Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 28 November 2013

Meringkuk daif kuasa?


Oleh ZULKIFLI JALIL 
pengarang@utusan.com.my
Pimpinan tertinggi UMNO bersama ribuan perwakilan melaungkan 'Hidup UMNO' dengan penuh semangat selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi ucapan penggulunggan pada Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC, Kuala Lumpur, Disember tahun lalu. - UTUSAN/Hafiz Johari

RAMAI yang pandai tetapi tidak ramai yang bijak. Ramai yang dapat markah tertinggi matematik tetapi mereka tak berkebolehan mengira agihan hak dan kepentingan orang ramai.

Pada zaman ini, terlalu ramai yang menyebut perihal 'memilih pemimpin yang berkualiti'. Kualiti apa?

Sebelum tahun-tahun 1970-an, orang Melayu tidak menyebut kualiti. Mereka menyebut 'sifat-sifat terpuji'.

Dalam soal ini, para perwakilan terdiri daripada ketua-ketua bahagian dan ahli Majlis Tertinggi serta orang UMNO yang akan memenuhi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 3 hingga 7 Disember ini, antara fokusnya harus membuat penilaian pasca atau post mortem pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) di semua peringkat. Ini supaya kegagalan lalu tidak berulang.

Setakat mana dasar 'calon boleh menang' atau 'winnable candidate' dapat dilaksanakan. Atau hanya satu kegiatan lisan yang sedap didengar tetapi tidak diamalkan? Kenapa MCA dan Gerakan mempermainkan kejujuran kepimpinan UMNO? Apakah dasar-dasar parti buatan MT atau Perhubungan yang masih tidak dilunaskan atau jika dilunaskan, tidak adil dan tidak menepati sasaran perjuangan.

Menarik perhatian ini, orang lama dalam UMNO yang mengagihkan 67 peratus dari usia 71 tahunnya untuk bidang politik dan perjuangan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengingatkan orang Melayu tidak harus mudah apologetik atas nama perjuangan. Atau semasa menegakkan yang hakiki.

"Fakta bahawa negara ini adalah asalnya negeri Melayu tetapi dikongsi pembangunannya dan pentadbirannya dengan warga bukan Melayu.

"Ini perlu penegasan dan penerimaan. Pendidikan nasional mesti terasas kepada beberapa prinsip antaranya hak Raja-raja, hak pribumi, bahasa dan budaya Melayu di samping menyatakan hak-hak sah kaum lain diterima," kata beliau kepada penulis baru-baru ini.

Dalam konteks ini, Rais yang telah berkhidmat di bawah lima Perdana Menteri dan memimpin 11 kementerian menegaskan:

"Jika Dong Zao Dong memekak, UMNO dan Pas mesti berani bersatu menempelak mereka. Jika pengguna Internet menderhakai Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja dan Negara ini, seret mereka untuk didakwa cepat dan berkesan.

"Jika ada yang mengkhianati dasar pelajaran negara, UMNO dan Pas mesti berani ke depan dan bertindak bagi pihak orang Melayu dan Bumiputera. Pemimpin UMNO semua peringkat tidak harus lembik, takut-takut, teragak-agak bila berdepan dengan sebarang pencabulan hak-hak asasi kaum."

Perimbangan ini, kata beliau, perlu diterima oleh orang Melayu dan bumiputera serta kaum-kaum Malaysia lain.

"Kita mesti hidupkan budaya berundang-undang mahir, berbicara juga mesti mahir dan menang," katanya. Melayu dan bumiputera harus jangan segan-silu mempelopori keutamaan perjuangannya sekali pun berlainan agama. Bagaimana dilaung, begitulah diamalkan.

Fasal 3 Perlembagaan UMNO, tegas Rais, jangan diabaikan.

"Jika agenda ini (Fasal 3 Perlembagaan UMNO) disambil lewakan atau berasa segan untuk dijayakan, lantaran takut apa orang lain kata, identiti perjuangan Melayu akan berpaling kepada tahap takut dan teragak-agak," katanya.

Justeru, kata beliau, fakta politik bilangan (politics of number) mesti dijuarakan, yakni dengan kekuatan 60 peratus Melayu-bumiputera di negara ini, di samping menghormati hak semua pihak, 'kita jangan takut memperjuangkan dan mengekalkan apa yang hakiki bagi kita'.

Perjuangan hakiki membela Melayu-bumiputera perlu terus diterapkan dalam perjuangan.

"Masyarakat bukan Melayu amat teguh budaya bangsa mereka hingga memegang hampir 68 peratus kekayaan negara ini tetapi mereka bebas mengatakan pelbagai cerca dan penidakan konon mereka disisih didiskrimasikan, seolah-olah mereka jadi warga nombor dua atau nombor tiga.

"(Sedangkan) kita mengetahui Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamatarafan semua warga Malaysia.

"Tetapi hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perkara 153 jangan dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara. Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa, galakan ekonomi bagi orang Melayu dan Bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957," kata Rais lagi.

Kata Rais, kritikan pihak-pihak luaran UMNO terhadap Dasar Ekonomi Baru dan perjuangan pimpinan UMNO menegakkan ekonomi anak bangsa harus dibereskan.

"Ramai yang lupa bahawa apa yang ada pada orang Melayu hanyalah sekelumit berbanding apa yang dimiliki kaum-kaum lain.

"Dalam hal pemilikan tanah-tanih, perniagaan, pelajaran dalam bidang profesional, teknikal, perubatan dan sebagainya, orang Melayu dan bumiputera masih jauh terkebelakang walaupun kejayaan di tahap-tahap tertentu sudah menunjukkan kejayaan," katanya.

Disemak-semak balik pada peringkat mata kasar ini, benar dan tepat hujah-hujah Rais.

Dalam sejarah 20 orang terkaya di negara ini, siapa yang berada di barisan 15 pertama. Hanya tiga orang Melayu dalam senarai itu. Dalam berbilion ringgit hartanah, bangunan, saham, industri, siapa yang muncul teratas dan terkaya?

Siapa yang kaya dengan pegangan harta di Pulau Pinang, Kangar, Alor Setar, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru, Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching?

Melayu dan Bumikah atau kaum Tionghua?

Kenapa Pas dan PKR segan silu nak berterus-terang dalam hal seperti ini? Dan kenapa pula orang UMNO segan bercakap pasal toleransi dan agihan kepentingan sebesar itu?

Inilah cabaran-cabaran yang orang UMNO dan pemimpinnya hadapi buat masa depan.

Selagi Melayu tak sedar akan hakikat ini, selama itulah kita akan meringkuk dalam keadaan daif kuasa.




KOMEN : 1) KONDOM YANG DISARONG (PLAY SAFE) KUALITINYA TAHAN LAMA TAK?
2) DUIT YANG DITABUR TU PUN KUALITINYA BOLEH TAHAN BERAPA LAMA KALAU DISIMPAN?
3) PEMIMPIN YANG DIPILIH TU KUALITI OTAK NYA MACAMANA... ADAKAH MASIH PUNYA OTAK HALF COOK?
4) MASIH ADAKAH PEMIMPIN UMNO YANG LANTANG MEMPERTAHANKAN HAK-HAK ORANG MELAYU? ADAKAH ATAU SEMUANYA DAH DIPICIT TELURNYA...?
5) KALAU NAK TULIS BANYAK LAGI... FIKIR2LAH SENDIRI KENAPA UMNO JADI SEMAKIN LAYU....?

Wednesday, 20 November 2013

Ada jaminankah kenderaan baru bebas kemalangan!

  
Oleh Fauziah Arof




HUTANG pinjaman kereta habis dalam tempoh 9 tahun, baru lega 3 tahun bebas hutang kena buat hutang baru lagi untuk beli kereta baru. Jika begitu sampai ke mati hutang tak habis-habis. Mengarut sungguh."

Itu antara banyak keluhan yang saya baca dalam laman-laman sosial berhubung kajian Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mengenai kereta melebihi usia 12 tahun tidak selamat dipandu di jalan raya. Sememangnya dalam isu menangani kes kemalangan jalan raya, banyak pihak yang begitu prihatin dan amat bimbang tentangnya, maka timbullah macam-macam cadangan dan idea sama ada daripada MIROS sendiri, pemimpin-pemimpin parti politik, badan-badan bukan kerajaan dan perseorangan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan.

Hakikatnya, kemalangan jalan raya terus meningkat walaupun sudah ada had laju yang perlu dipatuhi, sudah ada kamera perangkap had laju, langkah-langkah keselamatan diperketatkan seperti pemasangan tali pinggang tempat duduk belakang, pindaan undang-undang jalan raya dan lain-lain. Semuanya sudah ada. Tetapi apabila mengehadkan jangka hayat kereta di jalan raya tentulah ini sesuatu yang perlu diteliti sedalam-dalamnya.

Sebabnya, dalam kita mahu mengurangkan kos kerugian kerajaan yang bernilai RM9.1 bilion kerana kemalangan jalan raya sepanjang tahun lalu, kita sekali gus melibatkan kemampuan rakyat untuk menukar kereta baru setiap 12 tahun.

Sudah tentu golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang merupakan majoriti penduduk di negara ini akan terbeban. Ini kerana harga kereta di negara ini bukannya murah seperti di negara-negara maju. Membeli kereta bukanlah semudah dan semurah seperti membeli sebuah basikal.

Rata-rata skil gaji di negara ini pun terutamanya dalam sektor swasta masih di tahap rendah. Belum mencapai pendapatan seperti di negara-negara maju. Dengan kos sara hidup yang kian meningkat, cadangan ini sudah tentu sangat membebankan.

Bagi pesara pula, sudah pasti mengalami kesukaran untuk membuat pinjaman bank dan membayar ansuran kereta. Elok-elok di usia persaraan sudah bebas hutang, kena tanggung hutang kereta lagi. Hendak harapkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tak akan semuanya hendak dihabiskan untuk beli kereta. Kereta berusia lebih 12 tahun yang ada, yang masih baik keadaannya dan boleh dibawa ke mana-mana, hendak dijadikan apa pula di rumah? Mahu dijual sudah tentulah tak laku.

Sedangkan semua pun tahu tidak kiralah kereta apa pun yang dipandu, buruk atau baru, yang mewah atau kereta murah sekiranya pemandunya ‘kaki pecut’ dan mengamalkan pemanduan yang berbahaya serta tergopoh-gapah sudah tentu orang macam inilah yang menjadi segala puncanya.

Selain faktor pemanduan, soal penyelengaraan kereta seharusnya diberi penekanan. Jika kereta baru tetapi tidak diselenggara dengan baik, lampu signal rosak tidak diganti atau brek tidak berfungsi dengan baik misalnya, boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Kemalangan jalan raya yang membabitkan nyawa ini juga sering membabitkan bas, lori atau van. Ini selalu kita dengar dan baca di akhbar-akhbar. Jika kereta berusia lebih 12 tahun dikatakan tidak selamat, bagaimana pula dengan kenderaan-kenderaan komersial ini? Adakah satu hari nanti kenderaan kategori ini dicadangkan juga supaya tidak dibenarkan berada di jalan raya kerana sudah banyak membabitkan kemalangan jiwa? Dan ramai juga tertanya-tanya sama ada MIROS mempunyai statistik khusus mengenai kereta berusia lebih 12 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Mujur Pemangku Menteri Pengangkutan semalam menjelaskan kementerian tidak bercadang melupuskan kenderaan berusia lebih 12 tahun.

Sememangnya soal keselamatan dan nyawa tidak boleh dikompromi. Jangan berkira sangat untuk hal-hal keselamatan, tetapi dapatkah diberi jaminan bahawa kenderaan baru akan membuat negara ini benar-benar bebas kemalangan dan sekali gus boleh mengubah sikap pemanduan kita?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131120/re_03/Ada-jaminankah-kenderaan-baru-bebas-kemalangan#ixzz2l9JxdoBF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

KOMEN : WALAU APA PUN YANG DIKATAKAN OLEH PEMANGKU MENTERI, NAMPAK SANGAT KEBODOHAN DAN KEGELOJOHAN SI TIMBALAN MENTERI TERSERLAH DALAM KABINET DAPUR NAJIB... TAHNIAH ... 

Tun Dr. Mahathir: Kehebatannya dulu hingga sekarang


Oleh Zaini Hassan



Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan sesuatu tentang Kedah sambil diperhatikan Zaini Hassan pada Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah di Alor Setar, baru-baru ini.

KHAMIS minggu lalu, saya berada di Alor Setar kerana diminta mengendalikan satu majlis forum bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad sempena Karnival 7 Hari 7 Malam Muzium Padi Kedah.

Saya menjadi moderator dan Tun sebagai ahli panel. Majlis itu dikenali sebagai Sembang Petang Bersama Tun. Kami membicarakan mengenai tajuk ‘Transformasi Kedah’ daripada kaca mata beliau.

Majlis itu berjalan lancar. Seperti biasa semua soalan dijawabnya dengan bijak, panjang lebar dan penuh bersemangat. Sebagai anak Kedah, beliau memberi buah fikirannya bagaimana untuk menukar Kedah menjadi negeri yang lebih hebat, sebagaimana beliau mengubah Malaysia hari ini.

Semasa mukadimah saya melontar satu hipotesis. Diandaikan Tun bukan menjadi PM Malaysia selama 22 tahun, sebaliknya menjadi MB Kedah selama 22 tahun, apakah Kedah akan berjaya diubahnya menjadi seperti Malaysia ini?

Saya juga bertanya mengenai ciri-ciri yang sepatutnya ada kepada seorang Menteri Besar di Kedah. Saya katakan kepadanya ikut sejarah MB Kedah ini rata-ratanya ada “badi" - macam-macam perkara berlaku. Dia angguk dan tersenyum.

Bagi Tun, ciri-ciri itu ialah: MB itu haruslah seorang yang rajin bekerja, merendah diri, kerap berjumpa rakyat, sering bertanya khabar rakyat. Dan yang paling penting: Jangan menganggap diri sebagai Yang Amat Berhormat.

MB yang dimaksudkan itu ialah anaknya sendiri, Mukhriz Mahathir. Dan pada pandangan saya ciri-ciri itu ada pada Mukhriz dan ia harus dipertahankan.

Sebagai moderator saya sedar Tun sedikit terbatuk-batuk semasa majlis itu. Beberapa kali percakapannya terhenti. Saya risau juga dengan keadaan beliau. Forum yang sepatutnya berjalan selama dua jam, saya pendekkan ke satu setengah jam.

Sebagai anak Kedah, saya juga cukup tertarik bertanyakan soalan-soalan merangkumi negeri itu. Apakah Kedah akan terus menjadi negeri jelapang padi, kedudukan Pulau Langkawi, kawasan industri Kulim dan Sungai Petani, sehinggalah kepada soal-soal makanan tradisi emping ringgi yang sekarang hanya dihasilkan di Kampung Pulau Timbul di Tunjang.

Tun cukup ceria di sepanjang forum itu. Dia juga kelihatan cergas. Di meja makan, beliau juga cukup ceria. Bercerita mengenai makanan yang dihidangkan.

Bercerita mengenai makanan tradisional Kedah yang menjadi kegemarannya, terutamanya kuih karaih, kuih seperti bihun goreng yang dilipat berbentuk bulan sabit seperti apom balik. Makanan kegemarannya emping goreng turut dihidangkan. Beliau menjamah sedikit.

Di meja makan itu, kemudian beliau bercerita mengenai soal-soal lain, termasuklah mengenai soal Melayu. Dalam satu cerita itu, beliau menggambarkan bagaimana orang Melayu itu lebih suka kepada bangsa lain lebih daripada bangsanya sendiri. Beliau mengimbau kembali semasa beliau menjadi doktor dulu.

Pada masa itu ada doktor orang putih (Inggeris) dan kakitangan orang putih, kita sebagai doktor pun orang kita tak peduli dah dengan kita, mereka memuja orang putih itu lebih daripada kita... Mungkin itulah juga yang berlaku sekarang kepada orang Melayu. Mereka sanggup memberi apa sahaja kepada bangsa lain, waima kuasa sekali pun.

Tun dan isteri kesayangannya, Tun Siti Hasmah yang sentiasa mengiringi suaminya itu ke mana sahaja, juga kelihatan cukup ceria. Mereka adalah pasangan ideal dua sejoli, yang patut dicontohi oleh semua pasangan suami isteri.

Kelmarin, Tun dimasukkan ke Institut Jantung Negara kerana mengadu kurang sihat. Marilah kita doakan agar Allah SWT terus memelihara kesihatannya. Dalam usianya 88 tahun, beliau terus menerima banyak undangan dari dalam dan luar negara dan rata-rata semuanya dipenuhi oleh beliau.

Semasa kami di Alor Setar, beliau berkata beliau juga sepatutnya berada di Surabaya kerana menerima jemputan berucap. Saya difahamkan Tun telah berlepas ke Surabaya kelmarin dan terbang semula ke tanah air kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan. Majlis itu kemudian dibatalkan.

Tun memang hebat. Allah SWT menganugerahkan kehebatan kepada Tun, dulu dan sekarang!

Semoga Allah SWT terus melindungi beliau. Amin.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131120/re_06/Tun-Dr-Mahathir-Kehebatannya-dulu-hingga-sekarang#ixzz2l9FnoleW  © Utusan Melayu (M) Bhd 


KOMEN : SEMOGA TUN CEPAT SEMBUH... AMIN..

Lenturlah rebung sebelum keras jadi buluh



oleh Abdul Razak Idris




Peserta yang terpilih mengikuti program Mencari Ramli '3' diberi taklimat oleh jurulatih dari luar negara di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini. Kerjasama mencari bakat anjuran Telekom Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia dan Kementerian Pendidikan patut diteruskan.

MALAYSIA sebagai negara maju pada tahun 2020 sebagaimana impian negarawan besar, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan dicadangkan semalam mahupun dua hari lepas. Jika kita mahu mengecap nikmat sebagai negara berpendapatan tinggi juga, perlu juga dirancang berpuluh-puluh tahun lalu dan kita sedang menuju ke destinasi tersebut kurang tujuh tahun dari sekarang.

Dewasa ini, negara dicanangkan menghadapi masalah dalam sukan bola sepak, rumah semakin mahal dan pelbagai masalah sosial yang menghantui kita sebagai rakyat negara yang aman dan sentosa ini.

Formula untuk mengatasi masalah yang ada, kadang kala memeningkan minda pak menteri hingga ada yang seakan-akan bertelagah dengan pihak berkaitan untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu. Namun bak kata pepatah, kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Masalah bola sepak negara misalnya sudah berada di tahap buluh, semakin cuba di atasi semakin miang mengerenyam jadinya. Justeru untuk mengatasi setiap masalah, sepatutnya kita mencari punca dan bukannya terus-terusan mengkritik dan mencari salah orang lain sehingga punca masalah hilang daripada perbincangan, hanya populariti pihak terlibat semakin mencanak.

Masalah bola sepak misalnya bukan masalah negara, ia adalah masalah antarabangsa sebenarnya. Jika kita kaji sejarah bola sepak di negara ini, sukan tersebut dibawa oleh orang British pada awal kurun ke-20. Pada masa itu orang Melayu hanya pandai main konda-kondi dan sepak raga ratus hinggalah permainan bola sepak diperkenal oleh Mat Salleh dari England yang hari ini cucu cicitnya berbuku di hati kerana hanya menang sekali pada tahun 1966 (itu pun semasa menjadi tuan rumah).

Negara seperti Brazil yang handal bersamba pun mengalami gerhana dalam pencapaian bola sepak dan tidak memenangi kesemua 19 Piala Dunia yang diadakan semenjak tahun 1930. Kemalapan prestasi bola sepak biasanya disebabkan tiada lagi pemain berbakat istimewa dalam sesuatu pasukan dan inilah masalah yang negara kita hadapi iaitu pembangunan di peringkat akar umbi yang mana peringkat sekolah dibebani kepada guru semata-mata. Bakat yang ada ibarat mencari jarum di dalam jerami.

Sehubungan itu, langkah mengkorporatkan pasukan bola sepak di semua peringkat dengan syarikat swasta mahupun syarikat milik kerajaan (GLC yang mempunyai jiwa patriotik) boleh dilaksanakan.

Sukan bola sepak walaupun bertaraf amatur mahupun peringkat sekolah rendah, biarlah ditadbir urus secara profesional dan bukan sekadar cukup-cukup makan atau sekadar ada sahaja.

Di peringkat kampung pada satu masa dahulu memang wujud pemain bola sepak yang berbakat ala lagenda bola sepak dunia, Diego Armando Maradona Franco tetapi setakat main di tepi sungai tiada jurulatih negeri yang memandang sebelah mata.

Di peringkat sekolah, guru Pendidikan Jasmani hanya akan memilih pemain yang pandai menggelecek seorang dua dan pandai membodek dirinya dan bukannya atas dasar bakat bermain.

Hari ini masalah yang sama dikhuatiri berlaku kerana jurulatih bola sepak bukannya robot, mereka adalah manusia juga punya hati umpama kerak nasi.

Pihak yang terlibat dengan pergeseran demi melihat mutu bola sepak meningkat perlu bertemu selalu untuk berbincang hati ke hati, bukan setakat melontar tweet mahupun posting sepatah dua kata pedas di laman sosial.

Contohilah bagaimana kelab bola sepak British yang sudah dikorporat menyemai baja latihan dan kemahiran kepada anak kecil yang baru masuk darjah satu di padang-padang hijau yang tidak berlekak-lekuk seperti sesetengah padang di negara kita.

Pemain hebat seperti Wayne Rooney mahupun David Beckham bukan entah dari lubuk mana terus mewakili Manchester United pada usia 17 tahun. Mereka bermain dari peringkat liga bawahan antara kelab yang ada institusi latihan bola sepak yang sama dan seterusnya setelah dewasa muka-muka itu juga yang muncul dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Skuad Malaysia perlu menetapkan satu jenis konsep latihan dan jenis permainan untuk membentuk pasukan dari sekarang dan bukannya terus bereksperimen dan mencongak strategi tanpa ada kepastian identiti pasukan yang sebenar-benarnya.

Perkara inilah yang perlu diselesaikan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan bukannya bertindak menyelesaikan masalah tanpa mendengar komen pak menteri dan pakar-pakar sukan yang mungkin ada ilmu yang 'kita' tidak ada.

Sewajarnya di era menjelang 2020 ini, mutu bola sepak berada di landasan yang dibanggakan oleh generasi muda kita yang sedang membesar. Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diumum Menteri Pendidikan awal tahun ini amat molek dan tepat pada masanya.

Mana-mana pemain yang tinggi dan berdada lebar perlu dikenal pasti untuk diasah bakat menjadi bakal pemain negara, jangan dada lebar mahu tunjuk sombong dan tinggi diri pula. 

Anak-anak muda perlu juga diterapkan semangat cintakan sukan warisan kita seperti sepaktakraw yang semakin dikuasai bangsa Korea.

Sepatutnya kita, bila berdepan dengan masalah, kita selesaikan dari peringkat hulu bukannya sibuk membuat kecoh di hiliran.

Pembangunan peringkat rebung amat perlu bukan sahaja dalam bola sepak malahan formula sama boleh diguna pakai bagi mengatasi masalah lain iaitu menyelesaikan punca masalah bukan setakat mencari jalan 'mengubati' setelah ia di tahap nazak.

Di negara ini bukan sukan bola sepak sahaja perlu perhatian dan dodoian pihak kerajaan malahan sukan sepaktakraw warisan kita senasib dengan England yang merupakan negara asal sukan bola sepak.

Juara bola sepak dunia dan Eropah adalah Sepanyol manakala sepaktakraw dikuasai Thailand yang dahulu menjadi saingan utama negara kita.

Sukan badminton juga mengalami sedikit masalah apabila kita tiada pelapis pakar perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang semakin dimamah usia walaupun masih hebat. Beregu dan pemain lain, tiada nama yang boleh dibanggakan oleh rakyat negara ini.

Tepuk dada tanya selera, adakah kita mahu terus menuding jari antara satu sama lain. Di atas kata di bawah salah dan di kiri kata di kanan salah maka pada penghujungnya seorang pun tidak merasa bersalah.

Demi bola sepak negara dan sukan-sukan lain yang negara kita ungguli sebelum ini, sama-samalah kita melentur rebung yang sedang tumbuh di sekolah-sekolah.

Zaman Mokhtar Dahari yang kita rindui sudah berlalu, kini kita ada Safee Sali dan kawan-kawannya. Jika kita tidak mampu memperkasakan skil dan kemampuan mereka untuk menang, janganlah mereka dikritik dengan teruk. Kerana begitulah sifat rebung apabila sudah menjadi buluh. Ia pasti akan berbunyi apabila dipukul mahupun dijadikan seruling.

Masa masih ada.



KOMEN : MASA ITU SELALU ADA DAN SENTIASA BERGERAK MENINGGALKAN KITA... CUMA MAHU DANGAN TIDAK MAHU AJE... BAK KATA ORANG HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH...

Tuesday, 19 November 2013

Kembalinya gerakan LGBT

Prinsip-prinsip Yogjakarta merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. - Gambar hiasan

PADA 7 Mac 2012, Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menganjurkan suatu panel perbincangan berkenaan "Diskriminasi dan Keganasan berdasarkan

Orientasi Seksual dan Identiti Gender" yang berlangsung sebagai sebahagian acara tahunan sesi ke 19 Majlis Hak Asasi Manusia di  Geneva, Switzerland. Panel tersebut telah mendapat bantahan daripada Kumpulan Negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, yang telah mengirim sepucuk surat kepada Presiden Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Laura Dupuy Lasserre bagi menyatakan kebimbangan negara-negara OIC terhadap usaha untuk memperkenalkan di dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (UDHR) terma-terma serta standard-standard berkenaan Orientasi Seksual dan identiti Gender (SOGI) yang asing di dalam "bahasa" dan "penerimaan nilai-nilai sejagat" berkenaan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual, serta dengan jelas menolak sebarang usaha untuk menjadikan orientasi Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) sebagai nilai yang sepatutnya diterima semua negara anggota PBB sebagai sebahagian dari hak-hak asasi manusia sejagat.

Percubaan panel tersebut banyak mendapat inspirasi awal dari Prinsip-prinsip Yogjakarta (Yogyakarta Principles), yang merupakan satu set prinsip  berhubung orientasi seksual  dan  identiti jantina yang diwujudkan dengan hasrat  untuk memohon  piawaian undang-undang hak asasi manusia antarabangsa  bagi menangani  penyalahgunaan kuasa hak asasi manusia  golongan LGBT, dan  isu-isu  antara seks (intersexuality). Prinsip-prinsip tersebut  telah dihasilkan pada  satu mesyuarat  antara Suruhanjaya Juri Antarabangsa , Perkhidmatan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia dan  pakar-pakar hak asasi manusia  dari seluruh dunia  di Universiti Mada di Pulau Jawa  pada 6 hingga  9 November   2006.

Dokumen penutup "mengandungi 29 prinsip yang didakwa diterima dengan sebulat suara oleh pakar-pakar bersama dengan  cadangan kepada kerajaan, institusi-institusi  antara kerajaan daerah,  masyarakat awam dan PBB sendiri" dinamakan sempena Yogyakarta,  wilayah  paling kecil Indonesia  (tidak termasuk  Jakarta)  yang terletak  di pulau Pulau Jawa.  Prinsip-prinsip  ini  belum diterima  oleh negara-negara dalam  satu perjanjian, maka  secara kendiri, ia bukan bahagian undang-undang hak asasi manusia  antarabangsa yang mengikat secara sah, walaupun  prinsip-prinsip tersebut bertujuan bertindak sebagai bantuan penafsiran terhadap perjanjian  hak asasi manusia.

Antara 29 penandatangan prinsip-prinsip adalah Mary Robinson,  Manfred Nowak, Martin Scheinin,  Elizabeth Evatt, Philip Alston,  Edwin Cameron, Asma Jahangir, yang kesemuanya berhasrat supaya prinsip-prinsip Yogyakarta harus diterima sebagai standard sejagat, mengesahkan standard undang-undang antarabangsa yang mengikat yang mana semua negara mesti patuhi. Walaubagaimanapun, beberapa negara anggota khususnya negara-negara OIC telah menyatakan keraguan mereka terhadap pandangan tersebut.

Prinsip-prinsip tersebut, selain dari mencetuskan Resolusi 17/19 PBB berhubung hak-hak LGBT, telah menjadi sebahagian perkara yang dinyatakan di dalam Laporan Gabungan NGO Malaysia (COMANGO) bertarikh 11 Mac 2013 yang dijadikan asas semakan rekod Hak Asasi Manusia Malaysia pada 24 Oktober 2013 yang lalu. 

COMANGO telah secara khusus menuntut supaya seksyen 377A Kanun Keseksaan dihapuskan, selain mengesyorkan Malaysia menurut prinsip-prinsip Yogyakarta. Kesan jangka panjang tuntutan ini, yang berselindung di sebalik istilah 'diskriminasi minoriti', ialah untuk membolehkan perkahwinan sesama jenis dijalankan di Malaysia tanpa sebarang halangan undang-undang atau kawalan moral.

Berselindung

Ternyata prinsip-prinsip Yogyakarta ini merupakan satu agenda bahaya yang secara berterusan menjadi usaha yang berselindung di sebalik nama hak asasi manusia sejagat. Bagi negara-negara OIC khususnya, bantahan yang dinyatakan melalui surat bertarikh 14 Februari 2012 tersebut menggambarkan kegusaran yang mendalam terhadap usaha-usaha agresif untuk mengiktiraf secara terbuka hak-hak yang berlawanan dengan fitrah semulajadi manusia. Hal ini demikian oleh kerana negara-negara Islam sedar bahawa tuntutan terhadap hak-hak sedemikian melampaui garis normal kemanusiaan yang akhirnya akan membawa pada kebinasaan tamadun manusia.

Amaran Qurani yang sangat jelas seperti pembalasan yang dikenakan terhadap kaum Nabi Luth a.s yang mengingkari panduan hubungan manusia secara sejahtera menjadi peringatan yang tetap relevan hingga ke akhir zaman.

Melalui Kumpulan Negara-negara OIC bagi Hak Asasi Manusia, Malaysia telah pun menyatakan undian bantahan terhadap Resolusi 17/19 berkenaan hak-hak LGBT. Malaysia sendiri menghadapi arus kempen yang kuat di dalam negara yang menunjukkan bibit-bibit sokongan terhadap hak-hak LGBT ini telah pun dipengaruhi prinsip-prinsip Yogyakarta.

Sebagai contoh, susulan pengaruh prinsip-prinsip Yogyakarta tersebut juga, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang berpengaruh di Amerika Syarikat, Human Rights Watch (HRW) berhujah undang-undang anti-liwat yang berkuatkuasa di Malaysia sudah ketinggalan zaman (archaic) kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. Oleh itu, badan hak asasi antarabangsa itu menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat yang kononnya melanggar hak privasi dan berbentuk diskriminasi serta perlu diganti dengan undang-undang baru yang membenarkan aktiviti liwat. Menurutnya, undang-undang baru itu mestilah selaras dengan prinsip-prinsip Yogyakarta, laporan Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi Vienna yang mengiktiraf hak-hak asasi manusia termasuk melakukan aktiviti seks luar tabie atas dasar suka sama suka.

Prinsip-prinsip tersebut juga telah mula mendapat tempat dalam kalangan segelintir NGO Hak Asasi Manusia dan beberapa parti politik di Malaysia. Penganjuran Seksualiti Merdeka misalnya, jelas mendapat inspirasi dari usaha-usaha di peringkat global untuk mendapatkan "hak dan pengiktirafan" bagi golongan LGBT, atas dasar kononnya teguran atau tindakan untuk memandu golongan ini disifatkan sebagai "diskriminasi" dan "tekanan sosial' terhadap mereka. Mereka juga merasakan sepatutnya dibenarkan untuk bebas memilih orientasi seks, meskipun orientasi tersebut berlawanan dengan fitrah keagamaan dan kacamata ketamadunan manusia.

Malaysia seharusnya memimpin usaha menentang perkembangan yang sangat berbahaya ini. Sehingga kini, sebanyak 14 negara di dunia yang telah mengiktiraf dan mempunyai undang-undang perkahwinan sejenis. Seperti yang dilaporkan agensi Reuters, 13 November baru-baru ini menyaksikan Hawaii menjadi negeri terkini di dalam Amerika Syarikat yang mengiktiraf perkahwinan sejenis apabila gabenornya Neil Abercrombie menandatangani rang undang-undang untuk mengesahkan keizinan tersebut. Ternyata Amerika Syarikat sedang berhadapan dengan masalah yang sangat serius yang bakal menghancurkan sisa-sisa kemanusiaan yang masih ada padanya.

Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, Malaysia perlu terus mengekalkan kedaulatannya dengan tidak tunduk terhadap tekanan antarabangsa melalui penerimaan terhadap prinsip-prinsip Yogyakarta dan lain-lain instrumen yang digunakan untuk menerbitkan hak-hak songsang mereka yang berjuang di sebalik gagasan hak asasi manusia sejagat. 

Peranan Islam sebagai agama negara dan tugas Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara Islam berdasarkan sumpah jawatan pada Jadual Keempat, Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan, ditambah dengan penerimaan prinsip-prinsip Rukun Negara yang jauh sekali menerima hak dan aktiviti songsang seperti yang dituntut golongan LGBT ini, sepatutnya menzahirkan keunikan dan kemampuan Malaysia untuk mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat tanpa mengorbankan nilai agama, budaya setempat dan realiti negara. 

Malah hal ini adalah seperti mana yang telah dipersetujui bersama melalui Persidangan Hak Asasi Manusia 1993 di Vienna berkenaan kepentingan mengambil kira faktor-faktor tersebut di dalam menuntut sesebuah negara untuk patuh dengan hak-hak asasi manusia sejagat.

Secara khususnya, pada bulan Mac depan, kerajaan Malaysia perlu tegas menolak beberapa syor negara-negara seperti Jerman, Belanda dan Austria yang mahukan Malaysia menghapuskan undang-undang anti-liwat dan mengiktiraf hak-hak LGBT, sebagaimana yang dizahirkan di antara 232 syor-syor pada sesi UPR baru-baru ini. 

Malaysia perlu meneruskan sikap dan pendirian konsisten menolak pengiktirafan hak-hak LGBT sebagaimana yang telah ditegaskan ketika menolak Resolusi 17/19 PBB dan ketika menandatangani Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN pada November tahun lepas.

Selain itu, wujud keperluan segera untuk Malaysia memulakan gerakan menghapuskan prinsip-prinsip Yogyakarta 2006 yang sangat berbahaya terhadap kelangsungan tamadun kemanusiaan. Malah, gerakan ini sangat mendesak oleh kerana prinsip sedemikian, tanpa ramai yang menyedari, telah dimaktubkan di negara Islam terbesar di dunia, Indonesia yang juga merupakan jiran terdekat rumpun melayu-Islam dan negara anggota OIC.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131117/re_01/Kembalinya-gerakan-LGBT#ixzz2l3ruZs3m © Utusan Melayu (M) Bhd 


Amalan berbudi bahasa dalam masyarakat semakin luntur



PENULIS ialah pemerhati sosio-politik 
noor.azam33@gmail.com




ISUNYA bukan bola. Bukan tak boleh bertegur sapa. Isunya adab berbahasa. Dalam budaya Melayu ada yang disebut berbudi bahasa. Tingkah laku dan cara kita bertingkah-kata, terutama di depan massa. Sekarang lebih penting lagi, kerana akan tersiar dalam media massa dan media sosial yang bebas dan luas sebarannya. Lebih besar lagi kesannya apabila yang bertingkah kata adalah tokoh terkemuka.

Zaman tiga puluh atau empat puluh tahun dulu, yang jadi contoh teladan adalah orang tua-tua atau yang bergelar dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Zaman itu tidak ada istilah idola yang dipopularkan melalui kegiatan seni di pentas dan dalam tv.

Tanpa diangkat-angkat dan dipuji-puji dengan publisiti, orang tua dan berpangkat dijadikan contoh teladan. Sekarang, semakin ramai orang tua-tua dan yang dianugerah kehormatan istana pun, tingkah laku dan bahasa percakapan mereka tidak berbudi bahasa lagi. Yang melakukan bermacam jenayah pun kian ramai.

Perkataan "biadab" dan "kurang ajar" yang dulunya jarang sekali kita dengar di khalayak ramai, sekarang sudah jadi bahasa basahan. Maaflah, ada kalanya kenyataan dari istana pun menggunakan kata "biadab".

Bahasa dan tingkah laku sangat kasar tak bersopan dalam episod pertengkaran keluarga - yang jadi kegemaran penulis skrip drama tv untuk menunjukkan konflik - sudah keterlaluan. Apakah sampai begitu sekali parahnya tingkah laku dalam keluarga orang Melayu sekarang?

Bahasa istana pun - kecuali dalam majlis adat istiadat - makin hilang. Semakin ramai rakyat Malaysia yang tak boleh berbahasa Melayu yang bagus - apa lagi bahasa istana - dianugerahi gelaran Datuk dan Tan Sri. Pendek kata, semakin hari, amalan berbudi bahasa dalam masyarakat kita, semakin luntur. Dalam acara hiburan Melayu di tv kita - anak-anak muda penggemar siaran tv di panggung - dilatih menjerit melolong terpekik-pekik bagai dirasuk polong.

Maaflah, mukadimah ini agak panjang. Sebenarnya saya nak tulis tentang masalah perbezaan pendapat antara YB Khairy Jamaluddin dengan Datuk Jamal Nasir dan Datuk Siti Nurhaliza. Saya menganggap peristiwa seperti ini - yang belum pernah terjadi - adalah penting.

Khairy bukan sebarangan orang. Beliau seorang menteri, tokoh muda yang segak dan popular; punya masa depan yang panjang untuk menjadi pemimpin negara. Sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas kemajuan sukan, beliau boleh saja menegur dan mengkritik persatuan dan kelab sukan di bawah naungannya.

Akan tetapi dengan status ini, tidak seharusnya membolehkan beliau meluahkan perasaannya sampai melupakan kesopanan Melayu dan kebijaksanaan seorang pemimpin yang dipilih oleh parti Melayu dan rakyat.

Kata Datuk Siti Nurhaliza dalam twitternya, selepas pemimpin persatuan bola sepak dan Datuk Jamal Nasir diserang YB Khairy: "Sbg Menteri Muda & being look up, rasanya @Khairykj perlu menggunakan pendekatan yang lebih berhemah…lantang x perlu biadab dgn yg lebih tua." Siti beralaskan komennya dengan perkataan "rasanya" dan "berhemah".

Malangnya para penyokong Khairy menghentam Siti dengan mengungkit perkahwinan dan taraf pendidikannya, dibandingkan dengan Khairy yang mendapat ijazah dari Universiti Oxford dan berkahwin dengan anak Perdana Menteri.

Janganlah lupa: Rezeki, jodoh pertemuan dan tanah kubur kita di tangan Tuhan. Tiada pasti apakah taraf pendidikan penyokong-penyokong menteri kita ini.

Namun ini menunjukkan orang yang rendah moralnya dan tak tahu berbudi bahasa. Dan ini bukanlah salah mereka, tetapi bukti salah didikan dan contoh teladan yang kita berikan. Kalau guru kencing berdiri, murid akan kencing berlari.

Jamal Nasir sebagai orang tua yang berkhidmat dalam bola sepak negara - lama sebelum YB Khairy ikut masuk ke lapangan ini - merasa tersentuh hatinya. Kritik tajam daripada seorang menteri yang ada kuasa dan kepandaian, dirasakan bagai sembilu berbisa.

Sayanglah! YB Khairy menyambut luahan perasaan orang tua ini - dengan sergahan "Orang luar jangan masuk campur!"

Ada banyak isu di negara kita ini, lebih-lebih lagi yang berkenaan dengan bangsa kita, "orang luar" patut sekali "ikut campur".

Rakyat yang prihatin ikut bertanggungjawab apa yang berlaku. Sumbangan rakyat diperlukan untuk membolehkan rancangan kerajaan dilaksanakan. Undi rakyat diperlukan dalam setiap pilihan raya. "Suara rakyat" - meskipun dianggap "orang luar" - adalah salah satu ciri penting dalam amalan demokrasi.

Mohon maaf. Ini hanya coretan pendapat seorang tua yang duduk jauh di luar gerbang kuasa.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131119/re_07/Amalan-berbudi-bahasa-dalam-masyarakat-semakin-luntur#ixzz2l3llVJXd
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Mengubati kecelaruan umat Islam

Oleh Rohaimi Shafie
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia




TIADA siapa yang dapat menyangkal bahawa umat Islam Malaysia semakin hari semakin bercelaru. Kecelaruan umat Islam Malaysia dibuktikan dengan pelbagai kelemahan mereka yang amat ketara kelihatan.

Meskipun kehidupan umat Islam di Malaysia adalah lebih baik berbanding dahulu tetapi ia tidak menjadikan umat Islam Malaysia semakin bertambah kuat berbanding umat Islam terdahulu.

Kehidupan umat Islam Malaysia yang lebih baik berbanding dahulu didorong oleh pembangunan dan kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia. Di samping itu, Malaysia setakat ini terlindung daripada bala bencana yang dahsyat seperti gempa bumi, taufan dan tidak pula dikelilingi oleh gunung berapi.

Kedudukan Malaysia yang cukup strategik di selat tersibuk di dunia, iaitu Selat Melaka membuatkan Malaysia sering menjadi intipan negara-negara lain.

Tidak kira lawan mahupun 'kawan', Malaysia menjadi sasaran oleh negara-negara lain yang cukup cemburu dengan kejayaan sebagai sebuah negara Islam yang terkemuka di dunia.

Namun demikian, umat Islam Malaysia seolah-olah tidak mengambil iktibar dan kelebihan Malaysia. Sedangkan sejak dahulu lagi bangsa Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris sudah lama melihat kelebihan Malaysia.

Umat Islam Malaysia perlu membuka mata seluas-luasnya dan berlapang dada menerima hakikat betapa umat Islam Malaysia bukan sahaja diasak oleh musuh-musuh luar tetapi juga musuh dalam selimut yang berada di dalam negara.

Tidak syak lagi agenda kesamarataan hak asasi manusia menjadi agenda utama mereka untuk menjatuhkan maruah umat Islam Malaysia. Hak bagaimana yang mereka mahukan sedangkan negara-negara Barat, idola mereka pun tidak sepenuhnya mengiktiraf hak kebebasan beragama orang Islam seperti bertudung?

Kalau mahukan hak individu sekalipun usah melanggar hukum Allah SWT seperti mahukan pengiktirafan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Atas kelemahan-kelemahan umat Islam Malaysia, mereka berani menggugat hukum Allah SWT. Tidak ada cara lain untuk menangani isu terbesar yang menggugat umat Islam kecuali memahami punca-puncanya.

Punca pertamanya, umat Islam Malaysia perlu kembali bersatu berasaskan hakikat kita menyembah Tuhan yang satu, Allah SWT. Semua pemimpin Islam perlu berlapang dada dan usah asyik menuding jari mencari kelemahan orang lain. Bertautlah secara ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Perpaduan yang kukuh bukan sahaja menggerunkan musuh-musuh Islam tetapi juga membuatkan pemimpin-pemimpin Islam menjadi ikutan umatnya. Pergaduhan dan perpecahan tidak pernah memberi apa-apa manfaat.

Selain perpecahan yang amat ketara kelihatan dalam kalangan umat Islam Malaysia, umat Islam juga memerlukan lonjakan dalam menguasai ilmu pengetahuan.

Umat Islam memerlukan tokoh-tokoh ilmuwan yang menguasai pelbagai bidang seperti Al Razi dan Ibnu Sina. Tokoh-tokoh sebegini bukan sahaja menguasai satu bidang ilmu tetapi mahir dalam pelbagai bidang ilmu yang akhirnya menjadikan mereka dapat memberi pandangan, nasihat yang lebih menyeluruh melangkaui satu bidang ilmu sahaja.

Individu Islam Malaysia tidak boleh hanya berasa selesa dengan satu bidang ilmu dan akhirnya susah untuk mengaitkan ilmunya dengan bidang-bidang lain. Umat Islam yang berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang akan menjadi pendokong kepada kepimpinan Islam. Ia akan menjadi perujuk utama dalam hal ehwal umat Islam dalam menjalani kehidupan umat Islam. Melalui ilmu pengetahuan, umat Islam akan mampu menguasai ekonomi.

Asasnya, anak-anak Islam sewajarnya dididik sejak kecil lagi tentang budaya ilmu melalui budaya membaca dan mencari ilmu pengetahuan. Ini akan menjadikan mereka apabila dewasa kelak seorang yang benar-benar mencintai ilmu pengetahuan melangkaui zamannya.

Pengetahuan sebeginilah yang akan dapat dikongsi bersama dengan orang lain sebagaimana ilmu pengetahuan yang dikongsi oleh Al Razi dan Ibnu Sina kepada orang lain meskipun sekian lama mereka meninggalkan dunia ini. Tanpa ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, umat Islam akan mudah ditipu dan diperdayakan oleh musuh-musuh Islam.

Selain menguasai ilmu pengetahuan, ketegasan pihak berkuasa menangani fenomena laman-laman sosial antara intipati utama dalam mengubati kecelaruan umat Islam Malaysia. Maka, tidak hairanlah apabila Tun Dr. Mahathir yang suatu ketika dahulu tidak bersetuju internet ditapis tetapi kini mencadangkan agar internet ditapis kerana ia banyak mengundang permasalahan umat Islam Malaysia.

Kisah-kisah fitnah, umpatan dan caci maki sudah menjadi kebiasaan. Ia menjadi seperti barah yang boleh merosakkan seluruh umat Islam Malaysia. Tiada gunanya kita memperjuangkan hak mendapatkan maklumat secara bebas jika bukan sahaja tidak mendapat apa-apa maklumat yang bermanfaat malahan hanya kepalsuan yang diperoleh seperti ajaran sesat yang menjadi ikutan oleh segelintir umat Islam Malaysia. Itu belum termasuk fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan umat Islam.

Sudah sampai masanya, pihak kerajaan membendung gejala ini sebelum ia menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Jika ia tidak ditangani dengan segera, tidak mustahil masalah sosial kalangan umat Islam yang bermula daripada internet akan menjadi lebih teruk lagi.

Jawapan asasnya, umat Islam perlu kembali menjaga hati dan lidah kerana takutkan Allah SWT. Hati yang baik tanpa adanya hasad dengki dan lidah yang sentiasa dijaga agar tidak memudaratkan hubungan silaturrahim akan menjadikan suasana kehidupan umat Islam lebih sejahtera.

Apabila hati dan lidah dijaga dengan baik, insya-Allah, amalan seharian juga akan semakin bertambah baik. Inilah yang diajar oleh agama Islam supaya umat Islam tidak lagi bercelaru dengan pelbagai kepalsuan pemikiran, pegangan dan ideologi serta tingkah laku yang jauh terpesong dari ajaran sebenar agama Islam.



Wednesday, 13 November 2013

Cerita sensasi integriti dimusykili





HAKIKAT bahawa masyarakat kita mudah percaya kepada berita sensasi malah bergiat secara aktif untuk menyebarkan berita yang entah dari mana puncanya membuatkan kita semakin gusar dan runsing.

Betapa perilaku yang semakin menjadi budaya ini mencerminkan kepincangan keupayaan masyarakat kita untuk menjustifikasikan maklumat dan mencari kesahihan maklumat yang di terima.

Merujuk kepada kolum bisik-bisik Awang Selamat, Ahad 3 November 2013 atas tajuk "Apa Sudah Jadi" membuatkan saya terpanggil untuk membawa isu ini lebih jauh dimana pencarian punca mengapa ia menjadi berleluasa tanpa kekangan kerana ia menggugat institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sangat besar tanggungjawabnya untuk mengurus tadbir pilihan raya di negara ini.

Malah isu yang dibangkitkan juga mencemar serta menjatuhkan integriti SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak boleh membiarkanya berlarutan kerana ia menggugat status demokrasi negara ini di mata dunia.

Semenjak 57 tahun merdeka dan melalui 13 pilihan raya, ini bukan kali pertama isu pengundi hantu di jadikan senjata untuk melahirkan kecurigaan dan ketidakpercayaan kepada sistem pilihan raya negara ini. Malah isu ini juga dimainkan di dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan bunga yang harum itu ada juga durinya. Institusi mana tidak ada kelemahan? Tetapi janganlah kita membawa kaedah yang tidak boleh dijustifikasikan oleh akal yang waras.

Isu 40,000 pengundi Bangladesh yang dibawa masuk sebagai pengundi hantu di dalam Pilihan Raya ke-13 yang lalu adalah sangat menghairankan lagi pelik kerana ia seperti tiada penghujungnya walaupun di fahamkan bahawa SPR telah membuat dua laporan polis berkaitan perkara yang sama.

Cerita-cerita lain yang tidak boleh dijustifikasikan juga di sebar luas seperti 4 kotak undi yang di seludup masuk ke dalam pusat pengiraan undi semasa pusat pengiraan "Black Out" malah cerita kotak undi jatuh dari helikopter juga wujud. Jika ia benar berlaku di manakah saksinya yang melihat segala kejadian tersebut untuk tampil kehadapan?

Ironinya adalah difahamkan pihak yang membangkitkan isu ini tidak pula memasukkannya ke dalam petisyen pilihan raya semasa bantahan keputusan pilihan raya dibuat. NGO dan badan-badan yang menjuarai isu ini juga tidak lagi kedengaran nada dan irama mereka setelah pilihan raya selesai.

Persoalan yang timbul ialah sama ada isu ini benar-benar berlaku di mana satu siasatan perlu di jalankan atau dijadikan strategi atau alat pilihan raya untuk meraih undi.

Dari sumber yang boleh dipercayai isu ini sentiasa dibangkitkan oleh masyarakat luar negara betapa integriti pilihan raya negara ini dipersoalkan. Perwakilan luar tanpa gagal mengajukan soalan kepada perwakilan kita tentang kesahihan perkara ini malah Christiane Amanpour tidak melepaskan peluang mengajukan soalan sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam temubualnya baru-baru ini di CNN.

Satu titik noktah perlu dicari dan penyelesaian segera perlu dibuat ke atas isu yang menjadi duri dalam daging ini. Banyak pihak telah menangguk di air keruh dan akibat dari itu jelas telah mengugat integriti SPR malah menganggu-gugat perpaduan negara yang kita cintai ini.

Tindakan segera perlu diambil untuk mempercepatkan proses siasatan keatas laporan yang telah di buat dan sistem keadilan perlu dilihat menyelesaikan isu ini.

Yang paling utama masyarakat ramai perlu menukar budaya yang terlalu cepat memanjangkan maklumat sensasi kepada rakan taulan sama ada melalui Twitter, Facebook, Whatsapp dan SMS supaya berhenti sejenak untuk mencari kesahihan maklumat dan menjustifikasikan tindakan kita supaya jangan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131113/re_02/Cerita-sensasi-integriti-dimusykili#ixzz2kUc8NsIg © Utusan Melayu (M) Bhd 


Pemikiran orang Melayu terus bercelaru...






APA sudah jadi ni? Orang kita, Melayu terus bercelaru fikiran dalam pelbagai hal.

Oleh kerana mereka tidak hebat dalam hal-hal ekonomi, perniagaan atau hal-hal berkaitan dengan duniawi, mereka kini bercelaru pula dalam hal-hal membabitkan akhirat.

Orang kita ini mahu menjadi lebih alim daripada orang alim, mahu menjadi penghuni syurga di tahap yang paling tinggi.

Kalau tidak takkanlah mereka sanggup mewujudkan agama-agama sendiri, sehingga ada yang mahu mendakwa diri sebagai tuhan.

Yang pelik dan ajaibnya ada pula pengikut yang mahu mengikuti ajaran itu.

Harun Mat Saat, 47 tahun macam kita sahaja. Tak ada beza. Ada mata, telinga, mata, mulut, tangan dan kaki. Apabila dia mengangkat dirinya sebagai tuhan dan dikenali sebagai Tuhan Harun, maka ada orang yang mahu menjadi pengikutnya.

Apakah kira-kira 31 pengikutnya mahu mencari syurga tertinggi itu? Kesemua mereka ialah orang Melayu. 

Dulu kita dengar Ayah Pin, pun ada ramai pengikut juga. Rata-ratanya orang Melayu.

Maka itu, tak hairanlah jika ada orang Melayu kita yang sering tercari-cari kepuasan lain.

Bagi mereka, menjadi sebahagian daripada pengikut Ahlil Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sebagaimana yang kita amalkan sejak lahir, sudah tidak mencukupi. Mereka mahu lebih supaya dapat masuk ke syurga teratas.

Jika bukan soal syurga atau akhirat apa lagi yang mereka cari? Maka Syiah pula yang mereka temui.

Yang hairan mereka tidak mencari Hambali, Hanafi atau Maliki, tetapi sesuatu yang luar sama sekali dalam lingkungannya. Mereka merasakan Syiah ialah jawapannya.

Mengapa? Apakah ajaran itu mempunyai tawaran yang cukup lumayan selain untuk mencari syurga dan akhirat?

Tapi persoalan saya di sini ialah mengapa orang Melayu (dalam konteks negara ini) sahaja paling mudah terpesong dengan perkara-perkara seumpama ini?

Itu pasal soal-soal ranting dan kecil, berkenaan soal bubur asyura pun, kadang-kala diperbahaskan secara serius, seolah-olah Allah SWT tidak faham niat kita semua.

Apakah nanti masyarakat kita akan menjadi seperti di negara-negara lain. Sanggup menjadi pengebom berani mati dan meletupkan diri di dalam masjid, hanya kerana berbeza fahaman agama. Puak Syiah bom dalam masjid Sunni dan puak Sunni bom dalam masjid Syiah. Malangnya, pengebom berani mati itu yakin, atau diyakinkan oleh maulananya, bahawa apa yang dilakukannya itu adalah syahid!

Semasa saya di Mekah, saya ditunjukkan tanah perkuburan khusus untuk golongan Wahabi dan tanah perkuburan ASWJ. Saya tertanya-tanya mengapa perlu ada perbezaan?

Dalam heboh-heboh soal kecelaruan ini, seorang pegawai agama kita dibunuh kejam kerana ada kaitan dengan soal-soal yang kita bincangkan itu. Jika benar kaitan itu, maka amat malanglah sekali.

Orang Melayu kini sedang bercelaru pemikiran mereka. Dalam politik pun mereka celaru habis, dalam strata sosial pun celaru dan dalam soal agama pun kalut bercelaru.

Apakah tanda-tandanya itu?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131113/re_06/Pemikiran-orang-Melayu-terus-bercelaru#ixzz2kU6V7HNP © Utusan Melayu (M) Bhd 


Monday, 11 November 2013

UiTM sasar tingkatkan 250,000 jumlah pelajar menjelang 2020

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyampaikan Anugerah Kedoktoran Cemerlang Tuanku Canselor kepada Mohamad Hafiz Mamat pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke- 79 Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor semalam.

SHAH ALAM 9 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah menyambut baik dan memberikan sokongan agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyasarkan peningkatan jumlah pelajarnya kepada 250,000 menjelang 2020.

Seri Paduka bertitah, dengan peningkatan pengambilan yang besar, UiTM mampu memberi ruang dan peluang kepada pelajar bumiputera untuk melanjutkan pengajian, seterusnya mengubah destini masa hadapan mereka.

‘‘Beta menyeru kepada semua pihak yang terlibat bersama-sama menjalankan perancangan yang sistematik dan strategik dalam merealisasikan hasrat ini.
‘‘
Beta percaya dengan pembinaan kampus-kampus baharu UiTM di luar bandar dapat mengekang keciciran anak bangsa dalam pendidikan," titah Seri Paduka ketika berkenan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-79, UiTM di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) di sini hari ini. Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Yang turut hadir Pro Canselor UiTM, Tan Sri Arshad Ayub; Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin dan Naib Canselor UiTM, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar UiTM menyasarkan peningkatan jumlah pelajarnya kepada 250,000 orang menjelang 2020.

Tuanku Abdul Halim bertitah, pembinaan kampus-kampus baharu UiTM juga diharap dapat memberi limpahan ekonomi dan kemakmuran yang boleh dirasai bersama oleh semua lapisan masyarakat.

Seri Paduka bertitah, pencapaian UiTM melalui Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) juga telah berjaya melahirkan graduan sulungnya yang akan menerima ijazah mereka pada konvokesyen kali ini.

‘‘Beta dimaklumkan bahawa dua graduan sulung program ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Naib Canselor setelah memperoleh kejayaan cemerlang iaitu mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.7 ke atas.

‘‘Beta berharap UiTM dapat memastikan graduan yang dilahirkan mampu mempunyai kebolehpasaran yang tinggi supaya sentiasa menjadi pilihan utama industri dalam bidang kerjaya, sekali gus meletakkan nama universiti ini sentiasa di hadapan setanding dengan institusi terkemuka di dunia," titah Seri Paduka.

Sempena Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-79 tersebut, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kampus/20131110/ka_01/UiTM-sasar-tingkatkan-250000-jumlah-pelajar-menjelang-2020#ixzz2kIwqlKue © Utusan Melayu (M) Bhd