Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 7 April 2014

MH370 - Kini masa menerima - PM

Najib Tun Razak (tengah) beramah mesra dengan rakyat Malaysia di Vietnam selepas majlis makan malam di Hanoi, Vietnam malam tadi. - BERNAMA

HANOI 5 April - Kesediaan 25 negara yang tidak berlengah menyatakan persetujuan apabila diminta membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, didorong dasar berbaik-baik Malaysia dan sentiasa prihatin serta membantu negara lain ketika dilanda kesusahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, malah dasar Malaysia itu yang disenangi negara lain itu juga mempengaruhi negara terlibat menghulurkan bantuan tanpa meminta sebarang bayaran walaupun aset udara dan laut yang dikerahkan memerlukan kos pengoperasian yang sangat mahal.

Menurutnya, MH370 adalah pesawat milik Malaysia, oleh itu berdasarkan konvensyen antarabangsa, ia sepatutnya menjadi tanggungjawab Malaysia untuk mencari pesawat tersebut apabila berlakunya tragedi atau kehilangan.

“Jadi kenapa mereka (25 negara terbabit) melakukan ini (setuju membantu) kepada kita? Ini kerana semangat kerjasama, kerana kita ada hubungan baik dengan mereka. Kita sebuah negara yang prihatin.

“Sebelum ini, kita ada di samping mereka ketika taufan Haiyan di Filipina dan tragedi tsunami di Aceh, Indonesia. Di mana saja gempa bumi berlaku di situlah kita hadir membantu, kita membantu dunia. Sekarang masanya kita pula menerima bantuan.

“Apabila saya hubungi mereka, sesetengahnya kata: ‘Beritahu kami apa yang kami boleh bantu anda? Malaysia telah banyak berbudi kepada kami selama ini, ketika kami perlukan Malaysia bantu kami, kerana kami suka anda, kami suka Malaysia’. Itulah sebabnya (mereka tidak berlengah setuju membantu mencari MH370)," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di sebuah hotel di sini malam tadi.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; dan Duta Malaysia ke Vietnam, Datuk Azmil Zabidi.

Najib menambah, perasaan terhutang budi juga mendorong beliau melakukan lawatan ke Perth, Australia baru-baru ini, bukan semata-mata meninjau operasi SAR, sebaliknya yang lebih utama sebagai tanda penghargaan Malaysia kepada mereka.

“Saya boleh ucap terima kasih dari Kuala Lumpur. Saya boleh buat kenyataan di Kuala Lumpur mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana banyak membantu. Tetapi saya ingin juga ke Perth, Australia. Kerana apa?
“Kerana kita mahu mereka selesa bertugas. Juga, kerana saya ingin renung ke dalam mata mereka. Kepada juruterbang-juruterbang dan kapten kapal serta para petugas, saya sendiri ingin berjabat tangan dengan mereka. Saya ingin mengucapkansendiri terima kasih banyak-banyak kerana membantu Malaysia.

“Kita terhutang budi kepada mereka (yang bertugas dalam SAR), kepada negara yang terbabit dan kepada seluruh dunia," jelasnya.

Menurut Perdana Menteri, sepatutnya penerbangan beliau dari Kuala Lumpur ke Hanoi cuma empat jam tetapi tidak menjadi masalah kepadanya untuk terpaksa melalui penerbangan dalam tempoh begitu lama iaitu selama lapan jam dari Perth.

“Itulah harga yang kena dibayar untuk membalas budi, iaitu harga yang tidaklah sebesar mana... untuk secara bersemuka menyatakan rasa terima kasih dan penghargaan kita kepada mereka," tambahnya.

Sementara itu, Najib berkata, amalan berbaik-baik dan berbudi ini seharusnya turut menjadi asas amalan kepada usahawan-usahawan Malaysia di negara asing bagi memastikan hubungan mereka dengan kerajaan terbabit baik dan akrab.

“Dengan memahami sistem ini, kita akan lebih berjaya dalam perniagaan kerana apabila anda membina hubungan baik, anda memahami bagaimana menjayakan sistem itu dan sama ada anda mampu mengatasi sebarang halangan," katanya. - MINGGUAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140406/dn_01/Kini-masa-menerima---PM#ixzz2yB1kmmmp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - Panglima TLDM selar pembangkang putar belit fakta












KUALA LUMPUR 4 April - Pembangkang berterusan memutar belit fakta mengenai keupayaan kapal selam jenis diesel elektrik negara apabila membuat perbandingan tidak adil dengan kemampuan kapal selam berkuasa nuklear milik Britain, HMS Tireless bagi membangkitkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Tanpa mengambil kira jurang keupayaan antara kapal selam jenis nuklear dan kapal selam diesel elektrik, pembangkang mempersoal mengapa kerajaan tidak mengerahkan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak menyertai operasi mencari pesawat MH370 di Lautan Hindi dengan mengemukakan fakta songsang serta tidak tepat.

Malah, ketika seluruh rakyat bersatu dan mendoakan keselamatan penumpang MH370, pembangkang pula bermain politik murahan menerusi laman sosial Facebook apabila bertindak memberi gambaran jahat kononnya kapal selam negara tidak boleh menyelam, menyebabkan kerajaan terpaksa meminta bantuan Britian untuk menghantar HMS Tireless.

Selain itu, pembangkang juga mengemukakan fakta songsang mengenai kos pembinaan sebuah HMS Tireless apabila mendakwa aset canggih itu cuma berharga 200 juta Euro berbanding kapal selam negara, sedangkan fakta sebenar ialah 200 juta Pound Sterling dan dibina pada 1981 (kos yang cukup tinggi untuk waktu itu)
Kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, segala tuduhan yang dilemparkan pihak pembangkang menerusi laman sosial sehingga merendah-rendahkan keupayaan kapal selam serta kemampuan pertahanan negara adalah tidak benar dan fitnah semata-mata.

Jelasnya, beliau tidak mengerti mengapa masih ramai rakyat Malaysia yang cuba mempertikai kemampuan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak walaupun keupayaan membunuh aset strategik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sudah dibuktikan beberapa kali dalam siri latihan sebelum ini.

"Keputusan untuk tidak menghantar kapal selam dibuat atas dasar profesional saya selaku Panglima Tentera Laut kerana keupayaan kapal selam untuk mencari dan menyelamat SAR terhad. Saya tidak boleh menghantar kapal selam semata-mata untuk show off (tunjuk kehadiran), sedangkan langkah tersebut langsung tidak efektif daripada segi kos.

"Tentera Laut Australia juga sependapat dengan TLDM sebab itu mereka tidak mengatur gerak kapal selam diesel jenis Collins mereka. Namun, sudah tentu kita menghargai dan berterima kasih kepada Britain kerana menghantar HMS Tireless. Kapal selam nuklear memiliki keupayaan berbeza berbanding kapal selam diesel.

"HMS Tireless boleh menyelam sehingga 90 hari bergantung kepada bekalan makanan tanpa perlu timbul pada kedalaman melebihi kapal selam diesel elektrik tetapi persoalan sama ada ia dapat membantu mencari serpihan atau kotak hitam MH370 adalah perkara kedua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, KD Tunku Abdul Rahman serta KD Tun Razak adalah kapal selam tercanggih dalam kategori diesel elektrik yang berperanan sebagai aset cegah rintang bagi pertahanan negara dan langkah kerajaan membeli kapal selam jenis Scorpene itu adalah keputusan tepat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_07/Panglima-TLDM-selar-pembangkang-putar-belit-fakta#ixzz2yAub72FH  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - Pencarian di dasar laut








SYDNEY 4 April - Operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu kini tertumpu di dasar Lautan Hindi.

Menurut Ketua Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston, kapal tentera laut milik Australia dan Britain yang terlibat dalam operasi itu akan menggunakan peralatan pengesan sonar bagi mendengar isyarat daripada kotak hitam pesawat berkenaan.

Tambahnya, kapal-kapal berke­naan telah dikerah untuk mencari pada keluasan 240 kilometer (km) selain turut menumpukan operasi di dasar laut untuk mengesan bunyi ‘ping’ daripada perakam kotak hitam itu.

Katanya, kapal Ocean Shield milik Australia menunda alat pengesan isyarat tentera laut Amerika Syarikat (AS) dengan kelajuan hanya lima kilometer sejam manakala kapal hidrografi Tentera Laut Diraja British, HMS Echo mempunyai peralatan pengesan sensitif dasar laut.

“Bateri kotak hitam dijangka mampu bertahan sehingga Isnin ini namun kemungkinan juga boleh bertahan hingga pertengahan bulan ini," katanya.

Tambah Houston, operasi pencarian pesawat yang hilang hampir empat minggu itu melibatkan dua kapal selam selain empat pesawat komersial dan 10 kapal terbang tentera.

“Sementara itu, tiga pesawat komersial dikhaskan untuk sukarelawan Australia yang akan bertindak sebagai pemerhati sementara pesawat keempat dijadikan sebagai geganti komunikasi," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kapal frigat dari Malaysia akan tiba di lokasi pencarian esok manakala frigat Australia akan menyertai operasi dalam masa empat hari lagi.

Kenyataan JACC hari ini memberitahu kapal HMS Echo mengesan amaran pada Khamis lalu semasa operasi pencarian namun bunyi tersebut bukan dari kotak hitam pesawat MH370 yang hilang itu.

“Bunyi dari ikan paus atau kapal-kapal lain boleh mencetuskan amaran pada alat penerima sensitif sonar," jelasnya.

Tambahnya, operasi pencarian yang melibatkan beberapa negara itu tertumpu di Lautan Hindi dengan keluasan pencarian meliputi 217,000km persegi yang kini beralih sedikit ke utara dari zon pencarian sebelum ini. - AGENSI

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_03/Pencarian-di-dasar-laut#ixzz2yAL5VhEd  © Utusan Melayu (M) Bhd 


Bateri luput bukan pengakhiran usaha cari kotak hitam

KUALA LUMPUR 4 April - Ketiadaan isyarat kecemasan daripada kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 apabila jangka hayat baterinya luput, bukan pengakhiran kepada usaha mencari peralatan berkenaan di Lautan Hindi.

Pengarah Pusat Teknologi Wayarles Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Tharek Abdul Rahman berkata, peralatan sonar berfrekuensi rendah merupakan teknologi yang dapat digunakan untuk mengesan kotak hitam itu selepas baterinya luput dalam masa 30 hari iaitu Ahad ini.

Katanya, penggunaan sonar juga dapat mengesan badan pesawat yang saiznya lebih besar berbanding kotak hitam.

"Ini akan memudahkan pencarian sebab badan kapal terbang dibuat daripada besi yang peralatan sonar dapat membezakan pantulan daripada objek-objek berlainan dalam air.

"Kotak hitam akan dapat dikesan jika masih berada dalam pesawat atau di sekitar pesawat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tharek, analogi penggunaan sonar adalah seperti radar utama yang isyarat perlu dihantar oleh satu alat dan pantulan daripada objek tertentu perlu diterima semula oleh peralatan berkenaan sebelum dianalisis untuk membezakan objek berlainan.

"Sonar seperti radar utama, yang menggunakan frekuensi rendah supaya boleh dipancarkan pada jarak jauh,'' ujar beliau.

Tambahnya, jika serpihan pesawat MH370 dikesan di suatu tempat yang sangat dalam di dasar lautan, maka pasukan pencarian boleh menggunakan dua peralatan untuk mengimbas lokasi di dasar laut menerusi teknologi sonar.

Katanya, cara pertama adalah dengan menggunakan peralatan kenderaan kawalan jauh dalam air (ROV) yang dikawal oleh operator di atas kapal menggunakan kabel.

"Kedua ialah menerusi kenderaan dalam air berautonomi (AUV) iaitu satu alat yang telah diprogramkan pergerakannya,'' ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_04/Bateri-luput-bukan-pengakhiran-usaha-cari-kotak-hitam#ixzz2yALf0j4B  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - PM sampaikan penghargaan



Oleh RAMLI ABDUL KARIM







HANOI 4 April - Malaysia hari ini secara rasmi menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan pihak berkuasa negara itu dalam misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ucapan tersebut disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakan sejawatnya, Nguyen Tan Dung semasa kunjungan hormat beliau ke atas Perdana Menteri Vietnam itu di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar bersama kedua-dua perdana menteri berkenaan selepas berakhirnya mesyuarat hubungan dua hala Malaysia-Vietnam di Pejabat Perdana Menteri Vietnam itu, Najib berkata:

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada kerajaan Vietnam atas bantuan dalam misi SAR (mencari dan menyelamat) pesawat MAS MH370 baru-baru ini."

Perdana Menteri yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke negara ini bermula semalam. Turut menyertai lawatan itu ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; 

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Datuk Seri Mustapa Mohamed; dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, dalam sidang akhbar yang sama, Tan Dung melahirkan rasa simpati kerajaan dan rakyat Vietnam atas insiden kehilangan MH370 dan berharap usaha mencari pesawat itu akan berjaya.

Najib dalam ucapannya pada jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Tan Dung di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini selepas itu, sekali lagi mengulangi ucapan penghargaan dan terima kasih tersebut.

“Vietnam telah menggerakkan semua aset dan berkongsi maklumat pada peringkat pesawat MH370 dilaporkan hilang. Malaysia tidak akan berputus asa dalam usaha mengesan pesawat itu dan kami berterima kasih kepada semua negara yang membantu," katanya.

Vietnam memberi kerjasama penuh dalam usaha SAR dengan mengerahkan pesawat dan kapal-kapal tenteranya ke kawasan perairan negara itu di Laut China Selatan, iaitu lokasi terakhir komunikasi MH370 dengan menara kawalan pada hari kehilangannya.

Kerajaan Vietnam mengambil keputusan menghentikan aktiviti pencarian pesawat MH370 kerana diberi maklumat bahawa tentera Malaysia kali terakhir mengesan pesawat itu melintasi Selat Melaka. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_02/PM-sampaikan-penghargaan#ixzz2yAJg4WMV  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - "Malaysia lakukan yang terbaik"

Hishammuddin Tun Hussein sempat mengadakan perbincangan dua hala dengan rakan sejawatannya dari Vietnam, Jeneral Phung Quang Thanh (kiri) ketika menghadiri Forum Pertahanan Amerika Syarikat-ASEAN di Honolulu, semalam.- BERNAMA

HONOLULU 4 April - Menteri-menteri pertahanan ASEAN berkata, Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan situasi kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 dan usaha seterusnya bagi mencari pesawat yang hilang.

“Kami percaya bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat," kata mereka.

Menteri-menteri berkenaan menegaskan bahawa perpaduan negara ASEAN kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.

“Kami penuh berazam untuk mencari penyelesaian kepada bab tragis dalam sejarah penerbangan," kata mereka dalam kenyataan bersama mengenai MH370 yang dikeluarkan di sini, tempat mereka berkumpul untuk Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

Malaysia diwakili oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menteri-menteri pertahanan ASEAN mengakui bahawa penyertaan negara anggota dalam operasi mencari sama ada secara langsung atau tidak langsung sejak pesawat Boeing 777-ER200 yang membawa bersama 239 orang anak kapal hilang pada 8 Mac.

“Dari Laut China Selatan, Laut Andaman dan kini ke Lautan Hindi, ASEAN terus membantu dalam setiap cara yang mungkin atas semangat kerjasama serantau dan persahabatan, tanpa ragu-ragu dalam perkongsian maklumat, aset dan kepakaran," kata mereka.

ASEAN terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Menteri-menteri itu mengambil peluang untuk mengukuhkan lagi komitmen mereka untuk kerjasama yang lebih besar antara negara-negara anggota terutamanya dalam bidang pengurusan bencana di bawah rangka kerja Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan.

“Kejadian ini menekankan kepada kita, betapa pentingnya untuk berkongsi maklumat dan sumber sambil kita berusaha untuk berada dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi potensi malapetaka dan risiko," kata mereka.

Melahirkan rasa simpati mereka kepada anggota keluarga penumpang dan anak-anak kapal penerbangan MH370, mereka berkata: “Ingatan dan doa kami kekal bersama keluarga dalam waktu-waktu yang sukar ini.

Pesawat Malaysia menuju ke Beijing itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari 
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum dilakukan di koridor utara yang menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan meliputi dari Indonesia sehingga ke selatan Lautan Hindi.
Kini operasi diteruskan di barat Perth, Australia. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140405/dn_01/Malaysia-lakukan-yang-terbaik#ixzz2yAIDy4UK  © Utusan Melayu (M) Bhd


MH370 - CIA dan teori konspirasi hilangnya MH370










SUDAH 29 hari pesawat MH370 dalam penerbangan dari KLIA ke Beijing, China hilang dan dilaporkan berakhir di tengah Lautan Hindi. Bagaimanapun hingga kini belum ada sesuatu yang boleh dijadikan bukti.

Kehilangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sangat misteri kerana melencong jauh dari laluan ke Beijing. Bukan rampasan. Bukan juga kemalangan. Kalau kedua-duanya bukan, apa yang membawa MH370 ke lautan yang ketiga paling dalam di dunia?

Antara perkara yang tidak boleh diremehkan ialah pesawat itu membawa 135 penumpang warga China. Warga negara Malaysia hanya 38 orang. Maknanya penumpang warga China lebih separuh daripada penumpang MH370.

Jumlah penumpang warga China ini menjadi kata kunci kepada teori konspirasi kehilangan MH370. Ini berkait dengan hubungan politik dan ekonomi Malaysia - China di tahap sangat baik hingga dicemburui oleh sesetengah kuasa besar. Selepas ekonomi Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) jatuh merudum, China bangkit sebagai kuasa ekonomi baharu mengatasi AS.

Marilah kita sama-sama berfikir di luar kotak atau di luar lorong yang lurus mengenai tragedi paling besar bagi negara kita dan sejarah penerbangan dunia. Apakah tidak boleh diterima akal misalnya tragedi ini dirancang oleh pihak tertentu untuk menjejaskan hubungan dengan China? Kalau serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), adakah yang ini mustahil dikaitkan dengan CIA?

Mengarut? Nanti dulu. Dunia sudah tidak anggap teori konspirasi ini sebagai mengarut kerana mereka berfikir di luar kotak yang dibina oleh AS.

Konspirasi peringkat tertinggi yang melibatkan CIA dalam tragedi 11 September bukan perkara baharu. Banyak fakta dan hujah yang meyakinkan telah dibentangkan. Banyak pihak sudah menerima hakikat 11 September rancangan AS untuk mendapat 'tiket' menyerang Afghanistan dan Iraq.

Presiden George W. Bush dengan pantas dan rasmi mengumumkan tragedi itu angkara pelampau Islam, al Qaeda yang diterajui Osama Ben Laden. Itu kata Bush tetapi rakyat AS sendiri tidak mempercayainya.

Buktinya dalam satu undian menjelang Pilihan Raya 2006, satu daripada tiga rakyat AS percaya tragedi itu dirancang oleh Bush dan peringkat tertinggi CIA. Buktinya serentak dengan itu saluran CNN giat memasarkan propaganda bahawa Osama dan al-Qaeda bertanggungjawab melakukannya.

CNN antara menjadi alat perang psikologi (psy war) bagi mencapai agenda AS menguasai dunia. Cuba bertanya, bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa.

Soalnya adakah jurukamera CNN sudah bersedia di sekeliling WTC? Kalau benar begitu, bagaimana mereka tahu akan berlaku serangan itu?

Ketika berada di Birmingham, United Kingdom tahun lalu, saya terjumpa buku Conspiracies, Conpiracy, Theories and the Secret of 9/11 di sebuah kedai buku yang agak terpencil. Saya tidak pasti sama ada buku ini dijual di negara ini atau tidak kerana tidak menemui di kedai-kedai buku utama di Kuala Lumpur.

Buku yang ditulis oleh Mathias Broeckers sebenarnya bukan memuatkan suatu yang baharu mengenai teori konspirasi 11 September. Bagaimanapun penulisnya memperincikan teori dengan hujah daripada sumber berwibawa dalam kalangan pakar keselamatan dan strategik.

Antara fakta menarik ialah Osama pernah berkerja untuk CIA di Afghanistan ketika negara itu diserang Kesatuan Soviet. CIA menyalurkan dana yang besar supaya Osama melatih kumpulan pelampau Islam bagi menentang Kesatuan Soviet.

Tetapi pada 11 September 2001, CIA mengkambing hitam Osama sebagai petualang. Lebih menimbulkan persoalan lagi apabila era Barack Obama, mayat Osama yang didakwa dibunuh tidak ditunjukkan sebagai bukti. CNN yang berjaya merakamkan detik-detik keruntuhan WTC tetapi gagal merakamkan detik kematian Osama. Pelik bukan? Jadi, bolehkah kita percaya Osama agen CIA ini sudah mati?

CIA menakutkan dunia kononnya al_Qaeda mempunyai senjata biologi antraks yang boleh memusnahkan manusia, anehnya sampai sekarang belum ada yang menjadi mangsa. Kemudian CIA mendakwa Iraq membina loji senjata nuklear tetapi hingga kini juga tidak dibuktikan kewujudannya. Kalau diperhatikan modus operandinya sama; wujudkan kegemparan kemudian bertindak menyerang demi keamanan dunia.

Kembali kepada isu MH370, CNN kelihatan begitu beremosi apabila Malaysia tidak membenarkan CIA mengetuai pencarian pesawat MH370. Kemudian bertindak menyemarakkan kemarahan keluarga penumpang warga China hingga menggugatkan hubungan Malaysia - China.

Daripada tragedi ini sama ada kita mengaku atau tidak, ia telah mengeruhkan kalau pun tidak meretakkan hubungan diplomatik dan ekonomi antara kedua-dua negara. Kita kena realistik bahawa kebergantungan Malaysia kepada China dalam ekonomi sangat tinggi dan MH370 memberi kesan yang sangat besar.

Pihak yang cemburu terhadap hubungan akrab Malaysia - China akan menangguk peluang daripada tragedi yang misteri ini. Sedikit sebanyak hasilnya sudah kelihatan, Malaysia terpaksa bertungkus lumus menjernihkan hubungan.

Kerana itu biarlah kita ada sedikit rasa curiga dengan pihak luar yang ada sejarah liarnya. Tidak semua pandangan yang dianggap 'karut' dan 'tidak masuk akal' hanya teori konspirasi kosong semata-mata. Sudah terbukti teori yang dianggap 'karut' mengenai 11 September sebenarnya satu fakta. Saya percaya pihak berkuasa tidak anggap semuanya karut. Mereka lebih bijak daripada CIA.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140406/re_03/CIA-dan-teori-konspirasi-hilangnya-MH370#ixzz2yAB5NYgu  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - Agenda peribadi media Barat

PERISTIWA kehilangan pesawat MH370 milik MAS sejak 8 Mac lalu nyata memberi kesan bukan sahaja kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal tetapi juga seluruh warga Malaysia yang turut bersedih dan bersimpati.


Namun pada masa yang sama wujudnya pelbagai spekulasi mahupun fitnah yang mengeruhkan keadaan serta mengganggu emosi ahli keluarga penumpang dan anak kapal. Lebih memburukkan keadaan, terdapat laporan tidak bertanggungjawab oleh media Barat yang cenderung melaporkan berita berat sebelah dan memburuk-burukkan kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia.

Baru-baru ini, The Daily Mail memaparkan tajuk berita ‘Anak perempuan akui Kapten MH370 kelihatan keliru dan terganggu.’ Aishah Zaharie, anak perempuan Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang, membidas laporan The Daily Mail yang mendakwa bapanya mengalami gangguan emosi beberapa minggu sebelum tragedi itu.

Untuk itu, wartawan Mingguan Malaysia RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH telah mewawancara Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara (MPN), PROF DR. NIK AHMAD KAMAL NIK MAHMOD bagi mendapat ulasan lanjut.

Ujar beliau, laporan berita yang tidak berasaskan fakta benar boleh dikategorikan sebagai fitnah dan boleh membawa kepada tuntutan mahkamah.

"Jika sesuatu yang hendak disiarkan itu ialah komen atau pandangan, dan bukan fakta, media yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan undang-undang.

MINGGUAN: Bagaimana Prof. melihat isu dan peranan media Barat yang sering membuat laporan berita berat sebelah malah hingga ke tahap memfitnah dalam perkara melibatkan kes kehilangan pesawat MH370?

NIK AHMAD: Banyak sebab media Barat membuat berita yang dilihat berat sebelah dan berbentuk spekulasi. Salah satunya ialah mereka mahu mensensasikan sesuatu berita itu. Kalau media cetak, mereka mahu menjual akhbar dan media elektronik pula mahu menaikkan jumlah penonton. Berita biasa mungkin tidak menarik penonton tetapi jika berita itu sensasi sehingga menimbulkan persoalan tentang tragedi tersebut, maka berita itu dikatakan dapat menarik lebih ramai penonton atau pembaca. Berbeza dengan media kita sendiri yang biasanya melaporkan apa yang dinyatakan di dalam sidang media dan maklumat itu sah atau mereka hanya melaporkan berita daripada pendapat pakar-pakar kita sahaja. Tindakan media tempatan itu tidak menimbulkan berita yang sensasi hingga menimbulkan kekeliruan dan fitnah. MH370 ialah tragedi dan kalau boleh, janganlah kita menimbulkan spekulasi.

Saya melihat fenomena ini berlaku kerana wujudnya media alternatif iaitu Internet. Kita tidak boleh menghentikan spekulasi atau pembohongan yang disebarkan di Internet. Sebagai orang yang waras, kita harus mendapatkan berita yang betul. Ada orang yang menerima bulat-bulat spekulasi tersebut. Inilah cabaran dari segi aspek media ketika berhadapan dengan tragedi MH370. Menyentuh tentang media Barat tadi, isu sensasi menjadi keutamaan mereka untuk melariskan akhbar. Sebab itulah banyak berita yang tidak benar seperti kes juruterbang itu sendiri hingga menyebabkan anaknya membidas laporan tersebut. Ini termasuklah transkrip perbualan juruterbang dan pembantu juruterbang dengan menara kawalan, laporan media Barat ternyata tidak benar malah jauh berbeza dengan transkrip sebenar.

Berita mereka berbentuk fitnah dilakukan untuk agenda atau kepentingan tertentu. Namun apa yang boleh kita lakukan?

NIK AHMAD: Isu fitnah ialah isu undang-undang. Jika kita lihat daripada perspektif media, memang mereka tidak boleh lari daripada laporan yang kadang-kadang tidak benar dan boleh menimbulkan fitnah, merosakkan nama atau reputasi seseorang ataupun kerajaan sendiri. Akibatnya, nama seseorang itu boleh terkesan dan boleh memberi pandangan buruk serta menjatuhkan kredibiliti. Bagi memulihkan nama baik seseorang itu, maka mereka boleh membuat tuntutan mahkamah iaitu saman fitnah. Ini kerana orang yang difitnah atau keluarganya mungkin boleh mengalami tekanan emosi, tidak mendapat kepercayaan dan sebagainya. Tetapi kita harus ingat, media-media Barat tersebut mungkin akan melindungi diri dengan mengemukakan dalil yang dinamakan 'keistimewaan bersyarat' dengan menafikan berita yang disampaikan sebenarnya bukan fitnah.

Ada beberapa alasan atau keistimewaan bersyarat yang akan mereka berikan. Pertama, media tersebut mungkin akan mengatakan berita tersebut mereka sampaikan dengan suci hati iaitu tiada niat jahat. Kedua, mereka akan memberi alasan bahawa berita tersebut disiarkan demi kepentingan awam. Selain itu, mereka juga akan mengatakan mereka mendapat berita daripada satu sumber yang tidak boleh disiarkan namanya. Ataupun mereka akan memberi alasan bahawa berita itu disampaikan setelah melakukan siasatan. Ini merupakan alasan-alasan yang mungkin mereka utarakan.

Walaupun wujudnya alasan 'keistimewaan bersyarat' tetapi ada bukti-bukti bahawa laporan tersebut tidak benar, maka tuntutan mahkamah boleh dilakukan. Pun begitu, kita boleh membuat tuntutan mahkamah terhadap mahkamah Barat tetapi harus diingat ia mungkin melibatkan kos tinggi. Contohnya, jika berita tersebut disiarkan media di Amerika, kita kena buat tuntutan mahkamah atau kemukakan saman di mahkamah Amerika. Ini termasuklah jika tuntutan individu ataupun pihak kerajaan sendiri. Berbeza jika laporan media tempatan yang mungkin menyiarkan berita tidak benar, tuntutan mahkamah boleh dilakukan di sini.

Pihak media Barat sering mendabik dada kononnya laporan berita mereka tentang MH370 adalah yang terbaik. Dalam hal ini, ternyata kebebasan media dan bersuara telah disalahgunakan. Apa sebenarnya agenda mereka?

NIK AHMAD: Jika kita perhatikan, mereka tidak putus-putus melaporkan berita yang disampaikan dalam sidang media MH370. Dalam pada itu, mereka juga mendapatkan berita daripada sumber-sumber lain contohnya pegawai-pegawai peringkat bawahan atau orang luar yang mungkin tidak terlibat dalam misi pencarian MH370. Jika menghasilkan berita berdasarkan pandangan teknikal tiada masalah tetapi jika menggunakan pandangan sumber untuk mewujudkan spekulasi, ia merupakan satu kesalahan kerana tidak berasaskan bukti yang jelas. Ini dipanggil putar belit atau spin.

Inilah yang sering dilakukan media Barat yang menganggap sumber merekalah yang benar. Jika melaporkan berita berasaskan andaian semata-mata, maka ia melanggar etika kewartawanan. Dalam tragedi MH370, media-media Barat ini dilihat mencari kesalahan pihak yang terlibat dalam misi pencarian pesawat tersebut termasuk pihak kerajaan. Ini diakui sendiri Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berpendapat kerajaan bukan sahaja berhadapan cabaran mencari pesawat tetapi juga cabaran mengatasi spekulasi MH370 itu sendiri.

Dari sudut perundangan mungkin sesuatu perlu dilakukan atau diberi bantuan kepada keluarga Kapten Zaharie sebagai pengajaran kepada pihak media Barat selain memastikan kerajaan membela rakyat dan krew dari Malaysia?

NIK AHMAD: Pada pendapat saya, kalau ada bantuan kewangan untuk mereka, mungkin kerajaan boleh fikirkan. Namun, hal ini tidak termasuk dalam biro bantuan guaman kerana kes ini bukan berkaitan undang-undang keluarga atau kes-kes terhad jenayah. Tetapi dalam kes tindakan sivil seperti ini mungkin kerajaan boleh membantu untuk menebus nama baik. Mungkin pada masa akan datang, jika kotak hitam ditemui dan jelas punca tragedi MH370 ialah kemalangan dan bukannya kesilapan juruterbang itu sendiri, saya berpendapat kerajaan boleh mengambil tindakan selanjutnya kepada media Barat tersebut. Tindakan undang-undang sivil boleh diambil dalam tempoh enam tahun daripada tarikh artikel disiarkan.

Jika berhadapan dengan kes saman daripada beberapa pihak misalnya waris keluarga dan sebagainya. Apa persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Malaysia Airlines (MAS) dan pihak kerajaan?

NIK AHMAD: Mengikut Konvensyen Montreal 1999, syarikat penerbangan wajib membayar pampasan. Malaysia ialah salah sebuah negara yang menandatangani konvensyen tersebut. Selain itu, keluarga dan waris juga boleh membuat tuntutan sivil kepada MAS dan kerajaan Malaysia. Saya juga ada terbaca satu pendapat jika pesawat masih tidak ditemui agak sukar untuk pihak yang dituntut untuk membela diri. Tetapi itu hanya pendapat. Namun, mengikut perundangan antarabangsa, waris boleh membuat tuntutan lebih-lebih lagi melibatkan kecuaian dan ini mungkin melebihi jumlah pampasan yang wajib dibayar. Menurut pakar perundangan penerbangan, tuntutan tidak perlu menunggu sehingga kotak hitam ditemui.

Buat masa sekarang, semua pihak termasuk pihak keluarga mangsa harus bersabar sehingga bukti ditemui. Saya berharap krisis ini dapat diselesaikan segera dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana dapat menangani krisis ini dengan baik walaupun menempuh pelbagai cabaran termasuk media Barat.

Penangan media sosial kini banyak memberi kesan negatif terutama jika laporan yang ditulis itu adalah tidak benar. Jika ada individu di media-media sosial ini memaparkan berita berbaur fitnah, bolehkah mereka dikenakan tuntutan mahkamah?

NIK AHMAD: Di media sosial pelbagai cerita dan spekulasi berterusan ditulis. Komen-komen liar yang menyentuh perasaan keluarga yang sedang menghadapi situasi getir ini sepatutnya tidak dibuat. Perasaan keluarga yang tertekan dengan kehilangan ini akan bertambah dengan tohmahan dan juga fitnah yang tentu boleh saja menyebabkan emosi mereka terganggu. Jika ini berlaku, sebarang berita yang mereka kongsikan boleh berunsur fitnah. Sesuatu berita itu menjadi fitnah apabila berlaku komunikasi dengan pihak ketiga. 

Misalnya, seorang pengguna laman sosial Facebook, berkongsi satu berita yang tidak benar, ada orang lain membaca atau like, ia ialah fitnah. Jadi ahli keluarga mangsa boleh melakukan tuntutan mahkamah. Jika individu berkenaan berada di luar negara, tuntutan mahkamah boleh dibuat di negara tersebut. Jika individu berada di dalam negara, saman fitnah boleh dibuat di sini. Oleh itu, sebagai pengguna laman sosial, mereka perlu berhati-hati berkongsi sesuatu berita lebih-lebih lagi yang diperolehi daripada media Barat.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140406/re_02/Agenda-peribadi-media-Barat#ixzz2yA7id1ZN  © Utusan Melayu (M) Bhd 



RBA pengkhianat bukan pejuang




Oleh Zulkiflee Bakar







BARU-baru ini penulis menerima senarai hampir 160 laman Facebook yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Red Bean Army (RBA).

Sebelum itu pada 1 April lalu, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa memperoleh senarai 800 nama anggota RBA yang dibayar dengan gaji RM3,000 sebulan bagi membodohkan orang awam dengan pelbagai provokasi memburuk-burukkan kerajaan.

Penulis percaya ada dalam kalangan mereka ini terdiri daripada anak Melayu yang bersedia menggadaikan maruah diri hanya kerana sedikit bayaran dan dipengaruhi politik kebencian.

Sememangnya apa yang dilakukan oleh RBA amat berbahaya kepada negara kerana mereka sanggup menyebarkan apa juga fitnah dan tohmahan semata-mata untuk memburuk-burukkan imej kerajaan.

Berdasarkan maklumat, RBA yang dikatakan beroperasi di sebuah bangunan di Pulau Pinang dan di sebuah hotel di Kuala Lumpur telah bergerak aktif sejak empat tahun lepas.

Modus operandi mereka cukup terancang dengan mensasarkan pengguna teknologi maklumat (IT) dalam kalangan pengundi muda melalui Facebook, Twitter, blog dan portal berita Internet.

Mungkin pihak yang menaja RBA berbangga kerana setakat ini usaha mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan berhasil dan paling ketara mereka berjaya mempengaruhi pengundi Cina dalam pilihan raya umum lalu untuk tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun tanpa mereka sedari atau sengaja melupakan, mereka sedang bersekongkol dengan satu kelompok yang bertindak sebagai pengkhianat dan jika kelompok RBA ini terus dibiarkan bermaharajalela ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara.

Apa yang dilakukan oleh RBA sejak kebelakangan ini bukanlah berkaitan soal untuk memberi keuntungan politik kepada sesiapa tetapi boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara. Bagi mereka yang terlibat dalam kelompok ini, mungkin mereka berasa bangga kerana setakat ini tiada mana-mana pihak pun dapat mengesan siapa sebenar RBA.

Malahan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menyekat akses Internet individu yang dipercayai terlibat dengan RBA juga tidak mampu berbuat apa-apa. Justeru ia menyebabkan RBA semakin biadab dan kebiadapan mereka tiada batasannya.

Oleh itu, tidak perlulah kita menaruh harapan untuk melihat RBA dihapuskan, sebaliknya apa yang harus dilakukan adalah mempertingkatkan kesedaran kepada rakyat khususnya dalam kalangan orang Melayu untuk menolak kebiadapan RBA kerana RBA bukanlah pejuang tetapi pengkhianat.

Orang Melayu perlu sedar RBA bukan berjuang untuk kesejahteraan rakyat negara ini biar pun ada orang Melayu bersedia menjadi ‘hamba’ mereka. Sebaliknya, RBA berjuang bagi membolehkan kelompok tertentu mencapai cita-cita politik mereka. Jika dakwaan ini tidak benar, maka RBA perlu tampil untuk menafikan tuduhan ini, tetapi penulis yakin RBA tidak mempunyai keberanian tersebut termasuklah kelompok yang membiayai aktiviti mereka.

RBA hanyalah kelompok pengecut yang berselindung di sebalik nama-nama samaran dan akaun Facebook yang menggunakan identiti palsu, sebab perjuangan mereka bukanlah ikhlas untuk kepentingan negara tetapi sebaliknya mahu menghancurkan apa yang ada di negara ini khususnya dari segi perpaduan kaum dan kestabilan politik.

Sebab itulah, RBA menyerang kerajaan dalam apa juga isu dan tiada satu pun pujian yang diberikan kepada kerajaan biar pun mereka mengetahui tindakan kerajaan adalah betul termasuk insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Malah kita tidak harus lupa bahawa RBA juga pernah menghina Islam, pemimpin negara, orang Melayu dan raja-raja Melayu. Dalam diri mereka yang terlibat dengan RBA tidak ada perasaan hormat terhadap mana-mana institusi atau individu di negara ini. Keadaan itulah yang membolehkan RBA sentiasa biadab atau kurang ajar dalam tindakan mereka.

Selain itu, penulis tidak menganggap apa yang dilakukan oleh RBA akan memberi keuntungan politik jangka masa panjang kepada mana-mana pihak, sebaliknya ia akan mengundang petaka kepada mereka yang bersedia bersubahat dengan pengkhianat negara tersebut.

RBA tidak boleh selama-lamanya berselindung di sebalik tohmahan, fitnah, cacian dan penghinaan bagi menjayakan agenda songsang mereka, lambat laun rakyat akan sedar juga betapa bahaya permainan RBA.

Berikutan keadaan itulah pihak tertentu tidak boleh berputus asa untuk ‘memburu’ RBA sehingga ke lubang cacing. Kalau pun puak ini tidak boleh dihapuskan sekurang-kurangnya ada langkah agresif bagi memerangi segala tohmahan dan dakyah yang disebarkan RBA.

Kita harus menerima hakikat, ketika ini ada kelemahan untuk memerangi RBA. Pihak yang bertanggungjawab menangkis serangan RBA tidak berupaya untuk berbuat apa-apa. Situasi inilah yang memungkinkan RBA semakin ‘besar kepala’ dan bergembira dengan kerja-kerja jahat mereka.

Justeru sudah sampai masanya sebelum terlambat, satu tindakan perlu disusun untuk memastikan RBA mampu dihapuskan. Mungkin ia nampak sukar tetapi jika RBA begitu yakin dengan perbuatan ‘gila’ dan jahat mereka, kenapakah pihak yang terlibat tidak ada keyakinan untuk memastikan RBA ‘ditamatkan riwayatnya’. 

Hebat sangatkah RBA sehinggakan tidak ada mana-mana pihak mampu menentang mereka?

Penulis yakin RBA tidak akan mampu selama-lamanya bertahan kerana dari semasa ke semasa siapa, di mana dan bagaimana modus operandi kumpulan haram itu semakin terdedah.

Selain itu, sejarah juga sudah membuktikan, mana-mana kelompok yang cenderung untuk mengkhianati negara ini tidak pernah selamat. Inilah hakikat yang harus diterima oleh RBA - tidak kira siapa pun mereka dan siapa yang ‘mengupah’ mereka!


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140407/re_06/RBA-pengkhianat-bukan-pejuang#ixzz2yA5eulYM  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - Bersandarkan hubungan baik negara

SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat, Chuck Hagel, (tengah) menyampaikan ucapan pembukaan di persidangan meja bulat bersama Menteri-Menteri Pertahanan Asean pada 2 April lalu, di Honolulu, Hawaii. - AGENSI

LAWATAN Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke Hawaii di tengah-tengah krisis kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, baru-baru ini dilihat berjaya mencapai objektifnya, ibarat peribahasa Melayu, sambil menyelam minum air.

Beliau bukan sahaja dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi kepada Menteri Pertahanan Asean termasuk Amerika Syarikat (AS) di Honolulu, malah mengambil kesempatan itu untuk memaklumkan kepada mereka mengenai perkembangan terkini dalam pencarian pesawat Malaysia yang hilang sejak 8 Mac.

Menteri Pertahanan Malaysia itu yang secara meluas dianggap sebagai ‘wajah carian MH370’ benar-benar ikhlas dengan ucapan terima kasih beliau terhadap bantuan yang dihulurkan kepada Kuala Lumpur dalam operasi pencarian pesawat yang melibatkan pelbagai negara, yang kini tertumpu di Selatan Lautan Hindi.

Keakraban antara Hishammuddin yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan dan menteri-menteri lain jelas kelihatan di Honolulu dengan mereka saling berinteraksi mesra antara satu sama lain dalam pelbagai perbincangan di Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean pertama yang diusahakan oleh Setiausaha Pertahanan AS, Chuck Hagel.

Seorang pemerhati berkata, Malaysia dapat mengumpulkan banyak negara di rantau Asia Tenggara dan negara lebih jauh seperti Amerika Syarikat, Perancis, Australia, India, China dalam usaha untuk mencari MH370, berikutan Kuala Lumpur, hakikatnya rakan kepada semua orang.

"Dengan Malaysia, apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapatkan," katanya mengenai pengendalian Malaysia dalam hubungannya dengan negara-negara lain.

Pesawat Malaysia Boeing 777-200ER ke Beijing membawa 277 penumpang dan 12 anak kapal itu hilang pada 8 Mac di Laut China Selatan setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat MAS penerbangan MH370 "berakhir di Selatan Lautan Hindi".

Operasi membabitkan pelbagai negara bagi mencari MH370 itu bermula di Laut China Selatan sebelum diperluaskan ke Selat Melaka dan Laut Andaman. Analisis data satelit menunjukkan bahawa pesawat itu terbang menuju ke arah Selatan Lautan Hindi, lokasi di mana carian terus dijalankan.

Walaupun tuduhan yang diterima sebaliknya, Malaysia terus teguh mengatakan bahawa ia tidak menyembunyikan apa-apa dan begitu telus dalam mengendalikan pesawat penumpang yang hilang itu. Sidang media diadakan secara kerap untuk mengemas kini pihak media - juga diperluaskan kepada dunia - mengenai pencarian MH370 dengan pegawai rakyat Malaysia dihantar ke Beijing untuk melakukan perkara yang sama kepada anggota keluarga penumpang warga China.

Daripada 227 penumpang pesawat berkenaan, 153 adalah warga China.

Di Honolulu, menteri pertahanan Asean menyokong Malaysia dalam perkara ini dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada akhir forum pertahanan yang bermula dari 1 hingga 3 April.

"Kami percaya bahawa Malaysia telah melakukan yang terbaik dalam mengendalikan keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini melihat semata-mata kepada skala operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang terbesar dan paling kompleks pernah kami lihat," kata mereka.

Menteri-menteri berkenaan menegaskan bahawa perpaduan negara Asean kekal kukuh dan 10 negara anggota kumpulan negara Asia Tenggara benar-benar komited untuk membantu Malaysia dalam menyelaraskan operasi besar-besaran SAR bagi mengesan MH370.

Hagel sendiri secara jelas menyokong komitmen AS untuk terus memberi sokongan kepada operasi mencari dan menyediakan apa sahaja aset yang perlu.

Kepentingan Setiausaha Pertahanan AS untuk tinggal di Hawaii walaupun terpaksa berurusan dengan insiden tembakan beramai-ramai di pangkalan tentera AS di Fort Hood, Texas yang mengakibatkan empat terbunuh dan 16 cedera, jelas tidak mengenepikan Hishammuddin dan Asean.

"Ia menggambarkan sejauh mana penekanan Setiausaha Hagel terhadap Asean," kata Hishammuddin merujuk kepada pegawai pertahanan atasan AS itu.

Asean terdiri daripada Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Di Honolulu juga, Hishammuddin mendapat pengesahan dari rakan sejawatannya dari United Kingdom, Philip Hammond bahawa Kapal Selam Nuklear British, HMS Tireless telah menyertai misi pencarian pesawat penerbangan MH370.

Menteri Malaysia itu terbang pulang dengan hati yang tenang dalam pengetahuan bahawa Kuala Lumpur mempunyai ramai kawan yang boleh diharapkan ketika waktu, ia sangat memerlukan bantuan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140407/re_01/Bersandarkan-hubungan-baik-negara#ixzz2yA2n4qRG  © Utusan Melayu (M) Bhd 



MH370 - Letakkan kepentingan negara mengatasi politik



Oleh Hassan Mohd. Noor







MINGGU pertama bulan Mac pada tahun 2013 dan 2014 sememangnya amat mencabar bagi negara kita. Dalam dua tempoh ini, Malaysia menjadi tumpuan dan perhatian dunia. Pertama pada Mac 2013 apabila pihak keselamatan melancarkan Ops Daulat di Sabah pada 5 Mac bagi memerangi pengganas Kiram yang menceroboh Kampung Tanduo, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu sejak 12 Februari. Operasi itu terpaksa dilakukan selepas rundingan selama sebulan gagal mencapai penyelesaian. Ketika itu, ada pihak yang menyifatkan pencerobohan itu sebagai sandiwara kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun yang turut menjadi korban adalah anggota pasukan keselamatan kita. Tanpa memikirkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mangsa, pihak berkenaan sanggup memutar belitkan peristiwa itu demi kelangsungan politik mereka.

Kini tragedi pada bulan Mac berulang.Walaupun ia bukan dalam bentuk serangan atau pencerobohan tetapi apa yang berlaku mencetuskan perhatian besar dunia. Sebulan sudah berlalu. Misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac belum terjawab walaupun penerbangan pesawat itu `berakhir’ di Lautan Hindi. Masyarakat dunia masih menanti jawapan di manakah pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu. Masih ada yang mengharapkan anak-anak kapal dan penumpang selamat. Sudah banyak teori dibincangkan termasuk melalui laman sosial seperti Facebook, WhatsApp dan Twitter.

Lebih malang lagi apabila ada pihak yang menyatakan kerajaan menyembunyikan maklumat atau tidak telus berhubung misteri ini. Kenapa kerajaan perlu menyembunyikan maklumat? Jika benar, tergamakkah Malaysia menyusahkan dunia? Adakah mereka (pihak yang menuduh) sedar bahawa sudah banyak tenaga kerja, wang ringgit yang dihabiskan untuk mencari MH370?

Pencarian yang dianggap termahal dalam sejarah itu bukan sahaja melibatkan Malaysia tetapi banyak negara yang turut menyumbangkan peralatan tercanggih. Bayangkan jika Malaysia sebagai ‘pihak tuan rumah’ diwajibkan membayar kos berkenaan. Apa akan terjadi kepada negara ini? Ada juga yang secara sinis memperlekehkan tahap keupayaan negara sehingga ke tahap ‘mendabik dada’ bahawa jika mereka berada di jawatan berkenaan, masalah boleh selesai. Ada juga yang menjadikan tragedi ini sebagai usaha menarik perhatian orang ramai menghadiri ceramah mereka kerana sedar bahawa isu lain tidak mampu menarik kehadiran pengunjung. Dengar tajuk ceramah teruja orang mahu mendengarnya. Contohnya Ceramah Perdana Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu di Muar, Johor baru-baru ini bertajuk Penjelasan Misteri MH370. Siapakah Mat Sabu yang mahu menjelaskan misteri berkenaan? Maka diselitkan ‘sepatah dua’ perkara berkaitan misteri itu tetapi tidak ada ‘penjelasan yang jelas’. Dalam erti kata lain mereka ini seolah-olah lebih bijak daripada Perdana Menteri, Najib Tun Razak, lebih hebat daripada Perdana Menteri Australia, Tony Abbott atau Menteri Pengangkutan Hishammuddin Tun Hussein. Ada juga yang bercakap dan ‘memberi kenyataan' seolah-olah merekalah yang lebih tahu berbanding pengetahuan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya atau Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Azharuddin Abdul Rahman.

Mereka yang di luar operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini seolah-olah lebih arif. Begitulah jadinya apabila setiap isu mahu dipolitikkan oleh sesetengah pihak demi kelangsungan hayat politik mereka. Sepatutnya dalam situasi seperti ini, rakyat tanpa mengira fahaman politik perlu bersama - satu hati - menyokong kerajaan dalam melakukan sebarang tindakan untuk menyelesaikan kemelut ini. Janganlah bertindak ‘menikam dari belakang’. Adalah kurang bijak kita ‘meludah ke langit’ kerana akhirnya terpalit di batang hidung sendiri. Tindakan golongan seperti ini boleh menggugat kestabilan negara. Cukuplah serangan siber yang tidak henti-henti menyalakan api kebencian terhadap kerajaan. Begitu juga media asing yang cuba mencari silap.

Ada juga orang politik yang menggunakan media asing untuk menuding jari terhadap kerajaan. Mereka tidak peduli apa yang akan berlaku kepada negara. Ingatlah situasi yang dihadapi hari ini bukan kerana politik. Maka tidak wajar mana-mana pihak mempolitikkan isu ini. Alangkah baik jika mereka tidak bercakap sesuatu yang hanya memburukkan nama negara. Lebih baik mereka sama-sama mendoakan agar usaha pencarian ini berjaya dan diselesaikan dengan segera. Kenapa ketika kebanyakan negara di dunia menghargai usaha yang dilakukan Malaysia, masih ada pihak mempersendakan ‘keluarga’ sendiri? Agak membimbangkan jika dalam suasana hari ini, akan ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjejaskan imej negara. Sememangnya musuh akan sentiasa mencari ruang untuk memusnahkan kita. Kita tidak tahu agenda yang ada.

Jerat tidak pernah melupakan pelanduk tetapi pelanduk selalu melupakan jerat. Kelemahan dan perpecahan sesuatu kaum atau bangsa itu akan memudahkan usaha meruntuhkan kekuatan yang ada. Tidak dinafikan orang kita memang gemar mendengar cerita-cerita karut yang menarik perhatian mereka untuk menganalisis sesuatu peristiwa lebih-lebih lagi melalui laman media sosial.

Ada juga pihak yang hanya pandai mengkritik tetapi tidak tahu apa penyelesaiannya. Umpama saudagar air liur. Teori mereka, dan siasatan mereka berdasarkan pelbagai sumber media sosial, lebih hebat daripada agensi perisikan FBI atau CIA.

BACAAN AL- QURAN SERTA DOA

LEGA apabila mendengar kekerapan bacaan ayat-ayat suci al-Quran walaupun sekadar surah al-Fatihah di media elektronik. Mungkin langkah ini boleh dikekalkan selepas ini. Jangan menanti musibah baru kita mengingati ayat-ayat al-Quran yang siap dengan terjemahannya. Tanpa perlu mencari penaja untuk menaja bacaan ayat-ayat al-Quran ini, media elektronik boleh meneruskan apa yang dilakukan sekarang. Siarkan surah-surah pendek yang dapat memberi peringatan kepada masyarakat. Bagi orang Islam, sekurang-kurangnya dapat mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT.

Begitu juga dengan doa yang berkaitan dengan misteri kehilangan MH370. Terasa tenang mendengar doa-doa ini dibaca atau dihuraikan. Seperkara lagi, banyak juga pihak yang menyarankan supaya doa perjalanan dibaca sebelum pesawat berlepas.

Beberapa syarikat penerbangan melakukannya termasuk Saudi Airlines, Royal Brunei, Qatar Airways dan Emirates. Doa perjalanan walaupun hanya melalui tayangan video tetapi sekurang-kurangnya ia memberi peringatan kepada kita. Jika tidak dibaca oleh pihak syarikat penerbangan, berapa ramai yang membaca doa perjalanan sebelum pesawat berlepas. Berapa ramai pula yang menunaikan solat musafir sebelum melakukan perjalanan jauh. Adakah kita hanya sedar apabila musibah sudah berlaku dan kemudian mencari silap orang lain. Lumrahnya, silap sendiri dilupakan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140407/re_02/Letakkan-kepentingan-negara-mengatasi-politik#ixzz2yA0Kgpty  © Utusan Melayu (M) Bhd