasi halangan pemain Vietnam, Nguyen Ngoc Duy (kanan) dan Nguyen Minh Duc pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam tadi. - UTUSAN/ASWAD YAHYA

SHAH ALAM - Jika persembahan longlai ketika kalah 0-2 kepada Vietnam dalam aksi persahabatan semalam dijadikan ukuran, adalah jelas perjuangan Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF November ini, amat sukar.

Tidak apa yang boleh dibanggakan sepanjang perlawanan semalam, sebaliknya skuad K. Rajagobal mempamerkan kelemahan ketara seperti hantaran yang tidak kemas dan barisan tengah yang kurang kreativiti sehingga membuka ruang kepada lawan mengatur gerakan merbahaya.

Gol pertama Vietnam dijaringkan penyerang berbisa mereka, Le Cong Vinh pada minit ke-32 sebelum Phanh Thanh Tung memberikan gol kedua pada minit ketiga babak kedua.

Menerusi gerakan dari sebelah kiri kubu Malaysia, Le Tan Tai yang melepasi kawalan Azmi Muslim, melakukan hantaran silang yang tepat menemui Le Cong Vinh, yang kemudiannya melakukan tandukan pada minit ke-32, menyebabkan 15,000 penyokong Harimau Malaya terdiam.

Belum sempat anak-anak buah Rajagobal mengemaskan langkah, dua minit kemudian, Cong Vinh sekali lagi hampir menghukum Malaysia dengan gol kedua apabila sepakan lambungnya dapat menewaskan Farizal Marlias namun mujur dapat dikeluarkan Aidil Zaquan.

Kebangkitan yang diharapkan pada permulaan babak kedua ternyata tidak menjadi sebaliknya Vietnam menggandakan kelebihan pada minit ke-48, jaringan Phan Thanh Hung, yang menyambut gerakan silang Hunyh Quoc Anh dari arah kanan.

Walaupun tewas, Rajagobal berkata, tiada apa yang perlu dibimbangkan apatah lagi untuk merasa panik, sebaliknya beliau menerima keputusan semalam dengan positif.

Jelasnya, kekalahan semalam menyedarkan pemain betapa cabaran yang bakal dihadapai dalam saingan Piala Suzuki AFF amat sengit.

"Saya tersentuh dengan komitmen pemain. Mereka ketinggalan dua gol namun terus berjuang dan berjuang, terutama pada babak kedua.

"Kita sepatutnya dapat mencuri satu gol atau menyamakan kedudukan.

"Walau apa pun kalah tetap kalah, tiada alasan. Vietnam sememangnya berhak menang kerana mereka bermain dengan penuh bersemangat," kata Rajagobal.



Penerbangan Malindo Airways


 
 

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Malaysia akan mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah, Malindo Airways yang akan memulakan operasinya pada 1 Mei tahun depan.

Malindo Airways merupakan sebuah syarikat penerbangan baru hasil kerjasama antara National Aerospace & Defence Industries Sdn. Bhd. (NADI) dari Malaysia dan PT Lion Grup dari Indonesia.

NADI akan menguasai sebanyak 51 peratus kepentingan dalam Malindo Airways, manakala selebihnya daripada PT Lion Grup.

Buat permulaan, sebanyak 12 pesawat Boeing 737 dijangka beroperasi di bawah Malindo Airways yang menghubungkan bandar-bandar besar Indonesia ke Kuala Lumpur.

Menurut syarikat itu, Kuala Lumpur akan digunakan sebagai pusat penerbangan ke negara-negara ASEAN dan Asia, termasuk ke Thailand, China, India dan Filipina.

Pengarah Presiden PT Lion Grup, Rusdi Kirana berkata, Malindo Airways akan berpangkalan dan beroperasi di KLIA2, Sepang.

Katanya, selain Kuala Lumpur, Jakarta dan Bali di Indonesia juga akan dijadikan sebagai pusat penerbangan Malindo Airways ke Australia.

"Jadi, para penumpang dari KLIA2 boleh menggunakan Jakarta dan Bali sebagai transit ke Australia," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media sempena majlis menandatangani perjanjian kerjasama di antara NADI dengan PT Lion Grup di sini hari ini.

Majlis itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, Pengerusi NADI, Tan Sri Mohamed Hashim Mohd. Ali dan Presiden NADI, Tan Sri Ahmad Johan. 

PT Lion Grup merupakan kumpulan bagi syarikat-syarikat penerbangan Lion Air, Wings Air dan Batik Air.

Manakala NADI adalah merupakan syarikat penggiat utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dalam negara.

Ketika ditanya adakah Malindo Airways diwujudkan untuk menyaingi AirAsia, Rusdi menjawab, syarikat penerbangannya adalah berbeza kerana ia berada di kelas pertengahan.

Jelasnya, pihaknya mahu menawarkan kadar tambang yang lebih murah berbanding syarikat pesaing yang lain.

Menurut beliau, bukan setakat tambang murah, pihaknya juga akan menawarkan penerbangan yang lebih selesa kepada para penumpang dengan kemudahan hiburan dalam penerbangan, WiFi dan ruang tempat duduk yang lebih selesa.

Selain itu, Malindo Airways turut menawarkan tempat duduk kelas perniagaan.

Ditanya sama ada Malindo Air akan memperkenalkan laluan penerbangan domestik di Malaysia, Rusdi berkata, buat permulaan, pihaknya turut merancang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, bilangan destinasi penerbangan domestik Malaysia akan bertambah dari semasa ke semasa. Mengenai perkembangan lain, Rusdi berkata, pihaknya akan menambah sebanyak 12 pesawat Malindo Airways setahun dan menjadikannya kepada 100 buah pesawat dalam tempoh 10 tahun akan datang.

KOMEN : BARULAH ADA PILIHAN DAN PERSIANGAN SIHAT...

Bukan dagangan politik




KUALA LUMPUR 11 Sept. - Bidang pendidikan bukan modal yang harus diperdagangkan oleh mana-mana pihak bagi tujuan meraih laba politik kerana pendidikan adalah isu nasional yang kepentingannya jauh melangkaui sentimen politik kepartian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menegaskan perkara itu berkata, semua pemimpin perlu mempunyai keberanian moral untuk tidak mempolitikkan bidang pendidikan agar setiap anak Malaysia mampu merealisasi potensi masing-masing.

Ini kerana jelas beliau, bidang pendidikan bukan sahaja amat penting tetapi kritikal demi masa depan negara, justeru semua pihak harus tampil dengan nilai lebih objektif serta bertanggungjawab dan bukan sekadar mengejar pendekatan populis semata-mata.

Menurut Perdana Menteri, Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan bertanggungjawab sentiasa menangani isu pendidikan melangkaui politik dan terbukti apabila terus menyalurkan bajet signifikan untuk sektor itu termasuk memperuntukkan RM37 bilion pada 2012.

"Keberanian moral untuk tidak mempolitikkan isu pendidikan ini perlu agar kita semua dapat memastikan langkah dan keputusan yang dibuat adalah berdasar kepentingan anak-anak serta negara, bukannya untuk meraih laba politik dengan langkah populis.

"Sebab itu dalam melakukan transformasi ini, kerajaan tanpa rasa takut mengakui kekurangan yang terdapat dalam sistem pendidikan kita untuk ditambah baik," katanya semasa merasmikan pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Laporan awal pelan pembangunan itu dibentangkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan detik bersejarah tersebut disiarkan secara langsung oleh TV3 dan RTM.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, barisan Menteri Kabinet, ahli Parlimen BN dan pembangkang, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), barisan Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa serta tokoh akademik.

Dalam pada itu Perdana Menteri menyifatkan pelan pembangunan tersebut bersifat futuristik, komprehensif, telus dan demokratik kerana bukan sahaja mengambil kira keperluan masa depan bidang pendidikan negara tetapi turut menggabungkan pandangan semua pihak.

Sehubungan itu, beliau yakin pelan jangka masa panjang berkenaan akan memberi perubahan signifikan serta bersifat lonjakan berganda kepada pendidikan negara sekali gus, merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan berkualiti.

"Laporan awal ini bagi menjemput cadangan balas, kritikan, komen dan sokongan. Ia sesuai dengan hakikat era kerajaan mengetahui segala-gala dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Kita menjemput rakyat Malaysia ambil bahagian.

"Ini kerana rupa bentuk negara dan masa depan anak bangsa akan ditentukan oleh keputusan, langkah dan tindakan yang kita ambil pada hari ini, sebab itu kita tidak boleh menangguhkan atau berdikit-dikit, kita harus berani melabur demi masa depan lebih baik," katanya.


Anjakan sistem pendidikan


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/9/2012
Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin menunjukkan buku Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru.

Dalam gelombang sama, tambah Muhyiddin, bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.

"Dalam Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.

Kata beliau, pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.

"Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya.

Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.

Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh rakyat.

Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia; 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi kajian semula secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011.

"Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

"Menerusi siri jelajah dialog pendidikan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor diterima daripada hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian selain 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu," jelasnya.

Kata beliau, pandangan panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa diperolehi dalam penyediaan laporan awal pelan tersebut.

Katanya, kementerian juga turut mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan
.