DARI UTUSAN MALAYSIA
16/3/2012
Beliau merupakan Pengarah Projek Kanan Proton dan mengetuai proses pembangunan model baharu tersebut yang dijangka mula dijual kepada umum hujung bulan ini.
Menurut Epple, walaupun penghasilan P3-21A tidak menggunakan teknologi yang sama seperti pengeluaran kereta BMW, tetapi penekanan terhadap konsep kerja dan idea adalah sama dengan syarikat pengeluar kereta dari Jerman.
Beliau yang pernah menjawat jawatan pengarah projek BMW di pelbagai negara memberitahu, P3-21A boleh disifatkan sebagai model Proton yang sangat mengutamakan keselamatan, prestasi, keselesaan dan reka bentuk.
"Model ini mengambil ciri-ciri kereta Eropah, berbanding model sebelumnya yang mengambil konsep kereta Jepun," katanya kepada pemberita di Pameran Automotif Proton, POWER OF 1, di sini hari ini.
Epple mempunyai pengalaman selama 25 tahun bersama BMW dan pernah terlibat sebagai Pengarah Projek dalam penghasilan beberapa model BMW 3 Series (E90) dan 5 Series (E39).
Jelas beliau, bagi P3-21A, tempoh penghasilan dari peringkat awal sehingga pengeluarannya memakan masa selama 21 bulan, malah reka bentuk awalnya di dilakukan oleh pereka terkemuka dari Itali.
"Saya juga meletakkan kereta ini (P3-21A) sekelas dengan model Ford Focus, Toyota Altis dan Honda Civic.
"Beberapa cirinya dari segi keselamatan dan keselesaan juga telah dipertingkatkan berbanding model Proton yang terdahulu," katanya.
Model yang berharga di antara RM62,000 hingga RM72,000 sebuah itu membabitkan 90 peratus kandungan tempatan.
No comments:
Post a Comment