DARI UTUSAN MALAYSIA
12/3/2012
Pembunuhan pemimpin Jawatankuasa Penentangan Popular dan beberapa pejuang Palestin lain dalam serangan Israel sejak Jumaat lalu, menyebabkan berlaku beberapa kejadian keganasan di sempadan Israel-Gaza.
Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa kedua-dua pihak kembali bertenang, namun pejuang Palestin berikrar membalas tindakan pembunuhan itu selain tentera Yahudi juga menyatakan akan terus melancarkan serangan jika rakyat mereka diserang.
Seorang ahli perubatan Palestin berkata, serangan terbaru Israel ke atas kem pelarian Jabaliya menyebabkan Ayoub Asalya, 12, terbunuh dan seorang lagi rakyat Palestin cedera.
Ahli perubatan berkata, tiga rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel semalam, dengan seorang mangsa maut berdekatan bandar Rafah di sempadan Mesir manakala dua orang lagi di Khan Yunis.
Beliau berkata, kematian terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang maut sejak kelmarin meningkat kepada 18 orang selain 28 yang lain cedera.
Tentera Israel berkata, lebih 100 roket dan mortar dilancarkan ke Israel dari Gaza dalam tempoh 24 jam.
“Serangan udara itu merupakan tindak balas langsung terhadap serangan roket ke atas Israel,’’ kata tentera. – AFP
KOMEN : INILAH SOKONGAN YANG ANWAR BERIKAN KEPADA ISRAEL/ZIONIS...
No comments:
Post a Comment