Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Monday, 18 May 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Debat Tun Mahathir-Najib, Kalau Beginilah Cara Naj...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Debat Tun Mahathir-Najib, Kalau Beginilah Cara Naj...: Semalam riuh blogger ahjibgor meluahkan perasaan bangga yang tidak terkira mereka kerana ahjibgor DAH JAWAB setiap persoalan yang ditanya ol...
CELAH GELEGAR: 20 soalan untuk siasat Skandal 1MDB, kata Kadir Ja...
CELAH GELEGAR: 20 soalan untuk siasat Skandal 1MDB, kata Kadir Ja...: Kesan sistemik skandal 1MDB wajib disekat dan dihadkan demi melindungi ekonomi negara," kata Kadir Jasin dalam blognya semalam. ...
The Sense, Credibility and Accountability: MENTALITI 'CASH is KING' sanggup GUNAkan INSTITUSI...
The Sense, Credibility and Accountability: MENTALITI 'CASH is KING' sanggup GUNAkan INSTITUSI...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Orang yang berMENTALITI ' CASH is KING ' ini memang sanggup berBUAT apa sahaja demi &...
Friday, 15 May 2015
The Sense, Credibility and Accountability: MINDA penCACAI yang diBELA oleh Najib - Sentiasa I...
The Sense, Credibility and Accountability: MINDA penCACAI yang diBELA oleh Najib - Sentiasa I...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apakah yang masih diHAJATi lagi oleh seorang BEKAS PEMIMPIN yang sangat diHORMATi oleh KAWAN dan...
BICARA PERJUANGAN: KADIR SHEIKH FADZIR TUBUHKAN PARTI IKATAN
BICARA PERJUANGAN: KADIR SHEIKH FADZIR TUBUHKAN PARTI IKATAN: KUALA LUMPUR 15 Mei - Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan penubuhan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang memeg...
CELAH GELEGAR: Lantik audit bebas atau letak jawatan, kata Nazir ...
CELAH GELEGAR: Lantik audit bebas atau letak jawatan, kata Nazir ...: Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak serta adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, menga...
THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: INILAH ORANGNYA YANG MEMBIAYAI LIM GUAN ENG DI HON...
THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: INILAH ORANGNYA YANG MEMBIAYAI LIM GUAN ENG DI HON...: Satu pendedahan telah dibuat berhubung 'KEISTIMEWAAN' yang diperolehi oleh Lim Guan Eng di Hong Kong apabila seorang individu ...
Thursday, 14 May 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun De...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun De...: “Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam piliha...
The Sense, Credibility and Accountability: 3.5 JUTA orang 'PENUMPANG' dalam 'BAHTERA UMNO' ak...
The Sense, Credibility and Accountability: 3.5 JUTA orang 'PENUMPANG' dalam 'BAHTERA UMNO' ak...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. BLOG ini mungkin TIDAK berSETUJU dengan beBERAPA BLOG lain dalam SOAL 1MDB.. Jadik, terPULANGlah ke...
CELAH GELEGAR: Nazri cabar Dr M: Kalau berani BERTANDING Pekan, "...
CELAH GELEGAR: Nazri cabar Dr M: Kalau berani BERTANDING Pekan, "...: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak...
UiTM : Kuasa autonomi tingkat daya saing
NORIZAN ABDUL MUHID (PENDIDIKAN@UTUSAN.COM.MY) | 14 Mei 2015 1:52 AM

SAHOL HAMID ABU BAKAR
Naib Canselor NC Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengakui dirinya tidak boleh menjadi ‘Super NC’ untuk mengawal lebih 200,000 pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan universiti itu di seluruh negara.
Oleh sebab itu, beliau menyambut baik penganugerahan status autonomi kepada setiap kampus UiTM di seluruh negara yang akan dijaga dan diuruskan oleh seorang rektor bermula tahun ini, merangkumi empat bidang iaitu pentadbiran institusi; kewangan dan penjanaan pendapatan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta pelajar.
“Sebagai Naib Canselor, tugas untuk mengawal 200,000 pelajar, 10,000 pensyarah dan 10,000 kakitangan sokongan amat sukar, jika dibandingkan dengan universiti lain yang cuma ada sekitar 20,000 pelajar tetapi UiTM ada 200,000 pelajar, 10 kali ganda berbanding universiti lain. Saya tidak mampu untuk kawal dan urus semua.
“Saya sebagai NC tidak boleh jadi Super NC, saya mengaku, ia satu ego yang salah jika saya tidak mengakuinya,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kampus Induk UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Autonomi universiti bermaksud penurunan kuasa membuat keputusan daripada agensi pusat dan kementerian kepada pihak universiti selain merupakan prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yang dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam berdaya saing.
Pelaksanaan autonomi ini berteraskan integriti dan akauntabiliti yang tinggi serta perlu dipatuhi oleh pentadbiran universiti selain keputusan kemasukan pelajar diuruskan oleh universiti berkenaan, tidak lagi menerusi Unit Pengambilan Universiti.
UiTM telah menjalani audit kesediaan autonomi pada Mac tahun lalu oleh Kementerian Pendidikan dan Pusat Produktiviti. Laporan audit berpandukan Code of University Good Governance dan University Good Governance Index menunjukkan prestasi UiTM cemerlang terutama dalam bidang akademik.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sahol Hamid berkata, bilangan pelajar UiTM kian meningkat setiap tahun dengan hanya 140,000 pelajar pada tahun 2000 tetapi kini meningkat kepada 190,000 orang dan komposisi itu perlu seiring dengan kualiti serta kebolehpasaran kerja melalui program pengajian yang ditawarkan.
“Kita mahu buka akses kepada semua pelajar tetapi pada masa sama kita harus menjaga kualiti dan bagi menjaga kualiti, kita mengurangkan program pengajian sama ada kita tutup atau gabungkan program demi memastikannya mampu menampung kebolehpasaran graduan UiTM.
“Namun UiTM semakin ramai pelajar dan popular, jadi untuk mengawal dan mengurus semuanya di kampus induknya di Shah Alam memang payah.
“Saya mengaku bukan senang nak jaga, jadi satu caranya adalah mewujudkan 13 kampus dan setiap daripadanya diberikan autonomi. Setiap kampus dijaga dan diuruskan oleh seorang rektor, sebagai contoh Kampus UiTM Perlis ada 12,000 pelajar, Perak 17,000 orang dan Melaka mempunyai 15,000 orang,’’ katanya.
Jelas Sahol Hamid, melalui pemindahan kuasa autonomi itu kepada rektor di setiap kampus membolehkan beliau sebagai Presiden mengawal secara keseluruhan pentadbiran dengan lancar dan lebih memfokuskan kepada pengurusan kewangan.
“Rektor akan lapor kepada saya (Presiden), saya akan lebih fokus terhadap kawalan kualiti pentadbiran yang lancar, pengurusan kewangan lebih mantap dan sekarang tidak akan ada banyak isu birokrasi, kita kurangkan isu ini habis-habisan, tidak perlu protokol terlalu banyak, maka kerja akan lebih lancar.
“Kita akan pantau dari segi kualiti dan tatacara sama ada rektor jalankan tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP), bertugas dengan integriti, tiada penyelewengan atau salah guna kuasa,’’ katanya sambil menambah kuasa autonomi kepada kampus universiti sudah lama dipraktikkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Tegas Sahol Hamid, rektor yang dilantik perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan melakukan yang terbaik demi membawa nama UiTM ke peta dunia, menjaga kualiti dengan ketat di samping memastikan pelajar yang tamat pengajian mendapat pekerjaan yang baik.
“Perbincangan mengenai perkara ini masih berjalan dengan pihak Kementerian Pendidikan termasuk memperhalusi beberapa perkara, bagi tahun pertama, kita kena pantau rektor yang mungkin terlepas pandang sesuatu atau terlalu ghairah hingga tidak ikut SOP, saya sebagai Presiden, perlu melihat perkembangan ini dengan teliti bagi memastikan tiada masalah yang berlaku,’’ kata beliau.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kuasa-autonomi-tingkat-daya-saing-1.91566#sthash.T3SXvJIJ.dpuf
Wednesday, 13 May 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Macam-macam Ada !
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB - Macam-macam Ada !: Baru ni Rafizi timbulkan isu hutang 1MDB hampir USD1 bil atau RM3.52 bil yang bakal menjelma tarikh matangnya pada bulan September, la...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Benarkah Persoalan 1MDB Sudah DiJawab ? Mohon Pro ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Benarkah Persoalan 1MDB Sudah DiJawab ? Mohon Pro ...: Banyak kali dah kita menuntut jawapan kepada persoalan2 1MDB dari Najib dan 1MDB. Mungkin suara kita sebagai rakyat marhaen tidak menarik mi...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Subhanallah .... 1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak T...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Subhanallah .... 1MDB Hampir Nak Cagarkan Minyak T...: GEMPAK bila mantan MB Terengganu MatSaid buat comeback setelah lama menyepi. Bercakap disidang DUN Terengganu tadi - Syarikat di bawah Kem...
The Sense, Credibility and Accountability: Apa yang para penCACAI Najib MARAH sangat kat TUN ...
The Sense, Credibility and Accountability: Apa yang para penCACAI Najib MARAH sangat kat TUN ...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. RAMAI penCACAI Najib sangat-sangat MARAHkan TUN DR. Mahathir kerana keLANTANGan beliau menentang ke...
RMK-11 tumpu ekonomi rakyat
MUZDALIFAH MUSTAPHA | 13 Mei 2015 1:38 AM

NAJIB TUN RAZAK disambut meriah sewaktu menghadiri Pertandingan Dekatlon Akademik Kebangsaan di Universiti Limkokwing, Cyberjaya, malam tadi. Turut hadir Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Shah Abu Shah dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing. - UTUSAN/ Zaki Amiruddin
PUTRAJAYA 12 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) akan terus memberi tumpuan terhadap agenda pelaburan untuk kepentingan rakyat selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baharu (MEB) bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.
Menurut Perdana Menteri, tumpuan akan diberikan dalam aspek kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan pembangunan luar bandar.
“Dalam sektor pendidikan akan ada tumpuan khusus terhadap Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Harapan kami usaha tersebut akan dipacu oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam usaha melahirkan siswazah yang menepati keperluan pelbagai industri yang sedang dibangunkan.
“Walau bagaimanapun semua ini tidak akan tercapai tanpa sokongan sektor swasta dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang sekali gus akan memudahkan pembangunan kerjaya rakyat,” katanya ketika berucap mempengerusikan sesi dialog tertutup bersama pemimpin perniagaan di Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Yang turut hadir mewakili pihak kerajaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Siregar Abdullah.
Antara pemain industri yang hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd. (AirAsia), Tan Sri Tony Fernandes; Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil; Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rohana Rozhan.
Najib berkata, petunjuk prestasi utama (KPI) bagi Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mencapai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) perkapita sebanyak AS$15,000 (RM54,000) dan itu adalah satu kejayaan untuk ekonomi negara.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan bukan sekadar mahu melihat pencapaian daripada aspek angka dalam ekonomi sebaliknya mahu pencapaian itu diterjemahkan ke dalam kehidupan setiap rakyat agar memiliki kehidupan yang berkualiti seiring dengan pencapaian ekonomi negara.
Beliau yang juga Menteri Kewangan amat berharap syarikat-syarikat korporat dapat menjalin kerjasama dengan kerajaan dalam membantu mengetengahkan bakat-bakat tempatan terutama dalam mengurangkan kadar pengangguran belia dan meningkatkan semula bilangan pekerja wanita dalam sektor pekerjaan.
“Saya menghargai dialog hari ini bersama anda semua iaitu peniaga-peniaga terkenal. Dialog ini amat bermakna dan merupakan satu perbincangan secara terus terang yang akan membantu kita membuat keputusan untuk apa dan bila kita perlu melakukan tindakan.
“Dalam masa sama, diharap anda semua dapat memberi pandangan kepada kerajaan bagaimana kita boleh meningkatkan ekonomi sedia ada. Kita adalah kerajaan yang mendengar dan segera mengambil tindakan,” katanya.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan memerlukan syarikat-syarikat korporat untuk berkongsi kejayaan dan sasaran perniagaan masing-masing sebagai pendekatan untuk kerajaan memberi motivasi dan inspirasi kepada rakyat.
“Seperti sesi dialog tahun lalu, kerajaan telah menerima tawaran kerjasama dengan beberapa pihak industri dalam bidang pendidikan dan sektor pekerjaan iaitu tumpuan kepada penambahan pekerja wanita dengan menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak.
“Ini semua hasil daripada tindakan sukarela pihak pemain industri dan telah memberi impak besar kepada ekonomi negara,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rmk-11-tumpu-ekonomi-rakyat-1.91261#sthash.LnbBvMmz.dpuf
Parti baharu dan pesta politik; GST dan Embargo
CUIT
ZAINI HASSAN (ZAINIBINHASSAN@GMAIL.COM) | 13 Mei 2015 1:21 AM
KHABARNYA sebuah parti politik baharu akan dilancarkan Jumaat ini. Namanya berbunyi lebih kurang Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Buku Embargo
Difahamkan ia adalah parti pelbagai kaum. Mengambil cadangan yang dibuat oleh Allahyarham Datuk Onn Jaafar lebih 69 tahun lalu, yang mengesyorkan UMNO ditukar namanya kepada United Malayan (bukan Malay) National Organisation, untuk membuka pintu kepada semua kaum. Itulah kononnya asas kepada parti baharu itu.
Jika benarlah kemunculan parti itu maka negara kita akan terus meriah dengan pesta politik. Orang kita berpolitik hari-hari.
Sehinggakan sebahagian tugas kerajaan sekarang ini ialah menepis dan menangkis sepak terajang politik.
Pembangkang sekarang bertepuk tangan sakan melihat fenomena yang berlaku.
Jika benarlah apa yang berlaku sekarang sebahagian daripada adalah usaha pembangkang, ternyata mereka berjaya. Sungguh halus permainan mereka.
Sehinggakan orang Melayu begitu marah sekali dengan kerajaan Melayu yang ada ini. Kalau boleh hari ini juga mereka mahu kuburkan kerajaan yang ada ini.
Alah sesiapa pun yang memerintah sama sahaja, kata mereka yang begitu amarah itu.
Pihak yang menjadi nasi tambah pun banyak. Berlambak-lambak dalam media sosial. Tugas mereka menuang petrol dan menabur cabai Melaka.
Orang yang membacanya panas meluap-luap. Seolah-olah mereka begitu mahir mengenai transaksi itu dan ini. Isu Tabung Haji juga menyebabkan mereka naik panas. Seolah-olah kerajaan ada muslihat mahu menipu rakyat. Hairannya, ramai yang percaya, termasuk cerdik-pandai.
Maka itulah banyak sekali pepatah Melayu yang menyebut mengenai tabiat amarah orang Melayu ini.
Kerana nyamuk seekor, satu kelambu dibakar. Akhirnya menang sorak, satu negara tergadai.
Pencacai politik kepada pemikiran orang Melayu ini semakin bercambah sekarang ini. Ada yang menjadikannya sebagai mata pencarian.
Yang menjadi mangsa ialah orang kita sendiri.
Berbalik kepada parti baharu itu, pengasasnya pula ialah bekas pemimpin tertinggi UMNO yang sekejap sebelah sana dan sini. Khabarnya lagi dia pun ada banyak masalah. Macam-macam masalah.
Kita tunggulah siapa dia...
GST Indonesia
dan GST Malaysia
BARU-BARU ini seorang sahabat baru pulang dari membeli-belah di Jakarta.
Bersungguh-sungguh dia berkata, Indonesia ialah destinasi shopping yang murah - walaupun GST di negara itu ialah 10 peratus.
Peniaga-peniaga di sana, bukan macam di negara ini. Mereka tidak mencatut dan membuat untung keterlaluan.
Mereka tidak tamak. Jika harga di peringkat pembeli boleh dijual murah, maka rangkaian pengeluarannya sudah tentu juga murah.
Dengan jumlah kepelbagaian penduduk seramai suku bilion orang, negara itu ternyata hebat. Jangan kiralah kos buruh negara itu rendah menyebabkan barangannya murah. Orang hanya mahu tahu harganya murah.
Pelik di Indonesia barangan import juga murah berganda berbanding negara ini.
Mengikut sahabat itu kain baju import yang berkualiti, harganya berganda-ganda lebih murah daripada yang dijual di gedung di negara ini.
Tidak hairan para peniaga di sini untung kerana harga di sini berlipat kali ganda mahalnya.
Berbalik kepada soal GST, di Indonesia hal cukai itu yang sudah dilaksanakan sejak lebih sedekad lalu tidak pernah menjadi satu kekecohan.
Malah saya mahu memetik apa yang dikatakan oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno kepada sebuah akhbar tempatan.
“Malaysia tidak perlu takut kepada pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kerana ia banyak membawa faedah. Sebagai contoh Indonesia telah berjaya melaksanakan GST untuk kebaikan negaranya.
“Kenapa perlu takut? Pada saya pelaksanaan GST akan menguntungkan rakyat, menambah pendapatan negara kerana GST akan mengurangkan cukai yang sedia ada,” katanya.
Di Indonesia GST dipanggil Pertambahan Pajak Nilai (PPN) diperkenalkan sejak 12 tahun lalu.
Pelaksanaan PPN atau VAT menyumbang 40 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Indonesia dengan kadar terkini sebanyak 10 peratus.
GST di Malaysia dilaksanakan pada 1 April lalu dengan kadar 6 peratus.
Malah Presiden Indonesia Joko Widodo turut mempersenda kita.
“Pak Najib (Razak) di Malaysia sudah berkali-kali bilang GST itu bagus. Kalau bagus, waduh, kenapa harus 6 peratus saja? Jadi saya naikkan GST di Indonesia sebagai 16 peratus.
“Moga-moga negara kita 10 peratus lebih makmur berbanding Malaysia dan tenaga kerja kita tidak lagi perlu mencari rezeki di sana,” kata Joko yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Saya kadang-kala mahu juga percaya bahawa konflik GST di negara ini sengaja dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu dengan niat-niat tertentu.
Namun saya tidak akan boleh maafkan pihak berkuasa, sekiranya mereka gagal mengajar para peniaga supaya berniaga dengan berhemah dan bertanggungjawab. Perlu disebut di sini, peniaga Malaysia adalah antara yang paling tamak di dunia.
Jika itu pun gagal dilakukan oleh pihak berkuasa, maka gagallah GST di Malaysia.
Dan sekali lagi merekalah yang akan menang!
EMBARGO oleh
Zahari Affandi
BEBERAPA hari lalu saya menerima sebuah novel yang baharu dilancarkan bertajuk Embargo tulisan bekas wartawan Utusan Melayu, Zahari Affandi.
Bersama-sama buku itu diselit sepucuk surat bertulis: “Bukannya seperti kebanyakan penulis “Hantu Raya” yang makan upah, dapat makan telur, semuanya bagus, tetapi kalau tak ada telur, tuan sendiri pun dia makan.”
“Kerana saya cukup berminat dengan Cuit setiap Rabu, tolonglah luangkan masa untuk membaca Embargo... kerana banyak menyentuh tentang kerenah dan perangai orang UMNO.”
Novel terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu mengisahkan:
YB Datuk Alang Bahadur dalam perancangan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi sebuah parti politik. Ketika berusaha untuk mempertahankan kedudukannya itu, beliau berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam parti dan keluarganya.
Salah satu petikan menarik dalam buku itu: “Bagi aku Piah, kehidupan masyarakat majmuk di negara ini umpama tiga buah kapal di tengah samudera. Jika taufan melanda, ombak setinggi langit datang membadai, bukan sahaja kapal Cina atau India yang musnah, kesemuanya hancur lebur. Sebab itu apabila Melayu bercakap mengenai orang Cina atau India kena berhati-hati jangan terlalu emosi...”
Zahari yang kini menerajui syarikat penerbitannya sendiri, pernah menjadi pengelola ruangan Sastera Mingguan Malaysia, penyunting Utusan Zaman dan majalah URTV sebelum meninggalkan Utusan Melayu pada 1982.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/parti-baharu-dan-pesta-politik-gst-dan-i-embargo-i-1.91216#sthash.gwSODVSI.dpuf
POLITIK : Jangan tunduk kepada tekanan - HADI PANDAI PELURU UTK PRU 14 MESTI DIPERTAHANKAN...
Nasihat Presiden Pas kepada Perdana Menteri
RADHUAN HUSSAIN | 13 Mei 2015 1:38 AM

ABDUL HADI AWANG
KUALA TERENGGANU 12 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyarankan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak agar tidak tunduk kepada sebarang tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan kerana itu bukan jalan penyelesaian terbaik.
Abdul Hadi menegaskan, Perdana Menteri sebaliknya perlu memberi fokus untuk menangani secara kolektif beberapa isu yang dikaitkan dengan kelemahan, kesilapan sehingga tercetus masalah yang menyelubungi pentadbirannya ketika ini.
Menurutnya, selaras dengan sebuah negara demokrasi, kuasa bagi menentukan siapa yang berhak menduduki tampuk pemerintahan adalah di bawah kuasa rakyat dan bukannya ditentukan oleh mana-mana individu tertentu.
Malah, jelas beliau, Malaysia juga bukan sebuah negara yang mengamalkan dasar pemerintahan secara diktator sebaliknya ia diperintah oleh parti dan sekiranya berlaku kesilapan, ia perlu ditangani dengan sebaik-baiknya dengan mereka yang memerintah mengambil tanggungjawab bersama.
Beliau memberitahu, senario politik yang berlaku ketika ini seolah-olah mengulangi situasi yang pernah berlaku semasa era pemerintahan beberapa perdana menteri terdahulu termasuk di bawah kepemimpinan Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Saya rasa kita macam ulangi senario dulu jugalah, tiap-tiap perdana menteri akan timbulkan masalah masing-masing, daripada isu Perwaja, Maika Holdings, projek Pelabuhan Klang, KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), Bumiputera Malaysia Finance (BMF), Skyhawk dan banyak lagi.
“Tiap-tiap perdana menteri akan teruskan masalah ini maka kita ambil budaya supaya perdana menteri letak jawatan. Naik yang baharu dan buat masalah baharu balik. Itu satu budaya politik yang tidak sihat dan sebab itulah sepatutnya kita bukan tukar orang. Kalau ubah dasar maka dasarlah (ubah) dan begitu juga salah pendekatan, kena selesaikan masalah itu.
“Kalau tukar orang, perangai lama dan masalah apalah pula. Dulu masa Tun Mahathir, dia disuruh berhenti sebab ada masalah dan selepas dia berhenti, Abdullah naik dan ada pula cerita dia (Abdullah) dan selepas itu dia turun, ini pula ada (masalah semasa pemerintahan Najib). Ini satu budaya politik yagn memalukan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi rehat Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kemelut serta konflik yang melanda Barisan Nasional (BN) dan UMNO bertitik tolak pada pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sehingga mencetuskan ketegangan terbuka antara Najib dan bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir.
Abdul Hadi seterusnya berpendapat, semua pihak termasuk rakyat perlu memberi Najib peluang untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda negara dan Perdana Menteri perlu mempertahankan kedudukannya itu sebagai pemimpin nombor satu negara.
“Ya, dia (Najib) tak perlu tunduk, biar dia selesaikan masalah. Kita tengok macam mana dia selesaikan masalah itu dan kalau silap, betulkan kesilapan itu. Jangan kita kerja gali lubang antara satu sama lain.
“Saya tak tahulah sama ada sengaja gali lubang atau buat lubang sendiri, itu kena ubah pendekatan lama kepada cara lebih baik,” ujarnya.
Ditanya adakah wajar Dr. Mahathir bertindak mengasak Najib berhubung perkara itu, Presiden Pas itu bagaimanapun berkata, beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa namun dalam sebuah negara demokrasi, ia perlu diserahkan kepada rakyat.
“Rakyat menghukum parti dan bukan hukum orang, kalau kita kata perdana menteri sekarang adalah masalah, yang dulu juga (perdana menteri terdahulu) ada masalah juga. Seolah-olah kita nak jadikan Melayu mudah lupa.
“Bukan Melayu saja, MIC (India) dengan Mika Holdingnya, Cina dengan isu Pelabuhan Klang, ini bukan cara politik kita. ikutlah cara politik sihat yang lebih demokratik, rakyat sendiri faham dan bukan dengan cara kita turunkan pemimpin satu demi satu dengan alasan masalah masing-masing. Turun satu pemimpin, naik yang lain masalah tetap terjadi,” jelasnya.
Kepada soalan lain sama ada pelbagai isu sengaja ditimbulkan dengan tujuan untuk menjatuhkan Najib, Abdul Hadi mengulangi pandangannya bahawa apa yang berlaku ketika ini menyamai dengan senario dahulu yang turut dilanda pelbagai isu termasuk Perwaja, Skyhawk dan sebagainya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/jangan-tunduk-kepada-tekanan-1.91264#sthash.dSKYw1sy.dpuf
AFC : Harimau Selatan mengganas di Larkin
MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 13 Mei 2015 1:20 AM

PENYERANG JDT, Luciano Figueroa (tengah) diasak pemain Balestier Khalsa, Hanafi Salleh dalam perlawanan Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam. UTUSAN/MOHD. HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim (JDT) akan membawa cabaran pusingan kedua Piala AFC selaku juara Kumpulan F selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas wakil Singapura, Balestier Khalsa di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin semalam.
Kemenangan itu membolehkan skuad Harimau Selatan mengutip 15 mata daripada enam perlawanan.
Beraksi di depan 10,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamer aksi longlai pada babak pertama dan tiada sebarang serangan bahaya berjaya dihasilkan.
Keadaan itu memaksa pengendali JDT, Mario Gomez melakukan perubahan drastik pada separuh masa kedua dengan membawa masuk Safee Sali dan Mohd. Nazrin Mohd. Nawi menggantikan S. Chanturu dan Hariss Harun.
Perubahan itu jelas mengubah rentak permainan Harimau Selatan yang lebih agresif menyerang serta memberi tekanan kepada lawan.
Anak-anak buah Gomez memecah kebuntuan menerusi aksi akrobatik Safee yang melakukan sepakan gunting ketika menyempurnakan sepakan percuma Mohd. Nazrin pada minit ke-75.
Hanya 10 minit berselang, giliran kapten Safiq Rahim pula menambah jaringan kedua JDT.
Bintang tengah kebangsaan itu menolak hantaran silang seorang lagi pemain gantian, Mahali Jasuli untuk menewaskan penjaga gol lawan, Zaiful Nizam Abdullah.
Ketika permainan hanya menunggu masa untuk ditamatkan, penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa menambah derita Balestier dengan meledak gol ketiga menerusi sepakan percuma.
Hari ini, Pahang pula akan turun beraksi dalam Kumpulan G menentang kelab Filipina, Global Manila.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-selatan-mengganas-di-larkin-1.91197#sthash.g8ijKF16.dpuf
Tuesday, 12 May 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rosmah Dan Najib Ada Juta2 Dalam Akaun ? Mohon Di ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Rosmah Dan Najib Ada Juta2 Dalam Akaun ? Mohon Di ...: Adakah pendedahan atau dakwaan terbaru dari Sarawak Report melalui artikel Making Millions Overnight..... Is It Proper And Is It Tru...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Chedet 1707 - PM Harus DiTukar Cepat Untuk Proses ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Chedet 1707 - PM Harus DiTukar Cepat Untuk Proses ...: Artikel terbaru CheDet no 1707 - Pilihanraya Kecil lebih merupakan satu luahan peribadi Tun Mahathir bagi menerangkan sekali lagi kenapa be...
CELAH GELEGAR: Tun M : Pakatan akan perintah negara jika Najib ga...
CELAH GELEGAR: Tun M : Pakatan akan perintah negara jika Najib ga...: KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat dilihat akan mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 jika kerajaan gagal menangani isu 1M...
Monday, 11 May 2015
Bola sepak Malaysia belum matang
JDT adalah blueprint, formula bola sepak TMJ
11 Mei 2015 3:08 AM

SLUG : TMJ 2015JOHOR BAHRU 5 JANUARI 2015 - Tunku Mahkota Johor yang juga Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan sidang akhbar di Stadium Larkin, Johor Bahru di sini hari ini.Gambar : RAJA JAAFAR ALIpemberita : nurul (utusan)
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, beliau tidak berminat untuk menjadi Presiden Bola Sepak (FAM) kerana menganggap bola sepak di negara ini belum matang serta tidak bersedia menerima perubahan.
Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu, beliau lebih berminat memberi tumpuan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dianggap sebagai ‘blueprint’ serta formula buatnya untuk membangunkan bola sepak Malaysia.
“Johor Darul Ta’zim adalah ‘blueprint’ serta formula saya demi kejayaan bola sepak Malaysia.
“Lihat sahajalah pencapaian dalam masa terdekat dalam semua aspek seperti, pembangunan akar umbi, pelaburan infrastruktur serta pengurusan kewangan yang telah diiktiraf oleh kelab-kelab bola sepak antarabangsa seperti, (Borussia) Dortmund, (Manchester) City, Valencia, Tokyo FC dan Riverplate.
“Tetapi cuba lihat di sekeliling, berapa ramai pihak yang membenci ideologi serta polisi JDT. Selagi ada manusia mempunyai sikap sebegini, ia bermaksud FAM dan persatuan-persatuan lain serta segelintir penyokong masih tidak menyokong perubahan, jadi kenapa perlu saya membuang masa untuk menjadi Presiden FAM?,” katanya ketika dipetik dalam Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, semalam.
Tunku Ismail sebelum ini pernah bertanding jawatan Presiden dalam Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei, tahun lalu.
Beliau bagaimanapun tewas dengan 15 undi berbalas 27 kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/bola-sepak-malaysia-8232-belum-matang-1.90533#sthash.jB7OeyE2.dpuf
Alumni UiTM perlu jayakan TP1B – Arshad
11 Mei 2015 3:57 AM

Arshad Ayub (dua dari kiri) dan isteri, Puan Sri Zaleha Arshad (kiri) melihat Anugerah Sarjana Cemerlang dalam bidang Pentadbiran Perniagaan yang diterima anak mereka, Azmir Razaleigh Arshad sambil diperhatikan isteri Azmir, Siti Shazlina Shamsirruddin selepas Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 di Shah Alam, semalam.
SHAH ALAM 10 Mei – Alumni dan ibu bapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) diseru menjayakan pelaksanaan Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) dengan menyalurkan sumbangan bagi memastikan agenda pembangunan ilmu pengetahuan bumiputera dapat diperkasakan pada masa depan.
Seruan itu dinyatakan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub yang yakin TP1B dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lalu, mampu menjadi sumber kewangan besar untuk membela golongan bumiputera terus maju dalam bidang pendidikan.
“Sebagai Pro-Canselor UiTM, saya melihat inilah masa untuk alumni UiTM dan ibu bapa bekas pelajar universiti ini yang berjumlah hampir 500,000 orang menyumbang kembali kepada institusi yang telah berjaya mengubah landskap masa depan anak mereka.
“Saya tidak ingin menyatakan jumlah yang patut disumbang oleh golongan itu, tetapi apa yang penting adanya rasa ingin memberi balik dalam diri masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-82 di sini hari ini.
Arshad berkata, jika diandaikan seorang Alumni UiTM atau ibu bapa mereka memberi sumbangan sebanyak RM2,000, mungkin sasaran yang diimpikan sebanyak RM1 bilion menjadi kenyataan tanpa menunggu masa yang lama.
Katanya, budaya memberi balik kepada UiTM perlu dilihat sebagai satu perilaku murni demi mewujudkan kesinambungan pendidikan tinggi bumiputera bagi mengisi pasaran tenaga kerja profesional dan separa profesional pada masa depan.
“Inilah masa ibu bapa yang memiliki anak yang berjaya sebagai graduan pelbagai bidang untuk turut sama menyumbang ke dalam TP1B. Menjadi harapan saya juga, untuk melihat graduan yang tamat belajar hari ini turut menyumbang kepada anak bangsa apabila sudah berjaya nanti,” katanya.
Beliau menambah, inisiatif TP1B yang telah diilhamkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan turut digerakkan bersama Persatuan Alumni UiTM (PAUiTM) itu perlu disokong sepenuhnya kerana ia diwujudkan untuk disalurkan bagi tujuan pendidikan, kebajikan, biasiswa dan penyelidikan ilmiah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/alumni-uitm-perlu-jayakan-tp1b-8211-arshad-1.90597#sthash.ibwCelEB.dpuf
POLITIK : Saya tidak akan tunduk – Najib
Tekanan mahukan beliau letak jawatan sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO
11 Mei 2015 4:29 AM

Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor ditemani Musa Aman (tiga dari kanan) melaungkan slogan ‘Solidariti’ bersama para hadirin ketika hadir pada Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah di Tawau, Sabah, semalam. Turut sama, Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (depan dua dari kanan). – utusan/Azrul Edham Mohd Aminuddin
TAWAU 10 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Beliau berkata, selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana menteri dan ahli UMNO terus teguh menyokongnya sebagai Presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
“Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini hari ini.
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.
Beliau menegaskan, jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan ahli UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan “rakyat Sabah sokong” sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, “Najib, Najib, Najib”.
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi ‘Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’.
Najib berkata, beliau mendapat mendengar sokongan padu dan gemuruh daripada hadirin pada majlis di sini dan juga di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan awal hari ini serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.
“Takkan satu suara (Dr. Mahathir) lebih besar daripada suara yang didengari daripada para hadirin di sini dan di Kota Belud dan mandat diterima daripada seluruh negara,” katanya.
Katanya, setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr. Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.
“Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr. Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, ‘walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri’. Oh hebat dia jawab.
“1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr. Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri”, yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
“Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi Perdana Menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)),” katanya.
Najib berkata, kenyataan Dr. Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
Beliau menegaskan, kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.
Perdana Menteri menjelaskan, ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya ‘bailout’ 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.
Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.
“Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata ‘you are shooting yourself at your foot’, tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional. Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu,” katanya.
Perdana Menteri berkata, selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh. – BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/saya-tidak-akan-tunduk-8211-najib-1.90632#sthash.r8kU4hIe.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)









