Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 February 2013

Jangan terlalu taksub tukar kerajaan


DARI UTUSAN MALAYSIA
14/2/2013



PUTRAJAYA 13 Feb. — Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada golongan muda terlalu taksub dan percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat mengubah keadaan hidup mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, golongan ini ingin melihat perubahan pentadbiran kerajaan semata-mata kerana percaya janji-janji pembangkang.

"Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional (BN) nampak tidak berkesan. Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang berbeza dengan suatu masa dulu," kata beliau dalam temu bual di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Katanya, ketika Malaysia tidak banyak pembangunan dan masih dianggap negara membangun, setiap perubahan akan dihargai, berbeza dengan orang muda sekarang yang lahir semasa negara sudah mencapai banyak kemajuan yang ketara.

Menurutnya, generasi sekarang tidak mengalami keadaan negara miskin, terhad dalam peluang pekerjaan, peluang pelajaran, peluang menjadi ahli profesional dan sebagainya, menjadikan mereka tidak begitu menghargai kemajuan semasa.

"Bila kita anggap sesuatu itu sebagai perkara biasa, kita tidak begitu menghargainya. Kita menghargainya bila kita mendapat sesuatu yang tidak kita pernah dapat, tapi mereka dilahirkan di zaman negara sudah capai banyak kemajuan dan bagi mereka, ini memang keadaan biasa, dengan itu mereka tidak menghargainya," katanya.

Dr. Mahathir berkata, golongan sekarang juga dilihat terlalu terdedah dengan pengaruh Barat, umpamanya berhubung prinsip kebebasan, mengakibatkan mereka berpendapat keadaan sekarang masih belum cukup bebas, masih lagi tersekat dalam banyak perkara.

Beliau mengakui memang banyak yang perlu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memenangi hati golongan muda dalam tempoh masa yang semakin suntuk, ketika bahang pilihan raya umum sudah terlalu hampir.

(Berdasarkan statistik suku ketiga Daftar Pemilih 2012 Suruhanjaya Pilihanraya, sejumlah 13.1 juta pemilih berdaftar layak mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan daripada jumlah itu 18.07 peratus atau 2.37 juta pengundi terdiri daripada kumpulan umur antara 21 dan 29 tahun manakala 22.8 peratus atau hampir tiga juta terdiri daripada kumpulan umur antara 30 dan 39 tahun).

Dr. Mahthir berkata, sejak pilihan raya umum lepas, kepimpinan Najib dilihat berusaha gigih untuk meraih kembali kepercayaan pengundi, dan sedikit sebanyak beliau kelihatan berjaya.

Katanya, Najib sudah tidak punyai banyak masa, semasa beliau bertungkus lumus bekerja keras untuk mendekati rakyat seramai mungkin, beliau juga berhadapan dengan pelbagai tuntutan daripada banyak pihak.

"Masa saya (masih Perdana Menteri) dulu orang tidak tahu bila ada election (pilihan raya), jadi dengan itu, sebelum mereka buat tuntutan itu ini, kita sudah adakan election. Tapi bila kita tunggu sampai saat terakhir yang mana kita terpaksa bubar Parlimen, tidak ada unsur kejutan lagi, semakin hampir pilihan raya, semakin banyak tuntutan diterima," katanya.

Mengenai konsep 1Malaysia, Dr. Mahathir berkata, ia sememangnya baik dan ia memerlukan sambutan daripada semua kaum.

Katanya, kesejahteraan dan keharmonian negara selama ini ialah hasil persetujuan antara kaum untuk berkongsi kuasa, sekali gus menjauhkan keadaan huru-hara.

"...dengan itu negara dapat dimajukan, kalau hari ini masing-masing kaum hendakkan semua yang mereka tuntut, ini akan sebabkan ada kaum yang tidak puas hati, maka kestabilan negara tergugat.

"(Dan) kemajuan tidak tercapai, ekonomi tidak akan tumbuh dan kita semua tidak akan dapat nikmat pembangunan. Ini patut semua kaum faham," katanya. — BERNAMA


No comments: