Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Wednesday, 18 November 2015
APANAMA: Apa perkembangan kes RM2 juta dalam akaun peribadi...
APANAMA: Apa perkembangan kes RM2 juta dalam akaun peribadi...: SEKARANG ROSMAH PULA DIDAKWA TERIMA RM2 JUTA DALAM AKAUN PERIBADI Ini bukan cerita baru. Laporan di-atas disiarkan pada 9hb Jula...
CELAH GELEGAR: [VIDEO] 20 Cawangan UMNO di Bahagian SEPANG DESAK ...
CELAH GELEGAR: [VIDEO] 20 Cawangan UMNO di Bahagian SEPANG DESAK ...: Malam tadi berlangsung satu majlis sidang media Undur Najib oleh beberapa Ketua Cawangan dari bahagian Sepang untuk melahirkan ketidakp...
Tuesday, 17 November 2015
CELAH GELEGAR: Serangan Paris dicipta untuk tekan Islam
CELAH GELEGAR: Serangan Paris dicipta untuk tekan Islam: SUDAH banyak pihak membongkar asal usul kumpulan militan IS yang sebenarnya dicipta oleh Barat, Amerika dan Israel sendiri. Tahun lep...
CELAH GELEGAR: HALANG Bajet 2016: MP PAS TIDAK SEPAKAT, 3 MP Pas ...
CELAH GELEGAR: HALANG Bajet 2016: MP PAS TIDAK SEPAKAT, 3 MP Pas ...: KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen PAS dilihat tidak sepakat dalam membuat keputusan apabila tiga daripada 14 ahli Parlimen parti itu menolak...
Monday, 16 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Arul - Kerajaan Hilang Aset dan Berbilion Ringgit ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Arul - Kerajaan Hilang Aset dan Berbilion Ringgit ...: 1MDB TIDAK RUGI selepas Pelan Rasionalisasi Hutang ! Tak rugi ? Biar betul beb ..... tapi itulah dakwaan Arul Kanda. Selepas jual aset ba...
Rakyat Malaysia: ISIS TURUT SASAR PEMIMPIN MALAYSIA, APAKAH NEGARA ...
Rakyat Malaysia: ISIS TURUT SASAR PEMIMPIN MALAYSIA, APAKAH NEGARA ...: Hari ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (...
Thursday, 12 November 2015
ASUS :Gajet mampu milik
Telefon pintar asas dengan harga berbaloi
OLEH NUR FATIEHAH
ABDUL RASHID | 09 November 2015 4:00 PM

Asus Zenfone Go
Telefon pintar terbaharu jenama Asus yang menjadi perbualan hangat netizen baru-baru ini iaitu Asus Zenfone Go atau lebih dikenali sebagai Asus Zenfone Go ZC500TG merupakan telefon pintar terkini dalam barisan generasi Asus Zenfone.
Asus Zenfone Go ZC500TG ini menggantikan siri Asus Zenfone sebelumnya dalam kelas harga yang lebih kurang sama iaitu Asus Zenfone 4s dan Asus Zenfone 5 Lite.
Peranti pada harga RM519 ini adalah telefon pintar berspesifikasi pertengahan dengan sistem operasi Android 5.1 (Lollipop) daripada Asus yang dijana menggunakan cip pemprosesan MediaTek MT6580 1.3Ghz.
Memori peranti ini pula adalah 2GB RAM dengan ruangan storan sebesar 16 GB, dimensi 144.5 x 71 x 9.98 mm serta seberat 135 gram (bersama bateri).
Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi kamera belakang 8 megapiksel serta kamera hadapan 2 megapiksel. Melengkapkan peranti ini adalah antaramuka ZenUI bersama-sama sokongan dwi-SIM.
Dilengkapi dengan skrin bersaiz 5 inci, telefon pintar ini didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu hitam, putih dan merah. Pengguna yang sedang tercari cari peranti yang murah tetapi memberi kepuasan, mungkin Asus ini penyelesaiannya.
SPESIFIKASI
Asus Zenfone Go ZC500TG
Sistem Operasi: Android 5.1 (Lollipop)
Warna: Hitam, putih dan merah
Dimensi: 144.5 x 71 x 9.98 mm
Berat: 135 gram.
CPU: MediaTek MT6580 Quad-Core 13GHz
Memori: 2GB
Storan: 16GB eMMC Flash/ 5GB free lifetime ASUS WebStorage
Slot Memori: Kad MicroSd (sehingga 64GB)
Kamera: 2 megapiksel
Harga: RM 519
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/gajet-mampu-milik-1.156572#sthash.C72h06bs.dpuf
Friday, 6 November 2015
CELAH GELEGAR: [KARYA LAGU MANA HILANG 2.6 BINTANG ANGKAT MARTABA...
CELAH GELEGAR: [KARYA LAGU MANA HILANG 2.6 BINTANG ANGKAT MARTABA...: Ketika menjejakkan kaki di pekarangan pejabat Malaysiakini semalam, pada awalnya tidak ramai yang mengendahkan kedatangan seorang ana...
Rakyat Malaysia: NAZIR – SUKAR PROMOSI MALAYSIA DI LUAR NEGARA AKIB...
Rakyat Malaysia: NAZIR – SUKAR PROMOSI MALAYSIA DI LUAR NEGARA AKIB...: "Bukan Nazir sahaja tetapi ramai sudah jemu dan mulai rasa lugar (sebu) dan ‘nak jeluwok’ dengan isu ini. Mereka menanti untuk ...
PIALA MALAYSIA : JDT leburkan sisa peluang Perak
SAYED HESHAM IDRIS | 06 November 2015 12:05 AM

PENJAGA gol JDT, Izham Tarmizi Roslan sempat menumbuk bola ketika cuba menghalang kemaraan pemain Perak, Wong Namkoong (kanan) dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak, Ipoh semalam. JDT menang 2-1. UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN
IPOH – Johor Darul Ta’zim meleburkan sisa peluang Perak untuk layak ke suku akhir persaingan Piala Malaysia apabila membenam pasukan tuan rumah 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B di Stadium Perak semalam yang menyaksikan pasukan pelawat menjaringkan gol kontroversi.
Kekalahan itu menutup terus peluang Perak untuk meneruskan kemaraan setelah kekal di anak tangga tercorot kumpulan dengan tiga mata hasil satu kemenangan.
Keputusan itu bermakna slot terakhir ke suku akhir dari Kumpulan B kini menjadi perebutan di antara pasukan Sarawak (7 mata) dan ATM (4 mata) yang akan ditentukan menerusi perlawanan pada 21 November ini.
Dalam perlawanan semalam, meskipun sudah mengesahkan kemaraan ke suku akhir, JDT yang masih segar dengan kejayaan muncul juara Piala AFC, tetap mempamerkan aksi bertenaga.
Begitupun, pasukan tuan rumah terlebih dahulu mencipta jaringan menerusi pemain dari Brazil, Charles Souza Chad pada minit ke-29 setelah menanduk sepakan bebas Mohd. Hafiz Ramzan untuk menewaskan pengaja gol JDT, Izham Tarmizi Roslan.
Kedudukan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila JDT bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-33 apabila pemain itu pantas menyambar bola yang ditampan penjaga gol Perak, Hairol Fazreen setelah Haris Harun melepaskan rembatan kencang.
Jaringan tersebut mencetuskan kontroversi kerana pada awalnya dibatalkan oleh pengadil Zulkifli Ahmad kerana offside setelah penolong pengadil 2, Mohd. Fairuzi Mat Desa mengangkat bendera.
Namun pembatalan itu dibantah keras oleh pemain JDT kerana seorang pemain tuan rumah iaitu Mohd. Hafiz Ramdan masih berada pada posisi terakhir pertahanan Perak, namun pemain itu berada dalam keadaan terbaring kerana cedera.
Setelah berbincang dengan Mohd. Fairuzi, Zulkifli kemudiannya membenarkan jaringan tersebut untuk JDT mengikat kedudukan 1-1.
JDT kemudian mendahului apabila Safee Sali menanduk kemas hantaran lintang Harus Harun pada minit ke-45 untuk pasukan pelawat menutup babak pertama dengan mendahului 2-1.
Perak hampir memperoleh peluang untuk jaringan penyamaan apabila pemain dari Korea Selatan, Woong Namkung dijatuhkan di dalam kawasan penalti JDT pada minit ke-73 namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Datuk Sharulzaman Yahya berkata, Pafa akan meminta penjelasan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai keputusan pengadil yang membenarkan jaringan Amri.
Menurutnya, apa yang beliau faham, kedudukan seseorang pemain yang tercedera tidak boleh diambil kira walapun di mana sekalipun posisi pemain tersebut berada.
“Jaringan kontroversi ini telah merencatkan semangat dan rentak permainan pasukan Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-leburkan-sisa-peluang-perak-1.155062#sthash.upDzgyUj.dpuf
Thursday, 5 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib - Model 1MDB Terlalu Idealistik ! Banyaklah ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Najib - Model 1MDB Terlalu Idealistik ! Banyaklah ...: Najib kata model perniagaan 1MDB terlalu idealistik ...... sebab itu ia gagal ? Kegagalan model idealistik itu disebabkan Edra Energy tidak ...
Wednesday, 4 November 2015
CELAH GELEGAR: ARTIKEL TUN TERBARU: SABOTAJ (BM), Najib Sepatutny...
CELAH GELEGAR: ARTIKEL TUN TERBARU: SABOTAJ (BM), Najib Sepatutny...: 1. Saya keliru dengan kenyataan Peguam Negara bahawa Dato Seri Khairuddin dan Matthias Chang sedang didakwa kerana sabotaj sistem perba...
Putra Merdeka: Sejauhmana Debat Menyelesaikan Masaalah..!
Putra Merdeka: Sejauhmana Debat Menyelesaikan Masaalah..!: Beriya iya juak juak Najib memperkatakan isu debat..! Menteri pun dah sebok menyusun kamera untuk mempastikan debat akan berlaku dan ber...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB -Melibatkan Wang Rakyat Pandai Tapi Bertemu R...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB -Melibatkan Wang Rakyat Pandai Tapi Bertemu R...: Dengar cerita melalui watsapp, debat Arul-Tony dalam isu 1MDB dibatalkan ...... betul ke ? Yang saya tahu perbincangan banyak berkisar ...
APANAMA: Agreeing to disagree
APANAMA: Agreeing to disagree: A : Bro, janganlah hentam PM sangat. B : But this is not just about PM. This is about a crime (or a series of crimes, particularly thef...
AFC CUP : Sultan, TMJ menderma untuk bayar nazar
04 November 2015 12:12 AM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU – Kegembiraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dengan kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala AFC turut dikongsi bersama rakyat jelata termasuk golongan kurang bernasib baik di negeri ini.
Untuk meraikan kegembiraan itu Sultan Johor akan menunaikan nazar baginda untuk menderma RM1 juta kepada rumah anak yatim manakala Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menderma kepada semua masjid di negeri ini.
“Tunku Mahkota Johor kata dia ada bernazar bahawa jika JDT menang, maka dia akan menderma kepada semua masjid di Johor dan saya sendiri pula sudah bernazar untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah anak yatim di Johor,” titah baginda dalam laman Facebook rasminya, semalam.
Sultan Ibrahim bertitah, kejayaan JDT adalah berkat doa seluruh rakyat negara ini dan kesungguhan pasukan itu yang bermain bermati-matian menentang FC Istiklol sehingga ke tiupan wisel terakhir pada Sabtu lalu.
Baginda memberitahu telah menghubungi Tunku Ismail untuk mengucapkan tahniah sebaik sahaja JDT menang ke atas kelab Tajikistan itu.
“Dia (Tunku Ismail) terlalu emosional dan menangis, tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia hendak berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan janji yang dibuat terdahulu,” titah baginda.
Tunku Ismail tidak menyaksikan perlawanan di Dushanbe itu kerana berada di Argentina untuk menyertai kejohanan polo.
Sultan Ibrahim bertitah, Piala AFC akan dipamerkan di seluruh daerah negeri ini apabila Tunku Ismail pulang pada 18 November untuk membolehkan orang ramai melihat secara dekat.
“JDT adalah milik Bangsa Johor. Kesetiaan anda semua telah membawa kita ke tahap ini. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dan doa daripada anda semua,” titah baginda.
Dalam perlawanan akhir Piala AFC Sabtu lalu, JDT mengecewakan Istiklol di ibu negara Tajikistan itu dengan kemenangan 1-0.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/sultan-tmj-menderma-untuk-bayar-nazar-1.154180#sthash.f0sm0usA.dpuf
AFC CUP : Demam juara landa JB
MOHAMAD FAIZAL HASHIM | 04 November 2015 12:13 AM



JOHOR BAHRU - Ribuan rakyat negeri ini membanjiri beberapa lokasi di sekitar bandar raya Johor Bahru untuk menyaksikan perarakan menyambut kepulangan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang muncul juara Piala AFC 2015.
Penyokong setia tidak melepaskan peluang menyambut wira JDT yang mencipta sejarah sebagai pasukan pertama dari rantau Asia Tenggara menjulang Piala AFC selepas menundukkan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 Sabtu lalu.
Perarakan tersebut diwarnai dengan kemeriahan penyokong yang menyarung jersi Harimau Selatan dan memegang sepanduk di laluan perarakan sejak pukul 6 petang sebagai tanda sokongan padu terhadap pasukan berkenaan.
Kemeriahan jelas terasa apabila perarakan yang bermula dari Stadium Tan Sri Hassan Yunos membawa pemain JDT pada pukul 8 malam disambut kira-kira ribuan penyokong yang mengambil kesempatan merakam gambar bersama para pemain Harimau Selatan.
Bas tanpa bumbung yang membawa wira JDT itu melalui beberapa kawasan tumpuan, antaranya pusat beli-belah City Square, Tropical Inn, Kompleks Kotaraya, Lot 1, Hospital Sultanah Aminah, Istana Bukit Serene dan berakhir di Dataran Bandaraya Johor Bahru.
Setibanya mereka di Dataran Bandaraya, pemain Harimau Selatan disambut dengan sorakan oleh ribuan penyokong setia yang tidak berganjak sejak petang biarpun hujan semata-mata mahu menyemat memori berharga itu bersama pasukan JDT.
Dalam majlis sambutan tersebut, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim menyampaikan cenderamata kepada para pemain dan barisan pengurusan serta menyampaikan Piala AFC kepada pemain paling bernilai dalam kejohanan tersebut, ketua pasukan Safiq Rahim.
Dalam ucapannya, Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan negeri berkata, JDT berjaya melakar sejarah yang belum pernah direkodkan mana-mana pasukan di Malaysia sekali gus mengharumkan nama negara.
“Sekalung tahniah diucapkan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak berputus asa membawa perubahan kepada JDT dan mencetuskan fenomena baharu bola sepak tanah air.
“Sebagai menghargai pencapaian yang dicipta pasukan JDT, kerajaan negeri akan mengumumkan pemberian ganjaran dalam masa terdekat,” katanya.
Dalam perlawanan akhir Sabtu lalu, JDT menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan dengan jaringan 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/demam-juara-landa-jb-1.154201#sthash.kBtH4fMl.dpuf
1MDB : Sedia letak jawatan
Pandikar Amin tidak benarkan debat 1MDB
KAMIL MASLIH | 04 November 2015 1:26 AM
KUALA LUMPUR 3 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan perdebatan umum antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, malah beliau sanggup meletakkan jawatannya jika perdebatan itu diteruskan.

PANDIKAR AMIN MULIA
Menurut Pandikar Amin, beliau tidak membenarkan perdebatan secara siaran langsung itu kerana Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB.
Mengakui beliau hanya mengetahui mengenai ura-ura debat Tony-Arul Kanda itu melalui laporan media dan laman sosial menegaskan:
“Berdebat ini tiada kesimpulan yang tuntas, kalau saya benarkan perdebatan ini, seolah-olah perdebatan lagi penting daripada siasatan PAC, kalau begitu, selepas ini tidak perlu wujudkan sebarang jawatankuasa, cukup dengan debat sahaja.
“Kalau kerajaan mahu teruskan perdebatan ini, saya tidak akan libatkan diri, malah, saya akan mengundurkan diri sebagai Speaker Dewan Rakyat kalau itu juga diteruskan.”
Pandikar Amin berkata demikian ketika membuat keputusan mengenai perdebatan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Baru-baru ini, Arul Kanda menyahut cabaran Tony untuk berdebat dalam program siaran langsung televisyen mengenai isu 1MDB dan menggugurkan syarat sebelum ini yang mengkehendaki Tony meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC.
Pandikar Amin memberitahu, beliau tidak membenarkan perdebatan tersebut dilakukan kerana bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat 85 yang melarang apa jua keterangan diberikan kepada PAC untuk disiarkan kepada sesiapa pun sebelum jawatankuasa mengemukakan penyata kepada sidang Dewan Rakyat.
Katanya, Seksyen 23 Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 juga tidak membenarkan mana-mana ahli Parlimen atau jawatankuasa daripada membuat kenyataan di luar Dewan Rakyat tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan.
Jelas Pandikar Amin, beliau akan hanya membenarkan perdebatan itu dengan syarat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu meletakkan jawatan sebagai Ahli PAC atau tidak melibatkan diri dalam mana-mana prosiding siasatan PAC mengenai 1MDB.
“Syarat kedua adalah Arul Kanda yang merupakan seorang saksi tidak boleh lagi terlibat dalam mana-mana prosiding siasatan PAC, ini bagi mengekalkan ketelusan selaras dengan peraturan,” katanya.
Tegasnya, beliau tidak boleh membenarkan Tony menjadi seorang ‘pendakwa’ menerusi perdebatan umum itu kerana tanggungjawab PAC bukan untuk mendakwa, sebaliknya, menyiasat secara bipartisan.
“Saya juga difahamkan penyata PAC akan dibuat dalam sesi Dewan Rakyat kali ini yang berakhir pada awal Disember, jadi, kenapa perbahasan itu perlu disegerakan sedangkan PAC masih dalam penyiasatan,” katanya.
Katanya, keputusan tidak membenarkan perdebatan secara terbuka itu dibuat bagi menjaga kredibiliti PAC dan beliau tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk berdebat atau berbahas mengenai isu itu sekiranya laporan siasatan PAC telah selesai dibentangkan di Dewan Rakyat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sedia-letak-jawatan-1.154361#sthash.w1vA5wXR.dpuf
Kerajaan bayar faedah RM1.5 bilion setahun
Pelajar enggan bayar pinjaman PTPTN
HAKIMI ISMAIL | 04 November 2015 1:26 AM

ZAINI UJANG (empat dari kiri) menyaksikan Zulkifli Md Salleh (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Lee Wei Jye pada Majlis Penyerahan Tenaga Kerja kepada Industri dan Pemeteraian Nota Kerjasama di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA 3 Nov. - Kerajaan perlu menanggung kadar faedah sebanyak RM1.5 bilion setiap tahun akibat keengganan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membayar balik pinjaman mereka.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, sikap tidak bertanggungjawab itu menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan baharu untuk menyediakan pinjaman kepada pelajar lain.
Beliau berkata, dalam pembentangan Bajet 2016, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 bilion untuk tujuan pinjaman kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
“Perkara ini amat mendukacitakan kerana kerajaan perlu menanggung kadar sebanyak empat peratus setahun dan RM1.5 bilion digunakan hanya untuk membayar bunga pinjaman dan bukannya asas pinjaman mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program penyerahan tenaga kerja kepada industri dan pemeteraian nota kerjasama di antara Politeknik Banting, Selangor dan Antah Schindler Sdn. Bhd. (Antah Schindler) di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Mohlis Jaafar; Pengarah Politeknik Banting, Zulkifli Md. Salleh dan Ketua Pegawai Operasi Antah Schindler, Lee Wei Jye.
Sementara itu, Zaini berkata, kerajaan bercadang untuk memperkasakan lagi Jabatan Pendidikan Politeknik dengan menjadikannya sebagai sebuah badan berkanun pada tahun hadapan.
“Langkah ini merupakan pembaharuan yang baik kerana akan menjadikan politeknik lebih fleksibel termasuk dalam hal mengurus kewangan, perjawatan dan kenaikan pangkat,” katanya.
Mengulas mengenai pemeteraian nota kerjasama antara Politeknik Banting dan Antah Schindler, Zaini berkata, kerjasama tersebut akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak selain menjamin peluang pekerjaan kepada pelajar.
“Kementerian dan pihak industri akan terus menjalinkan kerjasama dengan lebih erat bagi memastikan transformasi sistem pendidikan tinggi dapat dicapai menjelang 2025, kerjasama hari ini adalah satu usaha yang baik untuk menjurus kepada kejayaan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Zulkifli ketika berucap dalam program yang sama berkata, sebanyak 15 pelajar telah ditawarkan jawatan sebagai juruteknik oleh Antah Schindler sekali gus membuktikan pelajar politeknik sememangnya berkualiti serta berdaya saing.
“Nota kerjasama hari ini juga akan menjamin kebolehpasaran para pelajar Politeknik Banting dengan Antah Schindler secara berterusan dengan kadar sekurang-kurangnya 20 orang setiap tahun sebagai juruteknik.
“Ketika ini kebolehpasaran graduan lepasan Politeknik Banting amat konsisten iaitu telah berjaya mengekalkan rekod 100 peratus untuk tiga tahun berturut-turut bermula 2012, kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pihak terutamanya kementerian dan pihak industri,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-bayar-faedah-rm1-5-bilion-setahun-1.154365#sthash.9F4wCSxe.dpuf
Isi kandungan TPPA dibentang dua minggu lagi
04 November 2015 1:27 AM

Ong Ka Chuan
MELAKA 3 Nov. – Kerajaan akan membentangkan isi kandungan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) kepada umum dalam tempoh dua minggu lagi.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, kesemua negara yang bakal menandatangi TPPA sedang meneliti perkara-perkara yang perlu disenarai sebagai rangka serta isi kandungan perjanjian tersebut.
Menurutnya, 12 negara terlibat termasuk Amerika Syarikat (AS), Jepun, Singapura dan Thailand akan bersetuju dengan isi kandungan perjanjian tersebut namun sedang menanti keputusan serta persetujuan Malaysia.
“Sekiranya tiada sebarang kesilapan atau gangguan berkaitan isi kandungan perjanjian, ia akan didedahkan kepada orang ramai dalam tempoh dua minggu lagi.
“Pendedahan itu turut akan memberi penjelasan kepada rakyat negara ini malah negara-negara lain yang terlibat juga bakal melakukan perkara sama mengenai isi kandungan TPPA kepada rakyat mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa lawatan rasmi ke pejabat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Melaka di Menara Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Ayer Keroh, di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia negeri, Mohammad Reduan Mohd. Zabri.
Jelas Ka Chuan, walaupun Malaysia belum menandatangani perjanjian tersebut kerana ia perlu dibawa untuk dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu, beliau yakin negara akan menyertai TPPA.
Katanya, keyakinan itu adalah berasaskan dari segi kepentingan negara dan trend perdagangan dunia pada masa kini serta faedah yang mampu disumbangkan kepada ekonomi negara.
"Melalui perjanjian ini, kita akan mendapat lebih banyak peluang pekerjaan dengan adanya pertumbuhan kilang-kilang dari negara anggota TPPA yang akan serta pasaran perdagangan bebas cukai menjangkau nilai USD800 juta," ujarnya.
Tambah beliau, TPPA juga merupakan satu kebaikan kepada para pengguna terutamanya yang ingin berurusniaga dengan pasaran negara terlibat tanpa sebarang halangan cukai mahupun Kastam malah turut mewujudkan persaingan sihat dalam industri.
"Negara tidak boleh dikecualikan dalam perkara ini (TPPA) kerana ini bukan sahaja memberi faedah kepada pengguna malah dapat membawa masuk pelaburan langsung luar (FDI) ke dalam negara yang seterusnya memberi lebih faedah tambahan rakyat dan negara," katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isi-kandungan-tppa-8232-dibentang-dua-minggu-lagi-1.154375#sthash.xvjBnFjw.dpuf
Tuesday, 3 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 10 Soalan Buat Arul Berdebat - Arul Tak Akan Jawab...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 10 Soalan Buat Arul Berdebat - Arul Tak Akan Jawab...: PANAS rupanya isu debat 1MDB antara Tony-Arul. Saya malas nak layan isu ni sebab dah boleh agak akan banyak cikadak timbul sebelum boleh ...
F1 : Hamilton tinggalkan Mercedes?
01 November 2015 12:09 AM

PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton (kanan) sedang menurunkan tandatangan di atas sebuah kereta mainan milik peminat ciliknya di kawasan paddock, Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City, kelmarin. AFP
MEXICO CITY – Juara dunia tiga kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memberi bayangan bahawa kontrak baharu yang bakal ditandatangani bersama Mercedes AMG Petronas merupakan yang terakhir dan berhasrat memberi peluang kepada pelumba lain pula mencipta kejayaan bersama pasukan juara dunia itu nanti.
Pemandu berusia 30 tahun itu yang baharu sahaja merangkul gelaran dunia ketiganya di Texas, Amerika Syarikat hujung minggu lalu, bagaimanapun masih sayangkan pasukannya itu dan pada hakikatnya mahu terus kekal bersama Mercedes.
“Saya ditawarkan kontrak untuk tiga tahun lagi. Saya membayangkan selepas kontrak ini, mungkin saya akan menyambungnya untuk tiga atau empat tahun lagi. Saya akan terus komited untuk mencapai cita-cita saya,” katanya kepada pemberita di Grand Prix (GP) Mexico, semalam.
Berpindah ke Ferrari antara impian kebanyakan pelumba F1, namun tidak buat Hamilton.
“Selalunya, mesti ada yang akan bercakap tentang perpindahan, namun saya telah pun berbuat demikian. Saya mula berlumba bersama Mercedes sejak berumur 13 tahun, jadi secara jujurnya sukar untuk melihat kerjaya saya di tempat lain.
“Saya tidak suka untuk menyatakan tidak, namun saya rasa akan menjadi cukup hebat andai saya dapat menamatkan karier bersama pasukan ini (Mercedes),” katanya.
Hamilton mula membuat kemunculan sulung dalam sukan termahal di dunia itu pada tahun 2007 setelah diberi peluang mewakili Mclaren berikutan keputusan Kimi Raikkonen yang berpindah ke Ferrari bagi menggantikan juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher.
Pelumba kelahiran Britain itu kemudiannya berpindah ke Mercedes pada 2013, sewaktu Schumacher mengumumkan persaraannya buat kali kedua dalam sukan F1 ketika berusia 43 tahun.
“Saya masih ingat bagaimana ia berlaku pada 2006. Jika pada ketika itu Schumacher masih belum bersara, mungkin saya tidak berada dalam kedudukan seperti hari ini dan saya akan berada di tempat lain.
“Saya juga mempunyai kawan yang berpeluang mencipta nama dalam F1, namun dia gagal. Dia sukar mendapatkan peluang itu sekali lagi dan cukup jelas, ketiadaan saya nanti akan membuka peluang kepada pelumba lain pula,” katanya. – REUTERS
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-tinggalkan-mercedes-1.152734#sthash.rJCRz28u.dpuf
F1 : Rosberg tebus kekecewaan di Mexico
03 November 2015 1:00 AM
MEXICO CITY – Nico Rosberg mengetepikan rakan sepasukan dan juara dunia yang baharu Lewis Hamilton untuk memenangi perlumbaan Grand Prix Mexico semalam.

PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Nico Rosberg mengangkat trofi ketika meraikan kejayaannya memenangi Grand Prix Mexico di Autodromo Hermanos Rodriguez, Mexico City semalam. AFP
Dalam perlumbaan sulung Formula Satu di Mexico dalam tempoh 23 tahun itu, Rosberg, yang bertelingkah dengan Hamilton di Texas minggu lalu, menebus kehampaannya dengan melakar kemenangan keempat musim ini dan yang ke-12 dalam kariernya.
“Hari yang cukup menakjubkan, satu pertarungan yang hebat dengan Lewis, yang memandu dengan baik sekali dan saya sangat gembira berjaya meraih kemenangan di tempat yang mengagumkan ini. Memang cukup manis kejayaan ini dapat diraih di depan penonton yang hebat,” kata pemandu dari Jerman berusia 30 tahun itu.
“Nico telah mempamerkan pemanduan yang cukup menakjubkan dalam perlumbaan ini,” kata Hamilton.
Pelumba dari Britain itu, yang bermula dari petak kedua, gagal memberikan saingan sengit di hadapan kira-kira 140,000 penonton dan menamatkan aksi di belakang rakan sepasukannya.
Bagi Rosberg, kejayaan tersebut telah memberi kepuasan kepadanya setelah dia mempersiakan peluang ekoran kesilapan sendiri tujuh hari lalu yang membuka laluan kepada Hamilton merangkul gelaran dunia untuk kali ketiga setelah memenangi Grand Prix Amerika Syarikat.
Sepanjang musim ini, Rosberg memulakan perlumbaan dari petak utama sebanyak 10 kali, namun hanya berjaya meraih kemenangan keduanya sebagai pendahulu perlumbaan sejak Grand Prix Australia.
Kemenangan tersebut turut membolehkan dia memintas pelumba Ferrari, Sebastian Vettel di kedudukan kedua, setelah juara dunia empat kali itu gagal menamatkan perlumbaan kerana kemalangan.
Nasib serupa dialami rakan sepasukan Vettel, Kimi Raikkonen yang berlanggar dengan rakan senegaranya dari Finland, Valtteri Bottas yang mewakili pasukan Williams.
Bottas menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga, sementara Daniil Kvyat dari pasukan Red Bull di tangga keempat dan rakan sepasukannya Daniel Ricciardo serta seorang lagi pelumba Williams, Felipe Massa masing-masing di tempat kelima dan keenam. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/rosberg-tebus-8232-kekecewaan-8232-di-mexico-1.153711#sthash.hCZAkTiA.dpuf
Monday, 2 November 2015
AFC CUP : Sambutan istimewa bakal menanti Harimau Selatan
AZIZI MAJID DAN
MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 02 November 2015 12:06 AM

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR (kanan) turut menjadi saksi kejayaan Safiq Rahim dinobat sebagai pemain Paling Bernilai di Dushanbe, kelmarin.
JOHOR BAHRU – Sambutan istimewa bakal menanti Johor Darul Ta’zim (JDT) atas kejayaan mereka memahat sejarah merangkul Piala AFC buat kali pertama selepas menumpaskan FC Istiklol 1-0 dalam perlawanan akhir di Dushanbe, Tajikistan, kelmarin.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam laman Facebook rasminya melahirkan rasa bangga atas kejayaan skuad Harimau Selatan, sambil menegaskan anak-anak buah Mario Gomez berhak diberikan sambutan istimewa kerana telah mempamer aksi terbaik dan mengharumkan nama Johor di persada dunia.
“Tahniah JDT. Anda menempa sejarah dengan memenangi Piala AFC dan kami semua amat berbangga dengan kejayaan kamu.
“Ini adalah saat yang sarat dengan emosi dan kegembiraan bagi kami yang berada di Dushanbe untuk memberi sokongan kami kepada JDT, begitu juga pada seluruh rakyat Johor yang menyaksikan perlawanan akhir Piala AFC di kaca televisyen.
“Kami akan memberikan sambutan istimewa untuk seluruh barisan JDT pada saat kepulangan kamu nanti kerana kamu layak menerima yang terbaik. Saya berterima kasih kepada JDT kerana telah mengharumkan nama Johor ke persada dunia,” kata Sultan Ibrahim yang menonton perlawanan di Stadium Central Republican di Dushanbe.
Turut hadir memberi sokongan adalah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim; Bendahari Kehormat PBNJ, Datuk Abd. Latif Bandi dan beberapa exco kerajaan negeri.
Sementara itu, Mohamed Khaled memberitahu, kemenangan yang dilakar JDT sesuatu yang membanggakan kerana ia terhasil daripada kerja keras dan semangat kental ditunjukkan pemain.
Ujarnya, kemenangan tersebut juga adalah berkat daripada doa dan sokongan bukan sahaja daripada penyokong JDT, tetapi seluruh rakyat negara ini.
"Semoga kejayaan tersebut dapat menyuntik semangat baharu kepada JDT untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
"Kejayaan Harimau Selatan juga diharap dapat menjadi pendorong kepada pasukan bola sepak tempatan lain untuk mencipta kejayaan sama," ujarnya yang turut berada di sana bagi menyaksikan detik bersejarah tersebut secara langsung di stadium.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/sambutan-istimewa-bakal-menanti-harimau-selatan-1.153159#sthash.0e4s3qjx.dpuf
AFC CUP : Kemenangan dirai penuh emosi
Tunku Mahkota Johor, ketua pasukan luah perasaan
02 November 2015 12:07 AM

KENYATAAN Safiq Rahim yang dikeluarkan Faceboon rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, semalam.

KUALA LUMPUR - Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) dinobat sebagai wakil Malaysia pertama merangkul kejuaraan Piala AFC kelmarin diraikan dengan penuh emosi oleh dua ‘tulang belakang’ pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan kapten, Safiq Rahim.
Sejurus selepas Harimau Selatan menumpaskan wakil Tajikistan, FC Istiklol 1-0 di Stadium Central Republican, Dushanbe, Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers (JST) menyiarkan luahan perasaan kedua tenaga penting JDT itu.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail yang merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikatakan menangis kegembiraan ketika menonton perlawanan tersebut menerusi televisyen di Argentina dan perkara itu dikongsikan oleh pentadbir laman JST.
“Pengalaman Admin JST yang turut bersama di Argentina, berasa amat terharu melihat DYAM Tunku Mahkota Johor yang tidak dapat menahan linangan airmata kegembiraan dan kesyukuran setelah JDT dinobatkan sebagai juara kejohanan Piala AFC.
“Segala usaha gigih dan penat lelah selama tiga tahun ternyata berbaloi, dan menjadi pembakar semangat pasukan JDT dan sekalian penyokong Johor.”
Sementara itu, JST mengeluarkan kenyataan sinis Safiq sejurus tamat perlawanan dengan memetik ketua pasukan mereka itu sebagai berkata, kemenangan tersebut ditujukan buat mereka yang selama ini mahu melihat kegagalan pasukan.
Safiq, 28, yang turut dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Piala AFC 2015 berkata: “Lakukannya untuk mereka yang mahu melihat anda gagal.”
Ketua pasukan Harimau Selatan itu menjaringkan empat gol sepanjang kempen Piala AFC, sekali gus muncul pemain tempatan terbaik dengan satu gol ketinggalan di belakang penyerang import dari Argentina, Luciano Figueroa yang meledak lima gol.
Ketenangan dan kemampuan membaca permainan pihak lawan menjadikan Safiq sebagai pemain yang sangat diperlukan oleh JDT, seterusnya layak dinobatkan sebagai Pemain Terbaik kejohanan.
JDT dan Istiklol sebelum ini dianggap bernasib baik berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir selepas lawan mereka di separuh akhir, Al-Qadsia SC dan Al-Kuwait SC dibatalkan penyertaan akibat badan induk persatuan mereka, Persatuan Bola Sepak Kuwait digantung keahliannya oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada 16 Oktober lalu.
Dalam perlawanan kelmarin, gol tunggal kemenangan JDT dijaringkan oleh pemain import dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-23.
Kejayaan JDT membolehkan juara Liga Super dua tahun berturut-turut itu muncul pasukan Asia Tenggara pertama menjulang kejuaraan kelab Asia.- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kemenangan-dirai-penuh-emosi-1.153192#sthash.hSBA0rpJ.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)












