Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 May 2009

Benarkan pulang - Pembangkang

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemimpin tiga parti pembangkang hari ini meminta kerajaan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang pernah mengganas sehingga menyebabkan ramai anggota keselamatan terkorban kembali ke negara ini.

Bagaimanapun, mereka berkata, kerajaan perlu mengenakan syarat iaitu Chin Peng harus benar-benar insaf dan bebas daripada ideologi komunis sebelum dia dibenarkan berbuat demikian.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub berkata, tidak salah sekiranya Chin Peng dibenarkan kembali ke tanah air asalkan bekas pemimpin PKM itu tidak menjadikan komunis sebagai ideologinya.

"Saya syorkan kerajaan menemui Chin Peng dan membuat penilaian secara menyeluruh bagi menentukan sama ada dia masih komunis atau tidak.

"Jika Chin Peng tidak lagi mengamalkan ideologi ini saya tidak nampak perlunya kerajaan menghalang beliau daripada kembali ke tanah air. Chin Peng wajar dibenarkan kembali ke Malaysia sekiranya dia meninggalkan doktrin komunis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai tindakan sesetengah pihak yang cuba menghidupkan aktiviti komunis melalui laman blog, Salahuddin berkata, masyarakat di negara ini sudah tahu menilai baik buruknya dan mereka tidak mudah terpengaruh.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub pula berpendapat, tidak ada salahnya untuk Chin Peng kembali ke Malaysia asalkan beliau sudah berubah dan bersedia mendokong perlembagaan.

Menurutnya, jika mahu dipertimbangkan dari segi sejarah, Jepun dan British sebelum ini turut pernah menjajah Malaya dan melakukan kekejaman di negara ini.

"Di kala ini, ramai orang Jepun dan British yang melabur di Malaysia. Mereka juga dahulu pernah menjajah dan menzalimi rakyat di negara ini.

"Justeru, apabila era sudah berlalu, penilaian semula boleh dibuat. Sejarah lalu tidak bermakna kita perlu memutuskan hubungan dengan Jepun dan British. Hal ini sama juga dengan isu Chin Peng," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw meminta agar semua pihak terutamanya pemimpin kerajaan lebih bersifat memaafkan dalam isu kepulangan Chin Peng.

Seng Giaw berkata, kekejaman Chin Peng sememangnya pahit untuk dikenang tetapi rakyat di negara ini perlu menunjukkan sifat pemaaf kepada individu yang telah insaf seperti Chin Peng.

Beliau menambah, rakyat di negara ini seharusnya mencontohi bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela yang mampu memaafkan semua pihak meskipun didera dan diseksa di dalam tahanan selama berpuluh-puluh tahun.

"Ketika di dalam tahanan, Mandela kehilangan isteri dan anaknya tetapi sebaik menjadi presiden, beliau memaafkan setiap orang yang pernah menderanya.

"Begitu juga kita, bekas guru besar sekolah saya turut dibunuh komunis tanpa sebab. Saya juga tidak berpuas hati tetapi rasa maaf yang menebal di dalam rakyat negara ini seharusnya mengatasi segala rasa benci," katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula enggan mengulas selagi belum mengetahui pendirian Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengenai isu terbabit.

"Anda tanya Koh Tsu Koon dahulu mengenai pendirian beliau sebelum bertanyakan saya soalan yang sama," katanya sinis.


Dah terang lagi bersuluh...memang dasar PR ni mengambil kesempatan atas sokongan suara-suara sumbang yang buta sejarah. Yang Melayu menyokong kerana nak kan kuasa dan sokongan bangsa cina. Tak payahlah nak tunjukan kebaikan kita kepada manusia yang asal usul kerakyatan nya pun kita tak tahu. Makhamah dah putuskan yang kepala komunis tu bukan rakyat Malaysia pun. Sibuk sangat duk sokong pergi duk kat negeri Cina sana tu. Ingat bole hidup bebas ke, kalau mulut celupar tunggu aje masa nak kena hukuman tembak. Kaji balik asal usul parti DAP/GERAKAN mesti ada bau-bau bacang orang kata. Yang Pas/Pkr ni macam biasa tumpang tongkang cina entah nak kemana. Kalau dah sepanjang hidup pun duduk kat negara komunis takan berubah punya sebab kepala otak dia dah di komuniskan. Apa apa pun dia bukan Rakyat Malaysialah....

2 comments:

rimajohor said...

pelik bin ajaib, haram bin halal, halal bin haram.dulu haram, sekarang halal. dulu halal sekarang haram. bila orang haram. bila dia halal........malu...malu......

AJAI62 said...

Salam

Buah kelapa turkey

Itulah jadinya mereka kalau matlamat menghalalkan cara. Buat apa saja asal cita-cita tercapai.Yang penting kuasa.