Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 3 September 2012

KURANG AJAR - HARAP TIADA AMARAN LAGI?

Polis tubuh pasukan khas
Mohd. Bakri Mohd. Zinin menunjukkan gambar berkenaan kes memijak bendera yang disiarkan oleh akhbar tempatan di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/INTAN NUR SYUHADA

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang semasa ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka pada malam Khamis lalu.

Sehubungan itu, polis memberi amaran kepada individu terlibat melakukan perbuatan tersebut yang gambar mereka tersebar di Internet dan disiarkan dalam beberapa akhbar hari ini, supaya tampil membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, pihaknya memandang serius perbuatan tersebut kerana ia boleh menggugat kestabilan negara dan tidak teragak-agak mengambil tindakan berdasarkan undang-undang.

"Semasa Perhimpunan Janji Bersih diadakan pada malam 30 Ogos lalu di Dataran Merdeka, telah berlaku insiden beberapa individu mempamerkan bendera 'baru' untuk menggantikan bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

"Terdapat juga insiden beberapa individu bertindak memijak gambar pemimpin negara dan seorang individu yang menunjukkan punggung atas gambar pemimpin negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Pada ambang sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka, selain memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, terdapat segelintir peserta membawa bendera merah putih seakan-akan bendera Singapura yang didakwa akan menggantikan Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.

Sehubungan itu, kata Mohd. Bakri, satu laporan telah diterima di Balai Polis Tun H.S Lee di sini semalam, berhubung insiden tersebut dan pasukan khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kes tersebut.

Beliau berkata, bagi tindakan mempamerkan bendera baharu untuk menggantikan bendera Malaysia, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 kerana perbuatan itu boleh mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum dan penduduk negara ini.

Katanya, tindakan memijak gambar pemimpin negara pula disiasat di bawah Seksyen 290 dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan manakala perbuatan menunjukkan punggung di khalayak ramai disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Sebelum itu pada 29 Ogos lalu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kegagalan penganjur Perhimpunan Janji Bersih untuk mengemukakan pemberitahuan kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perhimpunan diadakan dan ia disiasat di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Pihak polis juga sedang menyiasat mengenai kejadian menyimbah cat dan memecah cermin hadapan bas Jelajah Merdeka Rakyat milik sebuah parti pembangkang di Kota Bharu, Kelantan pada pagi semalam mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Setakat ini, kata Mohd. Bakri, lima individu terdiri daripada pemandu dan pemandu kedua bas serta tiga saksi sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Beliau berkata, tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam kejadian itu dan sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dibuat berhubung kesemua kes yang disiasat.

Tambahnya, dua pasukan khas ditubuhkan di Dang Wangi dan satu pasukan lagi ditubuhkan di Kota Bharu bagi menyiasat kes-kes yang dilaporkan itu.

"Sehubungan itu, kita minta individu yang dicari dan saksi kejadian supaya tampil membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi bilik gerakan di talian 03-20319999," katanya.

KOMEN : BAYANGKAN SEMUA RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN PIJAK KEPALA MAK BAPAK KORANG... MARAH TAK? KURANG AJAR...

No comments: