Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Tuesday, 14 April 2015
CELAH GELEGAR: (BILA DAH TAK SUKA, SEMUA SALAH & DIPESONGKAN) WAK...
CELAH GELEGAR: (BILA DAH TAK SUKA, SEMUA SALAH & DIPESONGKAN) WAK...: Dulu saya di universiti pun saya masak. Cuma masa di asrama memang tak boleh masak tapi apabila dah duduk rumah sewa memang bergilir sat...
Monday, 13 April 2015
Kampus UiTM diberi autonomi
RODELIO JUNJUN TAUCAN | 12 April 2015 2:14 AM

Najib Tun Razak bersama Idris Jusoh (depan, empat dari kanan) dan Lodin Wok Kamarudin (depan, dua kanan) bergambar bersama penerima-penerima watikah pelantikan pemegang amanah Tabung Pendidikan 1Bilion (TP1B) UiTM termasuk Prof. Sahol Hamid Abu Bakar (belakang, kanan) dan Zaini Hassan (depan, kanan) dalam Majlis Sumbangsih Perdana TP1B UiTM di Kuala Lumpur, malam tadi. mingguan/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 11 April - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penganugerahan status autonomi kepada semua kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam usaha menjadikan institusi keramat itu sebagai universiti terbaik di dunia.
Perdana Menteri berkata, penganugerahan tersebut perlu untuk memastikan sistem tadbir urus UiTM mampu mentadbir sebanyak 224,000 pelajar yang dijangka menyertai 244 program di universiti itu menjelang 2020.
Beliau berkata, melalui kuasa autonomi, setiap kampus UiTM akan ditadbir oleh seorang rektor yang boleh membuat keputusan dalam memastikan pentadbiran dan sumber universiti diuruskan dengan baik.
“Saya telah putuskan bersama bahawa konsep yang paling sesuai ialah kita kekalkan UiTM sebagai institusi keramat bumiputera, ini tidak boleh dikompromi, identiti UiTM tidak akan ditukar.
“Tetapi oleh kerana UiTM sudah terlalu besar, saya bersetuju sistem autonomi akan dilaksanakan, maka setiap kampus ada kuasa autonomi tetapi strukturnya tetap kekal,” katanya ketika berucap melancarkan majlis Malam Sumbangsih Perdana Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B) UiTM di sini malam ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Lembaga Pemegang TP1B, Tan Sri Lodin Wok Kamarudin.
Yang hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Ir. Sahol Hamid Abu Bakar dan Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia, Datuk Zaini Hassan.
Perdana Menteri berkata, pemberian kuasa autonomi yang diputuskan bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bagi memastikan identiti UiTM terus kekal sebagai universiti terbaik untuk golongan bumiputera.
Tambahnya, sehingga Oktober 2014, UiTM telah berkembang dengan pesat dan menampung sebanyak 177,051 pelajar daripada peringkat pengajian asasi sehingga doktor falsafah.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kampus-uitm-diberi-autonomi-1.80120#sthash.GfvXf2a1.dpuf
F1 : Hamilton menang di China, Rosberg berang
13 April 2015 12:45 AM
SHANGHAI - Lewis Hamilton membuktikan kehebatannya apabila menjuarai Grand Prix China, tetapi kemenangannya itu dicemari dengan kemarahan rakan sepasukan dalam Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg apabila persengketaan lama kedua-dua pemandu itu meletus kembali semalam.

Lewis Hamilton menjulang trofi kejuaraan selepas memenangi Grand Prix China di Shanghai semalam. AFP
Dalam perlumbaan yang berakhir dengan kereta keselamatan memimpin saingan, pemandu Britain tersebut melakar kemenangan kedua daripada tiga Grand Prix yang telah berlangsung tahun ini, sementara Rosberg di kedudukan kedua dan pelumba Ferrari, Sebastian Vettel di anak tangga ketiga.
Rosberg, yang menghamburkan kemarahan terhadap mekaniknya setelah tewas tipis semasa sesi kelayakan untuk merebut petak utama, pada satu ketika meminta Hamilton agar meningkatkan kelajuan jenteranya, setelah Vettel semakin menghampiri belakang pelumba Jerman itu.
“Saya tidak mengawal perlumbaannya, saya hanya menguasai perlumbaan saya sendiri. Saya langsung tidak diancam oleh Nico sepanjang saingan,” kata Hamilton ketika ditanya tentang arahan pasukannya agar meningkatkan kelajuan jenteranya.
Rosberg yang benar-benar marah membalas kembali kenyataan tersebut dan berkata: “Memang menarik dapat mendengar alasan daripada anda, Lewis yang menunjukkan anda sememangnya mementingkan diri sendiri.
“Memandu lebih perlahan daripada sepatutnya pada awal saingan telah membuka laluan kepada Sebastian untuk memintas saya. Keadaan itu benar-benar meletakkan diri saya dalam bahaya.”
Hamilton melebarkan rekod kemenangannya di China kepada empat kejuaraan, tetapi kejayaannya itu telah dibayangi pertelingkahan terbaharunya dengan Rosberg.
Vettel, yang mengejutkan Mercedes apabila memenangi saingan di Malaysia dua minggu lalu, telah menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga, dengan pemandu kedua Ferrari, Kimi Raikkonen di tempat keempat.
Hamilton berada hampir lima saat di depan Rosberg sehinggalah pemandu Torro Rosso, Max Verstappen yang berdepan masalah teknikal ketika saingan berbaki dua lagi pusingan untuk tamat, telah memaksa kereta keselamatan masuk ke dalam litar.
“Kereta keselamatan masuk di hujung perlumbaan benar-benar tidak membantu sesiapapun,” kata Hamilton yang hanya berdepan masalah kokpit jenteranya yang terlalu panas.
Sementara itu, dua pemandu Williams, Felipe Massa dan Valtteri Bottas masing-masing menamatkan saingan di kedudukan kelima serta keenam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-menang-di-china-rosberg-berang-1.80330#sthash.thsCs160.dpuf
JELAPANG: TUN DAIM: MUHYIDDIN YASSIN BOLEH BAWA PERUBAHAN
JELAPANG: TUN DAIM: MUHYIDDIN YASSIN BOLEH BAWA PERUBAHAN: BEKAS Menteri Kewangan dan Bendahari Umno Tun Daim Zainuddin ditemuramah oleh sebuah portal berita dan berikut ialah pandangan beliau menge...
APANAMA: If you don't believe Najib... - UPDATED
APANAMA: If you don't believe Najib... - UPDATED: UPDATED - So, the earlier picture of Ismail Sabri's 'godly' statement appears to be genuine, as it appeared in Sabah's Dai...
CELAH GELEGAR: TUN M TAK SAYANG NAJIB DAN ROSMAH, DIA CINTA BANGS...
CELAH GELEGAR: TUN M TAK SAYANG NAJIB DAN ROSMAH, DIA CINTA BANGS...: Kalau Tun M sayang Najib dan Rosmah dia tidak masuk semula dalam gelanggang untuk bertarung. Tapi dia cinta pada Bangsa, Ugama dan Ne...
waadat: Antara korea, singapura, dan malaysia
waadat: Antara korea, singapura, dan malaysia: Demang suka menulis pada hari cuti cuma hasil analisis Demang sejak 2009, pengunjung Waadat akan susut pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Akhirn...
Friday, 10 April 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Soal Jawab TV3 - Sememangnya Ahjibgor BLUR !
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Soal Jawab TV3 - Sememangnya Ahjibgor BLUR !: Dah tonton Soal Jawab TV3 di mana Najib dikatakan akan menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Tun Mahathir ? Hahahaha ..... po...
Dr MiM: TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV...
Dr MiM: TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV...: Di sini MiM sertakan laporan dan transkrip penuh wawancara DS Najib Razak seperti yang disiarkan di portal :
~mummyrokiah: INI LAH JAWAPAN SEBENAR NAJIB KEPADA MAHATHIR
~mummyrokiah: INI LAH JAWAPAN SEBENAR NAJIB KEPADA MAHATHIR: Semalam TV3 telah mewawancara Najib berhubung soalan-soalan yang dibangkit oleh Tun M khasnya berhubung kredibiliti Najib sebagai pem...
Thursday, 9 April 2015
F1 : Mercedes tekad bangkit di China
09 April 2015 1:00 AM
SHANGHAI - Mercedes AMG Petronas akan berusaha untuk kembali selaku kuasa dominan dalam Formula Satu apabila Grand Prix China berlangsung Ahad ini selepas pasukan itu berasa terpukul dengan kemenangan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel di Malaysia.

LEWIS HAMILTON menjadi pelumba pilihan untuk menang Grand Prix China di Shanghai kerana litar yang bersesuaian dengan kereta Mercedes AMG Petronas selain muncul juara tahun lalu.
Lewis Hamilton menerajui penguasaan satu-dua Mercedes bersama Nico Rosberg dalam perlumbaan pembukaan musim di Melbourne, Australia bulan lalu, dengan pasangan itu menang mudah di Litar Albert Park.
Mereka dijangka mengulangi penguasaan itu di Malaysia tetapi Vettel dan Ferrari menghalangnya untuk kedua-duanya menang satu perlumbaan buat kali pertama sejak 2013, hasil kereta yang tidak begitu ‘mendera’ tayar semasa perlumbaan dalam cuaca panas, selain kebijaksanaan dalam mengatur taktikal.
Mercedes kini sangat sedar yang mereka berdepan persaingan sengit daripada pasukan yang sebelum ini merosot akibat satu demi satu krisis yang melanda mereka semasa kempen 2014, tetapi pasukan dari Jerman itu pastinya lega kerana mereka akan berlumba di gelanggang yang sesuai dengan kereta mereka manakala suhu litar tidak begitu mendera tayar Pirelli yang digunakan.
“Kami meninggalkan Malaysia dengan banyak perkara untuk difikirkan. Keputusan di sana mungkin bagus untuk sukan ini...tetapi untuk kami, itu adalah satu amaran.
“Pencabar kami telah meningkatkan kualiti mereka dan kini kami mesti meningkatkan kualiti kami lebih lagi. Seperti yang kami katakan sejak di Melbourne, kami menjangkakan persaingan sengit sepanjang musim ini untuk merebut kedua-dua kejohanan dunia (pengeluar dan pemandu) dan kami mesti memaksimumkan setiap peluang.
“China ialah peluang seterusnya untuk berbuat begitu...litar yang sangat sesuai untuk pasukan kami,” kata ketua perlumbaan Mercedes, Toto Wolff.
Hamilton menewaskan Rosberg di Shanghai tahun lalu dan walaupun trend semasa menjadikan Mercedes sebagai pilihan di litar sepanjang 5.451 kilometer itu, Ferrari pernah menang pada 2013 dan sangat teringin untuk menghalang pemandu Britain itu daripada mencatatkan kemenangan keempat di China.
Fernando Alonso merupakan seorang lagi pemandu yang mendapat amaran di Malaysia dan sementara pemandu Sepanyol itu terpaksa menarik diri lebih awal dalam perlumbaan sulungnya untuk McLaren selepas tidak berlumba di Melbourne akibat kemalangan pramusim, menyaksikan bekas pasukannya meraih kemenangan semestinya menjengkelkannya.
Williams dan Red Bull juga akan mengharapkan keputusan lebih positif selepas dua perlumbaan pertama mendedahkan ketidakmampuan mereka.
Williams pada awalnya dijangkakan akan bersaing dengan Ferrari untuk tempat kedua tetapi kalah teruk kepada Vettel di Australia dan Malaysia, sementara Red Bull telah diganggu oleh masalah dengan Renault yang membina enjin untuk mereka, dan gagal untuk membina sesuatu daripada sesi ujian yang cemerlang di Malaysia. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/mercedes-tekad-bangkit-di-china-1.78937#sthash.6zTDrUvJ.dpuf
APANAMA: Gerakan mencantas Muhyiddin Yassin?
APANAMA: Gerakan mencantas Muhyiddin Yassin?: Maklumat terkini yang diterima dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Peng...
Wednesday, 8 April 2015
Penentu masa depan negara Najib
PPPM (PT) diyakini mampu lahirkan graduan berilmu, berakhlak
KAMIL MASLIH
DAN SOFIAN BAHAROM | 08 April 2015 2:29 AM
29 1 Google +0


NAJIB TUN RAZAK dan Muhyiddin Yassin bergambar bersama tokoh korporat dan akademik yang bersetuju menyumbang kepakaran di institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 di Kuala Lumpur, semalam. utusan/MOHD. NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PT) yang dilancarkan hari ini merupakan hala tuju baharu yang bakal menentukan masa depan negara.
Menurut Perdana Menteri, pelan berkenaan yang menggariskan 10 lonjakan serta lima aspirasi sistem itu diyakini dapat melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan mampu memberi sumbangan kepada negara.
Jelasnya, beliau dapat merumuskan objektif pelan itu sebagai 3B iaitu melahirkan graduan-graduan yang berbakat, bertaraf global dan berteraskan nilai positif.
“Saya tahu bukan mudah untuk menghasilkan pelan ini tetapi saya yakin pelan ini boleh menentukan masa depan yang lebih cemerlang untuk Malaysia, “ katanya ketika berucap pada majlis pelancaran PPPM (PT) di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.
Pada majlis berkenaan, para hadirin yang berjumlah lebih 2,500 orang itu turut dipertontonkan video ucapan tahniah daripada Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik, Kebudayaan Bangsa -Bangsa Bersatu (UNESCO), Irina Bokova.
Menurut Najib, beliau menyokong penuh PPPM (PT) kerana pelan itu bukan sahaja dapat menjana modal insan berkualiti yang memenuhi kehendak industri tetapi juga mempunyai nilai positif dari segi akhlak, rohaniah dan moral selari dengan identiti nasional.
“Ini sebab pandai sahaja tapi tiada akhlak pun tidak berguna. Dia boleh menggunakan kepandaiannya merosakkan negara kita. Contoh paling ekstrem, ada kelulusan tinggi tetapi guna ilmu itu buat bom, ini tidak mustahil,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Najib, autonomi yang diperoleh institusi-institusi pengajian tinggi awam di negara ini perlu dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan selain menjana kewangan sendiri tanpa terlalu berharap peruntukan tambahan daripada kerajaan.
Kata Najib, kerajaan sememangnya memberi penekanan tinggi kepada bidang pengajian tinggi kerana peruntukan daripada bajet negara dalam bidang itu adalah sebanyak 7.7 peratus iaitu jauh lebih tinggi berbanding negara Korea Selatan sebanyak 3.9 peratus, Jepun (1 peratus), Indonesia (3.1 peratus), Thailand (3 peratus) dan Singapura (6.4 peratus).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penentu-masa-depan-negara-najib-1.78815#sthash.3CeH6akh.dpuf
Tuesday, 7 April 2015
Dewan Rakyat lulus POTA selepas lebih 12 jam dibahas
SELASA, 7 APRIL 2015 @ 7:46 AM
KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam.
POTA diluluskan selepas undian belah bahagian kesembilan dilakukan dengan undian terakhir memihak kepada kerajaan dengan kiraan 79 bersetuju dan 60 tidak bersetuju (untuk meluluskan).
Sebelum itu, rang undang-undang yang dibahaskan lancar di peringkat dasar, namun melalui waktu sukar di peringkat jawatankuasa apabila pelbagai pindaan dicadangkan oleh anggota Parlimen pembangkang sehingga sesi perbahasan dan penggulungan di peringkat itu berlarutan sehingga awal pagi ini.
Lebih menyukarkan apabila pembangkang berkeras untuk meminda hampir kesemua 35 Fasal, memaksa lapan undi belah bahagian dilakukan bagi setiap usul pindaan yang dikemukakan sepanjang perbahasan di peringkat jawatankuasa, sebelum undian terakhir dibuat bagi meluluskan rang undang-undang itu.
Bagaimanapun, semua undi belah bahagian berakhir dengan undian memihak kepada kerajaan, sekali gus menolak usul-usul pindaan dibawa pembangkang.
Antaranya, cadangan pindaan termasuk supaya pangkat pegawai polis dalam penangkapan suspek hendaklah tidak rendah daripada Superitendan, selain berhubung tempoh tahanan reman yang digesa tidak melebihi 14 hari berbanding cadangan rang undang-undang itu yang membolehkan suspek ditahan sehingga 21 hari.
Anggota Parlimen pembangkang turut mengusulkan supaya beberapa peruntukan termasuk di bawah Perkara 13 hingga 28 yang menyentuh mengenai perintah tahanan dan sekatan dibatalkan kerana disifatkan berniat jahat.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat jawatankuasa, berkata kerajaan tidak melihat pindaan yang diusulkan itu perlu dibuat pada masa ini.
Katanya POTA harus dilihat dengan 'mata hati' untuk memahami tujuan sebenar kerajaan memperkenalkan undang-undang itu, selain tidak harus dibandingkan dengan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Terdahulu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu di peringkat dasar, berkata elemen pemulihan menjadi keutamaan dalam pelaksanaan POTA.
Tegas Ahmad Zahid, ini kerana POTA tidak boleh dilihat hanya dari sudut perundangan semata-mata sebaliknya ia bersifat pencegahan.
"Elemen pemulihan terhadap tahanan menjadi keutamaan. Rekod tahanan ISA setakat sehingga undang-undang itu ditiadakan iaitu daripada seramai 10,800 tahanan ISA, 90 peratus berjaya dipulihkan," katanya.
Ahmad Zahid juga memberi jaminan POTA tidak akan disalah guna dan tiada sesiapa pun yang mempunyai perbezaan politik atau pendapat, akan ditahan di bawah undang-undang itu. - BERNAMA

RANG Undang-Undang Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 diluluskan tanpa pindaan di Dewan Rakyat pada 2.25 pagi ini, selepas dibahaskan lebih 12 jam. - Foto Astroawani
Kamara bakal hidupkan semula jentera serangan JDT
JUMAAT, 3 APRIL 2015 @ 6:33 PM

JOHOR BAHRU: Penyerang import baharu, Alhaji Kamara dari Sierra Leone bakal menghidupkan kembali jentera serangan pasukan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) pada saingan Liga Malaysia musim ini.
Pemain yang akan berusia 21 tahun pada 16 April ini dipinjamkan daripada kelab Sweden, IFK Norrkoping dengan pilihan untuk dibeli oleh pasukan Harimau Selatan itu bagi melengkapkan baki saingan liga musim ini.
Kamara dijangka digandingkan dengan seorang lagi pemain import baharu, Patricio Rodriquez dari Argentina dalam mengisi posisi penyerang, selepas pemergian dua pemain import, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda mengikuti aksi Kamara selama beberapa bulan sebelum memikat pemain itu.
"Berdasarkan statistik, kami suka dengan apa yang diperhatikan. Pemain ini muda dan mempunyai keazaman tinggi untuk mencapai sesuatu dan itu yang diperlukan oleh kelab," katanya kepada pemberita semasa memperkenalkan pemain itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini hari ini.
"Kami memerlukan lebih suntikan berbisa di barisan depan dan kami fikir adalah penting untuk mempunyai pemain dengan bentuk fizikal dan ketinggian 1.80 mter sepertinya.
"Dia mempunyai impian dan sebab itu kami mendapatkannya untuk JDT," katanya.
Mengenai masa depan pemain itu, Tunku Ismail berkata mereka bersedia mengikat pemain itu jika persembahannya baik serta pemain itu gembira tinggal di sini.
Dalam pada itu, Kamara, yang tiba di sini semalam, berkata beliau menyertai JDT selepas tertarik dengan kemudahan dan kualiti pasukan itu,.
Biarpun atas dasar pinjaman, saya bersedia berusaha dengan gigih dan menyumbang kepada kejayaan JDT, katanya. - BERNAMA
LIGA SUPER : FELDA gigit jari; Perak, Selangor, JDT, Terengganu makin dekat
SABTU, 4 APRIL 2015 @ 11:59 PM
Oleh Wan Fakhrul Bakar Rizar Mohd Noor Faizol Azlan Razak Dan Asrol Awang

PENYERANG FELDA United, Edward Junior Wilson (tengah) diasak dua pemain pertahanan Perak ketika perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam ini. Perak menewaskan FELDA United dengan 4-1. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: FELDA United gagal merampas semula kedudukan tangga teratas Liga Super daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas mereka tewas 4-1 kepada Perak di Stadium Selayang, malam ini.
Hari turut ceria buat Selangor, Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu yang masing-masing melakar kemenangan penting untuk terus mengejar pendahulu liga, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PEMAIN Selangor, Guiherme De Paula (kiri) bersaing dengan pemain Sime Darby, Yosri Derma Raj dalam aksi di Stadium Shah Alam malam ini. - Foto Goh Thean Howe
Selangor menewaskan Sime Darby 3-2 di Stadium Shah Alam manakala JDT menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di laman sendiri.
Pahang turut garang di Kuantan menewaskan Lions XII 3-2 dengan Terengganu membenam pasukan tetangga, Kelantan 2-1 di Kuala Terengganu.

PENYERANG Perak, Charles Souza Chad (kanan) meraikan gol kedua pasukannya ketika menentang FELDA United dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, malam ini. - Foto Hasriyasyah Sabudin
Di Stadium Selayang, biarpun jaringan penyamaan Edward Junior Wilson pada minit ke-48 berjaya memadam gol pendahuluan Perak menerusi Charles Souza Chad seawal minit kelima, Perak garang menambah tiga lagi gol selepas itu.
Chad menambah gol kedua Perak pada minit ke-51 sebelum Namkung Woong meletakkan pelawat selesa mendahului 3-1 menerusi jaringan pada minit ke-82.
Chad melengkapkan hatriknya apabila menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol keempat Perak yang kini berjaya melonjak ke tangga kedua liga.
Sementara itu, di Stadium Shah Alam, Selangor berjaya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga liga apabila mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dengan menewaskan pasukan tercorot, Sime Darby FC 3-2.
Selepas mendahului dua gol menerusi jaringan Andik Vermansah pada minit ke-54 dan Ahmad Hazwan Bakri, minit ke-59, kelekaan Selangor membenarkan Sime Darby merapatkan kedudukan hasil sepakan penalti Nemanja Vidakovic, minit ke-69.
Namun Selangor kembali lega apabila Robert Cornthwaite menanduk masuk gol ketiga pada minit ke-78 sebelum pelawat sekali lagi membalas menerusi Dilshod Sharofetdinov pada masa kecederaan tetapi sudah terlewat untuk mengelak kekalahan kelima Sime Darby.

PEMAIN Pahang, Dickson Nwakaeme (kanan) cuba melepasi benteng pasukan Lions XII pada perlawanan di Stadium Darul Makmur. - Foto Farizul Hafiz Awang
Di Stadium Darulmakmur, Pahang mengesahkan tiga mata menerusi jaringan Matias Conti pada minit ke-35, R Gopinathan (m-65) dan Azidan Sarudin (m-76) manakala gol pelawat menerusi Muhamad Faris Ramli (m-14) dan Khairul Nizam Zainal (m-90).
Sementara itu di Larkin, JDT bangkit menewaskan ATM menerusi Amri Yahyah pada minit ke-36 dan Safiq Rahim (m-57) selepas pelawat mendahului pada minit ke-22 menerusi Jerry Palacois.

PEMAIN JDT, Amri Yahyah (kanan) mengasak pemain pertahanan ATM, Mohd Riduwan Ma'on pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin. - Foto BERNAMA
Dua gol daripada Ismail Faruqi pada minit ke-50 dan Muhamad Shahrin Sapien (m-78) mengesahkan kemenangan Terengganu ke atas Kelantan.
Gol sagu hati pelawat menyusul daripada Mohd Badhri Radzi, minit ke-75.
Azmin tidak layak jadi negarawan - Khalid
07 April 2015 2:04 AM
SHAH ALAM 6 April – Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menganggap penggantinya, Mohamed Azmin Ali tidak layak menjadi negarawan kerana masih bermain retorik dan sandiwara politik dalam isu membabitkan rakyat.

Abdul Khalid berkata, sikap Mohamed Azmin itu dapat dilihat dalam isu pembatalan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) baru-baru ini.
Menurutnya, keputusan tersebut ternyata tidak kena dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Jadual Kesembilan yang menetapkan bidang kuasa dan prerogatif bagi kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan sama ada di bawah senarai Persekutuan, negeri atau bersama.
“Berdasarkan jadual tersebut, amat jelas bahawa projek Kidex terletak di bawah bidang kuasa penuh Kerajaan Persekutuan memandangkan perkara-perkara berkaitan komunikasi, pengangkutan serta kontrak di bawahnya termasuk dalam senarai Persekutuan.
“Hakikatnya, skop dan capaian bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal-ehwal berkepentingan awam sangat meluas dan hampir mutlak.
“Dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam, peranan kerajaan negeri tidak lebih daripada memberi nasihat dan tiada kuasa menolak projek Kerajaan Persekutuan. Malah, walaupun sebarang perkara berkaitan tanah di bawah senarai negeri, perancangan pembangunan bandar dan desa masih tertakluk di bawah senarai bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam masa sama, Abdul Khalid turut meragui serta berasa aneh dengan tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membatalkan projek lebuh raya tersebut kerana pembatalan itu tidak membabitkan langsung perjanjian yang ditandatangani antara syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan pada 16 November 2013.
Selain itu, katanya, terdapat percanggahan hujah oleh kerajaan negeri yang mendakwa syarikat konsesi gagal mematuhi semua syarat ditetapkan dalam tempoh diberi sehingga 14 Februari lalu sedangkan syarikat konsesi dan Kerajaan Persekutuan mendakwa sebaliknya.
“Berpandukan krisis Kidex, kita tidak dapat menolak kemungkinan pelabur swasta akan berfikir berulang kali sebelum membuat keputusan melabur di Selangor khususnya dalam pembinaan infrastruktur pengangkutan awam,” ujar beliau lagi.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/azmin-tidak-layak-jadi-negarawan-khalid-1.78318#sthash.dYPz8zIr.dpuf
Jangan main sentimen perkauman – Dr. Mahathir
Terima hakikat Malaysia negara berbilang kaum
MUZDALIFAH MUSTAPHA | 05 April 2015 2:19 AM
CYBERJAYA 4 April - Masyarakat harus menerima hakikat yang Malaysia akan terus kekal sebagai sebuah negara berbilang kaum, justeru semua pihak perlu berhenti memainkan sentimen perkauman.

DR. MAHATHIR MOHAMAD ditemani isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluangkan masa bergambar bersama peserta forum Apa Yang Remaja Perlu Tahu anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya, semalam. BERNAMA
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan sesetengah pihak menyokong usaha mereka yang memainkan sentimen perkauman akan hanya membawa negara berpatah balik ke zaman sebelum kemerdekaan.
“Formula untuk Malaysia terus berjaya adalah berkongsi. Saya akui ada yang tidak berpuas hati apabila terpaksa berkongsi. Kaum Cina perlu akui orang Melayu adalah majoriti dan kaum India adalah golongan minoriti, namun setiap kaum ada kebolehan masing-masing.
“Contoh paling mudah, dalam sebuah pejabat, gaji seorang bos sudah tentu besar daripada tukang cuci pejabat, tidak mungkin gaji mereka sama. Tetapi pengurusan masih berjalan lancar. Begitu juga dengan Malaysia. Paling mustahak, kekalkan semangat perkongsian yang terpakai sejak dahulu lagi,” katanya.
Beliau berucap dalam forum ‘Apa Yang Remaja Perlu Tahu’ anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, pihak-pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman adalah kumpulan yang hanya suka berpolitik tanpa memikirkan implikasinya.
Beliau menegaskan, dengan hanya lima tahun lagi negara mencapai status negara maju, isu utama yang perlu diberi perhatian adalah mendekatkan jurang antara golongan miskin dan kaya.
Jelas beliau, jurang antara kedua-dua golongan itu perlu ditangani segera dan salah satu daripada langkah yang boleh diambil adalah dengan mengelakkan konflik perkauman.
“Masyarakat perlu akui, orang Melayu kurang pakar dalam perniagaan dan yang mendominasi adalah kaum Cina. Orang Melayu hebat dalam industri pertanian. Ini yang saya sering tekankan, kongsi. Dengan berkongsi, kek ekonomi kita akan menjadi lebih besar, sekali gus dapat merapatkan jurang kemiskinan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jangan-main-sentimen-perkauman-8211-dr-mahathir-1.77295#sthash.KQb41A3S.dpuf
Thursday, 2 April 2015
APANAMA: Amaran terakhir buat UMNO
APANAMA: Amaran terakhir buat UMNO: Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti d...
Pasma bakal jadi parti politik?
RAFIE AZIMI | 02 April 2015 2:15 AM
SUNGAI PETANI 1 April - Setelah berkali-kali menegaskan untuk kekal selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO), nada kepemimpinan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) mula berubah apabila Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi mengakui kemungkinan untuk mewujudkan parti politik baharu.

Phahrolrazi Zawawi
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu, cadangan tersebut timbul setelah menerima desakan daripada pelbagai pihak ekoran kemelut yang berlaku dalam pakatan pembangkang kini.
Katanya, Pasma diletakkan harapan tinggi oleh penyokong pembangkang untuk mengambil tempat dalam pakatan tersebut sebagai ahli komponen baharu.
“Buat permulaan, kami akan melantik badan bebas bagi melakukan kaji selidik terutama dari sudut penerimaan rakyat terhadap Pasma dalam dunia politik tanah air.
“Daripada situ, kita akan lihat hasilnya dan bersedia menimbang kedudukan sama ada kekal sebagai NGO atau berubah menjadi parti politik. Keputusan mengenainya akan dibuat dalam konvensyen nasional Pasma yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada Jun nanti,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Pasma Kedah dengan tema ‘Pasma memacu pakatan pembangkang’ di sini semalam.
Hadir sama Timbalannya, Mohamad Husin; Setiausaha Agung, Mohd. Taib Ahmad serta Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib yang digantung keahliannya dari Pas sebelum ini.
Phahrolrazi menambah, kemelut dalam pakatan pembangkang kini amat kritikal dan kaji selidik yang dijalankan itu nanti akan turut mengambil kira sama ada pakatan sedia ada masih relevan atau perlu diwujudkan pakatan baharu yang lebih ampuh.
“Sama ada Pasma akan bertindak sebagai pengganti kepada Pas atau sebagai komponen baharu, hanya akan ditentukan apabila tiba waktunya. Perkara itu bukan ditentukan kami, sebaliknya ditentukan oleh kepimpinan pakatan pembangkang.
“Tidak mustahil juga Pasma dan Pas akan bersama dalam pakatan baharu itu. Walaubagaimanapun kajian itu akan dilakukan secara menyeluruh termasuk mengambil kira sama ada ahli parti sedia ada bersedia untuk keluar dan bertukar parti,” ujarnya.
Diminta mengulas mengenai hudud yang melingkari pakatan itu, Phahrolrazi mendakwa, isu itu menjadi cukup rumit disebabkan Pas mengangkatnya ke Parlimen tanpa mendapat persetujuan rakan-rakan dalam pakatan.
“Kalau belum bawa ke Parlimen, mungkin boleh dibahaskan sesama sendiri. Tetapi kini apabila sudah dibawa ke Parlimen, itu bukan lagi tempat untuk berbincang.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Sebagai NGO, kami tidak memihak kepada mana-mana parti tetapi lebih melihat kepada kepentingan gabungan supaya ada toleransi yang dapat dicapai,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pasma-bakal-8232-jadi-parti-politik-1.76181#sthash.2oJ7kPlS.dpuf
Zambry akui Sultan Nazrin murka
02 April 2015 2:16 AM
IPOH 1 April – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengakui Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah murka terhadap sikap wakil rakyat pembangkang yang berpakaian serba hitam sewaktu Istiadat Pembukaan Rasmi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Zambry
Menurut beliau, kemurkaan itu dizahirkan kepada beliau sendiri sehingga baginda berangkat meninggalkan dewan persidangan undangan negeri sebaik sahaja mengakhiri titah perasmian.
Beliau berkata, berdasarkan jadual asal, Sultan Nazrin akan berangkat ke bilik diraja untuk santapan ringkas selepas perasmian DUN, disusuli sesi bergambar dan bersalaman dengan semua wakil rakyat.
"Memang tuanku murka. Saya faham ayat-ayat yang dizahirkan oleh tuanku, tak perlu saya sebutkan di sini. Sebagai seorang raja, sudah tentu baginda tidak mudah untuk menyebut 'beta murka'.
"Saya sebagai Menteri Besar mengakui baginda memang murka. Ini sekali gus menjawab dakwaan wakil rakyat pembangkang dalam persidangan dewan hari ini yang mengatakan tuanku tidak murka terhadap tindakan mereka semalam," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Zambry turut menyatakan rasa kesal dengan sikap pembangkang yang bukan sahaja tidak mengakui tindakan mereka semalam adalah salah, tetapi sebaliknya terus mempertahankannya.
Sepatutnya, tegas Zambry. apabila sudah melakukan kesalahan, wakil rakyat pembangkang perlu mengakuinya.
"Saya anggap ini menunjukkan sikap angkuh mereka. Mereka tidak menunjukkan rasa kesal dengan apa yang mereka lakukan. Mereka biadab.
"Alasan mahu menunjukkan tanda solidariti melibatkan empat perkara tidak boleh diterima kerana isu-isu seperti tanda simpati terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan isu negeri ini," katanya.
Menurut Zambry, perbuatan pembangkang semalam melangkaui sempadan poltik kerana menghormati sultan adalah soal prinsip yang sewajarnya dipegang oleh semua ahli dewan.
Beliau berkata, alasan pembangkang bahawa perbuatan mereka semalam tidak menyalahi kod etika berpakaian adalah alasan cetek.
"Saya ingin bertanya kalau mereka benar-benar ikhas dan mahu menunjukkan tanda bantahan, mengapa tidak berpakaian hitam hari ini? Mengapa hanya semalam sedangkan persidangan ada empat hari lagi.
"Saya yakin mereka telah berbincang panjang lebar perkara ini. Bermakna mereka tidak menghormati sultan," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/zambry-akui-sultan-nazrin-murka-1.76209#sthash.GeLNRyvP.dpuf
POLITIK : DAP punca keretakan pembangkang
02 April 2015 2:16 AM
KUALA LUMPUR 1 April – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, DAP menjadi punca segala masalah keretakan dalam pakatan pembangkang ketika ini.

Nik Mohamad Abduh
Kata beliau, Pas yang menyertai pakatan tersebut sejak 2008, sebaliknya lebih arif dalam mengurus perbezaan pendapat dan ekspresi.
“Kita (Pas) selesa dengan pakatan pembangkang, malah kita tahu bagaimana untuk menguruskan pendapat dan perkataan.
“Cuma masalahnya ialah pada DAP. Dia mahu duduk dalam pakatan pembangkang, tetapi DAP tak tahu hendak menguruskan perbezaan,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Nik Mohamad Abduh mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng minggu lalu bahawa DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengannya berikutan tindakan parti itu bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.
Jumaat lalu, DAP Sarawak pula mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang negeri berkuat kuasa serta-merta.
Mengulas lanjut, Nik Mohamad Abduh berkata, atas dasar kecekapan mengurus perbezaan pendapat itu, Pas sebulat suara tidak akan keluar daripada pakatan pembangkang.
“Kalau ada masalah pun kita akan terus konsisten dalam pakatan pembangkang. Apa jua urusan DAP, biarlah DAP yang selesaikan sebab masalah bersama dalam pakatan pembangkang bukan Pas tetapi DAP,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin pakatan bakal menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selepas ini berikutan pertambahan undi simpati.
Katanya, undi simpati itu adalah berikutan pemenjaraan Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambahan pula, katanya, kawasan Parlimen tersebut merupakan kubu kuat pakatan pembangkang sejak sekian lama dan sudah semestinya kemenangan akan dikekalkan.
“Dalam pilihanraya, peningkatan dan pengurangan majoriti adalah perkara biasa tetapi bagi PRK ini, dijangka tidak berlaku.
“Kita akan menang dengan majoriti yang lebih besar kerana mendapat undi simpati yang bertambah selepas Anwar dipenjarakan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dap-punca-keretakan-pembangkang-1.76183#sthash.nlC14P0U.dpuf
Peguam Anwar boleh ‘tutup buku’
02 April 2015 2:18 AM
KUALA LUMPUR 1 April – Keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah sekali gus menutup bukan sahaja prosedur bagi bekas ketua pembangkang itu untuk ‘duduk’ dalam Parlimen, malah mengekang ‘helah’ oleh para peguamnya untuk meneruskan isu berkenaan.

Rais Yatim
Pakar perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, dengan keputusan lembaga pengampunan itu juga Anwar tidak lagi berada dalam keadaan was-was berhubung kedudukannya sebagai ahli parlimen.
“Keputusan Lembaga Pengampunan ini menghabiskan venue atau prosedur baginya (Anwar) untuk duduk di Parlimen dan diharap notis daripada Mahkamah Tinggi itu disebarluaskan supaya liputan berhubung isu ini tamat 100 peratus.
“Perkara-perkara yang akan dibangkitkan oleh peguam-peguamnya (Anwar) selepas ini boleh dianggap sekadar ‘helah politik’ yang bukan beralaskan undang-undang.
“Dan kalau ada yang hendak meneruskan isu (membebaskan Anwar) ini ke hadapan, maka ia harus ditutup mulai hari ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.
Rais mengulas kedudukan Anwar yang telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan pada 16 Mac lalu.
Hilang kelayakan itu berkuat kuasa serta-merta dengan penolakan petisyen pengampunan tersebut, sejajar dengan peruntukan Artikel 48 (4) (c) Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu, permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang menghalang Anwar daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat turut ditolak oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/peguam-anwar-boleh-8216-tutup-buku-8217-1.76217#sthash.h0G4sZr6.dpuf
LIWAT : Mahkamah tolak semakan
SUWARNI MOKHTAR | 02 April 2015 2:17 AM

Latheefa Koya semasa hadir pada pengesahan mengenai keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam. Utusan/Hafiz Johari
KUALA LUMPUR 1 April - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini hari ini menolak semakan kehakiman oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan keputusan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang tidak membenarkannya untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung kini sehingga 4 April ini.
Ia berikutan Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh selepas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menolak petisyen rayuan yang dikemukakan kepada Baginda oleh keluarga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada 24 Februari lalu.
Keputusan tersebut dibuat oleh Tuanku pada mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lalu dan berkuatkuasa serta-merta.
Hakim Datuk Asmabi Mohamad turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM3,000 kepada semua responden di dalam semakan tersebut.
Perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh pada pendengaran semakan kehakiman tersebut dan pengesahan lanjut berhubung keputusan Lembaga Pengampunan terbabit.
Amarjeet yang turut dibantu oleh Peguam Kanan Persekutuan, Alice Loke memberitahu, semakan itu ditolak memandangkan kedudukan Anwar sebagai Ahli Parlimen merupakan teras kepada permohonan berkenaan.
“Beliau (Anwar) hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berkuatkuasa serta-merta sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, tiada asas untuk semakan kehakiman ini diteruskan,” katanya.
Dalam permohonan semakan yang difailkan pada 18 Mac lalu, Anwar menamakan Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.
Anwar memohon kebenaran untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sehingga 4 April ini kerana beliau kini menjalani hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Hukuman yang bermula 10 Februari lalu dibuat selepas panel lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.
Sementara itu, peguam Anwar, Latheefa Koya, pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menolak pendengaran semakan tersebut.
Peguam terbabit juga dilihat mempertikaikan keputusan Lembaga Pengampunan yang didakwanya masih belum diterima oleh anak guamnya mahupun keluarga Anwar.
Jelasnya, tiada di dalam surat dan afidavit yang dihantar oleh Sekretariat Lembaga Pengampunan, Datuk Nursiah Arshad yang menyatakan bahawa petisyen itu ditolak.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/mahkamah-tolak-semakan-1.76207#sthash.km1ymGcB.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)















