Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 6 June 2011

ANGAN MAT SABU DAN PUTRAJAYA

Langkah Mat Sabu dari Guar Petai menuju Putrajaya
Oleh Hassan Mohd. Noor


SEKALI lagi anak Pulau Pinang diberi kepercayaan menduduki jawatan No.2 dalam parti politik. Jika dulu UMNO menampilkan Abdullah Ahmad Badawi dari Kepala Batas dan Anwar Ibrahim dari Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam sebagai Timbalan Presiden , kini giliran Pas pula melalui Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dari Kampung Guar Petai.

Dulu Guar Petai dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi kini di bawah Tasek Gelugor. Guar Petai jiran kepada kampung penulis, Guar Perahu. Penduduk tempatan tentu gembira dengan kemenangan Mat Sabu lebih-lebih lagi mereka yang sering solat di ‘Surau Mat Sabu’. Memang hebat Mat Sabu. Siapa tidak kenal dengan bekas ‘ayam tambatan’ Pas ini. Terpukau orang mendengar ceramahnya. Ada serius, sinis, jenaka, merapu dan maki hamun. Seorang rakan di Permatang Pauh memberitahu penulis ada juga penyokong - tidak pasti Pas atau PKR di kawasan Parlimen itu tidak senang dengan kemenangan Mat Sabu. Mungkin mereka masih belum dapat menerima gelaran buruk yang diberi terhadap Anwar. Ada juga yang mengharapkan ulama menang jawatan itu.

Setakat ini hanya Abdullah berjaya menduduki jawatan Presiden sementara Anwar ‘ditendang’ keluar kerana isu moral. Apakah Mat Sabu akan terus meniti kejayaan sebagai orang No. 1 dalam Pas? Ini perkembangan yang amat menarik untuk dinantikan. Soal layak atau tidak, Mat Sabu sudah menang. Tidak payahlah kita selak kembali siapa Mat Sabu sama ada golongan profesional atau ulama. Tetapi ramai yang tahu siapa Mat Sabu sejak mula belajar di Institut Teknologi Mara (ITM) kini UiTM, seorang peminat seni khabarnya drama, lakonan, boria dan pantun. Cukup aktif menyertai pelbagai demonstrasi dan macam-macam lagi sehinggalah menyertai Pas pada 1978 dan bertanding pada pilihan raya umum (PRU). Malangnya beliau tidak pernah menang di Pulau Pinang. Kali pertama Mat Sabu mencuba nasib pada PRU 1982 di Parlimen Kepala Batas dalam pertandingan tiga penjuru - BN, Pas dan DAP. Abdullah Badawi menang dengan majoriti 12,644 undi. Beliau juga bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh tetapi tewas. Pada PRU 1986, beliau mencabar ‘seteru’ politiknya Anwar di Parlimen Permatang Pauh dan tewas lagi.

Akhirnya Mat Sabu berhijrah ke Kelantan dan menang di Parlimen Nilam Puri pada PRU 1990, kemudian ke Parlimen Kubang Kerian (1995) dan Parlimen Kuala Kedah (1999). Cubaannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal ke empat di Kuala Kedah pada 2004 tidak kesampaian. Ketika tsunami politik melanda pada PRU 2008, Mat Sabu tewas lagi, kali ini di Parlimen Kuala Terengganu. Khabarnya, pada 2008, beliau berhasrat untuk bertanding di Pulau Pinang. Dalam satu ceramah politik di Terengganu yang turut dihadiri Lim Guan Eng, beliau berkata, orang Melaka bertanding di Pulau Pinang menang, jadi ketua menteri tetapi beliau dari Pulau Pinang bertanding di Kuala Terengganu tewas.

Mungkin dengan kedudukan No.2, beliau sudah bersedia untuk turun di Pulau Pinang lebih-lebih lagi hubungan baik dengan ‘adindanya’ Guan Eng. Ternyata pertemuan semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengukuhkan hubungan Mat Sabu dan Guan Eng. Ada juga hikmah di sebalik ISA ini. Di Pulau Pinang, Mat Sabu adalah pengarah bukan eksekutif di PBA Holdings Bhd. sejak 16 April 2009. Baru-baru ini beliau mewakili kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat.

Kini tugas Mat Sabu semakin berat. Lebih-lebih lagi Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyifatkan Kabinet baru yang dipilih kelmarin barisan mantap menghadapi PRU Ke-13. Tugas besar Mat Sabu ialah pada 9 Julai ini bagi menggerakkan demonstrasi Bersih di ibu negara untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Kembali kepada PRU, di Pulau Pinang, kawasan mana Mat Sabu akan bertanding? Di Kepala Batas atau Tasek Gelugor? Mungkin di Bayan Baru, Permatang Pauh, Batu Kawan atau Nibong Tebal? Sebagai orang No.2, tentunya sekutu politik Pas iaitu PKR dan DAP sedia berkorban untuk memberi laluan. Apa yang penting bagi pakatan pembangkang ialah memastikan laluan ke Putrajaya yang suatu ketika dahulu mahu dilelong dipermudahkan.

Maka pakatan pembangkang perlu melupakan semua sengketa. Ini termasuklah bagi Mat Sabu dalam menghadapi seteru politiknya, yang pernah digelar ‘Al-Juburi’.

Kata Mat Sabu, beliau menyerang Anwar pada 1982 apabila bekas Presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu menyertai UMNO.

Sekarang, keadaan sudah berubah. Dalam politik tidak ada musuh yang kekal, hari ini kita lawan, esok kita berkawan dan lusa kita ‘berkahwin’. Begitulah politik. Jika dulu Pas begitu menekankan soal negara Islam tetapi hari ini tidak lagi. Semua sudah berubah mengikut tuntutan masa dan kuasa. Jika dulu prinsip didahulukan kini kuasa diutamakan.

Maka tidak hairanlah Mat Sabu yang pernah diuji dalam isu khalwat di bilik 121 boleh menang dengan majoriti 21. Kemenangan Mat Sabu dan tiga Naib Presiden, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa juga sudah dijangka oleh bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ghazali Ahmad.

Biar apa pun label terhadap gandingan ini, perwakilan sudah buat keputusan. Tahniah kepada Mat Sabu dan rakan-rakan.

Dan meneliti seketika ucapan dasar Abdul Hadi kelmarin, adakah ucapan dasar Allahyarham Fadzil Mohd Noor akan tinggal kenangan?

Pada muktamar ke-40 (Jun 1994) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah antara lain allahyarham menyebut: ‘‘Saya ingin menegaskan kepada seluruh ahli dan pendokong Pas bahawa perjuangan kita untuk mendaulatkan Islam akan terus mara ke hadapan...Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini,”

Kita nantikan dalam Pas, siapa yang akan tetap berpegang kepada ‘kebenaran lebih penting dari kemenangan’.

KOMEN : APA RELEVENNYA MAT SABU DAN PUTRAJAYA?... TAK NAMPAK LANGSUNG ANCAMAN KEMENANGAN MAT SABU KE ATAS UMNO.... KALAU BERCAKAP DENGAN AIR LIUR BERSEMBURAN BAGILAH KAT DIA... FITNAH DAN MAKI HAMUN MAINAN BIBIR MAT SABU, TAKAN NAK DIJADIKAN DIA PM MALAYSIA KOT... TAK TAHULAH KALAU RAKYAT MALAYSIA HILANG PERTIMBANGAN KEWARASAN MACAM PENGANUT PAS YANG PILIH MAT SABU JADI TIM. PRESIDEN PAS.... TAPI SEMUANYA DENGAN IZIN ALLAH swt. ADA HIKMAH DISEBALIK KEMENANGAN MAT SABU.... KITA TUNGGU DAN LIHAT.....

PAS PARTI SEKULAR

Pas kini terjerumus dalam 'pakatan ahzab', tak perjuangkan Islam
DARI UTUSAN MALAYSIA
6.6.2011


KOTA BHARU 5 Jun - Pas kini terjerumus ke dalam 'pakatan ahzab' apabila barisan kepimpinan ulama tewas kepada pemimpin yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pemilihan parti itu, Jumaat lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, gabungan Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjelaskan lagi bahawa parti itu sudah tidak lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Tegas beliau, parti Islam hanya layak dipimpin oleh ulama yang berakhlak mulia justeru keputusan yang diumumkan semalam merupakan perubahan radikal yang menunjukkan ada pemimpin yang tidak menepati kriteria itu terpilih.

Mohd. Noor berkata, perkembangan itu juga menunjukkan ini adalah peluang terbaik barisan ulama Pas untuk bermufarakah dengan parti itu dan menyertai beliau untuk memperjuangkan Islam di luar Pas.

"Pengajian pendidikan Islam mestilah tinggi. Kepimpinan ini mestilah orang yang berakhlak mulia tetapi jawatan baru itu kita tidak mahu kata dia jahat cuma dari segi akhlak tidak berapa sangat.

"Yang keduanya, pemimpin sepatutnya mempunyai nama baik tidaklah kurang akhlak seperti PKR. Oleh kerana Pas sekarang bekerjasama dengan PKR dan DAP bererti pakatan ini kalau dalam bahasa Quran dipanggil pakatan ahzab," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mohd. Noor berkata pakatan ahzab jika dirujuk dalam al-Quran merujuk kepada beberapa puak yang bergabung untuk menghancurkan kerajaan Islam pimpinan Nabi Muhammad di Madinah suatu ketika dulu dan pakatan tersebut telah wujud di negara ini sekarang.

KOMEN : BERKAT SOLAT HAJAT YANG TERLAMPAU... PAS MENJADI PARTI SEKULAR YANG TIDAK MEMPERJUANGKAN ISLAM SEPERTI 57 TAHUN YANG LALU. BERKAT MEMBUAT FITNAH...ULAMA KALAH DALAM PEMILIHAN PAS. AKIBAT SUKA MEMPERMAINKAN AL QURAN, AHLI PAS GAGAL DALAM MEMILIH PEMIMPIN YANG BAIK DIKALANGAN ULAMA... ADAKAH PAS BERHAK MENGAKU MEREKA MEMPERJUANGKAN ISLAM?

HADI PAS BESI TIPU LAGI


Rakaman video boleh jadi bukti
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Jun - Mahkamah Syariah mempunyai peruntukan untuk menerima bukan sahaja individu bagi memberi keterangan, malah bahan bukti lain yang disebut sebagai keterangan dokumentari.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, bukti tersebut termasuk dokumen, perjanjian bertulis, video dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang juga disebut sebagai keterangan bayyinah.

"Perkara ini sudah diputuskan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah kerana jika keterangan hanya dihadkan kepada individu, maka Mahkamah Syariah akan menjadi statik dan jumud.

"Ia juga sesuai dengan perkembangan teknologi semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa rakaman video seks tidak boleh menjadi saksi kerana ia bukan manusia sebaliknya mesin.

Abdul Hadi membuat kenyataan itu ketika berucap menggulung perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di sini, hari ini dengan merujuk kepada isu video rakaman seks membabitkan seorang individu yang mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kepada kenyataan Abdul Hadi itu, Zainul Rijal berkata, ia tidak dibuat berdasarkan pengetahuan undang-undang.

Malah beliau menegaskan, dalam pertuduhan kes zina di negara ini, undang-undang negara bukanlah bersifat kesalahan hudud kerana hukuman yang dikenakan juga tidak bersifat sedemikian, sebaliknya merupakan kesalahan takzir.

"Justeru, pembuktian dengan kehadiran empat orang saksi seperti yang diperuntukkan di bawah hukum hudud tidak perlu kerana kesalahan zina di bawah kesalahan takzir boleh disabitkan dengan keterangan dokumen," katanya.

Berkongsi pandangan serupa, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, meskipun video tidak boleh menjadi saksi kes zina dalam hukum hudud, namun ia boleh digunakan di bawah kesalahan takzir untuk memelihara akhlak umat Islam.

Oleh itu beliau sekali lagi menggesa supaya semua agensi kerajaan yang terlibat dalam isu rakaman video aksi seks itu mengambil tindakan segera terhadap pihak yang mengedar serta pelaku dalam rakaman tersebut.

KOMEN : DAHLAH SUKA MEMFITNAH LEPAS TU SUKA CAKAP BOHONG... SUMPAH JADI BESI BARU TAHU... NEGARA ISLAM TIPU.... HUKUM HUDUD PUN TIPULAH TU? APA LAGI NAK DITIPU? YANG TERTIPU PUN PENGANUT PAS YANG JUMUD... DALAM ISLAM BUKAN HANYA ADA HUDUD AJE, BUKTI BOLEH DIGUNAKAN DALAM KESALAHAN TAKZIR SEPERTI ZINA UNTUK MEMELIHARA AKHLAK UMAT ISLAM...

TWITTER MAKCIK HAJJAH - HINA ISLAM


Polis, SKMM kesan pengendali Twitter hina Islam
DARI UTUSAN MALAYSIA
6.6.2011


KUALA LUMPUR 5 Jun - Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan identiti pengendali laman Twitter, Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang dikatakan terus menghina kesucian Islam dalam tulisannya.

Pengendali itu yang menggunakan nama @sitt_alwuzara dalam laman Twitternya kini dikatakan mempunyai seramai 3,255 pengikut yang mengikuti perkembangannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan SKMM untuk mengenal pasti identiti sebenar pengendali Twitter tersebut.

"Kita sedang mengesan lokasi pengendali Twitter itu sama ada dia beroperasi di negara ini atau di luar negara.

"Polis juga sedang menyiasat motif atau agenda di sebalik tindakan individu pengendali Twitter tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pemilik akaun Twitter yang sebelum ini cuba disekat oleh SKMM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Facebook dan blognya, kali ini terus mencabar kesucian Islam termasuk penggunaan gambar profilnya.

Gambar yang digunakan dalam akaun Twitter miliknya itu menunjukkan penyanyi pop Amerika Syarikat yang terkenal dengan imej pelik, Lady Gaga sedang duduk di atas rumah suci Kaabah sambil memegang mikrofon.

Difahamkan, laman Twitter itu mula beroperasi sejak 5 Mei lalu, lokasinya berada di Malaysia dan berinteraksi sebanyak 784 kali sejak dibuka.

Semalam, pemilik Twitter itu mengeluarkan kenyataan bertajuk Penerangan dari Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina pelbagai pihak terutama SKMM dan KDN yang cuba menghalang kegiatannya.

Malah, dalam penjelasan itu, pemilik akaun tersebut turut mendakwa bahawa dia sebenarnya wanita Malaysia yang berketurunan Melayu dan beragama Islam serta pernah menunaikan ibadat haji.

Turut disertakan dalam penjelasan itu adalah salinan kad pengenalan lama dan baru milik seorang wanita Islam yang dikaburkan beberapa maklumat, konon mengenai dirinya serta gambar seseorang sedang memegang pasport menunjukkan dia pernah menunaikan ibadat haji.

Namun, apa yang menjadi tanda tanya kelima-lima jari kuku pemilik tersebut berwarna biru yang menimbulkan keraguan tentang status agamanya.

KOMEN : CARI SAMPAI KELUBANG CACING PEREMPUAN SAKIT INI.. RAMAI JUGA PENGIKUT DIA 3000 LEBIH... JANGAN JADI MACAM KES SI ANAK CINA BALIK DARI TAIWAN TAK JADI APA PUN?

HAKIKATNYA 57 TAHUN NEGARA ISLAM PAS TIPU BELAKA


Kenyataan Hadi melampau - TPM
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my




KUALA LUMPUR 5 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertanggungjawab atas segala isu dan permasalahan rakyat sebagai sesuatu yang melampau dan tidak Islamik.

Malah, Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan Abdul Hadi kononnya kerajaan lemah dalam amalan dan sistem agama yang diamalkan ketika ini juga adalah tidak berlandaskan niat yang baik, sebaliknya lebih berbaur politik.

"Saya sangkal 100 peratus apa yang disebut (Abdul) Hadi itu kerana ia sama sekali tidak berasas. Saya percaya ia dibuat atas dasar politik dan tidak berpijak di bumi nyata serta langsung tidak mengakui pencapaian dan kemajuan negara sebagai salah sebuah negara Islam contoh di dunia," katanya selepas merasmikan Simposium Manhaj Dakwah Bandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada ucapan dasar Abdul Hadi pada persidangan Muktamar Tahunan Pas Ke-57 kelmarin yang menyalahkan BN dan UMNO sebagai punca permasalahan kepada rakyat.

Mengenai dasar baru negara berkebajikan Pas, Muhyiddin menjelaskan, Pas seolah-olah mengundur berpuluh-puluh tahun ke belakang dalam dasar itu kerana Malaysia sudah lama mengamalkannya seperti menyediakan subsidi yang besar, pendidikan percuma dari peringkat rendah sehingga menengah dan rawatan hospital secara nominal.

Jelas Muhyiddin lagi, konsep negara berkebajikan yang diamalkan kerajaan itu pula tidak menggunakan acuan Barat, sebaliknya menerusi langkah-langkah dan pendekatan berlandaskan Islam.

"(Abdul) Hadi tidak boleh kata apa yang kerajaan lakukan itu tidak Islamik. Sebagai seorang pemimpin yang juga dilihat sebagai tokoh agama, beliau tidak sepatutnya menggunakan kesempatan itu (berucap pada muktamar) untuk menidakkan perkara yang hak dan betul," tegas beliau.

Muhyiddin berkata, jika benar parti itu mahu memperjuangkan negara berkebajikan, sudah lama ia diamalkan di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah Pas.

Berhubung keengganan Pas menjalin kerjasama dengan UMNO melainkan atas dasar kemasyarakatan, Muhyiddin menekankan, UMNO tidak pernah menutup pintu kerjasama dengan Pas demi kebaikan dan perpaduan ummah.

Jelas beliau lagi, kerjasama ke arah kebaikan itu adalah seruan dan tuntutan agama Islam dan bukannya sesuatu yang berlandaskan politik.

"Soal sama ada Pas mahu menerima kerjasama itu atau sebaliknya, ia perkara lain. Ini juga sebenarnya yang membezakan antara UMNO dengan Pas. UMNO melihat kerjasama ini dari sudut kebaikan ummah secara keseluruhan sedangkan Pas melihatnya hanya dari sudut kepartian," katanya.

Beliau ditanya mengenai pendirian Pas seperti ditegaskan oleh Abdul Hadi yang tetap menolak sebarang kerjasama dengan UMNO melainkan hanya dalam perkara yang melibatkan kemasyarakatan.

Muhyiddin menambah, apa yang ditegaskan oleh Abdul Hadi itu juga menunjukkan sikap tidak ikhlas Pas dalam menawarkan kerjasama secara memilih iaitu apabila ia hanya mendatangkan faedah politik kepada parti itu.

UMNO, tambah beliau, melihat konsep kerjasama itu dari sudut yang lebih luas iaitu dengan mengambil kira perpaduan dan kepentingan ummah secara keseluruhannya.

"Dalam soal ini, UMNO tidak memilih apa yang kita perjuangkan. Sebab itu dalam soal perpaduan ummah kita nyatakan dengan penuh perasaan keinsafan dan kesedaran supaya umat Islam di negara ini tidak berpecah dan berbalah," katanya.

Katanya lagi, UMNO juga tidak terjejas dengan pendirian Pas menolak kerjasama itu, sebaliknya akan meneruskan dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan lain yang sealiran dengan hasrat kerajaan memperluaskan lagi konsep dan gagasan perpaduan ummah.

"Kita tidak bersandarkan kepada Pas. Kalau Pas berkata begitu tidak mengapa, banyak pihak lain yang bersedia bekerjasama dengan kita dan paling penting pihak ini tidak bersandarkan kepada tuntutan politik dan kepartian," katanya.

KOMEN : HAKIKATNYA ORANG MELAYU/ISLAM DITIPU SELAMA 57 TAHUN OLEH PAS YANG YANG BANGGA DENGAN SLOGAN NEGARA ISLAMNYA.. BAGI PENGANUT PAS, NEGARA ISLAM YANG DIWAR-WARKAN OLEH PEMIMPIN MEREKA HANYALAH SUARA ANGAN-ANGAN MAT JENIN... KERANA KUASA DUNIA, AGAMA ISLAM DIPERSENDAKAN. APA-APA PUN SEBENARNYA MALAYSIA MERUPAKAN SEBUAH NEGARA ISLAM YANG MAJU DI BAWAH PEMERINTAHAN BN. PARTI PAS SUDAH SAMA TARAF DENGAN PKR DAN DAP.

Friday, 3 June 2011

UNDI AJE MAT SABU

Kemenangan Mat Sabu baik untuk UMNO
REZZA NADIRA
Guar Chempedak, Kedah



KEMENANGAN Mohamad Sabu (Mat Sabu) akan memberi banyak kelebihan kepada UMNO. Akan hilanglah imej Islam pada parti Pas. Maka apa lagi modal Pas untuk menghentam UMNO?

Sekiranya kemenangan berpihak kepadanya maka Pas akan menjilat semula kata-kata dan umpatannya kepada UMNO kerana mereka akan menjadi lebih liberal malah ciri-ciri Islam akan terus lenyap.

Pemilihan kali ini juga menggambarkan keinginan sebenar ahli-ahli Pas. Sekiranya kumpulan tidak berkopiah menang, ini menunjukkan bahawa ahli-ahli Pas yang selama ini menempelak UMNO kononnya tidak Islam sebenarnya hanya berpura-pura dan mereka sebenarnya cemburu kepada UMNO. Sekiranya mereka ingin menegakkan Islam cara Pas maka mereka mesti mempertahankan kumpulan ulamak.

Apa yang akan terjadi selepas ini walau Ustaz Nasharudin menang sekalipun, Pas akan terus berkocak dengan kuat dari dalam. Ini kerana hanya presiden dan timbalan sahaja dari kumpulan ulamak tetapi naib presiden adalah daripada golongan Erdogan yang bernafsu besar, liberal serta nakal. Pas akan menjadi semakin lemah dan akan sentiasa dibuli DAP dan PKR.

Pas telah tersasar jauh daripada prinsip asal perjuangannya dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab. Hancur dan sia-sialah usaha pemimpin terdahulu dalam membina parti Pas.

Kumpulan penyanjung Anwar merupakan virus yang sedang merosakkan malah meruntuhkan Pas. Pembinaan semula akan memakan masa berpuluh tahun. Mereka ini lebih bermatlamatkan kuasa dan kekayaan, bukan memperkukuhkan parti. Adakah mereka ini mempunyai ciri-ciri sanggup berkorban untuk parti? Mereka adalah dari golongan yang sentiasa mengambil kesempatan.

Adakah Pas selepas ini akan menggelarkan diri mereka kafir seperti mana mereka menggelarkan UMNO?

Ahli-ahli Pas perlu berfikir, seburuk-buruk UMNO masih ingin menghulurkan salam persahabatan. Sebaik-baik Anwar dan kumpulannya hanya membawa keruntuhan dan kehancuran pada Pas.

Sekiranya Mat Sabu menang maka usaha penyatuan UMNO-Pas perlu dihentikan kerana selepas ini Pas hanya akan menjadi seperti PKR.

Dengan kemenangan Mat Sabu maka apa bezanya antara Pas dan UMNO? Malah UMNO akan kelihatan lebih Islamik.

Kemenangan Mat Sabu merupakan permulaaan detik kejatuhan Pas dan pakatan pembangkang. Pasti ramai orang Melayu akan beralih arah.

Kemelut dalaman Pas adalah berpunca daripada kelemahan Nik Aziz sendiri yang tertipu dengan Anwar. Tun Dr. Mahathir sebelum ini tertipu dengan Anwar, mengapa Nik Aziz tidak mengambil ini sebagai iktibar?

Sama-sama kita doakan kemenangan buat Mat Sabu kerana ada hikmah di sebalik kemenangannya, juga masih ada peluang lagi untuk ahli Pas menyelamatkan parti mereka.

KOMEN : PILIHLAH SIAPA SAJA, PAS TETAP TAK KEMANA SELAGI BERGAYUT PADA PAKATAN PEMBANGKANG YANG DI KETUAI OLEH PKR DAN DAP.... KATA ORANG RUMAH SIAP CANTIK DIBINA TAPI KAT DALAM RUMAH MASIH TERDENGAR PAHAT BERBUNYI....

Pemilihan pucuk pimpinan Pas dan masalah songkok

Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my
3.6.2011



SELURUH negara memberi tumpuan terhadap Muktamar Tahunan Pas kali ini yang mana akan berlangsung pemilihan pucuk pimpinan parti, yang menyaksikan pertembungan antara kumpulan ulama dan pro Anwar Ibrahim.

Blog MyKMU (mykmu.net) berkata, Pas cuba menyembunyikan fakta tentang wujudnya perpecahan dalam parti itu serta kekecohan menjelang pemilihan kali ini terutama melibatkan jawatan timbalan dan naib presiden.

Katanya, memandangkan perebutan dua jawatan tertinggi itu paling sengit dalam sejarah parti tersebut, sudah tentu akan wujud permainan kotor, kempen secara gelap dan agenda-agenda dari belah yang boleh memecah-belahkan Pas.

"Hakikat ini tentunya diakui oleh pihak perwakilan yang bakal bersidang esok (hari ini). Cuma kepimpinan Pas saja yang tidak mahu mengaku," katanya.

Hambali Abdul Latiff (hambali1.blogspot.com) pula membidas Pas yang selama ini menuduh UMNO sebagai tidak telus, tidak demokrasi dan sering menggunakan taktik kotor tetapi realitinya hal yang sama turut berlaku dalam Pas.

Beliau memetik komen seorang pembaca MalaysiaKini, Akhi Fairuz Al-Jengkari yang mendakwa salah seorang pemimpin parti itu telah disabotaj dan berlakunya kempen secara gelap ketika berlangsungnya muktamar di peringkat Pemuda.

"Memang benar, nampak jelas sekali tayangan video klip berbau kempen. Saya tertanya-tanya adakah selepas ucapan berapi oleh ustaz Tuan (Tuan Ibrahim Tuan Man) akan munculnya ucapan dari ustaz Nasha (Nasharudin Mat Isa), namun tidak ada (tetapi) terus kepada ucapan Presiden.

"Kesian ustaz Nasha. Sudahlah ada di pentas, menoleh senget ke arah skrin di kiri kanan nak melihat montaj itu. Akhirnya tidak ada paparan tentangnya," kata blog ini yang memetik komentar Akhi Fairuz.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, Tuan Ibrahim menghadapi saingan penyandangnya, Nasharudin dan Mohamad Sabu.

Blog pro-Pas, Wfauzdin NS (wfauzdin.blogspot.com) pula membidas saranan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahukan parti itu tidak terlalu mengikut rentak dan terlampau meraikan rakan sekutu dalam pakatan pembangkang bagi menjaga identiti dan jati diri Pas sebagai sebuah parti Islam.

Beliau berkata, jika benar imej Pas semakin terjejas sejak berada dalam pakatan pembangkang, punca dan penyebab berlaku perkara tersebut perlu dicari tetapi jika tidak, kenyataan Harun dianggap tidak berasas.

"Jelas, sama ada cara itu betul atau tidak, Ketua Dewan Ulama Pas itu telah berkempen agar Mohamad Sabu tidak terpilih.

"Datuk Harun Taib bukan sahaja berucap 'melukakan' rakan sekutu dari PR (pakatan pembangkang), tetapi turut melukakan hati tokoh Pas sendiri iaitu Mohamad Sabu.

"Saya yakin tidak semua setuju dengan ucapan yang kurang bijak itu," katanya.

Sementara itu, satu lagi blog Mohd. Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) mempersoalkan beberapa pemimpin Pemuda Pas yang mengenakan songkok ketika menghadiri muktamar Pemuda kelmarin dan bukannya kopiah.

"Disebabkan ini saya rasa ia semacam tercemar sedikit pentas Pas itu apabila ada titik hitam di tengah-tengah lembaran putih bersih," katanya.

Kata beliau, apakah pemakaian songkok tersebut menggambarkan bahawa hati mereka juga ke arah lain atau kerana mereka merasakan lebih profesional berbanding yang lain.

Sehubungan itu, blog Media Permatang Pauh (mediapermatangpauh.blogspot.com) telah membidas kenyataan Mohd. Sayuti seolah-olah memakai songkok sebagai melakukan perkara yang haram.

Katanya, beliau tidak menyangka begitu jumud pemikiran orang Pas sehinggakan meletakkan kopiah sebagai pakaian rasmi Pas manakala songkok pula sebagai gambaran berkaitan UMNO.

Sedangkan kenyataannya, pemakaian kopiah dan serban di kalangan orang Pas bagi menunjukkan mereka lebih Islamik dan lebih beriman berbanding Muslim lain di negara ini.

"Setakat serban je atas kepala kononnya nak ikut nabi, tapi mulut dan percakapan mereka macam ahli neraka pun tak guna.

"Serban atas kepala tapi mulut macam puaka. Bukankah itu menghina agama dan menjatuhkan imej Islam?" katanya.

KOMEN : PUNYALAH BANYAK ISU PENTING, ADA BLOGGER TU HANYA BERCERITA TENTANG SONGKOK? APA NAK HARAP SANGAT PADA INSAN YANG MEMAKAI KOPIAH PUTIH TAPI HATI HITAM DAN OTAK JUMUD... INGATKAN GAH SANGAT...BLOG DIA...

Menanti ketegasan Hadi


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
3.6.2011



Abdul Hadi Awang berkomunikasi melalui telefon. Perwakilan Muktamar tahunan Pas ke-57 menunggu amanat daripada Presiden parti mereka.



HARI ini, tirai Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 akan dibuka dengan rasminya oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Biarpun muktamar kali ini akan dihiasi dengan pertarungan sengit bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden namun apa yang hendak disampaikan oleh Abdul Hadi tetap menjadi perhatian.

Ia kerana Abdul Hadi bukannya berucap ketika Pas berada dalam keadaan selesa seperti tahun 2008, apabila parti itu bersama-sama rakan sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mencapai kejayaan agak cemerlang dalam pilihan raya umum pada tahun tersebut.

Tetapi Abdul Hadi akan melangkah ke podium dengan senaskhah ucapan yang akan menentukan hala tuju Pas selepas ini terutamanya bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak menjadi 'kuburan' kepada perjuangan politik parti itu.

Mungkin istilah tersebut nampak keterlaluan tetapi sentimen ini turut dikongsi bersama oleh sebahagian penyokong dan ahli-ahli Pas yang semakin resah melihat kerjasama dalam pakatan pembangkang yang tidak menguntungkan parti tersebut.

Justeru mereka ingin melihat sejauh manakah Abdul Hadi akan menunjukkan ketegasan bagi memastikan Pas tidak lagi menjadi 'mangsa' mainan politik DAP dan PKR.

''Kita tidak mahu mendengar ucapan retorik atau sekadar mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja, yang kita mahu dengar ialah bagaimana hendak memartabatkan semula Pas sebagai parti dominan dalam pembangkang,'' kata seorang penyokong parti itu dari Kedah.

Penyokong berkenaan yang akan turut memeriahkan muktamar kali ini sebagai pemerhati berkata, Abdul Hadi tidak boleh lagi beretorik apatah lagi berhati-hati demi menjaga hati rakan sekutu Pas.

''Abdul Hadi kena tunjuk ketegasan bahawa Pas mahu menjadi pemain utama bukannya dilayan ibarat melukut di tepi gantang,'' katanya yang juga seorang ustaz.

Sememangnya Abdul Hadi perlu teliti dalam penyampaian ucapan dasarnya kali ini. Beliau tidak boleh menghalakan kritikan dengan tujuan memburuk-burukkan kerajaan BN semata-mata.

Dalam keadaan Pas sedang melakukan persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya dan begitu ghairah mencanangkan menggantikan UMNO, beliau perlu menyampaikan satu ucapan yang mampu menunjukkan kesungguhan Pas untuk kembali menjadi parti pembangkang utama.

Ucapan dasar beliau juga akan menjadi kayu pengukur sejauh manakah ia mampu untuk menghakis tanggapan bahawa Abdul Hadi sekarang bukanlah seperti mana Abdul Hadi yang dahulunya begitu lantang dan penuh dengan karisma kepimpinan sehingga ia dihormati oleh kawan dan lawan.

''Sebab itulah ucapan dasar kali ini cukup penting untuk beliau kerana ia akan turut menjadi penilaian utama kepada pihak-pihak di luar Pas terutamanya orang Melayu sejauh manakah Pas mahu berubah.

''Abdul Hadi perlu memberikan isyarat yang jelas ke arah mana beliau mahu membawa Pas selepas ini kerana ahli Pas sendiri tidak mahu tema ucapannya sekadar gah pada nama sahaja,'' kata seorang pemimpin Pas daripada golongan profesional kepada penulis.

Fakta ini sememangnya sukar dinafikan kerana walaupun suatu ketika Abdul Hadi dalam ucapannya begitu tegas menyatakan bahawa sudah tibanya Islam memimpin, namun ia akhirnya tidak ubah sekadar retorik sahaja.

Dalam realiti sebenar, laungan Islam memimpin itu senyap begitu sahaja apabila PKR dan DAP bersuara seolah-olah tidak bersetuju dengan gesaan tersebut.

Kesudahannya, hasrat dan niat Abdul Hadi serta Pas tidak ke mana, sebaliknya dalam percaturan politik yang berlaku Pas dilihat sekadar menuruti apa sahaja kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Atas sebab itulah, muktamar hari ini perlu dijadikan medan kepada langkah politik Pas yang lebih jitu, tegas dan konsisten dalam perjuangan Islam dan bukannya dipengaruhi dengan cita-cita untuk menguasai Putrajaya sahaja.

Dalam amalan politik yang berteraskan demokrasi seperti Malaysia, tidak salah jika Pas turut menyimpan hasrat untuk memerintah negara tetapi biarlah ia disertai dengan perancangan yang mampu menanam keyakinan kepada rakyat terutamanya orang Melayu untuk memilih mereka.

Tetapi buat masa ini, orang Melayu terutamanya golongan atas pagar tidak melihat Pas mempunyai keupayaan tersebut, apatah lagi sejak berkawan dengan PKR dan DAP.

Dalam banyak isu termasuklah berkaitan dengan orang Melayu dan umat Islam, Pas dilihat lebih suka bermain cara selamat demi menjaga hati rakan sekutu mereka.

Justeru adalah penting bagi Abdul Hadi membentangkan satu ucapan dasar yang boleh memberikan harapan kepada penyokong-penyokong Pas bahawa selepas muktamar ini parti itu bukanlah 'alat mainan', 'kuda tunggangan' atau 'pak turut' kepada sesiapa.

Pembentangan hujah mengenai perjuangan menegakkan negara berkebajikan juga harus disampaikan secara berhati-hati oleh Abdul Hadi bagi mengelakkan Pas dianggap telah meninggalkan perjuangan negara Islam buat selama-lamanya.

Apatah lagi berikutan prestasi kerajaan-kerajaan negeri di bawah pembangkang termasuk di Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas, rakyat melihat begitu banyak kepincangan berlaku.

Ia termasuklah kegagalan menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihan raya dan jika konsep negara berkebajikan pun mempunyai janji-janji 'bulan dan bintang' sudah tentulah ia tidak akan diterima oleh rakyat.

Oleh itu biarlah apa yang hendak dijanjikan Abdul Hadi dan Pas adalah realistik dan bukan hanya sekadar janji kosong bagi meraih undi semata-mata.

Mungkin pembangkang boleh mendabik dada atau memutar belitkan fakta bahawa sokongan rakyat kini semakin meningkat kepada mereka tetapi pada masa ini semua orang tahu populariti pembangkang semakin merudum berikutan pelbagai masalah melanda mereka sama ada dari segi politik mahu pun moral.

Turut menjadi perhatian sejauh manakah Abdul Hadi berani untuk menyatakan secara terbuka bahawa dalam pilihan raya umum akan datang Pas seharusnya menjadi peneraju utama bagi pakatan pembangkang.

Ini kerana penyokong dan ahli Pas tidak mahu lagi parti itu berada dalam keadaan sekarang dilayan sebagai parti ketiga oleh kedua-dua parti tersebut.

''Perlu ada ketegasan daripada Abdul Hadi, di mana sepatutnya Pas berada dalam pilihan raya akan datang.

''Kita tidak mahu orang Pas hanya digunakan untuk mengarak bendera orang lain sahaja atau dipergunakan ketika kempen tetapi kemudian seolah-olah tidak dihargai dan dihormati,'' kata seorang teman sekampung penulis yang juga penyokong tegar parti itu.

Justeru pemimpin, ahli dan penyokong Pas meletakkan harapan tinggi kepada Abdul Hadi untuk memastikan ucapan dasar beliau bukan sahaja menunjukkan hala tuju yang jelas tetapi juga meningkatkan kembali martabat parti itu.

Ia memandangkan Pas hanya nampak hebat berlawan dengan UMNO tetapi dilihat 'tunduk' apabila berhadapan dengan sekutunya, PKR dan DAP sehingga dilayan bagaikan parti 'kelas tiga' dalam pembangkang.

KOMEN : MASIH ADAKAH LAGI SIFAT KELANTANGAN YANG PENUH DENGAN KARISMA DALAM DIRI PRESIDEN PAS INI SEHINGGA IA DIHORMATI OLEH KAWAN DAN LAWAN ATAU HANYA TINGGAL SEKADAR LAUNGAN POLITIK RETRORIK? ADAKAH PAS MASIH MAHU MENJADI ALAT MAINAN, KUDA TUNGGANGAN ATAU PAK TURUT KEPADA PKR DAN DAP SELEPAS MUKTAMAR INI? YANG PASTI ISLAM TIDAK MEMBANGUN BERSAMA PARTI PAS....

KUASA VETO ANWAR


Fail permohonan kali ketiga agar hakim tarik diri
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.6.2011


KUALA LUMPUR 2 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan buat kali ketiga agar Hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada terus mendengar kes itu kerana didakwa telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah sehingga menyebabkannya tidak mendapat perbicaraan yang adil.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang telah diperintahkan membela diri oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah atas tuduhan meliwat, turut memohon agar perbicaraan yang bermula pada 3 Februari tahun lalu dibicarakan semula (de novo) di hadapan hakim yang lain.

Anwar yang ditemani isteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memfailkan permohonan tersebut melalui firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. kira-kira pukul 10.40 pagi ini, di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini.

Permohonan tersebut akan didengar 6 Jun ini sebelum Anwar memberi keterangan bela diri.

Menurut afidavit bagi menyokong permohonan itu, Anwar mendakwa Hakim Mohamad Zabidin sewaktu membuat keputusan prima facie di akhir kes pendakwaan telah membuat satu penemuan konklusif yang telah mengakibatkan peruntukan dalam Seksyen 182A(1) Kanun Tatacara Jenayah menjadi sia-sia.

Seksyen tersebut menyebut 'di penggulungan perbicaraan, mahkamah hendaklah menimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan sebelumnya dan hendaklah memastikan sama ada pendakwa telah membuktikan kesnya hingga tiada keraguan munasabah.'

Penemuan tersebut didakwa merupakan satu pra-penghakiman memandangkan hakim terbabit telah menerima keterangan saksi utama, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 26, tanpa mengambil kira keterangannya yang telah didedahkan sebagai alibi sewaktu soal balas.

Alibi tersebut ialah tertuduh berada di unit kondominium yang berlainan pada waktu kejadian.

Tertuduh juga mendakwa, keputusan untuk memanggilnya membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya hanyalah formaliti semata-mata kerana hakim terbabit telah membuat pra-penghakiman tersebut.

Anwar pertama kali memohon agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri pada 8 Februari 2010 atas dakwaan hakim itu bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya untuk mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel yang disiarkan akhbar itu.

Permohonan kali kedua pula dibuat pada 25 November tahun lalu apabila Anwar mendakwa hakim tersebut telah melakukan ugutan menghina mahkamah ke atas peguam belanya, Karpal Singh. Kedua-dua permohonan itu ditolak.

Sementara itu, peguam-peguam bela Anwar, Karpal, Sankara Nair dan Ram Karpal Singh menafikan tindakan memfailkan permohonan itu menjelang tarikh tertuduh dijadualkan membela diri adalah satu tindakan menyalah guna proses mahkamah dan melambat-lambatkan perbicaraan.

Nair menyatakan, mereka hanya dapat memfailkan permohonan tersebut hari ini ekoran kesukaran mendapatkan nota prosiding walaupun permohonan bertulis dan notis peringatan telah diserahkan kepada mahkamah beberapa kali.

Menjawab pertanyaan mengenai proses menemu duga saksi-saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pasukan pembelaan, Nair menyatakan, sehingga hari ini, mereka hanya dapat menemu bual lima orang yang tidak memainkan peranan penting.

''Empat saksi penting pada pembelaan kami sehingga kini enggan datang atau tiada sebarang persiapan dibuat untuk membawa saksi itu,'' katanya.

Empat saksi penting tersebut ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Senior Asisten Komisioner 1 (SAC1) Datuk Mohd. Rodwan Mohd. Salleh (kini Ketua Polis Melaka) serta bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.

Lima saksi yang telah ditemu bual pula ialah kenalan keluarga Mohd. Saiful Bukhari, Datuk Mumtaz Jaafar; adik perempuan mangsa, Saidati Adha; doktor dari Hospital Pusrawi, Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid; pegawai khas kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Khairil Anas Yusof dan pegawai perubatan pertama ditemui pengadu di wad pesakit luar yang hanya dikenali sebagai Dr. Daniel.

KOMEN : TUNDA SELAGI BOLEH ANWAR... RAKYAT DAH TAHU KAU BERSALAH... MUAK DENGAN PERANGAI BUSUK KAMU SEKELUARGA... MOHON HAKIM TIDAK TUNDUK ATAS DESAKAN INI... SELESAIKAN KES DENGAN SEGERA AGAR RAKYAT BOLEH HIDUP AMAN DAMAI SELEPAS INI...

BILA DIKETUK BARU BERBUNYI - ITULAH PEMIMPIN UMNO


Peroleh 8A ke atas dapat tajaan Mara

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my



PUTRAJAYA 2 Jun - Semua pelajar cemerlang Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat lapan A ke atas akan mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) walaupun gagal dalam sesi temu duga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian tajaan tersebut akan dikelaskan kepada dua bahagian iaitu tajaan untuk pengajian luar negara dan dalam negara.

Menurutnya, pelajar yang lulus sesi temu duga sahaja akan ditawarkan tajaan mengikuti program ijazah luar negara dan mereka yang gagal pula ditawarkan tajaan melanjutkan pelajaran dalam negara.

"Mara tidak mengamalkan sikap 'pilih kasih', semua pemohon akan diberikan tajaan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi mereka yang gagal dalam sesi temuduga, kita tetap tawarkan tajaan melanjutkan pelajaran di dalam negara dan terpulang kepada mereka untuk terima atau tidak," katanya.

Beliau mengulas rintihan seorang pelajar cemerlang yang mendapat lapan A+ tetapi gagal mendapat tajaan Mara seperti yang disiarkan dalam ruangan Forum, Utusan Malaysia hari ini.

Pelajar terbabit mendakwa dia difahamkan oleh pihak Mara terdapat lebih seratus pelajar cemerlang telah gagal mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Menurut Mohd. Shafie, Mara tidak boleh menaja kesemua pemohon melanjutkan pelajaran ke luar negara kerana ia melibatkan kos yang tinggi.

"Justeru sesi temu duga yang dilakukan bertujuan untuk menapis pelajar cemerlang dan mengukur tahap kemampuan pelajar berkenaan. Mereka perlu akur dengan apa yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mengikut langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan kaedah baru kenaikan pangkat berteraskan kecemerlangan dengan mengkategorikan guru mengikuti empat lapisan jawatan.

Katanya, prosedur kenaikan pangkat baru itu seratus peratus menyamai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena sambutan Hari Guru baru-baru ini.

Menurut beliau, langkah tersebut diyakini mampu memperluaskan kerjaya perguruan dan seterusnya membuka laluan mencapai gred 54 dalam tempoh perkhidmatan selama 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat ditetapkan.

KOMEN : GAGAL KPI KERANA ADUAN KELUAR DALAM AKHBAR? SEMOGA SELEPAS INI TIDAK ADA LAGI PELAJAR CEMERLANG ANAK MELAYU DAN BUMIPUTRA DENGAN SENGAJA DITINDAS TANPA PEMBELAAN.

KENAPA PEMIMPIN UMNO BISU DAN PEKAK

Perkasa gesa kerajaan bantu pelajar bumiputera cemerlang
DARI UTUSAN MALAYSIA
3.6.2011


KUALA LUMPUR 2 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan membantu pelajar bumiputera yang cemerlang tetapi gagal mendapat tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, pelajar-pelajar cemerlang itu termasuk mereka yang menuntut di Mesir terutama dalam bidang perubatan yang tidak mendapat sebarang bantuan sama ada biasiswa mahupun pinjaman.

"Ada sebahagian daripada mereka dibiayai pinjaman kos bayaran universiti sahaja dan kos sara hidup ditanggung sendiri. Terdapat juga yang terpaksa berhenti kerana masalah kewangan.

"Perkasa meminta agar kerajaan prihatin dengan perkara itu seperti layanan yang diberikan kepada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung berciciran," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kelmarin bahawa seramai 86 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal peroleh biasiswa JPA ke luar negara akan dibiayai ke institusi pengajian tinggi swasta tempatan.

Tambah Ibrahim, dalam menjaga hati kaum lain, kerajaan juga tidak seharusnya melupakan hak dan kepentingan kaum bumiputera.

Katanya, terdapat seramai 6,000 pelajar perubatan Melayu di Mesir dan dianggarkan lebih 3,000 daripadanya tidak mendapat pinjaman pengajian dan jumlah itu tidak termasuk pelajar perubatan di Indonesia serta Rusia.

Sementara itu, Perkasa juga mengucapkan tahniah kepada MCA dan MIC atas kejayaan mendapatkan biasiswa untuk 71 baki pelajar Cina dan 11 pelajar India yang tercicir sebelum ini.

"Tahniah juga pada kerajaan atas keprihatinan dan saya percaya biasiswa JPA kini sudah di tahap 5O-5O. Semoga kaum Cina dan India akan menghargai kemurahan hati kerajaan," ujarnya.

Dalam pada itu Ibrahim menyokong penuh permintaan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) agar skim gaji universiti itu disemak semula.

Beliau berkata, tuntutan itu amat wajar dan kerajaan wajib mempertimbangkan kerana sudah lebih 10 tahun gaji pensyarah dan kakitangan UiTM tidak disemak.

KOMEN : MEMBACA BERITA DI AKHBAR SEMALAM TERDAPAT LEBIH KURANG 100 PELAJAR CEMERLANG SPM YANG TIDAK MENDAPAT BIASISWA MARA. MEREKA TIDAK TAHU KEPADA SIAPA UNTUK MENGADU MASALAH MEREKA? MANA PERGINYA PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG SERING DIWAR-WARKAN SEBAGAI PEMIMPIN YANG MEMBANTU RAKYAT? MANA KAMU SEMUA? UNDI ORANG MELAYU KAU NAK, ANAK BANGSA MELAYU YANG TERTINDAS KAU TAK NAK BANTU...? KAU RELA BANGSA CINA DAPAT SEMUA YANG MEREKA MAHU WALAUPUN GAGAL BERTUTUR DALAM BAHASA MALAYSIA..? KAU LETAK CALON BUKAN MELAYU DIKAWASAN MELAYU PADA PRU 13, KAU PASTI KALAH WAHAI UMNO..... ADAKAH PEMIMPIN UMNO SEKARANG NI SEDANG MELAKSANAKAN SETIAP BARIS LAGU WARISAN... ANAK KECIL MAIN API, TERBAKAR HATINYA YANG SEPI..... TERUSKAN JIKA KAU FIKIR KAU ORANG MELAYU.... APA PILIHAN YANG ORANG MELAYU ADA?

Thursday, 2 June 2011

Suruhan, larangan Islam jamin keberkatan hidup

Panduan pastikan umat sentiasa selamat dunia, akhirat
Oleh Ibrahim Abdullah
2011/06/02


AGAMA Islam menganjurkan beberapa suruhan dan larangan untuk menjamin umatnya sentiasa dalam keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Berikut antara suruhan dan larangan yang boleh diamalkan untuk mendapat keberkatan hidup.

Menziarahi orang sakit - Daripada Aisyah RA berkata: “Biasanya apabila ada seorang di antara kami menderita sakit, Rasulullah SAW mengusapnya dengan tangan kanan Baginda, kemudian Baginda berdoa: Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan manusia. Berilah kesembuhan kerana Engkaulah Penyembuh (segala penyakit). Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ketika Rasulullah menderita sakit dan semakin parah, aku pegang tangan Baginda untuk melakukan seperti yang biasa Baginda lakukan. Namun Baginda menarik tangan daripada tanganku kemudian berdoa: Ya Allah, ampunilah aku dan jadikanlah aku bersama Rafiq A’la (Tuhan). Aku bergegas untuk melihat, ternyata Baginda sudah wafat.” (Sahih Muslim)

Suruhan beri makan kepada haiwan ternakan - Hadis riwayat Abu Hurairah RA : “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ketika seorang lelaki sedang berjalan dan berasa sangat dahaga. Lalu dia mendapati sebuah telaga dan segeralah dia turun untuk meminumnya. Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekor anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus. Lelaki itu berkata: Anjing ini sedang kehausan, lalu turunlah dia ke dalam telaga untuk mengambil air dan dipenuhkan ke dalam kasutnya. Kemudian dia beri minum kepada anjing itu. Allah SWT berterima kasih kepadanya serta mengampuninya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana haiwan seperti ini? Rasulullah menjawab: Pada setiap yang bernyawa ada pahalanya.” (Sahih Muslim)


Galak bunuh ular dan cicak - Hadis riwayat Ibnu Umar RA: Daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Bunuhlah ular berbisa, ular berbelang dua dan ular yang ekornya terputus kerana kedua-duanya dapat menggugurkan kandungan dan membutakan mata.” (Sahih Muslim) Hadis riwayat Ummu Syarik RA: “Bahawa Rasulullah SAW menyuruhnya untuk membunuh cicak.”


Berubat minum madu - Hadis riwayat Abu Said al-Khudri RA, beliau berkata: “Ada seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: Saudaraku merasa mual perutnya. Rasulullah bersabda maksudnya: Minumlah madu. Setelah orang itu memberi madu kepada saudaranya, dia datang lagi dan melaporkan: Aku telah memberi minum (madu) kepadanya tetapi dia bertambah mulas. Maka Rasulullah bersabda bermaksud: Maha benar Allah (dalam firman-Nya, surah an-Nahl, ayat 69) dan ada yang tidak baik lagi dengan perut saudaramu itu? Akhirnya Rasulullah memberi minum madu itu kepada orang yang sakit. Orang itu pun sembuh.” (Sahih Muslim)


Suruhan untuk berubat - Hadis riwayat Jabir bin Abdullah RA. Daripada Ashim bin Umar bin Qatadah: “Bahawa Jabir bin Abdullah menjenguk Muqanna. kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, sebab aku pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: Sesungguhnya berbekam itu ada pengubatan.” (Sahih Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Umar RA. Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda bermaksud: “Panas demam itu berasal daripada didihan api neraka Jahanam. Oleh kerana itu dinginkanlah darjah panasnya itu dengan air.” (Sahih Muslim)

Larangan bunuh semut - Hadis riwayat Abu Hurairah RA, daripada Rasulullah SAW: Bahawa seekor semut pernah menggigit seorang nabi. Nabi itu memerintahkan sahabat mendatangi sarang semut dan membakarnya. Tetapi kemudian Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya kerana seekor semut menggigitmu lantas kamu membinasakan satu umat yang selalu bertasbih (kepada-Ku)?” (Sahih Muslim)


Larangan bunuh kucing - Hadis riwayat Abdullah bin Umar RA yang bermaksud: “Bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Seorang wanita diseksa kerana mengurung kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerana perbuatannya, iaitu ketika mengurung dia tidak memberi makan dan minum, selain tidak melepaskannya mencari makanan daripada serangga tanah.” (Sahih Muslim)


Larangan berubat dengan dukun - Hadis riwayat Aisyah RA, dia berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya beberapa dukun pernah menceritakan sesuatu kepada kami dan kami mendapati apa yang mereka ceritakan itu benar. Rasulullah bersabda bermaksud: Itu adalah kalimah benar yang disambar oleh jin lalu dengan cepat dilemparkan ke telinga walinya tetapi di dalamnya sudah ditambahkan dengan seratus kedustaan.” (Sahih Muslim)

KALAU DAH REZEKI TAK KEMANA


KPT serah laporan skim gaji pensyarah kepada JPA
2011/06/02


KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah melakukan kajian dan menyerahkan beberapa cadangan mengenai semakan semula skim gaji pensyarah di semua universiti awam termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebarang pelaksanaan kenaikan pangkat atau gred pensyarah di semua universiti awam bergantung kepada pihak pengurusan pusat pengajian berkenaan. Katanya, pada masa sama kementerian juga akan sentiasa melakukan kajian dan perbincangan dengan pihak pengurusan dan wakil tenaga akademik bagi membolehkan mereka menikmati skim gaji lebih baik berbanding agensi lain. “Sebenarnya kebanyakan pensyarah universiti awam sekarang menikmati skim gaji yang lebih tinggi berbanding kakitangan kerajaan lain termasuk guru Kementerian Pelajaran.

“Malah, sekiranya seseorang pensyarah itu mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PhD), mereka akan terus ditawarkan ke Gred DM51, manakala proses kenaikan pangkat dan gaji boleh ditentukan sendiri oleh universiti terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan majlis pelancaran Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya semalam.

Mohamed Khaled mengulas dakwaan dua kesatuan mewakili pendidik dan kakitangan akademik UiTM meminta universiti itu menyemak semula skim gaji mereka yang didakwa lebih 10 tahun tidak disemak.

Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), dilaporkan berkata kebajikan dan maruah kakitangan akademik universiti itu perlu dibela dan dimartabatkan kembali selaras dengan khidmat bakti mereka.

KOMEN : SEMOGA KAWAN-KAWAN KITA DI IPTA DAPAT DURIAN RUNTUH TAK LAMA LAGI....

Wednesday, 1 June 2011

Berlindung di sebalik Qazaf


Oleh Zulkifli Noordin



SUDAH lebih satu dekad, iaitu sejak tahun 1998, Anwar Ibrahim, dengan pelbagai episod kontroversial yang melibatkan dirinya, telah menjadi tokoh yang paling mempengaruhi situasi politik tanah air.

Oleh kerana pada ketika bermulanya Saga Anwar, dengan pemecatannya pada September 1998, beliau merupakan seorang tokoh besar dalam negara maka pelbagai episod yang melibatkan beliau begitu menarik minat dan menangkap imaginasi masyarakat.

Boleh dikatakan beliau adalah tokoh yang paling disanjungi oleh sebahagian daripada kita dan paling dibenci pula oleh sebahagian yang lain. Malah, sanjungan atau kebencian terhadap pelbagai tokoh, pertubuhan dan institusi yang lain dalam negara ini turut banyak dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap peranan mereka dalam Saga Anwar ini.

Akhirnya Saga yang cukup panjang dan dramatik ini nampaknya makin menghampiri babak penutupnya. Terutamanya dengan kemunculan dua episod terakhir yang sangat besar kesannya iaitu, episod kes tuduhan liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan serta episod video seks yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Jikalau terbukti Anwar benar-benar bersalah dalam kedua-dua episod ini atau salah satu daripadanya maka sudah pasti Anwar sudah tiada kredibiliti lagi untuk memimpin, hatta keluarganya sendiri sekalipun.

Kita katakan ini kerana, jika Anwar terbukti bersalah dalam dua episod terbaru ini, maka berkemungkinan besar bahawa semua atau sekurang-kurangnya sebahagian besar dakwaan-dakwaan terhadap Anwar selama ini, sama ada isu moral mahupun bukan moral, juga adalah benar.

Jika dihimbau kembali segala dakwaan dan ‘dalil’ yang timbul sebelum-sebelum ini, hakikatnya ia menampilkan Anwar sebagai individu yang cukup bermasalah dan berpenyakit. Tidak patut lagi mana-mana pihak mempunyai prinsip menyokong Anwar kecuali mereka yang terdesak dan atau mempunyai agenda sampingan lalu mahu mempergunakan beliau untuk mencapai matlamat lain.

Sebaliknya, jika terbukti bahawa Anwar bersih dan tidak bersalah, maka memang wajarlah beliau mendapat simpati kita semua dan memang sangat zalimlah mereka yang mereka-reka tuduhan palsu terhadap beliau. Kredibiliti moral mereka ini juga akan runtuh daripada melayakkan untuk diangkat atau kekal sebagai pemimpin.

Jadi hakikat sebenar dalam dua episod terakhir Anwar Ibrahim ini sangat kritikal dan besar implikasinya. Soalnya, siapakah dan neraca manakah yang paling tepat untuk membuktikan dan menentukan apa yang sebenarnya berlaku.

Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan kemampuan Islam untuk merungkaikan segala persoalan dan sebagai seorang yang punya sedikit latar belakang agama, saya yakin ajaran Islamlah satu-satunya formula penentu yang paling adil kepada kemelut ini.

Cuma dalam Saga Anwar, soal formula Islam dan neraca syariat sering turut menjadi kelabu dan keliru. Ini adalah kerana kes ini melibatkan Anwar. Tokoh yang menampilkan imej agama dan mempunyai latar belakang gerakan Islam.

Faktor ini menjadi punca kegagalan sebahagian masyarakat Islam termasuklah sebahagian ahli-ahli agama untuk bersikap objektif dan neutral apabila menanggapi kes. Apatah lagi bila faktor-faktor lain seperti kepentingan politik atau kebencian melampau terhadap UMNO/BN turut kuat mewarnai sikap mereka.

Akhirnya hujah agama, terutamanya hukum Qazaf, sering dijadikan asas untuk cuba mengelakkan Anwar daripada dibicarakan dan diadili dalam kedua-dua kes ini.

Dalam episod Anwar lawan Saiful Bukhari, hukum Qazaf sering cuba digunakan untuk membenteng Anwar daripada mempertahankan diri dan menjawab dakwaan Saiful. Sedangkan, adalah sangat jelas bahawa fakta kes menunjukkan bahawa ini bukanlah kes tuduhan zina atau liwat biasa tetapi lebih menyerupai kes rogol atau yang lebih tepat sumbang mahram atau gangguan seksual antara majikan dan pekerja.

Perbezaan utama antara kedua-dua kategori ini adalah wujudnya unsur paksaan sama ada secara fizikal atau secara tidak langsung di sebalik perlakuan yang terbabit. Saiful membuat aduan kerana mendakwa tidak rela dan tidak mahu lagi diperlakukan sebegitu.

Beliau juga mendakwa kejadian yang telah berlaku sebelumnya bukanlah dengan sepenuh kerelaan beliau walaupun akhirnya pendakwa memilih untuk mendakwa Anwar di bawah seksyen yang tidak melibatkan paksaan, mungkin untuk memudahkan pendakwaan dan pensabitan kesalahan.

Dalam situasi sebegini, hukum syarak menuntut agar kes Saiful didengari dan diadili dan bukannya ditolak mentah-mentah kerana kegagalan beliau mendatangkan empat orang saksi yang melihat sendiri kejadian tersebut. Memang dalam kes rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seks tempat kerja, hampir mustahil untuk si mangsa mendatangkan empat saksi lelaki yang adil.

Oleh itu, syarak menetapkan bahawa beban bukti dalam kes rogol atau sumbang mahram adalah berbeza. Segala bentuk bukti yang boleh diterima oleh syarak selain daripada saksi mata boleh diterima pakai dalam kes ini termasuklah DNA, rakaman CCTV dan seumpamanya.

Hakikatnya kesalahan yang hendak dibuktikan dalam kes Saiful lawan Anwar adalah bukannya hudud zina atau liwat tetapi liwat yang berbentuk rogol, sumbang mahram ataupun gangguan seksual tempat kerja.

Saya yakin mana-mana tokoh ulama sekalipun, termasuklah Syeikh Yusuf al-Qaradhawi atau Syeikh Wahbah al-Zuhaili, akan memberi pandangan yang sama jika fakta kes yang sebenar dijelaskan dengan tepat kepada mereka.

Selain daripada unsur paksaan, Qazaf juga melibatkan tuduhan daripada pihak ketiga. Kes Saiful adalah melibatkan pihak yang mendakwa menjadi mangsa dan bukannya pihak ketiga. Jelas sekali perbezaan fakta kes berbanding dengan kes Qazaf iaitu tuduhan zina daripada pihak ketiga tanpa asas dan bukti seperti dalam kes asalnya melibatkan Sayyidatina ‘Aishah ra. Maka tidak salahlah jika dikatakan bahawa sikap berkeras membenteng Anwar atas nama Qazaf adalah suatu kedegilan dalam kekeliruan terhadap hukum syarak.

Dalam episod terbaru melibatkan video seks yang dikatakan melibatkan Anwar, adalah tidak benar jika pihak yang mendedahkan perkara tersebut hendak dipersalahkan dari segi hukum syarak. Kalau nak dikatakan sebagai salah kerana mendedahkan aib sesama Islam, kita semua maklum bahawa larangan membuka aib dalam Islam ada beberapa pengecualiannya.

Kita dibolehkan mendedahkan aib demi memberi amaran tentang kejahatan yang boleh menimpa orang lain dan dalam kes menilai kesesuaian peribadi seseorang untuk diangkat sebagai pemimpin.

Jika hendak dikatakan Qazaf pula, adakah Eskay Shazril seorang penuduh yang datang dengan tangan kosong? Jelasnya beliau datang sebagai pihak yang mendakwa sebagai pihak yang turut terlibat, malah turut ada dalam rakaman video tersebut. Beliau juga datang dengan membawa rakaman video tersebut serta bukti-bukti sokongan yang lain seperti jam Omega yang kuat diperkatakan itu.

Bolehkah kita terus menghukumnya sebagai pelaku Qazaf? Bukankah Qazaf juga sebahagian dari kesalahan Hudud? Kita maklum bahawa Nabi Muhammad SAW dalam satu hadis mengarahkan kita untuk mengelakkan pensabitan Hudud jika terdapat apa-apa syubhah atau kesamaran?

Tidak cukupkah apa yang dibawa oleh Eskay untuk menimbulkan syubhah atas dakwaan bahawa beliau membuat tuduhan zina yang palsu atau tanpa asas terhadap Anwar? Kita juga sangat faham bahawa bukti video tidak mencukupi untuk mensabit kesalahan Hudud Zina, tetapi ia tetap boleh diterima oleh syarak untuk membuktikan kesalahan takzir atau membuktikan kesahihan sesuatu fakta.

Dalam kes Anwar, kita bukannya hendak menghukum beliau dengan Hudud Zina tetapi yang terpenting adalah hendak memastikan adakah beliau orang yang terakam dalam video tersebut, yang akan menentukan tahap keperibadian beliau.

Jika diteliti perspektif di atas dengan insaf, maka jelaslah bahawa Anwar tidak boleh terus-terusan mempergunakan Islam dan hukum Qazaf untuk mengelakkan daripada menghadapi proses kehakiman dalam kedua-dua episod ini.

Beliau dan penyokongnya perlu akur kepada prinsip hukum Islam bahawa beliau perlu membersihkan dirinya daripada dakwaan bahawa beliau telah meliwat Saiful Bukhari serta dakwaan bahawa beliau adalah pelaku dalam video seks terbabit.

Sementara proses ini berlangsung dan belum selesai, kaedah yang terbaik dan amalan yang lebih terhormat ialah dengan meminta Anwar bercuti daripada semua tugas rasminya sehinggalah namanya dibersihkan (jika beliau benar-benar bersih). Bukannya dengan beliau ataupun para penyokongnya yang taksub terus-menerus cuba berselindung di sebalik hukum Qazaf atau atas nama agama.

KOMEN : HANYA ALLAH swt YANG LEBIH MENGETAHUI...

PADAH BILA OTAK DI LUTUT


Hafarizam berjaya batal saman perintah hadir JKHK


SHAH ALAM 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa saman yang memerintahkan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun (gambar) hadir pada perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menjawab tuduhan menghina Dewan adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Zaleha Yusof turut memutuskan bahawa saman yang diterima oleh Mohd. Hafarizam daripada JKHK pada 12 April lalu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) dan bercanggah dengan Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Menurut beliau, tindakan Mohd. Hafarizam selaku peguam kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klang, Badrul Hisham Abdullah menghantar surat tuntutan bayaran kos mahkamah RM40,000 kepada Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim tidak tergolong sebagai perbuatan menghina DUN tersebut.

Surat itu dikeluarkan oleh peguam itu selepas Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Badrul Hisham kekal sebagai ADUN di kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kata Hakim Zaleha lagi, ia merupakan prosedur biasa antara dua peguam cara dan tertakluk kepada Aturan Profesion Perundangan (Amalan dan Etika) 1978.

''Saya tidak nampak bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kuasa dan hak keistimewaan Dewan. Tambahan pula, surat tuntutan tidak pernah dialamatkan kepada Dewan,'' katanya.

Hakim Zaleha juga menyatakan, notis JKHK hanya boleh mengarahkan seseorang untuk memberi keterangan atau mengemukakan dokumen, dan bukannya untuk seseorang menjawab sebarang pertuduhan.

Beliau seterusnya membenarkan permohonan saman pemula yang difailkan oleh Mohd. Hafarizam terhadap tiga defendan iaitu DUN Selangor, JHJK dan Setiausahanya, Mohamad Yasid Bidin dengan kos yang akan ditetapkan kemudian.

KOMEN : DAH AGAK DAH MESTI MEREKA KANTOL... BILA BUAT KERJA DENGAN PERASAAN DENGKI DAN MARAH, OTAK BERFIKIR MENGGUNAKAN LUTUT... BIAR MEREKA YANG PERASAN PANDAI TU JAWAB DAN BAYAR...

SPRM tutup 2 kes profil tinggi


Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 31 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup 57 kes siasatan termasuk dua berprofil tinggi melibatkan bekas ahli panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Robert Phang dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Keputusan itu dipersetujui oleh Panel Penilaian Operasi (PPO) selepas membuat semakan hasil siasatan dan keterangan dibentangkan SPRM di Akademi Pencegahan Rasuah di sini hari ini.

Dalam kes berprofil tinggi itu, kedua-dua individu terbabit ditohmah terlibat dalam skandal rasuah melalui beberapa blog Internet sehingga menarik perhatian ramai.

Menurut Pengerusi PPO, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Abdul Jalil, Phang ditohmah memberi sogokan kepada seorang Ketua Setiausaha Kementerian manakala Abdul Gani pula mendapat pembiayaan bagi menunaikan ibadah haji.

"Kedua-dua kes itu tidak mencukupi keterangan untuk sebarang pertuduhan terhadap mana-mana pihak. Malah dalam kes Abdul Gani, siasatan tidak menunjukkan sebarang kesalahan jenayah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat bertujuan bagi membincangkan ketelusan keputusan yang dibuat terhadap kes-kes siasatan suruhanjaya terbabit.

Mengulas lanjut berhubung siasatan terhadap Abdul Gani, Hadenan memberitahu, kos keseluruhan perbelanjaan menunaikan ibadah haji diri dan ahli keluarganya ditanggung sendiri.

"Siasatan mendapati ada transaksi dikeluarkan untuk perbelanjaan berkenaan daripada akaun yang sama digunakan untuk memasukkan gaji bulanan beliau.

"Sehubungan itu, bayaran kos ibadah haji dibuat daripada akaunnya sendiri tanpa sebarang tajaan pihak lain. Seperti kita sedia maklum, ibadah haji mesti dibiayai dengan duit yang halal," katanya lagi.

Jelas Hadenan, tindakan blog- blog berkenaan dilihat tidak bertanggungjawab kerana menyiarkan tohmahan yang tidak mempunyai sebarang keterangan kukuh dan bukti jelas untuk siasatan.

"Malah boleh menjejaskan reputasi dan nama baik pihak yang tidak bersalah," ujar beliau.

KOMEN : SAMAN AJE SI PEMBUAT FITNAH TU...

Scholes gantung but







Paul Scholes mengumumkan persaraan dalam sukan bola sepak dan bersedia untuk mencuba bidang kejurulatihan. – Agensi


MANCHESTER – Pemain tengah Manchester United, Paul Scholes telah mengumumkan persaraan dalam sukan bola sepak dan bersedia untuk mencuba bidang kejurulatihan bersama juara Liga Perdana England (EPL) musim ini.

Bekas pemain antarabangsa England itu telah beraksi sebanyak 676 kali untuk United selepas kali pertama bermain pada 1994.

Pemain berusia 36 tahun itu berkata, ini bukannya keputusan yang dibuat dengan mudah tetapi dia merasakan ini adalah masa tepat untuk berhenti bermain bola sepak.

Pengurus United, Alex Ferguson berkata, pasukan akan kehilangan pemain yang sangat luar biasa. Scholes akan bermula menjadi seorang jurulatih di United pada awal musim. – Agensi

AHLI MELAYU DAP DIBELI


64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara masuk UMNO




KUALA LUMPUR 31 Mei - Seramai 64 ahli Melayu DAP Cawangan Lembah Kinrara, Puchong di sini bertindak menyertai UMNO setelah sedar parti tersebut langsung tidak menjaga kepentingan bumiputera.

Pengasas dan Pengerusi DAP Cawangan Lembah Kinrara, Haron Abdul Wahab berkata, kehadiran ahli Melayu di dalam parti tersebut hanya sekadar 'pencukup kuota' untuk mereka tunjukkan bahawa ada orang Melayu yang menyokong DAP.

"Kehadiran kami cuma sekadar melukut di tepi gantang. Meskipun kami merupakan cawangan aktif DAP yang paling ramai ahli Melayu, pimpinannya yang diketuai Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo langsung tidak menghargai pendapat dan usaha kami," katanya.

Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita pada Majlis Mesyuarat Mingguan UMNO bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau mewakili 63 yang lain menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tambah Haron, lebih 100 penduduk yang menjadi ahli DAP di cawangan tersebut dijangka mengikut jejak mereka dalam masa yang terdekat ini.

Ditanya kenapa mengambil keputusan menyertai DAP sebelum ini, ujar beliau, dahulunya tuntutan untuk mempertahankan hak orang Melayu kurang menyerlah dalam dirinya akibat terlampau mempercayai manifesto pembangkang yang ternyata palsu belaka.

"Alhamdulillah, kini saya sedar bahawa DAP memang tidak elok. Setelah saya menunaikan umrah, saya menangis tidak henti dan menyesali perbuatan membelakangi perjuangan bangsa sendiri di hadapan Kaabah.

"Sejurus saya pulang ke tanah air, saya telah berazam untuk meletakkan semua jawatan dalam DAP. Hari ini, tercapailah hasrat saya," ujarnya.

Beliau turut menyeru semua orang Melayu yang menganggotai DAP supaya meninggalkan perjuangan parti tersebut dan beralih kepada UMNO bagi memastikan hak Melayu tidak tergugat.

Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemasukan bekas ahli DAP itu ke dalam UMNO sebagai bonus yang besar dan perlu dicontohi oleh semua orang Melayu yang prihatin dengan masa depan bangsanya sendiri.

"Alhamdulillah, lebih ramai orang Melayu sedar bahawa hanya UMNO yang mampu mempertahankan hak dan nasib bangsa. Fakta ini perlu diakui oleh semua orang Melayu yang mahu melihat masa depan bangsanya terjamin," kata beliau.

KOMEN : JAWAPAN STANDARD DAP... MEREKA TELAH DIBELI OLEH UMNO... SIAPA MEREKA, MENURUT REKOD NAMA MEREKA TIADA DALAM KEAHLIAN DAP (SEBENARNYA SUDAH DIPADAM)... SERIBU MACAM SERABUT AKAN DISPIN OLEH DAP KOMUNIS NI....

SALAH UMNO, PKR ALAT NEGARA ASING


Bekas pemimpin tidak terkejut PKR alat negara asing


KUALA LUMPUR 31 Mei - "Tidak mengejutkan.''Demikian ujar beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung dakwaan parti itu menjadi alat kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing, Institut Antarabangsa Republikan (IRI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Jelas mereka, PKR sejak dahulu lagi iaitu ketika di bawah nama Parti Keadilan Nasional telah menjalin hubungan rapat dengan AS dan didakwa pernah memperoleh dana untuk menghadapi pilihan raya umum di awal penubuhan parti itu.

Menurut bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, Nordin Ahmad, ketika masih bersama parti itu dahulu, beliau sendiri pernah dimaklumkan mengenai bantuan sebuah badan di AS yang menyalur wang kira-kira AS$100,000 (RM310,000) setiap bulan.

"Itu (dana) adalah betul. Saya sendiri pernah mempertikaikan dana berkenaan dan ada menanyakan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.

"Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum keluar penjara. Saya tidak pasti dana itu dari pihak mana tetapi mungkin juga dari IRI seperti yang didakwa,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai IRI yang didakwa menyalurkan dana tahunan berjumlah jutaan ringgit kepada PKR.

Selain itu, IRI bukan sahaja dipercayai bertanggungjawab memberi latihan terbaik kepada jentera parti mengenai apa itu 'demokrasi' tetapi turut berperanan dalam menentukan dasar yang perlu diperjuangkan.

Sumber dalaman PKR memberitahu, IRI didakwa mula berjinak-jinak dengan PKR sejak 1998 lagi tetapi penglibatan langsung 'wakil' AS itu hanya bermula selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004.

Nordin berkata, ketika masih bersama PKR, ada pihak yang memberitahunya bahawa dana yang diterima dari pihak luar adalah untuk parti kerana hubungan baik mereka dengan Anwar.

Mengulas isu sama, bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sebagai sebuah parti yang terlalu terdesak, PKR sudah semestinya akan sanggup menjadi alat sesiapa sahaja untuk menghancurkan negara ini.

"Ketika masih bersama PKR, saya juga pernah dimaklumkan bahawa dana pilihan raya parti itu pernah dibiaya George Soros. Bantuan ini dipercayai sejak 1999 lagi.

"Saya tak pernah terkejut dengan dakwaan PKR dibiayai badan luar terutamanya AS. Justeru, saya minta Kementerian Dalam Negeri memberikan perhatian khusus kepada pergerakan PKR.

"Kalau betul PKR jadi tali barut orang asing, maka parti ini sama bahaya dengan Parti Komunis Malaya. Kita minta rakyat menolak parti ini,'' tambahnya.

KOMEN : SIBUK SALAHKAN UMNO, SENDIRI RUPANYA ALAT NEGARA ASING TERUTAMA YAHUDI....

LEBIH 10 TAHUN TAK DISEMAK?


Kerajaan digesa semak semula skim gaji pensyarah UiTM



SHAH ALAM 31 Mei - Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (Mitasa) dan Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) menggesa kerajaan dan UiTM supaya menyemak semula skim gaji pensyarah universiti itu yang tidak disemak melebihi 10 tahun.

Gesaan tersebut dibuat menerusi kenyataan bersama oleh dua badan induk kakitangan akademik itu yang dikeluarkan oleh Presiden Mitasa, Ab Latiff Ishak dan Presiden UTiMAS, Prof. Dr. Mohamad Awang di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, satu bengkel Permurnian Semakan Skim Perkhidmatan Pensyarah UiTM telah dianjurkan oleh Mitasa dan UTiMAS pada 26-28 Mei 2011 bagi meneliti kedudukan skim gaji pensyarah masa ini.

Hasil mesyuarat di bengkel tersebut, jelas kenyataan itu beberapa keputusan telah dibuat bagi memartabatkan kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM.

Mitasa dan UTiMAS, menurut kenyataan itu sebulat suara berpendapat bahawa apa jua kebajikan dan maruah kakitangan akademik UiTM perlu dibela dan dimartabatkan kembali di persada yang membanggakan selaras dengan khidmat bakti mereka.

"Para akademia UiTM merupakan pemangkin kecemerlangan akademik universiti demi menjaga kepentingan dan usaha murni kerajaan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB).

"Kakitangan akademik adalah tonggak sesebuah universiti di mana core-business universiti ialah akademik. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul di bahu para akademia UiTM memerlukan komitmen dan usaha yang tinggi bagi merealisasikan hasrat bangsa dan negara tercinta.

"Pembelaan serta ganjaran yang setimpal wajib diberikan perhatian serius demi menjaga keutuhan kecemerlangan akademia UiTM. Pengabaian kecemerlangan akademik bermakna keruntuhan kualiti dan keruntuhan wibawa universiti," jelas kenyataan tersebut yang diemelkan kepada Utusan Malaysia.

Menurut kenyataan itu, bagi memantapkan kembali kecemerlangan akademik, beberapa syor untuk tindakan segera telah dicadangkan.

* Skim perkhidmatan dan proses kenaikan pangkat para akademia perlu disemak semula untuk penambahbaikan.

* Hak dan keistimewaan sedia ada yang berdaya saing perlu digunapakai dengan segera.

* Sumbangan dan penat jerih para akademia dalam mendidik anak bangsa ke persada antarabangsa wajib diberikan perhatian dan ganjaran yang setimpal dan sepatutnya.

* Beberapa kes anomali yang wujud seperti di antara Gred DM52 dengan gred jawatan setara DG52/DH52 serta kes anomali Gred DM53/DM54 perlu diselesaikan segera.

* Pensyarah DM41 dan DM45 yang telah lama berkhidmat perlu diberi peluang kenaikan pangkat dengan segera.

"Pada masa sekarang, perkara-perkara di atas kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak pengurusan dan pentadbiran UiTM.

"Sudah sampai masanya pihak kerajaan dan pihak pengurusan UiTM melihat kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM bagi mengelakkan wujudnya ketidakpuasan kakitangan akademik terhadap pihak universiti dan kerajaan," jelas kenyataan itu.

KOMEN : SEMAKLAH WAHAI KERAJAAN... KASIHAN MEREKA WALAUPUN BERTUGAS DI IPTA SEBAGAI PENSYARAH, DAH LEBIH 10 TAHUN SKIM GAJI TIDAK DISEMAK... BERSIKAP ADILLAH PADA PENDIDIK ANAK BANGSA KITA.... KALAU GURU BOLEH KENAPA PENSYARAH TAK BOLEH...?