Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 June 2013

KDN bantu kekang fahaman Syiah



Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli-ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan al-Quran dan Ahli Lajnah Tashih al-Quran Kementerian Dalam Negeri selepas mengadakan pertemuan di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 18 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri menghalang penularan ajaran Syiah daripada mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi mengekang fahaman tersebut.

"Oleh kerana hal ehwal agama terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan negeri, jadi KDN tidak berhasrat untuk campur tangan tetapi daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya, PDRM lazimnya diminta untuk lakukannya.

"Ini bermaksud KDN akan membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri melaksanakan penguatkuasaan akidah dan syariah Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pertemuan Bersama Ahli Lembaga dan Ahli Lajnah Tahsih al-Quran di Hotel The Everly di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Pengerusi Jawatankuasa Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran KDN, Tan Sri Harussani Zakaria dan Pengerusi Lajnah Tashih al-Quran, Datuk Syeikh Mohamad Nor Mansor al-hafiz.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga akan bersama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyelaraskan undang-undang penguatkuasaan terhadap pihak yang cuba menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam menerusi media sosial.

Katanya, langkah itu penting supaya tiada pihak yang memandang remeh isu itu dan menghalang daripada terus memberi gangguan kepada agama Islam sebagai agama Persekutuan.

"Biarpun media sosial terletak di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia namun kita telah menyelaraskan antara SKMM dan pihak polis untuk melaksanakan penguatkuasaan bagi melakukan pertuduhan mengikut akta-akta tertentu," katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, satu kurikulum agama yang baru akan diperkenalkan kepada semua banduan Islam di seluruh negara bagi memantapkan akidah mereka.

Mengulas mengenai pertemuan pertama kali ini, Ahmad Zahid berkata, pihaknya dimaklumkan masih terdapat banyak naskhah al-Quran yang diimport dari luar negara tidak mendapat izin KDN. Katanya, pemantauan rapi akan dilaksanakan kerana naskah yang dicetak tanpa pengesahan dari segi ejaan dan huruf itu berbahaya dan boleh menyeleweng akidah.

Sementara itu, mengulas dakwaan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang diculik sekumpulan lelaki di Lahad Datu semalam hingga mencetuskan polemik sebagai pengulangan krisis pencerobohan di Sabah baru-baru ini, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu.


No comments: