Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 13 March 2012

ANWAR MESTI PUSING BERBELIT LEPAS INI...

Fahaman liberalisme terang-terangan khianati Islam
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/3/2011


KUALA LUMPUR 11 Mac - Parti politik tidak sepatutnya menjalin kerjasama dengan pendukung fahaman liberalisme yang secara terang-terangan mengkhianati agama Islam.

Aktivis Dewan Amal Islami (Damai), Naser Desa berkata, pihak-pihak yang memperjuangkan fahaman liberalisme mempunyai agenda yang sangat berbahaya iaitu untuk mengkucar-kacirkan masyarakat khususnya umat Islam.

Menurut beliau, kumpulan itu bukan sahaja menuntut hak untuk kebebasan beragama dan seks bebas malah mahukan fatwa dihapuskan kerana dikatakan mengganggu kebebasan berfikir.

“Adalah sangat berbahaya kalau kita hanya setakat menjadi ‘pak turut’ tanpa mengetahui apakah agenda sebenar pendukung fahaman liberalisme ini.

“Malangnya, ada parti politik yang sanggup bersekongkol dengan pihak tersebut semata-mata terlalu ghairah ingin menguasai pemerintahan negara,” katanya pada Siri Wacana Islam Dan Isu Strategik Umat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.

Wacana bertemakan ‘Dari Islamisme ke Pasca Islamisme, Liberalisme: Masa Depan Umat Islam di Malaysia’ itu dianjurkan Kelab Intelektual Muda (IYC) UIAM dan Persatuan Hal Ehwal Wanita (Wafa) UIAM dengan kerjasama Institut Pengajian Islam dan Strategik (ISSI).

Selain Naser, tiga panel yang terlibat dalam wacana berkenaan ialah Ketua Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Dr. Amran Muhammad; Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad dan pensyarah Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, UIAM, Dr. Anis Malik Thoha.

Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin pula bertindak sebagai moderator.

Sementara itu, Ismail Mina berkata, fahaman liberalisme mengakibatkan segelintir pertubuhan yang terlibat dalam gerakan Islam di negara ini mengalami perubahan dari segi istilah, nilai dan tasawur.

Menurut beliau, umat Islam tidak sewajarnya menerima pemikiran yang diketengahkan oleh gerakan Islam secara bulat-bulat tanpa menelitinya terlebih dahulu.

“Jangan anggap setiap perkara yang datang dari gerakan Islam adalah betul. Kita perlu melihat secara mendalam konsep Islam bagaimana yang ingin diketengahkan,” katanya.

No comments: