Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 18 June 2009

A Cancer Killer in the Kitchen - Ginger




Email dari kawan

The powerful healing effects of ginger have been well documented. It's a proven remedy for upset stomach. Reams of studies show that it inhibits inflammation. And there is substantial evidence that it fights cancer too.

For instance, a recent University of Michigan study showed that when ginger was added to ovarian cancer cells in the laboratory, it caused the cancer cells to self-destruct (a process known as "apoptosis") . In a separate study at the University of Minnesota , researchers injected colon cancer cells into mice that were bred to have no immune system.

Half of these mice were routinely fed gingerol, the main active component in ginger. The researchers found that the mice that were fed gingerol lived longer, their tumors were smaller, and the cancer did not spread as widely as in the control group.

With all these health benefits, you should be using ginger as often as you can. The best way I've found to get a healthy serving of ginger is to juice it. (The brand of juicer I use is an Omega.) Two or three days a week, I juice an apple or two, some carrots, spinach, broccoli, cabbage, and a big piece of ginger root.

The ginger gives the drink a great flavor and a powerful anti-cancer kick.I highly recommend that you try it.



Read to the bottom. Try it out.
(email dari kawan)

IF YOU'RE A CRITICAL PERSON STILL READ ON AS IT'S ACTUALLY VERY INTERESTING!!

This is actually really freaky!! (mainly the end part, but read it all first)

1) New York City has 11 letters
2) Afghanistan has 11 letters.
3) Ramsin Yuseb (The terrorist who threatened to destroy the Twin Towers in 1993) has 11 letters..
4) George W Bush has 11 letters.

This could be a mere coincidence, but this gets more interesting:

1) New York is the 11th state.
2) The first plane crashing against the Twin Towers was flight number 11.
3) Flight 11 was carrying 92 passengers. 9 + 2 = 11
4) Flight 77 which also hit Twin Towers , was carrying 65 passengers. 6+5 = 11
5) The tragedy was on September 11, or 9/11 as it is now known. 9 + 1+ 1 =11
6) The date is equal to the US emergency services telephone number 911. 9 + 1 + 1 = 11

Sheer coincidence..?! Read on and make up your own mind:

1) The total number of victims inside all the hi-jacked planes was 254. 2 + 5 + 4 = 11.
2) September 11 is day number 254 of the calendar year. Again 2 + 5 + 4 = 11.
3) The Madridbombing took place on 3/11/2004...... 3 + 1 + 1 + 2 + 4 = 11.
4) The tragedy of Madrid happened 911 days after the Twin Towers incident.

Now this is where things get totally eerie:

The most recognized symbol for the US , after the Stars & Stripes, is the Eagle. The following verse is taken from the Quran, the Islamic holy book: 'For it is written that a son of Arabia would awaken a fearsome Eagle. The wrath of the Eagle would be felt throughout the lands of Allah while some of the people trembled in despair still more rejoiced: for the wrath of the Eagle cleansed the lands of Allah and there was peace.'That verse is number 9.11 of the Quran.unconvinced about all of this Still ..?! Try this and see how you feel afterwards, it made my hair stand on end:

Open Microsoft Word and do the following:

1. Type in capitals Q33 NY. This is the flight number of the first plane to hit one of the Twin Towers .
2. Highlight the Q33 NY.
3. Change the font size to 48.
4. Change the actual font to the WINGDINGS

What do you think now?!!

Heart Vein Block





Dear All,

Natural therapy for heart vein opening
Please pass it to your colleagues or friends.

For Heart Vein opening

1) Lime Juice 01 cup
2) Ginger Grind 01 cup
3) Garlic Grind 01 cup
4) Apple Cider Vinegar 01 cup

Mix all above and boil in light flame approximately half
hour, when it becomes 3 cups, take it out and keep it
for cooling. After cooling, mix 3 cups of natural honey
and keep it in bottle.

Every morning before breakfast take one Table spoon
regularly. Your blockage of Vein's will open
(No need any Angiography or By pass)
Apa salahnya mencuba...insyaallah dengan pertolongan dari Allah swt mungkin akan berjaya. Yang penting cuba dulu dan kemudian kita serahkan segala2 nya atas ketentuan Allah swt...

Saturday, 13 June 2009

Harga minyak lepasi paras AS$73 setong



NEW YORK 12 Jun - Harga minyak meningkat tiga hari berturut-turut, melepasi paras AS$73 setong (RM255.5) hari ini berikutan harapan pemulihan permintaan tenaga global dan kekhuatiran penutupan loji penapisan yang akan mengurangkan bekalan minyak Amerika Syarikat (AS) sebelum musim panas.

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata, pihaknya menilai semula pandangan terhadap permintaan minyak global dan mendapati ia tertinggi buat pertama kali sejak Ogos lalu, iaitu dua hari selepas peramal tenaga kerajaan AS meramalkan perkara yang sama.

Sementara itu, data tenaga AS menunjukkan peningkatan jualan runcit dan aktiviti seminggu yang perlahan.

Ia memperkuatkan persepsi bahawa kemerosotan ekonomi dunia telah pulih seterusnya meningkatkan saham di Wall Street dan memberi tekanan terhadap dolar AS.

Penganalisis minyak di Petromatrix, Olivier Jakob berkata, pasaran pada waktu ini dalam fasa mengenalpasti tanda-tanda pemulihan ekonomi.

Minyak mentah AS meningkat AS$1.35 (RM4.73) kepada AS$72.68 (RM254.38) setong, tertinggi sejak 20 Oktober tahun lalu, setelah memuncak pada harga AS$73.23 (RM256.30).

Minyak mentah London Brent meningkat AS$0.99 (RM3.50) menjadikannya AS$71.79 (RM251.26) setong.

Terdahulu pada hari ini, data dari China menunjukkan pengimportan dari negara kedua pengguna tenaga terbesar dunia itu meningkat sebanyak 5.5 peratus pada Mei lalu berbanding tempoh sama tahun lalu.
Jangan lepas ni kerajaan masih menggunakan slogan UBAHLAH CARA HIDUP...bila minyak naik apa barang yang tak naik...kenapa bila ada permintaan yang tinggi harga minyak pun turut naik...ada ke orang tengah yang ambil keuntungan berlipat ganda.....Minyak naik hidup rakyat pun ditimpa kesusahan....Kita tunggu apa tindakan dan rancangan kerajaan untuk rakyat...yang penting rakyat didahulukan.....

Thursday, 11 June 2009

Jangka hayat bateri lebih lama
















Aspire 4810T menawarkan kelebihan kuasa bateri sehingga 40 peratus.



PENGKOMPUTERAN mobiliti sering dikaitkan dengan sejauh mana keupayaan kuasa bateri sesebuah komputer riba dapat bertahan untuk jangka masa tertentu.

Kebiasaannya, jika pengguna mahukan kuasa yang lebih lama, mereka perlu memilih komputer riba yang berat sebaliknya jika mereka menginginkan sistem yang ringan, keupayaan baterinya pula tidak dapat bertahan lama.

Melihat kepada permasalahan tersebut, syarikat pengeluar produk teknologi maklumat (IT), Acer telah tampil dengan komputer riba Aspire Timeline menerusi tawaran kelebihan sistem yang efisien, ringan iaitu 1.6 kilogram (kg), nipis (24 milimeter) jangka hayat bateri lebih lama serta mesra alam.

Bagi prestasi tanpa kompromi, ia dipacu menggunakan pemproses Ultra Voltan rendah Intel Core 2 Duo untuk fungsi paparan cahaya minimum pada visual yang dapat menjimatkan 33 peratus tenaga elektrik serta menambahkan kuasa bateri sehingga 40 peratus.

Dengan hanya sekali cas, kesemua model Aspire Timeline iaitu 3810T, 4810T dan 5810T mempunyai keupayaan ketahanan bateri selama lapan jam.

Menurut Naib Presiden Kumpulan Perniagaan Teknologi Maklumat, Acer Incorporation, David Lee, pengenalan pelbagai kelebihan tersebut tentunya bakal memenuhi keperluan pengguna moden kini.

''Pengguna hari ini mahukan komputer riba dengan kos yang efektif selain ringan dan nipis supaya mudah di bawa ke mana-mana,'' katanya pada pelancaran Siri Aspire Timeline di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Berbeza dengan komputer riba biasa, Aspire Timeline dilengkapi dengan teknologi penyejukan Intel Laminar Wall Jet untuk tujuan menyejukkan bilah turbin dan seterusnya menyejukkan bahagian luar komputer bagi keselesaan ketika meletakkannya di atas riba.

Kelebihan lainnya, ia turut didatangkan dengan adaptor PowerSmart Acer yang berfungsi menukar mod pengecas bateri mengikut kesesuaian secara automatik serta butang Power Smart Acer untuk menjimatkan tenaga dan memanjangkan jangka hayat bateri.

Untuk sambungan kepada rangkaian Internet pula, kesemua model berkenaan disokong dengan fungsi Wi-Fi, WiMAX serta 3G.

Model 3810T ditawarkan pada harga RM3,299 sementara untuk model 4810T boleh dibeli pada harga RM2,699. Maklumat dan spesifikasi lengkap di laman web www.acer.com.my.

Ibrahim ada 130,000 'anak'









Ibrahim Abu Shah dan isteri bergurau senda dengan empat daripada enam anak mereka (depan dari kiri) Izura, Izhamuddin, Izuddin ( berkaca mata) dan Izanee (belakang).
Oleh MERAN ABU BAKAR

TOKOH akademik bermisai melintang ini pasti digeruni oleh sesiapa sahaja yang melihatnya buat kali pertama. Mereka yang tidak mengenalinya dari dekat mungkin menafsirkan bahawa beliau seorang yang garang dan bengis.

Namun hakikatnya, lelaki yang berasal daripada Kampung Serkam Pulai, Melaka ini adalah seorang periang, peramah dan mudah didekati.

Pada mulanya penulis sendiri tidak menyangka bahawa beliau bersedia menerima permintaan penulis untuk mengadakan temu bual di rumahnya. Sangkaan penulis tentulah orang yang begitu sibuk sepertinya tidak mempunyai masa untuk melayan temu bual sempena Hari Bapa yang akan menjelang tiba. Pada beliau mungkin isu-isu akademik lebih penting dan harus diutamakan.

Bagaimanapun sangkaan penulis ternyata meleset. Temujanji yang dibuat pada pukul 8.30 malam di rumah tiga tingkat milik beliau berjalan dengan lancar.

Selepas dipersilakan masuk oleh anak bongsu beliau, Izhamuddin, 17, penulis 'mencuci mata' dengan memerhatikan ruang tamu rumah yang dipenuhi dengan gambar-gambar beliau semasa menerima pingat kebesaran dan gambar bersama isteri tersayang, Datin Zahariah Mohamed.

Sehelai hamparan permaidani buatan tangan tergantung yang menampilkan wajah beliau nampak seakan-akan 'hidup' dan seperti memerhatikan orang yang melihatnya. Memang nampak garang, detik hati penulis.

Seketika itu juga, beliau turun dan menyapa. Berkemeja lengan pendek corak kekotak biru dan berseluar denim hitam, lelaki yang dimaksudkan ini, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Seri Ibrahim Abu Shah, ramah menerima tetamu.

''Saya baru sahaja habis bersenam. Setiap hari saya akan pastikan saya dapat melakukan senaman seperti angkat berat, berjalan kaki di atas treadmill atau berenang. Di rumah saya ini ada gim kecil yang lengkap dengan peralatan senaman,'' katanya yang nampak tegap, muda dan sihat.

Justeru, walaupun telah mencecah usia 60 tahun, Ibrahim tidak menghidap apa-apa penyakit yang sering dihidapi oleh mereka yang seusia dengan beliau seperti jantung, darah tinggi atau kencing manis.

Rancak memulakan perbualan, bapa kepada enam orang anak (dua perempuan dan empat lelaki) begitu bersemangat apabila bercerita mengenai 'anak-anak'nya di UiTM.

Dipanggil sebagai 'ayahanda' oleh sebahagian daripada lebih 130,000 pelajar UiTM, Ibrahim menganggap mereka seperti anak sendiri kerana mereka juga seusia dengan anak-anak kandungnya.

''Perasaan sayang saya kepada pelajar-pelajar ini memang kuat. Saya memandang mereka seperti memandang anak sendiri, menganggap diri saya sebagai bapa mereka, berbangga dengan kejayaan mereka dan satu kepuasan apabila mereka berjaya dalam karier mereka.

''Sebagaimana saya mempertahankan anak-anak dalam rumah ini, begitu juga saya mempertahankan pelajar UiTM kerana mereka adalah tanggungjawab besar saya,'' ujar beliau yang lima orang anaknya menerima pendidikan di UiTM.

Datuk kepada dua orang cucu lelaki, Abu Raziq Abu Rajaii, dua tahun dan Abu Yusuf Abu Rajaii, tiga bulan ini menambah, sebagai ayahanda, beliau berusaha memberikan kemudahan pembelajaran yang sempurna dan baik kepada semua pelajar, bantuan untuk pelajar miskin dan sebagainya. Ini kerana beliau sendiri yang berasal daripada keluarga miskin telah merasai susah payah menimba ilmu di menara gading.

''Arwah bapa saya bekas anggota polis. Namun kerana masalah kesihatan dia terpaksa meletak jawatan dan membuka bisnes kontraktor kampung kelas F. Masa itu (sekitar tahun 70-an) kehidupan memang susah namun bapa sanggup berkorban dan bersusah payah menghantar saya belajar di UiTM (dulu ITM).

''Kawan-kawan di ITM masa itu pun ramai daripada keluarga miskin. Bayangkan jika bapa kami tidak ambil kisah tentang pelajaran anak-anak, rasanya saya dan kawan-kawan tidak akan berjaya dalam hidup. Saya betul-betul bersyukur kerana dengan sikap ambil berat bapa, saya berjaya hingga di kedudukan saya sekarang ini,'' ujar anak keempat daripada sembilan beradik ini.

Sehingga ke hari ini, Ibrahim masih tetap mengenang pengorbanan bapanya. Walaupun tidak lama berkesempatan untuk membalas jasa bapa kerana telah 20 tahun bapa meninggal dunia, sempat juga beliau memberikan sebahagian daripada pendapatannya kepada bapa semasa mula-mula bertugas dahulu.

Katanya, adakalanya beliau berasa terkilan juga kerana tidak dapat membalas jasa bapa sepenuhnya. Bagaimanapun beliau tetap bersyukur kerana sempat memberikan apa sahaja yang diingini ibu yang baru dua tahun meninggal dunia.

''Sebagai anak, janganlah sakiti hati ibu bapa. Bagi seorang bapa, apabila anak-anak sudah bekerja, hubungan di antara kedua-duanya mulai renggang walaupun bapa masih mengharapkan untuk rapat dengan anak seperti ketika anak-anak masih kecil.

''Jangan buat bapa merajuk. Beri mereka kebahagiaan yang sebaik-baiknya kerana tanpa mereka, kita tidak akan berjaya pada hari ini,'' jelas Ibrahim lagi.

Beliau turut menasihatkan kepada bapa-bapa di Malaysia untuk menjadi bapa yang bertanggungjawab dan dapatkan ilmu kebapaan kerana jika tidak, anak-anak akan hilang pedoman.

Katanya, pada hari ini ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan ada yang mengabaikan tanggungjawab pada anak-anak. Anak-anak adalah aset, jika bapa gagal mendidik anak, mereka akan menjadi sampah masyarakat.

''Jika dahulu, lelaki yang hendak berkahwin tidak perlu mengikuti kursus tetapi hari ini penting adanya kursus keibubapaan kerana apabila pasangan muda berkahwin, mereka tidak faham selok-belok, cabaran dan peranan mendidik anak. Jika mereka tidak ada bekalan cara mendidik yang betul, banyak masalah yang akan timbul.

''Pengalaman saya sendiri, bagaimana sibuk pun, saya tetap akan memberikan masa untuk keluarga. Masa yang berkualiti penting bersama keluarga. Walau macam mana sibuk, jangan lupakan anak-anak. Mungkin kita boleh kurangkan aktiviti lain untuk bersama dengan anak-anak.

''Seperti saya, saya tidak bermain golf walaupun saya suka kerana masa di padang golf tu saya boleh habiskan dengan anak-anak. Sudahlah hari bekerja jarang dengan anak-anak, hujung minggu ke luar daerah, kalau saya nak bermain golf juga nampaknya saya tidak akan dapat berjumpa dengan anak-anak,'' jelasnya.

Tambahnya, jika tidak ke luar daerah, beliau akan mencuri masa untuk makan tengah hari dan malam bersama keluarga. Sesekali beliau sekeluarga akan makan di luar atau bercuti. Tidak perlu pergi jauh, balik kampung pun sudah memadai.

''Hubungan saya dengan anak-anak rapat walaupun orang kata saya serius. Kami bergurau macam kawan-kawan dan mereka boleh bercerita fasal apa sahaja dengan saya,'' katanya.

Hasil perkahwinan dengan isterinya yang juga graduan UiTM, Ibrahim dikurniakan Izrina, 29, (Penolong Timbalan Presiden Affin Investment); Izmir, 28, (Jurutera Perunding); Izanee, 26, (Eksekutif); Izuddin, 23, (baru tamat pengajian di UiTM dalam Ukur Bahan); Izura, 21, (pelajar UiTM bidang Pengurusan Acara); dan Izhamuddin, 17, (pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam.

Menariknya, nama kesemua anak pasangan ini dimulakan dengan IZ gabungan Ibrahim dan Zahariah.

Mengenai sambutan Hari Bapa, kata Ibrahim, beliau dan anak-anaknya memang mengingati tarikh itu.

Kebiasaannya anak sulung, Izrina akan mengambil inisiatif untuk menguruskan makan malam sekeluarga di hotel selain ucapan 'Kami Sayangkan Ayah' dan hadiah daripada yang lain.

''Setiap kali tiba Hari Bapa setiap anak sepatutnya mengingati pengorbanan bapa baik semasa masih hidup ataupun telah tiada. Ingat susah payah bapa untuk menjadikan kita manusia yang berguna dan cuba balas jasa mereka,'' ujarnya mengakhiri pertemuan.

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya



KUALA LUMPUR 10 Jun - Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, Pas sepatutnya tidak bersikap keterlaluan dengan membuat kenyataan, terutamanya melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Karpal turut menafikan kenyataan Abdul Hadi bahawa DAP bersetuju dengan cadangan mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO seperti yang dinyatakan secara terbuka oleh Abdul Hadi.

"Hadi memilih untuk mengelirukan bukan sahaja anggota dan pemimpin Pas tetapi juga rakyat. Secara terbuka mengaku telah menipu rakyat tidak akan memberikan kelebihan kepada Hadi," katanya.

Mengenai kritikan Pas terhadap Sisters-In-Islam (SIS), Karpal berkata, tindakan itu tidak akan menjadikan Pas lebih disayangi oleh mereka yang menyokongnya dalam pilihan raya umum Mac lepas dan begitu juga dengan desakan Pas supaya wartawan wanita yang membuat liputan Muktamar Ke-55 parti itu baru-baru ini berpakaian 'sopan'.

Bagaimanapun, pendirian pemimpin Pas bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai negara Islam sekiranya parti itu berkuasa, merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang secara spesifik menetapkan Malaysia sebuah negara sekular dengan agama Islam sebagai agama rasmi, kata Karpal. - Bernama
Biasalah Karpal dengan slogan Over my dead body...kenapa dia sibuk sangat nak persoalkan cadangan perpaduan orang Melayu/Islam...nampak sangat dah kepanasan takut orang Melayu bersatu...bagi orang Melayu yang menolak isu perpaduan tu agenda mereka hanyalah kuasa...sedarlah yang kamu tu diperkudakan untuk mereka menghancurkan kuasa orang Melayu...Karpal dah kata yang PAS tu duk kelas 3 dalam pakatan rakyat tu pun masih tak faham ke....kedudukan yang mungkin pada DAP tak ada nilai langsung....sampai bila nak jadi pengkhianat pada perpaduan orang Melayu.....Sebagai rakyat apa yang baik tulah yang hendak dicapai....

Senyumlah Selalu...






SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur dipasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

63 Petua Kebahagiaan



TANPA sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan..Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan bercinta atau mereka yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49.. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Kaabah enggan bergerak





Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga pada hari akhirat ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga?. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir...

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....

Betapa nikmat dan beruntung nya.... bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah...Subhanallah.... Allahuakbar

Betapa pengampun dan penyayangnya Allah kepada kita semua hamba-Nya Keampunan Allah tidak mengenal siapa..... semua yang layak akan dapat pengampunan- NYA.... Semoga ALLAh mengampunkan kita semua sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia. Amiin.

Tuesday, 9 June 2009

BENCANA UMAT ISLAM


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak
Disunting dari Blog Buaya-Merah


Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada Mahkamah Syariah.. Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:

i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria

Mufti DiRaja Negeri Perak


Jika anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

Isu perpaduan harus diutamakan semua parti - Rais



09/06/2009 2:37pm


KUALA LUMPUR 9 Jun — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata soal perpaduan harus diutamakan oleh semua parti tidak kira sama ada pembangkang ataupun penyokong kerajaan di negara ini.

Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mempunyai hak untuk mengatakan cadangan PAS untuk membentuk kerajaan perpaduan tidak boleh diterima.

“Saya percaya PAS mempunyai pendirian sendiri. Tidak perlu DAP atau PKR beri nasihat dalam bentuk yang tidak menguntungkan, kita jangan merendahkan pandangan mana-mana pihak.

“Barang siapa yang tidak sukakan perpaduan, mereka itu harus kita anggap sebagai tidak mempunyai pendirian politik yang membina untuk Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pemangku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kesenian Singapura Lui Tuck Yew di sini hari ini.

Rais turut menyatakan penghargaan tinggi kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memberi cadangan dan pandangan yang jauh itu. - Bernama
Demi Perpaduan orang Melayu yang selama ini berpecah belah...apa salahnya parti politik yang berteraskan orang Melayu/Islam kembali duduk semeja berunding untuk kebaikan bersama...Yang tak menyokong dan membantah keras segala usaha kebaikan ini kita semua sedia maklum akan orang-orang dan parti politik ini...kita tinggalkan sahaja mereka...Allah tidak menggubah sesuatu bangsa itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri dengan pertolongan Allah swt jua....Untuk kesejahteraan anak cucu kita sama-samalah kita berdoa agar perpaduan ini menjadi realiti dan bukan hanya menjadi senjata berpolitik....

Hanya Ingin Mengingatkan .....



Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ....


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4.... Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya..
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran. Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

ADAB MENDENGAR AZAN



Allahu Akbar!!


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya.Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Mengembalikan mood yang hilang



TIADA siapa di muka bumi ini yang menjalani hidup tanpa sebarang masalah. Cuma bagaimana cara masing-masing menangani dan berhadapan dengan masalah tersebut berbeza antara satu sama lain.

Adakalanya, masalah yang dihadapi memang betul-betul mencabar kesabaran dan berasakan bahawa ia tidak adil untuk diri anda. Apabila semua itu berlaku, anda pasti tidak mempunyai mood atau semangat untuk meneruskan kerja atau aktiviti harian. Mood tidak baik itu akan dapat dilihat pada ekspresi wajah anda dan tanpa disedari membiarkan mood tersebut menguasai diri seterusnya memberi impak kepada orang lain.

Tahukah anda apabila mood anda tidak baik ia bukan sahaja memburukkan rupa anda malah menurut kajian, ia turut akan merendahkan sistem imunisasi tubuh. Dan apabila sistem imunisasi menurun anda kini lebih terdedah kepada pelbagai penyakit.

Panduan di bawah boleh menaikkan semula mood yang hilang seterusnya membakar semangat untuk hidup dalam suasana yang lebih sihat, ceria dan harmoni.

Ketawa ubat terbaik
Terapi ketawa sebenarnya dizahirkan oleh seorang ahli terapi yang bernama Norman Cousins. Istimewanya, kajian menunjukkan apabila seseorang ketawa, ia menghasilkan imunisasi tubuh dengan tinggi terutamanya sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada penyakit kanser.Apabila seseorang ketawa, otak menghasilkan hormon endorfin yang melengkapkan rasa penuh yakin dalam diri. Dan boleh dikatakan individu yang ceria mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang hidup dalam tekanan.. Jadi, jika anda 'tak ada mood', pergilah tonton filem komedi atau baca komik kegemaran anda dan ketawa.

Terapi sentuhan
Sentuhan manusia memang menghasilkan pengeluaran hormon seperti endorfin dan DHEA yang memanjangkan usia dan merendahkan kesan tekanan. Kajian menunjukkan, pesakit yang sering mendapat sentuhan dari orang tersayang lebih cepat sembuh dari perasaan sedih berbanding mereka yang tidak mendapat apa-apa sentuhan dari sesiapa. Jadi, jika sahabat atau pasangan anda 'tidak ada mood', berikan mereka satu pelukan ikhlas dan secara tidak langsung mood anda berdua juga akan lebih baik.

Jana 'hormon muda' anda
Tidak perlu makan pelbagai jenis pil untuk kelihatan muda. Kajian membuktikan bahawa dengan dengan posisi bertinggung dan kaki menekan ke bawah akan menambah 'hormon muda' anda secara semula jadi. Lakukan posisi tersebut bersama senaman seperti angkat berat, bangkit tubi dan mendayung untuk menceriakan diri.Tarik nafas dan lepas dengan dalam dan cara yang betul.Cara pernafasan yang betul amat penting untuk mengeluarkan toksin dan kotoran dalam badan anda. Mengikut kajian, dianggarkan bahawa seseorang manusia itu mengeluarkan kira-kira 30 peratus toksin dalam badan menerusi sistem pernafasan. Pernafasan yang betul juga membantu anda melapangkan fikiran, mengembalikan kecergasan dan menaikkan mood. Latih cara pernafasan dengan senaman seperti tai chi, yoga dan senaman lain.

Hidu bauan yang sesuai
Kajian membuktikan bau bauan mempunyai impak ke atas tubuh badan dan fikiran manusia. Apabila anda memberikan stimulasi kepada sistem saraf menerusi hidu bau yang wangi dan segar anda telah mengaktifkan sistem limbik yang ada di otak anda.
Sistem limbik ini amat berkait rapat dengan mood dan ingatan anda. Justeru, jika anda tiada mood, cubalah menghidu bauan aroma terapi seperti bunga jasmin, pohon eucalyptus atau anggur khusus untuk membangkitkan mood anda. Caranya dengan meletakkan sedikit pati minyak aroma terapi tersebut di poin akupuntur atau boleh juga di belakang tengkuk. Cara lain, titikkan minyak aroma terapi di dalam air panas yang dididih kemudian hidu wap tersebut. Pasti berbeza.

Khasiat bunga
Mengikut kajian bunga mampu memberikan keceriaan kepada orang sakit, sebab itulah kita digalakkan membawa bunga ketika melawat orang sakit. Warna bunga yang ceria mempunyai daya untuk mengubah mood kepada yang lebih baik. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan, seorang individu yang melakukan tugasan selama lima minit tanpa henti pada kekunci komputernya dan di tepinya pula terdapat jambangan bunga akan lebih rileks berbanding individu yang hanya mempunyai tumbuhan hijau biasa di tepi komputernya.

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki




1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

Sunday, 7 June 2009

DAP jangan campur urusan PKR



PULAU PINANG 6 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi amaran kepada DAP supaya tidak mencampuri urusan dalaman parti itu sebaliknya menghormati keputusan yang dibuat oleh ahlinya.

Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim berkata, keputusan PKR untuk tidak mengambil tindakan terhadap beliau dan tujuh lagi Ahli Majlis MPSP yang memulau majlis pelantikan Yang Dipertua baru MPSP kelmarin, wajar dihormati.

"Saya dan rakan-rakan mendapat kepercayaan dan sokongan penuh daripada Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamad Hashim dan Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman dan mereka masih memerlukan khidmat kami.

"Oleh sebab itu, saya minta DAP jangan campur urusan parti kami. Lagipun kami dilantik berdasarkan kuota dalam PKR bukannya atas sebab mereka. Maka itu, tidak perlulah untuk kami meletakkan jawatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Ahli Parlimen Jelutong daripada DAP, Ooi Chuan Aun yang mahukan lapan Ahli Majlis yang memboikot majlis angkat sumpah itu meletakkan jawatan dalam tempoh 24 Jam.

Chuan Aun yang juga Ketua Staff kerajaan negeri menegaskan akan membuat memorandum kolektif daripada semua Ahli Majlis yang mewakili DAP untuk merujuk tindakan lapan Ahli Majlis PKR itu ke Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri nanti.
Itu baru memerintah kerajaan negeri...agaknya kalau dapat memerintah Malaysia berbunuh semasa sendiri agaknya...wakakakakaaaaaa...Itulah bila orang gila kuasa di bagi kuasa...macam Malaysia ni bapak dia punya.....

Kesan PRU Ke-12, Melayu kini dalam dilema Melayu dalam dilema



KOTA BHARU 6 Jun - Masyarakat pribumi di negara ini terutama orang Melayu kini dilanda dilema politik dan ekonomi kesan daripada manifestasi Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, implikasi kepada dilema itu kelihatan semakin mencabar masyarakat pribumi dan jika ia gagal ditangani segera kesan yang lebih buruk akan berlaku.

Beliau berkata, justeru, orang Melayu dan bumiputera perlu kembali memberi sokongan serta keyakinan mereka kepada pemerintah supaya tidak ada pihak yang berani untuk membuat tuntutan tidak munasabah.

"Bila saya katakan orang Melayu dalam dilema, maksudnya orang Melayu sekarang ini sedang berada dalam keadaan serba salah, bingung dan berserabut seperti pepatah ditelan mati emak, diluah mati bapa.

"Saya katakan kita menghadapi dilema politik kerana hari ini ada orang Melayu yang sudah lupakan bangsanya, lupakan asal-usulnya dan lupakan sejarah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmi dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pembangunan Parlimen Pasir Mas 2009 dan Penegasan Perjuangan Bangsa di sini hari ini.

Konvensyen anjuran Pusat Khidmat dan Membela Rakyat (PKMR) Parlimen Pasir Mas itu dihadiri seramai 1,420 orang dari 46 peti undi di kawasan berkenaan.

Ia diadakan bagi memberi kefahaman kepada jentera PKMR tentang perkembangan politik semasa dan cabaran terhadap masa depan ummah.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, kesan daripada dilema tersebut kini sedang dirasai oleh umat Melayu pada abad ke-21.

"Faktor-faktor penyebabnya ada jelas di depan mata kita, contohnya, kuasa Melayu dalam pemerintahan Malaysia hari ini kelihatan seolah-olah semakin terhakis, perjuangan UMNO dilanda krisis kredibiliti dan dicemari oleh amalan rasuah politik yang serius.

"Wibawa UMNO selaku teras kepada Barisan Nasional (BN) kian dipersenda oleh beberapa parti komponen BN sendiri, kontroversi mengenai ketuanan Melayu dan asal-usul Melayu dicetuskan oleh MCA dan Gerakan pada hujung tahun 2008 adalah bukti kepada fenomena ini," katanya.

Katanya, faktor yang terbesar ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang majoriti pemimpinnya adalah Melayu kini mempertaruhkan nasib dan masa depan umat Melayu kepada segolongan bukan Melayu.

Tegasnya, orang Melayu tidak akan berada dalam dilema sekiranya hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahankan dan tidak ada sesiapa pun yang mempertikaikannya.

"Pendek kata, amalan politik di Malaysia mestilah mencegah apa jua tindakan dan keputusan yang boleh melenyapkan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Raja-Raja Melayu sebagai payung kepada rakyat dan bangsa Melayu serta bumiputera di tanah air tercinta ini.

"Penegasan semula ini saya lahirkan secara tegas dan ikhlas semata-mata kerana saya tidak rela orang Melayu dan bumiputera terus menerus dilanda dilema politik dan ekonomi di tanah airnya sendiri.

"Orang Melayu juga mesti tidak takut dan gentar untuk memperjuangkan hak dan keistimewaan kita di bumi bertuah ini serta tidak perlu curiga untuk menyatakan hakikat bahawa Melayu adalah paksi kepada segala-galanya di negara ini," katanya.

Wahai orang-orang Melayu..bila lagi nak sedar...takan bila bumi yang di pijak dah jadi milik orang lain baru kita nak sedar...masa tu kalau menangis airmata darah pun dah tak berguna...Jadikan sejarah keruntuhan negara-negara Islam sebagai iktibar...janganlah kita mengikut telunjuk kaum munafik kerana mereka ini akan membawa kita kepada kemungkaran...Semuga segala tindakan kita selepas ni hendaklah kita fikirkan masa depan anak cucu kita...jangan esok kita di kutuk dan dilaknat oleh anak cucu kita kerana kesalahan dan dosa kita masa ini membuat mereka merempat di negara sendiri....

Friday, 5 June 2009

Terapi solat






Oleh Ziauddin Sharuddin
zia@bharian.com.my


KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat awal dan tahiyat akhir.

Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.

Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh, isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal dan mental manusia ketika melakukan solat.

SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.
“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.

Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal. Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,” katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat penyakit itu.

Kelayakan untuk bergelar 'ustaz'




JIKA kita menyandarkan gelaran, panggilan, tanpa ada batasan maka kita akan mewujudkan caca marba dalam masyarakat.

Seorang ustaz ialah yang mempelajari agama Islam, berakhlak seperti akhlak Islam, berpegang dengan ajaran Islam, malah berpakaian yang selayaknya untuk seorang ustaz. Jika kriteria asas ini tidak dipatuhi, seorang ustaz itu sama saja dengan orang lain dan tidak ada keperluan untuk memanggilnya ustaz. Sebagai contoh seorang yang berlatar belakangkan pengajian Islam, namun sering ke kelab malam, maka dia bukanlah seorang ustaz.

Seorang ustaz bukan hanya pandai bercakap mengenai Islam tetapi juga berakhlak Islam. Justeru, tiada istilah ‘ustaz rock’, ‘ustaz hindustan’ dan sebagainya. Kalau itulah minatnya, maka dia bukanlah ustaz.

Asas panggilan seorang ustaz ialah beliau mesti belajar ilmu Islam sama ada secara formal atau tidak formal dalam bentuk disiplin ilmu Islam itu sendiri. Sebagai contoh belajar Islam dengan seorang guru dan memasuki kelas guru berkenaan serta memiliki kitab yang dipelajari.

Pengajiannya mesti dalam jangka masa bertahun-tahun. Ia kerana dalam disiplin ilmu Islam hampir saja menyamai mana-mana ilmu lain iaitu memerlukan masa yang panjang untuk memahaminya.

Adalah pelik dengan belajar setahun dua sudah dikatakan alim melainkan dia menerima wahyu daripada langit. Dengan itu terkeluarlah daripada panggilan ustaz, seseorang yang sesekali pergi melawat pondok dan pasentren dan tidak jelas pembelajarannya ilmu Islamnya.

Ustaz seorang yang berakhlak Islam. Dia tidak akan makan sambil berjalan, menghisap rokok, berambut panjang seperti wanita (kecuali berambut panjang mencecah bahu dengan niat semata-mata menurut sunnah Rasulullah SAW bukan kerana trend masa kini), memasuki panggung wayang dalam apa sebab sekalipun, bergaul dengan wanita bukan mahramnya dan semua bentuk akhlak yang tidak layak bagi seorang Islam. Kalau itulah yang dilakukan oleh ustaz itu, keluarkan saja ustaz sebegini daripada golongan ustaz kerana dia bukanlah seorang ustaz.

Umum menerima bahawa seorang hakim mempunyai akhlak dan etika kehakiman. Beliau tidak boleh berada di tempat tertentu serta makan dengan orang tertentu yang dikhuatiri menjejaskan kredibiliti penghakimannya. Misalnya, seorang hakim tidak boleh makan bersama peguam bela kes yang diadilinya. Sekalipun dia tidak membuat apa-apa kesalahan dan tidak menerima rasuah, namun perbuatan itu melanggar etika kehakiman.

Begitu juga dengan seorang ustaz? Mereka tidak boleh merungut, itu tidak boleh, ini tidak boleh kerana itulah harganya seorang ustaz. Sama saja seorang hakim tidak boleh merungut kerana menerima jawatan sebagai hakim.

Mampukah kita menerima ustaz yang terkinja-kinja di pentas, ustaz yang akhlaknya sama saja dengan orang lain, ustaz yang bergaul bebas dengan wanita atas alasan yang sengaja dibuat-buat dan sebagainya?

Saya menyeru kepada kita semua, marilah kembalikan maruah institusi ustaz dan tidak sewenangnya menyandarkan gelaran itu kepada sesiapa saja. Ini kerana institusi ustaz ini adalah mulia dan pada merekalah kita melihat wajah Islam.

YANG PRIHATIN,
Kelantan.


Surat pembaca dari Berita Harian...Terkenang diwaktu dahulu ada nenek seorang kawan saya cakap Ustaz sekarang ada 2 jenis...satu ustaz dunia dan satu lagi ustaz dunia dan akhirat...fikir-fikirkanlah...

Khasiat dalam sebiji epal








EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung.





SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.

Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.

Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.

Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.

Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.

Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.

Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.

Nabi Nuh cipta kapal pertama






NABI Nuh ialah seorang nabi yang penyabar dan beriman kepada Allah. Nabi Nuh tidak putus-putus menyeru kaumnya supaya menyembah Allah Yang Esa. Pada mulanya, Nabi Nuh hanya menyebarkan agama Islam secara sembunyi namun setelah diperintahkan oleh Allah, Nabi Nuh pun menyebarkan agama Islam secara terbuka.

Setelah beratus-ratus tahun menyeru kaumnya ke jalan Allah, hanya sedikit sahaja yang percaya kepada ajaran Nabi Nuh. Ramai yang mengejek Nabi Nuh. Mereka menuduh Nabi Nuh gila.

Kaum itu juga cuba mencederakan Nabi Nuh. Apabila Nabi Nuh menyeru supaya menyembah Allah, mereka akan menyumbat telinga dengan jari. Mereka tidak mahu mendengar kata-kata Nabi Nuh itu. Mereka terus menyembah berhala yang dicipta oleh mereka sendiri.

Nabi Nuh berasa kecewa dengan sikap kaumnya itu. Sudah beratus-ratus tahun baginda cuba mengajak mereka untuk menyembah Allah, namun mereka tetap ingkar.

Oleh kerana terlalu kecewa, baginda pun mengadu kepada Allah: "Ya Tuhanku, Janganlah kau biarkan orang-orang kafir ini tinggal di atas muka bumi Engkau. Jika tidak, nescaya mereka akan menghancurkan anak-anak mereka. Mereka akan menyuruh anak-anak mereka melakukan maksiat".

Allah mendengar doa Nabi Nuh. Lalu Allah memerintahkan Nabi Nuh supaya membuat sebuah kapal.

Nabi Nuh dan pengikut-pengikutnya mula menjalankan perintah Allah itu.

Walaupun diejek dan diketawakan, baginda tetap sabar. Orang-orang kafir tidak tahu apa yang sedang dilakukan oleh Nabi Nuh dan pengikutnya itu. Mereka berasa hairan.

Ketika itu, tiada seorangpun pernah melihat kapal kerana tidak ada manusia yang pernah menciptakannya. Nabi Nuh menjadi manusia pertama yang membuat kapal.

Nabi Nuh menanam beberapa batang pokok dan menunggu sehingga pokok-pokok itu besar. Selepas beberapa tahun, pokok-pokok itu pun besar. Lalu, pokok-pokok itu ditebang untuk dijadikan papan.

Baginda menggunakan papan yang dihasilkan itu untuk membina kapal. Baginda juga menggunakan paku untuk membina kapal yang besar dan kukuh.

Nabi Nuh mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat kapal itu. Dalam tempoh berkenaan, pelbagai cemuhan dan ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh daripada kaumnya.

Walau bagaimanapun, baginda tetap bersabar dan meneruskan kerja-kerja pembinaan kapal tersebut. Setelah kapal itu siap dibina, Allah telah memerintahkan kepada Nabi Nuh untuk membawa masuk para pengikutnya, semua jenis haiwan secara berpasangan dan juga pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan.

Kapal yang dibina oleh Nabi Nuh mempunyai tiga tingkat. Pada bahagian bawah, dimuatkan binatang dengan setiap jenis mempunyai satu pasangan. Pada tingkat dua ditempatkan manusia sementara pada tingkat paling atas pula ditempatkan pelbagai jenis burung.

Nabi Nuh dan para pengikutnya diperintahkan oleh Allah membuat persediaan untuk belayar. Mereka menunggu tanda-tanda yang diberikan oleh Allah. Menurut sesetengah pendapat, terdapat 80 orang pengikut Nabi Nuh iaitu terdiri daripada lelaki dan pasangan masing-masing yang kesemuanya berjumlah 160 orang.

Isteri Nabi Nuh dan seorang anak Nabi Nuh yang bernam Yaam, tidak termasuk dalam senarai penumpang kapal. Kedua-dua mereka telah menentang ajaran Nabi Nuh dan termasuk dalam golongan yang ingkar.

Puasa dijangka 22 Ogos, Aidilfitri 20 Sept.





PUTRAJAYA 4 Jun - Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.

Penolong Pegawai Tadbir Unit Falak Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malaysia, Ahmad Taufan Abd. Rashid berkata, jika tarikh itu digunakan, ibadat puasa tahun ini hanya dikerjakan selama 29 hari.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tarikh sebenar puasa dan Aidilfitri tertakluk sepenuhnya kepada perisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja kelak.

''Berdasarkan kepada kiraan falak, anak bulan Ramadan tidak akan wujud pada hari rukyah (20 Ogos) kerana tempohnya tidak sampai pada tahap kematangan berikutan jarak antara waktu berlakunya ijtimak (detik pemisahan) antara bulan Syaaban dan Ramadan adalah satu jam sebelum Maghrib," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Berhubung penentuan tarikh Aidilfitri, Ahmad Taufan berkata, ijtimak Ramadan dan Syawal berlaku pada pukul 2.44 pagi pada hari rukyah 29 Ramadan (19 September) dengan usia anak bulan Syawal mencapai lebih 16 jam.

''Oleh itu, menurut kaedah yang diamalkan di Malaysia, anak bulan Syawal dijangka wujud dan boleh kelihatan pada petang hari rukyah 19 September.

''Jika kaedah itu diguna pakai, kita jangkakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September," katanya.

Dah bersediakah kita untuk menyambut Ramadhan tahun ni....Alhamdullillah Ramadhan datang lagi....amin.

Kerajaan perpaduan




Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my


SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.

Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.

‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.

Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam Pas, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.

Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

‘‘Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

‘‘Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap,” katanya.

Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.

‘‘Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana,” katanya.

Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu’ (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.
Masalah kat sini baru buat cadangan dah kena hentam..kajian pun belum dibuat bagaimana sesuatu cadangan nak dilaksanakan...Payahnya kalau parti ada dua nakhoda..nak ikut cakap siapakan..sebab dua2 ulama (dia orang kata)..kalau dah minda diracun dari dulu hingga sekarang sampai bila2 pun otak beku tak boleh nak fikir...kita bercakap demi perpaduan orang Melayu bukan nak bagi jawatan pada mereka2 yang gila kuasa ....apa kebendanya ni PAS for All.

KIsah Nabi Daud (a.s) Dengan Ulat






Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T..

Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.