Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 4 September 2012

Arshad Ayub Tokoh Sebaran Gemilang


DARI UTUSAN MALAYSIA
3/9/2012
Arshad Ayub (duduk, dua dari kanan) tersenyum gembira semasa menandatangani buku Jejak Sebaran di samping, Ibrahim Ali (duduk, kanan), Sahol Hamid (dua kiri), Adnan Hashim (kiri) dan Zaini Hassan (berdiri, kiri) pada Majlis Jamuan Makan Malam FKPM ke-40 di UiTM, Shah Alam, kelmarin. - Utusan/ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM 2 Sept. - Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub menerima anugerah Tokoh Sebaran Gemilang atas jasanya terhadap Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) universiti itu.

Beliau menerima anugerah tersebut pada Jamuan Makan Malam Home Coming FKPM di Dewan Agong Tunku Canselor (DATC), UiTM yang dihadiri hampir 1,000 alumni fakulti tersebut di sini malam tadi.

Menurut Arshad, beliau berasa amat terharu dengan pemberian anugerah tersebut malah ia adalah sesuatu yang sungguh bermakna kerana segala perjuangan demi memastikan Mass Comm UiTM muncul sebagai program pengajian media terbaik di negara ini telah menjadi kenyataan.

''Alumni Mass Comm yang selesa saya panggil sebagai budak-budak Mass Comm cukup dekat di hati saya. Setiap perkembangan dan peningkatan kerjaya graduan fakulti tersebut terus saya ikuti sehingga kini," katanya dalam ucapan penerimaan anugerah tersebut di sini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Dekan FKPM, Prof. Madya Dr. Adnan Hashim dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Arshad berkata, beliau amat berbangga dengan pencapaian para alumni fakulti tersebut yang kini menjadi tokoh industri media, pendidik dan ahli politik yang disegani.

''Saya akui mungkin sesetengah daripada anda kurang selesa atau tidak gemar dengan kepimpinan saya kerana saya dikenali sebagai seorang yang garang.

''Namun sebagai bapa yang menjadi ketua dan memimpin anak bangsa yang serba kekurangan ketika itu, ketegasan dalam kepimpinan amat perlu agar semuanya berjalan lancar," katanya.

Pada majlis sama, FKPM turut memberikan Anugerah Perintis Sebaran kepada Dekan Sebaran Am yang pertama, Datin Marina Samad; dekan pertama dalam kalangan alumni, Prof. Datuk Mohd. 

Hamdan Adnan dan Ibrahim yang merintis usaha menaiktaraf Institut Teknologi Mara (ITM) kepada UiTM.

Bagi melengkapkan sambutan ulang tahun ke-40 tahun FKPM, pihak penganjur telah melancarkan buku bertajuk Jejak Sebaran yang mencatatkan sejarah penubuhan fakulti tersebut sejak tahun 1972 sehingga kini.

KOMEN : JASAMU TETAP DIKENANG

No comments: