Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 13 June 2011

KPI CALON UMNO - MORAL PALING PENTING


Gunakan kebijaksanaan – PM
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR



Najib Tun Razak ditemani Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo (kiri) bersalaman bersama ahli-ahli parti ketika hadir merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO bahagian itu di Pejabat UMNO Ampang, Kuala Lumpur, semalam. – Utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin


KUALA LUMPUR 12 Jun – UMNO dan Barisan Nasional (BN) digesa menguruskan persepsi masyarakat dengan bijak bagi membolehkan rakyat memahami jasa parti politik itu yang telah dilaksanakan sejak zaman kemerdekaan lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, persepsi serta sentimen rakyat perlu dipupuk supaya mereka dapat melihat UMNO dan BN sebagai parti yang paling baik, bercakap benar serta mampu membela nasib rakyat.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan segera memandangkan pakatan pembangkang kini semakin galak membentuk persepsi palsu dalam kalangan masyarakat dengan melakukan pelbagai pembohongan.

“Yang dah benar pun boleh bersilat lagi, nak minta profil asid deoksiribonukleik (DNA) tak beri, kata pula hakim macam-macam, soal jam tangan Omega tak terjawab sampai sekarang, masih lagi bersilat kata kita jahat, kita fitnah, kita bohong.

“Tetapi soal moral mereka itu memang dipersoalkan, bukan kerajaan yang persoal tetapi orang dia juga, bukan kita yang bawa dia ke mahkamah, tetapi pembantu peribadinya,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ampang, dekat sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Najib yang juga Presiden UMNO memberitahu, para pemimpin parti dari setiap peringkat perlu berusaha lebih keras untuk mendampingi rakyat dan bukannya berbalah bagi merebut kuasa serta menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Katanya, ini bagi memastikan rakyat akan tetap menyokong parti itu pada pilihan raya nanti bagi membolehkannya meneruskan usaha membangunkan negara serta memelihara nasib rakyat.

“Kalau jadi pemimpin kawasan, kita mesti tengok prestasi sama ada dia bekerja kuat untuk kepentingan parti atau dia disukai oleh rakyat dan adakah cukup nilai moral sebagai pemimpin yang boleh kita pilih sebagai calon pada masa akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Najib berkata, kerajaan akan terus melaksanakan program bersesuaian bagi meringankan beban rakyat pada masa akan datang.

Sebagai contoh, katanya, kerajaan akan meminta bantuan syarikat pasar raya besar Mydin untuk menawarkan harga rendah bagi pelbagai barangan keperluan harian memandangkan syarikat itu mempunyai keupayaan berbuat demikian dan perkara tersebut akan diumumkan sedikit masa lagi.

“Selain itu, kerajaan juga sedang menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan bagi rakyat negara ini dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP),” jelasnya.


KOMEN : SEMOGA NAJIB KOTAKAN APA YANG DIKATAKAN... RAMAI SANGAT PEMIMPIN UMNO YANG GILAKAN KUASA DAN PANGKAT UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI... YANG DAH TERLALU LAMA PUN USAHLAH DI RECYCLE SEMULA... UMNO MESTI MENJADI PARTI YANG TERBAIK MEMBELA NASIB RAKYAT... TAPI JANGANLAH TERLALU TUNDUK DENGAN DESAKAN DARI KAUM LAIN....

Friday, 10 June 2011

SPRM jamin pantau projek mega

Oleh Norfatimah Ahmad dan Osman Lisut
DARI BERITA HARIAN
2011/06/10



Suruhanjaya tidak pernah terlepas pandang semua kepentingan awam

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi jaminan akan sentiasa memantau dengan terperinci pelaksanaan semua projek mega kerajaan bagi memastikan ia dijalankan dengan telus.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed, berkata suruhanjaya itu tidak pernah terlepas pandang terhadap semua projek berkepentingan awam negara ini.
“Saya tidak boleh memberitahu projek mega mana yang SPRM pantau, tetapi cukup saya tegaskan ia sudah menjadi tanggungjawab suruhanjaya ini untuk memantau semua projek kerajaan dan mencegah jika berlaku rasuah atau penyelewengan,” katanya di sini, semalam.
Semalam akhbar ini memberitahu, pelaksanaan semua projek mega kerajaan bernilai lebih RM500 juta dan berkepentingan awam akan lebih telus apabila SPRM mula memantau projek berkenaan dalam masa terdekat.

Antara projek mega dijangka dipantau SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti itu adalah Menara Warisan 100 tingkat bernilai RM5 bilion, Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM36 bilion dan pembangunan semula kawasan Penjara Pudu, dikenali sebagai Bukit Bintang City Centre (BBCC) bernilai RM6.7 bilion.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, projek berkaitan sistem pengangkutan negara akan menjadi perintis pembabitan SPRM dalam projek mega kerajaan.

“Projek mega itu bermula Julai ini, sekali gus menandakan bermulanya tugas SPRM menerusi Jawatankuasa Keutuhan dan Integriti untuk memastikan tiada sebarang unsur rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa sepanjang pelaksanaan projek itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sumber itu berkata, pegawai SPRM yang akan ditugaskan mengendalikan setiap projek mega kerajaan itu bertanggungjawab menasihat dan mengemukakan pandangan yang menjurus kepada pencegahan.

“Teguran dibuat semata-mata untuk mengelak sebarang kejadian yang boleh memberi imej buruk kepada kerajaan, selain memelihara kepentingan awam,” katanya.

Katanya, selain memantau perancangan dirangka pemilik projek, SPRM turut meneliti pelaksanaan projek peringkat awal, pertengahan dan akhir, termasuk membabitkan agensi kerajaan.

KOMEN : SPRM MESTI JUGA MEMANTAU PROJEK-PROJEK KERAJAAN YANG BUKAN MEGA DAN PROJEK SWASTA YANG AKAN MELIBATKAN AGENSI KERAJAAN SEPERTI CONTOH PROJEK PERUMAHAN DARI RASUAH...SEPERTI CF LULUS TAPI RUMAH DEFECT (BANYAK KEROSAKAN)...

Jangan hina institusi mufti kerana berbeza ideologi politik


Oleh Dr Abdullah Zain
DARI BERITA HARIAN 2011/06/10



Guna gelaran buruk serlah kebiadaban si pemanggil

AKHBAR Berita Harian, 4 Jun lalu melaporkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggelar ‘ulama’ pro-BN syaitan bisu di Muktamar Tahunan Pas ke-57. Begitu juga dalam Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2011, di muktamar sama, bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa membuat kenyataan mufti sebagai syaitan bercakap.

Beliau lebih berani lagi mengkhususkan penghinaan itu dengan menggelar Sahibus Samahah Mufti Perak sebagai ‘mufti poco-poco, mufti yoga, mufti haramsani.’ Tuduhan seperti itu sepatutnya tidak berlaku dalam gerakan Islam yang mendakwa memperjuangkan Islam seperti firman Allah yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-mu Dia-lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dia-lah juga yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Surah An-Nahl, ayat 125) Islam melarang penganutnya menghina, menggelar, memanggil insan lain dengan panggilan atau gelaran tidak disukai atau yang kurang sopan apatah lagi jika panggilan itu boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi golongan ulama seperti mufti.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Daripada Abu Jubayrah Ibn al-Dahhak dengan katanya: “Surah al-Hujurat, ayat 11, turun mengenai Bani Salamah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW tiba di Madinah sedangkan dalam kalangan kami mempunyai lebih daripada satu nama (gelaran).

Rasulullah SAW apabila memanggil salah seorang dari mereka dengan panggilan salah satu dari nama itu, lalu mereka berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya gelaran yang engkau gunakan untuk memanggil itu tidak disukainya.” (Hadith riwayat al-Bukhari) Jelaslah kepada kita memanggil, menggelar orang lain dengan panggilan atau gelaran buruk yang menyakiti hati dan tidak disukai seperti ulama syaitan bisu, mufti syaitan bercakap, mufti poco-poco, mufti yoga, haramsani dan lain-lain adalah dilarang keras.

Apatah lagi gelaran penghinaan dengan memanggil mufti atau ulama yang mempunyai kedudukan tinggi dan dipandang mulia dalam masyarakat sebagai syaitan adalah amat berat dan sangat dilarang.

Panggilan seperti itu amat keterlaluan dan tidak meraikan adab perbezaan pendapat dalam Islam serta panggilan itu bukan saja menjatuhkan maruah seseorang tetapi boleh menggugat kredibiliti mufti selain menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap institusi mufti itu sendiri.

Mufti adalah Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri yang dilantik oleh Sultan untuk menjalankan tugasnya. Sepatutnya Institusi Mufti perlu dihormati bukan dihina apatah lagi oleh parti politik yang mengaku memperjuangkan Islam.

Kesan penghinaan yang dilemparkan boleh menyebabkan masyarakat berpecah-belah, bergaduh sesama sendiri, hilang budaya menghormati antara satu sama lain dan satu penghinaan jelas ke atas institusi mufti sekali gus sebagai satu penghinaan terhadap Sultan sebagai ketua agama.

Sebenarnya menyatupadukan perjuangan umat Islam dalam satu jemaah amat ideal dalam Islam. Jumhur ulama berpendapat kelonggaran berbilang jemaah dalam gerakan Islam supaya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, bukannya melebarkan jurang perbezaan dan perpecahan.

Pihak yang berusaha menyatukan umat Islam dalam satu pendapat tidak berbeza mengenai hukum ibadat, muamalah dan masalah furu’ lain, mereka sebenarnya menginginkan sesuatu yang tidak boleh berlaku.

Usaha mereka untuk menghapuskan perbezaan tidak akan menghasilkan apa-apa selain melebarkan lagi jurang perbezaan dan perselisihan itu sendiri. Oleh itu, ditegaskan bahawa kepelbagaian jemaah dan pendapat dibenarkan dalam Islam tetapi perpecahan ummah dilarang

KOMEN : ITULAH PARTI PAS... FITNAH, KUTUK, AIBKAN ORANG DAN SEGALA YANG MAKSIAT DIAMALKAN... PARTI SEKULAR DAH SEKARANG NI UNTUK NEGARA KEBAJIKAN.... RENUNGKANLAH SENDIRI TARAF PENDIDIKAN ULAMA PAS DENGAN MUFTI... DALAM PAS ADA ULAMA KE???? SIAPA LANTIK???? HEHEHEEE..

MOTIF DAP - PERPECAHAN ORANG ISLAM

Kesan buruk pilihan raya masjid
Oleh Nazura Ngah
DARI BERITA HARIAN 2011/06/10




Sistem diamalkan Pulau Pinang cetus sengketa di kalangan umat Islam

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan ‘pilihan raya masjid’ mempunyai kesan negatif dalam masyarakat apabila sistem itu terbukti menimbulkan persengketaan, perpecahan selain mewujudkan puak atau kem tertentu dalam masyarakat sehingga menjejaskan imej Islam.

Kelantan yang pernah melaksanakan kaedah itu pada 1960-an dan 1970-an terpaksa menghentikannya kerana timbul pelbagai masalah dan budaya tidak sihat dalam masyarakat.
Mengulas pelaksanaan kaedah itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhammad, berkata anak mukim akan mengundi dan meletakkan kertas undi di dalam kotak atau tabung berasingan yang tertera nama calon yang kebiasaannya membabitkan dua calon. Malah, katanya, pertandingan juga dilakukan untuk menggantikan imam yang lanjut usia dengan menyediakan dua kotak dan satu daripadanya tertera nama calon baru, manakala satu kotak lagi tidak tertera sebarang nama.

“Kalau anak mukim memangkah dan meletakkan tanda itu dalam kotak kosong, bermakna imam tua akan terus menjadi imam tetapi sistem ini dihentikan sekitar 1970-an kerana apabila wujud pertandingan bermakna wujud kempen yang menyebabkan masyarakat berpecah belah dan berpuak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang melaksanakan ‘pilihan raya masjid’ iaitu kaedah baru pemilihan ahli jawatankuasa membabitkan 200 masjid di seluruh negeri itu yang didakwa belum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Mohd Shukri berkata, sejak ‘pilihan raya masjid’ dihentikan, kerajaan negeri melaksanakan sistem yang mewajibkan calon menjalani tapisan menerusi ujian lisan, bertulis dan temu duga, sekali gus menyaksikan pemilihan dibuat secara telus. “Kaedah yang diamalkan sehingga kini mampu mengelakkan perbalahan kerana tidak wujud pertikaian dikalangan anak mukim disebabkan pemilihan dibuat berdasarkan kelayakan,” katanya.

Pandangan Mohd Shukri disokong Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang menjelaskan pilihan raya yang pernah diamalkan di Pahang satu ketika dulu mewujudkan persengketaan dan perpecahan di kalangan umat Islam di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya, tidak wajar pilihan raya masjid dilaksanakan kerana ia lebih membawa keburukan berbanding kebaikan kepada umat Islam.

Katanya, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang mempunyai peraturan dalam pemilihan jawatankuasa masjid apabila beberapa jawatan termasuk pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis selepas membuat pertimbangan daripada cadangan Kadi Daerah yang memperolehnya daripada ahli kariah.

Bagaimanapun, ada terdapat dua atau tiga ahli jawatankuasa masjid mukim akan dilantik oleh kariah menerusi pelbagai kaedah termasuk undian, katanya.

KOMEN : SATU KEPUASAN PADA DAP JIKA DAPAT TERUS MEMECAHBELAHKAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM DI MALAYSIA. APA RASIONALNYA ORANG MELAYU/ISLAM DI PENANG MENGIKUT SEGALA TERLUNJUK DAP HINGGAKAN HAL-HAL AGAMA ISLAM TURUT DICAMPURI...

AWAS UMNO- LIPAS-LIPAS DARI DALAM MASIH LIGAT MENJALANKAN KERJA


DARI BLOG PAPA GOMO



AWAS UMNO tajuk yang memberikan amaran Maut buat UMNO Parti Keramat Orang Melayu dari dulu hingga kini. Namun untuk akan datang kita juga masih mencari cari apakah UMNO mampu di pertahankan dalam mentadbir Malaysia.

Mungkin agak cemas tajuk tersebut namun sememangnya pemimpin UMNO, ahli UMNO dan siapa sahaja perlu merasa gusar dengan perkembangan yang berlaku sejak muktahir ini. Perkembangan Politik yang mana waktu ini kita lihat UMNO masih Gah di kalangan orang melayu.

Gomo nak membariskan beberapa pekara yang Gomo buat penilaian dan juga pandangan dari beberapa rakan politik. Satu hal yang agak rumit dan ianya mungkin ada kebenaran dan jawapan di sebalik semua yang berlaku.

PERTAMA
Demonstrasi yang di anjurkan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini sering GAGAL dan tidak berupaya mendapat sambutan yang menggalakan dari rakyat khusunya orang melayu. Paling banyak pun dapat di kumpul oleh Pakatan Rakyat ini hanya beberapa ratus orang sahaja termasuk lah dalam kes liwat Anwar Brahim yang mampu mengumpul kira kira 200 orang. Jika dulu 100 Ribu orang kini hanya tinggal 100 orang.

KEDUA
Aktivis aktivis yang bersama Pakatan Rakyat sebelum 2008 cukup ramai dan NGO NGO yang wujud bagai juga bertambah menjadi tulang belakang kepada Pakatan Rakyat. Namun kini kita dapat lihat bahawa Aktivis dan NGO sudah makin lama menghilang dan tidak berupaya berdiri bersama Pakatan Rakyat.

KETIGA
Tokoh tokoh penggerak Pakatan Rakyat yang dahulunya berjuang bermati matian bersama Pakatan Rakyat kini semakin mengecil. Lihat sahaja Komander Pakatan rakyat seperti Zulkifli Nordin, Zaharin, Gobala dan kini yang hanya tinggal Mat Sabu dan beberapa orang Edrogan di dalam PAS.

KE EMPAT
Bahaya nya waktu ini adalah di kalangan orang UMNO sendiri yang akan masuk bertanding pada PRU13 kelak. Mereka ini yang dulunya pro kepada Anwar Ibrahim perlu di awasi bagi mengelakkan sebarang hal yang akhirnya akan memusnahkan UMNO.

Gomo sebenarnya ingin sampaikan mengenai pengaruh Anwar Ibrahim yang masih lagi kekal di dalam orang UMNO yang begitu taksub dengan kepimpinan Anwar Ibrahim. Ini wujud dan tidak dapat di nafikan malah jika tanya kepada Dato Seri Najib pun beliau akan mengesahkan masih ada di kalangan pemimpin UMNO yang di dalam hati mereka adalah Anwar Ibrahim.

Gomo nak ingatkan UMNO bahawa kekuatan Pakatan Rakyat semakin tenggelam dan rakyat mula melihat Pakatan Rakyat tidak mampu menjana negara dan berkebolehan mentadbir Negara dengan berkesan sepertimana Kerajaan BN. UMNO mungkin akan tewas beberapa kerusi namun dalam mengekalkan kuasa Politik bagi menjadi kerajaan maka kemenangan buat UMNO cukup penting sama sekali.

Faktor calon menjadi isu yang agak panas waktu ini memandangkan semakin ramai yang sudah melobi untuk menjadi Calon pada PRU13 kelak. Ini satu kelaziman apabila desas desus pilihanraya bertiup kencang tidak kira sama ada UMNO, DAP,PAS,PKR dan lain lain parti.

Ini lah pekara yang di takutkan oleh Gomo dan beberapa rakan yang lain malah Gomo merasakan ramai ahli UMNO yang turut sama merasai bahaya nya pekara ini. Bahaya dari sudut mana?

Bahaya apabila mereka yang melobi itu adalah di kalangan orang yang Taksub kepada Anwar Ibrahim. Orang yang masih memuja Anwar Ibrahim dan masih kekal sebagai Idola nya. Ini wujud dan tidak dapat di nafikan malah di dalam Barisan Jawatan Kerajaan juga ramai orang Anwar Ibrahim menjawat posisi yang Penting Kerajaan.

Bayangkan jika calon yang di pilih untuk bertanding di Parlimen merupakan orang Anwar Ibrahim, Baju UMNO tapi hati setia bersama Anwar Ibrahim maka apa yang akan kita alami jika Selesai PRU13 BN dan Pakatan Rakyat seri ataupun hanya menang Majoriti Mudah?

Bila bila masa sahaja Mereka yang merupakan pro Anwar Ibrahim di dalam UMNO akan bersama dengan Anwar Ibrahim dan seterusnya menjadikan Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan Malaysia. Ini amat Bahaya sama sekali buat UMNO kerana orang yang salin kulit ini akan bertukar sekelip mata sahaja.

Pekara ini tidak mustahil berlaku memandangkan sudah ada kedengaran suara suara sumbang dari kalangan pemimpin UMNO yang dulunya Pro Anwar Ibrahim sibuk Melobi untuk bertanding di kerusi Parlimen.

TARGET mereka adalah Kerusi Parlimen kerana itu lah yang memberikan Faedah menjelang PRU 13 kelak dan mereka ini lah yang akan menjadi Masterkey bagi Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Sejarah sudah membuktikan bahawa di dalam Politik ini apa sahaja boleh berlaku dan dengan pudarnya sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada Pakatan Rakyat adalah tidak mustahil Strategi ini di gunakan oleh Anwar Ibrahim bagi meletakkan orang nya yang merupakan pemimpin UMNO untuk melobi Kerusi Parlimen yang akan di pertandingkan kelak.

Gomo juga telah terima maklumat yang mana Pemergian Anwar Ibrahim ke Solo Indonesia baru baru ini turut di hadiri oleh beberapa orang Pemimpin UMNO yang pro kepada Anwar Ibrahim. Mereka pergi berasingan dan ini yang perlu di tanya oleh Kepimpinan Dato Seri Najib dan pemimpin UMNO apakah strategi ini tidak berjaya di gunakan Anwar Ibrahim dalam membentuk kerajaan selepas PRU13?

Semoga Pemimpin UMNO sedar akan hal ini dan jika ada sebarang keraguan mengenai seseorang pemimpin maka laporkan lah seberapa segera kepada pihak yang bertanggungjawap bagi menyiasat kesahihan dan seterusnya kita boleh berhati hati terhadap mereka Talam dua muka ini.

Gomo akan dedahkan seorang pemimpin UMNO dari Kelantan yang di laporkan telah hadir Ke Solo Indonesia. Anwar Ibrahim juga ke Solo Indonesia pada masa yang sama. Apa urusan mereka? Malah pemimpin UMNO tersebut juga sedang sibuk melobi untuk bertanding di kerusi Parlimen bagi mewakili Barisan Nasional pada PRU 13 kelak.

Psssttt.... Demi mempertahankan Putrajaya dari Pakatan apa sahaja perlu di perhalusi barisan kepimpinan Dato Seri Najib Presiden UMNO

KOMEN : DAH AGAK DAH LAMA DULU, MASIH TERDAPAT SAKI BAKI PENYOKONG ANWAR DALAM UMNO. OK PAPAGOMO DEDAHKAN AJE..KITA TENGUK SIAPA YANG JADI MUSANG BERBULU AYAM.

Thursday, 9 June 2011

RAMAI YANG TAK TAHU- PAKAT-PAKAT SEBARKAN


Surat Tun Mahathir
DARI BLOG amirhamzah64/ 64أمير حمزه


Presiden PAS, Hadi Awang sudah tidak lagi menyebut perjuangan asas PAS untuk menubuhkan negara Islam tetapi telah menukarkannya kepada perjuangan ke arah negara kebajikan. Ramai yang memberi pandangan termasuk Tun Mahathir.

Tun berkata, “Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama,” merujuk kepada ucapan dasar Presiden PAS Hadi Awang Jumaat lalu,yang kini menekankan bahawa PAS akan berjuang untuk negara berkebajikan dan bukan lagi memperjuangankan sebuah negara Islam"

Apabila Tun Dr Mahathir mengucapkan tahniah kepada Kapral Singh “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.” timbul pula Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution yang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ahli politik yang haprak kerana menuduh Karpal Singh berjaya menyekat PAS laksana hudud.

Kerana dakwa Saifudin Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang jenayah Syariah II yang di dalamnya terkandung undang-undang hudud,dan Tun Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya.

Benarkah begitu?

Kita baca surat Tun M kepada Nik Aziz berkaitan cara perlaksanaan hukum hudud ala PAS itu sendiri dan bukan nya hukum hudud saperti mana yang di tuntut didalam Al Quran.

Didalam surat tersebut juga Tun menulis yang membawa maksud adalah tidak adil hukum hudud ini hanya pada orang Islam sahaja sedangkan mereka yang bukan beragama Islam akan terlepas walaupun melakukan jenayah yang sama, jadi di manakah keadilan di dalam hukum Hudud ala PAS ini?


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994


Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.


DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

KOMEN : BANYAK FAKTA SEBENAR YANG DISEMBUNYIKAN OLEH PEMIMPIN PAS DARI PENGIKUT JUMUD MEREKA? ITULAH SEBABNYA PENGANUT PAS NI ASYIK NAK MENYALAHKAN UMNO/BN DAN TUN. M.. KEPADA YANG MASIH TIDAK TAHU KISAH HUDUD PAS NI... BAGI ORANG YANG SUKA BERFIKIR MARI KITA BACA DAN PAKAT-PAKAT SEBARKAN UNTUK PENGETAHUAN ORANG LAIN... PUAK PEMBANGKANG TAK AKAN BACA SURAT INI...

Wednesday, 8 June 2011

BILA DAP DISOKONG OLEH PAS

Pilihan raya masjid agenda terbaru pecah belah orang Melayu
DARI UTUSAN MALAYSIA
8.6.2011




KERAJAAN DAP Pulau Pinang boleh berhujah atau memberikan apa sahaja alasan berhubung tindakannya memutuskan kaedah pemilihan Anggota Jawatankuasa (AJK) Kariah masjid di seluruh negeri itu menggunakan sistem pengundian dalam kertas undi ala pilihan raya.

Tetapi apa yang nyata tindakan itu seolah-olah ingin menyeret institusi masjid ke dalam kancah politik kepartian.

Walaupun alasan yang diberikan kononnya ia bertujuan bagi memastikan kaedah pemilihan adalah lebih telus, berbanding dengan tatacara pemilihan sedia ada semua itu hanyalah alasan.

Selama ini sejak berpuluh-puluh tahun lalu, pemilihan AJK masjid bukan sahaja di Pulau Pinang malahan di seluruh negara tidak ada masalah tetapi kenapakah kerajaan DAP Pulau Pinang ingin memadai-madai mengajar orang Melayu bagaimana hendak memilih AJK tersebut?

Jelas apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah bermotif politik dan sengaja mengambil kesempatan untuk memecah-belahkan perpaduan di kalangan orang Melayu di negeri tersebut.

DAP amat memahami bahawa orang Melayu sudah cukup banyak berpecah kerana pelbagai faktor khususnya politik dan kini ia mahu memperluaskan kepada pemilihan AJK masjid pula.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh melenting apabila ada pihak menganggap ia sebenarnya satu agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid.

Kalau tidak ada niat demikian kenapakah perlu secara tiba-tiba kaedah yang sedia ada hendak diubah apabila DAP berkuasa?

Tambahan pula, pelaksanaan pilihan raya masjid tersebut itu mahu diadakan secara tergesa-gesa tanpa perbincangan apatah lagi mengambil kira pandangan umat Islam di kawasan-kawasan yang terlibat.

Kita yakin jika ia dilaksanakan sudah pastilah banyak masalah yang akan timbul dan seterusnya akan mengakibatkan pengurusan masjid menjadi kacau bilau.

Selama ini orang Melayu tidak pernah pun berbalah kerana pemilihan AJK masjid, mereka memilih sahaja siapa yang terpilih.

Apa yang kita bimbangkan, pilihan raya masjid ini bertujuan untuk membolehkan DAP melalui sekutunya, Pas menilai sejauh manakah sokongan orang Melayu kepada parti berkenaan.

Ia kerana melalui pilihan raya itu mereka akan mengetahui kariah manakah yang memihak kepada kerajaan pakatan pembangkang dan kariah mana pula yang menyebelahi UMNO serta kerajaan Pusat.

Kita sama sekali tidak boleh menerima alasan bahawa pelaksanaan pilihan raya masjid itu bukan bertujuan politik kerana apa pun kerajaan DAP Pulau Pinang lakukan ia pasti ada kaitan dengan politik bagi mengekalkan kekuasaan pemerintahan.

Oleh itu apa yang diharapkan orang Melayu tidak akan terjebak dengan agenda mana-mana pihak untuk terus berusaha memecah-belahkan mereka.

Orang Melayu Pulau Pinang perlu menolak pelaksanaan pilihan raya masjid itu kerana ia bukanlah urusan pihak lain untuk mengajar mereka bagaimana hendak menguruskan rumah Allah itu.

Bukanlah satu kesalahan kalau kariah di sesuatu kawasan tidak menghadiri pilihan raya itu, mereka tidak akan rugi apa-apa pun, sebaliknya mereka akan lebih rugi jika menghadiri kerana ini boleh menyebabkan orang Melayu berpecah belah kerana menyokong kelompok A atau kelompok B.

Tidak salah untuk orang Melayu berbeza fahaman politik tetapi biarlah ia sekadar di luar masjid sahaja kerana apabila memasuki sahaja ke rumah Allah itu, kita sujud kepada Tuhan yang satu dan mengadap kiblat yang sama.

KOMEN : CINA KOMUNIS DAP SEDANG MENABURKAN RACUN DI DALAM MASJID BAGI MEMECAHBELAHKAN ORANG ISLAM... YANG MENJADI DALANGNYA DISEBALIK KEBERANIAN CINA KOMUNIS INI TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH ATAS SOKONGAN ORANG ISLAM YANG MENGANUT PAS... DEMI KUASA POLITIK PEMIMPIN PAS SANGGUP MENJADI BARUA DAP UNTUK TERUS MEMPORAKPERANDAKAN KEHARMONIAN DAN PERPADUAN ORANG MELAYU/ISLAM... BILA MELAYU MULA BERMUSUHAN... YANG UNTUNG BANGSA CINA... TAK MUSTAHIL LEPAS INI MASJID PUN AKAN DIROBOHKAN...

Akhirnya Islam pergi jua


Oleh Zulkifli Noordin
8.6.2011



KENYATAAN Joceline Tan dalam analisisnya di akhbar The Star kelmarin mengenai kesan pemilihan Pas merumuskan secara tepat apa yang berlaku bila beliau berkata,‘‘Pemilihan Pas menunjukkan betapa kebulurnya parti itu untuk memenangi pilihan raya umum, kebuluran yang menyebabkan mereka bersedia berkompromi dengan dasar “kepimpinan ulama’" parti tersebut!".

Deklarasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa ‘Pas Islam pergi’ akan mengetepikan perjuangan penubuhan ‘negara Islam” dan mengubahnya kepada slogan “negara kebajikan” adalah bukti jelas kenyataan di atas.

Kesanggupan beliau menyatakan “konsep negara Islam” tidak ada dalam al-Quran bagi menghalalkan perubahan dasar itu membuktikan kesanggupan neo-Pas melakukan apa sahaja untuk memenuhi impian ke takhta Putrajaya.

Ini adalah kenyataan daripada seseorang yang 30 tahun lepas sanggup mengisytiharkan UMNO sebagai kafir kerana tidak mahu melaksanakan hudud, qisas dan ta‘zir dan menolak penubuhan negara Islam.

Sebab itu ada hadis Melayu menyebut “Kalau nak meludah jangan ke langit, kerana kelak akan terkena muka sendiri!".

Melaksanakan negara Islam bermakna melaksanakan juga konsep kebajikan, sebab di dalam Islam ada ciri kebajikan. Tetapi melaksanakan negara kebajikan belum tentu melaksanakan negara Islam, sebab bukan semua kebajikan itu Islamik.

Abu Talib adalah antara manusia paling hebat membuat kebajikan; beliau membela, membesar, melindungi dan mempertahankan Rasulullah SAW, tetapi beliau tetap kafir. New Zealand dan Sweden adalah antara negara yang dikenali sebagai welfare state - “negara kebajikan”, tetapi mereka tetap negara kafir.

Menukar slogan daripada ‘negara Islam kepada ‘negara kebajikan adalah sekadar retorik politik, tetapi malangnya al-Quran dijadikan sandaran kepada retorik ini!

Teman sebenarnya bersimpati dengan Abdul Hadi. Teman sangat menghormati beliau sebagai seorang agamawan yang tegas walaupun tidak banyak bercakap, namun beliau kini tersepit di antara ‘impian ke syurga’ dengan ‘kilauan Putrajaya’.

Kenyataan beliau bahawa pemilihan kepimpinan Pas yang baru adalah “Kabinet perang pilihan raya” beliau mengundang satu persoalan besar: perang untuk siapa?

Adakah Abdul Hadi terlupa ada di antara kaum Anwarinas yang dimahkotakan perwakilan baru-baru ini pernah secara terbuka mencabar beliau supaya meletak jawatan. Juak-juak mereka di luar sana juga pernah menghina Abdul Hadi secara terbuka dengan mendesak beliau meletakkan jawatan Presiden.

Malah mereka berkata Abdul Hadi adalah ‘penghalang besar mereka ke Putrajaya! Teman tidak terkejut jika konspirasi halus akan dibuat untuk menekan Abdul Hadi sama ada meletak jawatan, atau ‘ISA -Ikut Saja Anwarinas!

Dan itulah yang telah Abdul Hadi lakukan.

Tindakan pertama beliau sebagai Presiden bagi kaum Anwarinas membuktikannya; kenyataan beliau secara terbuka semasa ucapan penangguhan menolak kilp video yang didakwa membabitkan Anwar, atas alasan tidak ada 4 saksi, adalah bukti jelas betapa tersepitnya beliau.

Kenyataan beliau ini sebenarnya memperlekehkan hukum dan undang-undang Islam, seolah-olah Islam tidak menerima kemajuan sains dan teknologi, seolah-olah hukum Islam ini statik dan jumud, tidak mengikuti perkembangan masa!

Adakah wanita yang mengadu dirogol wajib membawa empat orang saksi; tidak cukupkah DNA, klip video, CCTV, kajian forensik dan lain-lain untuk mensabitkan kesalahan serangan seksual itu?

Sebenarnya teman yakin Abdul Hadi tahu, jauh di hati kecilnya siapa pelaku dalam klip video itu. Bak kata beberapa ulama Pas yang pernah menonton, “Sukar untuk nak kata itu bukan Anwar!!!".

Abdul Hadi tahu isunya bukan qazaf, bukan zina; tetapi kelayakan untuk memimpin dan menjadi pemimpin.

Dan Abdul Hadi tahu klip video itu membuktikan manusia yang ditabal isterinya sendiri tidak layak menjadi pemimpin, tetapi sayang, Abdul Hadi tersepit kelemasan dalam gelombang kemunculan kaum Anwarinas!

Pemilihan kali ini menyaksikan kaum Anwarinas berjaya menguasai saf kepimpinan Pas. Sebagaimana idola mereka, kaum Anwarinas ini adalah kaum yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi nafsu politik mereka.

Dan yang lebih merbahaya, ini adalah kaum yang akan bersedia menggunakan al-Quran dan sunah untuk menghalalkan apa sahaja yang akan mereka lakukan, sebiji sebagaimana yang dibuat oleh Attarturk semasa menghalalkan tindakan menghancurkan Islam dengan menggunakan Islam.

Sebab itu mereka tidak layak dilabel “Erdogan”, kerana prinsip dan perjuangan Reccep Tayyib Erdogan jauh berbeza dengan mereka.

Lebih layak mereka diberi label “Attarturk”, atau lebih afdal “kaum Anwarinas”, kerana kiblat mereka ialah manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan, bukannya Abdul Hadi.

Kaum Anwarinas mendakwa mereka sangat menghormati ulama. Malah mereka menegaskan akan memperkasakan ulama di dalam Pas. Ternyata ini sekadar retorik politik dan pemanis mulut sahaja! Inilah kaum yang pernah menuntut Abdul Hadi meletakkan jawatan. Beberapa hari sebelum pemilihan, juak mereka menghina Abdul Hadi dengan mendesak beliau mengosongkan jawatan Presiden.

Nasihat para ulama seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib agar kepimpinan ulama sedia ada dikekalkan, mereka tolak macam sampah. Hari ini mereka ‘pootar-poosing’ mendakwa sangat menghormati dan akan memperkasakan ulama.

Umat Islam dan rakyat negara ini perlu bersedia berhadapan dengan satu fenomena baru politik machiavelli yang akan dibawa oleh kaum Anwarinas ini.

Ia adalah kaum yang mana prinsip utamanya ialah “matlamat menghalalkan cara”. Kalau kalimah Allah SWT pun mereka sanggup gadai-jual demi politiking yang melampau, maka politiking kaum ini memang tidak ada sebarang batasan.

Kalau anak isteri mereka boleh jadikan bahan gadaian politik dengan “baiah talak tiga”, umat dan rakyat boleh bayangkan apa yang mereka boleh dan sanggup lakukan demi sedikit mahkota kekuasaan!

Ingatlah, inilah kaum yang dahulu pernah melabel Anwar Ibrahim dengan gelaran “Al-Juburi”. Inilah kaum yang pernah melabel Anwar sebagai “kafir”, termasuk di atas mimbar Jumaat.

Inilah kaum yang pernah melabel syiah sebagai “kafir”. Inilah kaum yang pernah mengisytiharkan berkawan dengan kafir itu kafir - arridho bil kufr, kufr bentak mereka. Tapi hari ini, kaum ini juga menjadi penjilat Anwar nombor wahid! Inilah kaum yang hari ini menjadikan syiah sebagai rakan sekutu.

Inilah kaum yang hari ini yang sanggup tidur sebantal dengan DAP! Inilah kaum yang hari ini melabel Sahibus Samahah Mufti Perak dengan gelaran “haramsani”.

Inilah kaum yang hari ini mengatakan “negara Islam” tidak ada dalam al-Quran!!! Kaum Anwarinas ini adalah kaum yang bersedia melakukan apa sahaja; politik mereka tanpa batas tiada sempadan; semuanya halal bila boleh memuaskan nafsu serakah mereka!

KOMEN : DEMI KUASA DAN PANGKAT, MANUSIA SANGGUP LAKUKAN APA SAJA WALAUPUN TERPAKSA MEMBELAKANGKAN AGAMA ANUTAN MEREKA. PEMIMPIN PAS TIDAK TERKECUALI WALAUPUN SERING MENDABIK DADA YANG MEREKA LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN, WALHAL MEREKALAH MANUSIA YANG LEBIH JAHAT DAN TAMAK AKAN KUASA... LIHAT APA YANG MEREKA BUAT DI SELANGOR, PENANG, KEDAH DAN KELANTAN... MASIH ADAKAH KEBAJIKAN BAGI ORANG MELAYU/ISLAM DIBAWAH PEMERINTAH MEREKA?

Mahasiswa UiTM dicabar jadi graduan hebat


DARI UTUSAN MALAYSIA
8.6.2011



MOHD. Soffi Abdul Razak bersalaman dengan pelajar baharu UiTM Cawangan Pahang, Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, Maran, baru-baru ini.



MARAN 7 Jun - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) di negeri ini dicabar menjadi graduan yang berupaya menjadi pemangkin kepada hala tuju agenda nasional pada masa depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, mereka perlu komited dalam pelajaran bagi mencapai keputusan terbaik pada setiap peperiksaan akademik di universiti itu.

Tegas beliau, pada masa sama, mereka perlu mengambil bahagian dalam aktiviti luar kampus kerana dapat merangsang pemikiran kreatif, berketerampilan, cekal dan mesra masyarakat.

"Tiada jalan pintas untuk cemerlang, tetapi perlu bersungguh-sungguh, tidak berputus asa serta sentiasa berusaha mencapai yang terbaik,'' katanya ketika berucap menutup Minggu Destini Siswa di UiTM Cawangan Pahang Kampus Khazanah Alam Bandar Jengka, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Rektor UiTM Cawangan Pahang, Prof. Madya Datuk Dr. Hilmi Ab.Rahman dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, Prof. Madya Khafiruddin Ali.

Seramai 2,319 penuntut baharu mendaftar pengajian bagi sesi Mei-Disember di kampus itu.

Katanya, hala tuju universiti itu iaitu Kecemerlangan Akademik Berkelas Dunia adalah tepat kerana ia boleh direalisasikan jika warganya bergerak seiring ke arah kecemerlangan.

Beliau juga optimis hasrat universiti itu dapat dicapai sekali gus meletakkan kedudukan bumiputera setanding dengan bangsa lain di dunia.

Bagaimanapun jelasnya, bagi mencapai matlamat itu setiap warga universiti tersebut perlu meningkatkan jati diri dan menjadikan ilmu sebagai salah satu budaya bagi kehidupan mereka.

KOMEN : KEPADA ANAK BANGSA YANG BERJAYA MELANJUTKAN PELAJARAN KE UiTM... SELAMAT DATANG DAN MENJADI WARGA UiTM... TERUSKAN USAHA HINGGA BERJAYA...

Undang-undang syariah dipengaruhi kolonial tidak tepat


DARI UTUSAN MALAYSIA
8.6.2011




KUALA LUMPUR 7 Jun - Undang-undang syariah negara tidak pernah dipengaruhi oleh elemen kolonial kerana ia terletak di bawah kuasa Raja-raja Melayu meskipun ketika negara di bawah penjajahan British.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz (gambar) berkata, British juga tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal Islam termasuk pelaksanaan undang-undang syariah serta proses pembuktian di mahkamah.

"Justeru, adalah tidak tepat untuk mengatakan undang-undang syariah negara kita mengikut acuan kolonial kerana kita sudah mempunyai mahkamah syariah sendiri sebelum kedatangan penjajah dengan Raja-raja Melayu sebagai hakim utama manakala mufti-mufti pula sebagai pembantu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa undang-undang syariah negara masih dipengaruhi elemen era kolonial iaitu mengikut undang-undang British.

Malah, kata Sham Rahayu, sekiranya benar Abdul Hadi beranggapan undang-undang syariah negara mengikut era kolonial, maka beliau sepatutnya bersetuju rakaman video seks boleh dijadikan sebagai salah satu dokumen keterangan di mahkamah.

Ia juga, kata beliau, selari dengan pelaksanaan hukuman takzir bagi undang-undang syariah di negara ini yang tidak memerlukan empat saksi bagi kesalahan zina seperti di bawah hukuman hudud.

"Sepatutnya Abdul Hadi tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat kerana ini melibatkan kepentingan awam terutamanya umat Islam," kata beliau.

"Bagaimana jika selepas ini ada pesalah zina mempersoalkan hukuman ke atas mereka kerana ketiadaan empat saksi? Sudah semestinya jenayah zina akan berleluasa dalam masyarakat," kata beliau.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, undang-undang syariah negara tidak wajar diperlekehkan kerana ia digubal menerusi mesyuarat dan perbahasan pakar-pakar perundangan syariah negara.

Katanya, meskipun undang-undang syariah itu masih merujuk kepada model perundangan British, namun ia telah diberi nafas baru sesuai dengan perkembangan semasa.

"Kita tidak boleh menolak keseluruhan undang-undang itu semata-mata kerana ia dari penjajah. Sebaliknya kita perlu lihat dari aspek kesesuaian amalannya di negara ini yang mana jika undang-undang itu sesuai dengan hukum syarak, maka ia boleh digunakan dan begitulah sebaliknya," katanya.

KOMEN : ITULAH MATLAMAT MANGHALALKAN CARA YANG HJ HADI WAR-WARKAN DI MUKTAMAR PAS TEMPUH HARI. TUJUANNYA HANYALAH SATU UNTUK MEMPERTAHANKAN ANWAR DARI SEGALA KEMAKSIATAN YANG DILAKUKAN.... SUKA HATI KAULAH HADI... HANYA PENGANUT PAS AJE YANG AKAN IKUT CAKAP KAU...

Learning English doesn't jeopardise role of BM


DARI NST
2011/06/07



THE teaching, learning and usage of the English language must not be made into an issue when it is done in the interest of our future generations and for the sake of our nation's progress.

What is disturbing is that some irrational people regard the teaching, learning and promotion of the English language as being unpatriotic.

As we strive to achieve Vision 2020, it is essential for us to adopt a practical and open-minded approach towards any language that can contribute to Malaysia's progress, while remaining firm and steadfast in ensuring that Bahasa Malaysia is the country's official and national language.

As a Malaysian, I am proud of Bahasa Malaysia, a language I use daily in communicating with others.

However, we must also accept the reality that knowledge of one language is insufficient in this age.

We need to have a command of other languages for progress and development, be it English, Mandarin or French.

We learn and use English as it is an international language for science, technology, business and commerce.

Malaysians should strive to be bilingual or even multilingual now that most Malaysians, particularly the younger generation, have mastered Bahasa Malaysia.

English is vital if Malaysians are not to be left behind. The ability to learn and use English or any other language should be seen as a progressive move to improve our knowledge and expertise as well as to enhance graduates' employment prospects.

Fear of the English language, which some regard as a legacy of British colonialism, is misplaced and needs to be rectified.

To overcome this, more needs to be done to convince parents and students, particularly those in the rural areas, about the importance of learning English as a tool for science, technology, business and commerce.

It is an indisputable fact that the command of the English language among our younger generation is poor and a matter of concern.

We must not regard the learning and mastery of the English language as a threat to our cultural or national identity. It is necessary for our economic survival. Mastering the English language is about rejuvenating the nation.

It is about preparing ourselves individually and collectively as a nation in finding our place in the global economy.

Promoting English would not jeopardise the importance and use of Bahasa Malaysia as our national and official language. It will not make us less nationalistic.

TAN SRI LEE LAM THYEKuala Lumpur

KOMEN : DENGAN MEMPELAJARI BAHASA INGGERIS TIDAK MENJADIKAN KITA LEBIH KEBARATAN DAN MEMPELAJARI BAHASA MALAYSIA TIDAK JUGA MENJADIKAN KITA LEBIH KEMELAYUAN... REALITINYA KEBANYAKAN PEMIMPIN POLITIK KITA LEBIH KEBARATAN DARI RAKYAT MALAYSIA SENDIRI. BEGITU JUGA MANUSIA YANG DIGELAR PEJUANG BAHASA.. KITA TENGUK KEHIDUPAN MEREKA SEHARIAN, KEKADANG LEBIH KEBARATAN DARI ORANG BARAT. BAHASA INGGERIS DIAJAR DISEKOLAH ADALAH DEMI UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA DALAM MENCAPAI KEMAKMURAN EKONOMI DUNIA.. DAN MELAHIRKAN ANAK BANGSA MALAYSIA YANG MEMPUNYAI DAYA SAING DIPERINGKAT ANTARABANGSA... TAKAN ASYIK NAK KENA TIPU AJE DALAM HIDUP KERANA GAGAL MENGUASAI BAHASA PERNIAGAAN DUNIA...

Tuesday, 7 June 2011

Layakkah Pas ganti UMNO?


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my



SELAIN impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.

Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO.

Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam.

Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.

Malahan keazaman Pas untuk menggantikan UMNO juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya.

Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa Pas mahu menggantikan UMNO? Layakkah Pas untuk berada pada kedudukan itu atau setaraf dengannya dan apakah motif di sebalik keterujaan Pas itu?

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas menanam cita-cita atau impian untuk menggantikan UMNO seperti mana mereka bermimpi menguasai Putrajaya tetapi soal apakah Pas mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana peranan yang dimainkan oleh UMNO?

Akui sahajalah Pas tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat Pas hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu.

Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli Pas tetapi apa jaminan mereka bahawa Pas mampu memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan DAP dan PKR.

Tidakkah sebelum ini, Pas bersetuju dengan pandangan rakan sekutunya bahawa perjuangan UMNO adalah rasis dan Pas berjuang untuk semua kaum dan bukan satu kaum sahaja.

Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah mengakui dirinya tidak bangga menjadi orang Melayu.

Oleh itu bagaimanakah Pas boleh bermimpi untuk menggantikan UMNO, apa sebenarnya perjuangan Pas kalau benarlah cita-cita itu tercapai?

Sebenar slogan 'Pas ganti UMNO' adalah perjuangan Pas untuk menjayakan dasar Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Ia kerana kita memahami bahawa Pas bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN).

Justeru adalah mustahil untuk Pas membawa perjuangan Melayu dan Islam selagi mereka bersahabat dengan PKR dan DAP, sebaliknya mereka hanya akan mengikut telunjuk kedua-dua parti itu sahaja.

Selama ini pun, Pas hanya menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap tindakan tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu perlu memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik Pas yang kini semakin bercelaru hala tuju perjuangannya.

Pas kini seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak menempatkan diri mereka dalam pakatan pembangkang biar pun mereka adalah parti tertua berbanding PKR dan DAP.

Sikap pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu menjaga hati dan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan telah memungkinkan banyak prinsip Pas terpaksa dikorbankan.

Sebelum ini Pas juga menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya Pas menegaskan bahawa mereka ingin memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya.

Keterujaan Pas inilah yang membuka ruang kepada PKR dan DAP untuk 'mengubah' prinsip perjuangan dan 'menguasai' tindak tanduk parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam tersebut.

Berdasarkan hakikat itu adalah jelas slogan 'Pas ganti UMNO' yang rancak dipromosikan oleh Pas hanyalah semata-mata kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.

Melalui laungan itu, Pas berharap parti itu tidak akan dilihat lagi ingin bekerjasama dengan UMNO sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh menamatkan riwayat politik parti keramat Melayu tersebut dalam pilihan raya.

Iltizam Pas itu sudah tentulah menggembirakan PKR dan DAP yang pada masa ini berasa terganggu apabila banyak tindakan mereka yang bertujuan menghakis kepentingan orang Melayu terhalang kerana UMNO masih wujud.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kesan kempen 'Pas ganti UMNO' yang dijalankan tetapi apa yang pasti dengan tindak tanduk Pas yang hanya dilihat menjadi parti ketiga dalam pakatan pembangkang, usaha itu mungkin tidak akan ke mana.

Penulis percaya orang Melayu tidak akan mudah terhasut dengan kempen Pas itu. Mungkin di kalangan penyokong Pas ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi mereka juga perlu faham bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Kalau Pas benar-benar ingin menggantikan UMNO maka mereka perlu dominan dalam pakatan pembangkang dan berikrar untuk mempertahankan kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya kita tidak lihat kesungguhan Pas dalam soal ini, sebaliknya apa yang kita nampak demi merebut kuasa politik, Pas semakin meninggalkan apa yang mereka perjuangkan sejak penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka.

Sebaliknya Pas perlu mempunyai alasan yang cukup kukuh kenapa perlu orang Melayu menolak UMNO dan menyokong Pas.

Selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Soalnya, kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya.

KOMEN : MIMPI KE APA NI??? PAS NAK GANTI UMNO??? UNTUK APA???? APA KELAYAKAN PAS UNTUK GANTI UMNO SEDANGKAN NIK AZIZ MALU JADI ORANG MELAYU???? MACAM CERITA DONGENG TIKUS NAK MEMBAIKI LABU... MACAM MAT JENIN BERANGAN DIATAS POKOK KELAPA... KALAU ORANG MELAYU NAK MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, SOKONGLAH PARTI PAS....GILA KUASA DUNIA TAK HABIS-HABIS..

ANWAR GAGAL DAN TUNDA


Anwar gagal buat kali ketiga
DARI UTUSAN MALAYSIA
7.6.2011


ANWAR Ibrahim dan Wan Azizah Wan Ismail bersama Karpal Singh pada sidang akhbar selepas hadir perbicaraan kes liwat


KUALA LUMPUR 6 Jun - Buat kali ketiganya Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam cubaannya supaya Hakim Mahkamah Tinggi di sini menarik diri daripada terus mendengar kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk menolak permohonan Ketua Pembangkang itu yang sepatutnya mula memberi keterangan bela diri pada hari ini, setelah mendapati permohonan berkenaan tidak mempunyai merit.

Hakim tersebut kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 13 Julai ini setelah beliau membenarkan permohonan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk menggantung perbicaraan sementara menunggu rayuan.

Anwar melalui peguamnya, Karpal Singh memohon penggantungan perbicaraan walaupun dibantah oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dengan alasan penghakiman Mahkamah Rayuan sebelum ini menyatakan bahawa keputusan sedemikian tidak boleh dirayu.

Anwar, 64, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Walaupun dua kali permohonannya agar hakim menarik diri daripada mendengar kes itu telah ditolak, Anwar pada Khamis lalu sekali lagi mengemukakan permohonan sama, kali ini dengan alasan hakim berkenaan telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah.

Terdahulu, Mohd. Yusof dalam hujahnya menegaskan bahawa tindakan Anwar memfailkan permohonan itu buat kali ketiga hanyalah untuk melengah-lengahkan perbicaraan kerana tidak pernah dalam kes lain, barisan pembelaan begitu bersungguh-sungguh memohon seorang hakim yang mendengar kes untuk menarik diri.

‘‘Tertuduh diperintahkan untuk membela diri. Sekiranya dia berada di pihak benar, dia sepatutnya merebut peluang ini. Ini peluang kamu untuk memberitahu versi kamu terhadap pertuduhan kepada orang ramai, untuk memberi pembelaan kamu secara bersumpah,’’ hujah Mohd. Yusof.

Pada ketika ini, Anwar secara tiba-tiba dari kandang tertuduh mencelah: ‘‘When? When?’’ (Bila? Bila?)

Mohd. Yusof sebelum itu menyatakan, barisan pembelaan membuat permohonan tersebut dengan bergantung kepada satu perenggan sahaja sedangkan penghakiman yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin pada 16 Mei lalu terdiri daripada 68 muka surat dan mengandungi 180 perenggan.

Katanya, tindakan tersebut telah memberi tanggapan yang salah kepada orang awam bahawa hakim telah membuat pra-penghakiman sedangkan ia dibuat di luar konteks dan adalah sukar untuk dipercayai bahawa permohonan itu dibuat secara bona fide (niat baik).

Ujarnya, sesiapa yang mendengar atau membaca keseluruhan penghakiman tersebut akan mengetahui bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mohamad Zabidin adalah betul dan tidak berat sebelah.

Bagi dakwaan berat sebelah pula, Mohd. Yusof mengatakan tindakan hakim tersebut memutuskan bahawa Mohd. Saiful Bukhari adalah seorang saksi yang boleh dipercayai adalah tidak salah kerana keterangan mangsa turut disokong oleh saksi-saksi pakar dan awam termasuk Ketua Staf PKR, Ibrahim Yaacob.

Karpal pula menafikan bahawa pihaknya cuba melengah-lengahkan perbicaraan sebaliknya menuduh pihak pendakwaan tidak berusaha agar pihak pembelaan dapat menemu bual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kecuali lima saksi lain yang tidak material dengan kes itu.

Dalam hujahnya terdahulu, peguam tersebut meminta mahkamah membenarkan permohonan itu dengan alasan terdapat keterangan yang jelas bahawa hakim berkenaan telah membuat pra-penghakiman dan berat sebelah dalam keputusan di akhir kes pendakwaan.

Selain itu, katanya, hakim tersebut tersalah arah dirinya berhubung standard pembuktian dalam pendakwaan berhubung permohonan ujian penilaian maksimum terhadap keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Menurutnya, dengan memutuskan bahawa Mohd. Saiful Bukhari adalah saksi yang boleh dipercayai di akhir kes pendakwaan, mahkamah dengan jelas menganggap keterangannya adalah konklusif iaitu adalah benar, sebenar-benarnya dan tiada yang tidak benar melainkan yang benar belaka.

KOMEN : ITULAH ANWAR TUNDA BILA GAGAL. LEPAS NI MENYALAK MACAM ANJING DI PENTAS CERAMAH POLITIK PUAK PEMBANGKANG... ANWAR YOU ARE A LOSES...

Tentera Zionis bunuh 23 orang di sempadan Syria


DARI UTUSAN MALAYSIA
7.6.2011





PARA penunjuk perasaan bertempiaran lari apabila tentera Zionis melepaskan gas pemedih mata semasa mereka berhimpun di sepanjang sempadan Syria dan Israel. Sebilangan mereka bertindak nekad dengan memotong pagar kawat untuk memasuki Bukit Golan yang dikuasai Zionis, mendorong tentera (gambar kecil) menembak mati 23 daripada mereka. – AFP

BAITULMAQDIS 6 Jun – Televisyen kerajaan Syria berkata, 23 orang terbunuh dan kira-kira 350 lagi cedera akibat tembakan Israel, dengan kesemua mangsa berada di kawasan sempadan sebelah Syria.

Kejadian itu berlaku semasa protes besar-besaran di sepanjang garisan gencatan senjata Israel-Syria.

Ratusan penunjuk perasaan dari Syria semalam cuba memanjat pagar berduri di kawasan sempadan untuk masuk ke Bukit Golan yang diduduki rejim Yahudi, mendorong askar Israel melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian dan kecederaan.

Protes itu diadakan bagi memperingati hari ulang tahun Perang Enam Hari 1967 apabila Israel menawan Bukit Golan dan wilayah Palestin.

Bagaimanapun tentera Israel mendakwa hanya 10 orang maut, kesemuanya terbunuh apabila beberapa periuk api Syria meletup disebabkan bom petrol yang dibaling oleh penunjuk perasaan.

“Kami sedar kira-kira 10 kematian semalam berpunca daripada penggunaan bom petrol yang terkena periuk api Syria di kawasan Quneitra,” kata jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Avital Leibovitz.

Beliau tidak menyatakan bagaimana tentera Israel boleh mengesahkan angka kematian.

Sementara itu di Syria, polis hari ini menghalang penunjuk perasaan daripada berarak menghampiri sempadan dengan Bukit Golan.

Polis mendirikan dua sekatan, satu terletak kira-kira lima kilometer dan satu lagi satu kilometer dari sempadan.

Mereka mengarahkan penunjuk perasaan supaya beredar, dalam usaha untuk mencegah insiden semalam daripada berulang. – AFP/AP

KOMEN : YAHUDI BOLEH BUAT APA SAJA MACAM DUNIA INI BAPAK DIA YANG PUNYA... US AKAN SOKONG SEGALA TINDAKAN ANAK EMAS MEREKA... UMPAMA SEBUAH NEGARA KECIL MEMERINTAH DUNIA... INILAH NAMANYA NEW WORLD ORDER... SLOGAN ZIONIST MENAKLUKI DUNIA...

SYAITAN PAS MENCARUT LAGI






Nor Azli perlu cermin diri

IPOH 6 Jun - Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mencerca Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan gelaran 'syaitan bercakap' dan 'Haramsani'.

Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat negeri, Fauzi Muda berkata, Nor Azli perlu menyoal dirinya sama ada dia benar-benar mengikut ajaran Islam dan berjuang kerana agama.

"Jika dahulu Nor Azli duduk rumah biasa tetapi semasa pembangkang berkuasa di Perak, dia mampu beli rumah berharga lebih RM500,000 di Tasek.

"Islam tidak suruh kita kayakan diri sendiri apabila mendapat kuasa," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai sikap biadab Nor Azli yang menggelar Mufti Perak sebagai 'syaitan' yang lebih teruk daripada 'syaitan bisu' kerana tidak menegur budaya fitnah yang kononnya dibawa UMNO dan BN pada pilihan raya umum.

Sebelum ini, Nor Azli yang kalah bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong pada Pilihan Raya Umum 2008 menggelar Harussani sebagai 'Haramsani' kerana mendakwa Mufti Perak itu menerima gaji sumber haram dan tidak menegur kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram.

Fauzi mendakwa bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) , 11 Februari lalu.

Mengulas mengenai dakwaan kerajaan negeri membayar gaji kakitangan awam dengan duit haram, katanya, Nor Azli pernah makan gaji semasa bekerja sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah di Pejabat Agama Islam Manjung.

Perkasa terkilan sikap Pas

KUALA LUMPUR 6 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terkilan dengan sikap ahli Pas yang sanggup menyamakan mufti dengan syaitan yang bercakap dan menyifatkannya sebagai menghina agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan tersebut juga merupakan penghinaan kepada Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu kerana mufti dilantik dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Kami sangat terkilan dengan tindakan ahli Pas yang mendakwa mufti di negara ini sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu. Malah, ada juga yang sanggup menggelar mufti Perak, Tan Sri Harussani (Tan Sri Harussani Zakaria) sebagai Haramsani.

"Perkara seperti tersebut mengaibkan agama Islam kerana institusi mufti itu sendiri menggambarkan kemuliaan Islam," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Nor Azli Musa yang bertindak biadab mendakwa mufti sebagai syaitan bercakap yang lebih teruk daripada syaitan bisu.

Menurutnya, Islam tidak dihormati oleh penganut agama lain sekiranya masih wujud golongan seperti Nor Azli yang menghina agama sendiri.

Sehubungan itu, katanya, tindakan segera wajar diambil bagi mencegah perbuatan seperti itu daripada berulang di kalangan orang Islam di negara ini.

KOMEN : MENCARUT, MAKI HAMUN, FITNAH DAN MENGHINA ORANG ISLAM ADALAH MAINAN BIBIR PEMIMPIN PAS YANG SESAT KERANA DIGALAKAN BERKAWAN DENGAN SYAITAN. YANG BENAR DI SEMBUNYIKAN DAN YANG BATIL DI WAR-WARKAN... SUDAH-SUDAHLAH MENGHINA ORANG, CERMINLAH DIRI SENDIRI DAN FIKIRLAH DIMANA KEDUDUKAN KAMU DISISI ALLAH swt...

JANGAN BAGI MUKA- SENDIRI YANG KOTOR...


Perhimpunan Bersih tindakan terdesak pakatan pembangkang menjelang PRU-13
DARI UTUSAN MALAYSIA
7.6.2011


KUALA LUMPUR 6 Jun - Perhimpunan gerakan Bersih kedua yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini adalah tindakan terdesak pakatan pembangkang untuk meraih sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihak penganjur perlu bertanggungjawab sekiranya perhimpunan itu dilaksanakan dan menganggu ketenteraman awam.

"Mereka sebenarnya sudah tahu apa undang-undang sedia ada dan mereka mahu ditahan.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada dan terserah kepada mereka kalau hendak teruskan serta menyertai perhimpunan itu, mereka perlulah bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kelmarin menggesa seluruh rakyat negara ini termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik menyertai himpunan gerakan Bersih kedua pada 9 Julai ini.

Perhimpunan itu dirancang untuk mendesak kerajaan melaksanakan sistem demokrasi dan adil dalam proses pengundian pilihan raya.

KOMEN : USAH DILAYAN MEREKA YANG SUKA BERDEMONSTRASI NI... MANA ADA PERHIMPUNAN HARAM YANG BOLEH DIANGGAP BERSIH.... APA BENDANYA YANG TAK BERSIH LAGI NI MAT SABU.? TOLONG BERSIHKAN DULU NAJIS DAN DAKI DALAM PARTI ANUTAN KAU DULULAH... PENUH DENGAN HASAD DENGKI DAN DENDAM KESUMAT.... BAGI PDRM AMBIL AJE TINDAKAN SEPERTI YANG DILAKUKAN POLIS-POLIS DI KESATUAN EROPAH DAN JUGA AMERIKA... YANG MELANGGAR UNDANG-UNDANG TETAP SALAH.... BALUN AJE.... APA PEDULI NEGARA LAIN NAK BISING... SENDIRI KENA JAGA NEGARA SENDIRILAH...

FITNAH HJ. HADI - TIADA MATA DAN TELINGA?


Tindakan Pas menjengkelkan
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 6 Jun - Tindakan Pas bermuka-muka dalam isu video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang menjengkel dan memalukan parti itu yang kononnya berteraskan perjuangan Islam.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, pendirian Pas yang mengetepikan video tersebut dalam hal mencari kebenaran perlu dikecam kerana parti itu mempunyai ketetapan lain semasa membicarakan isu video bekas pemimpin MIC, D.P. Vijandran dan video peguam V.K. Lingam.

"Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba memperbodoh, menghina dan merendahkan kekuatan intelek dan pemikiran rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam.

"Pendirian ini juga ternyata bercanggah dengan pendirian mereka tatkala menuntut agar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja mengenai isu video klip V.K. Lingam dan begitu juga tatkala isu video seks D.P. Vijandran dulu. Ternyata mereka mengamalkan pendakwaan berpilih," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Abdul Hadi menyifatkan kewujudan video seks yang didakwa melibatkan Anwar tidak boleh menjadi saksi kerana tiada mata dan telinga serta menegaskan ia tidak lebih daripada hanya besi.

Menurutnya, Pas memegang konsep empat saksi yang adil untuk membincangkan hal zina dan liwat sedangkan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berpendirian video seumpama itu boleh dijadikan bukti di mahkamah atau disebut sebagai keterangan dokumentari.

Ruslan menambah, kenyataan Abdul Hadi mengenai konsep itu hanyalah satu kenyataan politik dangkal bagi memuaskan nafsu politik parti yang kini beralih daripada kepimpinan ulama kepada kepimpinan profesional dan condong menyokong Anwar atau digelar Anwarinas.

"Jelas kepada rakyat bahawa kenyataan dan pendirian ini terpaksa dibuat oleh Presiden Pas untuk memuaskan hati dan perasaan kumpulan Anwarinas yang telah menguasai kepimpinan tertinggi Pas dalam pemilihan yang berlangsung dua hari lalu.

"Ia juga bertepatan dengan dasar baru Pas yang telah bertukar daripada prinsip didahulukan kepada kemenangan diutamakan dan Putrajaya menjadi impian," katanya sinis.

Bekas Felo Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Saludin pula berkata, pendirian Abdul Hadi itu jelas menunjukkan Pas telah mengetepikan prinsip 'amal maaruf nahi mungkar' yang menjadi panduannya selama ini.

"Ini terbukti apabila agenda menetapkan pendirian berhubung dakwaan salah laku seks yang dilakukan oleh pemimpin parti pembangkang diketepikan begitu sahaja dengan menggangap ia sebagai fitnah.

"Ini adalah sesuatu yang pelik sedangkan ramai umat Islam mengharapkan satu pendirian lebih tegas dapat diambil oleh sebuah parti politik Islam seperti Pas," katanya.

KOMEN : ISLAM TIDAK MEMBANGUN BERSAMA PAS... SLOGAN RETORIK UNTUK PILIHANRAYA MENUJU KE SYURGA NIK AZIZ... MANA PERGINYA PRINSIP AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR PAS?

Monday, 6 June 2011

ANTARA AL QURAN DAN BUKU JINGGA?

Buku Jingga kini 'kitab' perjuangan Pas
KAMARUZAMAN
Shah Alam



NEGARA Kebajikan ada tercatat dalam al-Quran. Negara Islam tidak disebut. Oleh yang demikian Presiden Pas, (Abdul Hadi Awang) yang selama lebih 20 tahun mengkafir orang Islam kerana tidak menyokong Pas bagi menegakkan negara Islam, telah mengkafirkan diri sendiri, ahli dan penyokongnya, ikut Fatwa Hadi Awang versi lama.

Pas tidak lagi mahu menegakkan negara Islam kerana al-Quran tidak menyebut pun negara Islam. Fatwa Hadi Awang bagaimanapun boleh berubah mengikut keperluan dan kepentingan kerana bagi Pas, ayat al-Quran boleh ditafsir secara pelbagai.

Oleh kerana PKR dan DAP lebih dahulu mempelopori negara kebajikan, maka PKR dan DAP lebih dahulu memahami al-Quran dari Pas yang lebih setengah abad mempelopori politik yang tidak terkandung dalam Islam.

Setelah lebih dua dekad menjadi teraju parti, baru sekarang Tuan Guru Hadi sedar bahawa parti yang dia pimpin tersalah perjuangan. Baru dia sedar bahawa pemimpin-pemimpin Pas masa lalu adalah bodoh kerana mahu menegakkan sesuatu yang tidak langsung dituntut oleh Islam, menubuhkan sebuah negara Islam.

Ulama dalam Pas sering memperlekehkan ulamak Melayu yang di luar parti kerana tidak menyokong politik parti itu.

Dengan perkembangan semasa, adakah ulama dalam Pas masih mampu mengaku bahawa mereka adalah tersohor.

PAS masih terus dikendong oleh ahli-ahli politik yang tiada beza dengan pemimpin dari mana-mana parti politik.

Nah! Akhirnya Karpal Singh juga yang mampu mendabik dada. Pas lebih rela tunduk kepada DAP daripada melangkah mayat beliau demi mahu mendapat jawatan menteri sekiranya BN tumbang.

Kini al-Quran dan Undang-undang Tubuh Pas bukan lagi panduan politiknya.

Sebaliknya, Buku Jingga adalah kitab perjuangannya.

KOMEN : BETUL DAN SOKONG 100%... NAK KOMEN APA LAGI... PAS AKAN TETAP JADI KUDA TUNGGANGAN PKR DAN DAP DEMI INGIN SANGAT BERKUASA DI PUTRAJAYA...