Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 2 October 2012

Tekad rampas Pulau Pinang


NAJIB Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia 2012, di Menara PGRM, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Gerakan memperbaharui semangat perjuangan parti itu terutama di Pulau Pinang bagi merampas kembali negeri tersebut daripada DAP.

Kata beliau, dengan cara itu Gerakan mampu membuktikan parti itu merupakan sebuah rakan kongsi yang baik dan berguna kepada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, Gerakan serta parti komponen BN yang lain tidak perlu takut memasuki gelanggang dan bertarung berhabis-habisan pada pilihan raya umum nanti demi memastikan kejayaan BN.

Jelasnya, usaha itu perlu disertakan dengan strategi yang baik serta kerja keras dan kerjasama di dalam parti serta dengan komponen BN lain.

"Cabaran bukan waktu kita senang, tetapi cabaran sebenar dan terbesar apabila kita bangkit ketika dalam keadaan tertekan dan itulah yang akan kita lakukan," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan, di sini hari ini.

Seruan Najib merangkap Pengerusi BN itu disambut dengan tepukan dan sorakan bersemangat kira-kira 1,800 perwakilan Gerakan yang hadir.

Katanya, usaha merampas kembali Pulau Pinang daripada DAP boleh dilakukan berdasarkan rekod cemerlang Gerakan dan BN memerintah negeri itu sebelum 2008.

Jelasnya, operasi pelbagai syarikat multinasional seperti Western Digital dan Motorola di negeri itu bermula semasa era pentadbiran BN manakala ada sesetengahnya berkembang secara kebetulan ketika negeri itu diperintah DAP selepas 2008.

Dalam pada itu, Najib memberi jaminan Pulau Pinang akan kembali ditadbir Gerakan sekiranya BN menang sekalipun jika strategi memerlukan calon UMNO ditampilkan melebihi calon Gerakan pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita telah lama mempunyai persefahaman itu dan akan terus memegang kepada persefahaman tersebut," katanya.

KOMEN : ITU PUN KALAU ORANG P. PINANG DAH SERIKLAH... KALAU TAK LU FIKIRLAH SENDIRI?

Melayu sudah abai ajaran agama Islam sehingga tolak perpaduan


DARI UTUSAN MALAYSIA
1/10/2012



SHAH ALAM 30 Sept. - Orang Melayu di negara ini boleh disifatkan berada di persimpangan apabila mereka kini seolah-oleh sudah hilang jati diri sebagai seorang Muslim dan bangsa Melayu.

Pengerusi Yayasan Darul Hanan, Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, ini dapat dilihat apabila umat Islam sendiri mengabaikan perkara tonggak dalam agama iaitu persaudaraan Islam.

Beliau berkata, umat Islam sering berpolemik sesama sendiri sehingga melupakan ajaran dan prinsip Islam yang sebenar dan memberikan pelbagai alasan untuk menolak perpaduan dalam kalangan orang Islam sendiri.

"Dengan orang Islam beri 1,001 alasan untuk tidak bersama dan penuh dengan prasangka serta prejudis sedangkan dengan bukan Islam yang jelas tidak pernah berubah malah konsisten menolak pelaksanaan hudud dan tolak negara Islam (boleh bersatu)," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk Bahaya Ketaksuban pada Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah di Kompleks Taman Seni Islam Selangor di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, terdapat di kalangan umat Islam yang mengkritik para pemimpin negara terdahulu dengan mengatakan mereka tidak Islamik sedangkan mereka telah berjaya meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Beliau berkata, keadaan berbeza berlaku kepada negara Islam yang lain seperti Turki sebelum ini yang mengamalkan sekularisme hingga menyaksikan agama Islam diporakperandakan.

"Di Tukri tidak ada subjek agama di sekolah dan universiti sedangkan 90 peratus penduduk adalah Islam. Begitu yang terjadi negara-negara lain seperti Algeria dan Maghribi," katanya.

Dalam hal ini beliau berkata, pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melakukan gerakan untuk menggugat kedudukan Islam di negara ini termasuk melalui usaha memurtadkan orang Islam terutama selepas pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan berlaku perpecahan besar di kalangan masyarakat Melayu.

Katanya, ini termasuk terdapat kumpulan Majlis Antara Agama (IFC) membuat tuntutan luar biasa hendak meletakkan agama Islam setaraf dengan agama lain.

"Mereka juga mahu meminda undang-undang berkaitan murta dan minta kementerian khas untuk agama lain dan meminda Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang tidak perlu pertikaikan," katanya.

Beliau berkata, umat Islam harus mengelakkan diri daripada perpecahan dengan keadaan itu hanya menyebabkan segelintir pihak akan menjadi lebih berani termasuk membawa masuk penggiat-pengiat NGO ke dalam parti politik untuk memastikan tuntutan mereka boleh dilaksanakan.

Beliau turut memperbetulkan salah faham tentang konsep assabiyah apabila menyentuh tentang kepentingan orang Melayu di negara ini.

''Kecintaan terhadap bangsa bukan assabiyah tapi bila tolong puak kamu melakukan kezaliman itu baru assabiyah. Sedangkan kepentingan Allah pun kita bersifat apologetik sebab itu orang boleh perlekehkan Islam, ini kerana orang Islam tidak bersatu.

''Sepatutnya kenalah berpada-pada dalam berpolitik iaitu dalam memutuskan perkara membabitkan kepentingan umat Islam dan Perlembagaan Persekutuan mesti bersatu,'' katanya.

Beliau berkata, pihak yang sering mengatakan 'buat apa pun asal parti menang' itulah sebenarnya assabiyah.

''Orang UMNO sendiri malu cakap tentang orang Melayu sebab terlalu banyak tekanan. Assabiyah ini kalau pertahankan pemimpin bila melakukan perkara yang jelas bertentangan dengan Islam,'' katanya.


Monday, 1 October 2012

Buku jingga, Kabinet bayangan dan bajet alternatif



Dengan mengusung nama bajet pakatan rakyat, tanpa dapat dielak Anwar meletakkan di depan kepentingan parti politik. Tentu teruk bunyinya jika kerajaan juga memilih menamakan bajet kali ini sebagai Bajet Barisan Nasional (BN).

Begitulah, mereka yang mengaku telus, adil dan saksama yang menentang hal-hal politik dicampuradukkan dengan urusan rasmi kerajaan, telah melakukan sebaliknya.

Walaupun bajet berteraskan politik pakatan pembangkang bukan hal baharu tetapi kali ini Anwar terlihat begitu kemaruk mahu menandingi keabsahan bajet kerajaan. Maklumlah, ini merupakan hari-hari terakhir perjuangannya menuju ke Putrajaya.

Mungkin atas sebab itu, tanpa memerah fikiran dengan enteng gerombolan, pakatan pembangkang menyifatkan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gimik politik dan membeli undi. Itulah yang ada dalam pemikiran mereka saban tahun apabila bajet dibentangkan - politik dan politik.

Mencitrakan diri sebagai pemimpin super hebat memang penting bagi orang seperti Awnar yang berhasrat besar mahu menjadi Perdana Menteri. Malangnya Anwar lupa mencermin diri walaupun telah gagal beberapa kali.

Kegagalannya mendapatkan jawatan itu dalam cubaan nekad pada September 2008 tidak pun memberi pengajaran kepadanya. Saban waktu, beliau lebih sibuk mengurus hal ehwal rumah orang lain sehingga mengabaikan urusan di rumah sendiri.

Dalam riuh rendah pembangkang mahukan pemisahan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi Anwar sendiri bertindak sebaliknya. Tiada pula rakan-rakan sekutu dan NGO propembangkang yang mahu menegur.

Jika benar bagai dikata, tentu Anwar tidak akan bertindak ala Menteri Kewangan. Jika benar menurut kata akar umbi, tentu Anwar akan menyerahkan tugas penting membentangkan bajet alternatif itu kepada pemimpin lain yang ada wibawa. Tetapi, siapakah orang itu?

Anwar dan PKR sendiri tidak berani menyenaraikan Kabinet bayangan mereka. Tiada alasan diberikan, kecuali mereka menganggapnya sebagai tidak perlu. Begitulah hipokrasi pakatan pembangkang.

Memporak-perandakan
Bajet alternatif berani mereka bentangkan tetapi kecut perut apabila diminta menyenaraikan Kabinet bayangan. Tidak lain ini kerana mereka tahu senarai Kabinet bayangan akan memporak-perandakan pakatan pembangkang.

Realitinya mereka tidak boleh bekerjasama sehingga orang selalu umpamakan mereka sebagai tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini belum lagi dibahas bagaimana mahu melaksanakan cadangan-cadangan dalam bajet alternatif itu, sedangkan banyak janji dalam manifesto 2008 pun belum ditunaikan.

Jadi, jika beginilah tingkah laku mereka bagaimana kita sebagai pengundi yang ada tanggungjawab boleh menyerahkan kekuasaan kepada kumpulan seperti ini? Jika Anwar berani mengangkat sebuah bajet yang muluk-muluk, kenapa pula takut untuk menamakan barisan anggota Kabinet mereka?

Sebagai penganut sistem demokrasi, kita seharusnya menghormati pandangan pihak lawan. Cuma yang jadi masalahnya ialah kehadiran politikus pembangkang sebagai penyemak dan pengimbang tidak benar-benar dirasakan.

Mereka lebih berminat untuk berpolitik - ceramah dan ceramah. Apabila berasakan bajet alternatif gagal menyaingi bajet kerajaan, Anwar dengan ringan mulut mengajak berdebat.

Beliau mencabar itu dan ini sehingga kesan yang selalu dirasakan ialah kuman di sebarang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak. Pembangkang, yang diterajui Anwar itu lebih sibuk mahu mengurus negara, sedangkan di negeri yang ditadbir penuh cacat cela.

Dalam riuh rendah janji pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam bajet alternatif dan buku jingga mereka, kepimpinan pakatan pembangkang terlupa di negeri sendiri.

Apa jadi kepada RM30 juta yang kononnya berjaya dikumpulkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membantu pengajian pelajar Unisel setelah pihak PTPTN membekukan sementara pinjaman? Setakat ini tiada khabar berita dan tiada apa-apa yang berlaku. 

Dana RM30 juta itu pula entah ke mana.
Malah Unisel terus dihimpit masalah demi masalah. Terbaharu pihak pengurusan pula gagal membayar kepada syarikat konsesi yang menguruskan asrama pelajar dan penyelenggaraan kampus.

Di KUIN juga masalah terus bertimpa-timpa daripada soal yuran, gaji, asrama sehingga status sijil yang dikeluarkan. Semuanya berkait soal kewangan. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah pelajar dan golongan muda, generasi yang kononnya mahu mereka bela.

Anwar sebagai Ketua Pembangkang mempunyai ruang untuk mengutarakan buah fikiran semasa sesi perbahasan bajet 2013 bermula Isnin ini. Jika dilihat terhadap apa yang dilakukannya sebelum ini, jangan harapkan buah fikiran atau kritikan yang konstruktif dan bertanggungjawab.

Fokus Anwar bukan untuk memperbaiki apa yang ada di negara ini. Jika tidak, contohnya mana mungkin boleh timbul masalah-masalah remeh tetapi perkara asas di Unisel dan KUIN.

Fokus sebenar Anwar ialah bagaimana mahu menjatuhkan kerajaan dan seterusnya menjadikan beliau Perdana Menteri. Tetapi jangan lupa sejarah telah membuktikan beliau telah gagal sehingga hampir-hampir meranapkan ekonomi negara.

Benar seperti kata Najib dalam ucapan Bajet 2013 pada Jumaat itu: 'Hakikatnya, jika ketika berpeluang, tidak melaksanakan segala janji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang,"


Kukuhkan perpaduan sebelum PRU-13 - Hasan


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/9/2012
Hassan Ali (kiri) dan Mohammad Fairus Khairudin (kanan) serta moderator Sekretariat Orang Muda Selangor, Budiman Zohdi pada majlis Himpunan ke Arah Penyatuan Ummah sesi ke-2 di Auditorium SIRIM Berhad, Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 29 Sept. - Orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini diminta menggunakan sepenuhnya tempoh yang ada sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk melaksanakan segala usaha bagi mengukuhkan perpaduan di antara mereka.

Permintaan itu disuarakan oleh Presiden Jalur tiga (JATI), Datuk Dr. Hasan Ali ekoran kedudukan orang Melayu yang dilihat semakin berpecah ketika ini terutamanya dari sudut politik kepartian.

Merujuk keadaan Pas ketika ini, beliau berkata, parti pembangkang itu gagal membawa orang Melayu ke arah penyatuan kerana ia telah menjadi seperti 'lembu dicucuk hidung' dan menjadi 'kuda tunggangan' pihak lain apabila menghalalkan apa juga perkara termasuklah membiarkan Islam diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

"Pas terpaksa 'mencairkan' pegangan Islamnya, ideologi, dogmanya semata-mata kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Malah, Pas tidak dominan dalam pakatan pembangkang, bukan seperti UMNO yang dominan dalam Barisan Nasional (BN).

"Pas sekarang tidak mempunyai semangat yang diperjuangkan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof. Zulkifli Muhammad dan Datuk Fadzil Mohd. Noor. Pas sekarang macam PKR dan DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Himpunan ke Arah Penyatuan Ummah anjuran Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDAS) yang membincangkan tajuk mengenai Perbezaan Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan di Auditorium SIRIM Berhad, di sini hari ini.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Mohammad Fairus Khairudin yang turut menjadi panel dalam program tersebut berkata, beliau meletakkan jawatan kerana Ketua Menteri, Lim Guan Eng secara terang-terangan menentang apa juga program yang memberi manfaat terhadap Islam dan Melayu di negeri itu.

"Sebagai contoh, apabila saya memberi kertas cadangan pembangunan di Seberang Prai, dia marahkan saya dan tidak setuju. Saya bertanya kepada Ketua Menteri kenapa hendak bangunkan di kawasan pulau sahaja sedangkan kawasan Melayu di Seberang Prai masih jauh ketinggalan dan belum dibangunkan," katanya.

Malah beliau mengakui mengalami keadaan yang sukar untuk memartabatkan Islam dan menjaga kepentingan orang Melayu di Pulau Pinang termasuklah berhadapan dengan konspirasi fitnah selain ditekan daripada pimpinan tertinggi PKR dan DAP.


Dr. Mahathir menjadi inspirasi - Nazek


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/9/2012
DR. MAHATHIR Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri PBB-Habitat 2012 yang disampaikan oleh Nazek Rafik Hariri di New York, malam kelmarin.

NEW YORK 29 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima Anugerah Peringatan Rafik Hariri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Habitat 2012 pada satu majlis di Perpustakaan Awam di sini malam tadi.

Anugerah itu disampaikan Nazek Rafik Hariri, balu pemimpin itu yang merupakan Presiden Yayasan Rafik Hariri.

Dr. Mahathir, 87, dinamakan sebagai pemenang anugerah itu pada Jun oleh jawatankuasa pemandu bagi mengiktiraf kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik beliau.

Anugerah itu, yang dinamakan sempena Perdana Menteri Lebanon, Rafik Hariri, yang sudah meninggal dunia, diwujudkan oleh keluarga Hariri dengan kerjasama PBB-Habitat menerusi Yayasan Rafik Hariri sejak Mac 2009 dan diberi kepada individu, pertubuhan serta institusi di seluruh dunia bagi mengiktiraf pencapaian penting seperti kepimpinan, kenegarawan dan tadbir urus baik selain aktiviti kebajikan dalam membanteras kemiskinan bandar dan pelaksanaan Agenda Habitat.

Dr. Mahathir merupakan penerima kedua selepas Perdana Menteri, Turki Recep Tayyip Erdogan.
Dr. Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Rafik Hariri dan PBB-Habitat kerana memberikan anugerah berprestij itu kepada beliau tahun ini.

"Saya anggap ia satu penghormatan besar khususnya kerana anugerah ini dinamakan sempena seorang yang luar biasa serta memiliki kualiti kepimpinan dan sumbangan yang tiada tandingan," katanya.

Beliau berkata, tanpa budaya perkongsian di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama, selain cintakan keamanan serta kestabilan, Malaysia tidak akan mampu mencapai kejayaan yang dikecapinya hari ini.

"Saya kenal Rafik Hariri ketika beliau pertama kali melawat Malaysia. Kami serta-merta menjadi rakan karib dan saya melawat Lebanon atas jemputan beliau bagi melihat sendiri kerosakan yang dialami akibat perang saudara. Rafik berjanji beliau akan membina semula Beirut seperti keadaan asalnya sebelum dilanda peperangan, dan beliau telah mengotakan janjinya.

"Saya melawat Beirut selepas pemulihannya dan yakin masa depan yang gemilang menanti Lebanon di bawah kepimpinan Rafik. Ada banyak sebab saya menyukai beliau. Saya berhasrat memajukan Malaysia seperti keinginan beliau membangunkan Lebanon. Namun, beliau agak malang kerana tidak memiliki negara yang stabil seperti Malaysia. Beliau juga tidak berkesempatan untuk berbuat demikian," katanya.

Sementara itu, Nazek dalam ucapan berkata, Dr. Mahathir merupakan idola dan menjadi inspirasi kepada semua orang, bagaimana tekad serta visi beliau mampu menjadikan impian suatu realiti dan mana-mana negara sekalipun mampu mencapai masa depan yang cerah menerusi keyakinan serta kerja keras.

"Di bawah kepimpinan anda yang bijaksana, Malaysia berjaya memainkan peranan penting dalam peta dunia dan sehubungan itu, PBB-Habitat dan Yayasan Rafik Hariri dengan bangga mengiktiraf pencapaian Malaysia dan bekas Perdana Menterinya yang cemerlang," katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Setiausaha PBB dan Pengarah Eksekutif PBB-Habitat, Dr. Joan Clos berkata, Dr. Mahathir mengelola pembangunan ekonomi dalam tempoh yang luar biasa bagi inovasi sosial dan teknologi bandar.

"Kehidupan dan kerjaya Dr. Mahathir menunjukkan beliau berpegang kepada prinsip berpandangan jauh ke depan. Dengan membuat pelaburan dalam infrastruktur fizikal, teknologi dan pengetahuan, beliau juga lebih banyak mendahului zamannya," katanya.

Clos juga berkata, usaha Dr. Mahathir menghasilkan pembangunan pesat di bandar utama Malaysia, selain mengubah negara yang bergantung terhadap pertanian kepada ekonomi bandar yang memfokuskan industri. - BERNAMA

KOMEN : TAHNIAH TUN... TAPI PASTI ADA YANG JELES DAN TAK BOLEH TIDOR MALAM....

Rakyat berterima kasih


DARI UTUSAN MALAYSIA
30/9/2012

PEMINAT CILIK
Datuk Seri Najib Tun Razak mengusap kepala seorang kanak-kanak yang dijulang oleh bapanya pada pada Program Jelajah Janji Ditepati di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan, semalam.- MINGGUAN/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyifatkan Bajet 2013 kali ini adalah yang terbaik dan komprehensif kerana mengambil kira keperluan semua lapisan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Bajet 2013 memberi tumpuan kepada semua golongan terutamanya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
“
Pemberian bantuan kepada golongan bujang berpendapatan RM2,000 ke bawah menjadi antara contoh keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.
“
Bajet ini juga membuktikan kerajaan mengambil berat mengenai sektor pendidikan khususnya di kawasan luar bandar. Saya yakin rakyat sudah faham mengenai komitmen kerajaan yang sentiasa menepati janji," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tentang Bajet 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.

Bajet 2013 melibatkan peruntukkan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Dalam pada itu, Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berpendapat, bajet kali ini adalah sangat bertanggungjawab dan selaras dengan tema ‘Janji Ditepati’.
“
Saya agak terkejut apabila Perdana Menteri mengumumkan projek untuk mengindahkan Sungai Klang berjumlah RM500 juta sedangkan ia berada di bawah tanggungjawab kerajaan pembangkang.

“Ini membuktikan kerajaan hari ini berjiwa besar untuk membangunkan negara. Saya pasti pihak pembangkang terpukul dengan bajet ini kerana ketika mereka terkial-kial mahu menunaikan janji pilihan raya umum lalu, kerajaan dengan segak dan bergaya telah melaksanakan apa yang dijanjikan sebelum ini," katanya.

Dalam pada itu, menurut Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah, Bajet 2013 dapat membantu golongan usahawan dan peniaga kecil khususnya menerusi skim perlindungan insurans berkelompok sehingga RM5,000 kepada golongan tersebut.
“
Kami yakin ia memberi banyak manfaat kepada mereka, cuma pelaksanaannya perlulah dipastikan menyeluruh," katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, golongan belia merupakan antara kumpulan yang mendapat banyak manfaat daripada pembentangan bajet kali ini.

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM738 juta untuk Kementerian Belia dan Sukan," katanya.


Bajet 2013 peruntuk RM251.6b


DARI UTUSAN MALAYSIA
29/9/2012

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin menunjuk isyarat bagus buku isi kandungan Bajet 2013 sambil diperhati oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai di bangunan Parlimen, semalam. - utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2013 melibatkan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion iaitu meliputi RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Tahun lalu, sebanyak RM232.8 bilion diperuntukkan iaitu RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Bertemakan''Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat : Sebuah Janji Ditepati' Bajet 2013 bakal memberi keselesaan kepada pelbagai lapisan masyarakat desa, petani, buruh, nelayan, guru, pekebun kecil, pensyarah, karyawan, penjawat awam dan golongan profesional serta usahawan.

Najib yang juga Menteri Kewangan memulakan ucapannya pada pukul 4.05 petang, menggariskan lima fokus utama iaitu merangsang aktiviti pelaburan; memperkasa pendidikan dan latihan; membudaya inovasi, meningkatkan produktiviti; konsolidasi fiskal dan mempercekap penyampaian perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Bajet 2013 yang merupakan bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

''Kerajaan akan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik serta manfaat maksimum hasil daripada pelaksanaan program dan projek pembangunan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2013 ternyata menggembirakan golongan penjawat awam apabila Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji bagi mengurangkan beban para penjawat awam.

Najib turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh apabila mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) gelombang kedua kepada ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah dan sebagai tambahan, kali ini BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, dengan bayaran sebanyak RM250.

Bajet kali ini dilihat menyeluruh dan komprehensif apabila menyentuh secara langsung semua golongan masyarakat termasuk petani dan nelayan dengan memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi yang memberi kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat memanfaatkan 172,000 pesawah.

Najib turut mengumumkan tambahan RM1 bilion bagi Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, khusus untuk membaik pulih sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan akan menyelaraskan semula pencen pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820. Pelarasan ini mengambil kira bayaran bermula 1 Januari 2012 dengan melibatkan 50,371 pesara.

Bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai modal insan berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kerajaan bersetuju menambah baik skim ATM, meningkatkan peluang kenaikan pangkat melalui kaedah kenaikan secara time-based dan insentif khas dengan kadar RM200 sebulan kepada semua pegawai dan anggota ATM seramai 125,708 orang.

Sementara itu, bagi memberi akses kepada golongan belia kepada lebuh raya maklumat, Pakej Komunikasi Belia diperkenalkan dengan rebat RM200 akan diberi secara sekali bayar bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dan ia terbuka kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Kerajaan juga komited memastikan setiap rakyat berpeluang memiliki rumah sendiri dengan memperuntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah dengan harga berpatutan yang akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad dan Jabatan Perumahan Negara.

Di samping itu, Perdana Menteri turut menyatakan komitmen kerajaan untuk meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar IPT dan prauniversiti dengan nilainya ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250 untuk manfaat seramai 1.3 juta pelajar di seluruh negara.

Di akhir ucapan Najib, ahli-ahli Parlimen pembangkang mengangkat buku belanjawan alternatif pakatan pembangkang yang dibentangkan Rabu lalu.

Pada masa yang sama penyokong kerajaan pula bangun dan bersorak sambil menjulang buku laporan bajet yang dibentang Perdana Menteri.


Thursday, 27 September 2012

UiTM kekal gelaran 'Raja Libas IPT' 2012


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012
Johan setiap kategori Karnival Sepaktakraw Kebangsaan KPT- UiTM 2012 bersama trofi dan hadiah iringan di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, kelmarin.

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuktikan keunggulan sebagai jaguh kategori institusi pengajian tinggi (IPT) apabila membolot gelaran juara dan naib juara Karnival Sepaktakraw Kebangsaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)-UiTM Ke-6 2012, kelmarin.

UiTM D (Mohd. Noorhakimi Marzukhi dan pelibas kebangsaan, Al Alhamidi Ayob serta bekas pemain negara, Kamarudin Mat Arshad) berentap sengit dalam tempoh 45 minit untuk menewaskan UiTM B (Mohd. Md. Rashid, Badri Abdul Rahman, Fakarudin Mohamad Zain) 2-1 (17-15, 15-11, 15-13).

Mereka membawa pulang ganjaran kemenangan RM2,300, piala dan pingat selepas perlawanan akhir di Kompleks Sukan UiTM, Shah Alam, Selangor itu yang turut disaksikan Presiden Persatuan Sepaktakraw Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dan Pengarah Pusat Sukan UiTM, Mustaza Ahmad.

Inilah gelaran keempat kategori IPT karnival yang berjaya dikuasai tuan rumah dengan mengatasi 23 regu lain, selepas 2008, 2009 dan tahun lalu sementara Universiti Raja Mongkut dan Majlis Sukan Politeknik meraihnya pada 2007 dan 2010.

Staf UiTM yang dibarisi bekas pemain negara bagaimanapun terlepas peluang untuk meneruskan rentak cemerlang tuan rumah apabila disekat dalam perlawanan akhir kategori Terbuka oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) B 0-2.

Kejayaan regu Yussyairil Amir, Mohamad Arif Busu dan Mohd. Najib Iman itu membolehkan mereka meraih RM1,500 selain piala dan pingat sementara lawan, Syazwan Husin, Hamikhairi Roslan dan Zulhafizazudin Rosslan memenangi RM1,000.

MPSJ memerlukan 50 minit untuk memastikan kejuaraan acara kemuncak itu setelah menang 15-7, 15-10 manakala seperti diduga, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) pula membuktikan keunggulannya sebagai jaguh peringkat sekolah dengan status sekolah projek sepaktakraw nasionalnya.

SSTMI yang dibimbing bekas pemain negara, Ismail Atan menjuarai kategori Bawah 15 dan 18 Tahun setelah masing-masing menewaskan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 'C' dan Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) 2-0 (15-11, 15-10) dan (15-10, 16-14).

Sebanyak 104 regu menyertai karnival selama tiga hari melibatkan tujuh kategori ini iaitu 15 bagi Terbuka, 24 IPT, 14 Kampus UiTM, 16 Bawah 15, 15 Bawah 18, sembilan Wanita dan sembilan Media yang menawarkan ganjaran kemenangan hampir RM20,000.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

BUDGET AIR LIOR BASI PEMBANGKANG

Pembangkang didakwa tidak hormati Parlimen
DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012



KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali membidas tindakan pembangkang yang tidak menghormati institusi Parlimen kerana mahu mengumumkan bajet mereka sebelum pembentangan Bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Jumaat ini.

Beliau yang juga wakil rakyat Bebas berkata, walaupun tindakan pakatan pembangkang itu tidak menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan tetapi dari segi moralnya, ia adalah perbuatan mengenepikan hak kerajaan memerintah yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat.

Sambil menyifatkan ia perbuatan terdesak pembangkang untuk mendapat publisiti politik murahan, Ibrahim berkata, sejak pakatan itu diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim pelbagai perkara mengarut telah dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.

"Mengumumkan bajet rekaan sendiri sebelum bajet rasmi kerajaan dibentangkan jelas menunjukkan tindakan terdesak pembangkang yang mahu mencari publisiti murahan. Ini kerana mereka menyedari sokongan rakyat semakin kukuh terhadap Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas mengenai rancangan pakatan pembangkang untuk membentangkan bajet mereka di Parlimen esok.

Ibrahim berkata, pembangkang bertindak demikian kerana bimbang Bajet 2013 yang akan diumumkan nanti mesra rakyat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Sebab itu, pembangkang akan membentangkan bajet mereka terlebih dahulu supaya sekiranya ada persamaan dengan Bajet 2013 nanti, sudah pasti Anwar akan mendakwa kerajaan meniru dan mencedok idea mereka.

"Sebab itu, saya tegaskan rakyat jangan mudah terpengaruh dengan gimik politik murahan pembangkang kerana segala dilakukan itu sebenarnya memberi kesan buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara tetapi turut menjejaskan imej Malaysia di mata dunia," katanya.

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Pakatan Rakyat (PR) menjanjikan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna oleh rakyat Malaysia dalam Bajet Alternatif mereka yang diumumkan dua hari sebelum Barisan Nasional (BN) membentangkan Bajet 2013.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendapatan boleh guna akan meningkat melalui penurunan harga kereta, pemansuhan tol, dan pemansuhan pinjaman pelajaran, melalui bajet yang dibentangkan beliau hari ini.

Anwar turut berkata, kerajaan PR akan berupaya untuk menampung cadangan mereka itu tanpa meningkatkan kadar cukai, sebaliknya hanya mengawal ketirisan yang meningkat sebagai akibat daripada gejala rasuah dan ketidakcekapan.

“Kami akan memastikan polisi kerajaan PR lebih telus untuk mengelakkan sebarang ketirisan dan pembaziran kerana gejala rasuah,” katanya sewaktu pembentangan Bajet Alternatif 2012 di sini.

“Kami juga akan memastikan proses pemberian kontrak kerajaan akan lebih telus melalui tender terbuka,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini juga menegaskan PR akan membentangkan situasi ekonomi Malaysia yang lebih “realistik” tahun hadapan, dengan saiz ekonomi Malaysia RM1,064 bilion dengan perkembangan ekonomi pada 5.2 peratus, kadar inflasi tiga peratus dan bajet defisit pada kadar 3.5 peratus.

“BN tidak pernah memenuhi ramalan ekonomi mereka. Mereka tidak jujur tentang angka,” katanya

“PR akan lebih jujur tentang angka dan akan menunjukkan cadangan ekonomi yang lebih realistik,” tambahnya.

Dalam Bajet Alternatif yang diumumkan hari ini, Anwar juga turut mengumumkan akan memastikan Khazanah Nasional Berhad membayar RM2 bilion kepada kerajaannya sekiranya mereka memerintah kerana syarikat milik kerajaan itu tidak membayar sebarang dividen sejak ditubuhkan.

“1MDB akan dihapuskan supaya tidak bertindih dengan fungsi Khazanah. Khazanah juga akan mula membayar RM2 bilion kepada kerajaan mulai tahun depan sekiranya kami memerintah,” kata Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi.

Perdana Menteri (PM) juga dijangka akan membentangkan bajet kerajaan Jumaat ini berkemungkinan  menarik undi dan meletakkan harapan untuk memenangi pilihan raya walaupun kadar hutang negara yang semakin meningkat.

Pakar ekonomi berkata Najib akan melengahkan pembaharuan untuk meluaskan dasar cukai Malaysia dan mengurangkan kebergantungan terhadap simpanan minyak untuk sekurang-kurangnya setahun, dan mengumumkan langkah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah yang bertarung dengan kenaikan harga barang.

Anwar dan Najib dilihat menggunakan pendekatan populis untuk menarik undi dalam pilihan raya yang dijangka paling sengit dalam sejarah tanah air, dan kedua-duanya dilihat cuba untuk mengelakkan daripada menjanjikan langkah perubahan drastik.

KOMEN : FIKIRLAH SENDIRI...

Taman tema air tarikan baru di i-City


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012
Monica Ong (kiri) menunjukkan lakaran pelan pembangunan WaterWorld@i-City kepada Pengarah Eksekutif I-Bhd, Tey Siew Thuan pada sidang akhbar mengenai taman tema air terbaru i-City itu di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 25 Sept. - i-Berhad, pemaju bandar pintar i-City dijangka memperoleh pulangan pelaburan bagi taman tema airnya dalam tempoh tiga tahun akan datang, selepas beroperasi mulai November ini.

Pengarahnya, Monica Ong berkata, syarikat telah melabur sebanyak RM25 juta bagi membina taman tema air, WaterWorld@i-City di atas tanah berkeluasan 4 hektar.

"Kami sentiasa menawarkan pembaharuan bagi perniagaan liburan yang merangkumi segmen api iaitu pameran lampu digital dan taman tema luar, segmen ais (taman tema salji Snowalk) dan taman tema air, WaterWorld bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini," katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media berhubung tarikan terbaru di i-City di sini hari ini.

WaterWorld@i-City merupakan satu-satunya taman tema air di rantau Asia Tenggara yang menawarkan permainan air terkenal, Tornado Ride yang dipelopori di Kanada sejak sembilan tahun lalu.

Tornado setinggi tujuh tingkat itu kini sudah lebih 80 peratus siap.

Menurut Monica, WaterWorld yang boleh menampung kira-kira 5,000 pengunjung pada satu-satu masa itu turut menawarkan jakuzi gergasi dan pantai buatan dan skrin LCD bagi penganjuran konsert ataupun majlis.

WaterWorld dijangka beroperasi dari pukul 11 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahnya, dengan pelancaran taman tema terbaru itu, Ong menjangkakan bilangan pengunjung meningkat 30 peratus terutama pada waktu siang.

Ketika ini i-City berjaya menarik 90,000 pengunjung setiap minggu.


Proaspirasi kuasai pemilihan MPP


Barisan kepimpinan kumpulan proaspirasi yang memenangi 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan meraikan kemenangan mereka bersama Naib Canselor UUM, Datuk Dr. Mohamed Mustaffa Ishak (barisan belakang, tengah) di universiti tersebut di Sintok, Kedah, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Keputusan pilihan raya kampus bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2012/2013 di 16 daripada 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hari ini menyaksikan kemenangan besar bagi kumpulan proaspirasi.

Dalam keputusan yang diumumkan setakat pukul 10 malam ini, kumpulan berkenaan mencapai kejayaan besar di tujuh buah IPTA iaitu Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

Berdasarkan kedudukan itu, ia bermakna kumpulan proaspirasi menerajui 11 dari 20 IPTA di seluruh negara. Sebelum ini kumpulan tersebut menguasai empat IPTA berikutan kemenangan calon-calonnya termasuk tanpa bertanding pada Khamis lalu.

Empat IPTA tersebut ialah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan memenangi 26 daripada 27 kerusi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 30 kerusi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (28 kerusi) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) (226 kerusi).

Terdapat empat universiti yang sudah selesai melakukan pengundian menggunakan calon individu tanpa kecenderungan mana-mana kumpulan iaitu Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Di Universiti Malaya (UM), daripada 43 kerusi yang dipertandingkan kumpulan proaspirasi menguasai 19 kerusi, promahasiswa (20 kerusi), bebas (dua kerusi) dan dua kerusi lagi mencatatkan jumlah undi yang sama antara calon proaspirasi dan promahasiswa.

Bagaimanapun keputusan di tiga lagi IPTA masih belum diketahui iaitu Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pemilihan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula terpaksa dilakukan semula dalam tempoh seminggu dari hari ini selepas berlaku masalah teknikal.

Di UMK, kumpulan proaspirasi menguasai pemilihan apabila memenangi 10 daripada 14 kerusi yang dipertandingkan manakala di UTM kumpulan itu menang majoriti dengan 32 kerusi dan promahasiswa hanya 4 kerusi.

Kejayaan kumpulan proaspirasi berterusan di UPNM, apabila memenangi 11 kerusi lagi setelah tiga kerusi menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon Jumaat lalu.

Kumpulan proaspirasi turut mencapai kejayaan di UMP apabila memenangi 18 kerusi berbanding promahasiswa enam kerusi.

Di UUM, calon proaspirasi mencapai kejayaan cemerlang membolot 34 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Keputusan pengundian tidak rasmi di UPM pula menyaksikan kumpulan cenderung proaspirasi memenangi 40 kerusi daripada 47 yang dipertandingkan dengan 80.37 peratus daripada 14,706 pelajar keluar mengundi.

Di UPSI, kumpulan proaspirasi mencatat peningkatan apabila memenangi 25 kerusi daripada 29 kerusi yang dipertandingkan berbanding hanya 21 kerusi pada tahun lalu.

Dalam pada itu, di UMS menunjukkan jumlah peratusan tertinggi warga kampus keluar mengundi iaitu 72.3 peratus atau hampir 11,000 orang, berbanding sebanyak 62 peratus sebelum ini.

KOMEN : TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA...

Misi bantuan bukti komitmen rakyat Malaysia - Muhyiddin


DARI UTUSAN MALAYSIA
26/9/2012

Muhyiddin Yassin bersama Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kapal membawa bantuan kemanusiaan ke rakhine, myanmar 2012 di pelabuhan klang, semalam. - UTUSAN/Mohd. Shaharani Saibi

PELABUHAN KLANG 25 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin inisiatif Malaysia menyalurkan bantuan kepada masyarakat Rohingya di Myanmar akan menjadi isyarat kepada dunia mengenai komitmen berterusan rakyat negara ini dalam isu kemanusiaan sejagat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penglibatan Malaysia dalam misi kemanusiaan di negara bergolak telah lama dilakukan termasuk misi-misi yang dilaksanakan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M).

Beliau berkata, KP1M sehingga kini telah melaksanakan 26 misi bantuan kemanusiaan di negara-negara luar antaranya di Gaza, Palestin dan Somalia.

“Usaha sebegini bukan hanya mendapat sokongan penuh kerajaan, malah, melibatkan pertubuhan bukan kerajaan dan sektor swasta yang mana masing-masing mengumpulkan dana untuk menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan KP1M ke Myanmar di Pelabuhan Barat, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Duta Myanmar ke Malaysia, U Tin Latt.

Misi bantuan itu merupakan usaha kelab tersebut membantu masyarakat pelbagai etnik dan agama termasuk masyarakat Rohingya di Rakhine, Myanmar yang kini berhadapan kemelut penindasan etnik.

Bantuan berupa makanan, ubat-ubatan serta peralatan penjagaan diri membabitkan 40 kontena itu dihantar menerusi laluan laut dari Pelabuhan Klang, di sini menggunakan kapal kontena, Sinar Bima dan dijangka tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar pada 29 September ini sebelum ditunda ke Pelabuhan Sittwi di Rakhine.

Seramai 50 sukarelawan KP1M dijangka berlepas pada 1 Oktober ini bagi melaksanakan misi kemanusiaan tersebut di Rakhine yang turut terdiri daripada pegawai-pegawai perubatan dan petugas media.

Pada masa sama, Muhyiddin berharap, bantuan kemanusiaan itu dapat meringankan penderitaan yang dihadapi masyarakat pelbagai etnik serta latar belakang yang terlibat dalam kancah pergolakan selaras dengan prinsip serta semangat negara-negara anggota ASEAN.

Bagaimanapun beliau berkata, misi bantuan kemanusiaan itu hanya bersifat sementara, namun ia tidak akan terhenti sekiranya rakyat Malaysia terus menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat.

Kita yakin kerajaan Myanmar dapat mencari jalan penyelesaian dan mengekalkan kestabilan dan keamanan di kawasan berkenaan.

Ketika masalah itu masih berlaku, masyarakat di kawasan berkenaan terus memerlukan bantuan termasuk pelajaran," katanya.


Etika berpakaian


Sentiasalah menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai kemuncak kecintaan yang paling tinggi, dan tiada yang boleh mengatasi kecintaan tersebut. - Gambar hiasan

APABILA Islam mengharamkan sesuatu perkara, ia juga akan mengharamkan apa sahaja yang akan membawa kepada terjadinya perkara haram tersebut.

Dengan maksud yang lain, Islam turut mengharamkan punca dan penyebab kepada berlakunya sesuatu yang haram, walaupun punca dan penyebab tersebut tidak dinyatakan secara jelas dalam al-Quran dan sunnah.

Sebagai orang yang beriman, kita perlu menutup ruang-ruang berlakunya perkara haram dengan meninggalkannya dan memastikan masyarakat di sekeliling juga dapat menjauhinya.

Demikian yang boleh kita perhatikan kepada hukum pengharaman arak yang bukan sahaja peminum arak sahaja yang berdosa, bahkan terdapat 10 golongan yang terlibat dengan aktiviti tersebut juga berdosa sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi SAW.

Perkara yang sama juga berlaku ke atas pengharaman riba. Bukan sahaja orang yang memakan riba tersebut terkena dengan laknat Allah SWT, bahkan mereka yang menjayakan atau membantu pengamalan riba seperti pemberi makan, saksi dan penulis juga terpalit dengan laknat tersebut.

Demikian juga yang berlaku kepada hukum pengharaman zina. (rujuk al-Israa': 32)

Dalam ayat tersebut, Allah SWT melarang kita melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan diri terjebak ke kancah penzinaan. Ini bermaksud, Allah SWT bukan sahaja mengharamkan zina, Dia juga mengharamkan setiap perkara yang boleh membuka ruang kepada penzinaan.

Justeru, Allah SWT menurunkan hukum-hakam untuk mengawal manusia, menetapkan laluan yang betul dan benar agar mereka terhindar daripada penzinaan. Antaranya ialah etika berpakaian dalam Islam.

Orang yang benar-benar beriman akan suka kepada apa yang disukai oleh Allah SWT. Mereka juga akan benci kepada apa yang dibenci oleh Allah SWT. Ini adalah kerana, orang yang telah mempunyai kemanisan iman (halawatul iman) akan menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW sebagai kemuncak kecintaan yang paling tinggi, dan tiada yang boleh mengatasi kecintaan tersebut. Demikian juga dalam berpakaian. Mereka yang beriman hanya akan suka kepada pakaian yang disukai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Secara asasnya, Islam membenarkan kita untuk berpakaian sebagaimana yang kita kehendaki. Namun, Islam menetapkan beberapa garis panduan dalam berpakaian. Antaranya;

1. Menutup aurat.
Pakaian yang ingin dipakai hendaklah dipastikan menutup aurat. Aurat bagi kaum lelaki ialah dari pusat ke lutut dalam keadaan apa sekalipun. Namun, untuk golongan wanita, mereka mempunyai aurat yang berbeza mengikut keadaan dan situasi. Aurat ketika solat dan ketika berada bersama orang yang bukan mahram ialah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan. (rujuk an-Nur: 31)
Daripada ayat ini, Allah SWT memerintahkan untuk menutup seluruh tubuh wanita, kecuali muka dan dua tapak tangan. Inilah pandangan yang dikeluarkan oleh Saidina Umar ra dan Aisyah ra.

2. Longgar dan tidak terlalu ketat atau sempit sehingga menampakkan bentuk tubuh.
Ramai wanita Muslimah yang terlepas pandang garis panduan ini. Mereka telah memakai pakaian yang menutup aurat-aurat mereka, namun tetap menampakkan bentuk badan kerana terlalu ketat. Elakkan juga memakai kain yang terlalu lembut sehingga menampakkan susuk tubuh.

3. Pakaian tersebut tidak nipis sehingga menampakkan bayangan tubuh.
Sekiranya kita memakai pakaian yang agak nipis sehingga memungkinkan orang lain nampak bayangan melalui kain yang dipakai, maka perlulah dilapik atau dialas dengan pakaian yang lain. Ini telah diajar oleh Nabi SAW kepada Usamah bin Zaid ra.

Rasulullah SAW pernah menghadiahkan kain jenis Qibtiah yang kurang tebal kepada Usamah bin Zaid. Namun Usamah memberikan pula kain tersebut kepada isterinya untuk dipakai. Suatu hari Rasulullah SAW bertanyakan Usamah : "Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?" Usamah menjawab: "Saya telah berikan kepada isteri saya."

Lalu Rasulullah SAW bersabda kepada Usamah: "Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)."

4. Tidak memakai perhiasan yang boleh menarik perhatian orang yang melihatnya.
Kita perlu pastikan pakaian yang dipakai tidak terlalu menarik perhatian sehingga boleh mendatangkan fitnah pada diri. Dalam hal ini, kadang-kadang kita perlu berhati-hati dalam memilih pakaian dari segi warna dan corak yang terdapat padanya.

Begitu juga perhiasan lain yang dipakai contohnya; anting-anting seperti rantai, gelang dan cincin yang mungkin boleh menyebabkan hati kita merasa riak, boleh menarik perhatian orang lain, sekali gus ini boleh membahayakan keselamatan diri.

5. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian berlainan jantina.
Sekiranya dia seorang lelaki, janganlah dia memakai pakaian yang menyerupai pakaian perempuan. Begitu juga sebaliknya.

Daripada Abu Hurairah ra berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (riwayat Abu Daud)
Rasulullah SAW juga telah bersabda: "Bukan daripada golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (riwayat Ahmad).

6. Pakaian tersebut tidak menyerupai pakaian orang-orang musyrik.
Ini juga penting untuk kita jaga dan pelihara. Pastikan pakaian yang dipakai tidak menyerupai pakaian yang dikhususkan untuk agama-agama lain. Pastikan juga pakaian kita tidak mengandungi perkataan lucah atau kalimah yang berunsurkan syirik.

Demikianlah beberapa panduan yang perlu dipelihara dalam memastikan pakaian yang kita pakai tidak membawa kesan yang buruk kepada diri dan masyarakat. Apa yang kita mahukan ialah pakaian yang dipakai melambangkan nilai diri yang terpelihara, sekali gus mendapat keredaan daripada Allah SWT.


Tuesday, 18 September 2012

Tingkatkan kekuatan parti


Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim. - bernama

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan ketiga-tiga sayap parti itu, Wanita, Pemuda dan Puteri agar bersama-sama meningkatkan kekuatan parti dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, selain jentera, kekuatan parti boleh dimaksimumkan melalui usaha ketiga-tiga sayap berkenaan mendekati golongan masyarakat yang diwakili serta mencadang dan melakukan penyelesaian terbaik buat kelompok berkenaan.

Katanya, peranan sayap berkenaan dalam menterjemahkan hasrat dan cita rasa kelompok rakyat tertentu amat penting bagi memastikan UMNO serta BN mengetahui perubahan diinginkan masyarakat seterusnya kekal sebagai parti berwibawa dalam negara.

"Jika setiap daripada kita memainkan peranan, saya yakin kita akan dapat melaksanakan dasar-dasar yang lebih inklusif dan kesannya akan meliputi semua kelompok masyarakat.

"Kita mesti faham apa cita rasa wanita dan kita mesti faham apa pengharapan generasi muda kepada kita dan jika kita selam lubuk hati mereka, itu akan menjadikan kita sebagai sebuah parti yang dekat di hati mereka," katanya.

Beliau yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, ketiga-tiga Naib Presiden dan ketua sayap UMNO.

Kira-kira 10,000 hadirin memeriahkan rumah terbuka berkenaan bermula pukul 2 hingga 4 petang yang turut diselang-seli persembahan artis-artis popular tanah air.

Najib berkata, perjuangan UMNO dan BN sejak kemerdekaan yang tidak teragak-agak membawa perubahan ketika melalui peredaran zaman membuktikan kerajaan sentiasa berada dalam keadaan stabil dan ia berbeza dengan perubahan yang dilakukan di sesetengah negara Afrika Utara, Asia Barat serta Eropah.

Menurutnya, dasar baru kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Politik (PTP), Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan terbaru, Pelan Pembangunan Pendidikan Negara adalah bukti kukuh pentadbiran negara memandang serius kemahuan rakyat.

Beliau menegaskan, kesemua usaha itu merupakan jawapan terbaik kepada janji-janji bersifat populis yang ditabur pembangkang tanpa melaksanakan kesemua perkara yang dijanjikan tersebut.

"Kita sudah buktikan perubahan tidak semestinya menuntut kita menolak parti yang sudah memerintah atau struktur yang ada hari ini, kalau perubahan yang dituntut rakyat mampu dibawa parti kita, maka, kita mampu mendapat sokongan padu daripada rakyat," katanya.


CUKUP-CUKUP SUDAH - TAKAN WANITA NAK TERTIPU LAGI...

Pembangkang cuba raih undi - Shahrizat
MUHYIDDIN Yassin diiringi Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan rakyat Kluang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Kluang, Johor, semalam. - BERNAMA

KLUANG 16 Sept. - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu kononnya untuk membela hak dan kepentingan wanita, sebagai ketinggalan zaman dan hanya mahu memancing undi golongan wanita.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, semua yang ingin diperjuangkan pembangkang sudah dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lagi dan agenda itu dilancarkan kerana mereka takut serta sedar pengundi wanita kini sudah mencecah 50 peratus.

"Baru sekarang pembangkang membuat pengumuman mengenai agenda untuk wanita Malaysia. Yang menariknya pengumuman itu dibuat Anwar sebagai Ketua Wanita Pakatan Rakyat. Beliau tidak lepas jawatan itu kepada orang lain kerana tahu betapa mustahak dan kritikalnya pengundi wanita.

"Ini berbeza dengan pemimpin UMNO dan BN yang sudah lama ambil berat agenda wanita, isu yang dibawakan dalam agenda mereka adalah isu kuno," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Padang Sekolah Kampung Melayu, di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim; Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah dan Ahli Parlimen Kluang, Datuk Dr. Hou Kok Chung yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Shahrizat berkata, gimik politik pembangkang itu dilancarkan bagi mengaburi mata golongan wanita sedangkan sebelum ini mereka tidak pernah berbuat demikian.

Dalam pada itu, beliau menyeru ahli Pergerakan Wanita UMNO seluruh negara terus turun padang bertemu rakyat dari pintu ke pintu untuk mengetahui masalah dan pilihan parti mereka.

Beliau berkata, pergerakan tersebut perlu memperbanyakkan aktiviti berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan dalam usaha membela nasib rakyat tanpa ada seorang pun dipinggirkan.

"Kita akan bela nasib rakyat habis-habisan. Pembangkang tidak ada agenda besar dan undi akan diberikan kepada BN," katanya.

KOMEN : HARAP KAUM WANITA DAN IBU-IBU TIDAK TERPESONA DENGAN JANJI ANWAR....