Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 8 January 2014

Ayuh bersatulah berdiri teguh di belakang JAIS, ia sedang dihina..


OLEH ZAINI HASSAN




Parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan antara yang mengadakan bantahan terhadap tindakan Paderi Lawrence Andrew yang mahu menggunakan kalimah Allah di gereja-gereja Selangor, baru-baru.

TINDAKAN Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan setelah terdesak.

Terdesak kerana Pas, parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak mahu mempercayai wujudkan gejala penyebaran al-Kitab Bible kepada anak-anak muda kita.

Sebenarnya, setelah berkecimpung selama 25 tahun dengan dunia kewartawanan ini, saya cukup masak dengan kerenah Pas ini. Ia cakap tak serupa bikin.

Riuh sekampung, hasilnya tiada. Yang ada ialah untuk menyemai kebencian kepada orang ramai, terutamanya umat Melayu Islam. Tujuannya ialah supaya orang Melayu menyokong mereka. Untuk apa, untuk politik totok mereka semata-mata.

Apabila tibanya isu seperti JAIS ini mereka sanggup memutar-belit perkataan demi memelihara hati rakan-rakan cauvinis DAP dan PKR.

Wahai pembaca sekelian. Sudah banyak kali Pas berkelakuan sedemikian. Sejak puluhan tahun lalu. Isu hudud diadu-dombakan setiap kali pilihan raya sahaja untuk membuka mata rakyat Melayu supaya membenci pemerintah. Mereka menuduh Pusat tidak mahu melaksanakan undang-undang itu. Namun, amat dikesalkan di Kelantan sendiri, negeri yang mereka perintah sejak pilihan raya umum 1990 -- tidak pula dilaksanakan, walaupun secebis kecil daripada undang-undang itu.

Memang benar orang politik ini banyak cakap "tapi tak serupa bikin".

Bayangkan para juak-juaknya berkata serbuan JAIS adalah bagi mengalih perhatian rakyat kepada isu barang naik! Astagfirullah, macam itu sekali.

Sebagai orang Islam, saya melihat telah berlaku cubaan demi cubaan pihak gereja yang cuba mencabar umat Islam, terutamanya di Selangor, sejak kerajaan pakatan pembangkang ini memerintah. Gerejanya semakin berani dan paderi mereka juga sudah ke hadapan.

Dulu perkara-perkara mengarut ini tidak pernah kedengaran. Walaupun ada, namun bukan secara terbuka seperti ini.

Kini gerakan pendakwahan Kristian ini sudah berani. Mengapa mereka terlalu berani?

Pengedaran Bible versi bahasa Melayu dilakukan secara terbuka di Shah Alam dan tempat-tempat lain di Selangor. Adakah Selangor memberi perlindungan kepada mereka? Apakah ada orang-orang tertentu dalam politik mereka juga menjadi penggerak kepada pendakwahan ini?

Saya rasa Datuk Dr. Hasan Ali, bekas Exco Selangor ada jawapannya. Beliau telah menolak prinsipnya demi agama Islam yang suci. Tetapi bagi orang Pas ini, apabila Dr. Hasan bercakap benar, dia dicap sebagai fitnah, zalim dan pembohong!

Itulah Pas, yang mula saya kenali daripada lubuknya sendiri di Kelantan, semasa dihantar bertugas di sana 23 tahun lalu. Nik Aziz Nik Mat baru masuk ke pejabat Menteri Besar dan Husam Musa masih berhingus lagi. Sepanjang berada di situ selama kurang 2 tahun, negeri itu penuh dengan politiking. Siang malam cakap politik. Orang itu kafir, orang itu taghut, orang itu zalim, orang itu masuk neraka. Semua yang jahat ialah kerajaan Pusat dan orang UMNO. Hanya mereka yang masuk syurga.

Selama satu generasi itulah rakyat Kelantan diindoktrinasikan otak dan fikiran mereka. Yang putih jadi hitam, yang hitam jadi putih.

Saya bercakap berdasarkan pengalaman, pemerhatian dan terbabit secara langsung dengan mereka. Itu pasal apabila JAIS mengambil tindakan itu, ia terus disalahkan. JAIS tidak demokratik walaupun ia mengikut peraturan undang-undang dan Perlembagaan.

JAIS dulu semasa di bawah kerajaan yang dijatuhkan, tidak pernah diperlakukan sebegini. Agama Islam terus semarak, dan institusi surau dan masjid berkembang pesat. Mengapa kini ia berlaku semasa di bawah Pas? Apakah Pas malu apabila berita rampasan Bible itu telah menjadi berita dunia? Apakah DAP dan PKR sangat marah?

Apa yang takut sangat, kitab suci al-Quran pun pernah dibakar, dipijak-pijak, dihina oleh Paderi Terry Jones dari Gereja Dove World Outreach Center, Florida di Amerika Syarikat.

Penghinaan itu lebih dahsyat lagi daripada hanya merampas kitab Bible yang dilakukan mengikut undang-undang.

Jangan butakan mata-hati kita semua. Pihak musuh hanya mahu memecah belah umat Melayu Islam. Itu adalah grand design atau agenda besar mereka. Itu semua ialah cubaan neokolonisasi, penjajahan baru mereka bagi menukar sepenuhnya rejim Melayu Islam di negara ini.

Pas masih tidak sedarkah dan terus berfungsi atas dasar politik semata-mata. Mereka sudah tiada perasaan. Wahai rakyat yang waras, marilah kita menyokong JAIS.

Jangan biarkan ia keseorangan -- dihentam, dibalun, dipersendakan. Bersatu teguh, bercerai roboh!


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140108/re_06/Ayuh-bersatulah-berdiri-teguh-di-belakang-JAIS-ia-sedang-dihina#ixzz2plgnrT1B  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Tuesday, 7 January 2014

Isu kalimah Allah terus dipolitikkan


DARI RENCANA UM 7/1/2014



PADERI Lawrence Andrew, Pengarang The Herald dikatakan membuat kenyataan supaya semua gereja Katholik di Selangor terus menggunakan kalimah 'Allah' dalam perhimpunan mingguan mereka.

Dalam pada itu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bertindak merampas 351 naskhah bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah 'Allah' dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kenyataan Andrew telah membangkitkan protes dalam kalangan umat Islam di Selangor. Sebanyak 22 bahagian UMNO membuat laporan polis berhubung kenyataan paderi berkenaan yang dilihat sebagai provokatif. Pihak polis akan memanggil beliau bagi membantu siasatan.

Pada 14 Oktober 2013, Mahkamah Rayuan membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan The Herald menggunakan kalimah 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Sultan Selangor sebagai Ketua Agama negeri Selangor telah mengeluarkan titah supaya tidak berlaku salah guna kalimah 'Allah' dan kalimah-kalimah yang lain yang telah diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Ia melanggar Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Sudah tentu ada maksud yang tersirat mengapa kepimpinan Kristian Katholik berkeras mahu menggunakan kalimah 'Allah' ini dalam penerbitan sama ada bible versi bahasa Melayu atau risalah The Herald walaupun ia dilihat sensitif bagi orang Islam.

Apakah terdapat sebilangan pemimpin politik Islam bersetuju dengan penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan orang Kristian menyebabkan tampil keberanian untuk menentang undang-undang dan tidak merasa sensitif dengan perasaan orang Islam sendiri.

Secara ilmiah isu kalimah 'Allah' telah dikupas dengan baiknya oleh banyak pihak bersandarkan nas-nas al-Quran dan analisis bandingan. Kalimah 'Allah' bukan sekadar suatu istilah tetapi ia memberi makna dan hakikat kepada kepercayaan mengenai keesaan Allah iaitu tauhid. Ia tidak sama dengan konsep triniti yang didukung oleh penganut Kristian.

Apakah ini cerminan daripada anutan faham pluralisme agama yang dianut oleh sesetengah orang politik yang berkepentingan menganggap "semua agama itu sama" atau pendekatan golongan liberalis yang mempunyai kefahaman yang longgar mengenai Islam dan perubahan.

Pada prinsipnya Islam tidak menolak kemajuan dan perubahan. Dalam tradisi Islam proses islah dan tajdid sering terjadi. Tetapi islah dan tajdid berlaku dalam tasawur atau Pandangan Semesta yang tidak bercanggah dengan syariat. Asas ini penting kerana syariat dan maqasid syariah dalam Islam jelas batasan dan skopnya.

Sekiranya isu kalimah 'Allah' terus dipolitikkan ia akan memberi kesan tidak baik terhadap hubungan orang Islam dan Kristian apalagi realiti Sabah dan Sarawak. Isu agama jika dipolitikkan boleh juga membawa kesan yang buruk kepada keamanan dan kestabilan negara.

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan amat jelas mengenai kedudukan Islam dan bukan Islam. 

Peruntukan dalam Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga mengukuhkan lagi Perlembagaan Persekutuan. 

Raja, Sultan dan Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kalau peruntukan ini tidak dihormati, isu agama boleh membawa konflik. Pemahaman yang tinggi, kesedaran yang mendalam amat diperlukan supaya maslahah bernegara berjalan mengikut landasan undang-undang dan etika keagamaan yang memberikan asas kefahaman dan toleransi.

Seperti kata Tun Mahathir dipetik daripada AIDC (1 Januari 2014), "Selama ini kita tidak pernah berbalah tentang kalimah 'Allah' kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah 'Allah' itu. Jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain. Tidak menggunakan kalimah 'Allah' tidak memudaratkan mereka".

Sedih sekali perkara pokok mengenai kalimah 'Allah' menyebabkan orang Islam berpecah. Ia dipertajamkan lagi dengan orang politik yang mempunyai kepentingan peribadi. Tidak hairanlah mengapa orang lain tidak menghormati Islam kerana tokoh Islam sendiri ramai yang membisu dan kaku.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_03/Isu-kalimah-Allah-terus-dipolitikkan#ixzz2pfrD8ean  © Utusan Melayu (M) Bhd 




Keharmonian kaum asas ajaran agama - TOLAK YANG BERFAHAMAN KOMUNIS


Oleh PROF. MADYA DR. SAODAH ABD. RAHMAN 
PROF. MADYA DR. SAODAH ABD RAHMAN, Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.





Orang ramai dan NGO berhimpun di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya sejak awal pagi pada 14 Oktober tahun lalu di mana keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald.

PERSELISIHAN di antara penganut agama Islam dan Kristian dalam negara ini berkaitan dengan kalimah Allah tercatat dalam bible sepatutnya tidak berlanjutan sehingga ke tahap yang boleh mengeruhkan keamanan negara.

Perkara berkaitan isu agama sepatutnya dibincang secara berhemah dan hikmah. Dalam menyelesaikan persengketaan berkaitan dengan keagamaan, mutual understanding amat diperlukan.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi di sebuah universiti di England selama enam tahun dan penglibatan dalam kegiatan dialog agama sejak 1989 di negara Barat dan di Vatican (1992, 1997,1999) semasa John Paul II mendapati bahawa hubungan umat Islam dengan Kristian adalah terlalu mesra terutamanya apabila Vatican memperakui agama Islam, Kristian dan Yahudi sebagai Abrahmic Religions dan penganut ketiga-tiga agama ini sebagai Abrahamic Brothers.

Agama Islam mengkategorikan agama Kristian dan Yahudi sebagai agama Samawi kerana ketiga-tiga agama tersebut menerima wahyu daripada Ilahi. Islam tidak memperakui agama Kristian dan Yahudi sebagai Islam kerana kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Musa dan Isa telah dipinda dan diubah keasliannya oleh para ulama agama setelah Nabi Musa dan Nabi Isa meninggal dunia .

Selain itu, agama Kristian mengaitkan Isa dengan ketuhanan yang mana kepercayaan ini bertentangan dengan konsep tauhid mutlak (pure monotheism) yang merupakan pengajaran fundamental akidah agama Islam. Agama Yahudi juga tidak diterima oleh Islam kerana mereka tidak mempercayai Nabi Isa dan Nabi Muhammad sebagai Rasul Allah. Sedangkan penganut agama Samawi wajib memperakui kerasulan 25 orang Rasul seperti dinyatakan oleh Allah SWT di dalam kitab Taurat, Injil dan al-Quran. Penafian kenabian ini menyebabkan orang Yahudi terkeluar daripada agama Islam.

Berdasarkan penerangan di atas maka penganut ketiga-tiga agama tersebut sepatutnya memahami perbezaan di antara satu sama lain berkaitan kepercayaan. Penafsiran kitab-kitab suci agama sepatutnya bertepatan dengan konteks ajaran agama masing-masing. Penggunaan nama 'Allah' dalam kitab suci agama selain agama Islam hanya diguna pakai oleh penganut agama Kristian di negara-negara Arab seperti Mesir, Jordan, Syria dan seumpamanya.

Pengalaman penulis sebagai pelajar teologi yang sering mengikuti program di gereja di negara England, Jerman, Austria dan Itali serta menghadiri Papal Audience di Vatican jelas menunjukkan bahawa perkataan 'Allah' tidak disebut oleh paderi dan Pope John Paul II ketika bersembahyang dan memberi ucapan. Perkataan 'God', 'Father', 'Son' dan 'Jesus' merupakan perkataan yang sering diungkapkan oleh ketua agama Kristian ketika bersembahyang dan memberi syarahan agama.

Dialog agama di antara sarjana Islam dan Kristian merupakan salah satu aktiviti yang aktif di Vatican dan negara-negara Barat. Hasil daripada dialog antara agama dan seminar akademik di antara para ilmuan Kristian dan Islam yang begitu aktif sejak John Paul II sepatutnya boleh mempengaruhi pemikiran sarjana Kristian di Vatican supaya menukar perkataan 'God' dalam bible dengan perkataan 'Allah'. Hakikatnya sehingga kini perkataan 'God' masih digunakan oleh Vatican. Ini menunjukkan bahawa tanpa menggunakan perkataan 'Allah' agama Kristian tidak akan tergugat fundamental akidahnya.

Persoalannya, kenapa perkataan 'Allah' masih ingin digunakan dalam penulisan dan penerbitan ajaran bible walaupun ia boleh menggugat keharmonian kaum. Penganut agama Islam dan Kristian diajar oleh agama mereka erti keharmonian, kasih sayang terhadap manusia dan memuliakan jiran. Mereka diajar supaya berkompromi dalam pelbagai kegiatan hidup dengan penganut agama lain selama mana kegiatan itu tidak menggugat fundamental akidah agama mereka.

Dilema yang wujud dalam negara ini masa kini adalah jika perkataan 'Allah' digunakan dalam penulisan penerbitan agama Kristian, ia boleh mengelirukan penganut agama Islam yang kurang arif mengenai akidah Islam. Salah faham terhadap konsep tauhid mutlak ini boleh menggugurkan akidah umat Islam. Ini merupakan satu kebimbangan umat Islam dalam negara ini. Penganut agama Kristian pula ingin membuat pembaharuan dalam tafsiran bible mereka mengenai God dengan menterjemahkannya dengan perkataan 'Allah'. Dari aspek kemanusiaan umat Islam tidak berhak mencampuri urusan keagamaan penganut agama Kristian. Tetapi dalam konteks negara yang dihuni oleh pelbagai agama dan kaum maka perasaan curiga dan prasangka terhadap perubahan bible itu boleh menimbulkan perselisihan kaum dan agama. Perkara begini jika tidak dibendung boleh menggugat keharmonian kaum dan prejudis agama yang amat berbahaya kepada negara.

Berdasarkan kepada suasana begini maka para sarjana Islam dan Kristian sepatutnya berfikir dan merenung sejauhmanakah mereka mengamalkan konsep kasih sayang dan kecintaan terhadap kedamaian yang menjadi asas ajaran agama Samawi. Al-Quran secara jelas menggalakkan umat Islam supaya bersahabat dengan penganut agama Kristian kerana mereka adalah orang yang merendah diri dan penuh kasih sayang serta bertolak ansur. Ajaran Kristian menggalakkan penganutnya bertolak ansur dan berkorban sehingga ke tahap jika 'pipi kiri ditampar maka beri pula pipi kanan'.

Demi keharmonian kaum dan keamanan negara maka sikap bertolak ansur dan berkompromi amat diperlukan. Ahli agama sering dilihat sebagai orang paling bertolak ansur kerana mereka merupakan orang yang paling menghampiri Tuhan. Perselisihan sering membangkitkan emosi yang sukar dikawal dan dibendung. Jika gagal dikawal ia boleh mengundang kepada kemusnahan dan permusuhan.

Orang yang patuh kepada agama sering berusaha mengelakkan perpecahan dan perselisihan kerana peranan utama mereka ialah mendidik dan mengasuh penganut agama mereka menyemarakkan kasih sayang dalam bentuk universal. Bertolak ansur dan berkompromi bukan bererti lemah dan kalah tetapi ia merupakan hikmah dalam kehidupan manusia.

Apabila kuasa politik digunakan untuk menyelesaikan perselisihan agama maka suasana menjadi semakin kemelut. Sebagai pemimpin dan peneraju negara, keamanan dan keharmonian dalam negara merupakan asas penting dalam sistem pemerintahan negara. Jika perselisihan menjadi semakin membara maka tindakan yang keras menjadi pilihan untuk membendung permasalahan.

Oleh itu ahli-ahli agama dalam negara ini sepatutnya menggunakan pendekatan yang berhemah bagi menyelesaikan permasalahan salah faham dan prejudis agama supaya setiap kaum yang berbeza agama dalam negara ini menghormati antara satu sama lain.






Tiada cacat cela, kenapa perlu pinda?

oleh ABDUL YAZID ALIAS



BARU-BARU ini, tiga wakil rakyat DAP di Selangor dilaporkan mencadangkan supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda atas alasan menjaga hak bukan Islam di negeri ini.

Cadangan itu dinyatakan Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran dan Lau Weng San yang masing-masing mewakili kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Damansara Utama, DUN Bukit Gasing dan DUN Kampung Tunku. Mereka mengusulkan pindaan dibuat terhadap Sub-Seksyen 9 enakmen terbabit susulan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah bible versi bahasa Melayu dan Iban mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing, Petaling Jaya, Khamis lalu.

Berdasarkan Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 , ada menyatakan seseorang didapati bersalah jika dia (a) dalam mana-mana penerbitan; atau (b) dalam ucapan awam atau kenyataan; (c) dalam ucapan atau kenyataan dalam mana-mana majlis atau kepada orang ramai; atau (c) dalam ucapan atau kenyataan yang diterbitkan atau disebarkan dan ketika dibuat dia sedar atau tahu akan diterbitkan atau disebarkan, menggunakan perkataan Allah atau 34 perkataan Arab termasuk Hadis, Syariah, Khalifah, Fatwa, Alhamdulillah dan Insya-Allah untuk menyatakan atau menceritakan fakta, kepercayaan, idea, konsep, tindakan, kegiatan, perkara yang berkaitan dengan agama bukan Islam.

Selain itu, mereka memberikan hujah kononnya seksyen tersebut bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan beragama.

Sungguhpun begitu, timbul persoalan mengapa ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan beria-ia mencadangkan pindaan dibuat ke atas enakmen tersebut walhal tindakan yang dilakukan JAIS melakukan serbuan dan merampas bible di premis pertubuhan berkenaan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada. Sehubungan itu, adalah tidak wajar apabila tindakan JAIS tersebut dikaitkan kononnya mahu mencampuri urusan agama lain.

Ini kerana di bawah enakmen itu, penggunaan kalimah Allah serta 34 perkataan Arab lain dalam mana-mana penerbitan agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di negeri ini dan selaku badan yang menguatkuasakan enakmen tersebut, JAIS sememangnya mempunyai hak untuk berbuat demikian. Mengapa pula tiga wakil rakyat terbabit menuding jari kepada JAIS dan mencadangkan pindaan enakmen tersebut dibuat?

Sepatutnya mereka perlu bertanyakan kepada Pertubuhan Bible Malaysia mengapa tidak mematuhi enakmen yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah dalam apa jua penerbitan di negeri ini termasuklah dalam bible sendiri?

Bagi pakar undang-undang, Datuk Salehuddin Saidin, alasan wakil-wakil rakyat berkenaan kononnya Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu adalah bertentangan dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan adalah tidak tepat sama sekali.

Sebaliknya menurut beliau, enakmen tersebut sebenarnya diwujudkan berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

"Maka perlu difahami bahawa Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 itu dibuat berasaskan lunas undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan. Asasnya dibuat undang-undang (enakmen) ini adalah untuk mengawal perkembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam di Selangor.

"Sehubungan itu, undang-undang (enakmen) ini adalah dibentuk berlandaskan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga dengan prosedur operasi standard (SOP) JAIS dalam tindakannya tidak perlu dipersoalkan kerana badan itu menguatkuasakan enakmen yang telah sedia ada," jelas beliau.

Malah, Sallehuddin turut menyatakan tidak ada cacat-celanya enakmen tersebut termasuklah tindakan JAIS menyerbu dan merampas naskah bible di premis persatuan berkenaan sehingga memerlukan pindaan dibuat.
Walau bagaimanapun, beliau memberikan pandangan bahawa sekiranya enakmen itu memerlukan pindaan, boleh dilakukan hanya dengan matlamat untuk memantapkan lagi kawalan pengembangan agama bukan Islam ke atas orang Islam tanpa adanya sebarang pemansuhan mana-mana sub-seksyen di bawah enakmen itu.
Berdasarkan pandangan Salehuddin itu, ketiga-tiga wakil rakyat terbabit sepatutnya faham terlebih dahulu peruntukan undang-undang yang sedia ada dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mahu 'mencari undi' di kalangan pengundi bukan Islam.

Jika itu yang bermain di fikiran tiga wakil rakyat terbabit, adalah tidak salah rasanya tindakan mereka boleh dianggap sengaja mencetuskan provokasi di antara penganut Kristian dan Islam khususnya di negeri ini.

Ini kerana berdasarkan perkembangan ketika ini, pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang mewakili umat Islam dilihat secara terbuka melahirkan kemarahan serta rasa tidak puas hati mereka terhadap ketiga-tiga wakil rakyat DAP itu ekoran cadangan tersebut.

Bagi NGO-NGO terbabit, cadangan itu merupakan satu penghinaan terhadap Islam selain menyifatkannya sebagai satu usaha untuk memurtadkan penganut agama itu.

Sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan memberikan alasan kononnya tidak tahu hukum-hakam Islam, mengapa rakan sekutu beragama Islam daripada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak 'mentarbiah' mereka sebelum membuat sesuatu kenyataan yang berkaitan dengan agama Islam?

Hakikatnya, isu kalimah Allah serta larangan pengunaan kalimah-kalimah Arab lain yang telah termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 tidak sewajarnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak dalam usaha untuk mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang agama khususnya di Selangor.

Ini kerana, matlamat enakmen itu sendiri adalah untuk memelihara keharmonian masyarakat dan sepatutnya dihormati semua pihak.

Adalah amat tidak bertanggungjawab jika ada pihak cuba menjadi 'jaguh' dengan mempersoalkan enakmen tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140107/re_01/Tiada-cacat-cela-kenapa-perlu-pinda#ixzz2pfi3gLS5 © Utusan Melayu (M) Bhd 





KOMEN : MASALAHNYA TINDAKAN CINA RASIS DAP TU MENDAPAT SOKONGAN DARI PENCACAI2 PAS DAN PKR YANG TERASA MEREKALAH YANG TERSANGAT ALIM DAN AHLI SYUARGA... KENAPA DILAYAN????




'Permainan' harga mampu 'rosakkan' sebuah kerajaan





MACAM-MACAM hal berlaku sepanjang pembuka tirai tahun baharu 2014. Satu persatu isu dibicarakan. Ada yang sambut tahun baharu dengan gaji dan elaun baru, kereta baharu, cuti hujung minggu baharu, cukai pintu baharu dan paling menggusarkan ‘harga baharu’ yang melibatkan kenaikan harga barang dan perkhidmatan. Begitu juga dengan bergema kembali isu penggunaan kalimah Allah dan terkini Hard Rock Cafe (HRC) di Putrajaya. Semua isu ini sedikit sebanyak menimbulkan keresahan dan kemarahan terutama dalam kalangan orang Melayu. Isu kalimah Allah sebenarnya boleh diselesaikan dengan baik jika semua pihak menghormati keputusan mahkamah dan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Berkaitan HRC, sejak awal pagi semalam, saya menerima berpuluh-puluh WhatsApp yang membidas cadangan pembukaan HRC di pusat pentadbiran kerajaan itu lebih-lebih lagi berhampiran dengan masjid. Biar pun dalam kritikan itu, mereka mengakui malahan bangga memakai baju HRC yang tertera nama pelbagai negara tetapi mewujudkan restoran seumpama itu amat tidak disenangi. Tanpa HRC, Putrajaya ‘tidak akan mati’ dan tetap menjadi tumpuan ramai termasuklah peminat-peminat motosikal Harley Davidson. Apa yang penting, Perbadanan Putrajaya (PPj) perlu kreatif menyusun program. Cukuplah Kuala Lumpur sahaja menjadi ‘kota hiburan’. Diharapkan penjelasan Presiden PPj, Dr. Aseh Che Mat dapat mengurangkan keresahan.

Bagaimanapun keresahan yang berterusan dalam kalangan orang ramai tentulah isu kenaikan harga barangan. Isu ini jika tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej kerajaan yang sering melaungkan slogan rakyat didahulukan. Rakyat digambarkan seolah-olah negara akan dilanda tsunami kenaikan harga barang sebaik sahaja 2014 mengambil tempat. Mengikut cerita, macam-macam barang akan naik harga. Harga ais tiub, alat tulis, makanan termasuk ikan, sayuran dan macam-macam lagi. Hakikatnya, kenaikan harga seperti ikan dan sayuran disebabkan musim tengkujuh.

Ramai yang bimbang, kenaikan itu tidak dapat dibendung lagi menjelang Tahun Baharu Cina bulan depan. Di mana silapnya? Apakah punca kenaikan ini semua? Adakah kerana kenaikan kos disebabkan harga minyak, kenaikan tarif elektrik atau gaji minimum? Atau ada pihak yang sengaja merancang kenaikan ini semata-mata mahu memburukkan imej kerajaan? Kita bimbang ada pihak yang sengaja mengatur pakatan dalam kalangan persatuan/kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar untuk menaikkan harga. Dalam situasi sekarang, bukanlah mustahil ada pihak sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan bagi mengaut keuntungan. Mungkin ada juga pihak yang sengaja melakukan tindakan itu semata-mata mahu menjatuhkan imej kerajaan Barisan Nasional (BN).

Satu WhatsApp yang diterima semalam secara terang-terangan meminta pelanggan yang menghadapi masalah berikutan kenaikan harga makanan di sebuah gerai menyalahkan BN. ‘Peniaga’ itu dengan mudah meletakkan kenaikan itu sebagai kesalahan kerajaan bukannya disebabkan faktor lain.

Jika itu benar-benar berlaku, peniaga seumpama ini akan mengaut dua keuntungan, pertama menaikkan harga yang tidak sepatutnya dan kedua, berjaya menanam kebencian terhadap kerajaan. Dalam situasi sekarang, ‘permainan’ menaikkan harga akan diterima bulat-bulat oleh pengguna disebabkan ‘kejayaan’ pihak tertentu memainkan sentimen kenaikan harga ini. Ingatlah, isu kenaikan harga sudah bermula di peringkat sekolah dalam kalangan kanak-kanak. Harga makanan di kantin menjadi isu walaupun pihak persatuan yang terlibat dengan pengusaha kantin belum menerima laporan. Dari sekolah, isu ini menjalar ke restoran dan pasar.

Jangan terkejut apabila kita berkunjung ke pasar raya besar, beberapa barangan akan berkurangan, atas alasan tiada bekalan. Ini salah satu taktik untuk menaikkan harga barang. Begitulah permainan yang ada sekarang yang mungkin berubah daripada satu realiti kepada usaha untuk menjatuhkan pihak lain. Mungkin ini salah satu kaedah untuk melemahkan kerajaan. Justeru, isu kenaikan harga perlu ditangani secara baik supaya ia tidak merosakkan pemikiran rakyat seterusnya menanam kebencian terhadap pemerintah bagi jangka masa panjang. Sama ada di peringkat menteri atau pegawai, mereka perlu lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan dalam menghadapi isu rakyat ini. Begitu juga dengan ahli politik. Kesilapan berkata-kata akan membuka ruang terbaik untuk pihak lawan. Kesannya akan ditanggung oleh kerajaan.

Pada masa yang sama, pihak kerajaan khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan tidak boleh lagi berdiam diri melihat permainan ini. Bertindaklah sebelum persepsi buruk yang cuba digambarkan sekarang merebak menjadi ‘barah’. Jelaskan kepada rakyat sejauh mana kebenaran bahawa sedang berlaku tsunami harga barang. Carilah punca kenaikan. Jika orang tengah menjadi punca, apakah yang harus dilakukan. Isu orang tengah ini pernah ditimbulkan oleh pelbagai pihak termasuk Ketua Menteri Sabah, Musa Aman semalam dan tidak lama dulu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob. Awasi peranan orang tengah yang bermain ‘sandiwara’ kenaikan harga ini. Begitu juga dengan dakwaan bahawa pembekal sebagai punca harga barang naik. Bagaimana peniaga kecil mahu menjual pada harga murah apabila pembekal telah menetapkan harga yang tinggi?

Seperkara lagi, seperti dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (Ikhlas), senario sektor  perniagaan didominasi oleh satu kaum sahaja perlu diubah. Gerakkan usaha supaya pengguna tidak bergantung kepada satu kaum dalam membekalkan barangan keperluan. Peranan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) juga perlu diperluaskan bagi membantu rakyat berpendapatan rendah mendapatkan keperluan harian pada harga yang lebih murah. Kedai bergerak KR1M harus memasuki kawasan perumahan yang tidak mempunyai KR1M ini. Persoalannya sejauh mana KR1M juga mampu bertahan?

Langkah terakhir untuk penjimatan terletak kepada pengguna. Apabila kehidupan sudah terbiasa dengan sikap berbelanja tidak berhemah, maka sebarang panduan penjimatan dipandang sinis. Apa pun, dalam menghadapi masa yang terus berubah, setiap orang perlu lebih berdisiplin ketika berbelanja, meminimumkan perbelanjaan dan berbelanja mengikut keutamaan. Sesetengah orang lebih suka bergaya, menjaga standard ketika minum pagi, tengah hari dan petang. Mereka lebih selesa dengan status. Memilih restoran atau cafe yang mengenakan harga lebih tinggi berbanding warung, medan selera atau gerai. Kebanyakan daripada kita tidak sedia berjimat dan mengatur perbelanjaan sebaliknya sering menuding jari mencari kesilapan orang lain. Merungut tidak kena tempat!


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140106/re_03/Permainan-harga-mampu-rosakkan-sebuah-kerajaan#ixzz2pfeVD739 
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Tuesday, 31 December 2013

Rakyat dibuli demi gila kuasa


PENULIS ialah Pengurus Besar, Analisis dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Penunjuk perasaan antikerajaan Thai bertembung dengan polis bagi menghalang proses pendaftaran calon parti politik untuk pilihan raya umum pada Februari 2014 di sebuah stadium di Bangkok pada 25 Disember lalu. - AFP

Ketika semua rakyat bersiap sedia menyambut tahun baharu 2014, segelintirnya pula sedang sibuk menganjurkan perhimpunan haram untuk 'menjatuhkan kerajaan' atas alasan kenaikan kos sara hidup ekoran penstrukturan semula subsidi dan faktor-faktor tertentu di luar kawalan.

Penstrukturan semula atau penyelarasan subsidi menyebabkan tarif elektrik berubah dan sebelumnya harga petrol, diesel dan gas telah meningkat.

Begitu juga dengan pengurangan subsidi, harga gula menjadi lebih mahal 34 sen sekilogram. Kenaikan-kenaikan tersebut dijangka akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan manakala rakyat pula perlu berubah agar lebih membudayakan konsep penggunaan berhemah, termasuk berjimat menggunakan petrol dan tidak mengambil gula berlebihan dalam minuman dan masakan.

Rakyat Malaysia boleh menerima rasionalnya pengurangan subsidi ke atas gula dan petrol, tetapi kenaikan itu semacam memberikan pula kekuatan kepada sekumpulan aktivitis yang muncul sama ada sebagai parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melakukan provokasi agar rakyat 'menggulingkan kerajaan.'

Kajian mutakhir membuktikan, rakyat masih percayakan BN, khususnya UMNO sebagai pemerintah berbanding pakatan pembangkang. Dalam beberapa siri pembohongan yang mereka lakukan, parti-parti pembangkang seperti dirasuk dengan hanya sedikit kemenangan, sedangkan kemenangan itu masih jauh daripada tahap boleh memerintah.

Dengan hanya menang 89 kerusi Dewan Rakyat, yakni lebih satu kerusi daripada jumlah kerusi yang dimenangi oleh UMNO, pakatan pembangkang mula menunjukkan sikap besar kepala dan angkuh.

Sikap besar kepala dan angkuh itulah dilantun menerusi siri jelajah memburuk-burukkan amalan pilihan raya, kononnya kekuatan BN tidaklah seberapa berbanding pakatan pembangkang berdasarkan undi popular. 

Semua rakyat Malaysia tahu dan sedar, sistem pilihan raya di Malaysia adalah berdasarkan konsep berperwakilan, maka undi popular bukanlah pengukur tahap kemenangan sebenar.

Selagi sistem pilihan raya menggunakan kaedah tersebut, selagi itulah setiap daripada kita mesti akur dengan setiap keputusan secara sah dan rasmi. Oleh kerana gagal untuk kali kedua menawan Putrajaya, pakatan pembangkang mula membuat tuduhan palsu, kemenangan BN terutama di Sabah dan Sarawak kerana dibantu oleh 40,000 warga Bangladesh. Akhirnya, dakwaan tersebut membunuh keyakinan rakyat terhadap pakatan pembangkang sendiri setelah pemimpin tertinggi Bangladesh mengakui tidak ada rakyatnya terbabit, manakala pemimpin pakatan pembangkang mula mencari dalih yang lain.

Akhir-akhir ini, setelah mendapat ilham daripada apa yang sedang berlaku di Thailand, perletakan jawatan Perdana Menteri, Yingluck Sinawatra, mereka sekali lagi menjadi dalang untuk melancarkan rusuhan jalanan bagi memaksa Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan. Soalnya, sebab yang dijadikan alasan atas sesuatu yang tidak kukuh sebagaimana yang berlaku di Thailand.

Persoalan yang dihadapi oleh Yingluck ialah pindaan undang-undang yang memberikan pengampunan kepada pesalah politik, termasuk abangnya sendiri, Thaksin Sinawatra yang memerintah Thailand berdasarkan konsep pengurusan syarikat dan penswastaan.

Rakyat Malaysia secara keseluruhannya tidak mahu keadaan yang sama berlaku, kerana kesan kemusnahan akibat sengketa politik bukanlah sesuatu yang mudah diperbaiki. Kerosakan akibat kekacauan politik yang berlaku di Mesir misalnya, sampai sekarang masih belum reda dan ekonomi negara itu semakin mendekati getir.

Iktibar penting daripada peristiwa terkini dalam percaturan politik di Mesir bahawa keamanan, kestabilan, keharmonian dan perdamaian nasional merupakan sesuatu yang sangat mahal harganya. Di negara kita, elemen-elemen inilah yang menjadi tunjang kepada kerajaan hari ini yang tidak akan digadaikan semata-mata menuruti kehendak sesetengah pihak yang mahukan perubahan landskap politik negara.

Perubahan yang tidak disertai dengan kesedaran dan kesepakatan secara menyeluruh oleh semua komponen masyarakat akan hanya dapat menghasilkan suasana huru-hara dan kekalutan politik. Hakikatnya apa yang lebih utama adalah merangka dan menyusun agenda perpaduan dan kesatuan semua elemen masyarakat bagi mewujudkan pemerintahan yang mantap dan stabil.

Politik di Mesir dan Thailand mempunyai kaitan rapat dengan tentera. Di Mesir, sesebuah kerajaan tidak akan kekal sekiranya tidak mendapat dokongan tentera. Hal yang sama turut berlaku di Thailand. Keadaan ini adalah berbeza dengan Malaysia, tentera merupakan kelompok yang berkecuali, kerana fungsinya ialah menjamin keselamatan dan ketenteraman awam, dan bukannya menyokong sesebuah parti politik.

Konsep yang diguna pakai ialah menyokong kerajaan yang dipilih secara sah, dan bersedia membanteras anasir yang cuba menggugat kerajaan termasuk percubaan menggulingkan kerajaan.

Sikap itulah sebenarnya yang menjadi kekuatan politik di Malaysia. Sikap itulah sebenarnya yang wajar difahami oleh seluruh rakyat, kerana tugas sebenar tentera dan pasukan keselamatan ialah menjamin keselamatan negara, menolak sebarang bentuk aktiviti yang bersifat agitasi dan anarki, termasuk menghalang sebarang bentuk rusuhan jalanan walaupun penganjurnya menggunakan alasan kepentingan rakyat.

Pihak penganjur sebenarnya membuli rakyat, kerana rakyat dijadikan senjata untuk mereka mendapat kuasa secara tidak sah dan salah.

Sebenarnya, dalam politik kaedah membakar sentimen emosi merupakan satu pendekatan popular bagi meraih sokongan rakyat. Bahkan, jika kita mengkaji sejarah, banyak ditemui bagaimana emosi rakyat dibakar sehingga berjaya membentuk suatu gerakan pemberontakan yang besar, atau dikenali kuasa rakyat.

Menerusi kuasa rakyat inilah pemimpin-pemimpin berkenaan memburu kuasa, walhal kaedah itu terlalu berbahaya dan memakan korban nyawa yang banyak.

Ia seolah-olah mengulang kembali kaedah berpolitik yang berlaku di zaman munculnya dua sistem berkerajaan, iaitu negara polis dan negara demokrasi. Sistem pemerintahan berdasarkan kekuatan tentera dan fizikal, banyak membangkitkan emosi sehingga sebahagian pemudanya dikembirikan dan wajib berkhidmat sebagai tentera, manakala dalam sistem demokrasi, propaganda dan melobi mendapat kuasa berlaku sepanjang masa, dan ia tidak juga berjaya membentuk kestabilan politik yang mampu bertahan lama.

Dua senario ini seolah-olah sedang berlaku semula dalam peradaban manusia, kerana manusia sebenarnya terlalu 'lapar kuasa' dan sudah kehilangan etika kehidupan berpolitik - politik ialah kuasa.

Mereka akan lakukan apa sahaja demi memperoleh kuasa, bahkan persoalan adab dan susila yang dipupuk sebagai benteng bangsa dilanggar. Sempadan agama tidak lagi menjadi kerangka, kerana agama hanya dilihat sebagai faktor yang mampu mempengaruhi emosi dan sentimen semata-mata, tanpa mengeksploitasinya.

Sampai bilakah rakyat boleh bertahan, kalau kekalahan tidak boleh diterima dengan rasional dan asyik dijadikan sasaran 'menggulingkan kerajaan' yang memerintah secara sah? Suatu hari, rakyat akan bertanya, sampai bilakah mereka akan dibuli demi memenuhi kelompok yang gila kuasa dan pencetus anarki?

Ketika itulah, rakyat lebih kenal siapakah sebenarnya pemimpin yang boleh disandarkan harapan dan mana pula pemimpin yang hanya tahu membuli rakyat kerana mahukan 'kuasa'.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131230/re_02/Rakyat-dibuli-demi-gila-kuasa#ixzz2p0zpPXNA 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Bergerombolan demo sudah basi



Oleh ZULKIFLI JALIL 
pengarang@utusan.com.my

Dua pekerja memasang khemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bagi sambutan Tahun Baharu 2014.

SEBILANGAN orang mengatakan demonstrasi terjadi ketika orang lapar. Lapar kerana kekurangan makanan, pengetahuan, bahkan kekuasaan.

Semua maklum, demonstrasi menjadi sangat tragis dan mematikan. Kebanyakan demonstrasi terjadi ketika sekelompok orang tidak puas dengan keadaan tertentu, terhadap orang atau sekelompok orang lain.

Dan demonstrasi sering kali dimulakan dengan menunjukkan rasa damai, kemudian berterusan, lalu tumbuh menjadi aksi anarki. Perusuh akan melakukan kekerasan dan polis terpaksa bertindak balas. Hal ini sering menyebabkan kecederaan, parah dan mengundang maut.

Di Indonesia untuk tahun 2013, demonstrasi sudah tidak laku meskipun ada laungan supaya dibantah besar-besaran kenaikan harga minyak di republik itu. Tidak mendapat sambutan dan trend ini hampir sama berlaku di Malaysia.

"Soal dia (penganjur) nak buat esok pada 31 Disember, tentu sekali bertujuan bukan untuk menghormati tahun baharu, tetapi untuk menunjukkan kerenah politik, iaitu politik kasar, sorak-sorai yang mungkin merosakkan harta dan ketenteraman awam.

"Tinggal lagi kerajaan sudah buat keputusan seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, iaitu jika ada mana-mana parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu menganjur perhimpunan, maka boleh buat cuma pilih tempat sendiri untuk mendapat kelulusan pihak berkuasa," kata Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Budaya, Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam pertemuan di pejabatnya di Yayasan AlBukhary, dekat Masjid Negara baru-baru ini.

Dalam aspek ini, Rais berkata, perhimpunan aman tidak wajar ditahan sebab itu telah dijanjikan oleh kerajaan tahun lalu dalam akta berkenaan.

"Ya, pada masa sama benar juga telahan bahawa perhimpunan yang pada mulanya aman boleh merebak dan menjadi tidak keruan. Tetapi dalam soal ini perlu ditentukan oleh pihak berkuasa yang jika dianjurkan - risikonya bahaya atau tidak sehingga menjejas dan merosakkan harta awam.

"Antara syarat di bawah akta itu ialah tidak harus 'memporak-perandakan' lalu lintas, tidak menjejaskan para peniaga, pengangkutan dan menjamin suasana muhibah semasa mereka menjalankan perarakan atau mengeluarkan ucapan," katanya.

Hak berhimpun telah pun diberi kelonggaran oleh kerajaan, cuma perlu dicari premis yang sesuai.

"Pada saya di (stadium) Shah Alam, saya tidak fikir kerajaan boleh halang ini kecuali dulu sebelum undang-undang diluluskan, memang tidak dibenarkan," kata beliau.

Kata Rais: "Bagaimanapun saya fikir itu gara-gara berhimpun beramai-ramai di hujung tahun akan mudah mengeruhkan sambutan tahun baharu apabila keluar 'bertembung' dengan suasana riang ria dan resolusi tahun baharu.

"Jika diteruskan ini tentu tidak diterima rakyat sebab rakyat sudah muak. Saya kira kalau nak dibuat di Dataran Merdeka tidak sesuai tetapi boleh di kawasan lapang yang lain."

Ditanya kemarahan memuncak sebahagian besar rakyat negara ini termasuk ketika itu lebih 600 laporan polis sudah dibuat menggesa pihak berkuasa tidak bertangguh untuk bertindak terhadap penganjur himpunan haram itu, Rais berkata: "Kita tidak boleh menduga dia nak guling kerajaan atau tidak. Jika disebut nak guling kerajaan, boleh diambil tindakan menerusi undang-undang yang ada.

"Rakyat akan muak dengan cara begini, sebab ini cara kasar. Tidak ada lunas demokrasi dan sekiranya lahir kemahuan guling kerajaan, itu tidak demokratik dan tindakan setimpal perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia," kata beliau.

Rais turut mengulangi bahawa Stadium Shah Alam adalah tempat sesuai untuk penganjuran perhimpunan awam.

"Tetapi sekiranya ada usaha untuk menggulingkan kerajaan, tiga perempat Akta Hasutan boleh menyebabkan seseorang itu ditangkap kerana terlibat atau bersubahat," katanya.

Mengenai kemungkinan penglibatan pelajar dalam himpunan haram esok, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata: "Saya tak fikir perkara ini akan mendapat sokongan pelajar IPTA secara menyeluruh dan mungkin hanya beberapa segmen penuntut IPTA melibatkan diri.

"Dan saya amat yakin penuntut universiti tidak akan menyebelahi pihak terbabit untuk berdemonstrasi di hujung tahun tanpa apa-apa sebab yang relevan.

"Kalau nak tentang GST dan kos hidup yang tinggi, bukan cara berarak tetapi menggunakan hak untuk berhimpun di tempat dan di bawah peraturan yang dibenarkan, memang pun boleh dipohon dan dibenarkan. Kalau tak memohon, penganjurnya perlu dicekup."

Motif penganjuran Perhimpunan 31 Disember oleh pihak terbabit memang meragukan. Kenapa perhimpunan serupa yang dilakukan pakatan pembangkang pada awal Januari tahun ini tidak diulangi.

Perhimpunan yang dibuat dalam Stadium Merdeka itu tidak dikacau, malah berjalan lancar. Bahkan, ia merupakan testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketika itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menghargai kemampuan semua pihak yang terbabit dalam himpunan itu sama ada di bahagian pihak berkuasa mahupun pihak penganjur kerana mematuhi peruntukan serta semangat akta berkenaan.

Bukan itu sahaja, Najib mengucapkan terima kasih kepada pihak pembangkang kerana menghormati semangat akta tersebut walaupun beliau tidak bersetuju dalam banyak perkara dengan mereka.

Kaedah bergerombolan pada pandangan umum sudah basi dan tidak akan mencapai matlamat untuk berjaya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131230/re_01/Bergerombolan-demo-sudah-basi#ixzz2p0wEd7iU © Utusan Melayu (M) Bhd

Penyakit hati terserlah kerana dendam politik





PENULIS sempat meneliti respons yang paling tidak adil yang dilontarkan oleh para bloggers akibat kesumat politik yang terlalu mendalam dalam Facebook, Prof. Dr. Muhaya Mohamad, seorang pakar motivasi yang berpengaruh.

Ia berpunca daripada kenyataan beliau dalam Sinar Harian online mengenai peningkatan kos hidup yang dijadikan isu kini dan bakal menjadi isu dalam Himpunan Mengguling Kerajaan pada 31 Disember ini.

Kata Dr. Muhaya: “Saya simpati dengan keadaan kenaikan harga tetapi kena faham konsep dunia. Tidak ada situasi di mana harga akan turun. Memang harga akan naik. Bukan apa yang berlaku itu penting tetapi respons kita terhadap apa yang berlaku".

Tambahnya lagi; “Kalau kita guna formula kita ini, peristiwa yang berlaku campur respons, kita menghasilkan hasil kehidupan kita. Kalau peristiwa itu negatif respons kita hasilnya mesti negatif. Jadi kita guna formula, peristiwa negatif iaitu barang naik, respons kita mesti sangat positif, maka hasilnya positif".

“Corak berbelanja juga perlu diatur semula mengikut kesesuaian dan keutamaan". Kenyataan ini telah menyebabkan ramai bloggers hilang pertimbangan menyebabkan fitnah dan kata-kata kesat dilontarkan kepada Dr. Muhaya kerana tidak mengkritik kerajaan yang menyebabkan ia berlaku.

Kenyataan Dr. Muhaya itu terbit di tengah-tengah isu kos sara hidup dan kenaikan harga barang dijadikan isu untuk mengguling kerajaan. Kenyataan itu dianggap bercanggah dengan arus perjuangan mereka dan tidak memihak kepada mereka.

Apa yang berlaku kepada Dr. Muhaya juga pernah berlaku kepada pakar motivasi dan pendakwah yang lain. Dr. Fadhilah Kamsah pernah diaibkan semata-mata memberi pandangan apabila ditanya mengenai sikapnya terhadap doa sesetengah pihak terhadap UMNO.

Ustaz Kazim Elias difitnah dan disumpah seranah walaupun asalnya beliau ahli Pas kerana sikap yang diambil menyatakan yang benar itu benar dan yang salah itu salah berasakan nas syarak. Dia dikatakan dekat dengan UMNO. Kebencian mereka terhadap UMNO menyebabkan Ustaz Kazim dimangsakan.

Dr. Ridhuan Tee dibelasah dengan teruknya kerana mengambil pendirian yang tegas mengenai isu kiasu dan isu-isu semasa yang lain. Beliau menjadi mangsa fitnah orang Islam dan bukan Islam juga.

Dr. Sidek Baba seorang pendakwah dan ahli akademik dihina dan difitnah semahu-mahunya kerana mengambil pendirian yang tidak memihak kepada pembangkang terutama sahabat lamanya Anwar Ibrahim. Beliau dituduh menerima habuan daripada pihak tertentu dan mempunyai kepentingan peribadi.

Kenyataan Dr. Muhaya pada hemat penulis boleh dibincang secara sihat dan jiwa terbuka. Tidak perlu fitnah yang bukan-bukan dan kata-kata kesat dilontarkan kepadanya. Beliau mengambil pendekatan membangun jiwa positif terhadap manusia.

Pada hemat penulis, beliau amat peka dengan apa yang berlaku iaitu peningkatan kos sara hidup. Beliau juga memahami tabiat berbelanja ramai orang Melayu, bermewah-mewah tanpa hemat dan cermat malah faham kebendaan yang nyata meningkat dan tidak bersyukur dengan anugerah Allah yang banyak. Hal ini sering beliau sentuh dalam ceramah-ceramah motivasinya.

Perhatikan gelagat sesetengah peniaga mahu mengekalkan untung yang maksimum tanpa ada sedikit pengorbanan dan mencari berkat daripada hasil perniagaan. Ia tidak membantu kepada kesejahteraan masyarakat dan kestabilan negara.

Bila isu peningkatan kos hidup dan kenaikan barang diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk menggulingkan kerajaan ia sudah menjadi isu politik. Itulah sebab utamanya Dr. Muhaya dihentam.

Dr. Muhaya seperti juga tokoh-tokoh yang lain menjadi mangsa fitnah dan celaan yang lepas bebas dan semahu-mahunya oleh pihak yang berkepentingan politik tanpa memikirkan benar atau salah celaan itu.

Budaya memfitnah ini menjadi sesuatu yang semakin kronik dan serius. Tradisi berbeza pandangan tidak lagi menjadi amalan. Apakah ini gambaran daripada sikap berpolitik sempit sesetengah golongan menimbulkan kebencian, membunuh integriti seseorang semata-mata orang itu dilihat berbeza dengan aliran yang mereka bawa dan tidak memihak kepada pendirian mereka.

Budaya ini bakal menghancurkan tradisi berbeza pendapat, meratah sikap baik sangka berasaskan fakta dan data yang tidak benar, terjebak dengan dosa-dosa fitnah dan menghina, mencetuskan dendam kesumat tanpa usul periksa dan bakal melemahkan kesatuan umat dan akan berakhir dengan perpecahan yang lebih parah lagi.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131231/re_02/Penyakit-hati-terserlah-kerana-dendam-politik#ixzz2p0oa3zyY 
© Utusan Melayu (M) Bhd



KOMEN : BIASALAH MEREKA SEMUANYA BETUL WALAUPUN APA YANG MEREKA SOKONG TU SALAH...CONTOH MENYOKONG PELIWAT UNTUK JADI PM... BETUL KE TU?????

Perbelanjaan secara berhemat



Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR 30 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan telah mengambil keputusan untuk melaksanakan sebelas langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam bermula 1 Januari 2014.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemat pada tahun depan.

Langkah-langkah penjimatan lain yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa.

Keputusan ini telah dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.

Sebelas langkah tersebut adalah seperti berikut:

* Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus. ( PERLU KE ELAUN KERAIAN INI... BELANJA UTK APA? SELALU YANG TERJADI KAUM KELUARGA PUN DI RIAKAN BERSAMA DAN BUAT TUNTUTAN PADA KERAJAAN...)

* Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan. ( TAHUN 2015 TNB TUNTUT KENAIKAN TARIF LETRIK LAGI KERANA KEUNTUNGAN TAHUN 2014 BERKURANGAN KERANA DASAR JIMAT CERMAT KERAJAAN NAJIB... RAKYAT JUGA YANG KENA BAYAR LEBIH KERANA KERAJAAN DAH BOROS BERBELANJA PADA TAHUN 2013 - RUMAH PERDANA MENTERI TAK PAYAH JIMAT LETRIK... RAKYAT AKAN TANGGUNG BIL. JUTA-JUTA)

* Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus. ( DAH AGAK DAH TOL FOC SEBAB TU MEREKA SENYUM AJE BILA TOL NAIK, ADA LAGI TU PENGGUNAAN MINYAK KENDERAAN TAK DICATU KE??? ADA YANG GUNA HANTAR ANAK DAN AHLI KELUARGA KE TEMPAT LAIN SELAIN MENJALANKAN TUGAS RASMI KERAJAAN...)

* Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan. ( INI CUMA TERPAKAI BILA ADA PERLANTIKAN BARU DIKALANGAN MENTERI-MENTERI NAJIB AJE )

* Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan. ( KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH PM CLUELESS DAN MENTERI2 TAK CEKAP AJE YANG GUNA KHIDMAT KON SETAN NI... )

* Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam. ( INI SATU LAGI KES PEGAWAI KERAJAAN BERJAWATAN TINGGI YANG TAK TAHU MENJALANKAN TUGAS... KERJA NAK SENANG WALAUPUN GAJI DAH DIBAYAR TINGGI... SEMUA NAK DI SUBKAN... SILAP2 BAGI KAT KRONI...)

* Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi. ( OKLAH TU... KALAU NAK BELAGAK TOP UP SENDIRILAH )

* Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. ( DAH LAMA DIPRAKTIKAN )

* Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan. ( TAK MAHAL MANA PUN HARGANYA... TAPI SEBAB NAK TOLONG KRONI SEBUTHARGA JADI MAHAL ITU YANG TAK BOLEH TAHAN TU...)

* Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat. ( SUDAH-SUDAHLAH DIBUKA KEMENTERIAN BARU DAN DILANTIK MENTERI BARU AGAR KEPERLUAN UNTUK MENYEWA PREMIS PEJABAT TIDAK TIMBUL )

* Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel. ( KENAPA DULU LAGI TAK DIJADIKAN DASAR... )


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131231/dn_01/Perbelanjaan-secara-berhemat#ixzz2p0aFpidb © Utusan Melayu (M) Bhd



KOMEN : BAGI KAMI KAKITANGAN GOMEN OK AJE, SEBAB BELANJA BERHEMAH YANG NAJID CUBA CANANGKAN DAH LAMA DIJALANKAN PUN TAPI YANG MENJADI MASALAHNYA... KEPERLUAN PEMIMPIN KERAJAAN UNTUK TERBANG DAN MENJALANKAN TUGAS KELUAR NEGARA ( SELALU NYA LAWATAN MAKAN ANGIN) TAK KIRALAH SIAPA PUN MEREKA LANGSUNG TAK DI SENTUH. PERLU SANGATKAH MEREKA BERADA DILUAR NEGARA SEDANGKAN RAKYAT DALAM NEGARA TERSEPIT DENGAN SEGALA PERMASALAHAN YANG DITIMBULKAN OLEH KERAJAAN YANG BOROS....? SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014- TAHUN JIMAT CERMAT....