Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 22 June 2009

10 Mayat Yang Tidak Reput



Dalam satu riwayat menyatakan, apabila makhluk dibangkitkan dari kubur mereka berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun umur akhirat dalam keadaan tidak makan, minum, duduk dan bercakap.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw: “Bagaimana kita dapat mengenali orang mukmin pada hari kiamat?”

Jawab Rasulullah: “Dikenal kerana wajah mereka putih disebabkan wuduk. Apabila kiamat, malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka kecuali pada tempat sujud.

“Bekas sujud tidak dihilangkan. Maka memanggil dari zat yang memanggil.

“Bukanlah debu itu daripada debu kubur mereka, akan tetapi debu itu adalah debu keimanan mereka.

“Oleh itu, tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat mukmin itu mengetahui mereka adalah pelayan-Ku dan hamba-Ku.”

Disebutkan hadis Rasulullah, 10 orang yang mayatnya tidak busuk serta tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal pada waktu mati.

Nabi.
Ahli jihad.
Alim ulama.
Syuhada.
Penghafal al-Quran.
Pemimpin yang adil.
Tukang azan.
Wanita mati bersalin.
Orang mati dianiaya.
Orang yang mati pada siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Dalam satu riwayat yang lain dari Jabir Abdullah, Rasulullah bersabda: “Apabila datang hari kiamat dan orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan, maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

“Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku mengeluarkan hamba-Ku berpuasa (ahli puasa) dari kubur mereka dalam keadaan letih dan dahaga. Ambillah dan berikan mereka makanan yang digoreng dan buah-buahan syurga.”

Maka, malaikat Ridhwan menyeru: “Wahai sekalian kawan dan semua anak yang belum baligh..” Lalu mereka datang dengan membawa dulang daripada nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap seperti firman Allah dalam surah Al-Haqqah bermaksud: “Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan amal yang kamu kerjakan pada hari yang lalu itu.”

Kenyataan Kuan Yew disangkal



PULAU PINANG 21 Jun - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sambil menyangkal dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menyifatkan pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih di peringkat rendah berbanding Negeri Sembilan dan Perak, beliau berkata, ia adalah sesuatu yang tidak benar.

Katanya, Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara juga merupakan antara negeri yang terpilih dan sentiasa disenaraikan dalam perancangan pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, negeri itu memang maju dari segi kemudahan serta infrastruktur dan Kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian terutama dari segi logistik.


Apa hak Singapura mempersoalkan agenda pembangunan Malaysia tak kiralah di negeri mana pun...mungkin hasutan si Lee ni yang tersirat ialah P. Pinang kena jadi macam Singapura untuk maju...independence dari Malaysia...Itulah dia kepala komunis yang negara sendiri pun demokrasi entah kemana....Nilah jadinya
bila pemimpin2 Melayu lemah orang luar pun bole bebas bercakap sesuka hati tentang hak2 orang Melayu....Adakah kita perlukan nasihat dari Si Lee ni untuk membangunkan negara kita...entah sampai bila lah kerajaan kita ni nak bergantung pada Singapura...pelik dan hairan....kita sebenarnya yang telah memajukan Singapura dan memundurkan Malaysia.... janganlah menyokong mambawa rebah...

Penyakit Gout



BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah `sayur sejuk' menjadi makanan larangan. Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout.

Tergolong dalam kumpulan arthritis, gout sebenarnya penyakit metabolik yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. Gout adalah bengkak sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan; menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.

Puncanya belum diketahui, tetapi ia dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah hasil proses metabolisme purin (sebatian nitrogen untuk tenaga). Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis; kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.

Selain tabiat pemakanan, faktor umur dan jantina; biasanya lelaki (90 peratus) atau perempuan hampir menopaus adalah golongan paling berisiko mendapat gout. Malah, penyakit ini boleh dihidapi pesakit kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu engkumuhan asid urik pada kadar lima kes bagi setiap 1,000 orang.

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik.

Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan biasanya hanya membabitkan beberapa sendi. Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.

Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan mengehadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid (benjolan kecil dipanggil tophi) akan terbentuk di tisu kartilaj, tendon dan tisu lembut.

Pembentukan tophi ini biasanya berlaku selepas beberapa tahun pesakit menderita akibat gout selama beberapa tahun. Tophi juga boleh muncul di buah pinggang, yang akhirnya menyebabkan organ penting ini gagal berfungsi.

Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam.

Untuk meredakan bengkak, rasa sakit dan radang gout, pesakit boleh mengambil ubat colchicine. Ia berfungsi mengurangkan radang akibat pengumpulan kristal asid urik, tetapi tidak merendahkan paras asid ini dalam darah. Pengambilan harian colchicine atau allopurinol dapat menghalang serangan berulang. Pengambilannya boleh dihentikan apabila paras asid urik stabil (biasanya selepas tiga bulan).Manakala codeine atau analgesik lain juga antara ubat alternatif untuk melegakan kesakitan.

Bagi gout kronik, pengambilan ubat seperti probenecid atau sulfinpyrazone boleh merendahkan paras asid urik dalam darah. Manakala allopurinol akan menghalang pembentukan enzim yang merembeskan asid urik; secara tidak langsung membantu mengurangkan pengumpulan bahan ini dalam darah. Malah, ketika ini pesakit juga perlu minum lebih banyak air untuk mengelakkan pembentukan batu karang atau beralih kepada diet rendah purin dengan mengurangkan pengambilan makanan kaya purin seperti organ haiwan, minuman keras dan beberapa jenis ikan. Antara yang perlu dihindari adalah makanan kaya dengan purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sehingga kini, radang sendi tidak boleh dielak, walaupun kita tidak mengambil minuman keras atau makanan kaya purin. Justeru, pesakit gout perlu mematuhi jadual pengambilan ubat bagi membolehkan mereka menjalani rutian harian. Oleh kerana asid urik biasanya dikumuhkan melalui buah pinggang, maka gout kronik boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58




Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

BULAN REJAB




Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab.. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Apakah yang ada di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa lapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"

Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan
solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Ciri Ciri Ajaran Sesat



Jika ada didalam sesuatu ajaran itu seperti dibawah ini, ia adalah diwartakan sebagai Ajaran Sesat. :-

1) Guru atau pengikut membuat pengakuan menerima wahyu.
2) Guru membuat pengakuan memegang kunci pintu syurga.
3) Mengaku bahawa gurunya sebagai nabi atau malaikat.
4) Mempercayai roh orang mati menjelma ke dalam jasad orang hidup.
5) Amalan seperti zikir boleh menangguhkan kiamat.
6) Pengikut tarekat mereka sahaja dijamin masuk syurga.
7) Mempunyai bahawa guru mereka boleh menebus dosa dengan wang.
8) Mempercayai bahawa semua agama adalah sama.
9) Mempercayai ada lagi nabi selepas nabi Muhammad.
10) Penyerahan rohani / jasmani kepada guru melalui nikad batin.
11) Meminta pertolongan daripada orang yang telah mati.
12) Mempercayai bahawa dirinya atau pengikutnya sahaja yang layak mendapat ma'unah (pertolongan) Allah.
13) Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
14) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil nabi, boleh memberi sysfaat kepada muridnya.
15) Mendakwa bahawa wahyu turun selepas wafatnya Nabi Muhammad.
16) Mendakwa bahawa ajaran tarekatnya diterima terus dari Rasullullah secara jaga.
17) Mempercayai bahawa orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya.
18) Mempercayai bahawa orang tertentu tidak mati dan akan lahir semula sebagai Imam Mahdi.
19) Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung terus dengan Allah melalui Nur Muhammad yang ada dalam dirinya.
20) Boleh memanggil roh orang mati dalam amalan menurun oleh bomoh atau tukang sihir.
21) Memansuhkan Syariah islam dan mengadakan syariat baru.
22) Meninggalkan sembahyang Jumaat keraan mengamalkan suluk.
23) amalan haji tidak semestinya di mekah, di tempat lain juga boleh.
24) Huruf huruf dalam kalimah hanyalah lambang.
25) Mempercayai bahawa bacaan2 seorang guru ke atas sesuatu benda seperti batu, gunung dan lain2 boleh memberikan kesan baik atau buruk.
26) Mengagung agungkan keturunan Yahudi sebagai kaum baik dan perlu dicontohi.
27) Mengaku diri sebagai Nabi Isa.
28) Mengaku diri sebagai Imam Mahdi.
29) mendakwa menjadi wali sedangkan dirinya bergelumang dalam maksiat.
30) Mengaku tahu perkara2 ghaib dan menilik nasib sesaorang.
31) Mengaku dirinya atau gurunya maksum
32) Menghalalkan nikah adik beradik
33) Mematuhi dengan buta tuli ajaran gurunya walaupun gurunya itu melakukan kesalahan an dosa.
34) Setiap murid dikehendaki menyerahkan diri, anak, isteri dan harta benda kepada gurunya.
35) Guru mendakwa bahawa tugas tugas Rasul diamanat kepadanya.
36) Islam sesaorang itu tidak sah jika tidak diislamkan oleh gurunya.
37) Semua manusia boleh melihat Allah di dunia ini.
38) Mendakwa melalui tarekatnya Allah menurunkan Nur (cahaya) di dalam badan Nabi adam turun menurun di dalam badan semua Nabi nabi dan seterusnya ke dalam badan Imam imam (Syiah) dan guru guru hinga kiamat.
39) Sebelum naik haji ke Mekah hendaklah bersuluk di panca Budi Medan atau di Medan sahaja.
40) Syeikh atau gurunya mendakwa mempunyai mukjizat.
41) Mendakwa dirinya sebagai penjelmaan sahabat sahabat nabi s.a.w.
42) Bersemadi di tempat tempat gelap memusatkan fikiran kepada satu satu hajat.
43) Jika ada kemusykilan dalam satu satu ajaran, murid dilarang berbincang sesama sendiri tetapi hendaklah dirujuk kepada guru.
44) Boleh meramalkan kedatangan Imam mahdi dan kiamat.
45) Pengikut boleh menerima kuasa luar biasa dari guru.
46) Pengikut pengikut lelaki dan perempuan dikehendaki diuji dalam bilik khas dan bersumpah tidak akan menceritakan kepada sesiapapun apa yang terjadi dengan guru dalam bilik itu.
47) Pengikut tidak boleh berkahwin dengan bukan pengikut ajaran itu.
48) Pengikut diwajibkan merahsiakan ajaran kalu tidak akan ditimpa bala.
49) Sembahyang tidak perlu berjemaah dan tidak perlu mengadap kiblat.
50) Gurunya mengaku Imam mahdi dan muridnya yang kanan Nabi Isa.
51) Nikah mengikut syariat hanyalah mengikut adat sebab itu dikehendaki dinikahkan sekali lagi dengan nikah batin.
52) Percaya kepada makhluk makhluk seperti kayu bata dan dan kuasa ghaib.
53) Perbuatan maksiat seperti judi, zina dan minum arak serta segala bentuk dosa boleh dilakukan oleh guru tarekatnya dan boleh dapat jaminan ampun dari Allah ke atas dosa pengikutnya.
54) Murid murid tidak boleh mengahwini wanita wanita yang diminati oleh gurunya.
55) Murid murid tidak boleh mengahwini janda gurunya.
56) Ibadat sembahyang berpada dengan "niat" (terlintas dihati) sahaja.
57) Menghalalkan sesuatu yang diharamkan oleh Allah.
58) Quran mempunyai makna makna batin itulah sebenar keramat.
59) Makna Quran yang zahir itu kulit sahaja tidak berguna.
60) Islam itu ada zahir dan batin; Zahir itu kulit dan batin itu isi, bila dapat isi kulit tidak berguna lagi.

bagi mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dengan mana mana perkara di atas segeralah bertaubat "NASUHA"

Adakah Hati Kita Telah Mati?



Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, 'Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu...' 2:186."

Lantas Ibrahim menjawab, "Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?" "Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?" Tanya penduduk Bashrah....

1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Badanku Sihat Jiwaku Sakit



Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

Sunday, 21 June 2009

Jalan perdamaian penuh berliku?



Oleh Minda Dr.Maza


Saya dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin.

Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya) “Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!” Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat).” (Surah Fussilat ayat 33-35).

Allah mengajar dalam ayat di atas agar kita menyeru kepada Allah, iaitu ajaran-Nya bukan kepada kepentingan diri, parti atau apa sahaja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi perkauman, politik dan fanatik kelompok dan puak. Kemudian Allah mengajar agar dalam dakwah kita berusaha menolak kejahatan dengan kebaikan. Tidak perlu menyimpan dendam dan amarah yang tidak sudah.

Dengan tidak menggadaikan prinsip dan berhati-hati, dalam masa yang sama al-Quran memberitahu kita tindakan menunjukkan kebaikan dalam menghadapi kejahatan boleh menatijahkan musuh menjadi rakan setia. Namun Allah juga memberitahu untuk melaksanakan hal ini amatlah berat dan tidak akan sanggup dipikul melainkan mereka yang sabar dan mendapat kurniaan besar daripada Allah.

Saya tahu ramai orang politik baca ayat ini. Mereka juga tahu Allah menyebut dalam firman-Nya yang lain (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara): Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10). Juga sabda Nabi saw: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabat: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama).” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Amat dukacita jika ada dalam kalangan orang Islam melenting dengan idea perdamaian antara kelompok-kelompok Islam yang berbalahan. Mungkin kerana dia kurang jelas maksudnya, atau beberapa andaian politik yang menakutkan. Apa pun, perdamaian bukan semestinya menghapuskan identiti, tetapi untuk kembali memahami antara satu sama lain atas asas ukhuwah islamiah. Bak firman Allah: (maksudnya) “Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar.” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

Jika kita tidak melenting dengan cadangan agar penjenayah Chin Peng dimaafkan dan dibawa pulang, mengapa pula begitu marah untuk sesama muslim cuba duduk semeja, bermaaf-maafan dan berunding untuk kebaikan umat dan rakyat.

Dr. M: Pemimpin Melayu pentingkan diri






IPOH 20 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad kecewa dengan sikap sesetengah pemimpin Melayu yang masih keliru dalam perjuangan mereka sehingga meletakkan masa depan bangsa dalam keadaan yang tidak menentu dan gelap.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, masalah tersebut berlaku kerana terdapat sebahagian pemimpin Melayu yang lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan membela bangsa, agama dan negara.

"Saya rasa cukup sedih apabila kita bercakap tentang jambatan baru ke Singapura, ramai yang menganggap ia tidak penting malah ada juga yang tidak tahu.

"Bagi mereka apa yang penting siapa nak jadi ketua cawangan, ketua bahagian atau nak jadi calon. Sebab itu kuasa Melayu terhakis. Kalau terus demikian, maka masa depan Melayu sangat gelap sekali," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Penubuhan Gagasan Melayu Perak (GMP) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Presiden GMP, Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail.

Dr. Mahathir berkata, kehadiran begitu ramai orang Melayu pada majlis berkenaan jelas sekali menunjukkan perasaan cemas dan insaf tentang masa depan mereka.

"Ini merupakan satu perasaan yang baik kerana kalau tidak insaf dan cemas, kita akan tidur. Orang Melayu memang macam itu, suka pada perkara yang mudah dan bila tidak ada buat apa-apa, mereka tidur," katanya.

Menurut beliau, orang Melayu mula bersatu selepas adanya cadangan penubuhan Malayan Union apabila menyedari ia akan menghakis kuasa raja-raja dan masa depan bangsa akan ditentukan oleh British.

Pada masa itu katanya, barulah timbul rasa cemas seperti sekarang kerana bimbang ia akan menamatkan riwayat bangsa Melayu.

Kata beliau, usaha menyatupadukan bangsa Melayu pada ketika itu adalah dengan menubuhkan UMNO untuk mempertahankan kedudukan mereka dan dalam keadaan cemas itu juga Melayu mempunyai kekuatan hasil perpaduan.

Jelas Dr. Mahathir, masalah timbul apabila begitu ramai orang yang hendak menjadi Yang Berhormat (YB) manakala golongan ulama dalam UMNO yang tidak ada tempat mula keluar parti.

Katanya, apabila Pas ditubuhkan, undi Melayu berkurangan kerana berpecah sesama sendiri tetapi ramai masih berpendapat Melayu akan terus menyokong UMNO apabila Barisan Nasional (BN) menang berkali-kali dalam pilihan raya.

"Bagaimanapun masa telah berubah apabila ada pemimpin yang mahu jadi YB kerana hendak menjadi Perdana Menteri, menteri dan siapa yang tak dapat tempat akan mendapat kontrak.

"Niat untuk perjuangan sudah tidak ada tetapi lebih kepada elaun YB dan kedudukan. Makin lama makin merosot minat perjuangan UMNO di kalangan pemimpin," katanya.

Menurutnya, apabila perjuangan asal parti diketepikan, minat untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah air akan runtuh dan hilang sama sekali.

"Bila utamakan kepentingan diri maka rakyat mula tolak UMNO dan buktinya pada 2008 kita kalah teruk. Orang Melayu yang kecewa pilih parti lawan bukan sebab sayangkan parti lawan tetapi mesej kepada pemimpin.

"Saya percaya masa depan orang Melayu gelap dan pilihan raya akan datang kita akan kalah jika mereka masih sanggup menjual diri kepada orang lain atau meneruskan sikap tamak," katanya.
Sokong apa yang Tun katakan...semakin hari pemimpin Melayu kita makin hilang arah perjuangan politik mereka...orang Melayu makin berpecah belah mengikut fahaman politik yang sempit...Memang kalau UMNO masih segan-segan untuk berubah tunggulah kejatuhan parti itu di PRU akan datang....

Friday, 19 June 2009

LELAKI & WANITA



Susah sangat ke nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sangat ke amanah Tuhan yang perlu lelaki pikul??? jawapannya, memang tak susah dan memang banyak, Bagaimana??? , bacalah dan pandai2lah cari jawapannya: -

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong- jawab keatas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. HARAM bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini..

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kapada suaminya.
7 - talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.

Wanita perlu taat kapada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak anak..

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH.. . sayangnya ALLAH pada wanita .... kan
WALLAHUA'LAM

JOHN 3:16




Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16. Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia megirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16"For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.

Harap ambil lah iktibar..
Tulah akibatnya kalau tak tahu berbahasa Inggeris...main ikut trend konon...nak juga guna perkataan inggeris tapi tak tahu makna....Apa hal...fikir2kanlah

Sebagai PEDOMAN : 6 Wanita Malang






"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah,dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah:
Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:
suka membangkit-bangkit terhadap suami.Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".

Wanita Hananah:
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah:
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:
ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah:
banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Penyembelihan Nabi Ismail



NABI Ismail cukup terkenal dengan kisah penyembelihan agung. Pada Hari Raya Aidiladha, peristiwa ini pasti meresap kembali dalam ingatan seluruh umat Islam di seluruh dunia. Bagi umat Islam yang berkemampuan mereka akan menyembelih haiwan ternakan sebagai korban bersempena dengan peristiwa penyembelihan Nabi Ismail.

Peristiwa penyembelihan ini bermula apabila Nabi Ibrahim bermimpi bahawa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih anaknya.

Nabi Ibrahim sungguh sedih dan terkejut. Sebelum ini pun Allah telah mengujinya dengan berbagai-bagai ujian dan cabaran. Ujian pertama yang diterimanya adalah setelah berkahwin dengan Sarah. Isterinya itu didapati tidak dapat melahirkan anak sedangkan usia Nabi Ibrahim pada waktu itu telah lanjut.

Kemudian baginda berkahwin dengan Hajar dan mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail. Baginda sungguh gembira dan amat menyayangi anaknya itu. Tiba-tiba ujian kedua menimpanya. Allah menurunkan wahyu supaya baginda meninggalkan Hajar dan anak kesayangannya di satu kawasan ketika itu Ismail masih kecil.

Akhir sekali dugaan yang paling mencabar diterimanya dalam mimpi baginda. Allah memerintahkan baginda supaya menyembelih Ismail. Pada masa itu Ismail telah remaja. Nabi Ibrahim berasa sedih kerana itulah satu-satunya anak yang dimilikinya bersama Hajar.

Nabi Ibrahim juga telah tua ketika menerima wahyu tersebut. Namun, baginda tetap taat kepada perintah Allah. Lalu baginda bertemu dengan Ismail.

"Wahai anakku, sesungguhnya aku telah bermimpi seolah-olah aku menyembelihmu. Apakah pendapatmu tentang perkara ini?," tanya Nabi Ibrahim.

Sebagaimana yang diterjemahkan di dalam al-Quran, Ismail pun menjawab, "Wahai bapaku, kamu laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepadamu. Insya-Allah kamu mendapatiku termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar".

Nabi Ibrahim sungguh terharu mendengar kata-kata anaknya itu. Baginda tahu anaknya seorang yang tabah dan taat kepada Allah. Kemudian, baginda bersiap sedia menyembelih Ismail.

Sebelum disembelih, Ismail berpesan kepada bapanya: "Wahai ayahku, ikatlah badanku dengan kuat agar aku tidak meronta-ronta. Kemudian tanggalkanlah pakaianku agar tidak terkena darahku. Aku tidak mahu ibu bersedih apabila melihat pakaianku nanti. Tajamkanlah pisaumu dan percepatkanlah penyembelihanku agar dapat meringankan kesakitanku. Kemudian sampaikanlah salamku kepada ibu dan berikannya pakaianku sebagai tanda kenang-kenangan."

Nabi Ibrahim terus memeluk dan mencium anaknya.

"Aku sungguh bahagia mempunyai anak sepertimu yang taat kepada perintah Allah, berbakti kepada orang Allah, berbakti kepada orang tua dan ikhlas hatinya," kata Nabi Ibrahim dalam nada sedih.

Selepas itu, Nabi Ibrahim pun menjalankan perintah tersebut. Baginda melakukannya seperti yang diminta oleh Ismail, tetapi pisau yang digerakkan di leher Ismail tidak berfungsi dan menjadi tumpul. Beberapa kali dicubanya tetapi gagal. Nabi Ibrahim berasa hairan lalu berdoa kepada Allah dan Allah terus berseru kepadanya:

"Wahai Ibrahim, sesungguhnya engkau telah melaksanakan mimpimu itu, demikianlah Kami membalas orang-orang yang berbuat kebaikan."

Nabi Ibrahim amat bersyukur kerana Ismail telah terselamat daripada disembelih. Tempat Ismail telah diganti dengan seekor kibas.

Gapena setuju syarat lulus BI




Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 18 Jun - Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) bersetuju dengan cadangan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekiranya lapan tuntutan mereka dipenuhi kerajaan.

Ketua Satu Gapena, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein berkata, Jawatankuasa Kerja Gapena yang bermesyuarat hari ini telah bersetuju untuk menyatakan sokongan terhadap cadangan Kementerian Pelajaran itu dengan beberapa syarat dipenuhi terlebih dahulu.

Katanya, syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

n Memansuhkan Pembelajaran Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) serta merta.

n Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa pengantar bagi pendidikan awal sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

n Kerajaan perlu memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris yang mencukupi, berpengetahuan tinggi tentang strategi pengajaran dan pembelajaran, berketerampilan dan bersedia berkhidmat di luar bandar.

n Bahasa Melayu diwajibkan lulus peringkat kredit untuk mendapat SPM.

n Prasarana dan kemudahan alat bantu mengajar termasuk makmal bahasa yang mencukupi terutama di luar bandar.

n Syarat lulus Malaysian University English Test (MUET) untuk masuk ke pusat pengajian tinggi dibatalkan bagi pelajar yang lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

n Kesusasteraan kebangsaan dan mata pelajaran Sejarah dijadikan mata pelajaran wajib merentasi kokurikulum.

n Syarat wajib lulus Bahasa Inggeris boleh dilaksanakan setelah semua syarat di atas dipenuhi.

Bercakap pada sidang akhbar di rumah Gapena di sini hari, Ismail berkata, pihaknya telah membincangkan syarat itu secara mendalam dan berharap kementerian dapat memahami tuntutan tersebut.

''Gapena akan menentang cadangan syarat lulus Bahasa Inggeris itu sekiranya pihak kementerian tidak melaksanakan syarat-syarat tersebut,'' ujarnya.

Hadir sama pada sidang akhbar tersebut ialah Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan dan Jawatankuasa Gapena, Datuk Dr. Aziz Deraman dan Datuk Tengku Alaudin T. A. Majid.

Syarat-syarat itu akan dimajukan kepada kementerian hari ini juga bagi mendapatkan maklum balas segera dan Gapena mengharapkan pihak kementerian dapat mengadakan perbincangan terbuka dengan pihaknya.
Saya sebagai rakyat yang masih mempunyai anak2 yang bersekolah tidak setuju dengan syarat yang dikemukakan oleh pemimpin2 bijak pandai GAPENA kerana yang nak bersekolah tu anak2 kami..tak tahulah kalau anak2 mereka semuanya dah lepas zaman persekolahan...dan mungkin juga anak2 mereka belajar di sekolah antarabangsa...Kenapa perlu menidakkan keperluan bahasa Inggeris di sekolah...untuk anak2 kami...takan hilangnya bahasa Melayu dengan belajar menggunakan Bahasa Inggeris...Ingat kami pun dulu belajar dalam aliran Bahasa Inggeris di sekolah...tapi lebih selesa bertutur dalam bahasa Melayu...Suka atau tidak Bahasa Inggeris tu adalah bahasa ilmu....

Sultan Johor tidak setuju cadangan jambatan ketiga



NUSAJAYA 18 Jun - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura.

Pendirian baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada pembukaan Persidangan Dewan Negeri Johor ke-12, di Kota Iskandar di sini hari ini.

"Saya dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku bahawa baginda tidak setuju dengan cadangan untuk membina jambatan ketiga," kata Tunku Ibrahim Ismail.

Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim sebelum itu mengiringi Sultan Iskandar memeriksa perbarisan sempena perasmian pembukaan persidangan berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Speaker DUN, Datuk Mohd. Ali Hassan dan anggota DUN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan bahawa Singapura berminat untuk membina jambatan ketiga menghubungkan Changi di negara berkenaan dan bahagian timur Johor iaitu di Pengerang.

Cadangan pembinaan jambatan ketiga itu diutarakan dalam pertemuan Najib dan rakan sejawatannya, Lee Hsien Loong di Singapura pada 22 Mei lalu.

Pembinaan jambatan ketiga itu dilihat sebagai satu cadangan yang mendatangkan banyak faedah kepada Malaysia dan Singapura kerana dengan adanya jambatan ketiga itu, kawasan timur Johor seperti Pengerang dan Mersing hingga Kuantan, Pahang dan Terengganu dapat dibangunkan dengan lebih pesat.

Selain itu, pembinaan jambatan ketiga itu juga dilihat mampu merancakkan lagi projek pembangunan di Iskandar Malaysia.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Harun Abdullah ketika ditemui pemberita selepas majlis tersebut berpendapat, pandangan dan titah Sultan Iskandar itu wajar dipatuhi.



Masih peringkat cadangan

Oleh FAUZI JAAFAR
utusansarawak@utusan.com.my

SERIAN 18 Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan pembinaan jambatan ketiga bagi menghubungkan Malaysia dan Singapura masih di peringkat cadangan.

Beliau berkata, kerajaan akan membuat kajian kesesuaian terlebih dahulu sama ada jambatan tersebut menguntungkan atau tidak jika mahu dilaksanakan.

"Sebenarnya ini (jambatan ketiga) bukan keputusan muktamad lagi, ini peringkat cadangan dan kita akan ambil langkah buat kajian dulu.

"Jadi ada masa untuk kita runding dengan Tuanku dan kerajaan negeri sekiranya projek ini menjadi kenyataan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas titah Sultan Johor, Sultan Iskandar Ismail yang tidak bersetuju dengan pembinaan jambatan ketiga tersebut.

Titah baginda itu disampaikan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail pada perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini.

Najib pada sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pichin di sini berkata, kerajaan belum melantik mana-mana pihak untuk membuat kajian kesesuaian projek tersebut.

"Kita belum melantik mana-mana pihak membuat kajian (kesesuaian jambatan ketiga), kita kena berunding dengan Singapura," katanya.

Najib ketika mengadakan lawatan dua hari ke Singapura Mei lalu mengumumkan cadangan Malaysia untuk membina sebuah jambatan baru bagi menghubungkan Johor ke republik berkenaan.

Menurut Perdana Menteri, selain kemudahan awam, pembinaan jambatan itu juga mampu membangunkan kawasan timur Johor seperti Desaru dan Mersing hingga ke Kuantan di Pahang dan Terengganu.

Sementara itu Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang bertemu Najib baru-baru ini telah menyuarakan keinginan republik itu yang sepakat dengan Malaysia untuk membina jambatan berkenaan.
Memang setuju sangat dengan cadangan Sultan Johor...tentu ada sebab mengapa baginda tidak setuju....untuk apa di buat jambatan ketiga sedangkan bandar Johor Bahru tu masih sesak dengan kenderaan...Tambak Johor hendaklah dirobohkan dan digantikan dengan jambatan yang lain di sebelah WILAYAH JOHOR...apa motif kerajaan Malaysia mencadangkan jambatan ketiga..ada orang yang nak ambil kesempatan buat keuntungan mudah sedangkan cadangan jambatan yang dibatalkan dizaman Dolah tu masih masih bole diteruskan bagi menjimatkan belanja....Rasanya untuk membangunkan kawasan timur Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan dan tiada kena mengena dengan S'pura...nampak sangat kita bergantung harap pada S'pura dalam segala serbi...yang pada pandangan saya yang sebaliknya patut terjadi...Adakah sesuatu yang tersirat yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia...? Sultan Johor pun tak mahu lagi kehilangan wilayah jajahan baginda seperti yang terjadi pada PULAU BATU PUTIH...masih ingatkah lagi.....DAULAT TUANKU

Thursday, 18 June 2009

‘Perpecahan Melayu teruk’




Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 17 Jun – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini memberi amaran perpecahan orang Melayu ketika ini terlampau teruk sehingga golongan majoriti itu kelihatan terlalu lemah.

Membiarkan orang Melayu sendiri mentafsirkan apa yang dimaksudkannya daripada pengamatan suasana hari ini, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya hanya kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas sahaja boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di Malaysia.

‘‘Saya sebenarnya tidak mahu mengulas isu-isu politik tetapi dalam soal cadangan kerajaan perpaduan UMNO-Pas ini, saya setuju sangat jika ia dapat dijayakan.

‘‘Ia bukan sahaja boleh menyatukan orang Melayu malah lebih dari itu mempertahankan agama Islam yang suci ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Bila orang berilmu berkata-kata...orang politik mulalah kepanasan...tak lama lagi adalah orang-orang yang cetek ilmu menidakan apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak tentang perpecahan orang Melayu yang semakin teruk...Susah sangat ke orang Melayu ni nak bersatu....Kalau perpaduan antara orang Melayu/Islam pun di bangkangnya mana pergi ilmu tok guru yang disanjung oleh pengikut-pengikutnya...Islam tukan Agama Perpaduan....itulah padahnya kalau agama di politikkan.....tak gitu...

Kedatangan Imam Mahadi






BAB: Usuluddin
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun." [Abu Sa'id Al-Khudri r.a ]


Huraian:

Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahadi itu dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung; ia akan memenuhi bumi dengan kejujuran, dan keadilan, sebagaimana bumi sebelum itu penuh dengan kezaliman dan kecurangan; ia memerintah selama tujuh tahun."



5's Don't when you are sleeping




1 - DON'T SLEEP WITH WATCH
Watches can emit a certain level of radioactivity. Though small, but if you wear your watch to bed for a long time, it might have adverse effects on your health.


2 - DON'T SLEEP WITH BRA
Scientists in America have discovered those that wear bras for more than 12 hours have a higher risk of getting breast cancer. So go to bed without it.


3 - DON'T SLEEP WITH PHONE
Putting the phone beside your bed or anywhere near you is not encouraged. Though some of us will use phones as alarm clocks, but please put the phone as far as possible. Scientists have proved that electrical items including mobile phone and television sets emit magnetic waves when used. These waves can cause disruptions to our nervous system. Therefore if you need to put your mo! bile phone near you, switch it off first.


4 - DON'T SLEEP WITH MAKE UP
People who sleep with make up might have skin problems in the long run. Sleeping with make up will cause the skin to have difficulty in breathing and problem in perspiring. You will also need a much longer time to go into deep sleep.
Lastly.....


5 - DON'T SLEEP WITH OTHERS' WIFE / HUSBAND
You may never wake up again. :

Ha..ha..ha...Semuanya betul.....

I CAN READ IT! CAN YOU?



Ada sesiapa yg boleh baca ni?


Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :-

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too.
Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it.
Seronok dapat menguji kepintaran kita....bacalah jangan tak baca....

90 Nama AL-QURAN








Selain daripada nama AL QURAN, kitab Allah ini juga mempunyai nama nama lain yang di beri Allah kepada kitab nya itu.Ada Ulama telah menghitung nama nama AL QURAN hingga mencapai sehingga 90 nama.Namun yang termashur di antaranya ialah:

•AL KITAB - Nama yang cukup sinonim dengan nama AL QURAN.Allah berfirman yang bermaksud: "KITAB ini tidak ada keraguan padanya." (Surah Al Baqarah:2)

•AL FURQAN - yang bermaksud pembeza.Ini kerana AL QURAN adalah pembeza yang memisahkan antara yang hak dengan yang bathil atau kebenaran dengan kesesatan dan cahaya dengan kegelapan.Allah berfirman yang maksudnya, "Maha Suci Allah yang telah menurunkan AL FURQAN kepada hamba nya, agar ia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam." (Surah Al Furqan:1)

•AL-ZIKR - yang bermaksud peringatan.Hal ni sungguh jelas sekali kerana AL QURAN itu merupakan peringatan kepada manusia dan jin. Allah s.w.t. yang bermaksud, "Sesunggunya Kamilah yang menurunkan perigatan dan sesungguhnya Kami benar benar memeliharanya." (Surah Al Hijr:9)

•AL-MUBIN, AL-KARIM,AL- KALAM dan AL-NUR adalah juga nama nama AL QURAN saperti yang di sebut oleh Imam Al Sayuti di dalam kitab nya Al-Itqan.


(Rujukan: Kitab Al Quran Mushaf Malaysia dan Terjemahan)

Ustaz Anjing




Email dari kawan

“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing
Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.

Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap
Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk menentang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor
Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit
Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universi ti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi
Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.

Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’. Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”

Kepentingan Menjaga Solat






BAB: IBADAH Solat
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” [Riwayat at-Tirmidzi ]

Huraian:
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain setakat yang termampu olehnya.
ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya.
iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar):” Berusahalah untuk duniamu seolah-olah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari.”

Larangan Meminta-minta Mati

BAB: Akhlak
Hadith : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Pengajaran hadith:
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.
ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.
iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

Healing and cleansing with barley




email dari kawan

High in fibre, barley is also a kidney cleanser. Better yet, regular intake of it helps prevent heart disease. BARLEY water was always a regular drink when we were still living at home. Whenever we had to go for a medical exam that included a urine test, my mum would make us drink barley water a day before it to make sure we got a positive result!

My mother was a wise woman. I later found out from an Australian naturopath that barley is known to be a kidney cleanser, and she happily downed glasses of it at a meal we had in a coffee-shop here.

Barley is good for your intestinal health too. Try to eat the barley grains you find in your drink or sweet broth with fu chook (beancurd skin) and ginkgo nuts.

It's high in fibre which feeds the friendly bacteria in the colon and helps speed up the transit of fecal matter in it. In this way it helps prevent haemorrhoids and colon cancer.

The propionic acid and beta glucan from barley's insoluble fibre also help lower cholesterol and prevent the formation of gallstones.

Eating barley regularly is a preventive step against heart disease as, besides the fibre content, it is also high in niacin, a B vitamin good for lowering cholesterol.

Diabetics should eat more barley as the fibre will prevent blood sugar levels from rising too high. It also provides relief from constipation or diarrhoea for those suffering from Irritable Bowel Syndrome.

Barley is rich in selenium which prevents cancer and relieves symptoms of asthma and arthritis. It is a good source of manganese, copper and phosphorous.

Malt sugar comes from sprouted barley which, when fermented, is an ingredient in beer and other alcoholic beverages.

Barley, whose Latin name is " hordeum vulgare" , has been cultivated for more than 10,000 years.Since ancient times, barley has been used for healing purposes and has been known to the Chinese, Egyptians, Greeks and Romans. Athletes in Greece and Rome in those days were known to eat barley bread to give them strength.

Besides the usual things we do with barley, I enjoy having it in a western soup. The larger pearl barley is used and I love the sticky bite of it.