Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 15 August 2012

KALAU DIA TIPU, YOU SAMANLAH...

Sivarasa: Raja Petra berniat jahat
DARI UTUSAN MALAYSIA
15/8/2012



KUALA LUMPUR 14 Ogos - Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menuduh Raja Petra Kamaruddin berniat jahat dengan mereka-reka cerita mengenainya dan beberapa pemimpin pembangkang lain berhubung akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, pengendali portal propembangkang itu cuba memutarbelitkan isu melibatkannya termasuk beberapa pemimpin pembangkang lain menerusi laporan The Day I Met P. Balasubramaniam (siri 3) dalam portal malaysia-today.net Jumaat lalu.

"Raja Petra sekali lagi memutarbelitkan fakta semata-mata untuk menjadikan sesuatu laporan itu menarik. Bagaimanapun, mengenali beliau, penipuan tetap penipuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Raja Petra berhubung akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya yang didakwa dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, Sivarasa tidak membuat sebarang penafian terhadap dakwaan Raja Petra yang mendakwa beliau salah seorang individu yang terlibat di sebalik rancangan akuan bersumpah tersebut.

Menurut Sivarasa, beliau tidak menolak Raja Petra turut dijemput ke rumah peguam Razak Baginda, M. Puravalen sebelum 3 Julai 2008 atau sebelum penyiasat persendirian itu membuat akuan bersumpah.

Pada masa sama, beliau turut menafikan pernah meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan seorang tauke Cina membayar kepada Balasubramaniam sebanyak RM20,000 supaya memastikan penyiasat persendirian itu memberi sokongan kepada pembangkang.

"Biar saya nyatakan di sini, tidak ada sesiapa pun termasuk saya menawarkan atau memberi bayaran kepada Balasubramaniam seperti didakwa," katanya.

KOMEN : KALAU DAH OTAK DATANG DARI ACUAN YANG SAMA... DUA-DUA KAKI PENIPU... SIAPA NAK PERCAYA SELAGI DIA TAK SAMAN SI PENIPU... BAGUSLAH BILA SI PENIPU JUMPA SI PENIPU, KITA TENGUK DIA BERANI KE NAK SAMAN....?

PM temui ulama tersohor Arab Saudi


DARI UTUSAN MALAYSIA
15/8/2012
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendengar penerangan daripada seorang ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Hamad Al Jalaly (kanan) semasa pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa OIC di Mekah, semalam. Turut hadir Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Al Salumi (kiri) dan Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa.

MEKAH 14 Ogos - Ulama-ulama tersohor di sini menyanjung tinggi peranan Malaysia untuk memperjuang dan menjaga kepentingan Islam sama ada dari segi akidah dan perekonomian semasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, mereka menganggap Malaysia sebuah negara yang berjaya memperjuangkan Islam.

‘‘Saya berasa bangga bahawa mereka yang begitu terkenal dalam bidang masing-masing dan mempunyai pengaruh di sini menganggap Malaysia berjaya memperjuangkan Islam untuk diiktiraf sebagai model negara Islam," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Najib yang berada di sini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum itu mengadakan pertemuan dengan ulama-ulama tempatan di sebuah hotel di sini malam tadi (waktu tempatan).

Lima ulama yang turut hadir ialah Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali dari Al Qassim Province, Arab Saudi; Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi; Ketua Hakim Mahkamah Mekah, Sheikh Saleh Al Duwaish; Pengerusi dan ahli lembaga pengarah 13 saluran tv Al Majd dan Al Huda dan Sheikh Dr. Abdul Rahim Mulazadah yang juga Penasihat Wessel Tv Channel London. Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib menyifatkan pertemuan seperti ini dapat menterjemahkan prinsip beliau serta kerajaan bahawa ulama dan umarak perlu memupuk hubungan yang baik bukan sahaja di dalam tetapi di luar negara supaya dapat memberi kebaikan kepada Islam dan umatnya.

‘‘Mereka juga berbesar hati dari segi lawatan peribadi ke Malaysia dengan melihat perkembangan yang amat positif dalam usaha Malaysia memerangi kemiskinan terutama kejayaan yang dicapai oleh Felda sebagai bentuk pembangunan dalam usaha pembasmian kemiskinan," katanya.

Di samping itu, ulama-ulama berkenaan juga melihat Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama tetapi telah dapat menetapkan Islam sebagai agama Persekutuan.

‘‘Daripada situ (Islam sebagai agama Persekutuan), kita dapat melaksanakan dasar-dasar untuk meninggikan syiar Islam dan tuntutan Islam tanpa menafi hak orang bukan Islam menganuti agama masing-masing," katanya.

Pada pertemuan itu juga beliau menjelaskan pegangan Malaysia kepada konsep wasatiyyah sejak dulu hingga sekarang selari dengan kehendak Islam di mana kesederhanaan inilah yang dapat membawa kemakmuran kepada negara.

‘‘Mereka juga menghargai bahawa di peringkat enakmen negeri telah mentafsirkan Islam sebagai Sunnah Waljamaah yang dengan ini kita dapat mempertahankan kesucian Islam dan dengan itu tidak berlaku kemungkinan timbul apa-apa unsur yang boleh membawa konflik atau kerosakan akidah," katanya. - Utusan

 KOMEN : KENAPA SUSAH SANGAT PUAK PAS NI NAK TERIMA KENYATAAN YANG MALAYSIA MEMANG SUDAH DIIKTIRAF SEBAGAI SEBUAH NEGARA ISLAM...? ATAU MEREKA NAK TAMBAH KOT NEGARA ISLAM PAS, ITU PASAL KARPAL CAKAP OVER MY DEAD BODY....

OIC selesai isu umat Islam


DARI UTUSAN MALAYSIA
15/8/2012
NAJIB Tun Razak mengadakan sidang media selepas pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Mekah, semalam. Turut hadir Tokoh Ulama Arab Saudi, Sheikh Dr. Abdullah Al Jalali (kanan) dan Mufti Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Salumi (kiri). - BERNAMA

MEKAH 14 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) selama dua hari yang bermula hari ini sebagai pertemuan istimewa dan tepat pada masanya.

Perdana Menteri berkata, mengambil semangat Ramadan serta berlangsung di kota suci, Malaysia berharap OIC dapat merumuskan keputusan penting berkaitan permasalahan umat Islam yang berlaku ketika ini terutama melibatkan Myanmar dan Syria.

Katanya, mesyuarat yang dipanggil oleh Raja Abdullah Abdul Aziz itu memerlukan ketegasan OIC untuk mengambil langkah lebih positif bagi menangani permasalahan umat Islam di Syria dan Myanmar.

''Perbalahan yang serius sedang menimpa rakyat Syria yang memerlukan OIC mengambil tindakan lebih tegas, bukan sahaja tindakan politik tetapi tekanan dan tindakan tertentu untuk menyelamatkan keadaan di Syria," katanya kepada wartawan Malaysia di sini malam tadi.

Syria, salah sebuah daripada 57 negara anggota OIC kini sedang bergelut dengan peperangan antara pihak kerajaan pimpinan Bashar Assad dan pemberontak. Ramai penduduk awam terbunuh dalam konflik tersebut.

Ditanya mengenai kemungkinan Syria disingkirkan dari OIC seperti yang dilakukan oleh Liga Arab, Perdana Menteri berkata, perkara itu akan diputuskan kemudian dalam mesyuarat yang akan berlangsung mulai malam ini.

''Setakat ini mood dalam persidangan nampak menjurus kepada pendirian yang hampir sama dengan Liga Arab," katanya.

Perdana Menteri berkata, kemelut yang melanda umat Islam di Myanmar dan Syria tidak boleh dibiarkan berlarutan.

Sementara itu, menjawab soalan dalam satu temu bual khas dengan stesen televisyen Huda TV, Perdana Menteri berkata, Malaysia setakat ini telah menghantar pasukan khas untuk membantu pelarian etnik Rohingya akibat keganasan yang meletus di Rakhine.

Pada masa sama, Malaysia akan meneruskan tekanan politik serta mendapatkan penglibatan pertubuhan hak asasi manusia untuk memainkan peranan lebih penting.

Katanya, OIC perlu bertindak sebagai satu suara yang mewakili masyarakat Islam seluruh dunia. - Utusan

KOMEN : APA PUN TANGAN-TANGAN GHAIB ADA MEMAINKAN PERANAN UTAMA BAGI MENGHANCURKAN PERPADUAN ORANG ISLAM... ORANG KAFIR NI TIDAK AKAN SENANG SELAGI KITA TIDAK MENGIKUT AGAMA MEREKA...

Tuesday, 14 August 2012

ASAL BOLEH DI FITNAH

'Pembangkang muflis isu katakan saya ADUN MCA masuki masjid'
DARI UTUSAN MALAYSIA
13/8/2012
Gambar yang disiarkan oleh blog pembangkang yang mendakwa Dahari (ditandakan dengan bulatan merah) sebagai ADUN Johor Jaya, Tan Cher Puk, minggu lalu.

JOHOR BAHRU 12 Ogos - Tiada perasaan marah terpampang pada wajah Dahari Hassan, 53, ketika ditanya mengenai kesilapan sebuah blog propembangkang yang melakukan kesilapan dengan mengatakan beliau adalah seorang wakil rakyat Cina daripada Barisan Nasional (BN) yang memasuki masjid.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pasir Gudang ini berkata, blog tersebut menyiarkan gambar seorang lelaki lengkap berpakaian baju Melayu yang disalah anggap sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk dalam satu acara penyampaian sumbangan di Masjid Saujana, di sini pada 29 Julai lalu.

"Bagaimana mereka kata memperjuangkan Islam sedangkan nasihat dalam Surah al-Hujurat yang menekankan tentang kesahihan maklumat tidak diikuti?

"Apa pun sempena bulan mulia ini saya sudah memaafkan perbuatan tersebut, tetapi yang kelakarnya sekarang ramai rakan di Pasir Gudang bergurau dengan memanggil saya 'YB Tan'," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang mengusahakan perkhidmatan bas ekspres Suasana Jelita berkata, apa yang berlaku jelas menunjukkan pembangkang sebenarnya tidak profesional dalam berpolitik dan banyak bersandiwara.
Malah Dahari turut menghubungi Cher Puk, yang secara berjenaka mengatakan wajahnya lebih mirip kepada Tan Sri Ong Ka Ting berbanding beliau.

Menurut beliau, Barisan Nasional (BN) lebih mementingkan fakta sebenar berbanding putar belit yang sering dimainkan pembangkang dan meminta rakyat negeri ini sendiri menilai sama ada pembangkang layak atau tidak menggantikan pemerintahan sedia ada.

Sementara itu, Cher Puk berkata, beliau memang berada di masjid tersebut namun tidak menyampaikan sebarang ucapan berbaur politik malah memastikan dirinya bersih sebelum masuk ke kawasan masjid.

"Saya juga berpakaian sopan dan datang untuk turut serta dalam acara penyampaian bantuan kepada golongan kurang berkemampuan. Saya datang dengan hati ikhlas bukan untuk kempen politik tetapi beri bantuan dan berbuka puasa.

"Ini menunjukkan pembangkang sebenarnya sudah muflis isu dan rakyat diminta jangan terpedaya dengan fitnah mereka ini. Nasihat saya kepada mereka adalah belajar dengan BN yang bersungguh-sungguh membantu rakyat," katanya ketika dihubungi.

KOMEN : BUKAN KESILAPAN TU, TAPI ASAL BOLEH JADI CERITA FITNAH BAGI AJE PADA PUAK PEMBANGKANG....

ADAKAH KARPAL PANTANG DICABAR?

Karpal dicabar buktikan perkataan 'sekular' dalam Perlembagaan Persekutuan
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/8/2012
Aminudin Yahaya (tiga dari kiri) bersama wakil-wakil pertubuhan Islam mendesak Karpal Singh supaya membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan negara pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN-MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh dicabar membuktikan perkataan 'sekular' yang dilaung-laungkan selama ini adalah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pihaknya kesal apabila pemimpin DAP itu berulang kali mengatakan Malaysia adalah negara sekular sedangkan Perlembagaan telah menetapkan Islam adalah 'Agama Negara'.

"Saya mencabar Karpal Singh untuk membuktikan adanya perkataan sekular di dalam Perlembagaan Persekutuan, sekiranya dia gagal, saya minta dia meletakkan jawatan dalam DAP dan membubarkan parti itu yang tidak putus-putus memperjuangkan agenda sekular di negara ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pembela mewakili 20 pertubuhan bukan kerajaan Islam di Malaysia. Antara yang hadir pada sidang akhbar itu ialah Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman; Timbalan Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Azril Mohd. Amin.

Menurut Aminuddin, Karpal telah membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat negara ini dengan mengatakan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memutuskan Malaysia adalah negara sekular pada tahun 1988 dalam kes Che' Omar Che' Soh.

"Hakikatnya, Tun Salleh dalam kes tersebut hanya berpendapat undang-undang yang dilaksanakan di negara ini pada waktu itu, tahun 1988 adalah undang-undang sekular. Tun Salleh tidak sama sekali memutuskan Malaysia negara sekular," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-Undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Mahamad Naser Disa memberitahu, cadangan bagi penubuhan SKAN telah diluluskan dalam Resolusi Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri tahun lalu dan ia menerima sokongan penuh mufti-mufti.

"Sekiranya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ditubuhkan untuk menjulang hak asasi manusia di negara ini, mengapa pula tiada suruhanjaya yang khusus untuk menegakkan prinsip-prinsip Islam," katanya yang turut hadir pada sidang akhbar Pembela tersebut.

Katanya lagi, Pembela turut memohon perkenan Raja-raja Melayu bagi mengenakan tindakan pendakwaan terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja mencetuskan perasaan tidak menghormati agama negara.

Dalam pada itu, Ismail Mina berkata, pandangan menyeleweng pelbagai pihak terutamanya peguam dan ahli politik telah banyak kali memberi perspektif Malaysia sebagai negara sekular .

"Islam adalah 'Agama Negara'. Saya berharap semua pihak merujuk Perlembagaan Persekutuan yang merupakan asas perpaduan negara.

"Semua warga kena fahami, hayati dan hormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini dan jangan membuat tafsiran sesuka hati sehingga menimbulkan persepsi Malaysia adalah negara sekular," katanya.

KOMEN : APA AKAL SI KARPAL NI AGAKNYA YA BAGI MENYAHUT CABARAN YANG DILONTARKAN... BAK KATA ANWAR LAWAN TETAP LAWAN WALAUPUN NANTI TERLI....

Pas semakin dayus - Hasan





KUALA LUMPUR 12 Ogos - Tindakan pemimpin Pas termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pelbagai hujah serta dalil bagi mewajarkan penghinaan Karpal Singh dalam isu hudud menunjukkan parti itu kini dayus.
 
Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri Mohamad berkata, perbuatan itu juga umpama 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong' sedangkan Karpal kekal dan tidak pernah berganjak daripada pendiriannya.

Sambil melahirkan kekecewaan, beliau berkata, kebiadaban Karpal termasuk menggesa bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas memberi kuliah kepada pemimpin Pas dalam isu hudud adalah disebabkan kelemahan parti itu sendiri.

"Isunya sekarang kenapa pemimpin-pemimpin Pas ini begitu beria-ia mencari hujah untuk mempertahan Karpal? Apakah benar pemimpin Pas kini sudah boleh menerima penghinaan daripada DAP semata-mata demi politik?

"Sebab itu dalam surah al-Maidah, Allah telah berpesan kalau hendak berkawan dengan bukan Islam berhati-hati kerana mereka sentiasa berusaha untuk memalingkan kamu. Apa yang berlaku kepada Pas sekarang sudah jelas.

"Tindakan ini jelas menunjukkan Pas bukan sahaja tunduk kepada DAP dalam isu hudud dan negara Islam tetapi mereka menggadai satu demi satu prinsip perjuangan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Karpal meminta Salleh yang juga ahli serta bekas wakil rakyat Pas memberi kuliah kepada pemimpin parti itu mengapa hukum hudud dan hasrat menubuhkan negara Islam tidak boleh dilaksanakan di negara ini.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, hujah pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih teruk berbanding DAP dalam isu penolakan hudud tidak tepat serta boleh dipersoalkan.

"Apakah kerajaan hari ini lebih teruk daripada kafir harbi? Apakah membina masjid, sekolah agama serta menyemarakkan dakwah Islam itu satu kejahatan sehingga mereka menganggap DAP lebih baik dari kerajaan hari ini," soalnya.

Dalam pada itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad pula berkata, Pas kini tersepit kerana perjuangan mereka bukan lagi bermatlamat menubuhkan negara Islam sebaliknya sekadar mahu menjatuhkan BN.

Jelasnya, kerana itu Pas terpaksa memainkan semula isu hudud dan negara Islam demi meraih semula sokongan Melayu tetapi dalam keadaan mereka hanya menjadi 'pak turut' kelemahan parti berkenaan semakin ketara.

KOMEN : BIASALAH KALAU DAH TARAF PUN SEBAGAI PENCACAI UNTUK DAP, APA NAK HAIRAN... HARAM UNDI KEDUANYA SEKALI...

Siasat segera pendedahan Raja Petra


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/8/2012





KUALA LUMPUR 12 Ogos - Polis perlu segera menyiasat pendedahan komplot fitnah di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasundram yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Pakar undang-undang, Profesor Salleh Buang (gambar) menegaskan, siasatan itu wajar diberi perhatian kerana ia membabitkan satu pertuduhan cukup serius terhadap pemimpin nombor satu negara.

Menurut beliau, polis boleh menggunakan pendedahan itu sebagai satu maklumat berhubung kemungkinan berlaku jenayah untuk memulakan siasatan.

Malah, Salleh berkata, Raja Petra juga perlu diheret sekali dalam siasatan itu untuk mengetahui kesahihan maklumat yang didedahkan.

"Sama ada pendedahan itu benar atau sebaliknya, yang penting sekarang adalah siasatan untuk menentukan kesahihan dakwaan Raja Petra itu.

"Bukan sahaja kes ini tetapi sesiapa pun yang didakwa membuat pembohongan dalam akuan bersumpah mesti disiasat.

"Orang ramai pun hendak tahu juga sama ada pendedahan itu betul atau tidak, tidak boleh berdasarkan cakap-cakap (dakwaan) orang sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan Raja Petra Kamarudin yang mendakwa akaun bersumpah Balasundram menuduh Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya dirancang oleh pembangkang.

Raja Petra turut mendakwa Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa bersama seorang peguam di sebalik akaun bersumpah memfitnah Najib dan perkara itu diketahui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suaram digesa beri penjelasan

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) digesa membuat penjelasan segera mengenai pembabitannya di sebalik akuan bersumpah penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Bekas pengasas Parti Keadilan Rakyat, Ng Lum Yong berkata, Pengarah Suaram, Kua Kia Soong dan bekas pemimpinnya, R. Sivarasa perlu tampil menjelaskan peranan entiti tersebut dalam komplot memfitnah Najib seperti yang didedahkan pengendali portal propembangkang, Raja Petra Kamaruddin.

"Pada 2 Julai 2008, Sivarasa merupakan wakil Suaram yang mengarahkan Raja Petra pergi ke rumah seorang peguam untuk membincangkan kes pembunuhan Altantuya itu, membuktikan Suaram juga turut terlibat dalam komplot tersebut.

"Jika benar Suaram tidak terlibat, satu penjelasan perlu diberikan oleh Sivarasa dan Kia Soong dalam sidang akhbar terbuka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raja Petra pada Jumaat lalu mendedahkan bahawa akuan bersumpah Balasubramaniam yang menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan itu telah dirancang pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang.

Raja Petra juga mendakwa Sivarasa yang sekarang Ahli Parlimen Subang berperanan bersama seorang peguam di sebalik akuan bersumpah tersebut bagi memfitnah Najib dan perkara itu diketahui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Lum Yong turut mendesak Kia Soong dan Sivarasa menjelaskan status sebenar Suaram yang didaftarkan sebagai sebuah syarikat swasta dan bukannya pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tegas beliau, sikap berdiam diri yang diambil itu seperti menyembunyikan sesuatu dan perlu disiasat segera oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Sebagai sebuah badan yang sering mendesak kerajaan agar lebih telus dalam pelbagai hal tetapi apabila melibatkan diri sendiri semua senyap.

"Jika tidak, ia akan membuktikan Suaram sedang 'ditunggang' oleh parti politik yang perlu didedahkan kepada semua rakyat Malaysia dan juga dunia,"katanya.


BAJET 2013

Tangani kos sara hidup kekal
DARI UTUSAN MALAYSIA
14/8/2012


KUALA LUMPUR 13 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa menangani isu kenaikan kos sara hidup kekal sebagai satu komitmen utama kerajaan.

"Ini merupakan isu paling hangat yang sentiasa disampaikan oleh rakyat ketika saya membuat walkabout sama ada di kawasan bandar mahupun di kawasan kampung seluruh pelosok negara.

"Hakikatnya, sejak kerajaan menjadikannya sebagai sebuah bidang utama GTP (Program Transformasi Kerajaan), pelbagai langkah telah diambil untuk meringankan beban rakyat, antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia dan lain-lain lagi," katanya dalam entri terbaru menerusi blog www.1Malaysia. com.my hari ini.

Najib berkata, inisiatif ini akan diperkembangkan lagi sebelum akhir tahun tetapi jelas bahawa terdapat banyak yang perlu dilakukan dan kerajaan memberi jaminan akan mengambil berat semua pendapat serta cadangan yang disumbangkan.

Beliau berkata, sejumlah 4,175 cadangan dan komen dikumpul dari Google Moderator dan laman web peribadi beliau mengenai cara terbaik bagi kerajaan menyediakan Bajet 2013.

Beliau berkata jumlah cadangan dan pendapat ini hampir lima kali ganda daripada jumlah cadangan perbincangan bajet tahun lepas.

"Saya sentiasa menghargai input rakyat dalam proses membuat keputusan yang mempunyai pengaruh terhadap negara kita dan sama seperti anda apabila anda meluangkan masa untuk memberi pendapat, saya berbesar hati untuk berkongsi bersama anda pandangan saya tentang Bajet 2013 ini," katanya.

Najib berkata, topik kedua terhangat adalah berkenaan kos perumahan dan ini merupakan satu lagi isu berpanjangan dan kerajaan telahpun melakukan beberapa langkah untuk menanganinya.

"Secara khusus, dasar perumahan kita telah dikhaskan untuk golongan perlu dengan adanya Program Rumah 1Malaysia (PR1MA) yang menyediakan perumahan buat mereka yang berpendapatan sederhana dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) buat mereka yang berpendapatan rendah," katanya.

Beliau berkata kedua-dua isu itu jelas terbukti berada dekat di hati rakyat namun kerajaan tidak akan mengabaikan isu lain yang turut disuarakan.

Ini termasuk keprihatinan tentang keselamatan awam, peranan belia dalam pembangunan negara, penghasilan makanan serta hiburan dan industri kreatif — semuanya akan diberi pertimbangan sewajarnya, katanya.

Najib berkata, sumbangan rakyat akan dapat membantu kerajaan membentangkan bajet yang terbaik untuk rakyat.

"Pada saat ini hinggalah 28 Sept. nanti (Bajet 2013), kami akan berusaha keras untuk menghasilkan sebuah bajet yang dapat kita semua berasa bangga," katanya. - BERNAMA

KOMEN : SEMOGA YANG TERBAIK HANYALAH UNTUK RAKYAT...

Najib, rombongan tunai umrah


DARI UTUSAN MALAYSIA
14/8/2012
Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor keluar dari Masjidil Haram, selepas menunaikan ibadat umrah, semalam. Turut mengiringi, Jamil Khir Baharom (kiri). - BERNAMA

MEKAH 13 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Tanah Suci Mekah awal hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) esok, memulakan aturcara beliau dengan menunaikan ibadah umrah.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongannya termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf memulakan ibadah umrah dengan tawaf mengelilingi Kaabah kira-kira 7 pagi waktu tempatan.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini di negara dan dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di As-Saffa Palace.

Ia terletak bersebelahan Masjidil Haram dan ia bermula selepas solat tarawih kira-kira 11 malam sehingga waktu bersahur kira-kira 4 pagi mulai malam esok dan lusa.

Najib dijangka menyampaikan kenyataan pendirian Malaysia terhadap isu yang bakal dibangkitkan dalam sidang kemuncak itu. - BERNAMA


Thursday, 2 August 2012

Hati-hati janji politik - Dr. Mahathir


DARI UTUSAN MALAYSIA
1/8/2012



KUALA LUMPUR 31 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat supaya berhati-hati dengan ahli politik yang sering menabur pelbagai janji, termasuk janji untuk membawa kesenangan dalam 'sekelip mata'.

Menurutnya, golongan itu akan cuba memesongkan fakta yang negara ini jauh lebih baik berbanding negara lain serta mengeksploitasi setiap kepayahan yang dilalui oleh rakyat.

"Mereka berjanji untuk memberikan kesenangan secara tiba-tiba, pendidikan percuma dan segala bentuk pemberian. Mereka juga janjikan kepada negeri-negeri pengeluar minyak untuk meningkatkan royalti daripada lima kepada 20 peratus.

"Jelas ini akan mengakibatkan Kerajaan Persekutuan kehilangan 15 peratus hasil daripada minyak dan itu adalah satu jumlah yang besar. Ini akan mengurangkan hasil kerajaan dan pada masa sama meningkatkan perbelanjaan kerajaan,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Mahathir berkata, janji-janji tersebut adalah menyamai apa yang dilakukan oleh kerajaan Greece yang akhirnya menjadikan negara itu bankrap.

Katanya, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama juga pernah menabur pelbagai janji, tetapi sepanjang mentadbir AS, pemimpin itu gagal membawa apa jua perubahan.

"Dunia kini sedang melalui saat yang sangat dahsyat. Greece bankrap manakala kewangan Sepanyol, Portugal dan Itali semakin teruk. Britain juga akan menerima nasib sama. AS pula mendakwa ekonomi mereka sudah pulih. Saya tidak percaya ia adalah benar. Di sana (AS) masih terdapat banyak pengangguran.

"Di dunia lain pula, negara-negara Arab berdepan tentangan rakyat, perang saudara di Syria, pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar, bencana alam, letusan gunung berapi, gempa bumi dan rakyat benua Afrika yang mati kebuluran,'' katanya.

Oleh itu, jelasnya, dalam berdepan dengan semua situasi berkenaan, rakyat Malaysia adalah rakyat yang bernasib baik.

"Kewangan dan ekonomi negara tidak seteruk negara luar. Walaupun kos sara hidup telah meningkat tetapi rakyat tidak kelaparan seperti yang dilalui rakyat di benua Afrika dan sesetengah Asia. Kerajaan (ketika ini) pemurah dan sentiasa bersedia untuk membantu.

"Eksport kita adalah tinggi dan sedang berkembang. Kadar pengangguran adalah rendah. Pertumbuhan ekonomi yang pesat iaitu pada kadar empat ke lima peratus dan ia jauh lebih baik berbanding Eropah atau AS atau negara-negara Asia Barat dan utara Afrika," tegasnya.

Atas dasar itu, katanya, rakyat perlu berhati-hati dengan apa jua janji sesetengah ahli politik yang kononnya mahu membawa perubahan di negara ini.

"Perubahan tidak sentiasa menjadi lebih baik. Perubahan boleh memburukkan lagi keadaan," jelasnya.


UiTM sentiasa berusaha atasi masalah tempat tinggal pelajar di Jengka




TERLEBIH dahulu pihak pengurusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengadu, Insan Kecewa, Bandar Pusat Jengka yang menyentuh berkaitan Sewa rumah pelajar UiTM mahal dalam ruangan ini bertarikh 16 Julai 2012.

Untuk pengetahuan, luahan pengadu juga turut dirasai oleh sebahagian kakitangan UiTM Pahang dan juga keseluruhan pelajar lain yang menyewa di beberapa taman perumahan sekitar Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

Bagaimanapun pihak pengurusan UiTM amat prihatin dengan masalah dihadapi dan langkah proaktif telah dan akan diusahakan, antaranya:-

l Pembinaan bangunan asrama yang dapat menampung seramai 4,000 pelajar yang dijangka akan bermula pada akhir tahun ini.

l Penyelesaian jangka masa terdekat, pihak pengurusan UiTM telah mendapat kelulusan untuk membuat pajakan Kompleks Sukan MSN yang terletak di hadapan kampus UiTM Pahang yang boleh menampung seramai 500 pelajar.

l Mendapat kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) untuk menyewakan bangunan yang dibeli oleh mereka di Bandar Tun Abdul Razak Jengka kepada pelajar UiTM dengan kadar yang amat berpatutan.

l Berkomunikasi dengan masyarakat setempat bagi mendapatkan kerjasama mereka berkaitan dengan kadar sewa rumah.

Kepada pengadu, pihak Pengurusan UiTM mengharapkan penjelasan dan langkah jangka pendek dan jangka panjang yang telah dan akan diambil oleh UiTM dengan sendirinya menggambarkan bahawa UiTM amat mengambil berat akan masalah serta keluhan pelajarnya.


Kampus UiTM Raub siap tiga tahun lagi


DARI UTUSAN MALAYSIA
2/8/2012
Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Masyarakat Daerah Raub yang dihadiri kira-kira 10,000 rakyat di Padang Awam Kampung Gali Tengah, Raub, semalam.

RAUB 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub bernilai RM230 juta.

Menurut Perdana Menteri, pembinaan kampus UiTM itu akan siap dalam tempoh tiga tahun dengan kerja-kerja awal pembersihan tapak sudah mula dilakukan.

"Insya-Allah saya akan datang sekali lagi ke Raub pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian bagi merasmikan majlis pelancaran pembinaan kampus UiTM ini.

"Dengan adanya kampus baru UiTM ini, pasti akan memberi manfaat yang besar kepada penduduk dan kemajuan ekonomi daerah ini," katanya.

Najib berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Masyarakat Daerah Raub di Padang Awam Kampung Gali Tengah di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Shahirudin Ab Moin dan Duta Khas negara, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Perdana Menteri kemudiannya menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penduduk.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan pembinaan sebuah masjid baru untuk penduduk Kampung Gali Tengah.

Sementara itu, Najib mengajak rakyat menilai kemampuan pakatan pembangkang dalam menjamin keharmonian untuk negara seperti mana yang dilakukan BN.

Katanya, dalam negara yang penuh kepelbagaian seperti Malaysia, ia bukan mudah untuk memastikan kestabilan namun kerajaan yang ada pada hari ini berjaya tunaikannya sejak kemerdekaan.

"Tapi kita tak jamin mereka boleh dapat tunai. Kalau dalam soal asas termasuk Perlembagaan negara mereka tak boleh sepakat, maka satu persoalan besar kita boleh lontar apakah mereka mampu jamin keharmonian," jelasnya.

Dalam pada itu, Najib menyeru pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) mencontohi sikap kesetiaan panglima perang Islam, Khalid al-Walid yang taat kepada keputusan pemimpin walaupun ketika menerima berita digantikan.

"Apabila menerima berita digantikan dengan panglima lebih muda, Khalid al-Walid terima dengan penuh terbuka dan memberi penghormatan kepada penggantinya.

"Kalau nak menang mesti setia kepada pemimpin. Ini perjuangan yang bagi sesiapapun kalau setia pada pemimpin akan menang termasuk kita UMNO dan BN," ujarnya.


Wednesday, 1 August 2012

APA KATA EX - KETUA MENTERI SABAH

Masa depan Malaysia lebih terjamin di bawah BN: Sakaran
DARI BERITA HARIAN
1/8/2012
 
 
 
KOTA KINABALU: Masa depan Malaysia lebih terjamin di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang kini giat mentransformasikan negara ini menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, kata bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Sakaran Dandai.

Tokoh veteran itu berkata, berdasarkan pengalamannya berpolitik selama lebih 50 tahun dan menempuh pelbagai cabaran dalam proses pembangunan, negara ini sudah mengalami perubahan yang ketara dari aspek pembangunan hasil usaha pemimpin negara terdahulu sehingga kini.
"Oleh itu, rakyat seharusnya bersyukur kerana negara ini dianugerahkan pemimpin yang bukan sahaja berjaya memerdekakan negara daripada belenggu penjajah tetapi juga benar-benar berjuang untuk membela nasib rakyat," katanya.

Menyentuh mengenai kepimpinan Najib, Sakaran berkata transformasi negara lebih ketara di bawah pentabdiran Najib yang adalah arkitek konsep 1Malaysia.

"Saya melihat Najib memiliki keistimewaan tersendiri. Beliau ingin melihat negara ini memasuki era kecemerlangan dengan lebih pantas," katanya.

"Bukan ramai pemimpin negara yang memiliki keistimewaan seperti Najib kerana saya perhatikan dalam tempoh empat tahun sahaja beliau menjadi Perdana Menteri, rakyat sudah merasa apa yang beliau lakukan.

"Apa yang beliau janjikan kepada rakyat, beliau tunaikan. Misalnya konsep 1Malaysia yang mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama ... kini kita ada Klinik 1Malaysia, Kedai 1Malaysia, Komputer 1Malaysia, Amanah Saham 1Malaysia, kenaikan gaji kakitangan awam, subsidi untuk nelayan dan peruntukan pembangunan luar bandar yang besar.
 
"Semua ini menjurus kepada kejujuran Perdana Menteri 'menolong' orang kita tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Sakaran yakin lebih banyak lagi kemudahan yang akan dinikmati oleh rakyat sama ada di bandar atau luar bandar sekiranya Najib terus diberi mandat memimpin negara ini.

Beliau berkata, agenda transformasi negara pasti memerlukan masa untuk dilaksanakan sepenuhnya dan sebab itu kerajaan BN perlu dipertahankan dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, kerajaan BN telah memainkan peranan penting dalam membawa rakyat dan negara ini di landasan yang betul untuk terus maju dan membangun, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi rohani, perpaduan, hormat-menghormati dan nilai modal insan.

"Di Sabah ini, rakyat pernah berada dalam pemerintahan pembangkang untuk beberapa ketika dan kita sudah merasa kesusahan apabila kita tidak ada hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

"Kalau tidak ada kerjasama antara negeri dan persekutuan, pelaksanaan pembangunan pun agak lembab, jadi kita tidak mahu lagi ia berulang di Sabah, kita sudah lihat bagaimana pantasnya pembangunan di Sabah di bawah BN," katanya.

Sakaran berkata, kerajaan BN Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, juga meletakkan kedudukan ekonomi yang lebih kukuh.

"Harapan saya ialah rakyat Sabah akan terus menyokong kerajaan dan Sabah terus menjadi kubu kuat BN pada pilihan raya akan datang, sekaligus mengulangi pencapaian cemerlang dalam pilihan raya 2008," katanya. - BERNAMA 
 

UiTM DULU (ITM) DAN SEKARANG...

Siswa ITM, UiTM: Idealisme, alat politik



UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) kini tidak seperti ITM dulu. Mahasiswanya kini tidak seperti dulu. Kini mereka mendapat PTPTN, dulu tiada. Pelajar miskin dulu rata-rata akan menderu ke Dewan Makan untuk menikmati juadah makan tengah hari, makan malam atau sarapan yang tidak seberapa, dengan lazatnya.

Kami semua bersyukur ketika itu. Amat-amat bersyukur, kerana wang di poket ada kalanya terputus. Makan tengah hari pada hari Jumaat ditunggu-tunggu kerana ia merupakan hidangan istimewa: nasi beriani dengan ayam masak merah. Hari-hari biasa selalunya ikan cencaru keras yang disebut dengan panggilan ikan jaket.

UiTM kini lain daripada ITM dulu. Pelajar-pelajar datang ke kampus berkereta. Sekurang-kurangnya Kancil atau MyVi. Parking di dalam kampus di Shah Alam penuh sehinggakan parking pensyarah pun diambil alih. Telefon tangan canggih-canggih belaka. iPad dan tablets tidak asing. Belajar dalam suasana yang amat selesa. Mereka cukup beruntung.

Namun UiTM sekarang bukan seperti ITM dulu. Dulu perjuangan mereka ialah untuk masa depan bangsa. Pelajar-pelajar baru didedahkan dengan semangat lagu Warisan: Anak Kecil Main Api. Semua mereka menyanyikan lagu itu dengan linangan air mata. Dulu sekitar 1970‘an pejuang-pejuang pelajar berjuang untuk masa depan bangsa dan negara.

Kini UiTM sudah mempunyai pelajar seperti Khalid Mohd. Ismath. Pelajar yang diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu. Pada 1970-an ITM pun mempunyai pelajar seperti dia bernama Ibrahim Ali, tapi perjuangan mereka berbeza. Ibrahim berjuang atas idealisme siswa, sementara Khalid atas dasar menjadi alat parti politik.
‘‘
Jauh bezanya pelajar sekarang dan dulu. Dulu kami Kesatuan Siswa ITM (KSITM) berslogankan Bumiputera Bertindak. Memperjuangkan untuk ITM ditukar menjadi Universiti. Berjuang untuk kursus-kursus diploma tertentu dinaik taraf menjadi ijazah. Itu perjuangan kami. Kami tidak diperkuda-kudakan oleh mana-mana parti politik," katanya yang menjadi Presiden KSITM pada 1974, sewaktu berlakunya demonstrasi besar-besaran oleh para pelajar ITM.

Tarikh demonstrasi ialah 22 April 1974. Berlaku tunjuk perasaan terhebat dan luar biasa membabitkan 6,000 pelajar ITM. Tepat jam 12 tengah malam, kesemua 6,000 pelajar itu berbaris panjang dan berarak dari Shah Alam untuk ke bangunan Parlimen bagi menuntut taraf ITM dinaikkan.

Dalam perjalanan itu, menurut Ibrahim, 1,500 ditangkap, kira-kira 200 ke 300 dibawa di hospital, hanya lebih kurang 300 sahaja yang berjaya tiba di bangunan Parlimen.

Yang luar biasa, semasa berjalan mereka tiba di Stesen Kereta Api Batu 3, sekumpulan pelajar merampas kereta api dan para pelajar kejuruteraan mengambil alih membawa jentera itu untuk ke Kuala Lumpur.

Polis terpaksa bertindak dan ‘‘kami dapat melihat tabung-tabung gas pemedih api ditembak bagaikan percikan bunga api."
‘‘
Hasil daripada peristiwa itu, ITM ditutup, namun kampus itu diambil alih oleh para pelajar selama dua minggu. Pelajar Hotel Catering menyediakan makanan, pelajar Komunikasi (Mass Comm) melakukan perang saraf media, pelajar kejuruteraan menjalankan peranan mereka.

‘‘Kami bertahan selama dua minggu di kampus Shah Alam, Jalan Othman dan Seksyen 17 Shah Alam."

Kemudian perundingan dengan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein pun berjalan. ‘‘Saya mengetuai perjumpaan dengan Tun Razak dan Tan Sri Ghazali Shafie (Menteri Dalam Negeri) di Jabatan Perdana Menteri. Pada waktu itu semua ibu bapa kepada Exco-Exco KSITM dibawa ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di Hotel Hilton untuk memujuk para pemimpin pelajar menghentikan tunjuk perasaan."

Dalam perundingan itu, cerita Ibrahim lagi, Tun Razak memberikan surat perakuan kepadanya selaku Presiden KSITM bahawa kerajaan bersetuju untuk menaik taraf sebahagian daripada Diploma ITM menjadi Ijazah Am, tetapi dengan syarat pulang ke kampung dahulu.

ITM kemudian ditutup selama sebulan. Para pemimpin itu tidak pulang ke kampung, sebaliknya berkampung di bangunan MAYC di Jalan Syed Putra setelah mendapat kebenaran daripada Presiden MAYC ketika itu, Sanusi Junid (Tan Sri). ITM kemudian dibuka semula sebulan selepas itu sekitar awal Jun 1974. Sebahagian Diploma kemudian diiktiraf sebagai Ijazah Am.
‘‘
Itulah perjuangan kami ketika itu," kata Ibrahim, bekas pelajar Komunikasi Massa ketika itu yang kemudian Diplomanya diiktiraf sebagai Ijazah Am. Ibrahim kemudian disumbat ke dalam ISA pada Disember tahun yang sama kerana terbabit dalam demonstrasi Baling dan demonstrasi menuntut ITM dijadikan Universiti.

Perjuangan beliau tidak habis sampai di situ sahaja. Perjuangannya bagi menuntut ITM dijadikan universiti tidak putus-putus. Selepas keluar daripada tahanan ISA pada 1978, beliau menyertai politik. Menjadi Ahli Parlimen Pasir Mas pada 1986 beliau masih tidak putus bercakap mengenai ITM untuk dijadikan universiti.
‘‘
Saya dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1992 dan masih bercakap mengenai isu yang sama sehinggakan Dr. Mahathir pernah berseloroh Ibrahim tak ada kerja lain asyik cakap pasal perkara itu sahaja.
‘‘
Pada 1999 saya dilantik menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menjaga hal ehwal undang-undang, saya mengadakan perhimpunan siswazah ITM di Stadium Malawati Shah Alam dengan menjemput Dr. Mahathir merasmikannya. Semua tokoh-tokoh korporat besar negara lulusan ITM turut hadir. Datuk Najib Tun Razak selaku Menteri Pelajaran juga hadir. Sebelum saya berucap saya sekali lagi bertanya kepada Dr. Mahathir memohon supaya beliau mengumumkan ITM dijadikan universiti.
‘‘
Dr. Mahathir kemudian toleh ke arah Najib dan bertanya kalau dia umum ITM jadi universiti hari ini bolehkah dari segi perundangan? Najib berkata, tiada masalah ia boleh dilakukan. Maka pada hari itu bertukarlah ITM menjadi universiti atau dikenali sebagai UiTM," kata Ibrahim kepada saya dalam satu pertemuan selepas majlis penganugerahan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kepada Pengarah pertama ITM, Tan Sri Arshad Ayub dengan Anugerah Bintang Pahlawan Pribumi Perkasa serta diangkat sebagai Bapa Modal Insan Pribumi Perkasa, Ahad lalu.

Ibrahim masih tidak puas hati. Beliau mahu melihat sebuah universiti Melayu Bumiputera itu yang selama ini dipandang rendah oleh orang lain, termasuk bangsanya sendiri, dipandang tinggi. Ibrahim bertanya kepada Dr. Mahathir, UiTM perlu ditubuhkan Fakulti Perubatan, atau jika tidak ia akan terus dipandang rendah.

‘‘Dr. Mahathir kemudian meluluskan penubuhan fakulti perubahan UiTM yang kini adalah antara fakulti yang paling susah untuk dimasuki berdasarkan meritnya yang tinggi," katanya.

Perjuangan belakang tabir Ibrahim terhadap ITM dan UiTM tidak selesai apabila dengan menggunakan inisiatifnya, beliau menubuhkan Yayasan Budiman, yayasan yang kini menaja para pelajar sederhana yang miskin mencapai cita-cita mereka untuk menjadi kumpulan profesional melalui program Destinasi Anak Bangsa. Para pelajar sederhana ini diambil menjalani kursus pra-diploma selama enam bulan dengan dibiayai oleh yayasan ini sehinggalah mereka mampu melanjutkan pelajaran dalam bidang perakaunan atau kejuruteraan dan menjadi akauntan dan jurutera profesional.

Itulah perjuangan para pemimpin pelajar dahulu. Bukan macam Khalid Mohd. Ismath yang terbabit dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. Dia dipengaruhi oleh Ambiga, Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain. ‘‘Jauh bezanya perjuangan kami dengan para pelajar sekarang. Kami tidak dipengaruhi oleh parti politik. Dulu kami tidak mengizinkan langsung dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami bukan anti kerajaan, tapi kami berjuang untuk suasana kampus yang lebih baik, duit poket lebih dan untuk anak bangsa. Kami tidak menentang kerajaan dan kami masih boleh berunding dengan para menteri, TPM dan PM," katanya.

Semasa di bawah Arshad Ayub dulu, kata Ibrahim beliau menggalakkan para pelajarnya berfikiran kritikal, tetapi berpandukan kepada isu-isu dan bukan untuk menentang kerajaan.

Ibrahim menjangkakan dengan pindaan undang-undang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang membenarkan para pelajar menjawat jawatan dalam parti politik maka keadaan akan menjadi lebih teruk lagi.

Para pelajar sekarang suka take side. Dan lebih teruk apabila para pelajar ini dibawa oleh parti-parti politik pembangkang semasa cuti untuk dicuci fikiran mereka menentang kerajaan," katanya.

Itulah yang membezakan ITM dan UiTM sekarang. Sebuah institusi yang masih boleh bertahan dalam situasi politik UMNO semasa, dan tidak pasti kedudukannya jika kerajaan sekarang terjunam dalam pilihan raya ke-13 kelak.

Hayat UiTM sebenarnya berada di hujung tanduk.


ECER PULAK...

ECER tarik pelaburan RM32.7b sehingga akhir Jun
DARI UTUSAN MALAYSIA
1/8/2012
Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif ECER, Datuk Jebasingam Issace John (depan, kanan). - BERNAMA

KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) telah menarik pelaburan lebih RM32.7 bilion sejak 2007 sehingga akhir Jun tahun ini, di mana RM12 bilion telah dicatatkan dalam tempoh enam bulan pertama 2012.

Perdana Menteri berkata, antara Januari dan Jun tahun ini, kelompok pelancongan ECER telah menarik jumlah pelaburan tertinggi iaitu kira-kira 55 peratus, diikuti oleh kelompok pembuatan (31 peratus), kelompok pertanian (8.0 peratus), kelompok pendidikan (5.0 peratus) dan sektor perkhidmatan (hampir 1.0 peratus).

"Kesemua projek ini dijangka dilaksanakan pada tahun ini," katanya di dalam dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis kedua Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) tahun ini di sini hari ini.

"Daripada jumlah pelaburan RM32.7 bilion yang telah berjaya ditarik masuk ke ECER sejak 2007, kira-kira RM21.9 bilion telah pun diterima dan mewujudkan hampir 30,000 peluang pekerjaan di samping menyumbang RM7 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK)," Najib.

Beliau juga Pengerusi ECERDC.

Katanya lonjakan dalam pelaburan tersebut disokong oleh peningkatan infrastruktur yang dilaksanakan secara progresif di ECER serta usaha-usaha promosi pelaburan yang giat dijalankan oleh ECERDC dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata ECER kini berada pada kedudukan yang kukuh dan berupaya menarik kedatangan para pelabur yang berkualiti dari pelbagai jenis industri, termasuklah para pengiat industri bertaraf dunia dari sektor bioteknologi.

"Ini adalah bukti jelas bahawa usaha Kerajaan untuk menjadikan ECER sebuah wilayah maju menjelang tahun 2020 sudah mula membuahkan hasil.

"ECER kini sedang mengorak langkah ke arah merapatkan jurang pembangunan yang wujud antara wilayah pantai timur dan pantai barat dan ia telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi pelaburan yang unggul, dinamik dan kompetitif di peringkat global," kata Perdana Menteri.

Menurutnya, kesemua perkembangan itu sememangnya memberi kesan positif kepada ECER, terutamanya bagi penduduk Wilayah ini yang kini menikmati lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana oleh kesemua pelaburan tersebut.

Antara pelaburan yang telah dicatatkan antara bulan Januari dan Jun tahun ini adalah pengumuman oleh Gevo Inc. dari Amerika Syarikat untuk membina sebuah loji bioisobutanol pertama di dunia yang menggunakan bahan mentah biojisim bernilai RM1.65 bilion di Taman BioPolimer Kertih (KBP), Terengganu.

Gevo akan mengikut jejak langkah CJ Arkema, sebuah syarikat usahasama antara CJ CheilJedang Corporation dari Korea Selatan dan Arkema SA dari Perancis, yang akan melabur RM2 bilion untuk membangunkan sebuah loji bio-metionina yang pertama di dunia di KBP.

Kini, ECERDC telah menyiapkan kerja-kerja infrastruktur di tapak kemudahan bio-metionina CJ Arkema di KBP dan pembinaan loji tersebut dijangka bermula pada suku ketiga 2012.

Pengumuman Gevo itu merupakan salah satu hasil susulan daripada pemeteraian dokumen kerjasama strategik antara Kerajaan Terengganu, ECERDC dan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) untuk membangunkan kawasan seluas 1,000 hektar di KBP untuk pembinaan kompleks biopenapisan yang terbesar di Asia.

Kompleks biopenapisan yang terletak di KBP itu merupakan satu mercu tanda utama kerana ia merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menggunakan bahan mentah selulosa untuk menghasilkan produk terbitan bio seperti karbohidrat lanjutan, biokimia, biobahan, biobaja dan ramuan suapan aktif.

Kompleks biopenapisan ini dijangka menarik pelaburan RM7 bilion dan keseluruhan projek itu dijangka menjana PNK terkumpul RM20.4 bilion menjelang 2020 di samping membuka 2,500 peluang pekerjaan "hijau" di Malaysia.

Sebagai tambahan, Najib berkata Kelantan telah menerima satu rangsangan pembangunan utama dengan cadangan pelaksanaan projek Pelabuhan Bersepadu Tok Bali.

Projek itu akan dibangunkan oleh East Coast Terminal Sdn Bhd dengan pelaburan keseluruhan RM4.5 bilion, yang akan mentransformasi Tok Bali untuk menjadi hub logistik bagi industri sektor berasaskan ikan, pelancongan dan minyak dan gas, katanya. - BERNAMA

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG MESTI SPIN YANG ECER NI TIPU RAKYAT HIDUP-HIDUP... MACAM SI KHALID KAT SELANGOR TIPU RAKYAT PASAL TALAM DAN AIR.... MEREKA APA PUN TAK BOLEH BUAT....

LOMPAT SI LAJIM

Lajim digesa keluar parti
DARI UTUSAN MALAYSIA
1/8/2012



KUALA LUMPUR 31 Julai - Datuk Seri Lajim Ukin perlu membuat keputusan keluar daripada UMNO secepat mungkin sebagai membuktikan beliau seorang ahli politik yang bermaruah dan berprinsip.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, biarpun Lajim seperti bermain tarik tali kerana bertindak meletak jawatan secara berperingkat, namun UMNO tidak akan terperangkap dengan 'permainan' itu.

Jelasnya, Ahli Parlimen Beaufort tersebut tidak perlu mengharapkan adanya proses 'tawar-menawar' daripada pihak parti untuk memujuk beliau supaya tidak meninggalkan UMNO kerana ia hanyalah perbuatan yang sia-sia.

''Beliau cuba mengugut dengan meletak jawatan secara berperingkat supaya dipujuk.

''Pada saya, beliau tidak perlu tunggu dipecat, tetapi harus keluar sekiranya beliau bermaruah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Puad mengulas tindakan Lajim yang meletak jawatan politik dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu, namun belum membuat keputusan untuk keluar daripada parti atau melepaskan jawatan dalam Kabinet.

Ekoran itu, UMNO memberi tempoh 14 hari bagi menjawab surat tunjuk sebab mengapa beliau tidak boleh dipecat daripada parti.

Hari ini Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memberi perkenan membatalkan pelantikan Lajim sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuat kuasa serta-merta.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan Lajim yang cuba melambat-lambatkan proses keluar parti tersebut jelas mengikut tindak-tanduk yang pernah dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana kata Mohd. Puad, Ketua Pembangkang itu mendakwa bahawa beliau tidak pernah keluar UMNO sebaliknya telah dipecat.

Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron pula berkata, tindakan Lajim tersebut disifatkan sebagai seorang oportunis yang terdesak selain termakan dengan janji-janji manis pemimpin pembangkang untuk dilantik sebagai Ketua Menteri jika mereka menang dalam pilihan raya umum nanti.

Pelantikan Lajim batal serta-merta

KUALA LUMPUR 31 Julai - Pelantikan Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dibatalkan serta merta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan terhadap pembatalan pelantikan itu.

Ia adalah mengikut peruntukan Fasal (3) Perkara 43A yang dibacakan bersama Fasal(5) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Lajim pada Sabtu lepas mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta.

Beliau bagaimanapun berkata masih kekal sebagai anggota UMNO.

Lajim yang mengumumkan peletakan jawatannya di Likas Jaya, dekat Kota Kinabalu, dilaporkan menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Lajim, 57, dipilih ke Parlimen pada pilihan raya umum 2008 menggantikan penyandang kerusi Beaufort, Azizah Mohd Dun selepas menewaskan Lajim Md. Yusof (PKR), dengan majoriti 10,914 undi.

Beliau kemudian dilantik menjadi Timbalan Menteri Pengangkutan pada tahun 2008 sebelum ditukarkan portfolio kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 2009. - BERNAMA

KOMEN : DAHLAH SERING MELOMPAT KATAK... NAK PEGANG JAWATAN MP PUN SAMPAI MATI WALAUPUN DIRI DAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI CALON TIDAK BOLEH MENANG... CERMINLAH DIRI TU... JADILAH KAU PRESIDEN PARTI BARU YANG KAU TUBUHKAN... ADA PUN SERUPA TIDAK ADA?