Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 11 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Kutipan emas belum tersasar

Malaysia tambah 6 pingat, terjun lulus cemerlang

10 Jun 2015 2:03 AM


Ooi Tze Liang (kiri) dan Ahmad Amsyar Azman.




Muhammad Hakimi Ismail


Muhammad Rafiq Ismail


Tan Ing Yueh


Pandelela Rinong


SINGAPURA - Tambahan enam pingat emas yang diraih semalam menyaksikan sasaran kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA 2015 masih tidak tersasar, malah terjun menutup kempen dengan ‘kepujian’ selepas menyapu bersih semua lapan emas yang ditawarkan di Singapura.

Boling yang membuka tirai semalam turut bermula langkah kanan apabila menghadiahkan emas sulung, manakala gimnastik artistik dan pelayaran masing-masing menokok emas kedua mereka.

Bagaimanapun daripada enam emas yang diraih Malaysia semalam, kejayaan atlet olahraga, Muhammad Hakimi Ismail mengembalikan emas lompat kijang yang sudah 18 tahun hilang paling mencuri tumpuan.

Malah, Hakimi melakar kemenangan dengan penuh bergaya apabila memecah rekod kebangsaan dan rekod temasya. Catatan 16.76 meter yang dilakukannya membolehkan dia memperbaharui rekod lama Sukan SEA, 16.67m, selain memadam rekod kebangsaan, 16.44m.

Hakimi muncul atlet Malaysia pertama meraih emas lompat kijang lelaki Sukan SEA sejak kali terakhir Zaki Sadri melakukannya di Jakarta pada 1997.

Terdahulu, terjun melunaskan janji untuk menutup Sukan SEA tanpa melepaskan walau sebutir pun emas apabila menambah dua lagi menerusi Ooi Tze Liang-Ahmad Amsyar Azman dalam 3m papan anjal seirama dan Pandelela Rinong (10m platform individu).

Di Orchid Country Club, atlet remaja berusia 18 tahun, Muhammad Rafiq Ismail yang membuat penampilan sulung Sukan SEA menunjukkan aksi cemerlang untuk meraih emas pertama boling dalam saingan individu lelaki.

Sukan SEA Singapura turut menjadi pentas buat seorang lagi atlet remaja, Nur Shazrin Mohamad Latif untuk menyerlah apabila dia meraih emas acara pelayaran Laser Radial Perempuan (Bawah 19 tahun) .

Lagu Negaraku berkumandang buat kali kedua di gelanggang gimnastik artistik selepas Tan Ing Yueh menghadirkan emas tidak diduga dalam acara palang bertingkat individu wanita, biarpun tumpuan sebenar acara itu adalah rakan sepasukannya, Farah Ann Abdul Hadi.

Walaupun tiada lagi kilauan emas dapat dilihat daripada acara terjun, namun pungutan emas Malaysia dijangka tidak berhenti, malah skuasy, boling, olahraga, renang, pelayaran dan snuker bakal menjadi tumpuan hari ini.

Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah untuk menguasai dua emas yang ditawarkan dalam skuasy dengan mempertaruhkan Sanjay Singh Chal dan Mohd. Addeen Idrakie dalam perseorangan lelaki serta Rachael Arnold dan Vanessa Raj menerusi perseorangan wanita.

Turut menjadi tumpuan hari ini pastinya pasangan Thor Chuan Leong-Moh Keen Hoo yang berentap dalam perebutan pingat emas snuker beregu lelaki, manakala boling cuba memburu dua emas yang ditawarkan dalam beregu lelaki serta wanita.

Selepas lima hari berlangsung, Malaysia kini mengumpul 21 emas, 26 perak dan 31 gangsa untuk kekal di tangga keempat pungutan pingat keseluruhan. Singapura terus mengungguli carta menerusi 52-44-54, diikuti Thailand (38-40-35) dan Vietnam (33-16-38). – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/kutipan-emas-belum-tersasar-1.101132#sthash.raQJ9G1U.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Chuan Leong-Keen Hoo 
bangkit untuk menang emas

11 Jun 2015 12:55 AM


Moh Keen Hoo ketika beraksi dalam acara berpasangan snuker Sukan SEA 2015 di OCBC Arena, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Aksi tenang yang dipamerkan pasa­ngan negara Thor Chuan Leong dan Moh Keen Hoo menjadi tunjang kebangkitan mereka untuk memenangi pingat emas snuker Sukan SEA 2015 dalam acara beregu di OCBC Arena selepas menewaskan pasangan Thailand 3-1 semalam setelah ketinggalan selepas tamat frame pertama.

Ini adalah emas kedua daripada snuker selepas Chuan Leong muncul juara dalam acara individu lelaki pada Isnin lalu.

Chuan Leong berkata, beraksi menentang Kritsanut Lertsattayathorn-Ratchayothin Yotharuck memerlukan lebih banyak strategi taktikal dan itu semua hanya dapat dilakukan jika tenang dalam permainan.

“Sebelum masuk bertanding semangat kami memang berada di tahap yang terbaik, cuma semasa set pertama kami tiada peluang untuk mendapatkan mata.

“Persaingan lebih mencabar dapat dilihat dalam frame kedua hingga keempat yang menyaksikan mereka cuba untuk mendapatkan mata bagi memintas kami namun tidak berjaya.

“Saya anggap ini sebagai kejayaan besar buat skuad snuker ke­rana berupaya menyumbang lebih daripada satu emas,” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Pasangan negara tewas 0-76 dalam frame pertama namun berjaya bangkit selepas itu untuk menang 49-36, 113-1, 66-19.

Sementara itu, pingat gangsa dikongsi oleh pasangan Filipina dan Singapura yang kecundang dalam separuh akhir kelmarin. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/chuan-leong-keen-hoo-8232-bangkit-untuk-menang-emas-1.101398#sthash.XAp3JsmR.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Farah Ann tambah koleksi emas

11 Jun 2015 12:56 AM

SINGAPURA – Masih belum puas dengan satu pingat emas, ratu gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi mempamerkan prestasi memukau untuk menambah koleksi kemenangannya dalam Sukan SEA 2015 apabila memenangi rutin senaman lantai pada hari terakhir acara gimnastik artistik di Kompleks Sukan Bishan semalam.


Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi dalam rutin senaman lantai dalam laluannya untuk memenangi acara itu di Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

Setelah kecewa dengan sekadar tiga pingat gangsa dalam acara palang bertingkat, melombol dan batang titian, Farah, 21, menggunakan kelebihan selaku gimnas pertama memulakan persaingan tanpa sebarang tekanan untuk mencatat 13.733 mata.

Gimnas Indonesia, Rifda Irfanalutfi memberikan saingan sengit kepada Farah apabila meraih 13.700 mata namun terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala juara individu all-around Phan Thi Han Thanh di tangga ketiga dengan 13.433 mata.

Sementara itu, pemenang pingat emas acara palang bertingkat pada Selasa lepas, Tan Ing Yueh hampa apabila berada di tempat keempat.

“Memang saya sudah sasarkan untuk mendapatkan pingat acara ini kerana senaman lantai ialah acara kegemaran saya tetapi untuk meraih emas bukan sesuatu yang mudah.

“Walaupun ada rasa macam kecewa sedikit kerana tidak dapat pingat emas (Selasa lalu) namun rakan sepasukan telah berikan semangat kepada saya.

“Syukur sangat kerana persembahan saya ternyata agak baik dan walaupun bermula selaku peserta pertama, situasi itu mungkin mengurangkan sedikit tekanan kepada saya kerana tidak perlu melihat peserta lain sebelum buat persembahan,” katanya.

Farah turut mengutip satu gangsa semalam menerusi rutin batang titian, tewas kepada dua gimnas Vietnam, Phan Thi Ha Tanh dan Do Thi Van Anh.

Secara keseluruhan, dia membawa pulang dua pingat emas dan tiga pingat gangsa daripada Sukan SEA kali ini.

Pencapaian itu ternyata jauh le­bih baik berbanding di Sukan SEA Indonesia pada 2011 di mana dia sekadar menang satu perak manakala gimnastik artistik tidak dipertandingkan dua tahun lalu di Myanmar.

Berasa bangga dapat mengharumkan nama negara, Farah berkata, kejayaan gimnastik artistik yang membawa pulang tiga pingat emas, tiga pingat perak dan tiga gangsa memberikan satu mesej yang jelas kepada pencabar lain.

Sementara itu, Jeremiah Loo meraih pingat perak rutin palang tunggal selepas mengutip 14.133 mata, ke­tinggalan hanya 0.100 mata kepada peserta pilihan Phuong Thanh Dinh dari Vietnam yang menang emas.

Pingat gangsa dimiliki oleh Muhammad Jufrie Aizat dari Singapura dengan 12.833 mata.

Jeremiah yang baharu berusia 18 tahun berkata, dia berharap pingat itu sebagai satu permulaan baik kepada perkembangan gimnas lelaki negara setelah sekian lama ditenggelami oleh atlet wanita.

“Pingat ini memang langsung tidak dijangka kerana acara ke­gemaran saya ialah kekuda pelana,” katanya. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/farah-ann-tambah-koleksi-emas-1.101402#sthash.5aA6ToTC.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Enam lagi emas dituai

11 Jun 2015 12:56 AM




SINGAPURA - Malaysia terus menghampiri sasaran menang 56 pera­tus pingat Sukan SEA 2015 tanpa mengira warna apabila mengutip enam lagi pingat emas semalam dengan skuasy didominasi oleh pemain-pemain negara.

Meskipun terjun menjadi pasukan paling cemerlang setakat ini, namun pujian wajar diberikan kepada barisan atlet gimnastik artistik, snuker, boling, ekuestrian dan skuasy kerana turut menampilkan aksi cemerlang semalam.

Pasukan gimnastik artistik negara menutup kempen kali ini dengan meraih pingat emas dalam disiplin senam lantai wanita menerusi Farah Ann Abdul Hadi sekali gus berjaya melepasi sasaran dua pingat emas yang ditetapkan.

Skuad snuker negara turut merangkul pingat emas kedua menerusi Thor Chuan Leong-Moh Keen Hoo yang memenangi acara beregu setelah Chuan Leong muncul juara individu Isnin lalu.

Penampilan kali ini adalah jauh lebih baik berbanding dua tahun lalu yang menyaksikan pasukan snuker negara sekadar membawa pulang satu pingat emas, juga menerusi Chuan Leong dalam acara 6 red snooker.

Ekuestrian turut mencapai sasaran satu pingat emas menerusi R. Sharmini dalam acara jumping sambil mencipta kejutan ke atas wakil tuan rumah Catherine Chee.

Jaguh boling wanita Sin Li Jane pula menamatkan penantiannya selama empat tahun untuk mengutip pingat emas Sukan SEA apabila menjadi tunjang kepada kejayaan dalam acara beregu bersama Esther Cheah, sekali gus meng­ha­diahkan kontinjen negara emas ke­dua se­takat ini.

Pingat gang­sa turut menjadi milik Malaysia menerusi gandingan Shalin Zulkifli-Syaidatul Afifah.

Keunggulan pasukan skuasy negara nyata tidak mampu ditandingi walaupun menghantar skuad muda apabila mengutip dua pingat emas dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, malah aksi akhir mempertemukan atlet negara dalam kedua-dua kategori.

Dalam perseorangan wanita, Rachel Arnold menewaskan Vanessa Raj 11-13, 11-9, 11-3, 11-5 dalam tempoh 30 minit untuk meriah pingat emas pertama sebelum Sanjay Singh Chal melengkapkan hari penuh bergaya untuk kem skuasy negara selepas mudah menumpaskan Muhd. Addeen Idrakie Bahtiar 11-7, 11-3, 12-10.

Namun, harapan skuad olahraga negara untuk menambah emas tidak kesampaian setelah Mohd. Izzuddin Yahya dan G. Aravinn Thevarr sekadar meraih tempat keempat dan kelima dalam acara 200 meter manakala atlet lontar peluru Adi Aliffudin Hussin sekadar me­nyumbang gangsa di Stadium Nasional Singapura.

Aksi di kolam renang pula me­nyaksikan hanya dua perak dan dua gangsa dikaut oleh pasukan negara di Pusat Akuatik OCBC.

Phee Jinq En (32.46 saat) dan Erika Kong (32.58s) masing-masing menang perak dan gangsa acara 50m kuak dada, tunduk kepada pe­renang tuan rumah Roanne Ho yang memecahkan rekod kejohanan 32.00s milik sendiri apabila me­rakamkan 31.45s.

Dalam acara 1,500 m gaya bebas lelaki, Kevin Yeap sekadar me­raih gangsa sekali gus gagal mengulangi pencapaian perak di Myanmar dua tahun lalu. Dia melakukan catatan 15 minit 55.69 dan emas dimenangi perenang Vietnam manakala perak milik Indonesia.

Harapan yang diletakkan dalam acara 400m gaya bebas wanita melalui Khoo Chai Lin juga berkubur apabila perenang senior itu hanya mampu meraih perak di belakang jaguh Vietnam, Nguyen Thi Anh Vien.

Acara 4x100 m rampaian wanita yang diwakili barisan perenang Yap Sew Hui, Caroline Chui Lai Kwan dan Phee Jinq En gagal meraih sebarang pingat apabila acara tersebut mudah dikuasai Singapura manakala Thailand dan Filipina meraih perak dan gangsa.

Malaysia turut meraih satu gangsa menembak menerusi Mohd. Hadafi Jaafar dalam acara 50m rifle prone lelaki individu di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan Singapura.

Misi menambah pingat emas akan diteruskan hari ini menerusi skuad badminton lelaki dan wa­nita yang melangkah ke separuh akhir dan bakal berdepan cabaran Indonesia di Stadium Tertutup Singapura.

Malaysia dijangka mampu meneruskan aksi cemerlang hari ini menerusi beberapa acara termasuk memanah, renang, badminton, olahraga, boling, berbasikal, silat, petanque, pelayaran serta menembak.

Lapangan olahraga dilihat mampu menyumbang satu pingat emas hari ini menerusi Muhammad Irfan Shamsuddin dalam acara lempar cakera namun dia berdepan dua pencabar utama dari Thailand, Narong Benjaroon dan Kwanchai Numsonboon.

Nauraj Singh Randhawa juga bakal berdepan pencabar dari Thailand, Pramote Prumurai dalam acara lompat tinggi.

Wong Fu Kang diharap mampu melakarkan kejutan dengan menyumbang satu lagi pingat emas menerusi acara 50m kuak lentang selepas menang 100m kuak dada Ahad lalu selain Daniel Beego juga akan bersaing dalam acara 400m gaya bebas. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/enam-lagi-emas-dituai-1.101403#sthash.zj83lm99.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Silap teknik saksikan Adi sekadar raih gangsa

11 Jun 2015 12:56 AM


Adi Alifuddin Hussin membuat lontaran ketika bersaing dalam acara lontar peluru Sukan SEA 2015 di Stadium Nasional SIngapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Bermula dengan baik tetapi akhir­nya merudum.

Itu yang berlaku kepada atlet lontar peluru lelaki negara Adi Aliffudin Hussin dalam Sukan SEA 2015 apabila sekadar berupaya mengutip pingat gangsa dengan jarak lontaran 16.96 meter sekali gus gagal mengatasi pencapaian pingat perak di Myanmar dua tahun lalu.

Adi mendapatkan catatan tersebut menerusi lontaran pertama namun selepas itu prestasinya merosot serta tidak konsisten hingga gagal mengatasi jarak lontaran dua atlet dari Thailand iaitu Promrob Juntima yang meraih pingat emas dengan catatan 17.47m dan pemenang pingat perak Chatchawal Polyiam, 17.07m.

Adi berkata, kesilapan dalam teknik melontar menjadi punca utama dia sukar untuk mendapatkan jarak yang jauh.

“Saya sudah berusaha melakukan yang terbaik. Pesaing kali ini amat hebat namun ini tidak mematahkan semangat saya.

“Keputusan ini tetap menggembirakan kerana dapat mengatasi catatan terbaik saya musim ini dan saya juga berterima kasih kepada Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) dan Majlis Sukan Negara (MSN) kerana memberikan kepercayaan kepada saya,” katanya selepas tamat acara tersebut di Stadium Nasional Singapura semalam.

Dalam Sukan SEA 2013, Adi meraih pingat perak dengan jarak lontaran 17.10m.

Sementara itu, dalam saingan lompat jauh wanita menyaksikan wakil negara Noor Amira Mohamad Nafiah hanya mampu menamatkan aksi di tempat ketujuh dengan jarak 6.08m manakala dalam saingan 800m lelaki, M. Kasaven menamatkan saingan di tempat keempat dengan catatan masa satu minit, 53.30 saat. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/silap-teknik-saksikan-adi-sekadar-raih-gangsa-1.101407#sthash.96ZoYWZm.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Jaguh pecut kita 
belum cukup pantas

11 Jun 2015 12:56 AM


Mohd. Izzuddin Yahya (kanan) dan G. Aravinn Thevarr (kiri) hanya mampu melihat atlet Vietnam, Le Trong Hinh menjuarai acara akhir 200m dalam Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Harapan untuk melihat pingat pertama Sukan SEA dalam acara pecut 200 meter lelaki selepas 12 tahun tidak kesampaian apabila dua wakil negara Mohd. Izzuddin Yahya dan G. Aravinn Thevarr sekadar meraih tempat keempat dan kelima dalam pertarungan akhir di Stadium Nasional Singapura semalam.

Mohd. Izzuddin mencatat masa 21.20 saat manakala Aravinn Thevarr, 21.33s sekali gus menghampakan harapan sejak Sukan SEA 2003 di Vietnam di mana Nazmizan Mohamed meraih emas.

Pingat emas semalam dimenangi oleh Le Trong Hin dari Vietnam yang menamatkan saingan dengan masa 20.89s manakala pingat perak dan gangsa diraih atlet Thailand, Sathoengram Jaran di tempat kedua (21.05s) serta Meenapra Jirapong di tempat ketiga (21.05s).

Mohd. Izzuddin berkata, perlumbaan semalam amat mencabar kerana semua peserta begitu laju namun tetap berpuashati kerana dia memperbaharui catatan peribadi terbaiknya.

“Tiada rezeki saya untuk mendapatkan pingat untuk negara namun ini bukan kesudahannya ke­rana saya akan terus memberikan cabaran selepas ini.

“Saya juga berterima kasih kepada jurulatih saya, Nazmizan yang telah menaikkan semangat saya selepas kecewa dalam perlumbaan 100m semalam (kelmarin),” kata­nya, yang gagal ke perlumbaan akhir acara itu setelah hanya menduduki tempat keenam.

Sementara itu, dalam 200m wa­nita, atlet negara Zaidatul Husniah Zulkifli menamatkan saingan di tempat keenam.

Zaidatul Husniah mencatat masa 24.18s dalam perlumbaan yang dimenangi Veronica Shanti Pereira dari Singapura yang melakukan catatan masa 23.60s.

Tempat kedua menjadi milik Kayla Anise Richardson dari Fili­pina dengan masa 23.71s dan gangsa milik atlet Vietnam, Thi Oanh Nguyen dengan 23.92s. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/jaguh-pecut-kita-8232-belum-cukup-pantas-1.101409#sthash.dFVsMbtr.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Hakimi raih emas pecah rekod lompat kijang

10 Jun 2015 2:00 AM


Muhammad Hakimi Ismail bergambar di hadapan papan skor yang menunjukkan rekod baharu lompat kijang setelah dia memenangi acara itu dalam Sukan SEA 2015 di Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Selepas 18 tahun hilang daripada genggaman, pingat emas lompat kijang Sukan SEA akhirnya dikembalikan ke pangkuan kontinjen negara menerusi Muhammad Hakimi Ismail, malah melakukannya dengan penuh bergaya apabila mencipta rekod baharu temasya dan kebangsaan semalam.

Atlet berusia 24 tahun itu menang dengan catatan 16.76 meter untuk memadam rekod lama 16.67m milik Nguyen Van Hung dari Vietnam yang dilakukan di Myanmar hanya dua tahun lalu. Catatan tersebut juga memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri, 16.44m.

Hakimi muncul atlet Malaysia pertama meraih emas lompat kijang lelaki Sukan SEA sejak kali terakhir Zaki Sadri melakukannya di Jakarta pada 1997.

“Berjaya menjadi pemenang pingat emas pertama sejak Zaki Sadri adalah satu penghormatan. Zaki seorang legenda dan saya sangat menghormatinya.

“Saya amat bangga berjaya memenangi pingat emas selepas apa yang berlaku di Myanmar, dua tahun lalu,” kata Hakimi, merujuk kepada kegagalannya meraih kejuaraan selepas dipintas oleh Van Hung.

Pingat perak acara tersebut menjadi milik atlet Thailand, Kongnil Varunyoo dengan lompatan 16.20m, manakala Van Hung sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 15.92m.

“Syukur saya dapat meraih emas bersama rekod baharu, ini satu pencapaian besar dalam karier olahraga saya.

“Saya sebenarnya tidak berjaya melepasi had kelayakan Sukan SEA, namun diberi kepercayaan untuk beraksi atas tiket pemenang pingat perak Sukan SEA 2013. Hari ini, saya berjaya membalas kepercayaan tersebut,” katanya lagi.

Olahraga turut menghadiahkan tiga pingat gangsa semalam, dua menerusi baling tukul besi manakala satu daripada skandar Alwi dalam lompat bergalah lelaki.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli selepas gagal menamatkan perlumbaan dalam kedudukan pingat apabila sekadar berada di tempat keempat dengan masa yang buruk, 11.93 saat pada final 100m. Catatan itu jauh lebih buruk daripada yang dilakukan di peringkat saringan, 11.69s.

Iskandar pula melakukan lompatan 5.05m dan gagal mengatasi pencapaian perak yang dibuat di Myanmar, dua tahun lalu.

Emas milik atlet Thailand, Porranot Purahong dengan catatan 5.30m, manakala perak diraih John Obeina Ernest dari Filipina (5.25m).

Terdahulu dalam saingan baling tukul besi, atlet remaja berusia 15 tahun, Grace Wong meraih pingat dalam penampilan pertama Sukan SEA dengan mencatat balingan terbaik 53.80m, manakala Jackie Wong mencatat 61.18m dalam acara lelaki. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hakimi-raih-emas-pecah-rekod-lompat-kijang-1.101077#sthash.72lZdQEw.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Sharmini pastikan skuad ekuestrian pulang dengan emas

11 Jun 2015 12:56 AM


R. Sharmini beraksi dalam rutin jumping dalam acara ekuestrian Sukan SEA 2015 di Kelab Turf Singapura semalam. BERNAMA

SINGAPURA - Sebaik sahaja disahkan muncul pemenang acara jumping individu, air mata ke­gembiraan mengalir di wajah R. Sharmini yang akhirnya memastikan skuad ekuestrian negara pulang dengan satu emas.

Terpaksa bertarung sehingga persembahan penentuan dengan penunggang Singapura, Catherine Chew selepas kedua-duanya mempamer tunggangan bersih, kekuatan mental Sharmini ternyata menjadi pemisah antara mereka.

Mengambil giliran terlebih dahulu melakukan tunggangan bersama kuda kesayangannya Arcado L, dia menunggang tenang untuk tidak melakukan sebarang kesilapan selain mencatat masa 35.90 saat.

Sebaik sahaja Catherine melintas garisan penamat, sorakan penyokong Malaysia menggamatkan suasana apatah lagi apabila penunggang Singapura itu pula hanya mampu mencatat masa 36.69 saat.

Pingat gangsa menjadi milik penunggang Thailand, Sailub Lertratanachai yang mengecewakan seorang lagi penunggang tuan rumah Predrag Marjanovic dalam penentuan show off.

Ketika ditemui pihak media, Sharmini tidak mampu menahan air mata gembiranya dan tidak percaya mampu mengalahkan Catherine yang lebih berpengalaman.

Kejayaannya itu menamatkan penantian Malaysia selama lapan tahun untuk meraih emas dalam acara berkenaan.

Kali terakhir Malaysia menang pingat emas acara jumping individu ialah pada 2007 di Korat, Thailand me­lalui Qabil Ambak.

“Sebenarnya saya bukanlah yang terbaik dalam situasi jump-off, namun segala-galanya menjadi dalam akhir perlumbaan, saya terkejut mampu memenanginya.

“Catherine sebenarnya seorang yang berpengalaman dan rentak kudanya jauh lebih baik tetapi mungkin hari ini ialah hari saya.

“Terima kasih kepada jurulatih peribadi Lars Bak Andersen, ibu bapa, adik saya yang menjadi penyokong nombor satu saya selama ini serta semua pengurusan ekues­trian,” katanya sambil menangis.

Dalam Sukan SEA 2011 di Indonesia, Sharmini menjadi sebahagian daripada pasukan jumping untuk meraih pingat gangsa tetapi pada kali ini dia boleh tersenyum dengan membawa pulang satu emas dan satu perak.

Mula berjinak-jinak dengan dunia ekuestrian sejak berumur enam tahun dan kini berkelana di bumi Eropah bagi mendapatkan pendedahan, Sharmini berharap satu hari nanti dia mampu melayak­kan diri ke Sukan Olimpik.

“Kelayakan untuk Sukan Olimpik Rio mungkin sudah tertutup, saya kini meletakkan sasaran mampu beraksi di Tokyo pada 2020 nanti,” katanya.

Secara keseluruhan, acara ekuestrian yang menutup tirai hari ini menyaksikan skuad negara memperbaiki pencapaian dua tahun lalu di Myanmar, tanpa mengambil kira acara endurance yang tidak dipertandingkan kali ini.

Mereka membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa dari Singapura berbanding hanya mendapat satu emas di Myanmar. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/sharmini-pastikan-skuad-ekuestrian-pulang-dengan-emas-1.101400#sthash.OgHEMRKu.dpuf


Tuesday, 9 June 2015

SUKAN SEA 2015 : Hari paling cemerlang

Malaysia raih 7 emas menerusi terjun, wusyu, renang, snuker, petanque

09 Jun 2015 1:13 AM

Chuan Leong Thor

Phee Jing En

Wendy Ng (kiri) dan Nur Dhabitah Sabri.

Loh Jack Chang

Ooi Tze Liang

Muhd. Hafizuddin Mat Daud

TRIO wusyu negara, Chan Audrey Yee Jo, Chan Lu Yi dan Cheah Aggie Ruey Shin menghadiahkan emas dalam acara duilian barehand berpasukan wanita. - See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hari-paling-cemerlang-1.100705#sthash.A4AEEhQ1.dpuf

SINGAPURA - Wusyu akhirnya menggegarkan Singapura, manakala terjun terus menjadi lubuk emas Malaysia pada hari ketiga Sukan SEA 2015 yang menyaksikan kontinjen negara melakar keputusan paling cemerlang dengan merangkul tujuh emas keseluruhan.

Petanque, renang dan snuker turut menjadi penyumbang emas Malaysia semalam, sekali gus menyaksikan kontinjen negara memperbaiki kedudukan pingat keseluruhan daripada tangga kelima ke tangga keempat dengan mengumpul 15 emas, 19 perak dan 23 gangsa.

Selepas berdepan risiko pulang tangan kosong, skuad wusyu akhirnya menutup kempen dengan merangkul dua emas menerusi Loh Jack Chang dalam acara wajib taijiquan lelaki serta trio Chan Audrey Yee Jo, Chan Lu Yi dan Cheah Aggie Ruey Shin dalam duilian barehand berpasukan wanita.

Wusyu sememangnya sering menjadi sandaran emas Malaysia, malah mereka melakar pencapaian yang lebih baik di Myanmar, dua tahun lalu apabila meraih tiga emas, lima perak dan enam gangsa.

Sementara itu, terjun terus menjadi lubuk emas Malaysia dengan meraih enam daripada lapan emas yang ditawarkan di Singapura.

Dua lagi emas berjaya ditokok semalam menerusi juara Sukan Komanwel, Ooi Tze Liang dalam 10 meter platform lelaki dan gandingan 3m papan anjal seirama wanita, Wendy Ng-Nur Dhabitah Sabri.

Di Arena OCBC, Thor Chuan Leong terpaksa bertarung hampir tiga jam sebelum menghadiahkan emas dalam snuker individu lelaki dengan menewaskan jaguh Myanmar, Htet Ko 4-2.

Memulakan saingan pada pukul 7 malam, Chuan Leong bagaimanapun menamatkan permainan ketika jam dinding menunjukkan 15 minit lagi hendak memasuki pukul 10 malam.

“Saya tidak sangka akan menerima tekanan seperti ini, saya perlu bermain dengan perlahan untuk menyekat tempo permainan lawan,” kata Chuan Leong.

Selain menjadi lubuk emas Malaysia dalam acara terjun, Pusat Akuatik OCBC turut membawa tuah kepada perenang remaja berusia 17 tahun, Phee Jing En apabila meraih emas pertamanya dalam Sukan SEA menerusi 100 meter kuak dada wanita.

Jing En turut mencatat masa peribadi terbaik, 1 minit 10.47 saat untuk mengejutkan rakan senegara yang juga juara bertahan, Christina Loh. Christina beraksi buruk apabila menduduki tempat kelima.

“Sasaran saya hari ini hanya cuba melakukan yang terbaik. Sebaik saja melihat papan markah memang rasa terkejut.

“Saya sebenarnya bersemangat hendak mengekalkan gelaran ini kerana kita adalah penyandang juara(Christina),” katanya.

Gelanggang petanque turut memahat sejarah apabila Muhd. Hafizuddin Mat Daud muncul atlet Malaysia pertama meraih emas acara tersebut selepas menjuarai saingan perseorangan lelaki.

Hari ini, buruan emas Malaysia akan diteruskan dengan terjun menawarkan dua emas terakhir dalam 3m papan anjal lelaki dan 10m platform individu wanita, yang menampilkan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik, Pandelela Rinong.

Turut menjadi tumpuan pastinya olahraga, di mana Malaysia memasang misi merampas kembali gelaran Raja Pecut dalam 100m lelaki.

Boling, gimnastik artistik, pelayaran dan menembak turut menawarkan emas yang mampu diraih atlet negara.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hari-paling-cemerlang-1.100705#sthash.A4AEEhQ1.dpuf

SUKAN SEA 2015 : Hafizuddin pahat sejarah petanque

Semangat juang tinggi bantu raih emas sulung

09 Jun 2015 12:56 AM


Muhd Hafizuddin Mat Daud puas selepas akhirnya meraih pingat emas pertamanya dalam Sukan SEA selepas menewaskan pemain pilihan, Chhoeun Thong dari Kemboja di Singapura, semalam.

SINGAPURA - Tidak kenal erti putus asa, ak­hirnya membawa Muhd. Hafizuddin Mat Daud melakar sejarah menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia dalam acara petanque Sukan SEA selepas muncul juara perseorangan lelaki di The Padang, semalam.

Malah, Hafizuddin turut membuktikan tempoh persiapan yang singkat bukan penghalang buatnya untuk mempamer aksi cemerlang apabila mengetepikan lawan dari Kemboja, Chhoeun Thong 13-6.

Atlet kelahiran Kelantan berusia 22 tahun itu menjangkakan peluangnya sudah berakhir apabila ketinggalan 0-5.

Begitupun, semangat juang yang tinggi membantunya mencatat kebangkitan hebat sebelum melakar kemenangan tidak diduga.

“Dalam perlawanan akhir, saya dapati diri saya tiba-tiba tertekan dan sangat emosional, biarpun menunjukkan ketenangan di awal permainan.

“Bagaimanapun saya enggan berputus asa begitu saja...ini adalah peluang terbaik saya untuk menang emas.

“Semangat saya sedikit menurun selepas ketinggalan tetapi jurulatih dan rakan-rakan tidak henti-henti memberi sokongan. Mereka memberi semangat kepada saya dan mengembalikan keyakinan saya.

“Selepas itu, saya mula berfikir...saya boleh melakukannya untuk Malaysia.

“Saya sangat gembira dan agak emosional ketika ini... ini adalah pingat emas pertama Malaysia dalam sukan petanque,” kata Hafizuddin, yang membuat persiapan kurang enam bulan untuk acara perseorangan kerana dia sebelum beraksi dalam saingan beregu dan trio.

Hafizuddin, yang mula beraksi dalam sukan petanque sejak lapan tahun lalu berharap, kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada rakan-rakannya untuk memburu emas dalam saingan berpasangan dan trio.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam acara petanque Sukan SEA sebelum ini adalah meraih dua pe­rak dan satu gangsa di Temasya Laos 2009.

“Saya hanya bermain untuk acara individu sejak Januari lalu sewaktu menyertai kejohanan Piala Dunia 2015 di Perancis.

“Sejak itu, jurulatih membe­ritahu bahawa saya mampu cemerlang dalam acara individu kerana itu saya cuba mencabar diri beraksi dalam acara yang baharu bagi saya.

“Semasa saingan menentang lawan dari Kemboja tadi (semalam) saya dicabar hebat, namun berkat kesabaran membolehkan saya mendahului dengan baik sekali gus meraih kemenangan,” katanya lagi yang meraih gangsa di Temasya Palembang 2011 dan Myanmar 2013.

Sementara itu, pingat gangsa petanque individu lelaki dikongsi bersama atlet Vietnam, Ron Ngo dan atlet Laos, Phoudthala Keokannika yang tersingkir dalam saingan separuh akhir.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/hafizuddin-pahat-sejarah-petanque-1.100681#sthash.Xvunyu6i.dpuf


dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyata...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 45 Soalan Yang Wajar Rakyat Tanya Mengenai Kenyata...: Ramai yang meminta saya terjemahkan artikel Matthias Chang ( KLiK ) yang mengulas kenyataan Arul mengenai ke mana perginya hutang RM42 bil ...

Friday, 5 June 2015

SUKAN SEA 2015 : 8 tahun tidak beraksi, Sock Khim raih perak

05 Jun 2015 12:44 AM


NG SOCK KHIM melepaskan pukulan kencang ketika menentang Suthasini Sawaettabut dalam perlawanan akhir acara pingpong persorangan wanita Sukan SEA Singapura 2015 di Stadium Tertutup Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Pemain perseorangan wanita negara Ng Sock Khim membuktikan dirinya masih lagi berbisa pada usia­nya 31 tahun apabila berupaya menghadiahkan pingat perak dalam acara pingpong Sukan SEA 2015 semalam selepas hampir lapan tahun tidak beraksi di temasya dwitahunan itu.

Sock Khim meraih pingat perak selepas bersaing sengit sebelum tewas dalam saingan akhir kepada lawan dari Thailand, Suthasini Sawettabut de­ngan keputusan 11-7, 5-11, 8-11, 11-9, 6-11, 11-9, 4-11.

Pingat gangsa dikongsi oleh dua pemain dari Vietnam, Hoang My Trang Mai dan Thi Nga Nguyen yang kecundang dalam separuh akhir.

Sock Khim jelas begitu kecewa kerana gagal meraih pingat emas setelah hampir melakukannya semalam apabila berjaya mengheret lawan sehingga ke set ketujuh.

“Saya banyak melakukan kesilapan hingga menyebabkan lawan mudah mendapatkan mata dalam perlawanan yang cukup mencabar itu.

“Thailand mempunyai ke­lebihan dalam perlawanan itu kerana mempunyai pemain muda yang hebat,” kata Sock Khim.

Kali terakhir Sock Khim menyertai Sukan SEA ialah pada 2007 di Korat, Thailand dan selepas itu tidak dapat menyertai temasya tersebut kerana kece­deraan lutut.

Di Korat, Sock Khim berjaya menamatkan kemarau 14 tahun tanpa pingat buat negara selepas menghadiahkan pingat perak menerusi acara yang sama.

Perak yang diraih semalam merupakan pingat kedua dimenangi skuad pingpong negara dalam edisi kali ini setelah meraih gangsa menerusi beregu wanita Ho Ying-Lee Rou You. 
– UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/8-tahun-tidak-beraksi-sock-khim-raih-perak-1.99214#sthash.WQfqtMBC.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Emas bola jaring makin hampir

05 Jun 2015 12:44 AM

SINGAPURA – Skuad bola jaring negara kekal di landasan untuk meraih pingat emas Sukan SEA 2015 apabila menempah slot separuh akhir selepas menewaskan Thailand 71-34 dalam perlawanan terakhir peringkat awal di OCBC Arena semalam.

PEMAIN Malaysia, Norashikin Kamalzaman (kanan) cuba membuat jaringan walaupun diganggu oleh dua pemain Brunei dalam perlawanan terakhir pusingan awal acara bola jaring Sukan SEA Singapura 2015 di Arena OCBC, Singapura semalam. UTUSAN

Mengikut format perlawanan empat pasukan terbaik daripada enam peserta, yang bersaing di peringkat awal yang dilangsungkan secara liga satu pusingan, mara ke separuh akhir Sabtu ini.

Malaysia yang ketika ini berada di kedudukan teratas liga selepas menamatkan lima perlawanan tanpa kalah dijadual menentang pasukan di kedudukan keempat Brunei pada aksi separuh akhir.

Jurulatih Malaysia, Aminah Asaari berkata, pemainnya berjaya merealisasikan misi menewaskan Thailand tanpa sebarang masalah selain percaya mampu beraksi lebih baik dalam separuh akhir.

“Syukur atas kemenangan ini dan pemain juga telah mempamerkan peningkatan yang positif sepanjang persaingan dalam peringkat kumpulan.

“Secara keseluruhannya sepanjang lima perlawanan kami telah berjaya menjaringkan 384 gol manakala bolos 124 sahaja, sekali gus membuktikan pasukan ini berupaya melangkah ke saingan akhir,” katanya selepas tamat perlawanan menentang Thailand.

Dalam perlawanan tersebut peledak gol utama skuad kebangsaan Norashikin Kamalzaman beraksi cemerlang apabila menjaringkan 41 gol daripada 50 percubaan.

Dua penjaring berbisa, An Najwa Azizan dan Izyan Syazana Mohd. Wazir pula masing-masing berjaya menyumbat 17 gol dan 13 gol untuk melengkapkan pesta gol Malaysia meskipun Thailand cuba melawan pada suku masa ketiga serta keempat perlawanan.

Malaysia sebelum ini menecuwaskan Myanmar 84-22, menundukkan Filipina 112-11, seri dengan juara Asia, Singapura 35-35 dan menang 82-24 ke atas Brunei. 
– UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/emas-bola-jaring-makin-hampir-1.99204#sthash.S2afm3DZ.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Gangsa jadi penawar duka

04 Jun 2015 12:51 AM


YU PENG KEAN sekadar berpuas hati meraih pingat gangsa dalam acara lawan pedang sabre individu lelaki semalam selepas tewas kepada pemain Vietnam, Vu Thanh An pada separuh akhir di OCBC Arena, Singapura semalam.

SINGAPURA – Harapan skuad lawan pedang negara untuk menghadiahkan pingat emas pertama Sukan SEA 2015 tidak kesampaian apabila sekadar meraih satu gangsa menerusi Yu Peng Kean dalam acara sabre individu lelaki di OCBC Arena, semalam.

Peng Kean, antara atlet yang disandarkan emas oleh kem lawan pedang negara tewas pada aksi separuh akhir kepada lawan dari ­Vietnam, Vu Thanh An dengan keputusan 4-15.

Kekalahan tersebut membolehkan Peng Kean berkongsi pingat gangsa bersama dengan atlet Thailand, Kothny Wiradech yang tewas dalam aksi sama kepada wakil tuan rumah, Singapura, Choy Yu Yong dengan keputusan 12-15.

Kata Peng Kean, keghairahan untuk mendapatkan kemenangan menjadi punca dirinya seolah hilang fokus menentang Thanh An.

“Semuanya menjadi serba tidak kena dan saya seolah tidak tahu untuk berbuat apa di atas gelanggang, tambahan pula apabila saya menjadi harapan terakhir untuk melangkah ke saingan akhir selepas dua lagi sandaran gagal meraih pingat.

“Kekalahan ini amat mengecewakan saya kerana sasaran peribadi saya paling kurang adalah untuk memperbaiki pencapaian gangsa pada Sukan SEA 2011 tetapi tidak berjaya,” katanya selepas tamat aksi separuh akhir di sini, semalam.

Dalam saingan hari pertama lawan pedang semalam, dua lagi sandaran Malaysia, Joshua Koh I Jie dan Natasha Ezzra Abu Bakar kandas di suku akhir.

Joshua, pemenang pingat emas Sukan SEA Indonesia, empat tahun lalu tewas dalam acara epee individu lelaki kepada lawan dari Thailand, Chamcharern Panthawit dengan keputusan 11-5.

Natasha, yang turut mengintai emas pertamanya kecundang di tangan Wang Wengying dari Singapura dalam saingan foil individu dengan keputusan tipis 14-15.

Peluang skuad lawan pedang negara untuk mendapatkan pingat emas kini bergantung kepada acara berpasukan melibatkan sai­ngan epee lelaki, sabre lelaki dan foil wanita yang dijadul berlangsung Sabtu ini.

Pada Sukan SEA 2011, lawan pedang menghadiahkan dua pingat emas dan lima gangsa.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/gangsa-jadi-penawar-duka-1.98885#sthash.MP2vXSZW.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Bola jaring gah ke separuh akhir

04 Jun 2015 12:51 AM


PEMAIN Malaysia, An Najwa Azizan (kanan) berjaya melepasi pemain Brunei, Nurrafiqah Afifi Abdullah dalam perlawanan pusingan awal acara bola jaring Sukan SEA Singapura di di OCBC Arena, semalam. Malaysia berjaya menewaskan Brunei 82-24.

SINGAPURA – Seperti diramalkan, skuad bola jaring meneruskan momentum bergaya mereka pada aksi keempat pusingan awal apabila menewaskan Brunei 82-24 di OCBC Arena bagi menempah tempat ke separuh akhir, Sabtu ini.

Keunggulan skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditan­dingi oleh Brunei yang ketinggalan 3-21 di suku masa pertama sebelum cuba menghadirkan sedikit tentangan pada suku masa kedua untuk menjadikan kedudukan 9-38.

Percaturan jurulatih, Aminah Asaari, yang menggunakan Norashikin Kamalzaman sepenuh masa jelas menjadi apabila pemain ini mengganas di suku akhir ketiga bagi terus mengukuhkan Malaysia di hadapan 60-19 sebelum mengakhiri perlawanan dengan keputusan 82-24.

Angka jaringan kemenangan yang dicatatkan oleh pasukan negara jelas membuatkan Aminah berasa cukup gembira kerana melebihi apa yang dilakukan oleh Si­ngapura ke atas Brunei sebelum ini iaitu 72-21.

Tambahnya, fokus mereka ialah mahu meraih seberapa banyak ja­ringan bagi mengatasi Singapura sebagai juara kumpulan untuk memudahkan laluan mereka di pe­ringkat separuh akhir.

“Jumlah jaringan pada hari ini melebihi apa yang dibuat oleh Singapura dan menjelang perlawanan terakhir dengan Thailand, saya harap kami dapat terus meraih kemenangan yang besar bagi mempertahankan kedudukan kami di tangga teratas.

“Saya gembira kerana pemain dapat mengekalkan prestasi yang baik dan walaupun ada sedikit kesalahan dilakukan mereka, sekurang-kurangnya tahap permainan yang sebelum ini berjaya dikekalkan.

“Berdepan Thailand, kami tidak pernah kalah kepada mereka setakat ini dan kali terakhir berjumpa mereka di kejohanan Asia, kami berjaya meraih kemenangan dan harap langkahan cemerlang ini diteruskan sehingga perlawanan akhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, semalam.

Norashikin sekali lagi menjadi watak penting kepada kejayaan Malaysia apabila menyempurnakan 69 jaringan daripada 78 percubaan sementara Izyan Syazana Mohd. Wazir mencipta sembilan jaringan daripada 11 percubaan.

Pasukan bola jaring Malaysia bakal bertemu Thailand pada 3.30 petang ini bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan dengan aksi separuh akhir dijadualkan pada hari Sabtu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-jaring-gah-ke-separuh-akhir-1.98877#sthash.Uhygl2xc.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Katrina-Zylane raih emas pertama kontinjen negara

05 Jun 2015 12:44 AM


KATRINA ANN ABDUL HADI (kanan) dan Zylane Lee menunjukkan pingat emas pertama untuk Malaysia dalam Sukan SEA 2015 yang mereka menangi menerusi acara renang seirama duet di Pusat Akuatik OCBC, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA – Negaraku akhirnya berkumandang di bumi Singapura semalam apabila Katrina Ann Abdul Hadi dan Zylane Lee memenangi pingat emas pertama kontinjen negara dalam Sukan SEA 2015 menerusi acara renang seirama semalam.

Mendahului sejak hari pertama acara itu bermula Selasa lalu, Katrina-Zylane memastikan pingat emas dalam acara duet di Pusat Akuatik OCBC selepas mengumpul 75.3436 mata dalam rutin teknikal yang merupakan disiplin terakhir.

Selepas mengutip 75.5667 mata dalam rutin bebas Selasa lalu, mereka mengumpul 75.5667 mata dalam rutin bebas semalam untuk jumlah keseluruhan 150.9103 mata.

Mereka mengetepikan saingan sengit oleh pemenang perak Chen Mei Qi-Crystal Yap, yang mendapat sokongan kuat penyokong tuan rumah, dengan perbezaan 1.073 mata manakala gangsa menjadi milik Indonesia menerusi Anisa Feritrianti-Claudia Suyanto yang mengumpul 139.0880 mata.

Emas pertama Malaysia itu dikalungkan sendiri oleh Ketua Kontinjen Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria ke leher Katrina dan Zylane.

Pingat yang diraih dalam edisi Sukan SEA ke-28 ini, menurut Katrina, cukup bernilai kepadanya berbanding di Palembang empat tahun lalu kerana banyak kerja keras terpaksa dilakukan sebelum hadir ke Singapura, selain menjadi atlet negara pertama yang meraih emas.

“Emas kali ini mungkin paling besar maknanya untuk saya kerana terlalu banyak usaha kami berikan sebelum ke sini.

“Kami terpaksa berlatih sekurang-kurangnya lapan jam sehari selama dua bulan sebelum Sukan SEA bermula dan perlu membantu prestasi atlet-atlet muda kerana kami merupakan senior dalam pasukan.

“Memang rasa sedikit tertekan tetapi kami cukup gembira kerana ini emas pertama untuk negara dan saya rasakan persembahan kami jauh lebih baik daripada semalam,” katanya selepas majlis penyampaian hadiah.

Sementara itu, Zylane Lee yang pertama kali bergandingan dengan Katrina dalam Sukan SEA berasa bangga kerana berjaya menuai pingat emas dalam acara duet.

“Sebelum ini saya pernah dapat emas dalam acara berpasukan (Palembang 2011) tetapi ini pertama kali menerusi acara duet.

“Memang ada rasa sedikit gugup kerana persaingan sengit yang diberikan oleh atlet Singapura tetapi kami hanya fikirkan persembahan sendiri,” katanya.

Katrina dan Zylane kemudian berganding bersama Foong Yan Nie, Gan Wei Gan, Gan Zhen Yu, Kwong Zhi Kei, Lee Yiat Lum, Lee Yiat Xin dan Tasha Jane Taher Ali dalam kategori kombinasi berpasukan di sebelah malam dikecewakan oleh pasukan Singapura untuk meraih perak.

Mencatatkan 73.7333 mata, mereka jauh ketinggalan di belakang pasukan Singapura yang mengumpul 77.0667 mata manakala pingat gangsa menjadi milik Indonesia yang memungut 71.6667 mata. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/katrina-zylane-raih-emas-pertama-kontinjen-negara-1.99202#sthash.Ug2WoemA.dpuf


SUKAN SEA 2015 : Boleh ucap selamat tinggal

05 Jun 2015 12:44 AM


PEMAIN Bawah 23 negara, Amer Saidin (tengah) melepaskan rasa kecewanya dengan menyepak botol minuman di tepi padang selepas Malaysia kalah 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan bola sepak Sukan SEA 2015 di Stadium Bishan, Singapura semalam. UTUSAN

SINGAPURA - Semenjak 2009, skuad Bawah 23 tahun negara tidak pernah tercicir dari persaingan separuh akhir bola sepak Sukan SEA, namun rekod cemerlang itu hanya menunggu masa untuk tercalar dalam edisi di Singapura apabila Malaysia hampir pasti tersingkir di peringkat kumpulan selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Thailand di Stadium Bishan semalam.

Jaringan tunggal ketua pasukan Sarach Yooyen pada minit ke-81 sudah cukup untuk pasukan Gajah Putih itu meletakkan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee di ambang pintu keluar walaupun mempunyai baki dua perlawanan, berdepan Brunei (8 Jun) dan Laos (11 Jun), dan hanya keajaiban membolehkan mereka terus mara.

Satu hakikat yang sememang­nya cukup pahit untuk ditelan namun hanya itu sahaja mampu dilakukan oleh jurulatih Kim Swee dan pemain-pemain di Singapura serta gagal mengulangi sekurang-kurangnya pencapaian yang dilakukan edisi lalu di Myanmar iaitu mara ke separuh akhir.

Kegagalan di Singapura mengulangi apa yang berlaku di Korat pada 2007 ketika skuad negara dibimbing oleh B. Sathianathan.

Terlalu banyak kepincangan ditunjukkan oleh skuad Bawah 23 negara pada temasya ini. Ekoran persiapan yang kurang sempurna kerana Kim Swee hanya diberi masa tiga minggu untuk menyediakan pa­sukannya di samping kebanyakan pemain utama bergelut dengan masalah kecergasan sehinggakan sukar mendapat tempat dalam pasukan negeri atau kelab masing-masing dalam Liga Malaysia.

Ditambah dengan isu pemain tengah prolifik Mohd. Nazmi Faiz Mansor digantung enam perlawanan, situasi itu memberi bebanan tambahan kepada pasukan negara.

Memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang selepas dibelasah 1-5 oleh Vietnam, Kim Swee membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utama de­ngan menurunkan Syahrul Azwari, Mohd. Ariff Farhan Mohd. Isa, Nazirul Naim Che Hashim dan Shahrul Mohd. Saad sementara Gary Steven Robbat menjadi ketua pasukan menggantikan Mohd. Fandi Othman yang turut direhatkan.

Thailand unggul sejak awal apabila mengawal bola dengan baik selain bijak mencari ruang ketika melancarkan gerakan dari tengah yang direncanakan oleh Messi Thailand, Chanathip Songkrasin.

Pada minit ke-10, penyerang berbahaya Chananan Pombubpha mengejutkan pertahanan negara apabila menanduk bola hantaran Rungrat Phumichantuk dari kiri tetapi tersasar.

Gary sepatutnya meletakkan Malaysia di hadapan tiga minit kemudian melalui serangan balas dan dalam situasi satu lawan satu de­ngan penjaga gol, dia lambat me­lakukan keputusan sebelum diberi tekanan oleh pertahanan Thailand sehingga menyepak keluar.

Pada minit ke-17, Thitiphan Puangjan sekadar menyepak tinggi di hadapan gawang skuad negara yang terbuka sebelum sekali lagi melepaskan peluang apabila tandukannya meliar pada minit ke-28.

Dua minit kemudian, sekali lagi saat keemasan dilepaskan oleh Thailand apabila Nurul Sriyankem melakukan tandukan tepat ke dakapan penjaga gol, Mohd. Farhan Abu Bakar setelah diumpan oleh Phumichantuk.

Pada separuh masa kedua, anak-anak buah Kim Swee mengimbangi rentak Thailand yang hanya me­ngancam pada minit ke-49 menerusi gerakan solo Songkrasin dengan Syahrul Azwari hampir menjaringkan gol pada minit ke-59 selepas rembatan kencangnya dari luar kota penalti ditepis keluar oleh penjaga gol Chanin Sae-Ear.

Bagaimanapun, segala-galanya musnah ketika permainan berbaki 10 minit untuk ditamatkan apabila tanpa diduga Yooyen melepaskan rembatan jarak jauh yang tepat ke penjuru gawang yang dikawal Farhan sekali gus melengkapkan episod pedih pasukan negara. – UTUSAN

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/boleh-ucap-selamat-tinggal-1.99208#sthash.Ncpril1f.dpuf


‘Nothing To Hide’

Dr. Mahathir diberi peluang bertanya

05 Jun 2015 12:49 AM


KUALA LUMPUR 4 Jun – Sesi dialog bersama Perdana Menteri bertemakan ‘Nothing To Hide’ anjuran Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) esok, bakal memberi peluang kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk mengajukan soalan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, perkara itu selaras dengan kesediaan Perdana Menteri dalam menjawab sebarang persoalan mengenai isu-isu semasa pada sesi dialog di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.

Jelas Khairul Anwar, beliau selaku moderator pada sesi berkenaan akan memberi peluang kepada hadirin termasuk Dr. Mahathir untuk mengajukan soalan menggunakan mikrofon yang disediakan dalam dewan tersebut.

“Mungkin Dr. Mahathir ingin mengajukan soalan-soalannya, kita akan beri peluang kepada beliau untuk bertanya. Dengan syarat, beliau perlu mengangkat tangan untuk gilirannya.

“Namun begitu, kita harap sesi dialog ini berjalan dalam suasana boleh dikawal, ia bukan medan untuk mencari siapa benar atau salah tetapi platform bagi meleraikan ikatan yang telah lama tersimpul,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media-media sosial hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir dikatakan telah mengesahkan kehadirannya pada sesi dialog berkenaan esok.

Penganjuran program dialog ini bertujuan untuk menjelaskan segala kemusykilan mengenai pelbagai isu yang timbul seperti kepimpinan kerajaan, ekonomi dan semasa kepada aktivis dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas lanjut, Khairul Anwar berkata, kehadiran Dr. Mahathir pastinya akan menyerikan sesi dialog berkenaan dan melihat kehadiran negarawan itu sebagai langkah pertama untuk meleraikan isu-isu berbangkit.

“Sebab namanya pun Nothing To Hide (Tiada Apa Untuk Diselin­dungkan), ini mencerminkan Perdana Menteri sudah cukup bersedia menjawab sebarang persoalan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dr-mahathir-diberi-peluang-bertanya-1.99283#sthash.6nDwO1eu.dpuf

POLITIK : Proulama kuasai pemilihan

05 Jun 2015 1:22 AM


KUALA SELANGOR 4 Jun - Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‘mengetuai’ barisan golongan ulama menumbangkan kumpulan profesional dalam pemilihan Pas yang berlangsung di sini hari ini.

Dalam keputusan pemilihan yang diumumkan secara berperingkat-peringkat kira-kira pukul 10 malam, Abdul Hadi mengekalkan jawatan Presiden dengan memperoleh 928 undi bagi menewaskan pencabarnya, Ahmad Awang yang mendapat hanya 233 undi.

Ini merupakan kali pertama Abdul Hadi yang menduduki jawatan itu sejak 2002 dicabar.

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menepati ramalan apabila mengalahkan penyandangnya, Mohamad Sabu atau Mat Sabu apabila memperoleh 881 undi.

Mat Sabu pula sekadar mendapat 279 undi.

Kemenangan Tuan Ibrahim disifatkan isyarat perwakilan yang mahukan ulama kembali menduduki kerusi nombor dua parti itu yang disandang oleh Mat Sabu sejak tahun 2011.

Kerusi Naib Presiden turut menyaksikan penguasaan golongan ulama apabila dua penyandang jawatan itu Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa tewas. Turut tewas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar.

Ketiga-tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Idris Ahmad yang memperoleh 896 undi, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (710 undi) dan Datuk Iskandar Abdul Samad (672 undi)

Gelombang penguasaan ulama sememangnya sudah dijangka apabila kelmarin calon-calon proulama di Dewan Pemuda Pusat dan Dewan Muslimat Pas Pusat mencatatkan kemenangan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menewaskan Suhaizan Kaiat bagi jawatan Ketua Pemuda manakala Nuridah Salleh menguasai semula jawatan Ketua Dewan Muslimat selepas menewaskan penyandangnya, Siti Zailah Mohd. Yusoff.

Golongan proulama juga menguasai jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Turut tersingkir daripada kerusi itu ialah Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa, Hanipa Maidin, Dr. Hatta Ramli, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Kemenangan proulama dijangka memperkukuhkan dasar perjuangan Islam Pas dan membuka ruang kepada parti itu untuk lebih tegas mempertahankan prinsip khususnya dalam berhadapan dengan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Sokongan padu kepada golongan proulama juga dianggap tindak balas ahli-ahli Pas terhadap kebiadapan DAP yang bertindak memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi tetapi masih terus mahu bekerjasama dengan Pas.

Sebanyak 1,162 daripada 1,189 perwakilan mengundi dalam pemilihan yang dianggap kali pertama menyaksikan pertembungan terbuka antara golongan proulama dan profesional.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/proulama-kuasai-pemilihan-1.99302#sthash.7mywyr66.dpuf


POLITIK : ‘Tidak patah semangat’?????

05 Jun 2015 12:48 AM


PENYOKONG Barisan Nasional mendengar amanat daripada Najib Tun Razak dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di Petrajaya, Kuching, semalam. utusan/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

KUCHING 4 Jun - “Saya tidak akan patah semangat, darah dalam diri saya ini bukan darah sembarangan, saya mungkin dilihat adakalanya bersemangat diplomatik, tapi semangat kepahlawanan tetap ada dalam saya.

“Jangan pandang rendah saya, saya akan terus berjuang, dan saya yakin BN Sarawak akan bersama saya,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sarawak menjadi negeri terkini (selepas Sabah dan Perlis) bagi Najib yang akan membolehkan beliau tidur dengan nyenyak, selepas melihat sokongan padu Sarawak kepada Barisan Nasional (BN) yang diterajui beliau.

“Ketua Menteri Sarawak (Tan Sri Adenan Satem) tadi kata awak tidak berseorangan, saya sambut dengan (berkata) saya gembira kerana saya tidak berseorangan. Malam ini saya boleh tidur nyenyak, isteri saya pun boleh tidur nyenyak, kami tidur sebantal, mimpi pun sama, kami rasa lega kerana Sarawak BN jelas begitu ikhlas menyokong, saya boleh baca hati orang,” katanya.

Menurutnya, beliau adalah Perdana Menteri yang paling kerap melawat Sarawak dan kehadirannya tidak pernah dengan tangan kosong kerana dalam tempoh lima tahun pentadbirannya, beliau telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah lebih RM1 billion secara ‘serta-merta’ untuk Sarawak.

Berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat #sarawakfornajib di Stadium Perpaduan di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, beliau yakin di bawah kepimpinan Adenan, BN akan terus mendapat mandat besar di Sarawak, menjadi pembuka tirai kepada kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang memuji kehebatan Adenan menerajui Sarawak berkata: “Dia (Adenan) hanya minta satu penggal saja (Pilihan Raya Negeri akan datang), lima tahun lagi pentadbiran, bukannya 22 tahun”.

Najib berkata, Perdana Menteri sebelum ini turut mengharungi pelbagai masalah besar dalam pentadbiran, dan disebabkan sokongan setia sebagaimana yang dicurahkan beliau kepada pemimpin-pemimpin sebelum ini, membolehkan Perdana Menteri sebelumnya kekal berkuasa, ada sehingga 22 tahun.

“Ini zaman saya sebagai PM (Perdana Menteri), takkan saya kena turun kerana kehendak seorang. Saya dipilih siapa? Rakyat bukan rakyat Malaya (Semenanjung Malaysia) saja. Rakyat Sarawak juga memilih saya sebagai ‘Apai Besai’. Saya nak tanya orang Sarawak ...nak lagi saya jadi PM ke tidak?” kata beliau dengan disambut dengan sorakan gemuruh “nak”.

“Saya akan terus pimpin negara kita, saya akan terus berjuang kerana banyak agenda kita belum selesai, paling utama kita nak wujudkan sebuah negara Malaysia yang maju.

Katanya, BN mahukan kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang, kemenangan yang cukup meyakinkan dan apabila menang nanti pula, mereka perlu bersikap merendah diri.

“Eksyen sikit tak apa, tapi jangan berlebihan dan perlu merendah diri, jangan malukan orang, merendah diri dan rakyat akan menghargai kamu, kita teruskan perjuangan ke hadapan. Insya-Allah BN akan berjaya pilihan raya akan datang kalau kita bersatu,” katanya. – BERNAMA

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/8216-tidak-patah-semangat-8217-1.99274#sthash.yBPMvDeK.dpuf