Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 May 2015

Bola sepak Malaysia
 belum matang

JDT adalah blueprint, formula bola sepak TMJ

11 Mei 2015 3:08 AM


SLUG : TMJ 2015JOHOR BAHRU 5 JANUARI 2015 - Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan sidang akhbar di Stadium Larkin, Johor Bahru di sini hari ini.Gambar : RAJA JAAFAR ALIpemberita : nurul (utusan)

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi Presiden Bola Sepak (FAM) kerana menganggap bola sepak di negara ini belum matang serta tidak bersedia menerima perubahan.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, beliau lebih berminat memberi tumpuan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dianggap sebagai ‘blueprint’ serta formula buatnya untuk membangunkan bola sepak Malaysia.

“Johor Darul Ta’zim adalah ‘blueprint’ serta formula saya demi kejayaan bola sepak Malaysia.

“Lihat sahajalah pencapaian dalam masa terdekat dalam semua aspek seperti, pembangunan akar umbi, pelaburan infrastruktur serta pengurusan kewangan yang telah diiktiraf oleh kelab-kelab bola sepak antarabangsa seperti, (Borussia) Dortmund, (Manchester) City, Valencia, Tokyo FC dan Riverplate.

“Tetapi cuba lihat di sekeli­ling, berapa ramai pihak yang membenci ideologi serta polisi JDT. Selagi ada manusia mempunyai sikap sebegini, ia bermaksud FAM dan persatuan-persatuan lain serta segelintir penyokong masih tidak menyokong perubahan, jadi kenapa perlu saya membuang masa untuk menjadi Presiden FAM?,” katanya ketika dipetik dalam Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, semalam.

Tunku Ismail sebelum ini pernah bertanding jawatan Presiden dalam Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei, tahun lalu.

Beliau bagaimanapun tewas dengan 15 undi berbalas 27 kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/bola-sepak-malaysia-8232-belum-matang-1.90533#sthash.jB7OeyE2.dpuf

No comments: