Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 23 July 2012

Sikap pembangkang hanya untuk politik


MINGGUAN MALAYSIA
22/7/2012



NAJIB Tun Razak memakaikan cermin mata kepada Abdul Manar Awang Mohd., 72, yang uzur pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, Pahang, semalam. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

PEKAN 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun pembangkang tidak menyokong kerajaan tetapi mereka tidak boleh menghalang usaha baik yang dilakukan demi kepentingan rakyat.

Perdana Menteri berkata, sikap pembangkang yang menghalang kerajaan melakukan sesuatu perkara baik hanya keuntungan politik semata-mata

"Kita terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan dilemparkan oleh pihak yang tidak suka pada Felda dan kerajaan untuk berjaya.

"Sebenarnya dalam hal ini, kita tidak boleh main politik. Sepatutnya jangan halang, tak sokong pun tak apa, jangan menghalang sesuatu perkara baik untuk rakyat seperti penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV)," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Hadir sama, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhamad; ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun, ADUN Peramu Jaya, Ibrahim Awang dan ADUN Pulau Manis, Khairuddin Ahmad.

Turut sama pada majlis itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Timbalan Pengurus Besar Felda, Faizoul Ahmad.

Bagi pemberian durian runtuh fasa kedua, para penerokawati Felda Gugusan Chini di sini menerima sebanyak RM16.75 juta manakala seramai 372 orang termasuk warga emas dan Orang Asli menerima sumbangan cermin mata daripada syarikat swasta di sini.

Najib berkata, kejayaan penyenaraian FGV itu menyaksikan para peneroka, isteri dan anak-anak mereka mendapat faedah sekali gus memberi sokongan padu pada kerajaan.

"Mereka (pembangkang) nak gagalkan perancangan ini, biar peneroka tak dapat durian runtuh asalkan mereka untung daripada politik," katanya.

Kata beliau, sekiranya kerajaan boleh menjana kekayaan melalui penyenaraian FGV maka para peneroka akan mendapat manfaat yang lebih besar hasil daripada perancangan itu.

KOMEN : BIASALAH PUAK PEMBANGKANG NI... MEREKA AKAN BANGKANG SEGALA KEBAIKAN DAN KESENANGAN YANG KERAJAAN BERIKAN UNTUK RAKYAT... TAPI MEREKA AKAN SOKONG SEGALA AGENDA DAP UNTUK HANCURKAN PERPADUAN ORANG MELAYU... CARA MEREKA MEMERINTAH PUN BANGKANG SELAGI BOLEH...

Bonus Aidilfitri kakitangan awam dipertimbang


MINGGUAN MALAYSIA
22/7/2012
SEBAHAGIAN daripada penerokawati Felda Chini gembira sambil menunjukkan cek durian runtuh Felda sebanyak RM5,000 seorang untuk isteri peneroka yang disampaikan oleh Najib Tun Razak pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Ba hagian Pekan, Pahang, semalam. - BERNAMA

PEKAN 21 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedang menimbang kemampuan kewangan sebelum memutuskan mengenai permintaan bonus kakitangan awam sebelum Aidilfitri ini.

Perdana Menteri yang tersenyum apabila diajukan soalan tersebut berkata, keputusan berhubung perkara itu perlu berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan.

"Itu nantilah, kita tengok buku kira-kira dulu. Namun apa-apa keputusan mesti berdasar kemampuan kerajaan," katanya.

Ditanya seterusnya sama ada kerajaan dalam kedudukan berkemampuan membayar bonus kepada kakitangan awam, Najib sekali lagi sambil ketawa kecil berkata:

"Itulah kita tengah semak dulu"

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan di sini hari ini.

Terdahulu, Najib yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan mempengerusikan Mesyuarat Tertutup Jentera Pilihan Raya UMNO Bahagian.

Pada 16 Julai lalu, Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS) mengemukakan tuntutan bonus sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, ditanya laporan mengatakan lebih 50 peratus senarai calon yang dikemukakan parti komponen Barisan Nasional (BN) telah ditolak seperti disiarkan sebuah akhbar bahasa Inggeris semalam, Najib berkata, perkara itu masih dalam semakan.

Katanya, soal calon termasuk yang dikemukakan UMNO juga masih belum dimuktamadkan.

"Kita hanya muktamadkan soal calon bila sampai masanya nanti. Maka semuanya (yang dilaporkan) bersifat spekulasi. UMNO pun kita masih tengok, semak dan belek lagi," jelasnya.


Friday, 20 July 2012

RAMADHAN DATANG LAGI


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA, SEMOGA RAMADHAN INI BUKAN RAMADHAN YANG TERAKHIR UNTUK KITA... MAAF ZAHIR DAN BATIN...

AIR : KRONIKNYA DI SELANGOR...

Jawatankuasa Khas ditubuh


KUALA LUMPUR 19 Julai - Satu Jawatankuasa Khas Kabinet ditubuhkan bagi menangani isu air yang semakin kritikal di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, jawatankuasa itu ditubuhkan selepas mesyuarat Kabinet kelmarin dan ia akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Antara agenda penting yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berhubung cadangan yang diutarakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk catuan air dan pengumuman kerajaan negeri Selangor yang berhasrat mengambil alih Syabas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Pemeliharaan dan Kecekapan Tenaga 2012 anjuran Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM), di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman kerajaan negeri yang mahu merombak barisan pegawai pengurusan kanan Syabas melalui tindakan campur tangan ke atas pentadbiran syarikat tersebut.

Menurut Fah Kui, terlalu banyak kenyataan yang mengelirukan dikeluarkan berhubung isu air sehingga menimbulkan rasa panik dalam kalangan penduduk.

"Isu ini semakin hangat diperkatakan oleh semua orang, terutamanya di Selangor sehingga timbul banyak kekeliruan. Dengan mewujudkan jawatankuasa khas ini, kita dapat meneliti serta membuat keputusan daripada semua aspek," ujarnya.

Katanya, selepas bermesyuarat, jawatankuasa tersebut akan memaklumkan cadangan serta keputusan kepada kerajaan negeri Selangor.

"Ini jawatankuasa Kabinet, selepas mengadakan perbincangan serta penelitian yang penuh, kami akan umumkan kepada kerajaan negeri pendirian kita. Andainya perlu khidmat nasihat atau pandangan, kita akan tanya mereka," katanya.

Mesyuarat pertama jawatankuasa khas itu di Putrajaya dijangka diadakan Isnin ini yang turut dianggotai oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan bekas menteri yang juga Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

KOMEN : PUNYALAH TERUK SAMPAI TERPAKSA TUBUHKAN JAWATANKUASA KHAS BAGI MENGATASI MASALAH AIR DI SELANGOR KERANA TERLEBIH PANDAI DAN BODOHNYA KERAJAAN PKR SELANGOR YANG MEMERINTAH... AIR TERAWAT DENGAN AIR AMPANGAN PUN TAK TAHU NAK BEZAKAN... INILAH JADINYA BILA SIBINGAI FIKIR DIA TAHU SEMUA...

PEMIMPIN PAS KATA BOLEH....

Bukan tempat tabur fitnah
Najib Tun Razak bersalaman dengan warga imam dan jawatankuasa masjid pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 19 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan umat Islam di negara ini tidak menjadikan masjid sebagai gelanggang untuk melontarkan kebencian terhadap pemerintah. Perdana Menteri berkata, kesucian masjid tidak seharusnya dicemarkan semata-mata kerana ingin mencari pengaruh atau mengaut keuntungan politik.

Jelas beliau, Nabi Muhammad SAW juga melarang masjid dijadikan platform untuk menabur fitnah, kebencian serta merosakkan perpaduan umat Islam.

“Masjid bukan gelanggang untuk mengecam umat Islam yang lain. Masjid adalah tempat untuk melakukan ibadah dalam keadaan tenang dan tenteram.

“Peranan sebenar masjid adalah berdakwah secara bijaksana dan berhikmah serta mengajak ummah ke jalan yang benar," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid Seluruh Negara di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Tokoh Imam Kebangsaan 2011, Sheikh Roslan Abd. Halim.

Sementara itu, kata Najib, konsep islah atau pembaharuan yang besar yang dilaksanakan kerajaan menerusi pelbagai program transformasi mampu memacu negara mencapai status negara maju menjelang 2020.

Beliau memberitahu, konsep islah diterapkan dalam bidang ekonomi, pendidikan, politik dan pentadbiran dengan penekanan kepada aspek menjaga hak asasi manusia dan kebebasan dengan batas-batas tertentu.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan, pendekatan islah itu amat berbeza dengan pendekatan golongan mufsidun yang ingin merosakkan perpaduan antara kaum dan sesama umat Islam.

“Contohnya, perhimpunan Bersih 3.0 yang lebih banyak merosakkan daripada memperbaiki keadaan.

“Demonstrasi turut diadakan di Mekah dan Madinah sehingga merosakkan imej umat Islam dari negara ini di Arab Saudi," ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus membela kebajikan warga imam di negara ini.

Menurut beliau, langkah menaikkan elaun bulanan imam daripada RM450 kepada RM750 mulai Januari 2011 merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan mereka dalam memartabatkan agama Islam. 

KOMEN : BAGI PAS SEMUA HALAL, WALAUPUN MEMBAWA MASUK ORANG KAFIR UNTUK BAGI CERAMAH DI MIMBAR... TAK KIRA BULAN... BULAN RAMADHAN PUN BOLEH JANJI KUTUK DAN FITNAH SAMA UMNO/BN...

Wednesday, 18 July 2012

Pelihara rahsia sulit kerajaan





PUTRAJAYA 17 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan warga Perbendaharaan Negara agar menjaga disiplin dengan tidak membocorkan rahsia segala urusan kerajaan kepada pihak luar.
 
Perdana Menteri menegaskan, rahsia sulit kerajaan tidak boleh dikompromi, justeru sebagai ikon dalam pentadbiran, segala maklumat di Perbendaharaan perlu disimpan rapi.

"Disiplin dalam Perbendaharaan penting kerana ini ikon kepada kerajaan, jadi jagalah imej Perbendaharaan, rahsia-rahsia Perbendaharaan mesti dijaga, rahsia dalam segala urusan tidak boleh kita kompromi.

"Kita mesti pastikan perkara ini kita jaga dengan sebaik-baiknya supaya menjadi sebuah pentadbiran yang lebih efisien dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Khas Perbendaharaan 2011 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 210 kakitangan menerima APC masing-masing termasuk empat pegawai berstatus Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) yang menerima Anugerah Khas Perbendaharaan.

Seorang jururawat klinikal di Hospital Putrajaya pula menerima anugerah yang baru diperkenalkan iaitu Anugerah Citra Bakti.

Hadir sama, dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Donald Lim Siang Chai serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah. Dalam ucapannya itu, Perdana Menteri turut menggariskan empat prinsip yang perlu diberikan tumpuan oleh jabatan itu sebagai agensi yang menjaga kepentingan dasar-dasar berkaitan pengurusan ekonomi dan kewangan negara.

"Prinsip pertama ialah tidak berbelanja lebih daripada pendapatan dan ia salah satu daripada prinsip asas yang mungkin mudah pada logiknya tetapi dari segi praktikalnya, negara-negara Soviet juga gagal untuk menanganinya," ujar beliau.

Sebagai contoh, katanya, tujuh zon ekonomi di Eropah menghadapi kemelesetan dan kemungkinan lebih parah lagi iaitu berlakunya krisis kewangan yang boleh membawa kesan cukup buruk jika tidak ditangani sebaik-baiknya oleh pemimpin-pemimpin di sana.

Bagi prinsip kedua pula, kata Perdana Menteri, kerajaan tidak boleh meminjam duit untuk membiayai perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan, jika ia berlaku itu adalah petanda awal negara bakal menghadapi krisis kewangan.

Najib berkata, prinsip ketiga ialah memastikan beban hutang dan defisit fiskal negara menunjukkan tren penurunan yang lebih progresif dan beberapa tahun kebelakangan ini defisit negara menjurus ke arah itu.

"Prinsip seterusnya, kita mesti lihat kepada pertimbangan antara asas pendapatan yang seharusnya semakin besar dan di samping itu keupayaan kita memberi insentif dan rangsangan kepada sektor-sektor atau subsektor tertentu yang hendak kita beri sokongan.

"Ini bererti dalam satu aspek kita kena kutip cukai lebih, dalam satu aspek lain kita kena beri rangsangan dan mungkin kurangkan kutipan cukai tetapi yang penting kita mencapai dua objektif utama untuk negara iaitu kadar pertumbuhan negara mesti berada di tahap yang memuaskan antara 5-6 peratus," katanya.

Perdana Menteri turut meminta warga Perbendaharaan memakai 'dua topi' iaitu bertindak sebagai pengawal untuk menentukan kewangan dan hasil negara dibelanjakan secara berhemah serta mencapai pulangan maksimum.

Satu topi lagi, kata Najib, menjadi pemudah cara kepada kementerian-kementerian, jabatan dan agensi kerajaan lain serta sektor swasta.

"Kita tak boleh biarkan apa-apa kekangan kewangan supaya pelbagai jentera dapat berjalan lancar.
"Walaupun susah nak pakai dua topi serentak tapi kita cuba kerana kalau mudah sangat duit negara tak dikawal dengan baik, tapi kalau terlebih kawal mereka juga menuding jari pada kita pula," katanya.

KOMEN : DALAM SETANDAN PISANG MESTI ADA YANG BUSUK PUNYA... SENDIRI MAHU INGATLAH...

Tuesday, 17 July 2012

APRC - Victory for Proton

MOTOR RALLY: McRae conquers gruelling race
 
 
FOR the second successive year, Alister McRae scored a victory for Proton in the Malaysian Rally yesterday.
 
.
Proton’s Alister McRae maneuvers his Satria Neo S2000 in the Malaysian Rally yesterday.
This also saw McRae recording his first win this season in the Asia Pacific Rally Championship (APRC).

Finishing second overnight, McRae, driving a Satria Neo S2000, completed the 12.46km Tai Tak Court House stretch in 10 minutes 37 seconds, three seconds faster than teammate PG Andersson.
  
Andersson, who led the rally, retired at the end of special stage 10. Proton R3 Cusco Rally Team's Karamjit Singh finished fourth fastest in a front wheel drive 1600cc Satria Neo.
 
"We had a brilliant and trouble-free run to the finish. We lost some time due to a puncture on the second day but were able to maintain a competitive pace and progressively push ahead to reduce the deficit significantly," said McRae. 

"With unpredictable weather, the Malaysian Rally certainly reaffirms itself as a challenging event."
   
Yesterday's success is a testimonial of the Proton Satria's strength in one of the world's toughest rallies.
  
With a distance of 235.28km, the Malaysian Rally comprised 15 special stages, which were run on gravel and took competitors through some of the most gruelling terrain on the APRC tour.
  
The Malaysian rally kicked off on Friday with the ceremonial 2.5km Angsana super special stage designed for spectators. The third and final leg of the rally was run over seven special stages.


JANGAN JADI PONDANLAH?

Minta Anwar buat kenyataan
Zaliah Zakaria menunjukkan gambar Anwar dalam akhbar Utusan Malaysia sambil meminta Ketua Pembangkang itu membuat kenyataan berhubung isu RM3 bilion bagi membersihkan namanya di Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 14 Julai - Wanita yang dikaitkan dengan isu RM3 bilion, Zaliah Zakaria meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kenyataan berhubung perkara itu bagi membersihkan namanya.

Katanya, kenyataan itu penting kerana selain dapat menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat, ia juga dapat mengelak pandangan serong orang ramai terhadapnya dan keluarga.

"Saya mahu Anwar memberi kenyataan benar dan jangan berdiam diri seperti seorang 'pondan'.

"Saya kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikaitkan dengan isu itu kerana sering dipandang serong masyarakat selepas gambar dan nama saya disiarkan akhbar tempatan baru-baru ini," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sebuah hotel di Persiaran Gurney di sini.

Terdahulu, Zaliah membuat aduan kepada Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) Malaysia melalui Biro Pengaduan Awamnya di Bukit Jambul kerana menjadi mangsa politik sehingga mengancam ketenteraman ahli keluarganya.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan pengakuan Zaliah yang dikatakan wanita misteri oleh ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion oleh Anwar.

Zaliah berkata, salah seorang daripada tiga anaknya turut terkena tempias yang sama daripada rakan sekolah sehingga enggan meneruskan sesi persekolahannya.

"Saya berasa tertekan kerana ada kenalan terdekat yang menggelar saya sebagai gundik kepada Anwar. Mana lagi saya nak lari, kecuali dalam lubang kubur dan disebabkan masalah ini saya telah membuat laporan polis di Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya

Zaliah berkata, kenyataan Ummi Hafilda bahawa beliau mengenali Anwar serta cukai pendapatannya mencecah RM50 juta dan memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo, kebanyakannya di Pulau Pinang turut menyebabkan keselamatan keluarganya terancam.

Bagaimanapun, Zaliah enggan mengulas mengenai cukai pendapatan RM50 juta itu.

"Saya bimbang disebabkan kenyataan Ummi Hafilda itu, keselamatan anak-anak saya dalam bahaya kerana bimbang mereka diculik," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut meminta Ummi Hafilda agar membuat penjelasan mengenai perkara tersebut untuk mengelakkannya daripada terus dikaitkan dengan isu itu.

Sementara itu Presiden Pertiga, Sabaruddin Ahmad mengingatkan Anwar agar jangan terlalu selesa dengan sikap berdiam diri sehingga membiarkan pihak ketiga menjadi mangsa tohmahan dalam agenda politik beliau.

KOMEN : MANA BERANI ANWAR NAK BERSUARA... SIAPA YANG NAK PERCAYA? ANWAR FIKIR DIA AKAN SELAMAT DENGAN BERDIAM DIRI... MANA MAHU SEMBUNYI...? JAWABLAH KALAU BUKAN PONDAN....

APA DIA... KKR1M PULAK DAH....

PM lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia
DARI UTUSAN MALAYSIA
15/7/2012
ORANG ramai mula membeli-belah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) di Taman Lagenda Suria, Batu 14, Hulu Langat, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 14 Julai - Sebanyak 30 lagi Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) akan dibuka di seluruh negara dalam tempoh dua tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, antara kain dijual di kedai itu ialah kain batik jacquard dijual dengan harga RM15 berbanding RM35 sepasang di pasaran, baju kemeja linen RM45 sehelai berbanding RM79 di pasaran serta kain satin RM40 sepasang berbanding RM50 di pasaran.

Selain keperluan pakaian, kata beliau, kedai itu turut menawarkan barangan lain seperti langsir, kelengkapan sekolah dan kelengkapan bersolat seperti sejadah dan songkok.

Sehubungan itu, kata beliau, usaha kerajaan memperkenalkan produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia tidak ada 'noktah' sebaliknya bersifat 'koma' (berterusan) setelah didapati ia banyak meringankan beban hidup seharian rakyat di negara ini.

"Semua pihak tidak boleh menafikan bahawa produk dan perkhidmatan jenama 1Malaysia berjaya menjimatkan perbelanjaan rakyat memandangkan harganya ditetapkan lebih rendah dari pasaran.

"Atas asas itu juga, kerajaan menetapkan tiga kriteria penting sebelum satu-satu produk atau perkhidmatan itu dibenar menggunakan jenama 1Malaysia, pertama, untuk rakyat; kedua, kualitinya baik dan ketiga, harganya murah daripada harga biasa atau pasaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan KKR1M milik Peluang Karisma Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ismail Sani dan Ketua Pegawai Operasi KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan beberapa produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) serta baucar subsidi tayar Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma).

Perdana Menteri berkata, walaupun harga produk serta perkhidmatan jenama 1Malaysia lebih murah, namun pihak kerajaan tidak akan berkompromi dalam soal kualiti.

Sementara itu, Pengarah Urusan KKR1M, Mohd. Noor Mohd. Amin berkata, Hulu Langat dipilih sebagai lokasi pertama premis berkenaan berdasarkan faktor lokasi yang strategik dan tidak jauh dari bandar.

Kata beliau, berdasarkan kedudukan tersebut, kedai itu diyakini dapat memberi peluang kepada seluruh rakyat Selangor untuk datang membeli-belah.

Menurutnya, lebih 100 jenis barang ditawarkan di premis tersebut termasuk kain ela, kain kurung, baju melayu dan kain langsir yang kesemuanya produk tempatan.


KOMEN : SYUKUR ALHAMDULILLAH...

PM - Gelombang menggerak belia


Najib Tun Razak menyanyikan lagu I Am For You (iM4U) diiringi belia yang hadir dengan penuh bersemangat pada program 1M4U di Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 15 Julai - Kerajaan akan menggerakkan satu gelombang untuk golongan muda secara besar-besaran melalui platform 1Malaysia For Youth (1M4U) bagi mencetus kejayaan lebih gemilang kepada negara menerusi idea serta sumbangan golongan belia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, berbeza dengan pembangkang yang galak mencipta gelombang dalam kalangan orang muda bagi tujuan rusuhan dan demonstrasi jalanan, kerajaan sebaliknya mahu gelombang massa itu menjayakan transformasi Malaysia.

Menurutnya, sebagai komitmen untuk melonjakkan gelombang tersebut dengan bersandar pada semangat sukarelawan para belia di atas platform 1M4U, kerajaan meluluskan penubuhan Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRe1M) berjumlah RM100 juta.

Jelasnya, dana tersebut akan diagih-agihkan dalam bentuk geran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia serta badan beruniform yang giat menjalankan aktiviti sukarelawan dengan beliau sendiri bertindak sebagai Lembaga Pemegang Amanah 1M4U.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, sebuah stesen radio 1M4U juga akan diwujudkan berteraskan minat serta cita rasa anak muda untuk membolehkan mereka mengetengah bakat masing-masing sekali gus menyemarakkan lagi usaha menggerak gelombang tersebut.

"Kita akan mencetuskan satu gelombang besar-besaran yang cukup hebat. 1M4U titik permulaan kepada gelombang massa ini dalam kalangan orang muda. Gelombang ini bukan untuk membuat rusuhan atau demonstrasi jalanan tetapi bagi membina Malaysia berjaya.

"Gelombang ini bukan untuk membawa kerosakan kepada negara tetapi akan mengangkat Malaysia ke martabat yang lebih gemilang. Masa depan negara kita ditentukan oleh belia, kalau belia cinta keamanan, aman negara kita, kalau suka membela, maka masyarakat kita akan terbela.

"Sebab itu kita lancarkan 1M4U, ia bererti saya Perdana Menteri untuk kamu, kami (Barisan Nasional) adalah kerajaan untuk belia pada hari ini dan masa hadapan," katanya di hadapan lebih 50,000 belia sambil disambut laungan 1Malaysia oleh anak-anak muda tersebut.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan Program 1M4U yang dijayakan bagi tujuan menggembleng belia pelbagai kaum dalam aktiviti-aktiviti sukarelawan di Taman Esplanade 
KLCC di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Timbalannya Datuk Razali Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mengulas lanjut, Najib berkata, bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencetus gelombang tersebut secara massa, tahun depan akan diisytiharkan sebagai Tahun Sukarelawan bagi melahirkan lebih ramai ikon belia dalam bidang sukarelawan negara.

Sambil memberi contoh, ikon belia, Mohd. Zhariff Afandi yang kudung kedua-dua belah tangan tetapi aktif membantu masyarakat, beliau berkata, platform 1M4U akan melahirkan ribuan lagi insan berhati mulia seperti tokoh orang kurang upaya (OKU) tersebut pada masa hadapan.

"Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menggerakkan idea ini, anggaplah 1M4U ini gerakan untuk kita dan saya sebagai Perdana Menteri bersama rakan-rakan dalam kerajaan pada hari ini akan terus menyumbang dan membantu para belia tanah air," katanya.

KOMEN : JADIKAN BELIA HARI INI LEBIH BERJATI DIRI UNTUK MENJADI BAKAL PEMIMPIN MASA HADAPAN...

RAMADHAN MENJELMA LAGI

Tarikh lihat anak bulan Ramadan 19 Julai
 DARI UTUSAN MALAYSIA
16/7/2012



KUALA LUMPUR 16 Julai - Tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Khamis ini (19 Julai).

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, sebanyak 30 tempat di seluruh negara telah ditetapkan bagi tujuan itu.

Tempat berkenaan ialah di Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen. - BERNAMA


PM ajak rakyat bagi idea


PERDANA MENTERI, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Majlis Penutup Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang penuh warna warni malam semalam.Ketibaan beliau disambut dengan aturcara majlis yang unik apabila dijemput berbasikal mengelilingi trek stadium bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Kemeriahan majlis itu turut disaksikan puluhan ribu rakyat Pahang yang mula mengisi tempat duduk stadium berkapasiti 40,000 penonton itu seawal pukul 6 petang.

KUALA LUMPUR 16 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak semua rakyat negara ini mengemukakan sebarang cadangan serta idea yang bernas bagi Bajet 2013.

Beliau berkata, sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab membentangkan Bajet 2013, adalah amat penting rakyat diberi peluang untuk turut sama berkongsi pandangan terutama cara terbaik meletakkan negara di hadapan sama ada dalam bidang sosial mahu pun ekonomi.

Beliau berkata, antara topik tumpuan yang boleh dibincangkan adalah kos sara hidup, keselamatan awam, harga hartanah, peranan belia dalam kreativiti dan juga isu-isu yang mempengaruhi kehidupan rakyat seharian.

“Tahun ini kita akan menyediakan sebuah platform untuk memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013. Perbincangan ini akan berlangsung secara dalam talian (blog 1Malaysia) bermula hari ini hingga 29 Julai.

“Platform ini juga merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia untuk mengemukakan idea dan input mereka bagi pertimbangan Kementerian Kewangan," katanya menerusi blog 1Malaysia di http://1malaysia.com.my, hari ini.

Najib berkata, pembentangan Bajet 2013 dijadualkan pada 28 September nanti.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, pada masa ini kurang daripada 10 peratus daripada rakyat Malaysia yang membayar cukai.

Oleh itu katanya, cabaran utama bagi kerajaan adalah untuk memperluas dan mengubah sumber pendapatan negara bagi memastikan defisit bajet dikekalkan pada paras boleh urus agar perbelanjaan tidak melebihi kemampuan.

“Untuk mencapai matlamat ini, kita juga perlu memberi tumpuan terhadap rangsangan pelaburan dalam negeri serta menarik pelaburan asing melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Kita sudah membuat permulaan yang kukuh di mana Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun lalu telah mengumpul sebanyak RM110 bilion hasil dan ini membolehkan kita membiayai perkhidmatan-perkhidmatan utama bagi kebajikan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan baucar buku," katanya.

Justeru, beliau berkata, bagi mengekalkan momentum tersebut, kerajaan memerlukan sumbangan idea daripada semua rakyat Malaysia.

“Saya ingin menjemput anda semua untuk turut serta dalam perbincangan Bajet 2013 ini. Anda boleh mulakan dengan klik di sini (melayari blog 1Malaysia).

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, saya amat berharap dapat menerima idea-idea baru yang bernas serta penyelesaian yang berpotensi daripada rakyat Malaysia," katanya.

KOMEN : BAJET UNTUK RAKYAT BOLEHLAH BERKONGSI IDEA DENGAN PM, BAJET PAKATAN RAKYAT HARAM SATU HARAM PUN AKU TAK FAHAM... SEMOGA BAJET 2013 LEBIH MENYELURUH DAN SEMUA PERINGKAT RAKYAT MENDAPAT MAFAATNYA...

Thursday, 12 July 2012

Akta Keharmonian Nasional


Najib Tun Razak bersalam dengan jemputan sambil diperhati oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan telah mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru serta memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Selain itu, kata Perdana Menteri, turut dikuatkuasakan serta-merta adalah pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

Beliau berkata, keputusan tersebut adalah untuk melengkapkan fasa pertama Program Transformasi Politik (PTP).

Menurutnya, kerajaan sedar umum menganggap Akta Hasutan 1948 sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan.

''Walaupun anggapan sedemikian adalah tidak berasas sama sekali, kita perlu menghapuskan persepsi tersebut. Lantaran itu, peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan.

''Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak Kehakiman melalui peruntukan-peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah yang sedia ada,'' katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Peguam Negara di sini malam ini.

Perdana Menteri turut menekankan bahawa kebebasan bercakap dan bersuara hendaklah sentiasa diimbangi dengan keperluan untuk mengekalkan keharmonian, ketenteraman dan keselamatan awam. Katanya, sebagaimana negara-negara lain yang menjunjung prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law), kebebasan bercakap dan bersuara bukanlah suatu hak yang diberikan secara mutlak sebaliknya dibatasi dengan sekatan-sekatan yang sewajarnya.

''Begitu juga di Malaysia. Kebebasan bersuara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan sebagaimana yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang dirasakan amat perlu apatah lagi dalam suasana kemajmukan masyarakat Malaysia yang unik dan rumit sifatnya,'' kata beliau.

Najib berkata, kerajaan akan tetap memastikan peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan dan perlakuan yang berikut:

(i) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

(ii) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan

(iii) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Najib berkata, sebelum menggubal Rang Undang-undang Keharmonian Nasional ini, kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini.

''Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

''Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis,'' katanya.

Menurut beliau, keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan 'limpahan maklumat', taraf pendidikan dan sosioekonomi yang semakin tinggi serta tahap jangkaan yang semakin meningkat.

''Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama,'' katanya.

Kata Perdana Menteri, peruntukan-peruntukan akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab.

''Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecah-belahkan perpaduan nasional,'' katanya.

Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'pemegang saham'.

''Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakiti, bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa,'' katanya.

KOMEN : SEMOGA SELEPAS INI TIADA LAGI PIHAK YANG TAKUT UNTUK MENGGUNAKAN SEGALA PERUNTUKAN YANG ADA UNTUK MENDAKWA ORANG-ORANG YANG DIDAPATI MENGHASUT TANPA MENGIRA SIAPA MEREKA... JANGAN ESOK, UNDANG-UNDANG AJE CANTIK TAPI TAKUT UNTUK DILAKSANAKAN...

Wednesday, 11 July 2012

Kenyataan berhelah Anwar dan berhemah Ezam




RENCANA Azman Anuar dalam Utusan Malaysia (5.7.12) mengenai Anwar Ibrahim ingin mengundur diri daripada politik menarik untuk direnung. Kenyataan Ezam Mohd. Nor dalam AIDC News (5.7.12); “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya lakukan hampir segala-galanya," menarik untuk diberi perhatian.

Berhelahnya kenyataan Anwar sekian lama mengamalkan sindrom penafian dan cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti tinggi tanpa memberi penjelasan rasional terhadap apa yang berlaku.

Jalan mudah bagi Anwar ialah menuduh orang lain melakukan konspirasi dan dibeli oleh UMNO. Sedangkan sehingga kini pun tiada bukti diberikan dan konspirasi hanya kenyataan berhelah. Keputusan kes liwatnya dengan Saiful adalah bukti yang nyata mengenai keadilan mahkamah yang dikatakannya zalim.

Kisah menawan Putrajaya 16 September 2008 menjadi saksi dan kenyataannya mengenai beberapa pimpinan UMNO Sabah berpaling tadah menjadi bukti yang lain pula.

Kenyataan berhelah Anwar untuk berundur adalah bermaksud untuk memancing perhatian bahawa dia sedang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya. Mesejnya yang tersirat supaya pendukungnya bekerja bersungguh-sungguh supaya impiannya ke Putrajaya menjadi. Kalau tidak ia bakal kembali mengajar.

Mengajar di sini ada tiga tafsiran. Satu hidupkan kembali Yayasan Anda yang telah sekian lama terkubur. Atau kembali ke Washington untuk mengajar semula atau bersama dengan teman-teman rapatnya di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor yang sikap partisan mereka banyak melakukan penggilapan Anwar sebagai manusia yang membawa pencerahan dan manusia “Anugerah dari Tuhan".

Isu integriti yang harus direnung oleh Anwar dan kawan-kawan partisannya apabila kenyataan berhemah Ezam berkata “Satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula".

Suruhan Wan Azizah dari Washington itu adalah kenyataan yang serius tentang integriti Anwar. Sehingga kini Wan Azizah tidak menafikan kenyataan Ezam itu. Dan sikap yang diambil oleh seorang insan seperti Ezam adalah wajar baik dilihat dari segi moral mahupun syarak.

Menuduh Ezam melakukan konspirasi terhadap Anwar atau dibeli oleh UMNO adalah madah berhelah Anwar yang sehingga kini tanpa bukti. Tetapi kalau Anwar dituduh dengan bukti, sindrom kebisuan pula timbul.

Mana mungkin terlalu banyak isu integriti yang berbangkit baik daripada Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk K.S. Nallakaruppan, Ummi Hafilda, kenyataan Wikileak Lee Kuan Yew mengenai Anwar, dua bab tulisan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam buku biografinya Doktor Umum, kenyataan bersumpah Datuk Abdul Murad Khalid dan Ab. Razak Idris mengenai akaun RM3 bilion dipandang terlalu remeh.

Atas nama integriti Anwar kena beri respon dan bertindak sesuatu supaya integriti dirinya terpelihara dan keyakinan pengikut terhadap dirinya terjaga. Tentu ada sesuatu yang tidak kena apabila 28 orang pengikut tegarnya suatu ketika dulu meninggalkannya dan kini bergabung dalam TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim) untuk melondehkan integritinya.

Hairannya orang kenal Anwar hanya pada ucapan berhelahnya tidak pernah terdetik dalam hati untuk mengkaji dan meneliti siapa sebenarnya Anwar dalam kaitannya dengan isu-isu yang berbangkit, pendirian pluralisme yang diambil lebih-lebih lagi hubungan Anwar dengan kelompok eksklusif di Amerika Syarikat.

Apakah kerana taksub yang tinggi dan fanatik yang melulu menyebabkan sebahagian orang ilmuwan dan pengkaji yang mempunyai disiplin akademik pun tidak berganjak daripada pendirian bahawa Anwar teraniaya dan terjebak dengan konspirasi walaupun tanpa alasan atau bukti.

Bagi Ezam yang pernah keluar masuk penjara kerana memperjuangkan Anwar, dilihat sebagai klon Anwar ketika bercakap tentu ada sebab besar mengapa ia menarik diri daripada Anwar.

Kenyataan berhemah Ezam, “Dan memang cukup besar yang menyebabkan bukan persoalan politik lagi, menyabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanahuwataala. Sebab itu saya membuat keputusan untuk meninggalkannya".

Kenyataan Ezam ini sangat jelas. Sepatutnya Ezam didekati ditanya secara terperinci apa maksud kenyataan berhemahnya itu terutama di kalangan pengagum Anwar dan orang yang mengalami penyakit ‘mati rasa’.

Yang paling penting atas nama integriti, Wan Azizah perlu respon kenyataan Ezam itu dan tidak mengambil sikap membisu kerana Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku. Orang yang beriman akan berdiri teguh dengan kebenaran kerana kebenaran lambat-laun akan tegak menampakkan wajahnya. Itu firman Allah.

KOMEN : YANG BODOH, PENYOKONG ANWAR YANG DITIPU DAN DIKENCINGKAN... OTAK ADA TAPI BERFIKIR GUNAKAN LUTUT...

BUKAN PERUT AJE OTAK PUN BERSERABUT JUGA...

Siapa sebenar 'serabut perut'?


DAKWAAN Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam keadaan 'serabut perut' kerana dari sehari ke sehari belum mahu membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan boleh dianggap 'lawak yang tidak kelakar di tengah malam.'

Dalam satu majlis di Shah Alam beberapa hari lalu, Menteri Besar Kelantan itu berhujah, ''Lepas sehari, sehari ditangguh tentu ada sesuatu, masalah apa kita tak tahu yang pasti dia (Najib) serabut perut." Dan selain itu Nik Abdul Aziz menganggap pakatan pembangkang mencapai kemenangan moral kerana UMNO tidak berani membubarkan Parlimen.

Apa yang lebih melucukan, Nik Abdul Aziz berkata, 'ketakutan' UMNO itu disebabkan "kebangkitan rakyat yang semakin ramai menyokong Pakatan Rakyat…Ini membuktikan kesedaran dan gelombang perubahan itu wujud."

Itulah kata-kata Nik Abdul Aziz penuh yakin kepada anak-anak Kelantan di perantauan pada majlis berkenaan.

Oleh kerana Nik Abdul Aziz juga ahli politik maka tidak salah untuk beliau membuat andaian politik dalam isu berkenaan. Tetapi pada masa yang sama kita juga berhak untuk menilai dan mengkaji siapa sebenarnya yang berada dalam keadaan 'serabut perut', pemimpin pembangkang atau Perdana Menteri?

Berikut penulis paparkan perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan pembangkang yang boleh memberikan kesempatan kepada kita untuk menilai siapa sebenarnya 'serabut perut'.

l Siapa dominan dalam pembangkang? - Dalam keghairahan Pas menyatakan Najib 'serabut perut' untuk membubarkan Parlimen, apakah Pas benar-benar jujur untuk mengakui bahawa pembahagian kerusi dalam pakatan pembangkang sudah selesai? Benarkah Pas tidak 'serabut perut' apabila cita-cita parti itu untuk bertanding 80 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang tidak akan tercapai? 

Ini memandangkan daripada 222 kerusi Parlimen yang akan dipertandingkan dalam pilihan raya nanti, DAP dikatakan akan bertanding 90 kerusi dan ada pula yang mengatakan 89 kerusi tetapi yang pasti parti itu akan dominan. Pas pula yang selama ini sentiasa sahaja patuh kepada kehendak DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya dibenarkan bertanding antara 66 hingga 67 kerusi.

Apakah Pas tidak 'serabut perut' dengan situasi ini kerana jika jumlah pembahagian kerusi ini benar, jelaslah DAP akan menjadi tonggak utama sekaligus memusnahkan impian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk melihat parti itu menjadi tulang belakang pemerintahan jika pembangkang memerintah.

Apakah Pas tidak 'serabut perut' untuk memikirkan bagaimana seolah-olah ada pakatan antara DAP dan PKR dalam isu ini. Kalau kedua-dua parti itu menghormati Pas sudah tentulah, mereka akan memberi peluang kepada Pas bertanding lebih banyak kerusi.

Tetapi ini tidak berlaku, sebaliknya DAP dibenarkan oleh PKR untuk dominan dan sekali gus menunjukkan apa pun keputusan pilihan raya nanti yang akan untung adalah DAP, manakala Pas hanya menjadi alat.

Oleh itu, apakah kepimpinan Pas tidak akan 'serabut perut' untuk meyakinkan penyokong-penyokong mereka bekerja bermati-matian dalam pilihan raya tetapi yang akan untung ialah DAP dan PKR?

l Apa arah tuju perjuangan Pas - Berbanding dengan UMNO di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang tidak pernah mengubah dasar perjuangan demi memburu kuasa politik, Pas jauh berbeza. Sampai ke hari ini, Pas masih dilihat gagal untuk memberikan keyakinan dan pemahaman kepada penyokong-penyokong tegarnya kenapa parti itu berubah daripada perjuangan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Semua orang tahu Pas terpaksa mengubah landasan perjuangannya semata-mata kerana bimbang dengan tentangan DAP yang dalam kenyataan terbaru terus menolak sebarang usaha melaksanakan hukum hudud apatah lagi negara Islam.

Tambahan pula yang dominan dalam pakatan pembangkang ialah DAP yang disokong kuat oleh PKR. Ia bermakna jika Pas terus bersama pakatan berkenaan maka perjuangan Islamnya sudah berakhir dan matlamat negara berkebajikan hanyalah retorik kerana apa pun yang hendak dilakukan oleh Pas perlu mendapat restu kedua-dua parti tersebut.

l Masalah di negeri pakatan pembangkang - Terdapat empat negeri yang berada di bawah pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan. Apakah negeri-negeri berkenaan berada dalam keadaan aman tanpa sebarang kemelut? Apakah di Pulau Pinang, pemerintahan DAP tidak 'serabut perut' apabila berhadapan dengan pelbagai protes termasuklah yang terbaru isu pembangunan di Kampung Genting, Balik Pulau.

Apakah di Kelantan, kerajaan Pas tidak 'serabut perut' apabila masih gagal menangani masalah air dan isu dinar emas yang semakin 'panas' serta kegagalan melaksanakan pelbagai janji yang dibuat semasa pilihan raya.

Tidakkah Pas negeri itu tidak 'serabut perut' apabila satu demi satu janji yang dibuat semasa pilihan raya termasuk pelaksanaan beberapa projek pembangunan bernilai berbilion ringgit yang akhirnya sekadar terpacak dengan papan tanda sahaja?

Bagaimana pula di Selangor, apakah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak 'serabut perut' apabila berhadapan dengan dakwaan oleh MCA mengenai isu Talam Corporation? Apakah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak 'serabut perut' apabila beliau turut berhadapan dengan tekanan dari dalam parti sendiri untuk memecat setiausaha politiknya?

Begitu juga di Kedah, tidakkah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak 'serabut perut' apabila satu demi satu masalah berlaku di negeri berkenaan termasuklah yang terbaru bantahan oleh kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Dalam situasi ini, cuba kaji pula apakah di negeri-negeri diperintah oleh BN ada apa-apa masalah besar seperti mana dihadapi oleh negeri-negeri pakatan pembangkang? Oleh itu siapa sebenarnya 'serabut perut'.

l Kepimpinan Najib - Turut menjadi faktor yang akan memungkinkan pemimpin-pemimpin pembangkang 'serabut perut' ialah bagaimana mereka hendak menahan arus penerimaan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri.

Keikhlasan Najib yang muncul dengan gagasan 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan benar-benar memberi impak positif untuk sokongan politik kepada BN. Ia ditambah pula dengan program Janji Ditepati yang ternyata membela nasib seluruh lapisan rakyat.

Keadaan ini berbeza dengan pembangkang yang muncul dengan agenda politik melalui slogan Bersama Rakyat Menuju Putrajaya. Langkah itu jelas menunjukkan matlamat pembangkang hanya mahu menawan Putrajaya dan merebut kuasa politik, tiada agenda yang jelas bagaimana hendak membantu rakyat.

Penulis hanya memaparkan beberapa sahaja faktor yang memungkinkan kita bertanya siapa sebenarnya yang 'serabut perut'.

Mungkin benar wujud kesedaran dan gelombang perubahan di kalangan rakyat tetapi ia bukannya memihak kepada pakatan pembangkang tetapi BN kerana rakyat semakin memahami siapa sebenar sentiasa 'serabut perut' dengan masalah demi masalah.

KOMEN : NIK AZIZ BERCAKAP IKUT KEPALA/OTAK DIA YANG MAKIN BERSERABUT.

'Anak saya rosak kerana pengaruh pembangkang'


DARI UTUSAN MALAYSIA
11/7/2012


REMBAU 9 Julai - ''Saya tidak pernah mengajar anak berlaku biadab kepada sultan, raja mahupun orang Melayu."
 
Itulah luahan seorang bapa, Kamarudin Mahmod, 58 yang kesal dengan pengaruh pembangkang sehingga anaknya, Setiausaha Media Solodariti Mahasiswa Melayu (SMM), Ahmad Shukri, 22 sanggup menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat Johor.

''Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.

''Anak saya ada potensi kerana kakak dan adiknya berjaya, tetapi pembangkang telah merosakkan masa hadapan anak saya," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM) membuat laporan polis ke atas Ahmad Shukri berikutan tulisannya dalam Facebook dan Twitter di www.facebook.com/ahmadshukri.kamarudin dan twitter.com/ shukri_rembau yang menghina Sultan Johor.

Sehubungan itu, Kamarudin yang merupakan pendidik dan isterinya, Rosidah Alias, 55 memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat Johor di atas kebiadapan anaknya itu.

Katanya lagi, Ahmad Shukri mula berubah selepas memasuki sebuah kolej universiti di Selangor dan ia menjadi pemimpin pelajar di situ.

''Masa itulah anak saya sudah belajar melakukan demonstrasi, kononnya menegakkan kebenaran. Dia menghasut rakan-rakannya dan selalu hadir dalam seminar yang dianjurkan pembangkang," ujarnya. Kamarudin yang kini menerima rawatan kemurungan, manakala isterinya menghidap sakit jantung meminta orang ramai mendoakan Ahmad Shukri berubah.

''Anak saya tidak sedar selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah banyak membantu pelajaran kami sekeluarga termasuklah saya dan isteri. Saya tidak akan menyokong pembangkang sebaliknya akan membalas budi baik kerajaan BN.

''Saya tidak pernah mengajar anak murid, mahupun anak sendiri untuk menderhaka kepada kerajaan, raja, sultan, rakyat, bapa mahupun emak," tegasnya.

Katanya lagi, difahamkan Ahmad Shukri kini berkhidmat dengan parti pembangkang di Selangor dan dijadikan 'kambing hitam' untuk melakukan kerja yang tidak bermanfaat itu.

''Hancur harapan saya dan isteri kerana pembangkang. Anak saya tidak habis belajar, sekarang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pun saya yang bayar," ujar Kamarudin.

KOMEN : MEMANG BANGGANG PELAJAR BODOH NI... MENYUSAHKAN HIDUP MAK/BAPAK DIA PULAK... PUAK PEMBANGKANG NI MEMANG SESAT DAN HARAMJ...... RAMAI PULAK SITANGGANG MODEN DILAHIRKAN OLEH PUAK NI.