Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 26 June 2013

ADA YB MASUK TELINGA KANAN KELUAR TELINGA KIRI

Jangan lakukan perkara yang boleh musnahkan negara

YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menerima teks titah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Istiadat Pembukaan Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 25 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan kesemua Ahli Parlimen jangan melakukan perkara yang boleh memusnahkan negara. Seri Paduka bertitah, sebuah negara yang musnah akibat persengketaan atau mengalami kejatuhan ekonomi belum tentu dapat bangkit semula dalam tempoh yang singkat.

"Beta ingin mengingatkan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai Ahli Dewan yang mulia ini agar menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara serta sentiasa memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

"Janganlah berbuat sesuatu perkara yang boleh memusnahkan negara," titah Seri Paduka dalam istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian diiring masuk ke Dewan Bankuet untuk menerima sembah 'Hormat Diraja' bagi menggantikan upacara pemeriksaan kawalan kehormat yang sepatutnya berlangsung di Dataran Parlimen, berikutan masalah jerebu.

Upacara itu diteruskan dengan lagu 'Negaraku' yang dimainkan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari Kem Sungai Besi, diikuti sebanyak 21 das tembakan meriam. Keadaan dewan yang kecil tidak memungkinkan acara pemeriksaan kawalan kehormat melibatkan sebanyak 103 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama RAMD Kem Sungai Besi diadakan.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Timbalan-timbalan Yang Dipertua Dewan.

Yang hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri-menteri Kabinet, Ahli-ahli Parlimen serta wakil kedutaan asing. Seri Paduka bertitah, semua pihak perlu menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang telah diadakan mengikut lunas-lunas sistem demokrasi.

"Harapan beta kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, berkhidmatlah kepada rakyat dengan penuh dedikasi, berintegriti dan sentiasa menunjukkan akhlak yang terpuji demi agama, maruah diri, institusi Parlimen yang mulia dan negara yang tercinta," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri dan barisan jemaah menterinya kerana berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 pada 5 Mei lalu.

"Beta yakin kerajaan akan terus berusaha dengan gigih untuk membangunkan negara bagi mencapai matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," titah Seri Paduka.

Seri Paduka percaya komitmen kerajaan dalam merealisasikan agenda transformasi nasional melalui program-program di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memanfaatkan segenap lapisan masyarakat dari segi ekonomi, sosial, keselamatan dan politik.

"Dalam mencapai hasrat tersebut, kerajaan beta akan terus memberi penekanan terhadap nilai-nilai akauntabiliti, integriti, pematuhan undang-undang dan tadbir urus yang baik," titah Seri Paduka.

Tuanku Abdul Halim berharap kedudukan agama Islam tidak dipersoal dan diseleweng untuk kepentingan mana-mana pihak sehingga boleh memesongkan akidah umat Islam.

Seri Paduka bertitah, kerajaan komited untuk terus memartabat Islam berteraskan maqasid syariah dan akan terus memelihara kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Beta juga menyeru agar rakyat membuang sifat-sifat yang membawa kepada perpecahan sebaliknya mencari titik persefahaman untuk memupuk dan mengeratkan perpaduan," titah Seri Paduka.

Dalam pada itu, Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan negara dalam insiden serangan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pada Mac lalu.

Seri Paduka juga menyatakan penghargaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan dan anggota-anggota perkhidmatan awam dalam memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 berjalan lancar.
 
KOMEN : PERSOALANNYA ADA ORANG DAH ANGKAT SUMPAH TAPI MASIH KEDENGARAN RUNGUTAN KETIDAK PUASAN HATI MEREKA... SIAPA PANDAI SIAPA BODOH...? TENTULAH SAMPAH YANG DILUAR PARLIMEN TU YANG BODOH... KENA KENCING DENGAN KAKI LIWAT PUN MASIH NAK MERUSUH... ANAK SIAPALAH MEREKA ITU?????

No comments: