Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 February 2013

Selangor umum keputusan bubar DUN minggu depan


DARI UTUSAN MALAYSIA
13/2/2013



SHAH ALAM 13 Feb. - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dijangka mengumumkan keputusan sama ada akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan tersebut akan dibuat selepas beliau selesai mengadakan perjumpaan dengan para pemimpin pakatan pembangkang bagi menentukan sama ada pembubaran itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini atau sebaliknya.

"Buat masa ini kita (pemimpin pakatan pembangkang) belum bincang. Kita akan umumkan (sama ada bubarkan DUN atau tidak) selepas perjumpaan tersebut.

"Dalam minggu depan kita akan adakan perjumpaan tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid menyatakan pihaknya dijangka mengumumkan pembubaran DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Meh, iaitu kira-kira 15 hari selepas perayaan Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.

Menurut Abdul Khalid pengumuman tersebut akan dilakukan sekiranya selepas tempoh itu Kerajaan Pusat tidak membuat sebarang pengumuman mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh sebenar pembubaran DUN tersebut kecuali menyatakan pengumuman tersebut hanya dilakukan selepas tempoh sambutan perayaan berkenaan. - UTUSAN


KOMEN : TAK SABAR RASANYA NAK TUNGGU DUN SELANGOR BUBAR... KALAU BOLEH MALAM NI ATAU ESOK PAGI PUN TAK APA... LAGI CEPAT LAGI BAGUS....

No comments: