Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 26 February 2016

Shafie Apdal pertahankan Muhyiddin

26 Februari 2016 1:36 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tampil mempertahankan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik pucuk pimpinan parti dengan alasan teguran tersebut dibuat demi memastikan perjuangan UMNO dan kerajaan terus kukuh.

Mohd. Shafie Apdal

Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, setiap teguran Timbalan Presiden UMNO tersebut terhadap kepemimpinan parti walaupun lantang, bukanlah bertujuan melemah atau menjatuhkan seseorang pemimpin serta kerajaan.

Tambahnya, kritikan Muhyiddin jika diperhalusi dengan teliti sebenarnya cenderung kepada mempertahankan parti serta kerajaan yang disifatkan beliau sebagai jauh lebih penting berbanding mempertahankan pemimpin atau individu tertentu.

Pendirian Mohd. Shafie itu jelas sekali berbeza dengan gesaan majoriti pemimpin UMNO yang mahu Muhyiddin melepaskan jawatannya dalam parti, jika tidak mampu untuk menyokong atau bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan UMNO.

“Bila Muhyiddin menyatakan kerisauan dengan menegur keadaan dalam kerajaan dan parti bukanlah untuk melemahkan pucuk pimpinan parti, apatah lagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya dalam erti kata lain parti dan kerajaan jauh lebih penting daripada individu tertentu.

“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu,” kata Mohd. Shafie dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Sejak kelmarin beberapa pe­mimpin tertinggi UMNO termasuk Ahli Majlis Tertinggi menyifatkan tindakan Muhyiddin yang sering mengkritik Perdana Menteri dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion sebagai api dalam sekam yang merosakkan parti.

Mereka sehubungan itu mendesak Timbalan Presiden UMNO tersebut agar segera melepaskan jawatan atau bakal berdepan dengan tindakan disiplin yang membawa kepada penggantungan jawatan.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pemimpin UMNO perlu menilai secara jujur apakah langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Muhyiddin akan menguatkan sokongan kepada UMNO dan kerajaan atau hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat.

“Pemimpin yang baik untuk parti dan kerajaan harus berani menyuarakan perkara yang boleh menguatkan parti dan kerajaan walaupun kemungkinan hilang jawatan atau kedudukan kerana pada akhirnya, saya pasti ia akan menjadi ubat kepada suatu perjuangan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shafie-apdal-pertahankan-muhyiddin-1.194486#sthash.jA4kO95b.dpuf

No comments: