Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 21 May 2015

APANAMA: Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB

APANAMA: Luahan hati Timbalan Presiden Umno - 1MDB: Kesimpulannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat pendirian yang amat jelas berhubung skandal 1MDB serta langkah serta merta yang h...

amukan melayu: BUAT SENYAP-SENYAP BILA DAH KANTOI MANA MAU LARI?

amukan melayu: BUAT SENYAP-SENYAP BILA DAH KANTOI MANA MAU LARI?: Buat senyap-senyap, bila dah berisi mana mau sorok lagi!!!!! OLAK LEMPIT - Khamis, 2 Syaaban 1436H. Rakyat tak kesah pun dengan 1MDB, ...

Putra Merdeka: 1MDB ~ MUSYKIL..!

Putra Merdeka: 1MDB ~ MUSYKIL..!: Pembetulan rupanya..! tak tahu pulak kita niaga bilion bilion boleh silap antara tunai dan aset..!  Besar bezanya tu..! lama pulak m...

Wednesday, 20 May 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB TIDAK ADA WANG TUNAI USD 1.103 DI SINGAPURA !...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB TIDAK ADA WANG TUNAI USD 1.103 DI SINGAPURA !...: TMI Juga dari Malaymailonline -  Nah.... ambik ko ! 1MDB sudah menjelaskan bahawa baki pelaburan yang telas ditebus oleh 1MDB ad...

amukan melayu: Melayu Bertakhta, Berdaulat dan Beraja - MARUAH DI...

amukan melayu: Melayu Bertakhta, Berdaulat dan Beraja - MARUAH DI...: Lirik Warisan@Anak Kecil Main Api Lirik Lagu Warisan Anak kecil main api, Terbakar hatinya yang sepi, Air mata ...

The Sense, Credibility and Accountability: Apa KATA kalau ahli-ahli UMNO pakat KUTIP DERMA b...

The Sense, Credibility and Accountability: Apa KATA kalau ahli-ahli UMNO pakat KUTIP DERMA b...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. HUTANG tetap HUTANG.. Kalau dah NAMA pun HUTANG, kenalah BAYAR tapi nak BAYAR dengan DUIT dari mana...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Buat 1MDB Senyap2, Bila DiKritik Pandai Pula Bisin...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Buat 1MDB Senyap2, Bila DiKritik Pandai Pula Bisin...: Actually artikel semalam tu mukadimmah jer, artikel ni menjadi sambungannya ! Adalah dua pengomen yang hampir2 sipi2 miss nak kena ..... A...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kena GST Bising, Dapat BR1M Senyap - Ini Tidak Adi...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kena GST Bising, Dapat BR1M Senyap - Ini Tidak Adi...: Agak kelakar juga tajuk artikel Mkini ni - “Kita harus memahami bukan hasrat kerajaan mahu susahkan rakyat, kita perkenalkan GST den...

Putra Merdeka: REPUBLIK MALAYSIA - PR..!

Putra Merdeka: REPUBLIK MALAYSIA - PR..!: Ini ler yang bakal berlaku jika puak pakatan haram ini dibenarkan memerintah Malaysia..! Nauzubillah..! Melayu Islam didalam PR hany...

Tuesday, 19 May 2015

Asus Zenfone 2

Versi yang ditambah baik

OLEH ASHRIQ FAHMY AHMAD ASHRIQ.AHMAD@UTUSAN.COM.MY | 18 Mei 2015 3:15 PM



Asus Zenfone 2

Buat pertama kalinya, Asus melakar sejarah dengan memperkenalkan telefon pintar baharu Asus Zenfone 2 bersama kelebihan RAM setinggi 4GB.

Dilancarkan di Jakarta, Indonesia, baru-baru ini, Zenfone 2 direka khas buat mereka yang mementingkan prestasi serta gaya yang tersendiri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asus, Jerry Shen, pihaknya percaya teknologi yang terbaik perlu dikongsikan bersama masyarakat dan telah mengerahkan pakar mereka untuk menghasilkan gajet terbaik iaitu Zenfone 2.

“Kami amat teruja untuk membawakan Zenfone 2 kepada pengguna terutamanya di Asia Tenggara.

“Seperti mana siri sebelumnya, Zenfone telah memenangi pelbagai anugerah dan sehingga kini hampir 238 anugerah telah diterima oleh siri Zenfone,” katanya.

Bekerjasama dengan Intel juga menjadikan produk Asus semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya.

Intel merupakan rakan strategik Asus dalam memastikan produk syarikat elektronik itu terus berkembang termasuk juga telefon pintar Zenfone 2.

Jelas Presiden Intel dan juga Pengurus Besar Wilayah Asia Tenggara dan Jepun, Robby Swinnen, keupayaan produk Intel sentiasa diakui dan salah satu buktinya adalah menerusi Asus.

“Zenfone 2 bakal membawakan pengalaman menarik dalam kalangan peminatnya menerusi pemprosesan khas Intel Atom 64 bit yang dibawakan oleh pihak kami,” katanya.

Turut memenangi anugerah 2015 iF Design Award, Zenfone 2 memiliki ciri-ciri premium serta spesifikasi yang terbaik berbanding dengan harganya yang ekonomik.

Direka agar selesa dipegang, telefon pintar tersebut memiliki reka bentuk yang egronomik bersama butang khas dibelakangnya untuk mengawal kadar suara.

Zenfone 2 juga dilengkapi bersama paparan seluas 5.5 inci hampir sama besar dengan saiznya menjadikan paparan yang diterima oleh pengguna amat memuaskan.

Gajet pintar itu juga didatangkan bersama sistem operasi termaju Android 5.0 Lollipop dan Asus ZenUI 2.0 bagi melancarkan segala operasinya.

Sebagai sebuah telefon pintar, penggunaan kamera sememangnya bukan lagi sebagai hiasan malah keperluan.

Kini, Zenfone 2 dilengkapi bersama 13 megapiksel (MP) kamera belakang dan 5MP di hadapan untuk merakam detik-detik indah pemiliknya sebelum dikongsi bersama rakan-rakan dalam laman sosial.

Menggunakan teknologi PixelMaster 2.0, kini pemilik telefon pintar tersebut mampu merakam imej terbaik biarpun di dalam cahaya yang malap.

Antara mod yang boleh digunakan bersama kamera tersebut adalah HDR iaitu penapis cahaya daripada kaca biru menjadikan Zenfone 2 salah satu telefon pintar terbaik dalam merakam imej pantulan cahaya (backlit scenes) seperti suasana matahari terbenam.

Namun, kelebihan sebenar Zenfone 2 adalah pada pemprosesnya iaitu 64-bit Intel Atom Super Quad Core setinggi 4GB RAM menjadikan gajet tersebut amat pantas ibarat komputer dalam proses memindahkan data serta pelbagai tugasan.

Antara aplikasi terbaik menerusi pemproses tersebut adalah sensitiviti serta kelancarannya ketika pengguna bermain permainan video.

Seterusnya penggunaan teknologi SonicMaster untuk memastikan kualiti bunyi yang terbaik diterima oleh peminatnya.

Berbanding siri sebelumnya, Zenfone 2 memiliki 38 peratus ruang audio yang lebih besar dan pembesar suara yang telah dinaik taraf dengan diagram dan bunyi yang lebih baik.

Malah, penggunaan aplikasi Audio Wizard membolehkan pemiliknya memilih enam mod yang bersesuaian dengan mereka menjadikan telefon tersebut benar-benar milikan peribadi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Asus Zenfone 2, layari laman web Asus di www.asus.com.my.

Spesifikasi

Asus Zenfone 2
Sistem operasi: 64-bit Android 5.0 Lollipop.
CPU/GPU: 64-bit Intel Atom Z3580/Z3560 Quad Core (2.3GHz/1.8GHz)
Paparan: 5.5 IPS 1920x1080 (HD penuh ) , 403 ppi (ZE551ML).
RAM: 64-bit dual-channel LPDDR3 4GB.
Simpanan: 16GB/ 32GB/ 64GB dan Asus WebStorage 5GB, SD kad mikro sehingga 64GB.
Kamera: hadapan - 5MP, Belakang -13MP.
Video: MPEG-4 sehingga 1080p, rakaman HD penuh, DivX, H.264, MPEG4, H.263,Xvid, 3GP.
Audio: Asis SonicMaster.
Jaringan: 4G LTE Cat4 untuk muat turun 4GB dengan kelajuan sehingga 150 Mbps.
Harga: Amtara RM639 hingga RM739.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/asus-zenfone-2-1.93260#sthash.RH0dUEVm.dpuf


dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan Najib - Lain Kita Cakap Lain Najib Jawab !...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Jawapan Najib - Lain Kita Cakap Lain Najib Jawab !...: Sebab dah dibangkitkan isu Speaker oleh pengomen di artikel sebelum ini, maka saya mulakan dengan benda ni. Ini jawapan susulan Tun kepada p...

BICARA PERJUANGAN: APA CITER PASAL TERUSAN DI SEGENTING KRA.. ???

BICARA PERJUANGAN: APA CITER PASAL TERUSAN DI SEGENTING KRA.. ???: Kecoh jugak sekarang pasal pemotongan kat Segenting Kra untuk membina laluan air seperti  Terusan   Panama  dan Terusan Suez ..  Ada ya...

APANAMA: TV3 challenged to organise Dr Mahathir - Najib deb...

APANAMA: TV3 challenged to organise Dr Mahathir - Najib deb...: Veteran newsman Datuk A Kadir Jasin has challenged TV3 to organise a debate between Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and former Pri...

Putra Merdeka: Pandikar Memalukan Saya - Tun M..!

Putra Merdeka: Pandikar Memalukan Saya - Tun M..!: PUTRAJAYA - ‎Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan dakwaannya sebelum ini yang menyebut beliau akan...

Friday, 15 May 2015

The Sense, Credibility and Accountability: MINDA penCACAI yang diBELA oleh Najib - Sentiasa I...

The Sense, Credibility and Accountability: MINDA penCACAI yang diBELA oleh Najib - Sentiasa I...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. Apakah yang masih diHAJATi lagi oleh seorang BEKAS PEMIMPIN yang sangat diHORMATi oleh KAWAN dan...

BICARA PERJUANGAN: KADIR SHEIKH FADZIR TUBUHKAN PARTI IKATAN

BICARA PERJUANGAN: KADIR SHEIKH FADZIR TUBUHKAN PARTI IKATAN: KUALA LUMPUR 15 Mei - Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan penubuhan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang memeg...

CELAH GELEGAR: Lantik audit bebas atau letak jawatan, kata Nazir ...

CELAH GELEGAR: Lantik audit bebas atau letak jawatan, kata Nazir ...: Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak serta adik kepada Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB, menga...

THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: INILAH ORANGNYA YANG MEMBIAYAI LIM GUAN ENG DI HON...

THE DEVOURED SAVIOUR OF TFK: INILAH ORANGNYA YANG MEMBIAYAI LIM GUAN ENG DI HON...: Satu pendedahan telah dibuat berhubung 'KEISTIMEWAAN' yang diperolehi oleh Lim Guan Eng di Hong Kong apabila seorang individu ...

Thursday, 14 May 2015

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun De...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Nazri Aziz Sokong Pemilihan Umno DiAdakan Tahun De...: “Saya tidak tahu berapa banyak sokongan yang Mahathir masih ada, tetapi jika dia ingat dia kuat, dia boleh datang cabar Najib dalam piliha...

The Sense, Credibility and Accountability: 3.5 JUTA orang 'PENUMPANG' dalam 'BAHTERA UMNO' ak...

The Sense, Credibility and Accountability: 3.5 JUTA orang 'PENUMPANG' dalam 'BAHTERA UMNO' ak...: ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA.. BLOG ini mungkin TIDAK berSETUJU dengan beBERAPA BLOG lain dalam SOAL 1MDB.. Jadik, terPULANGlah ke...

CELAH GELEGAR: Nazri cabar Dr M: Kalau berani BERTANDING Pekan, "...

CELAH GELEGAR: Nazri cabar Dr M: Kalau berani BERTANDING Pekan, "...: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bertanding dengan Datuk Seri Najib Razak...

UiTM : Kuasa autonomi tingkat daya saing

NORIZAN ABDUL MUHID (PENDIDIKAN@UTUSAN.COM.MY) | 14 Mei 2015 1:52 AM


SAHOL HAMID ABU BAKAR

Naib Canselor NC Universiti Tek­nologi Mara (UiTM), Tan Sri Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar mengakui dirinya tidak boleh menjadi ‘Super NC’ untuk mengawal lebih 200,000 pelajar, pensyarah dan kakitangan sokongan universiti itu di seluruh negara.

Oleh sebab itu, beliau menyambut baik penganugerahan status autonomi kepada setiap kampus UiTM di seluruh negara yang akan dijaga dan diuruskan oleh seorang rektor bermula tahun ini, merangkumi empat bidang iaitu pentadbiran institusi; kewangan dan penjanaan pendapatan; pengurusan sumber manusia dan pengurusan akademik serta pelajar.

“Sebagai Naib Canselor, tugas untuk mengawal 200,000 pelajar, 10,000 pensyarah dan 10,000 kakitangan sokongan amat sukar, jika dibandingkan dengan universiti lain yang cuma ada sekitar 20,000 pelajar tetapi UiTM ada 200,000 pelajar, 10 kali ganda berbanding universiti lain. Saya tidak mampu untuk kawal dan urus semua.

“Saya sebagai NC tidak boleh jadi Super NC, saya mengaku, ia satu ego yang salah jika saya tidak mengakuinya,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kampus Induk UiTM Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

Autonomi universiti bermaksud penurunan kuasa membuat keputusan daripada agensi pusat dan kementerian kepada pihak universiti selain merupakan prasyarat penting untuk mewujudkan persekitaran kampus yang dinamik melalui pengurusan institusi pengajian tinggi awam berdaya saing.

Pelaksanaan autonomi ini ber­teraskan integriti dan akauntabiliti yang tinggi serta perlu dipatuhi oleh pentadbiran universiti selain keputusan kemasukan pelajar diuruskan oleh universiti berkenaan, tidak lagi menerusi Unit Pengambilan Universiti.

UiTM telah menjalani audit kesediaan autonomi pada Mac tahun lalu oleh Kementerian Pendidikan dan Pusat Produktiviti. Laporan audit berpandukan Code of University Good Governance dan University Good Governance Index menunjukkan prestasi UiTM cemerlang terutama dalam bidang akademik.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Sahol Hamid berkata, bilangan pelajar UiTM kian meningkat setiap tahun dengan hanya 140,000 pelajar pada tahun 2000 tetapi kini meningkat kepada 190,000 orang dan komposisi itu perlu sei­ring dengan kualiti serta kebolehpasaran kerja melalui program pengajian yang ditawarkan.

“Kita mahu buka akses kepada semua pelajar tetapi pada masa sama kita harus menjaga kualiti dan bagi menjaga kualiti, kita mengurangkan program pengajian sama ada kita tutup atau gabungkan program demi memastikannya mampu menampung kebolehpasaran graduan UiTM.

“Namun UiTM semakin ramai pelajar dan popular, jadi untuk mengawal dan mengurus semuanya di kampus induknya di Shah Alam memang payah.

“Saya mengaku bukan senang nak jaga, jadi satu caranya adalah mewujudkan 13 kampus dan setiap daripadanya diberikan autonomi. Setiap kampus dijaga dan diuruskan oleh seorang rektor, sebagai contoh Kampus UiTM Perlis ada 12,000 pelajar, Perak 17,000 orang dan Melaka mempunyai 15,000 orang,’’ katanya.

Jelas Sahol Hamid, melalui pemindahan kuasa autonomi itu kepada rektor di setiap kampus membolehkan beliau sebagai Presiden mengawal secara keseluruhan pentadbiran dengan lancar dan lebih memfokuskan kepada pengurusan kewangan.

“Rektor akan lapor kepada saya (Presiden), saya akan lebih fokus terhadap kawalan kualiti pentadbiran yang lancar, pengurusan kewangan lebih mantap dan sekarang tidak akan ada banyak isu birokrasi, kita kurangkan isu ini habis-habisan, tidak perlu protokol terlalu banyak, maka kerja akan lebih lancar.

“Kita akan pantau dari segi kua­liti dan tatacara sama ada rektor jalankan tugas mengikut prosedur operasi standard (SOP), bertugas dengan integriti, tiada penyelewe­ngan atau salah guna kuasa,’’ katanya sambil menambah kuasa autonomi kepada kampus universiti sudah lama dipraktikkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Tegas Sahol Hamid, rektor yang dilantik perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan me­lakukan yang terbaik demi membawa nama UiTM ke peta dunia, menjaga kualiti dengan ketat di samping memastikan pelajar yang tamat pengajian mendapat pekerjaan yang baik.

“Perbincangan mengenai per­kara ini masih berjalan dengan pihak Kementerian Pendidikan termasuk memperhalusi beberapa perkara, bagi tahun pertama, kita kena pantau rektor yang mungkin terlepas pandang sesuatu atau terlalu ghairah hingga tidak ikut SOP, saya sebagai Presiden, perlu melihat perkembangan ini dengan te­liti bagi memastikan tiada masalah yang berlaku,’’ kata beliau.

- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/kuasa-autonomi-tingkat-daya-saing-1.91566#sthash.T3SXvJIJ.dpuf