DARI UTUSAN MALAYSIA
3/9/2012
KOTA BHARU 2 Sept. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengutuk perbuatan biadab peserta Himpunan
Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Beliau dengan nada marah berkata perbuatan memalukan itu bertentangan
dengan amalan Islam dan budaya Melayu serta individu-individu terbabit
sebenarnya telah dirasuk 'pelesit'.
Nik Abdul Aziz turut meluahkan kekecewaannya dengan tindakan peserta
perhimpunan itu yang mahu menukar Jalur Gemilang kerana ia sudah
diterima masyarakat antarabangsa.
"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan bukan kerja orang Islam
tetapi benda lain yang sudah dimasuki pelesit. Ini sangat-sangat
dukacita dan memalukan.
"Kalau orang bukan Islam buat lainlah ini gambar tu (gambar yang
disiarkan media dan internet) nampak Melayu. Kita orang Islam diajar
kita jangan buat benda yang kalau orang lain buat pada kita, kita marah
maka ini tidak patut berlaku," tegas beliau ketika ditemui di sini hari
ini.
Tindakan tidak bertamadun itu dilakukan pada penganjuran perhimpunan
tersebut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos lalu sempena
sambutan ambang merdeka.
Aksi tidak senonoh individu-individu berkenaan kini tersebar luas di
laman sesawang dan mengundang kemarahan orang ramai malah pelbagai pihak
mendesak pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
Dalam perhimpunan tersebut, mereka turut menuntut untuk menukar Jalur
Gemilang dan ramai daripada peserta mengibar bendera berwarna merah
putih seakan-akan bendera Singapura.
Sambil melahirkan rasa dukacitanya, Nik Abdul Aziz berkata, untuk menggantikan bendera bukan mudah.
''Ia perlu dibincang bertahun-tahun. Apa tujuan kita mahu tukar
bendera yang sudah diterima masyarakat dunia dan tidak ada cacat pun.
Saya dukacita sangat benda ini berlaku," katanya.
KOMEN : ADA PEMIMPIN POLITIK YANG AJAR MEREKA INI MENJADI MANUSIA YANG KURANG AJAR...
No comments:
Post a Comment