Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 3 September 2010

Elak jalan raya jadi sungai maut: PM




2010/09/03


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan cermat dan berhemah bagi mengelakkan lebuh raya dan jalan raya daripada menjadi "sungai maut".

Dalam mesej bersempena Hari Raya Aidilfitri itu juga, Perdana Menteri meminta semua rakyat Malaysia sentiasa mementingkan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain. Ingatan Perdana Menteri itu disuarakan menerusi rakaman video khas "Mesej Perdana Menteri Bersempena Musim Perayaan Aidilfiri 2010" yang dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, di Serdang hari ini. Najib turut berharap semoga semua pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan dapat mengutamakan keselamatan sewaktu musim perayaan baik semasa pergi mahu pun pulang ke destinasi masing-masing.

"Displinkan diri kita dengan mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan, sesungguhnya sikap berhati-hati dapat megurangkan risiko kemalangan.

"Pulanglah ke kampung halaman masing-masing dengan rasa syukur dan gembira agar kita semua dapat merayakan Aidilfitri dengan gembira tanpa ada kemalangan yang mengorbankan nyawa berlaku dalam keluarga," katanya.

Najib turut mengingatkan generasi muda, supaya mengutamakan keselamatan dengan memberi perhatian sepenuhnya ketika di jalan raya kerana mereka adalah aset penting negara.

Kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, Najib meminta mereka bersama-sama merayakan hari raya dengan suasana penuh muhibbah, harmoni dan bersatu padu ke arah kemantapan 1Malaysia.

Akhir sekali, Perdana Menteri bersama anggota keluarga serta mewakili jemaah menteri mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam semoga dapat merayakannya dengan penuh kegembiraan.

Dalam mesej itu Najib turut menyampaikan serangkap pantun:

Satu Malaysia Bersatu-padu,
Bersatu-padu penuh semangat,
Pesanan buat para pemandu,
Pandu cermat jiwa selamat.


SAYA SEKELUARGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA...INGATLAH PESANAN PM KITA UTAMAKAN KESELAMATAN DIRI BILA MEMANDU UNTUK PULANG KE KAMPUNG HALAMAN...INGATLAH DISANA ADA YANG MENANTI ANDA SEKELUARGA....MAAF ZAHIR DAN BATIN...

No comments: