Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 February 2013

TANAH DIPIJAK MILIK ORANG...

Peserta Ladang Rakyat tuntut janji


BEBERAPA peneroka termenung mengenangkan nasib mereka berikutan kegagalan kerajaan negeri menunaikan janji untuk memberi tanah dalam program Ladang Rakyat di Paloh 4, Gua Musang, baru-baru ini.

GUA MUSANG 11 Feb. - "Mana tanah ladang dan tapak rumah kami." Demikian tuntutan sebahagian daripada 56 peserta Ladang Rakyat Paloh 4 yang juga generasi kedua Felda serta Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) terhadap Kerajaan Pas Kelantan.

Desakan itu dibuat berikutan dakwaan kerajaan negeri menyerahkan sijil kepada mereka untuk menyertai program bagi melayakkan setiap seorang menerima lot ladang seluas empat hektar dan tapak rumah (0.06 hektar) selain gaji bulanan RM750 serta beberapa lagi insentif lain sebelum pilihan raya umum lalu.

Malangnya sehingga kini, janji hanya tinggal janji apabila mereka mendakwa terus hidup dalam kedaifan, malah ada sesetengahnya terpaksa menumpang di rumah ibu bapa yang merupakan peneroka generasi pertama.

Seorang peserta, Mohd. Afendi Ismail, 34, mengakui, dia menerima sijil untuk menyertai program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri kira-kira lima tahun lalu.

"Saya cukup gembira ketika itu kerana saya percaya ladang tersebut mampu mengubah hidup kami sekeluarga yang sebelum ini hanya menumpang di rumah ibu bapa saya yang merupakan peneroka di Kesedar Paloh 2.

"Namun, selepas hampir lima tahun, janji yang diberikan kepada kami masih belum tertunai dan kehidupan keluarga saya masih ditakuk lama, saya hanya bekerja kampung dan terpaksa buat bermacam-macam kerja untuk menampung kehidupan termasuk empat anak saya," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Sementara itu, Mustapa Mohamed Daud, 60, berkata, kerajaan negeri tidak sewajarnya menipu rakyat dengan menjanjikan 'bulan bintang' tetapi tidak berupaya untuk menunaikannya.

Katanya, salah seorang daripada anaknya turut menerima sijil untuk menyertai program berkenaan tetapi hampa kerana sehingga hari ini tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Hari ini kami dengar khabar ladang ini akan dijual kepada sebuah syarikat swasta kerana Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) mengalami kerugian. Kalau ia dijual, bagaimana dengan nasib anak saya?

"Kami bukan orang senang. Bayangkan di rumah saya kini terdapat tiga keluarga dan 16 penghuni. Dua anak saya yang berkeluarga tidak mempunyai rumah sendiri dan terpaksa menumpang di rumah saya," katanya.

Mustapa mendakwa, dia dan beberapa penduduk kampung meneroka tanah tersebut sebelum diambil untuk program Ladang Rakyat.

Katanya, kesemua peneroka tersebut bersetuju menyerahkan tanah berkenaan kerana percaya ia adalah untuk kebaikan anak-anak mereka.

"Saya meneroka tanah seluas 10 hektar pada 1989 dan menanam getah tetapi selepas getah ditoreh, projek ini datang dan kami berunding biarpun deposit untuk memohon tanah telah dibayar.

"Setelah berbincang, kami bersetuju untuk menyerahkan tanah ini demi anak-anak, namun apa yang terjadi kami ditipu.

"Adakah ini kerajaan Islam yang sering dilaungkan oleh Datuk Nik Aziz Nik Mat?," katanya.

Rintihan peserta bukti kegagalan Kerajaan Pas Kelantan

GUA MUSANG 11 Feb. - Rintihan peserta program Ladang Rakyat Paloh 4 di sini adalah simbol kegagalan Kerajaan Pas Kelantan dalam menguruskan tanah di negeri ini.

Presiden Orang Muda Bersatu Anti Korupsi (OMBAK), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, sebagai bukti program Ladang Rakyat terutama di Paloh 4 yang melibatkan kawasan seluas 381 hektar itu telah ditegur dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

Beliau berkata, dua isu yang timbul di Paloh 4 adalah tanah yang diusahakan sejak sekian lama oleh peneroka generasi pertama diambil kononnya untuk tujuan pertanian serta diberikan kepada generasi kedua manakala, janji yang dicanangkan tidak dilaksanakan sama sekali.

"Generasi pertama yang mempunyai tanah disitu, mereka merasakan terpanggil untuk merelakan tanah tersebut dibangunkan walaupun hak mereka pada satu peringkat sudah hilang tanpa merasakan itu adalah satu benda yang mendatangkan masalah kerana akhirnya tanah itu akan menjadi milik generasi mereka namun, sayangnya itu tidak berlaku.

"Isu kedua yang wujud apabila peneroka ini dijanjikan tanah ladang empat hektar dan satu petak rumah 0.06 hektar itu sendiripun tidak ditunaikan sehingga hari ini. Itu bukan sahaja menunjukkan satu urus tadbir yang telah gagal tetapi ia penganiayaan kepada peneroka pertama," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Wan Khairul Ihsan berkata, pihaknya hairan kerajaan Pas Kelantan masih tidak ambil pusing mengenai isu Ladang Rakyat biarpun ia mendapat bantahan yang hebat daripada rakyat terutama di kawasan hulu Kelantan.

Katanya, di bawah program tersebut, Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (PLRNK) telah membuka 19 ladang di mana 17 daripadanya 'diserahkan' kepada pihak swasta untuk dibangunkan.

"Menurut Laporan Ketua Audit Negara, 17 kawasan berkenaan mempunyai keluasan 31,108 hektar telah dipajak untuk tempoh 99 tahun dengan kadar pajakan RM150 hingga RM300 seekar dengan nilai keseluruhan hanyalah RM18.58 juta.

"Selain Paloh 4, ladang Limau Kasturi, dekat sini seluas 1,324 hektar diusahakan sendiri oleh PLRNK, namun kedua-duanya gagal dan menanggung kerugian yang amat besar malah Ladang Limau Manis 'dijual' kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan dan perancangan untuk menempatkan peserta serta memberikan tanah kepada rakyat tidak akan berlaku.

"Inilah penipuan yang amat nyata daripada kerajaan Pas Kelantan, apakah penyerahan sijil penyertaan ladang tersebut hanya gula-gula untuk menarik undi ketika pilihan raya umum menjelang apatah lagi kawasan tersebut terletak dalam kubu kuat Barisan Nasional (BN)," katanya.

Tambahnya, pertubuhan tersebut bersedia untuk menjadi platform kepada rakyat negeri ini terutama peserta yang 'ditipu' untuk mendesak kerajaan negeri supaya memperbetulkan semula keadaan atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

"Saya memohon kerajaan negeri menjawab adakah benar tanah di Paloh 4 akan diberikan kepada sebuah syarikat.

"Saya juga ingin bertanya dengan satu sijil yang diberikan kepada peserta dan apa yang kita tahu ladang di Limau Kasturi ini juga telah diberikan kepada satu syarikat luar dari Kelantan untuk dimajukan dan apa nasib peneroka dan peserta yang dijanjikan tanah itu.

"Dengan satu keping tanah yang dijanjikan itu ada dua perjanjian, pertamanya, perjanjian yang diberikan kepada rakyat dan satu lagi perjanjian yang diberikan kepada syarikat untuk tanah yang sama," dakwanya.

KOMEN : AMBO TAK TAU MENAHU... INI SEMUA KERJA UMNO... CILAKO... CILAKO... CILAKO... INILAH NAMANYA TANAH DIPIJAK MILIK ORANG...

No comments: