Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 1 February 2016

ADUN BN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah

01 Februari 2016 1:25 AM


Keratan Utusan Malaysia 21 Januari 2016.

ALOR SETAR 31 Jan. – Apakah krisis politik di negeri ini akan berlanjutan? Dan adakah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kekal sebagai Menteri Besar?

Itulah persoalan yang wujud apabila krisis politik di Kedah memasuki episod baharu hari angku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, esok.

Majlis menghadap yang dijangka bermula pukul 2.30 petang itu dikatakan akan menjadi penentu kepada kedudukan Mukhriz yang kehilangan kepercayaan daripada wakil rakyat BN dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri ini.

Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan membolehkan Jemaah Pemangku diketuai Pengeru­sinya, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mendapatkan penjelasan secara langsung daripada ADUN berkenaan mengenai tahap sokongan mereka terhadap Mukhriz.

“Antara yang bakal dibangkitkan adalah mengenai akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz yang ditandatangani 19 daripada 21 ADUN sebelum ini. Ahli Jemaah Pemangku mahu mendengar sendiri daripada mereka sama ada benar dakwaan dua ADUN dipaksa menandatanganinya.

“Bagaimanapun Mukhriz dikha­­barkan tidak dipanggil untuk menghadap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, beberapa ADUN yang dihubungi mengesahkan telah dipanggil untuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku termasuk Tunku Laksamana, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Pu­teri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Bagaimanapun kesemua me­reka enggan mengulas lanjut termasuk mengenai tujuan pertemuan itu diadakan.

“Saya ada terima panggilan untuk menghadap esok, tapi tidak tahu apa yang bakal dibincangkan,” kata seorang ADUN.

Difahamkan sehingga kini nama Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih tersenarai sebagai calon teratas untuk menggantikan Mukhriz.

Namun, jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu tidak diperkenankan, dua lagi exco, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail dan Datuk Abdul Rawi Abdul Hamid bakal dicalonkan.

Dalam pada itu, seorang penganalisis politik berpandangan, masalah berkenaan perlu diselesaikan segera selepas pertemuan tersebut bagi mengelakkan pembabitan ADUN pembangkang berhubung penetapan mengenai siapa yang layak menjadi Menteri Besar.

“Bayangkan apa akan berlaku jika ADUN BN membawa usul tidak percaya kepada Mukhriz di DUN. Dalam keadaan ADUN UMNO terpecah dua, sudah tentu undi ADUN pembangkang turut ditagih.

“Jika itu berlaku, di mana letaknya maruah UMNO pada waktu itu kerana sebagai parti yang berkuasa, mereka sepatutnya boleh memilih sendiri siapa yang perlu berada di kerusi panas tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan sama, satu sumber memberitahu, kebiasaannya isu seumpama ini akan dapat diselesaikan selepas pihak istana mendengar pandangan ADUN-ADUN.

“Kita memang sudah menjangkakan bahawa Mukhriz tidak akan menyerahkan jawatan de­ngan mudah tetapi sebagai rakyat kita menghormati hak istana untuk mengetahui kedudukan sebenar sebelum sebarang keputusan dibuat,’’ katanya. Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui petang ini mengesahkan Jemaah Pemang­ku Sultan Kedah akan bertemu dengan ADUN terlibat.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/adun-bn-menghadap-jemaah-pemangku-sultan-kedah-1.185608#sthash.j6L6UqoO.dpuf


No comments: