Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 6 March 2012

Calon MB perlu mesra rakyat


Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Hassan Omar
bhnews@bharian.com.my
2012/03/06




Pemilihan pemimpin baru Selangor harus ambil kira penerimaan ramai

KUALA LUMPUR: Calon Menteri Besar (MB) Selangor jika Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mesti dari kalangan pemimpin yang memahami hati nurani rakyat, diterima segenap lapisan masyarakat dan mendapat sokongan kukuh peringkat akar umbi, tanpa terbatas kepada tokoh dalam bidang tertentu saja.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil, berkata pemimpin terbabit juga perlu mesra rakyat di samping berwibawa, ada ketokohan serta kebolehan untuk menerajui Selangor dengan cekap dan berkesan.
Justeru, beliau berkata, cadangan melantik tokoh korporat seperti ketua pegawai eksekutif (CEO) sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengembalikan sokongan rakyat negeri itu kepada BN perlu mengambil kira semua aspek penting itu dengan pemilihan mesti dibuat dari kalangan calon terbaik dalam sebarang bidang.

“Janganlah tokoh korporat yang sombong sehingga rakyat susah hendak berjumpa apabila ada kuasa. Sudah ada contoh oleh Menteri Besar Selangor sekarang, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Pelantikan Menteri Besar hak Perdana Menteri dan yang penting, BN harus fokus mengembalikan keyakinan rakyat terlebih dahulu, sekali gus merampas semula Selangor,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar semalam, mengenai cadangan BN terutama UMNO, meletakkan CEO sebagai calon di Selangor pada PRU-13 dan memegang jawatan Menteri Besar berdasarkan kejayaannya menguruskan kewangan dan syarikat besar jika BN merampas semula negeri itu. Menurut laporan itu, tiga tokoh korporat dan seorang penjawat awam kanan sedang dipertimbangkan bagi tujuan berkenaan.

Bagaimanapun, ADUN Kuala Kubu Bharu yang juga Setiausaha MCA Selangor, Wong Koon Mun, menyokong penuh cadangan itu kerana berpendapat amat penting seorang Menteri Besar memiliki latar belakang ekonomi dan kewangan.

“Cadangan itu sama dengan pandangan saya selama ini. Kejayaannya sebagai ahli perniagaan bermakna beliau memiliki kepakaran dalam pentadbiran, termasuk dari segi kewangan serta hubungan dengan kakitangan,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, menegaskan parti berkenaan menyokong penuh sebarang keputusan Datuk Seri Najib Razak berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor jika BN merampas semula negeri itu kerana yakin ia dibuat berdasarkan kelayakan.

Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata cadangan itu tidak praktikal kerana pentadbiran kerajaan negeri bukan setakat memerlukan mereka yang cekap sebaliknya ahli politik yang mendapat keyakinan rakyat.

KOMEN : WALAUPUN PEMILIHAN MB TERLETAK DITANGAN PERDANA MENTERI, TETAPI KATA HATI RAKYAT PATUT DIAMBIL KIRA... MENGENDALIKAN SEBUAH SYARIKAT TIDAK SAMA DENGAN MENGENDALIKAN SEBUAH NEGERI. NAK MENJADI MB YANG BERWIBAWA SOKONGAN RAKYAT SETEMPAT DAN AHLI PARTI MENJADI RAMUAN UNTUK MEMERINTAH DENGAN BAIK... MELANTIK TOKOH KORPORAT UMPAMA MENIDAKAN KEPIMPINAN UMNO NEGERI YANG ADA SEKARANG... YANG PALING TERUK NAMPAK SANGAT MACAM BIDAN TERJUN... MACAM NAK TOLONG KRONI...

1 comment:

Anonymous said...

PEMBANGKANG NAK KERAJAAN LWN FARE AND SQUARE TP TAK MCM BAGAI DI KATA. BILA KERAJAAN BUAT TRANSFORMASI UTK KEMAJUAN NEGARA DAN RAKYAT DIORANG KUTUK. TP KLU DIORANG BIKIN DEMO REFORMASI UTK JAHANAMKAN NEGARA, DIORANG BANGGA SEYHHH!. HEBAT TOL FUCKATAN NI KEHKEHKEHKEH