Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 February 2013

AHLI PAS - LU FIKIRLAH SENDIRI

Ahli Pas diingat jangan undi pakatan pembangkang
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/2/2013




KUALA LUMPUR 11 Feb. - Ahli-ahli Pas diingatkan jangan memberikan undi mereka kepada calon parti itu dan calon rakan sekutu mereka iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum akan datang selagi Pas kekal dalam pakatan pembangkang.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali (gambar) yang juga bekas Naib Presiden Pas berkata, langkah itu penting bagi memastikan kelangsungan institusi Islam dan Melayu terus dimartabat di negara ini.

"Ahli dari bawah perlu mendesak pemimpin Pas mengambil langkah menyelamatkan parti itu daripada terus menjadi kuda tunggangan DAP serta PKR dan yang lebih penting menyelamatkan maruah Islam dan kesucian perjuangan dengan keluar pakatan pembangkang.

"Jika opsyen itu gagal, ahli dan penyokong Pas tidak mempunyai banyak pilihan melainkan tanpa ada syak dan ragu, jangan memberi undi kepada calon pakatan pembangkang, sebaliknya memilih calon Islam Melayu yang benar-benar dapat memartabatkan Islam di luar pakatan rakyat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, Pas kini ibarat di persimpangan kerana ahli parti itu kini semakin marah dan bosan dengan cara kepemimpinan Pas menangani tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan apa sahaja tindakan Pas berhubung perkara berkaitan Islam.

Parti berlabel Islam itu juga, katanya, dilihat akur dan menyerah kalah kepada DAP hampir dalam semua insiden sehingga mengorbankan dasar asas perjuangan, semata-mata mahu menjaga kesatuan pakatan pembangkang dalam mengejar Putrajaya.

"Pas mesti memutar stereng sama ada ke kanan atau ke kiri. Memutar ke kanan ertinya balik ke pangkal jalan menjunjung dasar perjuangan asal parti yang telah disuburkan buat sekian lamanya melalui taburan dan bajaan keringat, air mata dan darah.

"Membelok ke kiri pula bermakna terus bersekongkol dengan petualang-petualang dan musuh Islam serta orang Melayu. Pas terus diperalatkan demi mencapai tujuan tersembunyi yang kini mula terserlah dalam kalangan pimpinan DAP dan PKR," katanya.

Menurut beliau, Malaysia berkemungkinan besar bakal menjadi sebuah republik sekular dengan mengamalkan fahaman liberalisme Barat apabila pakatan pembangkang berjaya menguasai Putrajaya.


No comments: