Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 13 May 2015

RMK-11 tumpu ekonomi rakyat

MUZDALIFAH MUSTAPHA | 13 Mei 2015 1:38 AM


NAJIB TUN RAZAK disambut meriah sewaktu menghadiri Pertandingan Dekatlon Akademik Kebangsaan di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, malam tadi. Turut hadir Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Shah Abu Shah dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan terus memberi tumpuan terhadap agenda pelaburan untuk kepentingan rakyat selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baharu (MEB) bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Menurut Perdana Menteri, tumpuan akan diberikan dalam aspek kos sara hidup, pendidikan, kese­lamatan, pengangkutan awam dan pembangunan luar bandar.

“Dalam sektor pendidikan akan ada tumpuan khusus terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Harapan kami usaha tersebut akan dipacu oleh Pelan Pem­bangunan Pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan siswazah yang menepati keperluan pelbagai industri yang sedang dibangunkan.

“Walau bagaimanapun semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan sektor swasta dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang sekali gus akan memudahkan pembangunan kerjaya rakyat,” katanya ketika berucap mempengerusikan sesi dia­log tertutup bersama pemimpin perniagaan di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Yang turut hadir mewakili pihak kerajaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah.

Antara pemain industri yang hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan.

Najib berkata, petunjuk pres­tasi utama (KPI) bagi Program Trans­formasi Ekonomi (ETP) telah mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita sebanyak AS$15,000 (RM54,000) dan itu adalah satu kejayaan untuk ekonomi negara.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan bukan sekadar mahu melihat pencapaian daripada aspek angka dalam ekonomi sebaliknya mahu penca­paian itu diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap rakyat agar memiliki kehidupan yang berkualiti seiring dengan pencapaian ekonomi negara.

Beliau yang juga Menteri Kewa­ngan amat berharap syarikat-sya­rikat korporat dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan dalam mem­bantu mengetengahkan bakat-bakat tempatan terutama dalam mengurangkan kadar pengangguran belia dan meningkatkan semula bilangan pekerja wanita dalam sektor pekerjaan.

“Saya menghargai dialog hari ini bersama anda semua iaitu peniaga-peniaga terkenal. Dialog ini amat bermakna dan merupakan satu per­bincangan secara terus terang yang akan membantu kita membuat keputusan untuk apa dan bila kita perlu melakukan tindakan.

“Dalam masa sama, diharap anda semua dapat memberi pandangan kepada kerajaan bagaimana kita boleh meningkatkan ekonomi sedia ada. Kita adalah kerajaan yang mendengar dan segera mengambil tindakan,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan memerlukan syarikat-syarikat korporat untuk berkongsi kejayaan dan sasaran perniagaan masing-masing sebagai pendekatan untuk kerajaan memberi motivasi dan ins­pirasi kepada rakyat.

“Seperti sesi dialog tahun lalu, kerajaan telah menerima tawaran kerjasama dengan beberapa pihak industri dalam bidang pendidikan dan sektor pekerjaan iaitu tum­puan kepada penambahan pekerja wanita dengan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak.

“Ini semua hasil daripada tindakan sukarela pihak pemain industri dan telah memberi impak besar kepada ekonomi negara,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rmk-11-tumpu-ekonomi-rakyat-1.91261#sthash.LnbBvMmz.dpuf

No comments: