Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 16 August 2012

1,800 warga UiTM Melaka, penduduk kampung imarahkan masjid


DARI UTUSAN MALAYSIA
15/8/2012
Gambar Kiri: Sebahagian mahasiswa UiTM Cawangan Melaka dan penduduk bergotong-royong membakar lemang pada program Nur Ramadan di Kampung Kelemak, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.
ALOR GAJAH 14 Ogos - Seramai lebih 1,800 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka terlibat dalam program Nur Ramadan di Dataran Ilmu, Masjid Al-Hikmah di sini baru-baru ini.

Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam berkata, program tersebut begitu signifikan bagi warga universiti itu dalam mengimarahkan masjid menerusi pelbagai program ibadah termasuk aktiviti penyediaan juadah berbuka puasa.

"Kita bersyukur apabila Dataran Ilmu di masjid ini dapat dimanfaatkan untuk kegunaan semua fakulti dan budaya memasak lemang, bubur lambuk dan dodol adalah antara aktiviti yang kerap dilakukan menjelang ketibaan Ramadan.

"Pendekatan pelbagai kelab dan persatuan di universiti ini yang berlumba-lumba menganjurkan program bersama anak-anak yatim serta masyarakat luar dapat merapatkan lagi ukhuwah antara mahasiswa dengan masyarakat Islam di negeri ini," katanya ketika merasmikan program yang turut dimeriahkan oleh Pertubuhan Anak Darul Aitam dan penduduk Kampung Kelemak.

Kata Mizan, pihaknya turut menerima sumbangan seekor rusa daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman sebagai sajian berbuka puasa.

Antara pengisian program tersebut ialah tadarus al-Quran, solat isyak dan tarawih berjemaah serta sumbangan derma kepada rakyat Palestin.


No comments: