Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 May 2015

AFC : Harimau Selatan mengganas di Larkin

MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 13 Mei 2015 1:20 AM


PENYERANG JDT, Luciano Figueroa (tengah) diasak pemain Balestier Khalsa, Hanafi Salleh dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membawa cabaran pu­singan kedua Piala AFC selaku juara Kumpulan F selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas wakil Singapura, Ba­lestier Khalsa di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin semalam.

Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip 15 mata daripada enam perlawanan.

Beraksi di depan 10,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamer aksi longlai pada babak pertama dan tiada sebarang sera­ngan bahaya berjaya dihasilkan.

Keadaan itu memaksa pe­ngendali JDT, Mario Gomez me­lakukan perubahan drastik pada separuh masa kedua dengan membawa masuk Safee Sali dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi menggantikan S. Chanturu dan Hariss Harun.

Perubahan itu jelas mengubah rentak permainan Harimau Selatan yang lebih agresif menyerang serta memberi tekanan kepada lawan.

Anak-anak buah Gomez memecah kebuntuan menerusi aksi akrobatik Safee yang melakukan sepakan gunting ketika me­nyempurnakan sepakan percuma Mohd. Nazrin pada minit ke-75.

Hanya 10 minit berselang, giliran kapten Safiq Rahim pula menambah jaringan kedua JDT.

Bintang tengah kebangsaan itu menolak hantaran silang seorang lagi pemain gantian, Mahali Jasuli untuk menewaskan penjaga gol lawan, Zaiful Nizam Abdullah.

Ketika permainan hanya me­nunggu masa untuk ditamatkan, penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa menambah der­ita Balestier dengan meledak gol ketiga menerusi sepakan percuma.

Hari ini, Pahang pula akan turun beraksi dalam Kumpulan G menentang kelab Filipina, Global Manila.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-mengganas-di-larkin-1.91197#sthash.g8ijKF16.dpuf


No comments: