KOTA BHARU 16 Sept. – Pemuda Barisan Nasional (BN) akan terus mendekati pengundi India pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang walaupun MIC tidak sempat untuk mempersiapkan jentera mereka menjelang hari penamaan calon nanti.
Naib Ketua Pemuda BN, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya parti itu tidak dapat membantu, pihaknya akan menggunakan jentera Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama UMNO serta parti-parti lain untuk berkempen pada pilihan raya kecil berkenaan.
Beliau berkata, Pemuda UMNO akan terus mencari rakan kongsi yang sanggup menghadapi cabaran bersama dan bukannya rakan yang hanya pandai menuduh untuk mendapat kepentingan peribadi.
‘‘Selepas saya berjumpa dengan jentera Bagan Pinang, untuk pendekatan empat peti undi yang majoritinya kaum India, Pemuda UMNO dan saya sendiri akan terus masuk ke peti undi berkenaan. Kalau MIC tak bersama-sama, kita akan guna IPF kerana kita tahu IPF mempunyai sokongan yang kuat.
‘‘Dalam hal ini kalau komponen masih bercakap soal politik sedangkan sepatutnya mereka mencari jalan hendak menarik sokongan kaum India kepada MIC dan bukan menuduh pihak lain, maka mereka belum sedia untuk bekerjasama dengan kita,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini. Janganlah kita harap sangat dengan parti MIC ini yang makin hari makin berserabut dengan putar belit. Sendiri salah orang lain juga salah. Mereka tak salah sebab orang Melayu yang tak mahu tolong orang India. Jadi pemimpin parti MIC tu apa cuma nak jadi pencacai dan bercakap ikut sedap mulut. Orang India patut salahkan Sammy tu sebab dia yang tak membantu orang India, Dia hanya pentingkan kroni-kroni dia aje sebab tu orang India tak mahu menyokong calon MIC dalam PRU12 tu. Sendiri pun kalah bertanding. Jangan dilayan sangat MIC ni nanti naik kepala....
No comments:
Post a Comment