Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 12 March 2012

Keputusan Shahrizat tepat


Oleh Abdul Razak Raaff dan Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my
2012/03/12



Tindakan undur diri pengorbanan demi kepentingan kerajaan, parti

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak menganggap tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengundurkan diri daripada jawatan dalam Kabinet adalah keputusan yang betul dan tepat serta satu pengorbanan demi kepentingan kerajaan dan parti.

Perdana Menteri berkata, beliau amat menghargai pengorbanan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan berterima kasih atas keputusan berkenaan.


“Walaupun tiada bukti beliau melakukan kesalahan dari segi undang-undang, namun isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) mengundang banyak kontroversi.


“Justeru beliau membuat keputusan untuk tidak membebankan kerajaan dan parti dengan tidak meneruskan khidmat beliau dan ini keputusan yang betul dan tepat.

“Ini pengorbanannya demi kepentingan kerajaan dan parti dan kami amat menghargai pengorbanannya,” katanya pada sidang media sebelum majlis tahlil ayahandanya arwah Tun Razak Hussein di Masjid Sultan Ahmad Shah, di sini lewat petang semalam.

Shahrizat pada sidang medianya semalam mengumumkan akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 8 April ini selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara. Bagaimanapun, beliau akan terus menerajui Wanita UMNO bagi menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh akar umbi.

Selain itu, Najib menyarankan semua ahli parti terutama Wanita UMNO meneruskan sokongan mereka kepada Shahrizat.

“Ini kerana Wanita UMNO adalah jentera penting Barisan Nasional (BN) dan mempunyai kekuatan bagi menghadapi pilihan raya nanti,” katanya.

Ditanya sama ada keputusan Shahrizat tidak melepaskan jawatan Ketua Wanita UMNO akan digunakan pembangkang sebagai isu, Najib berkata itu terpulang kepada pihak terbabit.

“Tidak apalah... maknanya yang betul sekarang jawatan Wanita ini adalah yang dipilih parti dan jawatan dalam kerajaan ini yang mengundang pertikaian dan kontroversi,” katanya.

Ditanya bila akan mengumumkan pengganti Shahrizat, beliau berkata perkara itu akan dimaklumkan kemudian dan akan membuat keputusan apabila tiba masanya.

Tindakan wajar dicontohi pemimpin lain

KUALA LUMPUR: PKR menyifatkan keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur daripada jawatan itu bulan depan, sebagai tindakan berani seorang pemimpin politik.

Malah, parti itu mendakwa, tindakan Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO amat tepat dan membuktikan beliau memahami kehendak rakyat.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, mendakwa tindakan Shahrizat wajar dicontohi oleh pemimpin lain yang terpalit isu rasuah, namun ia tidak menghalang pembangkang untuk terus membongkar isu National Feedlot Corporation (NFC Corp) yang mengaitkan keluarga beliau.

“Kita sudah serahkan usul tergempar kepada Parlimen, Jumaat lalu supaya isu NFC dibahaskan di Parlimen dan saya jangka ia akan dibentangkan Selasa ini,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Shahrizat semalam mengumumkan akan berundur sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang disandangnya sejak 2009 selepas tamat penggal sebagai Ahli Dewan Negara, pada 8 April ini.

Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli adalah antara pemimpin pembangkang yang lantang mengkritik Shahrizat berhubung isu NFC.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneruskan siasatan terhadap Shahrizat.

“Secara peribadi saya berpendapat, jika ada kes, SPRM kena teruskan pendakwaan. Jangan pula kata kes tutup sebab dia sudah letak jawatan,” katanya.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, parti itu tidak menganggap peletakan jawatan Shahrizat sebagai kejayaan pembangkang.

“Tanggungjawab untuk membongkarkan penyelewengan adalah tanggungjawab semua. Sebenarnya jika mahu membongkarkan penyelewengan tidak kira siapa. Kalau dalam PAS sendiri ada penyelewengan, kita akan atasi,” katanya.

KOMEN : APA YANG NAJIB CAKAP TU BETUL TAPI YANG BUAT STATEMENT KAT SEBELAH BAWAH TU CAKAP TAK SERUPA BIKIN... BUKANKAH BANYAK PEMIMPIN MEREKA YANG TERBABIT DENGAN SALAH LAKU MORAL MASIH BERGAYUT DENGAN JAWATAN MASING2... MEMANG DASAR MUKA TAK MALU... LU FIKIRLAH SENDIRI...

No comments: