Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday, 15 January 2016

TMJ pula beri JDT RM50 juta

15 Januari 2016 12:40 AM

KUALA LUMPUR - Kelab terkaya Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat suntikan sebanyak RM50 juta lagi, kali ini daripada pemiliknya Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menerusi akaun Facebook JOHOR Southern Tigers semalam.

“Satu lagi berita baik adalah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan untuk menyuntik dana tambahan sebanyak RM50 juta untuk me­ngukuhkan lagi kewangan kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim. Menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan tersebut,” kata­nya dalam entri tersebut.

Sebelum ini, JDT telah pun menerima sumbangan RM50 juta daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang di­umumkan pada 10 Januari lalu.

JDT juga telah menjalinkan kerjasama dari segi penajaan dengan beberapa syarikat besar antaranya Johor Corporation, Berjaya Group, Vantage Bay dan pengeluar peralatan sukan terkemuka Adidas.

Ismail berkata, JDT sangat bertuah kerana mendapat penaja-penaja besar yang merupakan penjana ekonomi di negeri Johor.

Mengenai desas-desus terdapat pihak yang ingin bekerjasama dari segi penajaan dengan JDT, Ismail menolak­nya dan menganggap mereka sekadar ingin mencari pu­blisiti.

“Saya ingin menegaskan bahawa khabar angin terdapat penaja individu yang ingin memberi tajaan kepada kelab bolasepak JDT adalah tidak benar ke­rana polisi kelab yang mahukan kerjasama penaja jangka masa panjang untuk pembangunan sukan bola sepak dan bukannya penaja yang mahukan publisiti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tmj-pula-beri-jdt-rm50-juta-1.179746#sthash.DJ3l8tg9.dpuf

Jangan lupa bayar hutang’

SUFIAN HADI SOJAK | 15 Januari 2016 12:32 AM


KUALA LUMPUR - “Lunaskan hutang terlebih dahulu.” Demikian tegas Penaung Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada ketika semakin banyak pihak korporat ingin menjalinkan kerjasama selaku penaja, sekali gus mampu memantapkan kedudukan kewangan pasukan.

Jelasnya, kehadiran ramai hartawan dan jutawan yang ingin memberi tajaan kepada pasukan atau kelab akhir-akhir ini merupakan petanda positif kepada arena bola sepak tempatan.

Bagaimanapun Tunku Ismail berharap agar pihak pengurusan pasukan berkenaan tidak melupakan keutamaan dalam menyelesaikan pembayaran gaji tertunggak pemain.

“Saya sebagai Penaung PFAM tahu berapa ramai pemain dan dari pasukan mana yang masih belum dibayar gaji. Usahlah terlalu mengejar trofi semata-mata sehingga melupakan perkara yang lebih penting.

“Pemain-pemain dan jurulatih bola sepak mempunyai keluarga untuk disara. Mereka ini manusia, bukan ternakan. Utamakan dahulu nasib mereka daripada terlalu sibuk dengan trofi yang hendak diraih,” katanya menerusi laman sosial Facebook JOHOR Southern Tigers.

Selasa lalu, PFAM mengemukakan beberapa cadangan kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membantu ke arah penyelesaian tunggakan gaji para pemain daripada berulang.

Antara cadangan PFAM seperti pemotongan geran kepada pasukan, pemotongan hadiah kemenangan atau juga pemotongan wang penyiaran dan potongan tersebut diserahkan terus kepada para pemain.

Sementara itu, mengulas berhubung perkembangan cadangan untuk memperkenalkan peraturan baharu dalam kontrak pemain kepada FMLLP itu, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata, sehingga kini perkara tersebut masih dipandang sepi.

“Sebelum ini sudah beberapa kali kami mengadakan mesyuarat dengan FMLLP untuk bincang mengenai kontrak pemain dan masalah ini. Namun setakat ini, belum lagi (terima maklum balas daripada mereka),” katanya.

Antara cadangan lain PFAM seperti memperkenalkan sistem kawalan kewangan yang lebih berdisiplin dan rasional dengan menggalakkan pasukan untuk beroperasi berdasarkan kapasiti kewangan mereka.

Malah, PFAM turut menggalakkan pasukan untuk membuat pelaburan jangka panjang bagi menjamin keupayaan kewangan yang stabil.

Di samping itu, PFAM mendesak FMLLP agar memastikan pasukan melunaskan tanggungjawab mereka seperti menyelesaikan kesemua tunggakan gaji pemain sebelum bermula musim baharu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pasukan berkenaan tidak boleh menyertai saingan seterusnya.

Selain itu, katanya, sebuah badan perlu ditubuhkan untuk mengawal selia kewangan dan pengurusan gaji pasukan-pasukan agar tidak menganiaya pemain.

“PFAM mencadangkan agar setiap pasukan dikenakan syarat yang mana jumlah perbelanjaan gaji mestilah tidak lebih 60 peratus daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pasukan.

“Turut dicadangkan, agar setiap pasukan wajib mempunyai jaminan bank sebelum boleh didaftarkan dalam saingan liga agar pemain masih dibayar gaji sekiranya pasukan mempunyai masalah kewangan,” katanya.

(Jumlah kes adalah dari penghujung 2014 hingga kini. Terdapat kes yang tidak dilaporkan kepada PFAM menyebabkan tindakan tidak boleh dilakukan)

– Sumber: PFAM

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-jangan-lupa-bayar-hutang-8217-1.179657#sthash.popEBbU4.dpuf


Thursday, 14 January 2016

TUDM terima secara rasmi pesawat A400M kedua

MOHD. ASRON MUSTAPHA | 14 Januari 2016 1:21 AM


HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN menunjukkan isyarat bagus dalam majlis penerimaan pesawat kedua A400M dan Hangar A400M di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam. Turut kelihatan Mohd. Johari Baharum (tiga dari kiri), Zulkifeli Mohd. Zin (lima dari kiri), Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin (empat dari kanan) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi (dua dari kiri). BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Jan. - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menerima secara rasmi pesawat pengangkut termoden keluaran Airbus, A400M keduanya daripada keseluruhan empat buah yang dibeli kerajaan.

Serentak dengan penerimaan tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengulangi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi jika kedaulatan negara cuba digugat oleh mana-mana pihak.

Katanya, kerajaan akan sentiasa memastikan kelengkapan persenjataan serta tahap kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada di tahap terbaik walaupun ketika persekitaran ekonomi global dalam keadaan tidak menentu.

“Apabila kedaulatan negara menjadi pertimbangan, kita tidak akan sesekali berkompromi,” tegasnya ketika berucap pada majlis penerimaan A400M dan perasmian hangar Skuadron 22 yang akan menempatkan pesawat itu di Pangkalan Udara TUDM Subang di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Mohd. Johari Baharum; Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin; Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Roslan Saad dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Sempena majlis penerimaan pesawat tersebut, Hishammuddin, tetamu kehormat dan kira-kira 40 pengamal media tempatan dibawa menaiki A400M selama 45 minit bagi membolehkan mereka merasai sendiri kecanggihan aset terbaharu TUDM itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya pula, Hishammuddin menjelaskan, Malaysia akan terus menggunakan saluran diplomasi dalam menyalurkan kebimbangan negara ini mengenai tindak-tanduk ketenteraan China ke gugusan kepulauan Spratly.

“Asalkan mereka tidak mema­suki perairan kita, isu berkait tuntutan bertindih di Laut China Selatan, kita guna saluran diplomasi tetapi dari aspek penguatkuasaan dalam perairan kita, itu tiada sebarang kompromi,” jelasnya.

Kepada soalan apakah perolehan beberapa aset kritikal untuk ATM akan ditangguhkan berikutan langkah kerajaan mahu menyemak semula Bajet 2016 beliau berkata, rancangan pembelian peralatan pertahanan yang sudah dimukta­madkan akan diteruskan.

Katanya, meskipun mengakui penurunan harga minyak dunia menyebabkan kerajaan berdepan dengan kekangan kewangan, tetapi perkara itu tidak akan sesekali menjejaskan aspek keselamatan dan kesiapsiagaan pertahanan Malaysia.

“Projek perolehan yang telah kita muktamadkan (pesawat A400M, kenderaan tempur berperisai AV8, kapal perang Gowind) tidak akan dipotong malah kita akan pastikan aset-aset kritikal tersebut diterima mengikut jadual,” ujarnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tudm-terima-secara-rasmi-pesawat-a400m-kedua-1.179417#sthash.GAQvuoFO.dpuf


Thursday, 7 January 2016

Putra Merdeka: 1MDB Terus Melonjak Negara Di Mata Dunia..!

Putra Merdeka: 1MDB Terus Melonjak Negara Di Mata Dunia..!: Negara terus mendapat tempat didada dada akhbar dan tv seluruh dunia apabila skandal 1MDB dilaporkan terus mendominasi dan mengatasi sem...

Wednesday, 6 January 2016

Putra Merdeka: Tukau Tukau..!

Putra Merdeka: Tukau Tukau..!: Tukar..! bubar..! pecat..! sebat..! rembat..! kerat..!  Berkuasa la katakan..! Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu CREC Bandar Malaysia - Sekali Lagi 1MDB Bermai...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu CREC Bandar Malaysia - Sekali Lagi 1MDB Bermai...: Panas juga rupanya pendedahan semalam ( KLiK ) mengenai kenyataan yang dibuat oleh China Railway CREC kepada Bursa Saham Hong Kong kera...

Friday, 18 December 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu Bayaran $850 Juta Kepada Syarikat Mirip IPIC -...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Isu Bayaran $850 Juta Kepada Syarikat Mirip IPIC -...: Semalam kita dkejutkan dengan pendedahan/dakwaan terbaru dari WSJ bahawa 1MDB telah membayar USD850 juta kepada sebuah akaun milik syarik...

Mulai Januari 2016

Mara Digital Mall, pusat IT bumiputera di setiap ibu negeri

FARHANA JONI | 18 Disember 2015 1:39 AM


Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Zamani Md Noor (dua dari kiri), Junaidah Abd Majid (dua dari kanan) dan Ameer Ali Mohamed (kanan) menunjukkan keputusan prestasi dana terbaik PMB Investment di Ibu Pejabat Kumpulan Pelaburan Mara, 1 Sentral, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/FARID JANUDIN

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Mara Digital Mall, pusat barangan teknologi maklumat (IT) bumiputera yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, akan diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pusat berkenaan akan diperluaskan di bangunan milik Mara yang sedia ada.

Katanya, selain bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera melibatkan diri dalam pasaran digital dan IT, usaha itu juga bertujuan menghidupkan semula bangunan Mara yang kurang mendapat sokongan akibat perniagaan yang tidak menonjol.

“Sebelum ini peluang bumiputera untuk berniaga di pusat IT agak kurang diberikan dan sewa yang dikenakan terlalu tinggi sehingga ramai yang tidak mampu.

“Kami lihat sektor IT mempunyai pasaran jangka panjang yang tinggi dan apa salahnya kami beri ruang dan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam sektor yang mempunyai potensi besar ini,” katanya selepas pengumuman prestasi dana terbaik PMB Investment dan melepaskan kenderaan sempena pelancaran Brand Ambassador Programme, di Ibu Pejabat Kumpulan Pelaburan Mara, 1 Sentral, di sini hari ini.

Brand Ambassador Programme merupakan strategi pemasaran yang menggunakan kereta milik kakitangan PMB Investment sebagai ruang iklan untuk mempromosikan jenama PMB.

Yang turut hadir, Pengerusi PMB Investment, Datuk Dr. Zamani Md. Noor; Pengarah Kanan Pelaburan Mara, Datin Junaidah Abd. Majid; Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Berhad, Ameer Ali Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Mara, Nazim Rahman.

Menurut Ismail Sabri, Mara memiliki banyak bangunan sendiri di seluruh negeri dan daerah, tetapi kebanyakan perniagaan di situ agak malap seperti di Anggerik Mall, Shah Alam kerana para peniaga di situ hanya menjual pakaian serta kain pasang.

Jadi katanya, pembaharuan perlu dilakukan di bangunan-bangunan tersebut dan beliau melihat perniagaan IT adalah yang terbaik kerana dapat menarik ramai pengunjung khususnya generasi muda.

Sementara itu, Ismail Sabri menolak dakwaan subsidi sewa selama enam bulan yang diberikan kepada peniaga di Mara Digital Mall sebagai tindakan ‘memanjakan’ golongan peniaga bumiputera, sebaliknya itu adalah strategi pemasaran.

Jelasnya subsidi sewa itu diberikan sebagai bantuan sementara bagi peniaga memulakan perniagaan selama tempoh enam bulan sehingga perniagaan mereka stabil dan mendapat keuntungan.

“Dulu semasa zaman saya ingin memulakan perniagaan, ada bangunan yang tempatnya maju dan dikenali ramai tetapi sewa bulanan sangat mahal dan menjadi bebanan.

“Jadi kami memahami peniaga ini dan beri peluang stabilkan perniagaan dan dapat untung sebelum dikenakan sewa selepas enam bulan,” katanya.

Sementara itu di Shah Alam, Ismail Sabri menyatakan, usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi bumiputera melalui pembukaan pusat sehenti penjualan gajet dan alat telekomunikasi, Mara Digital tidak wajar diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

Operasi pusat itu pada masa ini bukanlah kayu pengukur tahap kejayaannya kerana ia baru dibuka pada 8 Disember lalu, katanya sambil menambah beliau yakin Mara Digital akan berjaya kerana banyak syarikat terkenal telah pun menunjukkan minat dan bersedia untuk beroperasi di sana.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Malam Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej/Non Residen (JPK/NR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) malam tadi.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mulai-januari-2016-1.170211#sthash.GslpM4jB.dpuf

Thursday, 10 December 2015

.: Tunku Jalil - KASIHNYA KERABAT Hajat Yang TAK KESA...

.: Tunku Jalil - KASIHNYA KERABAT Hajat Yang TAK KESA...: Tuanku Jalil di pembaringan Nota TERAKHIR Arwah Tunku Jalil Hajat Yang TAK KESAMPAIAN Sebelum Mangkat...

CELAH GELEGAR: [NAJIB BERANI KE?] Pemilihan UMNO perlu disegeraka...

CELAH GELEGAR: [NAJIB BERANI KE?] Pemilihan UMNO perlu disegeraka...: MOHD ZAID: Jangan tunggu-tunggu lagi. Pemilihan ini perlu disegerakan. - fotoBERNAMA KUALA LUMPUR : Pemilihan UMNO perlu dipercepatkan s...

CELAH GELEGAR: [UPDATE 10.12.2015] Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyi...

CELAH GELEGAR: [UPDATE 10.12.2015] Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyi...: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut hadir pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 hari ini. T...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion itu Berupa Derma Kepada Umno ATAU Der...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion itu Berupa Derma Kepada Umno ATAU Der...: Apalah 2.6 bilion berbanding dengan keperluan kita sebagai parti yang berkuasa ! ? Zaman saya jadi Presiden, ada sumbangan ke Bahagian....

APANAMA: Apa nilai sebenar parti keramat ?

APANAMA: Apa nilai sebenar parti keramat ?: Dimana letaknya kekuatan parti politik yang selama ini diiktiraf umum sebagai pejuang agama, bangsa dan negara ? Bagi sebahagian besar ...

CELAH GELEGAR: 9/12/2015, TULISAN TERBARU TUN M : Perbuatan Curan...

CELAH GELEGAR: 9/12/2015, TULISAN TERBARU TUN M : Perbuatan Curan...: 1. ​Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta. 2.​Bagi diri saya tidak ...

Tuesday, 8 December 2015

CELAH GELEGAR: (8 GAMBAR) Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru DILIMPAHI...

CELAH GELEGAR: (8 GAMBAR) Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru DILIMPAHI...: Disebalik gesaan Zahid Hamidi supaya jangan hadir Perhimpunan bersama Tan Sri Muhyiddin di kg Baru malam tadi, penyokong UMNO berpusu2...

CELAH GELEGAR: Teks Penuh Ucapan TS Muhyiddin di Kelab Sultan Sul...

CELAH GELEGAR: Teks Penuh Ucapan TS Muhyiddin di Kelab Sultan Sul...: TEKS UCAPAN YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS BERSAMA TIMBALAN PRESIDEN UMNO PADA ...

CELAH GELEGAR: Dr M: Arab gila pun tak akan derma RM2.6 bilion

CELAH GELEGAR: Dr M: Arab gila pun tak akan derma RM2.6 bilion: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan penjelasan bahawa RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak ad...

CELAH GELEGAR: Kelab Sultan Sulaiman SAKSI MELAYU Menentang Penja...

CELAH GELEGAR: Kelab Sultan Sulaiman SAKSI MELAYU Menentang Penja...: Assalamualaikum  dan salam perjuangan, Prolog Tanggal 1-4 Mac, 1946, Kelab Sultan Sulaiman (KSS) pernah menjadi saksi titik permulaan keb...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PUISI API, DURI MUHYIDDIN] Anak Melayu, NA...

CELAH GELEGAR: [VIDEO][PUISI API, DURI MUHYIDDIN] Anak Melayu, NA...: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakhiri ucapan beliau di Kampung Baru dengan petikan puisi bersama ribuan penyokong U...

Perhimpunan Agung UMNO 
2015 sedia buka tirai hari ini

08 Disember 2015 1:25 AM

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima kehadiran perwakilan, pemerhati, tetamu dan orang ramai sempena Perhimpunan Agung UMNO Ke-69 yang bermula hari ini.

KUALA LUMPUR 7 Dis. – Perhimpunan Agung UMNO 2015 sedia membuka tirainya esok apabila persiapan untuk penganjuran perhimpunan tersebut hampir siap sepenuhnya termasuk berhubung soal kawalan keselamatan.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berkata, hampir 90 peratus kerja-kerja menyediakan kelengkapan terma­suk gerai, pameran dan sebagainya selesai dan akan mula beroperasi esok.

Tambahnya, bagi tahun ini, kawalan keselamatan akan diperketatkan bagi mengelak sebarang kekacauan yang boleh mengganggu perjalanan perhimpunan apabila beratus ribu orang dijangka hadir.

Katanya, antara bentuk kawalan yang ditambah baik berbanding sebelum ini adalah akses masuk ke Dewan Merdeka yang hanya diberikan kepada perwakilan dan pemerhati yang menerima surat jemputan.

“Tahap keselamatan dipertingkatkan melalui proses yang sama seperti tahun lalu. Namun, terdapat kawasan yang dulunya dibuka kepada pemerhati luar dihadkan kali ini kepada para perwakilan dan pemerhati yang diberi surat jemputan untuk masuk Dewan Merdeka.

“Kawalan yang diperketat tersebut tidak menyusahkan kemasukan perwakilan sebaliknya memudahkan pihak penganjur me­ngawal selia apa yang berlaku di dalam de­wan,” katanya yang ditemui semasa tin­­jauan persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2015, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ab. Rauf berkata, pihaknya me­­ne­rima kehadiran penyokong kepada mana-mana pemimpin namun mereka perlu mematuhi adab dan tatasusila UMNO yang diterap selama ini.

“Kita tidak menghalang sekiranya mereka mahu datang sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Kami alu-alukan kedatangan mereka tetapi perlu mengikut tatasusila UMNO serta tidak melakukan kekecohan.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, Pusat Dagang­an Dunia Putra (PWTC) telah dipenuhi dengan gerai manakala ruang pameran mula dipasang.

Begitu juga persiapan bilik media yang sedang sibuk diurus oleh petugas agensi masing-masing.

Perhimpunan Agung UMNO Kali Ke-69 itu akan menyaksikan penglibatan sebanyak 2,792 perwakilan dari seluruh negara dan dijangka lebih 200,000 pengunjung akan hadir di PWTC sepanjang persidangan lima hari itu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/perhimpunan-agung-umno-8232-2015-sedia-buka-tirai-hari-ini-1.166814#sthash.64x9ABIU.dpuf